Mentalqin Orang Yang Sedang Nazak (di ambang kematian)

Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah
www.ilmusunnah.com

kenikmatan terangungفإذا حضره الموت، فعلى من عنده أمور: أ – أن يلقنوه الشهادة، لقوله صلى الله عليه وسلم: ” لقنوا موتا كم لا إله إلا الله، (من كان آخر كلامه لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة يوما من الدهر، وإن أصابه قبل ذلك ما أصابه )

“1, Apabila seseorang sedang berhadapan dengan maut (yakni sedang nazak), hendaklah atas orang-orang yang ada di sisinya melakukan beberapa perkara berikut:

1.1, Mentalqinkannya dengan kalimat syahadah berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Talqinkanlah orang-orang yang di ambang kematian dengan “laa ilaaha illallaah (tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah).” [Siapa yang akhir ucapannya adalah laa ilaaha illallaah ketika mati, maka dia akan masuk Syurga pada suatu hari kelak walaupun sebelum itu dia terlebih dahulu menerima dan melalui beberapa siksaan].”

Beliau juga bersabda:

من مات وهو يعلم أنه لا إله إلا الله دخل الجنة “، وفي حديث آخر: من مات لا يشرك بالله شيئا دخل الجنة

أخرجها مسلم في صحيحه، والزيادة في الحديث الاول عند ابن حبان (719 موارد) والبزار.

“Siapa yang mati dalam keadaan dia mengetahui (yakni meyakini) bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, maka dia akan masuk Syurga.”

Dan di hadis yang lain:

“Siapa yang mati dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun, maka dia akan masuk Syurga.”

Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Shahih-nya, dan tambahan pada hadis pertama adalah dari Ibn Hibban (Mawaarid, no. 719) dan Al-Bazzar.

ب، ج – أن يدعوا له، ولا يقولوا في حضوره إلا خيرا، لحديث أم سلمة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إذا حضرتم المريض أو الميت، فقولوا خيرا، فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون ” أخرجه مسلم والبيهقي (3 / 384) وغيرهما.

1.2 dan 1.3, Mendoakan untuknya dan tidak mengatakan sesuatu di sisinya melainkan kata-kata yang baik. Ini adalah berdasarkan hadis dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika kalian menjenguk orang sakit atau orang yang akan meninggal dunia (atau orang yang baru meninggal), maka ucapkanlah kata-kata yang baik, kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kalian ucapkan.”

Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi (3/384) serta selain keduanya.

وليس التلقين ذكر الشهادة بحضرة الميت وتسميعها إياه، بل هو أمره بأن يقولها خلافا لما يظن البعض، والدليل حديث أنس رضي الله عنه:

2, Dan bukanlah (yang dimaksudkan) mentalqin itu dengan menyebutkan dan memperdengarkan syahadah di hadapan orang yang sedang di ambang kematian, tetapi sebaliknya hendaklah dia memerintahkan (dan membimbingnya) untuk mengucapkannya, bukan seperti yang disalah-fahami oleh sebahagian orang, dan dalilnya adalah hadis Anas radhiyallahu ‘anhu:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد رجلا من الانصار، فقال: يا خال! قل: لا إله إلا الله، فقال: أخال أم عم؟ فقال: بل خال، فقال: فخير لي أن أقول: لا إله إلا الله؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: نعم “.

أخرجه الامام أحمد (3 / 152، 154، 268) بإسناد صحيح على شرط مسلم.

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menjenguk seorang lelaki dari kalangan Anshar, lalu beliau berkata:

“Wahai pakcik, ucapkanlah laa ilaaha illallaah (tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah).” Lalu lelaki itu bertanya:Ucapan ketika dalam keadaan susah dan sedih

“Adakah pakcik dari pihak ibu atau pihak ayah-mu?” Maka Rasulullah jawab:

“Dari pihak ibu.” Lelaki itu bertanya lagi:

“Adakah akan lebih baik bagiku jika aku ucapkan laa ilaaha illallaah (tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah)?” Maka jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Ya.”

Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad (3/152, 154, 268) dengan isnad yang sahih di atas syarat Muslim.

وقال حسين الجعفي: دخلت على الأعمش أنا وزائدة في اليوم الذي مات فيه، والبيت ممتلئ من الرجال، إذ دخل شيخ، فقال: سبحان الله ! ترون الرجل وما هو فيه وليس منكم أحد يلقِّنه !!

فقال الأعمش هكذا، وأشار بالسبابة وحرّك شفتيه.

روه عبد الله بن أحمد في كتاب أبيه (العلل ومعرفة الرجال، 2 / 76 / 462) بسند صحيح.

Dan berkata Husain Al-Ju’fi, “Aku bersama Zaidah masuk menemui Al-A’masy pada hari ketika beliau meninggal, dan di rumahnya ketika itu dipenuhi oleh para lelaki. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki tua seraya berkata:

“Subhanallaah! Kalian melihat lelaki itu dan apa yang dia alami, tetapi tidak ada seorang pun dari kalian yang mentalqinkannya?!”

Lalu berkatalah Al-A’masy, “Begini.” Dan beliau berisyarat dengan telunjuknya dan menggerak-gerakkan bibirnya.”

Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad di Kitab ayahnya (Al-‘Illal wa Ma’rifatir Rijaal, 2/76/462) dengan sanad yang sahih.

وأما قراءة سورة (يس) عنده، وتوجيهه نحو القبلة فلم يصح فيه حديث، بل كره سعيد بن المسيب توجيهه إليها، وقال: ” أليس الميت امرأ مسلما!؟ ” وعن زرعة بن عبد الرحمن أنه شهد سعيد بن المسيب في مرضه وعنده أبو سلمة بن عبد الرحمن فغشي على سعيد، فأمر أبو سلمة أن سلمة أن يحول فراشه إلى الكعبة. فأفاق، فقال: حولتم فراشي!؟ فقالوا نعم، فنظر إلى أبي سلمة فقال: أراه بعلمك؟ فقال: أنا أمرتهم! فأمر سعيد أن يعاد فراشه.

أخرجه ابن أبي شيبة في ” المصنف ” (4/ 76) بسند صحيح عن زرعة.

3, Adapun bacaan Surah (Yaasiin) di sisi orang nazak atau orang yang baru meninggal, dan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat, tidaklah ada padanya hadis (yang boleh dijadikan hujah), bahkan sebaliknya ia diingkari oleh Sa’id bin Al-Musayyib di mana beliau berkata, “Bukankah jenazah itu seorang Muslim?”

Dari Zur’ah bin ‘Abdirrahman bahawa beliau pernah menyaksikan Sa’id bin Al-Musayyib ketika sakit dan di sisinya ada Abu Salamah bin ‘Abdirrahman. Lalu Sa’id jatuh pengsan (pada waktu itu). Maka Abu Salamah memerintahkan agar posisi pembaringan Sa’id bin Al-Musayyib diubah menghadap ke arah Ka’bah. Sebaik Sa’id tersedar, beliau pun berkata:

“Kaliankah yang telah memindahkan tempat pembaringanku?!” Mereka jawab, “Ya, benar.” Lalu beliau melihat kepada Abu Salamah, beliau berkata, “Adakah mereka bertindak dengan ilmu-mu?” Abu Salamah jawab, “Aku yang memerintahkan mereka.” Maka Sa’id pun memerintahkan agar posisi pembaringannya dikembalikan seperti keadaan asal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di Al-Mushannaf (4/76) dengan sanad yang sahih.ucapan yang baik

ولا بأس في أن يحضر المسلم وفاة الكافر ليعرض الاسلام عليه، رجاء أن يسلم، لحديث أنس رضي الله عنه قال: ” كان غلام يهودي يخدم النبي صلى الله عليه وسلم فمرض، فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم يعوده، فقعد عند رأسه، فقال له: أسلم، فنظر إلى أبيه وهو عنده؟ فقال له أطع أبا القاسم صلى الله عليه وسلم فأسلم، فخرج النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول: الحمد لله الذي أنقذه من النار، (فلما مات، قال: صلوا على صاحبكم) “.

أخرجه البخاري والحاكم والبيهقي وأحمد (3/ 175، 227، 260، 280) والزيادة له في رواية.

4, Tidak mengapa bagi seorang muslim hadir kepada orang kafir yang di ambang kematian (yakni yang sedang nazak) bagi menjelaskan tentang Islam padanya, dengan harapan agar dia memeluk Islam. Ini berdasarkan hadis Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Bahawa seorang pemuda Yahudi yang menjadi pembantu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang sakit. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun datang kepadanya lalu duduk di sisi kepalanya seraya berkata kepadanya:

“Masuklah Islam.” Lalu pemuda itu memandang kepada ayahnya yang sedang berada di sisinya. Si ayah berkata kepadanya, “Taatilah Abul Qaasim (yakni Nabi) Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Maka pemuda itu pun masuk Islam. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar dan beliau berkata:

“Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah) yang telah menyelamatkannya dari Neraka. [Ketika pemuda tersebut meninggal, Nabi bersabda:

“Solatkanlah sahabat kalian tersebut.”]

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Al-Hakim, Al-Baihaqi, dan Ahmad (3/175, 227, 260, 280) dan tambahan (sebagaimana dalam kurungan) adalah dari riwayat Ahmad dalam riwayat yang lain.” (Ahkaamul Janaa’iz wa Bida’uha, m/s. 19-21 – Maktabah Al-Ma’aarif, Riyadh, Cet. 1 (1412H))

Sekian nukilan –

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest