Akan Muncul Banyak Kemusyrikan Di Akhir Zaman

Syaikh Yusuf  bin ‘Abdillah Al-Wabil
www.ilmusunnah.com

Tanda-tanda Kiamatهذا من العلامات التي ظهرت وهي في ازدياد فقد وقع الشرك في هذه الأمة ولحقت قبائل منها بالمشركين وعبدوا الأوثان وبنوا المشاهد على القبور و عبدوها من دون الله وقصدوها لتبرك و التقبيل و التعظيم وقدموا لها النذور و أقاموا لها الأعياد وكثير منها بمنزلة اللآت و العزى ومناة أو أعظم شركا.

“Ini adalah di antara tanda-tanda Kiamat yang telah tampak dan akan semakin bertambah. Telah terjadi kemusyrikan pada umat ini, dan pelbagai kabilah (kelompok) dari umat ini mengikuti kaum musyrikin, mereka menyembah berhala, membangun pelbagai jenis bangunan di atas kuburan dan mengibadahinya di samping beribadah kepada Allah dengan tujuan mengambil keberkahan dan mengagungkannya, memberikan pelbagai nadzar, dan merayakan pelbagai perayaan. Kebanyakan dari kubur-kubur tersebut (yakni di sisi mereka) mempunyai kedudukan seperti Latta, ‘Uzza, Manat bahkan lebih besar lagi kemusyrikannya.

روى أبو داود و الترمذي عن ثوبان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi, dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِذَا وُضِعَ السَّيْفُ فِي أُمَّتِي لَمْ يُرْفَعْ عَنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَلْحَقَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي بِالْمُشْرِكِينَ، وَحَتَّى تَعْبُدَ قَبَائِلُ مِنْ أُمَّتِي الْأَوْثَانَ

“Jika pedang telah diletakkan pada umatku, maka ia tidak akan pernah diangkat darinya sampai hari Kiamat, dan tidak akan tiba hari Kiamat hingga beberapa kabilah dari umatku mengikuti kaum musyrikin, dan beberapa kabilah dari umatku menyembah berhala.” (Sunan Abi Dawud, no. 4252. Sunan At-Tirmidzi, no. 2219)

ورى الشيخان عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhan (Al-Bukhari dan Muslim), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ حَوْلَ ذِي الْخَلَصَة

“Tidak akan datang hari Kiamat sampailah punggung-punggung para wanita kabilah Daus bergoyang di sekitar Dzil Khalashah.”[1]

وذو الخلصة: طاغية دوس التي كانوا يعبدون بالجاهلية

Dzul Khalashah adalah thaghut kabilah Daus yang mereka sembah pada masa Jahiliyyah.[2]

وقد وقع ما أخبر به صلى الله عليه وسلم في هذا الحديث فإن قبيلة دوس وما حولها من العرب قد افتتنوا بذي الخلصة عندما عاد الجهل إلى تلك البلاد فأعادوا سيرتها الأولى وعبدوها من دون الله حتى قام الشيخ محمد بن عبدالوهاب بالدعوة إلى التوحيد وجدد من درس من الدين وعاد الإسلام إلى جزيرة العرب وقام الإمام عبدالعزيز بن محمد بن سعود رحمه الله وبعث جماعة من الدعاة إلى ذي الخلصة فخربوها وهدموا بعض بنائها ولما إنتهى حكم آل سعود على الحجاز في تلك الفترة عاد الجهال إلى عبادتها مرة أخرى ثم لما استولى الملك عبدالعزيز بن عبدالرحمن آل سعود رحمه الله على الحجاز أمر عامله عليها فأرسل جماعة من جيشة فهدموها وأزالوا أثرها ولله الحمد والمنه.

Apa-apa yang dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadis ini telah terjadi. Kerana benar-benar kabilah Daus dan sekitarnya dari kalangan ‘Arab telah terkena fitnah Dzul Khalashah tatkala kebodohan kembali masuk ke negeri-negeri mereka. Kemudian mereka mengulangi sejarah mereka, beribadah kepada selain Allah, sampailah Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah menegakkan dakwah tauhid dan memperbaharui ilmu-ilmu (atau syi’ar-syi’ar) agama yang telah tenggelam, dan Islam pun kembali semula ke Jazirah ‘Arab.tanda kiamat

Demikianlah juga yang dilakukan oleh Al-Imam ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Sa’ud rahimahullah. Beliau mengutuskan beberapa orang da’i ke daerah Dzul Khalashah, mereka menghancurkannya dan merobohkan sebahagian bangunan-bangunan (yakni binaan-binaan yang dipuja) yang ada di sana, lalu ketika tempoh pemerintahan keluarga Sa’ud atas Hijaz berakhir (pada masa tersebut), maka orang-orang yang jahil pun sekali lagi kembali kepada peribadahannya.

Lalu kemudian ketika raja ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdirrahman Alu Su’ud rahimahullah menguasai Hijaz, beliau menugaskan wakilnya di tempat tersebut dan mengirimkan beberapa pasukan untuk menghancurkan dan menghilangkan semua bekas-bekas penyembahan dan pemujaan. Hanya milik Allah-lah segala puji dan nikmat.

ولا يزال هناك صور من الشرك في بعض البلدان و صدق الرسول صلى الله عليه وسلم إذ يقول

Wajah kemusyrikan akan sentiasa ada di pelbagai negeri, dan telah benarlah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

لَا يَذْهَبُ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ حَتَّى تُعْبَدَ اللَّاتُ وَالْعُزَّى

“Tidak akan hilang malam dan siang sampailah Latta dan ‘Uzza (kembali) disembah.”

فَقَالَتْ عَائِشَةَ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنْ كُنْتُ لَأَظُنُّ حِينَ أَنْزَلَ اللهُ: {هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ} أَنَّ ذَلِكَ تَامًّا

‘Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, sungguh aku menyangka bahawa ketika Allah menurunkan ayat:

“Dia-lah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.” (Surah Ash-Shaff, 61: 9) menunjukkan semuanya telah sempurna (yakni akan berakhirlah kesyirikan).”

قال إِنَّهُ سَيَكُونُ مِنْ ذَلِكَ مَا شَاءَ اللهُ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا طَيِّبَةً، فَتَوَفَّى كُلَّ مَنْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ، فَيَبْقَى مَنْ لَا خَيْرَ فِيهِ، فَيَرْجِعُونَ إِلَى دِينِ آبَائِهِمْ

Beliau pun bersabda, “Sesungguhnya yang demikian itu (yakni kemusyrikan) akan terjadi bersesuaian dengan kehendak Allah, kemudian Dia mengutus angin yang lembut, lalu mewafatkan setiap orang yang memiliki keimanan seberat biji sawi dalam hatinya, sementara orang yang tidak memiliki kebaikan (yakni keimanan) akan tetap ada, lalu mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka.” (Shahih Muslim, no. 2907)tauhid adalah benteng

ومظاهر الشرك كثيرة فليست محصورة في عبادة الأحجار و الأشجار و القبور بل تتعدى ذلك إلى اتخاذ طواغيت أندادا مع الله تعالى يشرعون لناس من عند أنفسهم و يلزمون الناس بالتحاكم إلى شريعتهم وترك شريعة الله فينصبون أنفسهم آله مع الله تعالى وتقدس كما قال تعالى

Bentuk-bentuk penzahiran kemusyrikan sangatlah banyak, tidak terbatas pada peribadahan terhadap bebatuan, pepohonan dan kubur saja, bahkan sampai kepada menjadikan thaghut (apa-apa yang diibadahi selain Allah dan yang disembah itu pula redha – pent.) sebagai tandingan bersama Allah Ta’ala, mereka membuat syari’at yang baru bagi manusia dari diri mereka, dan mewajibkan manusia untuk mengambil hukum dari syari’at mereka dengan meninggalkan syari’at Allah, maka dengan itu mereka telah menempatkan diri mereka sebagai ilah (yang diibadahi) bersama Allah dan mentaqdiskannya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Mereka menjadikan pendeta (ahli ibadah atau ahli agama mereka) dan rahib-rahib mereka sebagai ilah selain Allah…” (Surah At-Taubah, 9: 31)

أي: جعلوا علمائهم وعبادهم آلة يشرعون لهم فإنهم اتبعوهم فيما حللوا وحرموا.

Maknanya adalah mereka telah menjadikan ulama dan ahli ibadah dalam kalangan mereka sebagai ilah yang membuat syari’at untuk mereka, dan mereka pun mengikutinya dalam setiap apa yang mereka halalkan (sedang Allah mengharamkannya) dan setiap apa yang mereka haramkan (sedang Allah menghalalkannya).

وإذا كان هذا بالتحليل و التحريم فكيف بمن نبذوا الإسلام ورائهم ظهريا و اعتنقوا المذاهب الإلحادية من علمانية و شيوعية و اشتراكية و قومية ثم يزعمون أنهم مسلمون.

Jika perkara ini hanya dalam urusan menghalalkan dan mengharamkan, maka bagaimana pula orang-orang yang mencampakkan (yakni membuang ajaran) Islam (yang sebenar), lalu mengambil fahaman-fahaman yang sesat dan menyimpang dari ajaran Islam yang asal, seperti sekularisme, komunisme, sosialisme, dan nasionalisme (perkauman), sedangkan mereka mengaku sebagai kaum yang berserah diri (muslimun)?!!” (Asyrathus Saa’ah, m/s. 138-141 – Daar Ibnul Jauzi, Cet. 4 (1435))


 

[1] (الْخَلَصَة) dengan huruf kha yang difat-hahkan sementara lam setelahnya berharakat, inilah yang lebih masyhur dalam keabsahan harakatnya. Khalashah adalah pohon dengan biji berwarna merah, seperti marjan ‘aqiiq.

Dzul Khalashah adalah nama bagi sebuah rumah yang di dalamnya ada berhala. Ada juga yang mengatakan bahawa Khalashah adalah nama rumah, sementara Dzul Khalashah (pemilik khalashah) adalah nama berhala.

Dan Dzhul Khalashah merupakan nama untuk dua berhala yang masing-masing dari keduanya disebut Dzul Khalashah, salah satunya milik kabilah Daus, dan yang satu lagi milik Khats’am dan yang selainnya dari kalangan bangsa ‘Arab.

Adapun berhala milik kabilah Daus, maka itulah yang dimaksudkan dalam hadis. Tempat berhala ini terkenal sampai ke saat ini di negeri Zahran (di bahagian selatan Tha’if), pada sebuah tempat yang bernama Tsaruq dari perkampungan Daus. Dzul Khalashah terletak berdekatan dengan sebuah perkampungan dari beberapa perkampungan yang diberi nama (رمس) dengan huruf ra dan mim yang difat-hahkan. Sebelumnya, Dzul Khalashah ada pada reruntuhan batu tinggi yang dibatasi dari sebelah timur oleh perkampungan Dzul Khalashah dan dari sebelah barat oleh Tihamah. Sebahagian batu besar bekas bangunan tetap ada di atas reruntuhan tersebut. Ini menunjukkan adanya bangunan kuat pada tempat tersebut.

Lihat: Fat-hul Bari (8/71), dan Kitab Fii Surrati Ghaamidin wa Zahraan (m/s. 336-340), oleh Hamd Al-Jasr.

Adapun berhala kabilah Khats’am, dinamakan juga dengan Dzul Khalashah, ia adalah sebuah rumah yang dibina oleh dua kabilah dari ‘Arab, iaitu kabilah Khats’am dan Bahilah. Kedua kabilah ini ingin menandingi Ka’bah dengan binaan rumah tersebut. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus Jarir bin ‘Abdillah Al-Bajali dengan membawa seratus lima puluh pasukan berkuda, lalu mereka menghancurkannya dan membakarnya.

Kisah tentang pemusnahannya diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahiih-nya (8/70-71; Al-Fath) Kitab Al-Maghaazi, bab Ghazwatu Dzil Khalashah.

Manakala berhala Khats’am terletak di Tibalah, daerah yang terletak di antara Makkah dan Yaman dengan jarak perjalanan sejauh tujuh malam dari Makkah. Telah dibina di tempat tersebut sebuah masjid jami’ untuk sebuah negeri dari tanah milik Khats’am yang bernama Al-‘Abalat.

Lihat: Mu’jam Al-Buldaan (6/80), dan kitab Fi Surraati Ghaamid wa Zahraan (m/s. 343-344).

[2] Shahih Al-Bukhari, kitab Al-Fitan, bab Taghayyuriz Zamaan hatta Tu’badul Autsaan (13/76; Al-Fath), no. 7116. Shahiih Muslim, kitab Al-Fitan wa Asyraathus Saa’ah (18/32-33; Syarh An-Nawawi)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest