Sunnah Menjilat Jari Selepas Makan

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Hadis 1, Dari hadis Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:juice_glass_strawbei

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

“Apabila ada di antara kalian makan, maka janganlah dia mengesat (atau membersihkan) tangannya sehinggalah dia menjilatnya atau ada orang lain yang menjilatkan untuknya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5456. Muslim, 2031)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وقوله صلى الله عليه و سلم ( يلعقها أو يلعقها ) معناه والله أعلم لايمسح يده حتى يلعقها فان لم يفعل فحتى يلعقها غيره ممن لايتقذر ذلك كزوجة وجارية وولد وخادم يحبونه ويلتذون بذلك ولايتقذرون وكذا من كان فى معناهم كتلميذ يعتقد بركته ويود التبرك بلعقها وكذا لو ألعقها شاة ونحوها والله أعلم

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“…dia menjilatnya atau ada orang lain yang menjilatkan untuknya.”

Maksudnya (wallaahu a’lam), janganlah dia mengesat (atau membersihkan) tangannya sampai terlebih dahulu dia menjilatnya atau dia berikan kepada orang lain untuk menjilatkan untuknya, yakni dari kalangan orang-orang yang tidak merasa jijik dengannya seperti isteri, hamba perempuannya, anaknya, pembantunya, atau kepada orang-orang yang disayanginya yang tidak merasa jijik (atau geli) dengan perbuatan tersebut.

Demikian pula dengan orang lain yang termasuk dalam kategori tersebut, seperti murid-murid yang ingin mengambil keberkahan (pada makanan) dengan cara menjilatnya, dan demikian pula dia boleh memberikan kepada haiwan seperti kambing untuk menjilatkan untuknya atau kepada selainnya. Wallaahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 13/206)

Hadis 2, Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِى فِى أَيَّتِهِنَّ اْلبَرَكَةُ

“Apabila ada di antara kalian makan maka hendaklah dia menjilat jari-jarinya (yang dia gunakan untuk makan), kerana dia tidak tahu di makanan yang manakah yang terdapat keberkahannya.” (Shahih Muslim, no. 2035)

Hadis 3, Dari hadis Ka’ab bin Malik, dari ayahnya, bahawa beliau berkata:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ مِنَ الطَّعَامِ

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjilat tiga jarinya sebaik selesai dari makan.” (Shahih Muslim, no. 2032)

Dalam lafaz yang lain beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ، وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilat tangannya sebelum mengesatnya (membersihkannya).” (Shahih Muslim, no. 2032)

Di lafaz yang lain, Ka’ab bin Malik menceritakan:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ، فَإِذَا فَرَغَ لَعِقَهَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam makan dengan tiga jari, dan apabila selesai, beliau pun menjilat jari-jarinya.” (Shahih Muslim, no. 2032)

Al-Imam Al-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ketika menjelaskan hadis seumpama, beliau berkata:

وقوله صلى الله عليه و سلم (لَا تَدْرُونَ فِي أيه الْبَرَكَةُ ) معناه والله أعلم أن الطعام الذى يحضره الانسان فيه بركة ولايدرى أن تلك البركة فيما أكله أو فيما بقى على أصابعه أو فى ما بقى فى أسفل القصعة أو فى اللقمة الساقطة فينبغى أن يحافظ على هذا كله لتحصل البركة وأصل البركة الزيادة وثبوت الخير والامتاع به والمراد هنا والله أعلم ما يحصل به التغذية وتسلم عاقبتة من أذى ويقوى على طاعة الله تعالى وغير ذلك

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesungguhnya kalian tidak tahu di manakah keberkahan (dari makanan yang kalian makan) itu berada…”

Maksudnya (wallaahu a’lam), bahawa makanan yang disediakan untuk manusia itu terkandung keberkahan padanya dan dia tidak mengetahui bahawa keberkahan tersebut terdapat pada bahagian yang mana dari makanan tersebut, sama ada pada bahagian yang telah dia makan, atau pada bahagian yang masih tersisa, atau yang terdapat pada makanan yang masih melekat di jari-jarinya, atau pada makanan yang masih tersisa pada bahagian bawah dasar mangkuk-mangkuk, atau pada makanan yang telah terjatuh?

Maka hendaklah dia menjaga (mengambil berat) tentang perkara ini agar dia dapat meraih keberkahan dari makanan tersebut.

Asal kata “الْبَرَكَةُ” Al-Barakah (keberkahan) adalah Az-Ziyaadah (tambahan), atau kebaikan yang telah ditetapkan, dan nikmat-nikmat yang terkandung padanya. Dan maksud yang dikehendaki di sini, wallaahu a’lam – adalah apa-apa yang didapatkan dengan makanan tersebut sama ada berupa khasiat (gizi), selamat dari hal-hal yang membahayakan, dan sesuatu yang dapat memberi kekuatan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah atau yang selain dari itu.” (Syarh Shahih Muslim, 13/206)

Hadis 4, Dari hadis Jaabir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ

“Apabila makanan salah seorang dari kalian terjatuh, maka ambil dan bersihkanlah kotoran yang terdapat padanya dan kemudian makanlah, dan jangan tinggalkan untuk Syaitan. Dan janganlah kalian bersihkan tangan kalian dengan kain pengelap sehingga kalian menjilatnya terlebih dahulu. Kerana sesungguhnya kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan tersebut yang mengandungi keberkahan.” (Shahih Muslim, no. 2033)

Di lafaz yang lain dari Jaabir, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ، حَتَّى يَحْضُرَهُ عِنْدَ طَعَامِهِ، فَإِذَا سَقَطَتْ مِنْ أَحَدِكُمُ اللُّقْمَةُ، فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى، ثُمَّ لِيَأْكُلْهَا، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ، فَإِذَا فَرَغَ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ تَكُونُ الْبَرَكَةُ

“Sesungguhnya Syaitan hadir di sisi salah seorang antara kalian pada segala sesuatu dari urusannya, sampai-sampai dia juga hadir di sisi kalian ketika kalian sedang makan. Maka apabila makanan salah seorang antara kalian terjatuh, maka hendaklah dia bersihkan dari kotoran yang melekat padanya dan kemudian makanlah ia, janganlah sampai dia tinggalkan bahagian untuk Syaitan. Apabila selesai makan, hendaklah dia menjilat jari-jarinya, kerana dia tidak tahu pada bahagian makanan yang manakah terdapat kerberkahan.” (Shahih Muslim, no. 2033)

Hadis 5, Dari hadis Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ، قَالَ: وَقَالَ: «إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الْأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ»، وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ، قَالَ: «فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمُ الْبَرَكَةُ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila makan suatu makanan, beliau akan menjilat tiga jarinya (yakni jari yang beliau gunakan untuk makan sebaik selesai).”

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

“Apabila suatu makanan terjatuh dari mulut salah seorang antara kalian, maka hendaklah (dia ambil makanan tersebut kemudian) dia bersihkannya dari kotoran dan makanlah ia dan janganlah dia tinggalkan untuk Syaitan.”

Kata Anas lagi, “Dan beliau telah memerintahkan kami untuk mengusap mangkuk-mangkuk (atau bekas makanan), lalu beliau bersabda:

“Sesungguhnya kalian tidak tahu di manakah letaknya keberkahan pada makanan yang kalian makan tersebut.”.” (Shahih Muslim, no. 2034)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (wafat: 676H) berkata:

 وقوله صلى الله عليه و سلم ان الشيطان يحضر أحدكم عند كل شيء من شأنه فيه التحذير منه والتنبيه على ملازمته للانسان فى تصرفاته فينبغى أن يتأهب ويحترز منه ولا يغتر بما يرينه له

“Pada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesungguhnya Syaitan hadir kepada salah seorang antara kalian pada segala sesuatu dari urusannya…”

Terkandung maksud peringatan agar berhati-hati terhadap Syaitan dan tingkah laku Syaitan yang sentiasa berusaha mengganggu manusia dalam setiap keadaan. Maka hendaklah beringat jangan sampai tertipu dengan hasutan (atau tipu-daya)nya.” (Syarh Shahih Muslim, 13/205-206)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (wafat: 676H) berkata lagi:

قوله ( وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ ) هو بفتح النون وضم اللام ومعناه نمسحها ونتتبع ما بقى فيها من الطعام

“Perkataan Anas:

“Dan beliau (Nabi) telah memerintahkan kami untuk mengusap mangkuk-mangkuk (atau bekas makanan)…”

Di mana kata “نَسْلُتَ” dengan memfathahkan nuun dan mendhommahkan laam, maknanya adalah mengusapnya (mengesatnya) atau menghabiskan apa-apa makanan yang masih tersisa pada mangkuk (atau bekas makanan) tersebut.” (Syarh Shahih Muslim, 13/207)

Kesimpulan dari hadis-hadis:

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

فى هذه الأحاديث أنواعمن سنن الأكل منها استحباب لعق اليد محافظة على بركة الطعام وتنظيفا لها واستحباب الأكل بثلاث أصابع ولايضم اليها الرابعة والخامسة إلالعذر بأن يكون مرقا وغيره مما لايمكن بثلاث وغير ذلك من الأعذار واستحباب لعق القصعة وغيرها واستحباب أكل اللقمة الساقطة بعد مسح أذى يصيبها هذا اذا لم تقع على موضع نجس فان وقعت على موضع نجس تنجست ولابد من غسلها إن أمكن فإن تعذر أطعمها حيوانا ولايتركها للشيطان ومنها اثبات الشياطين وأنهم يأكلون وقد تقدم قريبا ايضاح هذا ومنها جواز مسح اليد بالمنديل لكن السنة أن يكون بعد لعقها

Pada hadis-hadis ini terkandung pelbagai sunnah-sunnah berkaitan makan. Sebahagian darinya adalah:

1, Dianjurkan untuk menjilat tangan (yang digunakan untuk makan) dalam rangka menjaga keberkahan makanan sekaligus untuk membersihkannya (yakni agar tidak terbuang dan terbazirkan – pent.).

2, Dianjurkan makan dengan menggunakan tiga jari dan tidak menggabungkan penggunaan jari keempat dan kelima kecuali jika memiliki udzur (alasan), seperti ketika makan makanan berkuah atau yang seumpamanya yang tidak mungkin dapat dimakan dengan sekadar menggunakan tiga jari, atau dari alasan-alasan yang lainnya.

3, Dianjurkan mengusap (menjilat atau melicinkan) mangkuk-mangkuk (yakni bekas-bekas yang digunakan untuk makan) dan yang selainnya (dari tujuan yang sama).

4, Dianjurkan agar mengambil dan memakan makanan yang terjatuh setelah terlebih dahulu dihilangkan atau dibersihkan kotoran-kotoran yang melekat padanya. Ini dapat dilakukan apabila makanan tersebut tidak jatuh pada tempat yang najis, jika makanan tersebut terkena najis, maka hendaklah dibasuh jika ianya memungkinkan untuk dilakukan, tetapi jika tidak dapat dibersihkan, maka berilah makanan tersebut kepada haiwan yang sesuai untuk memakannya dan janganlah dibuang begitu sahaja sehingga tersisa untuk Syaitan.

5, Pada hadis-hadis ini terkandung penetapan keberadaan Syaitan, dan bahawasanya mereka juga memiliki sifat makan sebagaimana telah dipaparkan pada penjelasan terdahulu.

6, Dari hadis-hadis tersebut juga terkandung penjelasan bolehnya mengesat (atau membersihkan) tangan dengan menggunakan kain pengelap tangan, tetapi yang disunnahkan adalah mengesatnya setelah terlebih dahulu menjilatnya.” (Syarh Shahih Muslim, 13/204-205)

Wallaahu a’lam..

Sumber: Disarikan dari kitab Syarh Shahih Muslim oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H).

Syarah_Shahih_Muslim2

Klik untuk dapatkan set terjemahan Syarh Shahih Muslim anda.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest