Agar Rumah Tidak Diganggu Syaitan

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Tulisan ini adalah kesinambungan dari tulisan berjudul, “Menepis ancaman Syaitan.” Setelah kita kenali secara ringkas siapa itu Syaitan, permusuhannya terhadap umat keturunan Adam, asas karektor dan sifatnya, serta kaedah asas dalam menangkis gangguannya, berikut penulis senaraikan pula beberapa bentuk contoh tips anjuran nabawi dalam menepis, menangkis, sekaligus membentengi kediaman serta diri kita dari gangguan Syaitan yang suka mengganggu.

Memang demikianlah yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala, apabila kita mendapati diri kita diganggu oleh Syaitan, maka kepada-Nya-lah kita kembali dan memohon perlindungan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan jika engkau mendapati adanya suatu gangguan dari Syaitan, maka berta’awwudz-lah (mohonlah perlindungan) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushilat, 41: 36)

Apa yang dimaksudkan dengan berta’awwudz kepada Allah (memohon perlindungan kepada Allah)? Maka Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan:

فَإِنَّ الْمُسْتَعِيذَ بِاَللَّهِ مُسْتَجِيرٌ بِهِ لَاجِئٌ إلَيْهِ مُسْتَغِيثٌ بِهِ مِنْ الشَّيْطَانِ؛ فَالْعَائِذُ بِغَيْرِهِ مُسْتَجِيرٌ بِهِ؛ فَإِذَا عَاذَ الْعَبْدُ بِرَبِّهِ كَانَ مُسْتَجِيرًا بِهِ مُتَوَكِّلًا عَلَيْهِ فَيُعِيذُهُ اللَّهُ مِنْ الشَّيْطَانِ

“Bahawasanya orang-orang yang berlindung kepada Allah itu adalah orang-orang yang berlindung kepada-Nya, kembali kepadanya, dan memohon pertolongan kepada-Nya dari (gangguan) Syaitan. Ini kerana orang yang berlindung kepada selain dari-Nya maka dia termasuk orang yang berlindung kepada Syaitan. Maka apabila seorang hamba itu berlindung kepada Rabb-nya, maka dia adalah orang yang memohon perlindungan kepada-Nya dan bertawakkal kepada-Nya, maka dengan itu dia pun dilindungi oleh Allah dari Syaitan.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyyah, 7/283)

Maka dari itu, berikut ini disenaraikan sebahagian dari tips anjuran nabawi yang dimaksudkan sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih. Bukan rekaan, bukan prasangka, bukan memandai-mandai, bukan juga bikinan para bomoh, dukun, mahupun pawang.

1, Apabila Keluar Masuk Rumah

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ

“Apabila seseorang (lelaki) keluar dari rumahnya, maka ucapkanlah:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya dan upaya melainkan kerana pertolongan Allah.”

Beliau bersabda lagi:

يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟

“Maka pada ketika itu akan dikatakan kepadanya, “Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat perlindungan.” Sehingga syaitan-syaitan menjauhkan diri daripadanya. Lalu syaitan yang lainnya berkata, “Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang lelaki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan, dan perlindungan?” (Sunan Abi Dawud, no. 5095. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Di hadis yang lain, dari hadis Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

مَا خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَيْتِي قَطُّ إِلَّا رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ:

“Tidaklah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar dari rumahku, kecuali beliau akan mengangkat pandangannya ke langit lalu mengucapkan (doa):

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menjadi tersesat atau menyesatkan, dari tergelincir atau mengelincirkan, menzalimi atau dizalimi, dari berbuat kebodohan atau dibodohi.” (Sunan Abi Dawud, no. 5094. Ibnu Majah, no. 3884)

2, Bacaan Ketika Masuk Rumah

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا وَلَجَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَلْيَقُلْ

“Jika seseorang (lelaki) masuk ke dalam rumahnya, hendaklah ia membaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu tempat masuk yang baik dan tempat keluar yang baik. Dengan menyebut nama Allah, kami masuk (rumah) dan dengan menyebut nama Allah kami keluar.”

ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ

Setelah itu ucapkanlah salam kepada ahlinya (keluarganya).” (Sunan Abi Dawud, no. 5096. Bab: Apa Yang Diucapkan Seseorang Ketika Masuk Ke Rumah. Dinilai sahih oleh Al-Albani. Lihat: Taraju’at Al-‘Allamah Al-Albani fii At-Tashhih wa At-Tadh’if, no. 20)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadaku:

يَا بُنَيَّ إِذَا دَخَلْتَ عَلَى أَهْلِكَ فَسَلِّمْ يَكُونُ بَرَكَةً عَلَيْكَ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِكَ

“Wahai anakku, apabila engkau masuk kepada (rumah) keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya ia akan menjadi barakah ke atas engkau dan ke atas ahli rumahmu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2698. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلَامٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Dan seorang lelaki yang memasuki rumahnya dengan ucapan salam, maka dia mendapat jaminan (jagaan) Allah ‘Azza wa Jalla.” (Sunan Abi Dawud, no. 2494. Dinilai sahih oleh al-Albani)

3, Ketika Memasuki Rumah Yang Kosong Atau Rumah Yang Hendak Diduduki

Ketika hendak memasuki sesebuah rumah, disunnahkan agar memberikan salam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً

“Maka apabila engkau memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini), hendaklah engkau memberi salam (kepada penghuninya) yang merupakan salam atas dirimu sendiri, sebagai bentuk penghormatan (yang ditetapkan) dari sisi Allah, yang diberkati lagi baik.” (Surah An-Nuur, 24: 61)

Seandainya rumah yang tidak berpenghuni, maka sebagaimana kata Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:

إِذَا دُخِلَ الْبَيْتُ غَيْرُ الْمَسْكُونِ، فليقل: السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ

“Apabila seseorang memasuki rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah:

السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ

“Salam bagi diri kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.” (Al-Adabul Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 1055)

Dari hadis Khaulah binti Hakim As-Sulamiyyah, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ

“Siapa yang turun (atau masuk) ke suatu tempat, lalu dia membaca:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan apa yang Dia ciptakan.”

maka dia tidak akan dibahayakan oleh sesuatu makhluk apa pun sampailah dia beredar dari tempat tersebut.” (Shahih Muslim, no. 2708)

4, Tidak Menggantung Gambar-gambar Makhluk Bernyawa Di Rumah

Berkata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

أَخْبَرَنِي أَبُو طَلْحَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ صَاحِبُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ يُرِيدُ التَّمَاثِيلَ الَّتِي فِيهَا الْأَرْوَاحُ

“Abu Talhah telah mengkhabarkan kepadaku, beliau yang merupakan seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama-sama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dimaksudkan adalah gambar yang memiliki unsur ruh (gambar makhluk bernyawa).” (Shahih al-Bukhari, no. 4002)

Kerana jika bukan malaikat pembawa rahmat yang masuk, maka Syaitanlah yang akan memasukinya.

Bahkan Rasulullah ketika hayatnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar makhluk bernyawa. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah mengkhabarkan (kepada Al-Qasim bin Muhammad):

أَنَّهَا اشْتَرَتْ نُمْرُقَةً فِيهَا تَصَاوِيرُ فَلَمَّا رَآهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ عَلَى الْبَابِ فَلَمْ يَدْخُلْهُ فَعَرَفْتُ فِي وَجْهِهِ الْكَرَاهِيَةَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتُوبُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاذَا أَذْنَبْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَالُ هَذِهِ النُّمْرُقَةِ قُلْتُ اشْتَرَيْتُهَا لَكَ لِتَقْعُدَ عَلَيْهَا وَتَوَسَّدَهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَصْحَابَ هَذِهِ الصُّوَرِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُعَذَّبُونَ فَيُقَالُ لَهُمْ أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ وَقَالَ إِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي فِيهِ الصُّوَرُ لَا تَدْخُلُهُ الْمَلَائِكَةُ

“Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihatnya, beliau berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya.

Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, (tolong beritahu aku) apa dosa-ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan meletakkan kepala padanya.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Bahawasanya pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat, dikatakan kepada mereka, “Hidupkanlah apa yang telah kamu ciptakan.”.” Rasulullah menambah, “Rumah yang di dalamnya terdapat gambar (yang memiliki unsur ruh atau menyerupai makhluk bernyawa), malaikat tidak masuk ke dalamnya.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2105)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menjelaskan:

الصُّورَةُ الرَّأْسُ فَإِذَا قُطِعَ الرَّأْسُ فَلَيْسَ بِصُورَةٍ

“Gambar (yang diharamkan) itu merujuk kepada kepala, jika dihilangkan kepalanya maka tidaklah dimaksudkan sebagai gambar (yang dilarang).” (Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 14580. Bab: Keringanan dalam Hal Berkaitan Gambar. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Baca juga artikel lengkap di, Hukum Melukis dan Menggantung Gambar Makhluk Bernyawa.

5, Berdzikir ketika memasuki rumah

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

“Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya lalu dia berzikir kepada Allah (menyebut nama Allah) ketika dia masuk dan ketika dia makan, maka  syaitan pun berkata (kepada kaum kerabatnya):

“Tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam untuk kamu semua.”

Apabila dia masuk tanpa berzikir kepada Allah ketika dia masuk, maka syaitan pun berkata:

“Kamu semua akan mendapat tempat bermalam.”

Apabila dia tidak berzikir kepada Allah (menyebut nama Allah) ketika makan, maka syaitan pun berkata:

“Kamu semua akan mendapat tempat bermalam berserta makan malam.”.” (Shahih Muslim, no. 2018. Abu Dawud, no. 3765)

Di antara dzikir-dzikir yang disunnahkan ketika memasuki rumah adalah dengan mengucapkan salam, membaca bimillah, dan juga sebagaimana hadis pada point no. 2 dan 3 di atas. Manakala dzikir ketika hendak makan antaranya adalah dengan mengucapkan bismillah, dan ini telah penulis artikelkan dalam tulisan berjudul “Adab-adab Makan & Minum Yang Sering dilupakan.”

Selain itu, dianjurkan agar mengamalkan dzikir-dzikir yang disunnahkan untuk dibaca di ketika waktu pagi dan waktu petang sebagaimana banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi yang sahih.

6, Membaca Surah Al-Baqarah

Syaitan lari dari Rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah di dalamnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Shahih Muslim, no. 780)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إن لكل شيء سناما و سنام القرآن سورة البقرة و إن الشيطان إذا سمع سورة البقرة تقرأ خرج من البيت الذي يقرأ فيه سورة البقرة

“Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki puncak, dan puncak bagi Al-Qur’an adalah Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya Syaitan apabila mendengar Surah Al-Baqarah dibacakan, dia pun keluar dari rumah yang dibacakan dengannya Surah Al-Baqarah.” (Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 2060. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَلَا يُقْرَأَانِ فِي دَارٍ ثَلَاثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ

“Sesungguhnya Allah telah menulis sebuah kitab sebelum Allah menciptakan langit dan bumi dua ribu tahun lamanya. Allah menurunkan dua ayat dari kitab tersebut yang dengannya Allah menutup surah al-Baqarah. Keduanya tidak dibaca di suatu rumah selama tiga malam melainkan syaitan mana pun tidak akan mendekatinya.” (Musnad Ahmad, no. 18414. Sunan At-Tirmidzi, no. 2882. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ، اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ، وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا، اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ. قَالَ مُعَاوِيَةُ: بَلَغَنِي أَنَّ الْبَطَلَةَ: السَّحَرَةُ

Bacalah al-Qur’an kerana sesungguhnya di hari kiamat nanti ia akan menjadi syafa’at kepada orang-orang yang mengikutinya (menjadi ahlinya). Bacalah al-Zahrawain (dua jenis bunga), iaitu surah al-Baqarah dan Surat Ali ‘Imran. Kerana keduanya akan datang pada hari Kiamat seakan-akan dua awan besar atau seperti dua kelompok besar dari burung-burung yang akan menjadi hujjah (pembela) orang-orang yang sentiasa membacanya. Kamu bacalah surah al-Baqarah, kerana mengambilnya adalah barakah, meninggalkannya adalah kerugian, dan al-Bathalah (ahli kebathilan) tidaklah dapat menguasainya.” Kata Mu’awiyah: Al-Bathalah (Ahli kebathilan) adalah tukang sihir.” (Musnad Ahmad, no. 22213. Shahih Muslim, no. 804)

Selain itu, adalah disunnahkan memperbanyakkan bacaan al-Qur’an secara umum, mempelajarinya, memahaminya, sekaligus mengamalkannya. Bahkan ini adalah termasuk sebahagian dari kewajiban bagi setiap umat Islam agar mempelajari al-Qur’an dengan penuh semangat dan usaha yang gigih. Kerana dengan mempelajarinya, maka ia pun menguasai ilmu-ilmu yang penting sekaligus mampu memberinya petunjuk dan bimbingan dalam kehidupannya.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

إِنَّ الْبَيْتَ لَيَتَّسِعُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَحْضُرُهُ الْمَلَائِكَةُ وَتَهْجُرُهُ الشَّيَاطِينُ، وَيَكْثُرُ خَيْرُهُ أَنْ يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ، وَإِنَّ الْبَيْتَ لَيَضِيقُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَهْجُرُهُ الْمَلَائِكَةُ، وَتَحْضُرُهُ الشَّيَاطِينُ، وَيَقِلُّ خَيْرُهُ أَنْ لَا يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ

“Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, syaitan-syaitan akan menjauhinya, dan kebaikan akan bertambah-tambah jika Al-Qur’an dibaca di dalamnya.

Tetapi rumah akan terasa sempit bagi penghuninya, para malaikat menjauhinya, syaitan-syaitan akan mendatanginya, dan kebaikan akan berkurang jika di dalamnya tidak dibacakan Al-Qur’an.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3352)

7, Mengamalkan Membaca 3 Qul (Al-Mu’awwizat)

Dari Mu’aadz, dari ayahnya (‘Abdullah bin Khubaib radhiyallahu ‘anhu), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berkata kepada ‘Abdullah bin Khubaib:

قُلْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ

“Bacalah Qul Huwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) dan Al-Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Naas) ketika kamu memasuki waktu petang dan pagi (subuh) sebanyak tiga kali, nescaya kamu akan dicukupkan dari segala sesuatu (dilindungi dari pelbagai keburukan).” (Sunan Abi Dawud, no. 5082. At-Tirmidzi, no. 3575. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Kata Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H):

وفي الحديث دليل على أن تلاوة هذه السور عند المساء وعند الصباح تكفي التالي من كل شيء يخشى منه كائنا ما كان

“Dalam hadis ini terdapat dalil menunjukkan membaca surah-surah ini di waktu petang dan waktu pagi mampu memberi kecukupan kepada sesiapa yang membacanya dari segala sesuatu yang dia risaukan walau apapun bentuknya.” (Tuhfatu Adz-Dzakirin, m/s. 93)

‘Uqbah bin ‘Aamir radhiyallahu ‘anhu berkata:

بَيْنَا أَنَا أَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الْجُحْفَةِ وَالْأَبْوَاءِ إِذْ غَشِيَتْنَا رِيحٌ وَظُلْمَةٌ شَدِيدَةٌ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ بِأَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَأَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَيَقُولُ يَا عُقْبَةُ تَعَوَّذْ بِهِمَا فَمَا تَعَوَّذَ مُتَعَوِّذٌ بِمِثْلِهِمَا

“Ketika aku berjalan bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di antara Al-Juhfah dan Al-Abwa’, tiba-tiba angin sejuk bertiup dan gelap gelita menyelimuti kami. Maka Rasulullah pun mula berlindung dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Naas. Lalu beliau berkata:

“Wahai ‘Uqbah, berlindunglah dengan membaca keduanya, kerana tidak ada orang yang berlindung dengan sebuah perlindungan yang menyamai keduanya.” (Sunan Abi Dawud, no. 1463. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الفَلَقِ وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika mendatangi tempat tidurnya di setiap malam, beliau menggabungkan telapak tangannya kemudian menghembus (meniup) padanya lalu membaca padanya Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap dengan kedua telapak tangannya apa yang mampu dicapai olehnya dari tubuh beliau. Beliau memulakannya dari atas kepalanya, ke wajahnya, dan ke bahagian depan tubuhnya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5017. Bab: Keutamaan Al-Mu’awwizat)

‘Uqbah bin ‘Aamir radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالمُعَوِّذَتَيْنِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan aku supaya aku membaca al-Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq & An-Naas) di akhir setiap solat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2903. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kata Al-Hafiz Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

وَدُبُرُ الصلاة يحتمل قبل السلام وبعده، وكان شيخنا يُرجِّح أن يكون قبل السلام، فراجعته فيه، فقال: دُبُرُ كُلِّ شيء منه، كدُبُرِ الحيوان

“Dan perkataan “duburi ash-sholah” (di akhir solat) boleh difahami sebagai sebelum atau selepas salam. Dan menurut guru kami (Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah), beliau menguatkan pendapat yang maksudnya sebelum salam, maka itu yang tepat menurut beliau. “duburi kulli syaii’ minhu” (di akhir atau penghujung segala sesuatu darinya) seperti bila disebutkan “duburi al-haiwan” maka maksudnya hujung punggung haiwan (bukan merujuk sesuatu yang terpisah di belakang haiwan – pent.).” (Zaadul Ma’ad, 1/304)

Kata Ibnul Qayyim lagi di lembaran yang lain tentang hadis ini:

وفى هذا سِرٌ عظيم فى استدفاع الشرورِ من الصلاة إلى الصلاة

“Dan pada hadis ini terdapat rahsia yang besar dalam menolak keburukan-keburukan dari sela antara satu solat ke solat berikutnya.” (Zaadul Ma’ad, 4/181)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِهِ نَفَثَ عَلَيْهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ، فَلَمَّا مَرِضَ مَرَضَهُ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، جَعَلْتُ أَنْفُثُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُهُ بِيَدِ نَفْسِهِ، لِأَنَّهَا كَانَتْ أَعْظَمَ بَرَكَةً مِنْ يَدِي

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila salah seorang dari ahli keluarganya sakit, beliau meniupkan ke atasnya dengan bacaan al-Mu’awwidzat (3 Qul). Tetapi ketika beliau sakit yang membawa kepada kewafatannya, akulah yang meniupkan padanya, aku mengusap beliau dengan tangan beliau sendiri kerana tangan beliau lebih besar barakahnya berbanding tanganku.” (Shahih Muslim, no. 2192)

Kata Al-Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 852H):

وفى هذا الحديث استحباب الرقية بالقران وبالاذكار وانما رقى بالمعوذات لأنهن جامعات للاستعاذة من كل المكروهات جملة وتفصيلا ففيها الاستعاذة من شر ما خلق فيدخل فيه كل شيء ومن شر النفاثات فى العقد ومن السواحر ومن شرالحاسدين ومن شر الوسواس الخناس والله أعلم

“Dalam hadis ini terdapat anjuran untuk meruqyah (merawat) dengan menggunakan al-Qur’an dan dzikir-dzikir. Adapun ruqyah dengan bacaan al-Mu’awwidzat, itu adalah kerana di dalamnya menggabungkan permohonan perlindungan dari segala sesuatu yang dibenci sama ada secara  umum atau pun terperinci. Di dalam Al-Mu’awwidzat (3 Qul), ia mengandungi doa perlindungan dari kejahatan makhluk yang Allah ciptakan, maka segala sesuatu termasuk di dalamnya dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (simpulan-simpulan tali), dari kejahatan para penyihir (tukang sihir), dari kejahatan para pendengki, dan dari kejahatan bisikan was-was Syaitan Al-Khannas (yang bersembunyi).” (Syarh Shahih Muslim, 14/183)

8, Mengamalkan Membaca Ayat al-Kursi

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ، وَقُلْتُ: وَاللَّهِ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنِّي مُحْتَاجٌ، وَعَلَيَّ عِيَالٌ وَلِي حَاجَةٌ شَدِيدَةٌ، قَالَ: فَخَلَّيْتُ عَنْهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ، وَسَيَعُودُ، فَعَرَفْتُ أَنَّهُ سَيَعُودُ، لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: دَعْنِي فَإِنِّي مُحْتَاجٌ وَعَلَيَّ عِيَالٌ، لاَ أَعُودُ، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ وَسَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ الثَّالِثَةَ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ، وَهَذَا آخِرُ ثَلاَثِ مَرَّاتٍ، أَنَّكَ تَزْعُمُ لاَ تَعُودُ، ثُمَّ تَعُودُ قَالَ: دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا، قُلْتُ: مَا هُوَ؟ قَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ، فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ} [البقرة: 255]، حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ، فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، زَعَمَ أَنَّهُ يُعَلِّمُنِي كَلِمَاتٍ يَنْفَعُنِي اللَّهُ بِهَا، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: مَا هِيَ، قُلْتُ: قَالَ لِي: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ مِنْ أَوَّلِهَا حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ} [البقرة: 255]، وَقَالَ لِي: لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ – وَكَانُوا أَحْرَصَ شَيْءٍ عَلَى الخَيْرِ – فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ، تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ: لاَ، قَالَ: ذَاكَ شَيْطَانٌ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberi kepercayaan kepada aku untuk menjaga zakat Ramadhan. Lalu ada seseorang yang datang dan mencuri makanan. Aku pun menangkapnya dan berkata:

“Demi Allah, aku benar-benar akan mengangkat perbuatan (kes) engkau kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Ia pun berkata:

“Sesungguhnya aku adalah orang yang memerlukan, aku menanggung nafkah keluargaku, dan aku benar-benar memerlukan.” Abu Hurairah berkata, aku pun melepaskannya.

Ketika aku bangun pagi (Subuh), Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya:

“Wahai Abu Hurairah, apakah yang dilakukan oleh orang yang engkau tangkap semalam?” Aku pun menjawab:

“Wahai Rasulullah, ia mengeluh (mengadu) yang ia sangat memerlukan, demikian juga keluarganya, dan aku pun mengasihaninya lalu melepaskannya.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

“Ketahuilah bahawa ia telah membohongi engkau dan ia akan kembali lagi.” Aku pun yakin ia akan datang kembali kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengatakannya.

Aku mengintainya, lalu aku dapati ia datang lagi dan mencuri makanan. Aku pun menangkapnya dan berkata:

“Demi Allah, aku benar-benar akan mengangkat perbuatan engkau ini kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Lalu ia pun berkata:

Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku adalah orang yang memerlukan, dan aku menanggung nafkah keluargaku. Aku tidak akan kembali lagi.”

Aku pun mengasihaninya lalu melepaskannya. Ketika aku bangun pagi, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadaku:

“Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh orang yang engkau tangkap semalam?” Aku pun menjawab:

“Wahai Rasulullah, ia mengeluh (mengadu) yang ia sangat memerlukan, demikian juga keluarganya, dan aku pun mengasihaninya lalu melepaskannya.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

“Ketahuilah bahawa ia telah membohongi engkau dan ia akan kembali lagi.” Aku pun mengintainya untuk kali ketiganya, lalu ia pun datang lagi dan mencuri makanan. Aku pun menangkapnya dan berkata:

“Demi Allah, aku benar-benar akan mengangkat (mengadukan) perbuatan engkau ini kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini adalah kali yang terakhir dan yang ketiga kalinya engkau mengaku tidak akan kembali tetapi engkau kembali lagi.” Ia pun berkata:

“Lepaskanlah aku, aku akan mengajarkan engkau beberapa kalimat (perkataan) yang dengannya Allah akan berikan manfaat kepada engkau.” Aku berkata:

“Perkataan apakah itu?” Ia pun berkata:

“Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi: اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ (Surah al-Baqarah ayat 255) sampai habis ayat tersebut. Kerana sesungguhnya ada satu Malaikat dari sisi Allah yang akan menjaga engkau, dan engkau tidak akan dihampiri oleh Syaitan sampailah engkau memasuki waktu pagi.” Lalu aku pun melepaskannya. Ketika aku bangun pagi, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bertanya kepadaku:

“Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh orang telah engkau tangkap semalam?” Aku pun menjawab:

“Wahai Rasulullah, ia mengaku sesungguhnya ia mengajari aku suatu kalimat yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepada aku, maka aku pun membebaskannya.” Rasulullah bertanya:

“Kalimat apakah itu?” Aku jawab:

“Ia berkata kepadaku, “Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi: اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ (Surah al-Baqarah ayat 255) dari awal sampai habis ayat tersebut.” Dan ia juga berkata kepadaku, “Malaikat dari sisi Allah akan menjaga engkau dan Syaitan tidak akan menghampiri engkau sampai memasuki waktu pagi subuh.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

“Ketahuilah sesungguhnya ia telah berkata benar walaupun hakikatnya ia adalah pendusta. Adakah engkau tahu siapakah yang engkau berbicara dengannya semenjak tiga malam yang lalu itu wahai Abu Hurairah?” Abu Haurairah menjawab:

“Tidak.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

“Itu adalah Syaitan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2311, 3275, 5010)

Dalam riwayat yang lain, situasi yang hampir serupa berlaku ke atas Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Beliau diganggu oleh jin yang mahu mendapatkan sebahagian dari makanan miliknya. Beliau bertanya kepada jin tersebut:

فما ينجينا منكم؟ قال: هذه الآية التي في سورة البقرة {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من قالها حين يمسي أجير منا حتى يصبح ومن قالها حين يصبح أجير منا حتى يمسي فلما أصبح أتى رسول الله صلى الله عليه و سلم فذكر له ذلك فقال: ( صدق الخبيث )

“Apakah yang boleh menyelamatkan kami dari (gangguan) kamu?” Jin tersebut pun berkata:

“Ayat ini (al-Kursi) yang mana terdapat dalam Surah al-Baqarah (Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum…), sesiapa yang membacanya ketika memasuki waktu petang (senja) maka dia akan dijauhkan dari kami sehingga masuknya waktu pagi subuh dan sesiapa yang membacanya ketika memasuki waktu subuh maka dia akan dijauhkan dari kami sehingga masuknya waktu petang (senja).”

Maka keesokkan pagi subuh harinya, Ubay bin Ka’ab pun menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu menceritakan apa yang berlaku tersebut. Maka Rasulullah pun berkata:

“Si jijik (jin) itu telah berkata benar.” (Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 541. Kata Al-Albani, hadis ini diriwayatkan oleh An-Nasaa’i dan Ath-Thabrani dengan isnad yang jayyid, dan lafaz ini miliknya. Demikian juga kata Al-Hatsami, para perawinya tsiqah)

9, Membaca Tahlil Berikut

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ، إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

“Sesiapa yang mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Allah satu-satu-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan dia menguasai segala segala sesuatu.” Sebanyak 100 kali dalam sehari, maka ucapan tersebut menyamai (pahala) membebaskan sepuluh hamba, akan ditulis baginya seratus kebaikan, dihapuskan baginya seratus keburukan, dan ia menjadi pelindung baginya dari Syaitan pada hari tersebut sehinggalah memasuki waktu petang (senja). Dan tidaklah ada yang lebih afdhal dari yang dibawanya melainkan seseorang yang mengamalkan lebih banyak lagi dari yang demikian.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3293, 6403. Muslim, no. 2691)

10, Sujud Tilawah

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي، يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ – وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ: يَا وَيْلِي – أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ

“Apabila anak Adam membaca ayat sajadah lalu dia bersujud, maka Syaitan pun menjauhkan diri. Syaitan berkata:

“Celakalah aku, anak Adam diperintahkan supaya bersujud maka mereka pun bersujud sehingga baginya Jannah (Syurga). Manakala aku diperintahkan bersujud tetapi aku membangkang, maka berhak bagiku Neraka.”.” (Shahih Muslim, no. 81)

Bacaan sujud tilawah:

اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْرًا، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْرًا، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْرًا، وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُدَ

“Ya Allah, tuliskanlah pahala untukku dengannya di sisi Engkau. Hapuskanlah dariku dengannya dosa-dosaku. Jadikanlah ia simpanan bagiku di sisi Engkau. Dan terimalah ia dariku sebagaimana Engkau telah menerimanya dari hamba-Mu Daud.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 579, 3424. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Atau:

سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

“Bersujud wajahku kepada yang telah menciptakannya dan yang memberi pendengaran serta penglihatan padanya dengan daya dan kekuatan-Nya.” (Sunan At-Tirmidzi, no.580. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

11, Tidak Melatah Mencerca Syaitan, Sebaliknya Ucaplah Bismillah

Daripada Abu Al-Malih, daripada seorang sahabat Nabi, beliau berkata:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَعَثَرَتْ دَابَّةٌ، فَقُلْتُ: تَعِسَ الشَّيْطَانُ، فَقَالَ: ” لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ، فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ، وَيَقُولُ: بِقُوَّتِي، وَلَكِنْ قُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

“Aku pernah sama-sama menaiki haiwan tunggangan dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba haiwan tunggangan tersebut terpeleset. Aku pun mengucapkan:

“Celaka Syaitan.”

Maka Nabi pun seraya berkata:

“Jangan engkau katakan celaka Syaitan. Kerana apabila engkau mengatakan seperti itu, Syaitan pun semakin besar sehingga seperti besarnya rumah, dan Syaitan pun akan berkata, “Dengan kekuatanku (ini terjadi).” Sebaliknya hendaklah engkau ucapkan:

“Bismillah.” Kerana apabila engkau mengucapkan bismillah, maka Syaitan akan mengecil sehingga menjadi seperti sekecil lalat.” (Sunan Abu Daud, no. 4982. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لا تسبوا الشيطان وتعوذوا بالله من شره

“Janganlah kalian memaki Syaitan, tetapi berta’awwudz-lah (pohonlah perlindungan) kepada Allah dari kejahatannya.” (As-Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah, no. 2422)

12, Mengingat Allah Dan Berlindung Dengannya Ketika Bersetubuh

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ لَمْ يَضُرُّهُ

“Sekiranya salah seorang di antara kamu apabila mendatangi ahlinya (isterinya), ucapkanlah: “Bismillah, Allahumma jannibnasy Syaithaan, wa jannibisy Syaithaana ma rozaqtana.” (Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari Syaitan, dan jauhkanlah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami). Jika hasil hubungan mereka berdua dikurniakan anak, maka Syaitan tidak akan dapat memudharatkannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 141. Bab: Mengucapkan Bismillah Dalam Setiap Keadaan)

13, Mengucapkan Bismillah Ketika Memasuki Tandas

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

سَتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ: إِذَا دَخَلَ أَحَدُهُمُ الخَلَاءَ، أَنْ يَقُولَ: بِسْمِ اللَّهِ

“Penghadang di antara mata-mata jin terhadap aurat anak-anak Adam apabila salah seorang dari mereka memasuki tandas adalah dengan mengucapkan: “Bismillah.”.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 606. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

14, Bangun Awal Pagi, Solat Subuh

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ، فَارْقُدْ فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ، انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

“Syaitan mengikatkan dengan tiga ikatan ke atas tengkuk kepala salah seorang dari kalian apabila kalian tidur. Syaitan memperketatkan setiap ikatan ke atas kalian sambil mengatakan, “Malam masih panjang, maka tidurlah lagi.” Tetapi apabila orang itu bangun lalu mengingat Allah (berdzikir), maka terlepaslah satu ikatan. Apabila dia berwudhu’, terlepaslah satu lagi ikatan. Apabila ia menunaikan solat, maka terlepaslah satu ikatan lagi, sehinggalah dia pun menjadi cergas lagi aktif dan jiwanya pun menjadi baik. Tetapi apabila dia tidak melakukannya, jiwanya pun menjadi buruk lagi bersifat pemalas.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1142, 3269)

Di antara dzikir yang dimaksudkan dan disunnahkan sebaik bangun tidur adalah sebagaimana terdapat dalam hadis ini (daripada Hudzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu):

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ: «بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا» وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ: «الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila hendak tidur, beliau pun mengucapkan:

“Dengan nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup.” Dan apabila beliau bangun dari tidurnya, beliau mengucapkan:

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan kepadanyalah kami dikembalikan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6312. Bab: Apa yang diucapkan ketika bangun subuh)

Dalam hadis yang lain, daripada ‘Abdullah (bin Mas’oud) radhiyallahu ‘anhu, kata beliau:

ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ، فَقِيلَ: مَا زَالَ نَائِمًا حَتَّى أَصْبَحَ، مَا قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَقَالَ: بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ

“Diberitahukan di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang seorang lelaki, dikatakan: “Ia berterusan tidur sampai masuk waktu Subuh, ia tidak bangun menuju solat.” Maka Nabi pun bersabda, “Syaitan telah kencing pada telinganya.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1144. Bab: Apabila tidur dan tidak solat, Syaitan pun mengencingi telinganya)

Al-Imam Badru Ad-Diin Al-‘Aini rahimahullah menjelaskan:

إشارة إلى ثقل النوم فإن المسامع هي موارد الانتباه وخص البول من الأخبثين لأنه أسهل مدخلا في التجاويف وأوسع نفوذا في العروق فيورث الكسل في جميع الأعضاء

“(Kencing di telingan, bukan di mata) Adalah merupakan isyarat yang menunjukkan nyeyaknya tidur, kerana deria pendengaran adalah sumber kewaspadaan. Manakala penyebutan kata kencing secara khusus dari kedua kotoran, adalah kerana kencing lebih mudah memasuki lubang-lubang dan lebih cepat mengalir di urat-urat sehinggalah menjadi sebab rasa malas di seluruh organ tubuh.” (‘Umdatul Qari, 11/315)

15, Memasuki Masjid Sambil Berta’awwudz

Hayyah bin Syuraih berkata, “Aku bertemu dengan Uqbah bin Muslim dan aku berkata kepadanya, telah sampai khabar kepadaku bahawa engkau menyampaikan hadis daripada ‘Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa apabila beliau memasuki masjid, beliau membaca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang Mulia, dan yang Memiliki Kuasa yang kekal dari Syaitan yang terkutuk.”

Uqbah bertanya, “Itu sahaja?” Aku katakan, “Ya, itu sahaja.”

Uqbah pun mengatakan, “Apabila mengucapkan yang demikian itu, maka Syaitan pun akan berkata, “Orang itu akan terpelihara (dijaga) dari godaan (ajakan)-ku sepanjang hari.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 466. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

16, Mengawal Marah

Sulaiman bin Shurad radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Ketika kami sedang duduk, ada dua lelaki yang saling mencela berdekatan dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Salah seorang dari mereka mencela temannya dalam keadaan marah merah padam di wajahnya. Maka Nabi pun bersabda:

“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang seandainya apabila mereka mengucapkannya, maka kemarahannya pun akan pergi (hilang). Iaitu apabila dia mengucapkan:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Aku berlindung kepada Allah dari Syaitan yang terkutuk.” Maka amarahnya pun akan pergi (hilang).” (Shahih Al-Bukhari, no. 3282. Bab Sifat Iblis dan Para Tenteranya)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إذا غضب الرجل فقال: أَعُوذُ بِاللَّهِ سكن غضبه

“Apabila seseorang marah lalu mengucapkan: “A’udzubillah (aku berlindung kepada Allah).” Nescaya amarahnya pun merosot.” (As-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1376)

Para ulama menjelaskan bahawa marah yang bukan kerana Allah dan tanpa hak yang benar, maka itu datangnya adalah dari Syaitan. Oleh sebab itulah kita disunnahkan agar memohon perlindungan (berta’awwudz) kepada Allah apabila mendapati diri kita sedang marah.

17, Segera Berta’awwudz Apabila Rasa Diganggu Syaitan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Dan jika engkau mendapati adanya suatu gangguan dari Syaitan, maka berta’awwudz-lah (mohonlah perlindungan) kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-A’raaf, 7: 200)

Di ayat setelahnya:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka disentuh was-was dari Syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Surah Al-A’raaf, 7: 201)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan jika engkau mendapati adanya suatu gangguan dari Syaitan, maka berta’awwudz-lah (mohonlah perlindungan) kepada Allah. Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushilat, 41: 36)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ (97) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

“Dan katakanlah: “Wahai Rabb-ku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan Syaitan-syaitan, dan aku berlindung kepada engkau dari kedatangan mereka kepadaku.” (Surah Al-Mukminuun, 23: 97-98)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا، مَنْ خَلَقَ كَذَا، حَتَّى يَقُولَ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ

“Sesugguhnya Syaitan mendatangi salah seorang dari kalian lalu ia mengatakan:

“Siapa yang menciptakan ini? Siapakah yang telah menciptakan itu?” Sehinggalah kemudian ia pun mengatakan: “Siapa pula yang menciptakan Rabb-mu?”

Apabila sampai berlaku seperti ini, maka hendaklah dia berta’awwudz (memohon perlindungan) kepada Allah lalu berhenti darinya (segera berhenti melayaninya).” (Shahih Al-Bukhari, no. 3276)

Dalam hadis yang lain, apabila mengalami situasi (atau gangguan) seperti itu, maka ucapkanlah:

آمَنْتُ بِاللهِ وَرُسُلِهِ

“Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kerana dengan cara (ucapan) tersebut, ia pun akan pergi. (Musnad Ahmad, no. 26203. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَإِذَا قَالُوا ذَلِكَ فَقُولُوا: اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ثُمَّ لِيَتْفُلْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Maka apabila mereka mengucapkan yang demikian (berbantah-bantah sehingga keluar pertanyaan siapa yang menciptakan Allah – rujuk hadis Sunan Abi Dawud, no. 4721), maka katakanlah (bacalah Surah Al-Ikhlas), “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah yang kepada-Nya bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.” Kemudian hendaklah ia meludah ke arah kirinya sebanyak tiga kali, dan berta’awwudz (memohon perlindungan) kepada Allah dari gangguan Syaitan.” (Sunan Abi Dawud, no. 4722. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

18, Apabila Gelisah Semasa Tidur

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Apabila salah seorang di antara kamu merasa gelisah ketika tidur maka ucapkanlah:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari murka-Nya, siksaan-Nya, kejahatan-kejahatan para hamba-Nya, dari bisikan-bisikan Syaitan, dan dari kedatangan mereka kepadaku.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3528. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Kata Al-Imam Abu ‘Amr Yusuf Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H):

وفي هذا الحديث دليل على أن كلام الله عز وجل غير مخلوق لأنه لا يستعاذ بمخلوق

“Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa kalam Allah ‘Azza wa Jalla bukan makhluk kerana tidaklah boleh memohon perlindungan dengan makhluk.” (At-Tamhid lima fi Muwaththa’ min Al-Ma’ani wal Asanid oleh Ibnu ‘Abdil Bar, 24/110)

Daripada Jabir, beliau berkata:

لِأَعْرَابِيٍّ جَاءَهُ فَقَالَ: إِنِّي حَلَمْتُ أَنَّ رَأْسِي قُطِعَ فَأَنَا أَتَّبِعُهُ، فَزَجَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: «لَا تُخْبِرْ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِي الْمَنَامِ

“Bahawasanya seorang ‘Arab Badwi datang kepada Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku bermimpi dalam tidurku kepalaku dipenggal lalu aku mengikutinya.” Rasulullah pun memberi peringatan kepadanya, “Janganlah engkau mengkhabarkan kepada orang tentang permainan Syaitan dalam tidurmu.” (Shahih Muslim, no. 2268)

Mimpi buruk ketika tidur adalah termasuk permainan Syaitan, maka dianjurkan agar kita memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila menyedari ia terjadi. Dan disunnahkan agar kita tidak menceritakannya kepada orang lain tentang apa yang berlaku dari mimpi-mimpi yang buruk tersebut.

19, Berlindung Dari Syaitan, Haiwan Berbisa, dan Pandangan Jahat

‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

“Dahulu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah membacakan ta’awwudz untuk al-Hasan dan al-Husain. Beliau mengatakan:

“Sesungguhnya dahulu ayah kamu berdua (Nabi Ibrahim) memohon perlidungan (kepada Allah) dengan doa tersebut untuk Isma’il dan Ishaq:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari setiap (gangguan) Syaitan, gangguan binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3371)

Manakala dalam riwayat Abu Daud, lafaznya adalah:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

“Aku memohonkan perlindungan untuk kamu berdua dengan kalimat-kalimat (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari setiap Syaitan, dari binatang berbisa, dan dari setiap pandangan mata yang jahat.” (Sunan Abi Dawud, no. 4737. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kata Al-Imam Abu Dawud rahimahullah (Wafat: 275H):

هَذَا دَلِيلٌ عَلَى أَنَّ الْقُرْآنَ لَيْسَ بِمَخْلُوقٍ

“Ini adalah dalil bahawa Al-Qur’an bukanlah makhluk.” (Sunan Abi Dawud, 4/235)

20, Dzikir Pagi & Petang

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, “Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah:

“Wahai Rasulullah, perintahlah aku agar mengucapkan sesuatu kalimat (dzikir) ketika aku memasuki waktu pagi dan waktu petang (senja).” Maka Rasulullah pun berkata, “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

“Ya Allah, Yang menciptakan langit dan bumi, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nampak, Rabb segala sesuatu dan yang memilikinya, aku mengaku bahawa tiada ilah yang berhak diibadahi melainkan Engkau, aku berlindung kepada Engkau dari keburukan jiwa, dan dari kejahatan Syaitan dan sekutunya.”

Kata Rasulullah, “Ucapkanlah ia ketika kamu memasuki waktu pagi (subuh), dan ketika memasuki waktu petang (senja), dan apabila engkau hendak masuk tidur.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 5067. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa dari kalangan hamba Allah yang di waktu subuhnya dan waktu petangnya (senja) membaca dzikir ini sebanyak tiga kali:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun membahayakan bersama namanya sama ada di langit mahupun di bumi, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Maka tidaklah sesuatu pun membahayakannya.” (Sunan At-Timidzi, no. 3388. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Manakala dalam riwayat Abu Dawud, “(Sesiapa yang membacanya sebagaimana tersebut)… Maka tidaklah ia ditimpa bala bencana sehingga memasuki waktu Subuh, dan sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali ketika tiba waktu Subuh, maka tidaklah ia ditimpa bala bencana sehingga memasuki waktu petang (senja).” (Sunan Abu Daud, no. 5088. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

21, Berdoa dan Bertaubat Kepada Allah

Rasulullah apabila beliau hendak masuk tidur di malam hari, beliau pun berkata (berdoa dengan doa):

بِسْمِ اللَّهِ وَضَعْتُ جَنْبِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِيِّ الْأَعْلَى

“Dengan nama Allah aku letakkan rusukku. Ya Allah, ampunkanlah aku dari dosa-dosaku, tundukkanlah Syaitanku, selamatkan diriku, dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan tertinggi.” (Sunan Abi Dawud, no. 5054. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

“Sesungguhnya Syaitan berkata, “Demi kemuliaan Engkau wahai Rabb, aku akan terus menyesatkan para hamba-Mu selagi ruh-ruh mereka masih berada di dalam jasad mereka.” Maka Allah menjawab:

“Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan terus memberikan keampunan kepada mereka selagi mana mereka terus memohon keampunan kepada Aku.” (Musnad Ahmad, no. 11237. Dinilai hasan oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

22, Berkata Dengan Kata-kata Yang Baik

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

“Dan katakanlah kepada para hamba-Ku: “Hendaklah kamu ucapkan perkataan yang baik-baik.” Sesungguhnya Syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Al-Israa’, 17: 53)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

يأمر تعالى رسوله صلى الله عليه وسلم أن يأمر عباد الله المؤمنين، أن يقولوا في مخاطباتهم ومحاوراتهم الكلام الأحسن والكلمة الطيبة؛ فإنه إذ لم يفعلوا ذلك، نزغ الشيطان بينهم، وأخرج الكلام إلى الفعال، ووقع الشر والمخاصمة والمقاتلة، فإن الشيطان عدو لآدم وذريته من حين امتنع من السجود لآدم، فعداوته ظاهرة بينة

“Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para hamba-Nya yang beriman supaya berkata ketika berucap dan berdialog hendaklah dengan perkataan yang indah dan paling baik. Kerana apabila mereka tidak melakukan yang demikian, Syaitan pun akan menimbulkan perselisihan di antara mereka dan menjadilah perkataan kepada tindakan, lalu ia pun menyebabkan keburukan, konflik, dan pertengkaran. Kerana sesungguhya Syaitan adalah musuh kepada Adam dan seluruh keturunannya semenjak ia menolak untuk sujud kepada Adam. Permusuhan Syaitan itu sangat nyata dan jelas.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/86-87)

Dari sini dapat kita fahami bahawa Syaitan itu mampu menyesatkan dan menimbulkan perselisihan sesama manusia melalui perkataan yang tidak baik lagi kasar yang mereka ucapkan di antara sesama mereka. Melalui perkataan-perkataan buruk dan kasar yang diucapkan, Syaitan pun akan memanfaatkannya untuk menimbulkan perselisihan, permusuhan, kebencian, dendam, dan pertelingkahan.

Sebaliknya dengan perkataan yang baik-baik, yang benar, indah, lagi yang memiliki hikmah, maka ia akan mampu menutupi ruang-ruang syaitan. Ia lebih mampu menjaga persaudaraan, kasih-sayang, rasa cinta, dan lebih disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan sekiranya tidak mampu berkata dengan kata-kata yang baik, maka diam itu lebih baik dari membuka pintu-pintu untuk Syaitan.

Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau hendaklah ia diam.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6135)

Bahkan Allah Ta’ala menunjukkan dalam ayat-Nya yang lain bahawa permusuhan dan kejahatan itu sendiri sekiranya ditangani dengan perbuatan dan perkataan yang baik, nescaya ia mampu mengubah orang-orang yang asalnya memusuhi menjadi teman-teman yang akrab.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka apabila orang-orang yang di antara kamu dan dia yang ada permusuhan pun seolah-olah telah menjadi teman yang sangat akrab.” (Surah Fushilat, 41: 34)

Maka akan menjadi lemahlah para Syaitan itu.

23, Mengikuti Jalan Yang Lurus

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Iblis menjawab: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah Al-A’raaf, 7: 16-17)

Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ

“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:

“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:

“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.” Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-An’aam, 6: 153).” (Dzilal Al-Jannah, no. 16. Musnad Ahmad, no. 15277. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kata Asy-Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

وَإِذَا تَأَمَّلَ الْعَاقِلُ – الَّذِي يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ – هَذَا الْمِثَالَ وَتَأَمَّلَ سَائِرَ الطَّوَائِفِ مِنْ الْخَوَارِجِ ثُمَّ الْمُعْتَزِلَةِ ثُمَّ الْجَهْمِيَّة وَالرَّافِضَةِ وَمَنْ أَقْرَبُ مِنْهُمْ إلَى السُّنَّةِ مِنْ أَهْلِ الْكَلَامِ مِثْلِ الكَرَّامِيَة والْكُلَّابِيَة وَالْأَشْعَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ وَأَنَّ كُلًّا مِنْهُمْ لَهُ سَبِيلٌ يَخْرُجُ بِهِ عَمَّا عَلَيْهِ الصَّحَابَةُ وَأَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَدَّعِي أَنَّ سَبِيلَهُ هُوَ الصَّوَابُ – وَجَدْت أَنَّهُمْ الْمُرَادُ بِهَذَا الْمِثَالِ الَّذِي ضَرَبَهُ الْمَعْصُومُ الَّذِي لَا يَتَكَلَّمُ عَنْ الْهَوَى. إنْ هُوَ إلَّا وَحْيٌ يُوحَى

“Apabila seseorang meneliti dengan pertimbangan yang benar, iaitu yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, mereka meneliti perumpaman ini dan meneliti seluruh kelompok-kelompok dari kalangan al-khawarij, kemudian mu’tazilah, kemudian jahmiyah, dan orang-orang dari kalangan mereka yang lebih dekat ke arah sunnah dari kalangan ahli kalam seperti al-karamiyah, al-kullabiyah, al-asy’ariyah, dan selain mereka, bahawasanya setiap dari mereka memiliki jalan yang menyimpang keluar dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat dan para ahli hadis, dan mereka menganggap bahawa jalan mereka adalah jalan yang paling benar.

Maka dengan itu akan kita dapati bahawa sebenarnya merekalah yang dimaksudkan dalam permisalan garisan (di kanan dan kiri) yang telah dibuat oleh Al-Ma’shum Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mana beliau tidaklah berbicara menuruti hawa nafsu, yang tiada lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyyah, 4/57)

24, Menjauhi Nyanyian, Alat-alat Muzik, dan Loceng

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ بِهِ الأَنْصَارِ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَبِمَزْمُورِ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

“Abu Bakar masuk ke dalam rumahku dan di sisiku ketika itu adalah dua orang hamba kanak-kanak wanita dari kalangan Anshar, mereka berdua sedang mengalunkan (menyanyikan) sya’ir yang kebiasaannya diucapkan oleh kaum Anshar ketika perang Bu’ats.” ‘Aisyah berkata, “Dan mereka berdua bukan dari kalangan penyanyi.” Maka berkatalah Abu Bakr (ketika melihatnya), “Kenapa seruling syaitan dimainkan di rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?” Dan ketika itu adalah hari ‘Ied (hari raya). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata, “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan ini adalah hari raya kita.” (Shahih Muslim, no. 892. Bab: Keringanan Bermain Permainan Yang Bukan Maksiat Pada Hari ‘Ied)

Abu Thayyib Ath-Thabari berkata:

هذا الحديث حجتنا، لأن أبا بكر سمى ذلك مزمور الشيطان، ولم ينكر النبي صلى الله عليه وسلم على أبي بكر قوله، وإنما منعه من التغليظ في الإنكار لحسن رفقته، لا سيما في يوم العيد، وقد كانت عائشة رضي الله عنها صغيرة في ذلك الوقت، ولم ينقل عنها بعد بلوغها وتحصيلها إلا ذم الغناء، وقد كان ابن أخيها القاسم بن محمد يذم الغناء ويمنع من سماعه، وقد أخذ العلم عنها

“Hadis tersebut (iaitu hadits ‘Aisyah di atas) merupakan hujjah bagi kami. Ini adalah kerana disebabkan Abu Bakar menamakannya sebagai seruling syaitan, dan perkataan ini tidak diingkari oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan beliau hanya melarang Abu Bakar supaya tidak bersikap keras (berlebihan) dalam mengingkarinya atas sifat lemah-lembut Nabi terhadap mereka, terutama pada hari ‘Ied.  Apatah lagi ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha masih kecil (kanak-kanak) pada ketika itu. Dan tidaklah dinukil sebarang kisah (berkaitan) daripadanya setelah ia baligh dan dewasa melainkan celaannya terhadap nyanyian. Sepupu beliau yang bernama al-Qaasim B. Muhammad mencela nyanyian dan melarang untuk mendengarnya. Dan al-Qasim telah mengambil ilmu daripada ‘Aisyah.” (Talbis Iblis oleh Ibnul Jauzi, m/s. 212)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْجَرَسُ مَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ

“Loceng adalah seruling-seruling Syaitan.” (Shahih Muslim, no. 2114)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ جَرَسٌ

“Para Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada loceng di dalamnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 4231. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

25, Ketika Berhubungan Dengan Isteri dan Ketika Sebaik Dikurniakan Anak

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِىَ أَهْلَهُ فَقَالَ بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا. فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِى ذَلِكَ لَمْ يَضُرُّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

“Jika salah seorang di antara kalian (yakni suami) yang ingin isterinya, lalu dia mengucapkan (doa):

بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan (menyebut) nama Allah (yakni dengan pertolongan Allah), ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) Syaitan dan jauhkanlah Syaitan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

Maka jika Allah menetapkan (lahirnya) anak dari hubungan antara keduanya tersebut, maka Syaitan tidak akan mampu membahayakan anak tersebut selamanya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6388. Muslim no. 1434)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan Syaitan menyentuhnya sebaik dia dilahirkan, lalu bayi tersebut menangis akibat tersentak oleh sentuhan Syaitan terhadapnya kecuali Maryam dan anaknya (‘Isa ‘alaihis Salam).

وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Dan sesungguhnya aku memohon perlindungan (kepda Allah) untuknya serta untuk zuriat keturunannya dari gangguan Syaitan terkutuk.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4548)

26, Ketika Solat

Abu Al-‘Alaa’ berkata:

أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّي

“Bahawasanya ‘Utsman bin Abi Al-‘Aash datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Syaitan telah membuat kacau antara aku dengan solatku, dan bacaanku menjadi tidak keruan kerananya.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

“Itu adalah kerja Syaitan yang disebut sebagai Khonzab. Maka apabila terasa gangguannya, hendaklah engkau berta’awwudz (berlindung) kepada Allah dari gangguannya, dan meludah ke sebelah kiri engkau tiga kali.”

‘Utsman berkata, “Maka aku pun melakukannya sehingga Allah pun mengusirnya pergi dariku.” (Shahih Muslim, no. 2203. Bab: Berlindung dari was-was Syaitan di dalam Solat)

27, Ketika Menguap

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ، فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

“Apabila menguap salah seorang daripada kamu, maka tutuplah mulut dengan tangannya sedaya-upaya. Kerana Syaitan akan masuk (ke dalam mulut yang menguap tanpa ditutup).” (Shahih Muslim, no. 2995)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

التَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ: هَا، ضَحِكَ الشَّيْطَانُ

“Menguap itu dari Syaitan, maka apabila salah seorang daripada kamu menguap hendaklah dia menahannya sedaya-upaya. Kerana jika salah seorang daripada kamu berkata “Haa” ketika menguap, maka Syaitan pun mentertawakannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3289)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

واضافته إلى الشيطان لانه الذى يدعو إلى الشهوات والمراد التحذير من السبب الذى يتولد منه ذلك وهو التوسع فى المأكل واكثار الاكل

“Penyandaran menguap kepada Syaitan adalah kerana ia mendorong kepada syahwat dan kerana menguap sering berlaku dengan diiringi rasa beratnya badan, penuhnya perut, dan rasa malas. Dengan itu, maksudnya adalah ancaman dari sebab yang menimbulkan hal-hal tersebut, iaitu berlebihan di dalam makan dan kerana banyaknya makan.” (Syarh Shahih Muslim, 18/122)

Baca artikel lengkap di, Menuai Pahala Ketika Menguap & Bersin.

28, Tidak Meremehkan Maksiat dan Dosa-dosa

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ هَذِهِ، وَلَكِنَّهُ قَدْ رَضِيَ مِنْكُمْ بِمَا تَحْقِرُونَ

“Sesungguhnya Syaitan telah putus-asa untuk disembah di negeri kalian, akan tetapi ia redha (sukacita) terhadap kalian disebabkan dosa-dosa yang kalian remehkan.” (Musnad Ahmad, no. 8810. Dinilai sahih isnadnya oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Di hadis yang lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَمُحَقَّرَاتِ الذُّنُوبِ فَإِنَّمَا مَثَلُ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوبِ كَقَوْمٍ نَزَلُوا فِي بَطْنِ وَادٍ، فَجَاءَ ذَا بِعُودٍ، وَجَاءَ ذَا بِعُودٍ حَتَّى أَنْضَجُوا خُبْزَتَهُمْ، وَإِنَّ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوبِ مَتَى يُؤْخَذْ بِهَا صَاحِبُهَا تُهْلِكْهُ

“Hendaklah kalian berwaspada terhadap dosa-dosa yang dianggap remeh, kerana sesungguhnya perumpamaan dosa-dosa ini adalah seperti suatu kaum yang turun di perut lembah, lalu yang satu membawa satu ranting, dan yang satu pula membawa satu ranting sehingga mereka dapat memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa-dosa yang dianggap remeh itu apabila dikumpulkan maka ia akan membinasakan.” (Musnad Ahmad, no. 22808. Dinilai sahih isnadnya oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Sebahagian dari dosa-dosa yang amat biasa diremehkan oleh kebanyakan manusia sebenarnya berpunca dari sikap enggan, tiadanya wawasan dalam beragama, tidak peduli, berat hati, dan malasnya tubuh badan untuk menuntut ilmu. Dan hakikatnya, perbuatan mengabaikan ilmu itu sendiri pun termasuk dosa yang amat berbahaya dan termasuk pengabaian kewajiban. Lalu oleh sebab yang demikian, mereka pun berlarutan dalam perbuatan dosa, kesalahan, dan maksiat disebabkan kejahilan dan keengganan mereka dalam menuntut ilmu.

Lebih disayangkan dan dibenci lagi adalah apabila seseorang itu mengetahui, tetapi ia masih tetap juga bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ارْحَمُوا تُرْحَمُوا وَاغْفِرُوا يُغْفَرْ لَكُمْ، وَيْلٌ لأَقْمَاعِ الْقَوْلِ، وَيْلٌ لِلْمُصِرِّينَ الَّذِينَ يُصِرُّونَ عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Berikanlah kasih-sayang, maka kalian akan disayangi. Berikanlah maaf, maka Allah akan memberikan keampunan untuk kalian. Kecelakaanlah bagi telinga-telinga yang selalu mendengarkan perkataan (tetapi tidak memahami dan memanfaatkannya). Kecelakaanlah bagi orang-orang yang terus-menerus dalam maksiat sedangkan dia mengetahui.” (Al-Adab Al-Mufrad, no. 380. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Maka, berhati-hatilah terhadap dosa-dosa sama ada dosa-dosa yang kecil apatah lagi yang besar. Kata Al-Hafiz Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H), “Janganlah sekali-kali engkau remehkan kemaksiatan yang kecil, sebagaimana rumput yang lemah, jika dianyam menjadi tali maka ia mampu menarik kapal-kapal.” (Bada’i Al-Fawa’id, 3/338)

29, Menjaga Adab-adab Makan

Di antara adab-adab makan yang terkait dengan hal ini adalah hendaklah makan/minum dengan tangan kanan, menyebut nama Allah ketika hendak makan/minum, makan/minum dalam keadaan duduk, tidak membiarkan makanan yang terjatuh, tidak sampai membazirkan makanan, dan beberapa adab-adab makan yang penting lainnya.

30, Menjauhi Bid’ah

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirmah:

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya Syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah, 2: 169)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman sebagaimana terdapat dalam sebuah hadis Qudsi yang panjang:

وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ، وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ، وَحَرَّمَتْ عَلَيْهِمْ مَا أَحْلَلْتُ لَهُمْ، وَأَمَرَتْهُمْ أَنْ يُشْرِكُوا بِي مَا لَمْ أُنْزِلْ بِهِ سُلْطَانًا

“Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan para hamba-Ku seluruhnya dalam keadaan hanif (tunduk lurus beragama Islam). Dan bahawasanya para Syaitan itu mendatangi mereka, lalu mengeluarkan mereka dari agama mereka, mengharamkan perkara-perkara yang telah aku halalkan untuk mereka, dan memerintahkan mereka untuk berbuat kesyirikan kepada-Ku yang tidak Aku turunkan padanya kebenaran (ilmu) tentangnya.” (Shahih Muslim, no. 2865)

Dari ayat Al-Qur’an dan hadis di atas ini dapat difahami bahawa ianya mengandungi dua prinsip yang mulia, iaitu: Perintah mengabdikan diri kepada Allah secara tulus tanpa ada syirik terhadapnya, dan yang keduanya perintah mengabdikan diri kepada Allah itu hendaklah dengan agama yang telah diredhai-Nya, yang disyari’atkan-Nya, yang dicintai-Nya, dan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh-Nya.

Dari itu, sesiapa yang melakukan selain dari itu dengan sangkaan telah berbuat kebaikan, iaitu dari hal-hal yang menyelisihi sunnah, yang bid’ah, dan yang bukan sebagaimana diajarkan di dalam agama yang dibawa oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka dia telah terpesong dari jalan agama yang lurus dan mengikuti jejak-jejak Syaitan. Dan dia termasuk orang-orang yang berdusta atas nama Allah, Rasul-Nya, dan agama-Nya apabila melakukan sesuatu atas nama Islam tanpa hujjah (ilmu) yang benar.

Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman:

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

“Adakah orang yang dijadikan (Syaitan) menganggap baik amalannya yang buruk lalu dia meyakini amalannya tersebut sebagai baik? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Maka janganlah engkau binasa disebabkan kesedihan terhadap mereka (orang-orang kafir). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah Fathir, 35: 8)

Atas sebab itulah sebagaimana dikatakan oleh sebahagian salaf, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Sufyan at-Tsauri rahimahullah:

الْبِدْعَةُ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيسَ مِنَ الْمَعْصِيَةِ، الْمَعْصِيَةُ يُتَابُ مِنْهَا، وَالْبِدْعَةُ لَا يُتَابُ مِنْهَا

“Bid’ah itu lebih dicintai Iblis dari maksiat. Pelaku maksiat dapat diharapkan bertaubat darinya, sedangkan pelaku bid’ah itu sukar bertaubat dari bid’ahnya.” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 1/216. Musnad Ibn Al-Ja’ad, no. 1809)

Maka dengan itu, tidak dapat tidak, dalam berhadapan dengan Syaitan dan menjauhi segala bentuk kesesatan ataupun ketergelinciran, hendaklah dengan ilmu yang benar. Dan ilmu tidak dapat tidak, mestilah dipelajari dengan penuh ketekunan, semangat, dan kesabaran.

Penutup

Setelah apa yang dapat dikumpulkan dari sebahagian hadis-hadis berkaitan Syaitan dan cara berlindung kepada Allah dari gangguannya ini, maka dapatlah kita ketahui bahawa Syaitan itu adalah musuh yang jelas dan sentiasa mencari-cari jalan mendatangi manusia. Ia sentiasa berusaha mencari celah dan ruang untuk menyesatkan manusia sehingga ketika manusia itu makan, tidur, masuk ke tandas, ketika solat, ketika memasuki rumah, bayi yang baru lahir, kanak-kanak yang bermain di waktu senja, bahkan sehingga ketika berjima’ pun syaitan datang mencari ruang mengganggu.

Maka dari itu, kenalilah perangkap-perangkap syaitan dengan baik dan sentiasa waspadailah gerak-gerinya dengan cara mendekatkan diri-diri kita ini kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala berpandukan tips yang ditunjukkan sendiri oleh wahyu-Nya. Ini agar kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dari terperangkap dalam makar-makar Syaitan lalu disesatkan oleh permainannya. Na’udzubillah

Wallahu a’lam

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest