Kewajiban Mengikuti Cara Solat Rasulullah

Imam Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H)
Subulus Salaam Syarh Buluughul Maram
www.ilmusunnah.com

Dari hadis Malik bin Huwairits radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Shahih Al-Bukhari, no. 631)

Kata Imam Ash-Shan’ani rahimahullah:

هذا الحديث أصل عظيم في دلالته على أن أفعاله صلى الله عليه وسلم في الصلاة وأقواله بيان لما أجمل من الأمر بالصلاة في القران وفي الأحاديث وفيه دلالة على وجوب التأسي به صلى الله عليه وسلم فيما فعله في الصلاة فكل ما حافظ عليه من أفعالها وأقوالها وجب على الأمة إلا لدليل يخصص شيئا من ذلك وقد أطال العلماء الكلام في الحديث واستوفاه ابن دقيق العيد في شرح العمدة وزدناه تحقيقا في حواشيها

“Hadis ini adalah asas yang agung sebagai dalil bahawa apa yang dilakukan dan diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada solatnya adalah merupakan penjelasan dari perintah solat dari Al-Qur’an dan hadis-hadis, dan padanya adalah dalil tentang wajibnya mengikuti cara (atau perbuatan) Rasulullah dalam melaksanakan solat.

Maka pada setiap apa yang diambil darinya sama ada berupa perbuatan atau ucapannya (dalam solat), menjadi wajib atas setiap umat (untuk mengikutinya dalam melaksanaan solat) melainkan ada dalil lain yang mengkhususkan (atau merincikan)nya. Para ulama telah menghuraikan hadis ini dengan panjang lebar, dan Ibnu Daqiq Al-‘Ied telah menjelaskannya dalam Syarh Al-‘Umdah yang kemudian kami tambahkan penjelasan padanya di hasyiyahnya (catatan pinggir).” (Ash-Shan’ani, Subulus Salaam, 1/200, hadis no. 59 bab Ash-Sholah)

Wallahu a’lam.

Baca juga artikel dengan judul, Solat Kita Ikut Siapa? di: https://ilmusunnah.com/?p=7162

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest