Matahari Mengelilingi Bumi
Dalam pengajian sains yang dikenal pada hari ini, bumi dianggarkan berputar pada kelajuan 1,670km/jam pada paksinya. Dalam keadaan berputar, ia beredar mengelilingi matahari selaju 107,200km/jam pula. Suatu kelajuan yang luar biasa laju, dan dikatakan melampaui kelajuan bunyi berkali-kali ganda.
Maka di sini, bumi memiliki dua gerakan, yakni putaran pada paksinya dan gerakan mengorbit matahari.
Putaran dan peredaran ini berlaku secara terus-menerus tanpa henti. Untuk satu putaran lengkap bumi mengambil masa 24 jam manakala untuk satu orbit lengkap mengelilingi matahari pula mengambil masa satu tahun.
Dengan putaran bumi terhadap matahari, maka siang dan malam pun terjadi di bumi. Kehidupan pun bermula?!
Demikianlah serba ringkas konsep putaran dan peredaran bumi yang diperkatakan. Teori ini bertitik tolak dari kepercayaan mereka terhadap teori big bang yang mengatakan alam semesta ini terjadi disebabkan oleh suatu letupan spontan yang berlaku sekitar bilionan tahun lalu. Manakala bumi, matahari, bintang-bintang, planet dan objek-objek langit terjadi disebabkan hasil selerakan kesan letupan tersebut.
Namun, hal ini sebenarnya telah disangkal oleh banyak sekali dari dalil-dalil wahyu Al-Qur’an dan As-Sunnah dari banyak sisi dan sudut!
Di dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih menjelaskan bahawa kejadian siang dan malam bukan berlaku disebabkan oleh putaran bumi. Penyebutan pertukaran silih-bergantinya siang dan malam tidak disandarkan kepada bumi. Tetapi yang benarnya adalah kepada matahari! Terbit dan terbenam semuanya disandarkan kepada peredaran matahari. Demikian pula dengan penetapan waktu-waktu solat, semuanya berpandukan kedudukan matahari.
Dan ini disebutkan dengan sangat banyak di dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Lalu kenapa tidak sedar akan hal ini seraya dengan bulat-bulat menerima sahaja teori-teori yang diutarakan oleh para astronomer?
Bagaimana Siang dan Malam Terjadi?
Maka mari kita telusuri, bagaimana siang dan malam berlaku menurut keterangan dalil-dalil wahyu.
Hal ini dijelaskan dalam banyak sekali dalil. Bahawa kejadian malam dan siang terjadi serta saling bersilih-gantian adalah dengan sebab peredaran matahari pada orbitnya, dan bukannya disebabkan oleh rotasi bumi.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Ibrahim ketika beliau mengungkapkan:
فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya Allah mendatangkan (menerbitkan) matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat?” (Surah Al-Baqarah, 2: 258)
Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H):
فكون الشمس يؤتى بها من المشرق دليل ظاهر على أنها التي تدور على الأرض
“Bahawa dijadikan matahari didatangkan dari timur merupakan dalil yang jelas bahawa matahari beredar mengelilingi bumi.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)
Di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً
“Dia menutupkan (menyelubungkan) malam kepada siang yang mengikutinya dengan sangat pantas…” (Surah Al-A’raaf, 7: 54)
Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahulah:
فجعل الليل طالباً للنهار، والطالب مندفع لاحق، ومن المعلوم أن الليل والنهار تابعان للشمس.
“Allah menjadikan malam mengejar siang (sebagaimana difahami dari ayat tersebut – pent.), dan yang mengejar itulah yang bergerak dan telah dimaklumi bahawa siang dan malam itu mengikuti matahari.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)
Di ayat yang lain:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (Surah Yunus, 10: 5)
Dari ayat-ayat ini Allah menjelaskan bahawa melalui peredaran matahari-lah bilangan tahun, waktu, pertukaran malam dan siang, serta perubahan musim dapat dihitung dan diketahui oleh manusia.
Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:
فأخبر سبحانه أنه منذ خلق السماوات والأرض وخلق الليل والنهار يدوران في الفلك وخلق ما في السماء من الشمس والقمر والنجوم وجعل الشمس والقمر يسبحان في الفلك وينشأ منهما ظلمة الليل وبياض النهار فمن حينئذ جعل السنة اثني عشر شهرا بحسب الهلال فالسنة في الشرع مقدرة بسير القمر وطلوعه لا بسير الشمس وانتقالها كما يفعله أهل الكتاب.
“Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan bahawa semenjak penciptaan langit-langit dan bumi, penciptaan malam dan siang, keduanya berputar pada cakrawala orbitnya.
Dan Allah telah menciptakan objek-objek di langit yang di antaranya adalah matahari, bulan dan bintang-bintang, dan menjadikan matahari dan bulan beredar pada cakrawala orbitnya. Dan dengan keadaan inilah terbinanya kegelapan malam dan terjadinya cahaya terang-benderang di waktu siang.
Maka dari sejak masa itulah Allah menjadikan satu tahun menjadi dua belas bulan bersesuaian dengan perkiraan hilal. Maka satu tahun di dalam syari’at Islam dihitung berdasarkan peredaran dan terbitnya bulan, bukan dihitung berdasarkan peredaran dan pergerakan matahari sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Kitab.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif oleh Ibn Rajab, m/s. 112)
Kata Al-Imam Ibn Al-Qayim rahimahullah (Wafat: 751H):
ثم تأمل حال الشمس والقمر في طلوعهما وغروبهما لاقامة دولتي الليل والنهار ولو لا طلوعهما لبطل امر العالم
“Perhatikanlah pada keadaan matahari dan bulan di ketika ia terbit dan terbenam. Keduanya penentu siang dan malam, yang kalau seandainya kedua-duanya tidak terbit, nescaya terganggulah urusan alam.” (Miftah Daar As-Sa’aadah, m/s. 207)
Kemudian, di ayat yang lain:
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Surah Ibrahim, 14: 33)
Di ayat yang lain:
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا
“Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua tersebut. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.” (Surah Al-Kahfi, 18: 17)
Allah menyandarkan fi’il (perbuatan berupa peredaran dan terbit) kepada matahari (fa’il). Demikian di ayat-ayat yang lain (dan juga hadis-hadis); terbit, berjalan, dan terbenam, demikian pula pertukaran malam dan siang semuanya disandarkan kepada matahari, yakni disebabkan oleh peredarannya. Bukan disandarkan kepada bumi atau peredaran serta putaran bumi.
Menurut Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H):
فإضافة الجريان إلى الشمس وجعله تقديراً من ذي عزة وعلم يدل على أنه جريان حقيقي بتقدير بالغ، بحيث يترتب عليه اختلاف الليل والنهار والفصول. وتقدير القمر منازل يدل على تنقله فيها ولو كانت الأرض التي تدور لكان تقدير المنازل لها من القمر لا للقمر. ونفي إدراك الشمس للقمر وسبق الليل للنهار يدل على حركة اندفاع من الشمس والقمر والليل والنهار.
“Penyandaran kata beredar (atau berjalan) adalah kepada matahari, dan Allah jadikan keadaan tersebut sebagai kadar ketentuan dari Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui yang menunjukkan bahawa ianya adalah haqiqi (keadaan yang sebenarnya) dengan kadar yang sempurna, yang memberi kesan terjadinya perbezaan siang, malam dan batas-batas (waktu).
Manakala penetapan manzilah-manzilah bulan menunjukkan perpindahannya di garis edar tersebut. Kalau seandainya bumi yang beredar mengelilingi (matahari) maka penetapan orbit (peredaran) itu bukannya untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan makna gerakan muncul dari matahari, bulan, malam dan siang (yakni bukan dari bumi).” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)
Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H) berkata:
ظاهر الأدلة الشرعية تثبت أن الشمس هي التي تدور على الأرض، وبدورتها يحصل تعاقب الليل والنهار على سطح الأرض وليس لنا أن نتجاوز ظاهر هذه الأدلة إلا بدليل أقوى من ذلك يسوغ لنا تأويلها عن ظاهرها
“Zahir dari dalil-dalil syari’at menetapkan bahawa matahari yang bergerak mengelilingi bumi, dan dengan pegerakannya (yakni peredarannya) terjadilah saling silih bergantinya malam dan siang di atas permukaan bumi. Dan tidak sepatutnya bagi kita untuk melampaui zahir dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat yang membolehkan kita untuk menafsirkannya hingga keluar dari zahir-nya.” (Majmu’ Fatawa wa Ar-Rasaail, 1/73)
Di ayat yang lain lagi:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar pada garis peredarannya.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 33)
Di ayat yang lain:
يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ
“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan (beredar dengan laju) menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah Rabb kalian, kepunyaan-Nya-lah kerajaan (pemerintahan).” (Surah Fathir, 35: 13)
Di ayat yang lain lagi:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
“Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kalian lihat, kemudian Dia istiwa’ di atas ‘Arsy, Dia menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing (matahari dan bulan itu) beredar hingga ke waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kalian meyakini pertemuan dengan Rabb kalian.” (Surah Ar-Ra’d, 13: 2)
Ayat-ayat semisal ini sangatlah banyak dan sebahagiannya telah disebutkan di atas yang semuanya menyebutkan matahari dan bulan beredar seraya mengisyaratkan terjadinya siang dan malam dengan sebab peredaran tersebut (yakni peredaran matahari), tetapi tidak ada satu dalil pun yang menyebutkan atau mengisyaratkan bumi yang beredar sebagai sebab terjadinya siang dan malam.
Kalimat “kullu” (setiap satunya atau semuanya) pada ayat tersebut merujuk kepada apa-apa yang disebutkan dan dinyatakan oleh ayat tersebut, yakni berupa malam, siang, matahari, bulan, bintang dan objek-objek langit.
Adapun mereka yang beranggapan kalimat kullu pada ayat ini mencakup bumi, maka ini tidaklah benar. Kerana bumi tidaklah beredar dan bergerak dan ianya telah tsabit dengan ijma’.
Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkata:
(كُلٌّ) يَعْنِي مِنَ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ وَالنُّجُومِ وَالْكَوَاكِبِ وَاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ (فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ) أَيْ يَجْرُونَ وَيَسِيرُونَ بِسُرْعَةٍ كَالسَّابِحِ فِي الْمَاءِ
“Kalimat kullu (setiap satunya atau semuanya) merujuk kepada matahari, bulan, bintang-bintang, objek-objek langit, malam, dan siang. Ayat “beredar pada garis peredarannya”, maksudnya, beredar dengan sangat laju dan lancar seperti berenang di dalam air.” (Tafsir Al-Qurthubi, 11/286)
Di ayat yang lain:
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin, 36: 38)
Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:
وهي اية في مسيرها، قال تجرى لمستقر لها، يعني تسير جريا، والجري هو المشي بشدة، وهكذا الشمس تسير بسرعة عظيمة جدا لا يعلم قدرها إلا الله عز وجل…
“Dan pada peredaran matahari itu merupakan ayat (tanda kebesaran Allah). “وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ” (Matahari beredar dengan sangat laju pada garis peredarannya (sebagaimana yang telah Allah tetapkan untuknya)).”
Yakni matahari itu berjalan dengan sangat laju. “الجري” adalah berjalan dengan dengan sangat laju. Maka demikianlah matahari, ia berjalan dengan kelajuan yang luar biasa yang tidak seorang pun mengetahui kadarnya kecuali hanya Allah ‘Azza wa Jalla.” (Tafsir Surah Yasin, m/s. 136)
Di ayat yang lain lagi:
لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Surah Yaasiin, 36: 40)
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:
والشمس تجري لمستقر لها وسيأتي شرحه مستوفى في تفسير سورة يس والغرض منه هنا بيان سير الشمس في كل يوم وليلة وظاهره مغاير لقول أهل الهيئة أن الشمس مرصعة في الفلك فإنه يقتضي أن الذي يسير هو الفلك وظاهر الحديث أنها هي التي تسير وتجري ومثله قوله تعالى في الآية الأخرى كل في فلك يسبحون أي يدورون
“(Firman Allah) “Matahari beredar (dengan laju) pada garis peredarannya.” … .. Dan tujuan penyebutannya di sini adalah sebagai menjelaskan perjalanan matahari di setiap hari siang dan malam. Dan secara zahirnya berbeza dengan perkataan ahli astronomi (atau para pengkaji falak) bahawa matahari itu berada tetap pada suatu orbit sebagai pusat alam semesta yang mana yang bergerak adalah garis orbit (objek-objek selainnya).
Namun zahir hadis menjelaskan bahawa mataharilah yang bergerak dan beredar (dengan laju), dan yang semisal dengan hadis ini adalah firman Allah Ta’ala pada ayat yang lain:
“(Matahari dan bulan) masing-masing bergerak (dengan terapung dan berenang) pada garis edarnya.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 33).”
Yakni, masing-masing bergerak mengelilingi (bumi).” (Fath Al-Bari, 6/299)
Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:
والمعنى: كل من الشمس والقمر، والليل والنهار يسبح في فلكه، والفلك هو الشيء المستدير، ومنه – فلكة المغزل – للشيء المستدير في أعلاه، والذي تغزل به النساء الصوف، له شيء شبه الطار في أعلاه مستدير هذا فلكة المغزل. فالفلك المستدير تدور فيه الشمس والقمر، والليل والنهار،.. .
“Maknanya, masing-masing dari matahari dan bulan, malam dan siang, ianya beredar (seakan-akan berenang di angkasa) pada garis orbitnya. Al-Falak, ia adalah sesuatu yang melingkar (mengelilingi), dan diambil dari kata tersebut untuk penyebutan “فلكة المغزل” (benang yang terpintal pada kayu pemintal) menyerupai sesuatu yang melingkar (atau terpintal) pada bahagian atasnya, inilah makna “فلكة المغزل”. Maka, Al-Falak adalah sesuatu yang berupa orbit atau laluan yang melingkar (dalam rangka mengelilingi sesuatu) yang ditempuh oleh matahari, bulan, malam dan siang.” (Tafsir Surah Yasin, m/s. 147)
Dan masih banyak lagi dalil-dalil wahyu yang menjelaskan hal ini sekaligus sebagai bukti bahawa bumi itu diam dan pegun pada kedudukannya, manakala matahari-lah yang beredar dalam orbitnya sebagai faktor pertukaran malam dan siang.
Ini dikuatkan lagi berdsasarkan dalil-dalil hadis yang menyebutkan tentang sujudnya matahari, terbitnya matahari dari barat, dan kisah ditahannya matahari dalam rangka melambatkan waktu.
Perubahan Musim di Bumi
Demikian pula akan ada yang bertanya bagaimana perubahan musim mungkin terjadi sekiranya bumi tidak berputar? Sebenarnya konsepnya adalah sama, bertitik-tolak dari peredaran matahari pada kedudukan orbitnya.
Jika kita amati dengan baik, kita akan dapati perbezaan tempat-tempat terbit dan terbenam matahari. Suatu masa garis peredarannya (dari timur ke barat) mungkin lebih condong ke utara, dan suatu ketika akan kita dapati condong ke selatan.
Terkait hal ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
“Rabb yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Rabb yang memelihara kedua tempat terbenamnya.” (Surah Ar-Rahman, 55: 17)
Kata Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) terkait ayat ini:
يعني: مشرقي الصيف والشتاء، ومغربي الصيف والشتاء. وقال في الآية الأخرى: { فَلا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ } [ المعارج : 40 ]، وذلك باختلاف مطالع الشمس وتنقلها في كل يوم، وبروزها منه إلى الناس. وقال في الآية الأخرى: { رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا } [ المزمل:9 ]. وهذا المراد منه جنس المشارق والمغارب، ولما كان في اختلاف هذه المشارق والمغارب، مصالح للخلق من الجن والإنس قال : { فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ } ؟ .
“Yakni tempat terbit matahari ketika musim panas dan ketika musim sejuk, dan tempat terbenamnya ketika musim panas dan juga musim sejuk.
Firman-Nya di ayat yang lain:
“Maka aku bersumpah dengan Rabb (Yang memiliki dan memelihara) timur dan barat…” (Surah Al-Ma’aarij, 70: 40)
Yang demikian itu (yakni perubahan musim dan semisal) terjadi dengan sebab perbezaan tempat terbit matahari dan peredarannya di setiap hari, serta penampakkan dan kemunculannya dari tempat-tempat terbitnya kepada manusia (di tempat-tempat yang berbeza di bumi).
Dan firman Allah di ayat yang lain:
“Dia-lah Rabb (Yang Memiliki dan Memelihara) timur dan barat, tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia, maka jadikanlah Dia sebagai Pelindung.” (Surah Al-Muzzammil, 73: 9)
Makna yang dimaksudkan di sini adalah jenis-jenis (kedudukan) tempat terbit dan terbenam (bagi matahari, bulan dan objek-objek langit), yang mana pada perbezaan tempat-tempat terbit dan terbenam ini mengandungi kemaslahatan bagi para makhluk baik dari kalangan Jin mahupun manusia.
(Maka) Allah berfirman, “Maka nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian dustakan?” (Tafsir Ibn Katsir, 7/492)
Di halaman yang lain Ibnu Katsir berkata:
وقوله: { وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا } أي: يجريان بحساب مقنن مقدر، لا يتغير ولا يضطرب، بل كل منهما له منازل يسلكها في الصيف والشتاء، فيترتب على ذلك اختلاف الليل والنهار طولا وقصرا،
“Dan firman-Nya, “(Allah menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan.” Yakni keduanya beredar dengan perhitungan yang tersusun jitu lagi konsisten menurut kadar (yang telah ditentukan), tidak berubah dan tidak pula terganggu. Bahkan masing-masing dari matahari dan bulan kedua-duanya memiliki garis peredaran yang ditempuh pada musim panas dan ketika musim sejuk yang dengan hal tersebut menjadi sebab perbezaan panjang atau pendeknya malam dan siang.” (Tafsir Ibn Katsir, 3/304)
Kata Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):
ثم تأمل بعد ذلك احوال هذه الشمس في انخفاضها وارتفاعها لاقامة هذه الازمنة والفصول وما فيها من المصالح والحكم إذ لو كان الزمان كله فصلا واحدا لفاتت مصالح الفصول الباقية
“Kemudian perhatikanlah pada keadaan matahari ketika ia jatuh dari kedudukannya (ketika ia condong ke utara atau selatan) dan ketika ia meninggi, yang bertujuan mewujudkan perubahan waktu dan musim, serta perhatikanlah kemaslahatan dan hikmah-hikmah padanya, kerana kalau seandainya hanya ada satu musim sahaja, tentu akan hilanglah kemaslahatan musim-musim yang lainnya…” (Miftah Daar As-Sa’aadah, m/s. 208)
Maka dari sini jelaslah bahawa bumi itu pegun, hamparan yang tidak beredar dan tidak pula berputar. Sebaliknya, matahari dan bulan-lah yang beredar dengan mengelilinginya, bahkan objek-objek langit yang lainnya juga turut beredar mengelilinginya yang padanya dijadikan Allah dengan banyak sekali kemaslahatan bagi manusia.
Peredaran Matahari Sebagai Perhitungan Waktu
Dalam teori sains yang dipegang pada hari ini, perhitungan waktu (hari, bulan, dan tahun) dikatakan dihitung berdasarkan putaran dan peredaran bumi. Namun hal ini sebagaimana yang kami jelaskan adalah suatu yang salah dan menyelisihi banyak sekali dari nash-nash wahyu.
Ini kerana Al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa perjalanan dan pertukaran hari dihitung berdasarkan peredaran matahari.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (Surah Yunus, 10: 5)
Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):
فبالشمس تعرف الأيام، وبسير القمر تعرف الشهور والأعوام.
“Maka dengan matahari kalian dapat mengetahui bilangan hari, manakala dengan perjalanan bulan pula kalian dapat mengetahui hitungan bulan dan tahun.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/248)
Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:
ثم تأمل حال الشمس والقمر وما اودعاه من النور والاضاءة وكيف جعل لهما بروجا ومنازل ينزلانها مرحلة بعد مرحلة لاقامة دولة السنة وتمام مصالح حساب العالم الذي لا غناء لهم في مصالحهم عنه فبذلك يعلم حساب الاعمار والاجال المؤجلة للديون والاجارات والمعاملات والعدد وغير ذلك فلولا حلوك الشمس والقمر في تلك المنازل وتنقلهما فيها منزلة بعدمنزلة لم يعلم شيء من ذلك وقد نبه تعالى على هذا في غير موضع من كتابه كقوله هو الذي جعل الشمس ضياء والقمر نورا وقدره منازل لتعلموا عدد السنين والحساب ما خلق الله ذلك الا بالحق يفصل الايات لقوم يعلمون وقال تعالى وجعلنا الليل والنهار آيتين فمحونا آية الليل وجعلنا آية النهار مبصرة لتبتغوا فضلا من ربكم ولتعلموا عدد السنين والحساب
“Kemudian perhatikanlah keadaan matahari dan bulan, pada cahaya dan sinarannya, dan bagaimana Allah menjadikan keduanya dengan perjalanan orbitnya, tempat-tempat persinggahannya, dan fasa-fasa peredarannya, dari satu marhalah (fasa) ke suatu marhalah berikutnya, untuk menetapkan jumlah tahun dan menyempurnakan petunjuk perhitungan alam yang sangat penting bagi kemaslahatan manusia.
Maka dengan yang demikian (peredaran matahari dan bulan pada orbitnya) mereka dapat mengetahui perhitungan usia, tempoh-tempoh dan penangguhan hutang-piutang, sewa-menyewa, urusan mu’amalah, jumlah bilangan, dan selainnya. Maka kalau seandainya bukan disebabkan ketentuan pada peredaran dan putaran matahari dan bulan pada manzilah (orbit-orbit)nya dari suatu fasa ke suatu fasa, tentu tidak satu pun dari maslahah tersebut dapat diketahui. Dan Allah Ta’ala telah menjelaskan perkara ini sebagaimana pada Kitab-Nya:
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq (kebenaran). Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah Yunus, 10: 5)
Dan Allah Ta’ala berfirman:
“Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang, agar kalian mencari kurnia dari Rabb kalian, dan agar kalian mengetahui jumlah tahun-tahun dan perhitungan.” (Surah Al-Israa’, 17: 12).” (Miftah Daar As-Sa’aadah, 1/209)
Matahari Mengelilingi Bumi, Bukan Bumi Mengelilingi Matahari!
Dari semua penjelasan dalil-dalil yang telah kami paparkan menunjukkan bahawa matahari-lah yang sebenarnya beredar mengelilingi bumi, bukannya bumi yang beredar dan berotasi terhadap matahari.
Ini antaranya adalah sebagaimana kata Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):
وَقَدْ ثَبَتَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَإِجْمَاعِ عُلَمَاءِ الْأُمَّةِ أَنَّ الْأَفْلَاكَ مُسْتَدِيرَةٌ
“Telah tsabit berdasarkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan ijma’ ulama ummah bahawa cakrawala (objek-objek langit) itu mengorbit mengelilingi (bumi).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/193)
Kata beliau lagi:
وَقَالَ الْإِمَامُ أَبُو الْحُسَيْنِ أَحْمَد بْنُ جَعْفَرِ بْنِ الْمُنَادِي مِنْ أَعْيَانِ الْعُلَمَاءِ الْمَشْهُورِينَ بِمَعْرِفَةِ الْآثَارِ وَالتَّصَانِيفِ الْكِبَارِ فِي فُنُونِ الْعُلُومِ الدِّينِيَّةِ مِنْ الطَّبَقَةِ الثَّانِيَةِ مِنْ أَصْحَابِ أَحْمَد : لَا خِلَافَ بَيْنِ الْعُلَمَاءِ أَنَّ السَّمَاءَ عَلَى مِثَالِ الْكَرَّةِ وَأَنَّهَا تَدُورُ بِجَمِيعِ مَا فِيهَا مِنْ الْكَوَاكِبِ كَدَوْرَةِ الْكُرَةِ عَلَى قُطْبَيْنِ ثَابِتَيْنِ غَيْرِ مُتَحَرِّكَيْنِ : أَحَدُهُمَا فِي نَاحِيَةِ الشَّمَالِ وَالْآخَرُ فِي نَاحِيَةِ الْجَنُوبِ . قَالَ : وَيَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ الْكَوَاكِبَ جَمِيعَهَا تَدُورُ مِنْ الْمَشْرِقِ تَقَعُ قَلِيلًا عَلَى تَرْتِيبٍ وَاحِدٍ فِي حَرَكَاتِهَا وَمَقَادِيرِ أَجْزَائِهَا إلَى أَنْ تَتَوَسَّطَ السَّمَاءَ ثُمَّ تَنْحَدِرُ عَلَى ذَلِكَ التَّرْتِيبِ . كَأَنَّهَا ثَابِتَةٌ فِي كُرَةٍ تُدِيرُهَا جَمِيعَهَا دَوْرًا وَاحِدًا
“Telah berkata Al-Imam Abu Al-Husain Ahmad bin Ja’afar Al-Munadi rahimahullah (Wafat: 236H) yang dikenal masyhur dengan ilmu-ilmu atsar dan karya-karya besar dalam pelbagai cabang-cabang ilmu agama, beliau dari thabaqat (tingkatan) kedua dari kalangan sahabat-sahabat Ahmad (bin Hanbal):
“Tidak ada khilaf (perselisihan)[1] di antara para ulama bahawa langit itu semisal bola, dan ia berputar (mengelilingi bumi) bersama seluruh apa-apa yang terkandung padanya dari al-kawakib (bintang-bintang, planet atau objek-objek langit) seperti berputarnya bola yang ada di antara dua kutub yang tidak bergerak. Salah satunya di arah utara dan yang lainnya pada arah atau sisi selatan.”
Kata beliau, “Dan dalil yang menunjukkan perkara tersebut adalah al-kawakib (bintang, planet, atau objek-objek langit) seluruhnya berputar dari arah timur mengikut tertib (urutan) gerakan yang satu pada magnitud dan bahagiannya sampailah ke pertengahan langit, kemudian ia miring (seakan turun dan jatuh ke bawah) di atas tertib (urutan) tersebut, seakan-akan ianya berpaksi pada bola yang ia kelilinginya seluruhnya dengan satu kali putaran (bagi setiap putaran lengkap).”
Beliau juga berkata:
وَكَذَلِكَ أَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ الْأَرْضَ بِجَمِيعِ حَرَكَاتِهَا مِنْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِثْلُ الْكُرَةِ . وَيَدُلُّ عَلَيْهِ أَنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالْكَوَاكِبَ لَا يُوجَدُ طُلُوعُهَا وَغُرُوبُهَا عَلَى جَمِيعِ مَنْ فِي نَوَاحِي الْأَرْضِ فِي وَقْتٍ وَاحِدٍ بَلْ عَلَى الْمَشْرِقِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ. فَكُرَةُ الْأَرْضِ مُثَبَّتَةٌ فِي وَسَطِ كَرَّةِ السَّمَاءِ كَالنُّقْطَةِ فِي الدَّائِرَةِ . يَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ جُرْمَ كُلِّ كَوْكَبٍ يُرَى فِي جَمِيعِ نَوَاحِي السَّمَاءَ عَلَى قَدْرٍ وَاحِدٍ فَيَدُلُّ ذَلِكَ عَلَى بُعْدِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ مِنْ جَمِيعِ الْجِهَاتِ بِقَدْرِ وَاحِدٍ فَاضْطِرَارُ أَنْ تَكُونَ الْأَرْضَ وَسَطَ السَّمَاءِ
“Demkianlah para ulama telah ijma’ (sepakat) bahawa bumi dengan seluruh bahagiannya (juzuk-juzuknya), sama ada daratan mahupun lautan, adalah seperti bola (sfera). Dan yang menunjukkan bahawa bumi itu sfera (seperti bola) adalah matahari, bulan dan bintang-bintang tidak terbit dan terbenam kepada setiap orang di setiap penjuru bumi pada waktu yang sama, akan tetapi matahari terbit di Timur dulu sebelum menuju ke Barat.
Maka, bumi yang berbentuk bola terletak pada kedudukan di tengah-tengah liputan kesferaan langit seperti suatu titik (noktah) di tengah-tengah lingkaran yang mengitari (atau meliputinya). Yang menjelaskan perkara ini adalah posisi setiap objek-objek langit dapat dilihat pada seluruh penjuru langit dengan kadar yang sama, maka ianya menunjukkan jauhnya jarak di antara langit dengan bumi dari seluruh arah dengan kadar yang sama, seraya menjadikan bumi berada di pertengahan langit (sebagai pusat alam, sekaligus pada kedudukan paling bawah berbanding langit dan cakrawala yang meliputinya – ikuti penjelasan Ibn Taimiyyah seterusnya… – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/195-196)
Wallaahu a’lam.
Ikuti juga tulisan, “Bumi Tidak Beredar, dan Tidak Pula Berputar”.
[1] Pernyataan ini menjelaskan adanya ijma’ dalam hal ini. Dan ijma’ adalah kesepakatan seluruh ulama kaum muslimin atas suatu hukum tertentu (yang berlaku pada masa tersebut). Ketika ijma’ telah diputuskan secara tetap atas suatu hukum, maka tidak boleh bagi siapapun keluar dari ketetapan Ijma’ tersebut, kerana mustahil umat Islam untuk bersepakat di atas kesesatan. Tetapi boleh jadi juga, banyak perkara yang didakwa sebagai ijma’ ternyata tidak demikian (kerana belum dipastikan secara teliti), bahkan sebaliknya rupanya ada pendapat yang lain yang lebih kuat menurut sisi Al-Qur’an dan As-Sunnah (setelah diteliti secara mendalam). (lihat: Majmu’ Al-Fatawa, 20/10)
Ijma’ merupakan dasar agama yang sah dan menjadi sumber hukum ketiga dalam Islam setelah Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan bahkan sebahagian ulama berpandangan bahawa ijma’ lebih kuat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah (kerana dasarnya adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah itu sendiri).
Tidak terdapat ketetapan Ijma’ yang menentang kebenaran, kerana umat Islam tidak mungkin untuk sepakat di atas kesesatan, apatah lagi ijma’ yang berlangsung dalam kalangan generasi sahabat dan tabi’in.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia hanyut terhadap kesesatan yang telah dikuasinya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisaa’, 4: 115)
Dari hadis Ibn ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلاَلَةٍ، وَيَدُ اللهِ مَعَ الجَمَاعَةِ ، وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ
“Sesungguhnya Allah tidak akan menyatukan umatku di atas kesesatan, dan tangan Allah bersama jama’ah, manakala siapa yang syadz (pelik dan menyendiri dalam berpendapat), syadz itu ke Neraka.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2167. Dinilai sahih oleh Al-Albani tanpa lafaz siapa yang syadz…)
Dari hadis Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ
“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan. Maka jika kalian melihat perselisihan, hendaklah kalian bersama As-Sawadul A’zham.” (Sunan Ibn Majah, no. 3951)
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di berkata:
وقد استدل بهذه الآية الكريمة على أن إجماع هذه الأمة حجة وأنها معصومة من الخطأ
“Dalam ayat yang mulia ini terdapat pendalilan bahawa ijma’ umat ini adalah hujjah, dan bahawa ianya maksum (terjaga) dari kesalahan.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 202)