Nama-nama Indah Yang Disunnahkan
Untuk Si Buah Hati

Bimbingan dalam menamakan cahaya mata

Asy-Syaikh Bakar bin ‘Abdillah Abu Zayd rahimahullah
Dari kitab Tamiyyatul Maulud, Aadaab wa Ahkaam
www.ilmusunnah.com

nama-nama_2

هي في الاستحباب والجواز رتب ومنازل على الترتيب الآتي:

Urutan dan tingkatan nama-nama yang disunahkan dan dibolehkan dengan mengikut urutan adalah sebagaimana berikut:

استحباب التسمية بهذين الاسمين : عبدالله، وعبدالرحمن، وهما أحب الأسماء إلى الله تعالى، كما ثبت الحديث بذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم من حديث ابن عمر رضي الله عنهما الذي رواه مسلم وأبو داود وغيرهما، وذلك لاشتمالهما على وصف العبودية التي هي الحقيقة للإنسان.

Pertama, disunahkan memberi nama dengan dua nama berikut, yakni ‘Abdullah (hamba Allah) dan ‘Abdurrahman (hamba Allah Yang Maha Pengasih). Kedua-dua nama tersebut merupakan nama yang paling disukai oleh Allah, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yakni dari hadis Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud dan selainnya.[1] Kerana kedua-dua nama tersebut mencakup sifat penghambaan (‘ubudiyyah) yang merupakan hakikat tujuan kehidupan manusia.

وقد خصهما الله في القرآن بإضافة العبودية إليهما دون سائر أسمائه الحسنى، وذلك في قوله تعالى: ( وأنه لما قام عبد الله يدعوه ) [ الجن: 19 ]، وقوله سبحانه: ( وعباد الرحمن ) [الفرقان :63]، وجمع بينهما في قوله تعالى: (قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن أيا ما تدعوا فله الأسماء الحسنى) [الإسراء: 110]. وقد سمى النبي صلى الله عليه وسلم ابنه عمه العباس: عبدالله رضي الله عنهما. وفي الصحابة رضي الله عنهم نحو ثلاثمائة رجل كلاً منهم اسمه عبدالله، وبه سمي أول مولود للمهاجرين بعد الهجرة إلى المدينة : عبدالله بن الزبير رضي الله عنهما.

Allah sendiri telah menyebutkan secara khusus dua nama tersebut di dalam Al-Qur’an dengan menyandarkan sifat penghambaan kepada keduanya tanpa menyebut nama-nama-Nya yang baik (asma’ul husna) lainnya. Hal ini antaranya tercantum dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ…(19)

“Dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mengerjakan ibadah)…” (Surah Al-Jinn, 72: 19)

Juga firman-Nya:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ… (63)

“Dan hamba-hamba Dzat (Allah) Yang Maha Penyayang…” (Surah Al-Furqan, 25: 63)

Kemudian kedua nama itu disebut secara bersamaan dalan firman-Nya:

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى… (110)

“Katakanlah, “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia memiliki asma’ul husna (nama-nama yang indah lagi terbaik)…” (Surah Al-Isra’ 17:110)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri juga telah menamai putra pakciknya (yakni ‘Abbas), dengan nama ‘Abdullah radhiyallahu ‘anhuma (yakni ‘Abdullah bin ‘Abbas, atau juga dikenal dengan panggilan Ibn ‘Abbas – pent.).

Dalam kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum ada sekitar tiga ratus orang yang semuanya bernama ‘Abdullah (hamba Allah). Begitu pula, bayi pertama yang lahir dari kalangan kaum Muhajirin sesudah hijrah ke Madinah juga bernama ‘Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma.

ثم استحباب التسمية بالتعبيد لأي من أسماء الله الحسنى، مثل: عبدالعزيز، عبدالمل ، وأول من تسمى بهما ابنا مروان بن الحكم. والرافضة لا تسمي بهذين الاسمين منابذة للأمويين، وهذا محض عدوان واعتداء ( وهذا شأنهم في مجموعة من الأسماء، منها: سائر أسماء بني أمية مثل: معاوية، ويزيد، ومروان، وهشام …، وقد حرموا أنفسهم من التسمي باسم عبدالرحمن، لأن قاتل علي بن أبي طالب رضي الله عنه، هو عبدالرحمن بن ملجم ).

Kedua, kemudian disunahkan memberi nama yang mengandungi erti penghambaan terhadap nama-nama Allah yang baik (asma’ul husna) yang mana saja, seperti contohnya dengan nama ‘Abdul Aziz (hamba Yang Maha Mulia), ‘Abduk Malik (hamba Yang Maha Menguasai), dan orang pertama kali menggunakan dua nama ini adalah dua putra Marwan bin Al-Hakam.

Orang-orang Rafidhah (Syi’ah) enggan menggunakan dua nama ini sebagai bentuk sikap penentangan mereka terhadap kalangan Bani Umayyah. Ini semata-mata hanya kerana permusuhan dan sikap melampaui batas. Demikianlah sikap mereka terhadap sejumlah nama. Di antaranya adalah seluruh nama kalangan Bani Umayyah, seperti Mu’awiyah, Yazid, Marwan, dan Hisyam. Mereka juga telah mengharamkan pada diri mereka sendiri untuk menggunakan nama ‘Abdurrahman, kerana yang membunuh ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu adalah ‘Abdurrahman bin Muljam.

وأسماء الله توقيفية بدليل من كتاب أو سنة وسترى جملتها في حرف العين من دليل الأسماء الآتي في آخر الكتاب إن شاء الله تعالى.

Nama-nama Allah bersifat tauqifiyyah (diterima berdasarkan dalil wahyu) yakni berdasarkan dalil dari Al-Qur’an atau As-Sunnah, dan anda dapat melihat sendiri nama-nama Allah tersebut pada huruf ‘ain pada “Daftar Nama-nama”, yang akan disampaikan pada bahagian akhir dari kitab ini, insyaAllahu Ta’ala. (yakni kitab Tasmiyyatul Maulud, Aadaab wa Ahkaam)

وقد ذكر شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى أن الهروي رحمه الله تعالى قد سمى أهل بلده بعامة أسماء الله الحسنى، قال: وكذلك أهل بيتنا. والحمد لله، قل بيت من بيوت المسلمين في مشارق الأرض ومغاربها إلا وفيه من هذه الأسماء الكريمة المعبدة باسم الله تعالى، أو المحمدة باسم من أسماء نبينا ورسولنا محمد صلى الله عليه وسل، وإذا قرأت عمود النسب لأي علم من أعلام المسلمين في كتب التراجم، وجدت الأمر كذلك، فلنكن هكذا، ولنصل الخلف بهدي السلف.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyebutkan bahawa Al-Harawiyya rahimahullah telah menamai penduduk negerinya dengan seluruh nama-nama Allah yang baik (asma’ul husna). Beliau berkata, “Begitu juga dengan keluarga kami.”

Alhamdulillah, sangat jarang sekali sebuah rumah dari rumah-rumah kaum muslimin, sama ada di belahan timur mahupun barat dunia melainkan di dalamnya pasti ada nama-nama mulia ini diabdikan dengan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala, atau dipujikan[2] dengan salah satu nama dari nama-nama Nabi mahupun Rasul kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Jika anda membaca deretan nasab seorang tokoh dari tokoh-tokoh kaum muslimin dalam buku-buku biografi, anda akan temui hakikat realitinya memang demikian, maka hendaklah kita juga seperti mereka dan mengikuti petunjuk para salaf.

التسمية بأسماء أنبياء الله ورسله، لأنهم سادات بني آدم وأخلاقهم أشرف الأخلاق وأعمالهم أزكي الأعمال، فالتسمية بأسمائهم تذكر بهم وبأوصافهم وأحوالهم. وقد أجمع العلماء على جواز التسمية بها، إلا ما يؤثر عن أمير المؤمنين عمر بن الخطاب رضي الله عنه من أنه كتب: ” لا تسموا أحداً باسم نبي ” رواه الطبري. وهذا النهي منه رضي الله عنه لئلا يبتذل الاسم وينتهك، لكن ورد ما يدل على رجوعه عن ذلك، كما قرره الحافظ ابن حجر رحمه الله تعالى. والتسمية ببعضها منتشرة في صدر هذه الأمة وسلفها ، وقد سمى النبي – صلى الله عليه وسلم – ابنه باسم أبيه إبراهيم ، فقال – صلى الله عليه وسلم – : ” ولد لي الليلة غلام فسميته باسم أبي إبراهيم صلى الله عليه وسلم ” رواه مسلم. وبه سمى صلى الله عليه وسلم أكبر ولد أبي موسى رضي الله عنه.

Ketiga, memberikan nama dengan nama-nama nabi dan rasul Allah, kerana merekalah penghulu Bani Adam, akhlak mereka adalah yang terbaik dan amal mereka adalah amal yang paling bersih. Menamai dengan nama-nama mereka, maka akan sentiasa mengingatkannya terhadap mereka, sifat-sifat serta karakteristik mereka.

Para ulama telah bersepakat atas bolehnya memberikan nama dengan nama-nama mereka (para nabi dan rasul)[3], kecuali atsar yang berasal dari Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu bahwa beliau pernah menulis:

“Janganlah kalian menamai seseorang dengan nama nabi.” (Riwayat At-Thabari)[4]

Adapun alasan larangan dari beliau radhiyallahu ‘anhu adalah agar nama tersebut tidak dianggap remeh dan dipermainkan kehormatannya. Akan tetapi, ada riwayat lain yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali pendapatnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah.[5]

Pemberian nama dengan nama-nama sebahagian para nabi telah tersebar luas di tengah-tengah umat ini mahupun umat-umat sebelumnya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah menamai putra beliau dengan nama nenek-moyangnya, iaitu Ibrahim. Beliau bersabda:

وُلِدَ لِي اللَّيْلَةَ غُلَامٌ، فَسَمَّيْتُهُ بِاسْمِ أَبِي إِبْرَاهِيم

“Seorang anak lelaki-ku telah lahir di suatu malam, lalu aku menamainya dengan nama ayah-ku, Ibrahim (yakni moyang beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam – Nabi Ibrahim ‘alaihis Salaam).” (Shahih Muslim, no. 2315)

Dengan nama tersebut juga beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menamakan anak sulung sahabatnya Abu Musa radhiyallahu ‘anhu.

وعن يوسف بن عبدالله بن سلام، قال ” سماني النبي صلى الله عليه وسلم يوسف ” رواه البخاري في “الأدب المفرد ” والترمذي في ” الشمائل “، وقال ابن حجر : ” سنده صحيح

Dari Yusuf bin ‘Abdullah bin Salam diriwayatkan bahawa beliau berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menamaiku dengan nama Yusuf.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, dan At-Tirmidzi dalam Asy-Syama’il. Ibnu Hajar mengatakan “Sanadnya sahih”)[6]

وأفضل أسماء الأنبياء : أسماء نبينا ورسولنا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم وعلى إخوانه من النبيين والمرسلين أجمعين. وبعد الإجماع على جواز التسمية باسمه صلى الله عليه وسلم اختلف العلماء في حكم الجمع بين اسمه وكنيته : محمد أبو القاسم. قال ابن القيم رحمه الله تعالى : ” والصواب أن التسمي باسمه جائز، والتكني بكنيته ممنوع منه، والمنع في حياته أشد، والجمع بينهما ممنوع منه “: انتهى وهاهنا لطيفة عجيبة، وهي أن أول من سمى أحمد بعد النبي صلى الله عليه وسلم هو : أحمد الفراهيدي البصري والد الخليل صاحب العروض(3) والخليل مولود سنة ( 100هـ).

Nama-nama nabi yang paling baik adalah nama nabi dan rasul kita Muhammad bin ‘Abdullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan saudara-saudara beliau dari kalangan para nabi dan rasul seluruhnya.

Setelah ijma’ (disepakati) atas bolehnya memberikan nama dengan nama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para ulama masih berselisih pendapat berkaitan hukum menggabungkan antara nama dengan kun-yah (panggilan) beliau, iaitu Muhammad Abul Qasim.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkomentar, “Pendapat yang benar adalah diharuskan menamai dengan nama beliau, manakala memberikan kun-yah dengan kun-yah beliau adalah terlarang. Di masa beliau masih hidup, larangan tersebut sangatlah tegas dan keras, dan tidak boleh menggabungkan antara keduanya.”[7]

Dalam permasalahan ini ada satu perkara yang sangat menakjubkan, yakni bahawa orang yang pertama kali dinamakan dengan nama Ahmad setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah Ahmad Al-Farahidi Al-Bashri, ayah dari Al-Khalil pemilik kitab ‘Arudh[8], sementara Al-Khalil dilahirkan pada tahun 100 hijrah.

التسمية بأسماء الصالحين من المسلمين، فقد ثبت من حديث المغيرة بن شعبة رضي الله عنه عن النبي – صلى الله عليه وسلم – : ” أنهم كانوا يسمون بأسماء أنبيائهم والصالحين من قبلهم ” رواه مسلم.

Keempat, menamai anak dengan nama-nama orang yang shalih dari kaum muslimin. Diriwayatkan dengan sahih dari hadits Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda:

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَمُّونَ بِأَنْبِيَائِهِمْ وَالصَّالِحِينَ قَبْلَهُم

“Sesungguhnya mereka menamakan (anak-anak mereka) dengan nama para Nabi dan orang-orang soleh sebelum mereka.” (Shahih Muslim, no. 2135)

وصحابة رسول الله – صلى الله عليه وسلم – هم رأس الصالحين في هذه الأمة، وهكذا من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

Adapun penghulu orang-orang yang soleh dari umat ini adalah para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, begitu juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga hari pembalasan.

وقد كان لصحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم نظرًا لطيفا في ذلك ، فهذا الصحابي الزبير بن العوام رضي الله عنه سمى ولده – وهم تسعة – بأسماء بعض شهداء بدر رضي الله عنهم، وهم: عبدالله ، المنذر، عروة، حمزة، جعفر، مصعب، عبيدة، خالد، عمر.

Sungguh para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki perhatian yang besar terhadap urusan pemberian nama. Sebagai contoh adalah seorang sahabat bernama Az-Zubair bin Al-Awwam radhiyallahu ‘anhu, di mana beliau telah menamai anaknya (yang mana mereka berjumlah sembilan orang) dengan nama-nama sebahagian dari para syuhada Perang Badar radhiyallahu ‘anhum. Mereka adalah ‘Abdullah, Al-Mundzir, ‘Urwah, Hamzah, Ja’far, Mush’ab, ‘Ubaidah, Khalid dan Umar.[9]

وهكذا يوجد في المسلمين من سمي أولاده بأسماء الخلفاء الأربعة الراشدين رضي الله عنهم : عبدالله ( أبو بكر )، عمر، عثمان، علي، رضي الله عنهم، ومن سمى بناته بأسماء أمهات المؤمنين زوجات النبي صلى الله عليه وسلم ، وهكذا …

Demikian pula, dapat ditemukan dalam kalangan kaum muslimin ada seseorang yang menamai anak-anaknya dengan nama-nama Khulafaur Rasyidin radhiyallahu ‘anhum, yakni ‘Abdullah (Abu Bakr), ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali radhiyallahu ‘anhum. Ada pula yang menamai anak-anak perempuannya dengan nama-nama para ummahatul mukminin, yakni nama-nama dari kalangan isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

ثم يأتي من الأسماء ما كان وصفاً صادقاً للإنسان بشروطه وآدابه، وإليك بيانها في الأصل بعده.

Kelima, kemudian nama-nama yang menunjukkan sifat yang benar bagi penyandang nama tersebut disertai dengan syarat-syarat dan adab-adabnya. Penjelasannya akan disampaikan kepada para pembaca di prinsip berikutnya.

Sekian nukilan. (bersambung…)


 

[1] Dari hadis Ibnu ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama kalian yang paling dicintai di sisi Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.” (Shahih Muslim, no. 2132).

[2] Catatan; Adapun riwayat dengan lafaz, “Sebaik-baik nama adalah yang diabdikan dan dipujikan”, ia bukanlah hadis yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana anda dapat menyemaknya dalam Al-Maqashidul Hasanah, m/s. 39 dan 205 dan Ad-Durarul Muntatsirah, m/s. 217.

[3] Syarh Shahih Muslim oleh An-Nawawi (8/437), dan lihat juga Maratibul Ijma’ (m/s. 154-155)

[4] Lihat Fathul Bari (10/573 dan 579).

[5] Fathul bari (10/573).

[6] Fathul Bari (10/578).

[7] Zadul Ma’ad (2/347, tahqiq oleh Al-Arnauth).

Tentang perbahasan ini, lihatlah Zadul Ma’ad (2/344,348), Tuhfatul Maudud (m/s. 136-144), dan Fathul Bari (10/571-574).

Faedah: Semua nama para nabi adalah a’jam (bukan dari bahasa Arab) kecuali hanya empat saja, iaitu Adam, Sholeh, Syu’aib dan Muhammad. Adapun selain empat nama nabi tersebut adalah mu’arrabah (kata-kata asing yang telah diserap ke dalam bahasa ‘Arab), kerana semua nama tersebut dipindahkan ke dalam bahasa ‘Arab pada masa peranakan atau keturunan mereka. Oleh kerana itu, kita dapat melihat pernyataan para ahli bahasa setelah lafaz mu’arrab, “Semua lafaz-lafaz tersebut telah sempurna (rasmi) menjadi bahasa ‘Arab.” Wallahu a’lam.

[8] Al-Ansab (9/257) karangan As-Sam’ani. Tabshirul Muntabih oleh Ibnu Hajar (1/3). Dzikrul Khilaf, Al-Wasa’il karangan As-Suyuthi (m/s. 86). Lihat faedah-faedah sejarah lain yang terdapat dalam Al-Qaulul Badi’ (109-110) karangan As-Sakhawi.

[9] Catatan:

Pertama, semua hadits marfu’ (yakni hadis yang jalur periwayatannya sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) yang menerangkan tentang pujian terhadap orang yang memiliki nama Muhammad atau Ahmad, atau sebaliknya larangan menamai seseorang dengan keduanya. Seluruhnya tidak sahih berasal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan kerana Ibnu Bakir Al-Baghdadi (Wafat: 388H) menulis sebuah kitab dengan judul Fadha’il Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad (cetakan tahun 1961M) di dalamnya ada sekitar 26 hadis, di mana tidak ada satu pun yang sahih.

Kedua, hadis Uqail bin Syabib bin Wahb Al-Jutsami bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Namakanlah (anak-anak kalian) dengan nama-nama para nabi…”, di dalamnya ada lafaz , “Yang paling benar adalah nama Haris dan Hammam.” (Musnad Ahmad (4/345) dan Abu Dawud dalam Sunannya, kitab Al-Adab (no. 4950). Hadis ini adalah mu’allal (cacat) kerana jahalah Uqail, dan menurut sebahagian para pakar hadis bahawa hadis ini mursal, kerana status “kesahabatan” Al-Jutsami masih diperselisihkan).

An-Nasaa’i juga meriwayatkannya (6/218-219) sama panjangnya dengan lafaz Imam Ahmad, namun tanpa lafaz,”Yang paling benar…”.

Dari perkara ini, maka kita dapat mengetahui apa yang ada di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (4/208-209) berupa sikap peremehan terhadap penisbahan lafaz.

Di dalamnya juga menjelaskan akan kekeliruan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam penisbahan hadis Al-Jutsami kepada kitab Shahih Muslim. Lihat Majmu’ Al-Fatawa (1/379). Namun, anda juga boleh melihat dalam Ash-Shahihah (904 dan 1040) hadis-hadis lain yang memperkuatkan hadis tersebut secara sempurna.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest