Kampung Yang Dikuasai Syaitan

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Ad-Darda’ radhiyallahu ‘ahu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:rumah-kampung

ما مِنْ ثلاثة في قريةٍ ولا بَدْوٍ، لا تُقام فيهم الصلاةُ؛ إلاّ قد استَحْوَذَ عليهم الشيطان، فعليكم بالجماعة؛ فإنّما يأْكلُ الذئبُ مِن الغنمِ القاصيةَ

“Tidaklah ada tiga orang (atau lebih) di suatu kampung atau pedalaman, yang di kampung itu tidak didirikan solat (berjama’ah) oleh mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Maka hendaklah kalian tetap berjama’ah (di dalam solat), kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh dari gerombolannya.” (Sunan Abi Dawud, no. 547. Shahih Ibn Hibban, no. 2101. Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, no. 793. Dinilai hasan oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Perawi hadis (As-Saa’ib bin Hubaisy) berkata tentang maksud bil jamaa’ah (tetap berjamaa’ah), maksudnya adalah solat berjama’ah.

Al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (Wafat: 354H) membuat bab dalam Shahih-nya:

ذِكْرُ اسْتِحْوَاذِ الشَّيْطَانِ عَلَى الثَّلَاثَةِ إِذَا كَانُوا فِي بَدْوٍ أَوْ قَرْيَةٍ وَلَمْ يَجْمَعُوا الصَّلَاةَ

“Pengaruh Syaitan ke atas tiga orang apabila mereka berada (menghuni) di suatu pedalaman atau kampung tetapi tidak melaksanakan solat secara berjama’ah.”

Dari hadis Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ ذِئْبُ الْإِنْسَانِ كَذِئْبِ الْغَنَمِ، يَأْخُذُ الشَّاةَ الْقَاصِيَةَ وَالنَّاحِيَةَ، فَإِيَّاكُمْ وَالشِّعَابَ، وَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَالْعَامَّةِ وَالْمَسْجِدِ

“Sesungguhnya Syaitan adalah serigala kepada manusia sebagaimana serigala bagi kambing yang memangsa kambing yang jauh dan bersendirian. Maka janganlah kalian bercerai-berai, dan hendaklah kalian tetap berjama’ah bersama kaum muslimin dan masjid.” (Musnad Imam Ahmad, no. 22029. Dinilai hasan lighairihi oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest