Keindahan Bidadari Syurga Dari Berita-berita Wahyu
‘Abdul Halim Bin Muhammad Nashshar As-Salafi
Dari kitab Shifatul Jannah fil Qur’aanil Kariim
www.ilmusunnah.com
Huurun ‘Iin (Bidadari-Bidadari) Syurga
Kata huur, dengan men-dhammah-kan huruf ha, adalah bentuk jama’ dari kata hauraa’[1].
Kata huur mencakup dua perkara; putih mata yang amat pekat dan kepekatan warna hitam yang menyertainya.[2] Kerana itu, antara putih mata tersebut dan hitam matanya serasi (padan), sehingga diperolehilah gambaran bahawa masing-masing dari keduanya saling memberikan keindahan.[3]
Manakala kata ‘Iin, dengan meng-kasrah-kan huruf ‘ain adalah bentuk jama’ dari kata ‘ainaa’, dan maknanya adalah mata yang lebar.[4]
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:
“‘Iin adalah wanita-wanita yang matanya mengumpulkan sifat-sifat keindahan dan kecantikan.”[5]
Ada yang berpendapat bahawa perempuan disebut huurul ‘iin kerana diserupakan dengan kijang dan lembu.[6] Ia tidak dinamakan hauraa’ sampailah ia memiliki dua mata yang huur diiringi dengan warna kulitnya yang putih.[7]
Kesimpulannya, kata hauraa’ secara mutlak menunjukkan mata perempuan muda yang molek, putih, cantik, dan bahagian hitam matanya sangat indah.[8]
Kata huur ‘iin disebut dalam Al-Qur-an Al-Karim pada tiga ayat, iaitu sebagaimana berikut:
1, Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surah Ad-Dukhan:
كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ(54)
“Demikianlah, kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.” (Surah Ad-Dukhan, 44: 54)
2, Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalan surah Ath-Thuur:
مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ (20)
“Mereka bersandar di atas tempat tidur yang tersusun dan Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah.” (Surah Ath-Thuur, 52: 20)
3, Dan, firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surah Al-Waaqi’ah:
وَحُورٌ عِينٌ (22)
“Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah.” ( Surah Al-Waaqi’ah, 56: 22)
Dalam As-Sunnah Al-Muthahharah juga disebutkan kata al-huurul ‘iin, di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, dan imam-imam lainnya, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyifati para penghuni Syurga dalam sabdanya:
لاَ يَبُولُونَ وَلاَ يَتَغَوَّطُونَ، وَلاَ يَتْفِلُونَ وَلاَ يَمْتَخِطُونَ، أَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ، وَرَشْحُهُمُ المِسْكُ، وَمَجَامِرُهُمْ الأَلُوَّةُ (الأَنْجُوجُ، عُودُ الطِّيبِ) وَأَزْوَاجُهُمُ الحُورُ العِينُ، عَلَى خَلْقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ، عَلَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدَمَ، سِتُّونَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ
“Mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak meludah, dan tidak berhingus. Sikat-sikat rambut mereka terbuat dari emas, peluh mereka adalah kasturi, kayu di tungku perapiannya adalah gaharu (sejenis kayu berbau harum).[9] Dan isteri-isteri mereka adalah para bidadari. (Mereka) dalam ciptaan lelaki yang sama (satu bentuk) dan seperti rupa ayah mereka, Adam, yang tingginya 60 hasta di langit.”[10]
Hadith ini adalah lafaz Al-Bukhari.
Muslim meriwayatkan dalam Shahiihnya, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah bercerita tentang penghuni Syurga di tingkat yang paling rendah; di dalamnya disebutkan sabda beliau:
ثُمَّ يَدْخُلُ بَيْتَهُ، فَتَدْخُلُ عَلَيْهِ زَوْجَتَاهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، فَتَقُولَانِ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَاكَ لَنَا، وَأَحْيَانَا لَكَ “، قَالَ: ” فَيَقُولُ: مَا أُعْطِيَ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُعْطِيتُ
“Kemudian, penghuni Syurga itu masuk ke dalam rumahnya (di Syurga), setelah itu masuklah dua orang isterinya dari kalangan bidadari, lalu keduanya berkata:
“Segala puji bagi Allah ‘Azza wa Jalla yang telah menghidupkan engkau untuk kami dan menghidupkan kami untuk engkau.”
Beliau melanjutkan, “Kemudian, penghuni Syurga itu pun berkata, “Tidak ada seorang pun yang dianugerahi seperti apa yang dianugerahi kepadaku.”.”[11]
At-Tirmidzi dan ulama lainnya meriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma’di Karib radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan – Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ، وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الفَزَعِ الأَكْبَرِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الوَقَارِ، اليَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الحُورِ العِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ.
“Bagi orang yang mati syahid di sisi Allah ‘Azza wa Jalla ada enam balasan:
(1) dia diampuni sejak titisan/aliran darahnya yang pertama kali,
(2) dia melihat tempatnya di Syurga,
(3) dia dijaga dari seksa kubur dan aman dari ketakutan yang sangat besar (di Padang Mahsyar),
(4) pada kepalanya diletakkan mahkota kehormatan dari Al-Yaquuth (batu mulia) yang sebahagiannya saja sudah lebih baik berbanding dunia dan seisinya,
(5) dia dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari,
(6) dan dia diberi izin untuk memberi syafa’at (pertolongan) kepada tujuh puluh orang kerabatnya.”[12]
Hadis ini adalah lafaz At-Tirmidzi. Setelah menyebutkannya, beliau mengatakan: Hadis ini hasan sahih gharib.”
Qatadah mengatakan “bi huuril ‘iin” maksudnya adalah bermata putih.
Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu membaca lafaz bi huuril ‘iin dengan bi ‘ais ‘iin; kata ‘ais adalah jama’ dari kata ‘aisaa, yang menurut orang ‘Arab bererti unta yang putih.[13]
Maksudnya adalah menyifatkan para bidadari tersebut dengan warna putih kemerah-merahan[14] disertai dengan keindahan dan kelebaran matanya. Yakni, bebola matanya (pada bahagian putihnya) amat putih dan pada bahagian hitamnya pula amat hitam.[15]
Para ahli qira’at berbeza pendapat dalam membaca firman Allah ‘Azza wa Jalla, وَحُورٌ عِينٌ dalam surah Al-Waaqi’ah (ayat 22). Al-Imam Hamzah dan Al-Imam Al-Kisaa-i (dua orang tokoh rujukan bahasa ‘Arab – pent.) membacanya dengan khafdh (iaitu: wa huurin ‘iinin), manakala imam yang lainnya membacanya dengan rofa’ (iaitu: wa huurun ‘iinun).
Hujah para ulama yang me-rofa’kannya adalah lafaz tersebut di-‘athaf-kan (disambungkan) kepada wildaan (surah Al-Waaqi’ah, 56: 17). Yakni difahami bahawa para penghuni Syurga itu dikelilingi oleh anak-anak muda (wildaan) dan dikelilingi pula oleh para bidadari (huur ‘iin). Boleh juga di-rofa’-kan berdasarkan maknanya. Yakni, ketika diketahui bahawa lafaz huur ‘iin tidak di-‘athaf-kan kepada lafaz wildaan, dan maknanya adalah mereka (para penghuni Syurga) dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda yang membawa gelas-gelas…, lalu di-‘athaf-kan kepadanya kalimat wa huurun ‘iin berdasarkan maknanya (bukan lafaznya) yakni ibtida’ (permulaan kalimat), maka anggapan maknanya menjadi:
“Dan di sana ada para bidadari “, atau
“Dan di dalamnya terdapat para bidadari”, atau
“Di sisi mereka terdapat para bidadari”, atau
“Dan bagi mereka para bidadari.”
‘Athaf semisal ini adalah berdasarkan konteks maknanya, bukan berdasarkan lafaz yang di-‘athaf-kannya, kerana maknanya adalah para bidadari itu tidak mengelilingi penghuni Syurga.
Adapun hujah dari para ulama yang membacanya khafadh (menjadi: huurin ‘iinin) adalah bahawasanya lafaz huur ‘iin tersebut di-‘athaf-kan kepada jannaatin na’iim (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 12). Menjadi maknanya:
Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah), fi jannaatin na’iim (yang berada dalam Syurga kenikmatan), wa fi huurin‘iin, yakni wa fi muqaarabati huurin ‘iin (yang berdekatan dengan para bidadari), yakni dengan membuang mudhaf (muqaarabah) dan menetapkan mudhaf ilaih (huurin ‘iin).
Sebahagian ulama membolehkan lafaz huur ‘iin di-‘athaf-kan kepada kata akwaah dan abaariiq (surah Al-Waaqi’ah, 56: 18), maka maknanya adalah; mereka (para penghuni Syurga) dikelilingi oleh bidadari-bidadari. Maka dari itu, tidak boleh diingkari jika para penghuni Syurga akan mendapat kenikmatan dengan dikelililngi para bidadari.[16] Wallahu a’lam.
Dua bacaan di atas (sama ada dengan rofa’ mahupun jar) adalah sama-sama masyhur (dikenal lagi dimaklumi). Kerana itulah, dengan mana-mana pun dari dua versi qira-ah (cara baca) tersebut di atas apabila seorang qari membacanya, maka ianya tetap dianggap benar.[17]
1) Sifat-sifat Para Bidadari di Dalam Al-Qur’anul Karim
Pertama, pandangan matanya tidak liar.
Allah ‘Azza wa Jalla mengkhabarkan bahawa bidadari tersebut memiliki pandangan yang tidak liar. Sifat ini disebutkan-Nya dalam tiga ayat Al-Qur-an Al-Karim, yakni sebagaimana berikut:
Firman Allah ‘Azza wa Jalla di surah Ash-Shaffaat:
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ (48)
“Dan di sisi mereka ada (bidadari-bidadari) yang bermata indah yang membatasi pandangannya.” (Surah Ash-Shaafaat, 37: 48)
Firman Allah ‘Azza wa Jalla di surah Shaad:
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ (52)
“Dan di samping mereka (ada bidadari-bidadari) yang tunduk pandangannya dan sebaya umurnya.” (Surah Shaad, 38: 52)
Dan, firman Allah ‘Azza wa Jalla di surah Ar-Rahmaan:
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (56)
“Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang tunduk membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.” (Surah Ar-Rahman, 55: 56)
Ayat-ayat tersebut menjelaskan sifat-sifat mulia para bidadari, yakni mereka menundukkan pandangan mata, sehingga tidak melihat kecuali kepada suami-suaminya. Berbeza halnya dengan kaum wanita di dunia yang melihat ke sana ke mari. Para bidadari membatasi pandangan matanya kepada suami-suami mereka semata, kerana mereka tidak menginginkan selain dari suaminya. Demikianlah pendapat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Mujahid, Qatadah, dan ulama yang lainnya, semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmati mereka semua.[18]
Penjelasan tersebut menunjukkan sifat bidadari yang pemalu, mengingat pandangan merupakan gerakan dari kelopak mata. Para bidadari tidak akan menggerakkan kelopak matanya dan tidak pula akan mengangkat kepalanya kepada orang yang bukan suaminya.[19] Perkara tersebut juga menunjukkan atas sikap para bidadari yang menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak baik,[20] kecintaan mereka yang mendalam terhadap suami-suaminya, dan tidak adanya keinginan mereka untuk berpindah hati kepada selain suaminya.[21] Semua itu tidaklah terjadi kecuali kerana ketampanan dan kesempurnaan si suami, sehingga dia tidak mencari orang lain di dalam Syurga serta tidak mencintai seorang pun selainnya.[22]
Sebahagian ulama mengatakan bahawa kecantikan para bidadari yang mulia dan kesempurnaan mereka yang yang tiada cacat-celanya yang menjadikan suami-suami mereka menundukkan pandangan. Maknanya, para bidadari tersebut membatasi pandangan suami-suami mereka agar tidak tertuju kepada orang yang lain. Perkara tersebut disebabkan oleh kecantikan mereka yang teramat sangat dan kerana sangat cintanya para suami kepada mereka.[23]
Kedua-dua makna di atas adalah benar, tidak ada yang bertentangan antara satu sama lain. Para bidadari tersebut menundukkan pandangan kecuali kepada suami mereka kerana ketampanan dan kesempurnaan suaminya. Sementara kecantikan dan kesempurnaan para bidadari yang teramat sangat tersebut menjadikan suaminya menundukkan pandangan kecuali kepada mereka. Di samping dimaklumi kecintaan yang begitu besar di antara keduanya.[24]
Dalil yang mendukung pernyataan tersebut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim di kitab Shahiih-nya, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘ahu, bahawasanya Rasulullallah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَسُوقًا، يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ، فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِـهِمْ، فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالًا، فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالًا، فَيَقُولُ لَـهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتُـمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا، فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ، وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتُـمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا.
“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat pasar yang didatangi oleh para penghuni Syurga pada setiap hari Juma’at. Kemudian, berhembuslah angin utara yang menerpa wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka, angin tersebut menambah keindahan dan ketampanan mereka. Setelah itu, mereka kembali pulang kepada isteri-isterinya (yakni dari kalangan para bidadari), yang (ternyata) juga telah bertambah indah dan cantik. Lantas, isteri-isteri mereka pun berkata kepada mereka:
“Demi Allah, kalian bertambah indah dan tampan semenjak kalian meninggalkan kami.”
Lalu mereka menjawab, “Adapun kalian, demi Allah, juga bertambah baik dan cantik semenjak kami meninggalkan kalian.”.”[25]
Fokus dalil atau syahid dalam hadis di atas adalah ketampanan setiap penghuni Syurga dan kecantikan isteri-isterinya, serta bertambahnya keindahan mereka.
Adapun dalil yang menunjukkan kecintaan setiap mereka kepada yang lainnya, adalah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim di kitab Shahiih-nya, dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bercerita tentang tingkatan para penghuni Syurga yang paling rendah; dan di dalam hadis tersebut terdapat sabda beliau:
ثـُمَّ يَدْخُلُ بَيْتَهُ، فَتَدْخُلُ عَلَيْهِ زَوْجَتَاهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، فَتَقُولَانِ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَاكَ لَنَا، وَأَحْيَانَا لَكَ “، قَالَ: ” فَيَقُولُ: مَا أُعْطِيَ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُعْطِيتُ
“Setelah itu, dia masuk ke dalam rumahnya (di Syurga), lalu masuklah dua orang isterinya dari kalangan bidadari, lalu keduanya berkata:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan engkau untuk kami dan menghidupkan kami untuk engkau.”
Beliau melanjutkan:
“Kemudian dia (suami) pun berkata, “Tidak ada seorang pun yang diberi anugerah seperti apa yang telah diberikan kepadaku.”.”[26]
Fokus dalil dalam hadis ini adalah pujian dari para bidadari kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan ucapan suami bidadari tersebut, “Tidak ada seorang pun yang diberi anugerah seperti apa yang telah diberikan kepadaku.”
Tiga ayat yang telah disebutkan di atas menunjukkan sifat para bidadari yang menundukkan pandangan mata mereka. Perkara ini merupakan sifat yang sempurna bagi perempuan. Ayat ke-empat berikut ini merupakan sifat para bidadari yang tidak mempertontonkan kaki-kaki mereka dan tidak menyingkapkannya kepada kaum lelaki, [27] yakni firman Allah ‘Azza wa Jalla:
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ… (72)
“Bidadari-bidadari yang terpelihara (sisi keindahannya)…” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 72)
Adapun tempat yang digunakan untuk memelihara mereka adalah khemah. Dalilnya adalah firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surat Ar-Rahmaan:
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ (72)
“bidadari-bidadari yang terpelihara di dalam khemah-khemah…” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 72)
Makna ayat ini, sebagaimana dikatakan oleh Mujahid, adalah para bidadari tersebut tidak meninggalkan khemah. Mereka bukanlah wanita-wanita yang suka keluar-masuk rumah dan mundar-mandir di jalan-jalan sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk dunia. Akan tetapi mereka tertahan dan terpelihara hanya untuk suami-suami mereka.[28]
Penahanan tersebut adalah penahanan yang sifatnya untuk menjaga, memuliakan, dan melimpahkan kenikmatan. Bukan penahanan yang sifatnya merendahkan, menyeksa, dan membuatnya menderita.[29]
Di antara dalil yang menunjukkan bahawa tempat penahanan tersebut berupa khemah adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan yang lainnya, dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:
إِنَّ لِلْمُؤْمِنِ فِي الْـجَنَّةِ لَـخَيْمَةً مِنْ لُؤْلُؤَةٍ وَاحِدَةٍ مُـجَوَّفَةٍ، طُولُـهَا سِتُّونَ مِيلًا، لِلْمُؤْمِنِ فِيهَا أَهْلُونَ، يَطُوفُ عَلَيْهِمِ الْمُؤْمِنُ فَلَا يَرَى بَعْضُهُمْ بَعْضًا
“Sesungguhnya bagi orang yang beriman itu sebuah khemah di Syurga yang terbuat dari sebuah mutiara yang berongga; panjangnya enam puluh batu. Dan orang yang beriman juga memiliki isteri-isteri di dalamnya, dia akan bergilir menggauli mereka, dalam keadaan sebahagian dari mereka tidak dapat melihat sebahagian lainnya.”[30]
Hadis ini redaksi Muslim.
Kesimpulannya, Allah ‘Azza wa Jalla menyifati para bidadari dengan sifat-sifat perempuan yang menjaga diri dari hal-hal yang tidak baik, gadis yang menyendiri, dan perempuan yang melindungi diri, serta perempuan yang tidak mempertontonkan perhiasannya kepada orang lain. Semua ini merupakan sifat yang paling indah dan sempurna.
Keberadaan para bidadari tersebut di dalam khemah tidak bererti mereka tidak akan meninggalkan tempat tersebut sama sekali. Namun, sebagaimana juga puteri-puteri para raja dan para sultan di dunia, mereka tidak mencegah dirinya sendiri untuk keluar melakukan suatu perjalanan jauh dan selainnya ke tempat-tempat rekreasi, taman-taman, atau yang sejenisnya; namun yang lazim bagi wanita seperti mereka adalah terpelihara (dengan berdiam di rumah saja). Demikian pula halnya dengan para bidadari; jika ada suatu keperluan, mereka pun keluar ke kebun-kebun (yakni taman-taman Syurga) dan tempat-tempat yang lainnya.[31] Wallaahu a’lam.
Kedua, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan para bidadari dengan usia yang sebaya.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam surah Shaad:
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ (52)
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Surah Shaad, 38: 52)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman dalam surah Al-Waaqi’ah:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً (35) فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36) عُرُبًا أَتْرَابًا (37)
“Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari tersebut) secara langsung, lalu Kami jadikan mereka gadis-gadis, yang penuh rasa cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 35-37)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman dalan surah An-Naba’:
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا (31) حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا (32) وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا (33)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yakni) berupa kebun-kebun (taman-taman) dan buah anggur, dan gadis-gadis menghairahkan (tubuh badannya) lagi yang sebaya.” (Surah An-Naba’, 78: 31-33)
Kata atraab adalah bentuk jama’ dari kata tiraab. Kerana itu, ada yang mengatakan: “Haadzihi tirab haadzihi,” yakni sepadan dalam umurnya.[32]
Bidadari-bidadari tersebut satu umur, satu tingkatan, dan tidak ada perbezaan di antara mereka. Demikian yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Mujahid, Sa’d bin Jubair radhiyallahu ‘anhu, dan ulama lainnya dari kalangan para ahli tafsir.[33]
Bidadari-bidadari tersebut adalah gadis-gadis remaja yang cantik, bukan perempuan-perempuan yang tua renta yang telah kehilangan kecantikannya, juga bukan perempuan-perempuan yang telah kehilangan ghairah yang tidak mampu berhubungan intim.[34] Akan tetapi, mereka adalah gadis-gadis berumur 33 tahun atau sekitar itu. Umur ini adalah usia remaja yang paling matang dan berada pada puncak keindahan, kecantikan, dan kesempurnaan. Pada umumnya, gadis-gadis remaja yang umurnya sebaya akan saling merasa bersaudara, hati mereka saling melunak, dan saling mencintai; tidak ada kebencian, kecemburuan, dendam, dan tidak ada pula kedengkian.[35]
Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ جُرْدًا، مُرْدًا، بِيضًا، جِعَادًا، مُكَحَّلِينَ، أَبْنَاءَ ثَلَاثٍ وَثَلَاثِينَ، عَلَى خَلْقِ آدَمَ، سِتُّونَ ذِرَاعًا فِي عَرْضِ سَبْعِ أَذْرُعٍ
“Para penghuni Syurga akan masuk ke dalam Syurga dalam keadaan badan tidak berbulu, pipinya halus, kulitnya putih, rambutnya bergelombang, matanya bercelak, berusia 33 tahun, dan serupa dengan penciptaan Adam, yang tingginya 60 hasta dan lebarnya 7 hasta.”[36]
At-Tirmidzi meriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
يَدْخُلُ أَهْلُ الـجَنَّةِ الـجَنَّةَ جُرْدًا مُرْدًا مُكَحَّلِينَ أَبْنَاءَ ثَلاَثِينَ أَوْ ثَلاَثٍ وَثَلاَثِينَ سَنَةً.
“Para penghuni Syurga akan masuk ke dalam Syurga dalam keadaan badan tidak berbulu, pipinya halus, matanya bercelak, dan berumur 30 atau 33 tahun.”[37]
Ketiga, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan para bidadari tersebut dengan sifat yang baik lagi cantik.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam Surah Ar-Rahmaan:
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ (70)
“Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi jelita.” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 70)
Para ulama menyatakan bahawa bidadari-bidadari tersebut baik akhlaknya dan cantik paras-rupanya.[38]
Akan tetapi, yang lebih utama adalah dengan memaknakan ayat tersebut secara umum, yakni bidadari-bidadari tersebut baik sifatnya, akhlaknya, dan perilakunya, serta segala hal padanya yang disifatkan dengan sifat-sifat kebaikan. Di samping itu, mereka juga cantik pada parasnya, tubuhnya, perawakannya, dan warna kulitnya, serta segala hal padanya yang disifatkan dengan sifat-sifat kecantikan. Mereka semua berada dalam kedudukan yang elok dan kecantikan yang sangat, sama ada pada fizikal mahupun akhlak.[39]
Keempat, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan para bidadari tersebut memiliki payudara yang montok.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam surat An-Naba’:
إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا (31) حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا (32) وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا (33)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu mendapat kemenangan, (yakni) kebun-kebun (taman-taman) dan buah anggur, dan gadis-gadis menghairahkan (tubuh badannya) lagi yang sebaya.” (Surah An-Naba’: 31-33)
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan lafaz وَكَوَاعِب dengan nawaahid (payudaranya yang montok).”[40]
Kata kawaa’ib adalah bentuk jamak dari kata kaa’ib, yakni perempuan-perempuan yang payudaranya menyembul hingga tampak montok. Kemontokan payudara mereka itu tampak seperti buah delima, namun tidak menggantung (tetap kelihatan kencang). Sebabnya adalah kerana para bidadari tersebut sedang berada pada puncak keremajaan, kegadisan, dan kecantikan.[41]
Kelima, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan bidadari-bidadari tersebut sebagai gadis-gadis perawan.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman di surat Al-Waaqi’ah:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً (35) فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36)
“Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara langsung, lalu Kami jadikan mereka gadis-gadis yang perawan.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 35-36)
Maknanya, perempuan-perempuan yang disifatkan sebagai gadis perawan adalah mereka (para wanita di dunia) yang meninggal dalam keadaan sudah tua renta, beruban, dan matanya pun sudah tidak mampu melihat lagi; yang semua itu Allah ‘Azza wa Jalla jadikan setelah mereka tua, nyanyuk, dan janda. Demikianlah sebagaimana yang kalian dengar dan saksikan.[42] Akan tetapi, ketika suami-suami mereka mendatangi mereka (di Syurga), para suami itu akan menemukan isteri-isteri tersebut dalam keadaan gadis yang perawan.[43]
Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan pendapat lain, bahawa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah para bidadari (bukan perempuan-perempuan dunia). Perkara tersebut dapat dilihat dari beberapa sisi berikut.
Pertama, Allah ‘Azza wa Jalla menyebutkan hak orang-orang yang paling terdahulu beriman (Al-Waaqi’ah, 56: 10) bahawa mereka akan mendapatkan tempat-tempat pembaringan dan tidur, bejana-bejana, minuman-minuman, buah-buahan, makanan, dan isteri-isteri dari kalangan para bidadari. Setelah itu, Allah ‘Azza wa Jalla menyebutkan golongan kanan atau ashhaabul yamiin (Al-Waaqi’ah, 56: 27) kemudian diikuti makanan mereka, minuman mereka, permaidani-permaidani mereka, dan isteri-isteri mereka.[44] Secara zahirnya, penyebutan yang sama ini termasuk dalam konteks perbandingan; bahawa bidadari-bidadari tersebut seperti isteri-isteri mereka (sewaktu di dunia), hanya cuma mereka diciptakan di Syurga.
Kedua, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat di atas:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 35)
Secara tekstual, ayat ini menunjukkan bahawa penciptaan tersebut adalah yang pertama kali. Jika yang dimaksudkan adalah penciptaan kedua, pastinya terdapat qayyid (kata yang membatasi atau mengikat) hal tersebut, seperti firman Allah ‘Azza wa Jalla:
“Dan bahawasanya Dialah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan setelah mati).” (Surah An-Najm, 53: 47)
Serta firman-Nya:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama…” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 62)
Ketiga, firman Allah pada awal ayat, وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَة “Dan kamu menjadi tiga golongan.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 7)
Yang dimaksudkan di sini adalah lelaki dan perempuan, hanya cuma penciptaan yang kedua tersebut bersifat umum, manakala firman Allah Ta’ala, إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاء, secara tekstual bermaksud pengkhususan terhadap para bidadari Syurga dengan penciptaan ini.
Seseorang hendaklah tidak membayangkan kekhususan sifat-sifat ini hanya terbatas pada diri bidadari. Kerana, perempuan-perempuan (dunia) yang masuk ke dalam Syurga tentu lebih berhak mendapatkan sifat-sifat tersebut berbanding para bidadari; kerana, mereka telah banyak melakukan ibadah-ibadah sewaktu di dunia.
Kesimpulannya, ayat di atas mencakup dua makna tersebut, di mana penciptaan tersebut terjadi pada dua golongan, yakni para bidadari dan perempuan-perempuan dunia. Wallahu a’lam.[45]
Dalam surah Ar-Rahmaan, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan para bidadari bahawa mereka adalah gadis-gadis perawan tanpa menyebutkan lafaz bikaarah (perawan/gadis) secara jelas. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (56)
“Di dalam Syurga tersebut ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.” (Surah Ar-Rahmaan: 56)
Dalam surah yang sama, Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman:
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ (72) فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (73) لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (74)
“Bidadari-bidadari yang terpelihara di dalam khemah-khemah. Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 72-74)
Maknanya, para bidadari tersebut tidak pernah berhubungan intim dengan seorang pun sebelum suami-suami mereka di Syurga, tidak dengan manusia dan tidak pula dengan jin. Demikianlah pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma dan para ulama lainnya.[46]
Keenam, Para perempuan Syurga (yakni para bidadari) disifatkan oleh Allah Ta’ala dengan sifat; mereka sangat baik dalam rasa kecintaan dan kesetiaannya terhadap suami-suami mereka.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam surah Al-Waaqi’ah:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً (35) فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36) عُرُبًا أَتْرَابًا (37)
“Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung, lalu Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 35-37)
Pada ayat-ayat di atas, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan bidadari-bidadari Syurga dengan ‘urub. Kata ‘urub adalah bentuk jamak dari kata ‘aruub, sebagaimana dengan rusul yang merupakan jamak dari kata rasuul. Mereka adalah perempuan-perempuan yang amat mencintai dan menyayangi suami-suami mereka. Keterangan ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.
Mujahid, Al-Hasan, dan Qatadah mengatakan:
“Al-‘Urub adalah perempuan-perempuan yang sentiasa merindukan[47] dan menginginkan suami-suami mereka serta amat mencintainya. Mereka menjalin cinta kasih dengan manja, juga bertutur kata yang indah, manis, dan penuh canda.”[48]
Orang ‘Arab menyebut seorang perempuan yang setia melayani suaminya dengan ‘aribah.
Al-Imam Al-Bukhari mengatakan:
“Orang-orang Makkah menyebut perempuan sedemikian dangan istilah ‘aribah, manakala orang-orang Madinah menyebutnya ghanijah. Adapun orang-orang ‘Iraq, mereka menyebutnya syakilah.”[49]
Di antara dalil yang menunjukkan perasaan cinta perempuan-perempuan Syurga terhadap suami-suaminya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
” إِنَّ فِي الْـجَنَّةِ لَسُوقًا، يَأْتُونَهَا كُلَّ جـُمُعَةٍ، فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ، فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَـمَالًا، فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَـمَالًا، فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتـُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَـمَالًا، فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ، وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتُـمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا “
“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat pasar yang didatangi oleh para penghuni Syurga pada setiap hari Juma’at. Kemudian, berhembuslah angin utara yang menerpa wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka, angin tersebut menambah keindahan dan ketampanan mereka. Lalu, mereka kembali pulang kepada isteri-isterinya (yakni para bidadari), yang (ternyata) juga bertambah indah dan cantik. Lalu, isteri-isteri tersebut berkata kepada mereka:
“Demi Allah, kalian bertambah indah dan tampan semenjak kalian meninggalkan kami.”
Lalu mereka menjawab:
“Demikian pula dengan kalian, demi Allah, kalian juga bertambah indah dan cantik semenjak kami meninggalkan kalian.”[50]
Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu tentang tingkatan para penghuni Syurga yang paling rendah, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
ثُـمَّ يَدْخُلُ بَيْتَهُ، فَتَدْخُلُ عَلَيْهِ زَوْجَتَاهُ مِنَ الْـحُورِ الْعِينِ، فَتَقُولَانِ: الْـحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَاكَ لَنَا، وَأَحْيَانَا لَكَ
“Kemudian, penghuni Syurga itu masuk ke dalam rumahnya (di Syurga), kemudian masuklah dua orang isterinya dari kalangan bidadari, lalu keduanya berkata:
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan engkau untuk kami dan menghidupkan kami untuk engkau.”.”[51]
Perkara tersebut berbeza dengan apa yang terjadi pada perempuan-perempuan di kehidupan dunia. Sebesar apa pun mereka disifati dengan kecintaan dan kesetian yang baik terhadap suami-suaminya, namun tetap masih terdapat kecacatan (ketidak-sempurnaan) pada diri mereka. Sementara di Syurga, tidak ada sama sekali ketidak-sempurnaan dan tidak ada pula akhlak yang buruk. Semuanya serba sempurna, menarik perhatian, dan indah mempesona; sebagaimana yang difirmankan Allah ‘Aza wa Jalla:
…خَيْرَاتٌ حِسَانٌ (70)
“..Yang baik-baik lagi indah menawan.” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 70)
Ketujuh, Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan perempuan-perempuan Syurga dengan kesucian.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman di surah Al-Baqarah:
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (25)
“Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa untuk mereka (disediakan) Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya sunga-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari Syurga, mereka berkata:
“inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.”
Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 25)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman di surah Ali ‘Imran:
قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبـِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (15)
“Katakanlah, “Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Rabb mereka Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha dari Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 15)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman dalam surat An-Nisaa’:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا (57)
“Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Di sana mereka mempunyai pasangan-pasangan yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh dan nyaman.” (Surah An-Nisaa’, 4: 57)
Dari tiga ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla melimpahkan kenikmatan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dengan kenikmatan yang besar, seperti Syurga-Syurga, sungai-sungai, dan kekekalan atau kehidupan yang terus-menerus. Semua kenikmatan tersebut, walaupun nilainya amat besar, belumlah sempurna tanpa keberadaan isteri-isteri yang membuatkan mereka gembira dan bahagia. Kerana itulah, Allah ‘Azza wa Jalla memuliakan mereka dengan isteri-isteri yang suci.[52]
Kata azwaaj, sebagaimana yang sudah dimaklumi, adalah bentuk jama’ dari kata zauj, yakni isteri seorang lelaki. Dikatakan:
“Fulanah zauj Fulaan (Fulanah adalah isteri Fulan),”
atau dapat pula dikatakan dengan erti yang sama):
“Fulanah zaujah Fulaan.”[53]
Maksud isteri di sini (dalam konteks ayat tersebut) adalah individu yang dikhususkan bagi seorang hamba yang soleh di Syurga. Tidak ada orang lain yang menyertainya dalam kekhususan ini, sama ada isteri tersebut dari kalangan para bidadari ataupun dari kalangan perempuan-perempuan dunia yang masuk ke dalam Syurga.[54]
Allah ‘Azza wa Jalla menyifatkan isteri-isteri yang berada di Syurga dengan satu sifat yang mencakup secara keseluruhan untuk segala perkara yang diminta, diinginkan, dan disukai para lelaki, yakni kesucian mutlak. Termasuk di antaranya suci dari segala hal yang terjadi pada perempuan-perempuan dunia yang dipandang jijjik oleh jiwa manusia, seperti darah haidh, nifas; buang air kecil dan buang air besar; berhingus, berkahak, dan berludah; madzi, air mani, dan hal-hal yang dianggap jijik lainnya; berpenyakit dan berfizikal kotor; serta terlihat najis yang melekat padanya.[55]
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma dan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, juga dari para Sahabat radhiyallahu ‘anhum lainnya bahawa perempuan-perempuan Syurga itu tidak haidh, tidak berhadas, dan tidak berdahak (membuang kahak).[56]
Mujahid mengatakan:
“Perempuan-perempuan Syurga itu tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak bermadzi, dan tidak haidh.”[57]
Nash yang menguatkan hal tersebut adalah hadis yang disepakati kesahihannya oleh Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Di dalamnya disebutkan bahawa ketika Rasulullah menjelaskan sifat para penghuni Syurga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لاَ يَبُولُونَ وَلاَ يَتَغَوَّطُونَ، وَلاَ يَتْفِلُونَ وَلاَ يَمْتَخِطُونَ، أَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ، وَرَشْحُهُمُ المِسْكُ، وَمَجَامِرُهُمْ الأَلُوَّةُ
“Mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak meludah, dan tidak berhingus. Sikat-sikat mereka terbuat dari emas, peluh mereka seharum kasturi, dan kayu di tungku perapian mereka adalah gaharu (sejenis kayu berbau harum).[58]
Termasuk sebahagian dari bentuk kesucian perempuan-perempuan Syurga adalah suci dari akhlak-akhlak yang buruk, bebas dari perbuatan-perbuatan yang keji, hubungan yang tidak baik, dan dari perangai kotor yang dimiliki oleh sebahagian perempuan dunia. Mereka juga suci dari hal-hal yang menjadi sifat sebahagian perempuan dunia berupa kebiasaan-kebiasaan buruk, kedudukan yang hina, dan berada di persekitaran yang tidak baik. Mereka juga suci dari seluruh ‘aib, cela, keburukan, dan tipu daya.[59] Tidak ada kedengkian dan kecemburuan di dalam hati mereka. Dan mereka juga tidak melihat kepada orang yang bukan suaminya.[60]
Manakala Allah Rabbul ‘Izzah wal Jalaal menyebutkan sifat isteri-isteri di dalam Syurga dengan kalimat-Nya { مُّطَهَّرَةُ } , yakni sempurna dalam pembersihan dan penyucian mereka, sehingga tidak ada satu aib pun pun yang dapat mengotori mereka sama ada yang bersifat lahiriyah mahupun batiniyah.[61]
Kata مُّطَهَّرَةُ lebih mendalam maknanya berbanding kata thaahirah. Kerana kata مُّطَهَّرَةُ menunjukkan adanya Dzat Yang menyucikan mereka, yang tidak lain adalah Allah ‘Azza wa Jalla sendiri. Allah ‘Azza wa Jalla menyucikan mereka dari segala perkara yang mengotorinya dengan pelbagai bentuk penyucian. Lalu Allah ‘Azza wa Jalla mempersediakan mereka dengan sangat baik dan menghiasi mereka untuk disediakan bagi orang-orang yang mendapat balasan pahala dan kemuliaan dari-Nya, iaitu untuk hamba-hamba-Nya yang soleh.[62]
Kesucian ini mencakup para bidadari dan perempuan-perempuan yang masuk ke dalam Syurga, yakni dari isteri-isteri orang Mukmin. Di dalam Syurga tidak ada yang membujang, sama ada lelaki mahupun perempuan. Penyataan ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dalam Shahiih Muslim:
وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَب
“Tidak ada yang membujang di dalam Syurga.”[63]
Kesucian para bidadari bermakna Allah ‘Azza wa Jalla telah menciptakan mereka dalam keadaan demikian sejak awal penciptaan, tanpa digandingkan kepada makhluk-Nya ini aib apa pun. Adapun kesucian perempuan-perempuan dunia (setelah berada di Syurga) bermakna dilenyapkannya segala sesuatu yang buruk dari sifat mereka dahulu.[64] Sehingga, mereka menjadi suci dari kotoran dan penyakit yang biasanya terdapat pada perempuan-perempuan dunia. Batin mereka juga menjadi suci dari akhlak-akhlak buruk dan sifat-sifat tercela. Lisan-lisan mereka juga suci dari perkataan keji dan tidak senonoh. Kelopak mata mereka juga suci dari melirik (membuang pandangan tajam berbentuk kecaman) kepada suaminya. Dan pakaian-pakaian mereka juga suci dari terkena najis atau kotoran.[65]
2) Allah ‘Azza Wa Jalla menyerupakan para bidadari di dalam Al-Qura’n Al-Karim dengan tiga perkara.
Pertama, Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan mereka dengan telur yang tersimpan dengan baik; sebagaimana yang terkandung dalam surah Ash-Shaaffaat:
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ (48) كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَكْنُونٌ (49)
“Dan di sisi mereka ada (bidadari-bidadari) yang bermata indah dan membatasi pandangannya, seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat, 37: 48-49)
Para ulama berbeza pendapat tentang musyabbah bih (yang di-samakan dalam persamaan ini) dalam ayat ini.
Sa’id bin Jubair rahimahullah berpendapat:
“Musyabbah bih-nya adalah telur bahagian dalam. Putihnya para bidadari tersebut diserupakan dengan bahagian dalam telur yang di balik cengkerang yang tidak pernah tersentuh tangan.”
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berpendapat:
“(Maknanya adalah) seakan-akan mereka berada di dalam telur yang tersimpan, yakni mutiara yang tersimpan (sebagai musyabbah bih-nya). Maka, mereka diserupakan dengan mutiara kerana sama-sama putih dan jernih.”
‘Athaa’ berpendapat:
“Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan para bidadari tersebut dengan selaput tipis yang ada di antara cengkerang bahagian luar dan kandungan telur.”
Sebahagian ulama berpendapat:
“Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan para bidadari tersebut dengan telur burung unta yang disimpan oleh bulu-bulunya dari debu dan angin, ia tampak putih kekuning-kuningan yang seakan-akan terlihat berkilauan. Itulah makna maknuun (tersimpan).”
Al-Imam Ibn Jarir Ath-Thabari menguatkan pendapat yang menyatakan para bidadari tersebut diserupakan dengan putih telur yang terdapat dalam cengkerang dalam sifat putih fizikal mereka. Ia (cengkerang telur bahagian dalam) adalah kulit yang melindungi isi telur sebelum disentuh tangan manusia atau makhluk lainnya. Inilah makna maknuun yang benar, tanpa diragukan lagi. Adapun cengkerang bahagian luar, sesungguhnya burung telah menyentuhnya, tangan-tangan telah menjamahnya, dan bulu-bulu burung telah melekat padanya; berbeza dengan bahagian dalamnya. Orang ‘Arab menyebut segala sesuatu yang terlindungi (yang berada di dalam sesuatu) dengan istilah maknuun, sama ada ianya berupa mutiara, telur-telur, mahupun perhiasan.[66] Wallaahu a’lam.
Kedua, Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan para bidadari tersebut dengan permata yaquut (berwarna hijau kebiruan) dan marjan (berlian); sebagaimana terpapar surah Ar-Rahmaan:
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ (56) فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (57) كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (58)
“Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya. Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan mereka itu permata yaquut dan marjan.” (Surah Ar-Rahmaan: 56-58)
Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan kejernihan para bidadari dengan yaquut yang jernih di dalam permata tersebut terlihat dari luarnya. Kerana itulah, sumsum betis para bidadari dinyatakan terlihat dari luar tubuh mereka. Dan putih mereka yang amat indah diserupakan dengan putihnya marjan.[67]
Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam Shahiih-nya, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الـجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ، وَالَّذِينَ عَلَى آثَارِهِمْ كَأَحْسَنِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً، قُلُوبُهُمْ عَلَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ، لاَ تَبَاغُضَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَـحَاسُدَ، لِكُلِّ امْرِئٍ زَوْجَتَانِ مِنَ الـحُورِ العِينِ، يُرَى مُخُّ سُوقِهِنَّ مِنْ وَرَاءِ العَظْمِ وَاللَّحْمِ
“Rombongan pertama yang masuk ke dalam Syurga serupa dengan bulan pada malam purnama. Dan orang-orang setelah mereka serupa dengan bintang yang amat terang sinarnya di langit. Hati-hati mereka di atas hati lelaki yang satu; tidak ada kebencian di antara mereka dan tidak ada pula kedengkian. Setiap orang dari mereka memiliki dua orang isteri dari kalangan bidadari yang sumsum betisnya terlihat dari luar tulang dan dagingnya.”[68]
Dalam Shahiih Al-Bukhari dan Shahiih Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، وَالَّتِي تَلِيهَا عَلَى أَضْوَإِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ، لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ اثْنَتَانِ، يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ، وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk ke dalam Syurga serupa dengan bulan pada malam purnama. Sementara rombongan berikutnya serupa dengan bintang yang bersinar amat terang di langit. Setiap mereka memiliki dua orang isteri yang sumsum betisnya terlihat dari luar dagingnya. Dan tidak ada yang membujang di dalam Syurga.”[69]
Ini adalah lafaz dalam Shahiih Muslim.
Dalam Shahiih Al-Bukhari dan Shahiih Muslim, serta dalam kitab lainnya, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam –ketika menjelaskan sifat rombongan pertama yang masuk ke dalam Syurga, beliau bersabda:
وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ، يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الحُسْنِ
“Dan bagi setiap mereka dua orang isteri yang sumsum betisnya terlihat dari luar dagingnya yang merupakan sebahagian dari bentuk keindahannya.”[70]
Ini adalah lafaz dalam Shahiih Muslim.
Dalam Sunan At-Tirmidzi, dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ يَوْمَ القِيَامَةِ ضَوْءُ وُجُوهِهِمْ عَلَى مِثْلِ ضَوْءِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ، وَالزُّمْرَةُ الثَّانِيَةُ عَلَى مِثْلِ أَحْسَنِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ، لِكُلِّ رَجُلٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ عَلَى كُلِّ زَوْجَةٍ سَبْعُونَ حُلَّةً يُرَى مُخُّ سَاقِهَا مِنْ وَرَائِهَا
“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk ke dalam Syurga pada hari Kiamat adalah mereka yang sinar wajahnya seperti cahaya bulan pada malam purnama. Manakala rombongan kedua (sinar wajahnya) menyerupai bintang yang paling indah yang bersinar terang di langit. Setiap orang dari mereka memiliki dua orang isteri. Pada setiap isterinya terdapat 70 perhiasan, yang (keindahan) sumsum betisnya terlihat dari bahagian luarnya.”[71]
Kata Al-Imam At-Tirmidzi, “Hadis ini hasan sahih.”
Al-Imam Ahmad dan ulama yang lainnya meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَّكِئُ فِي الْجَنَّةِ سَبْعِينَ سَنَةً قَبْلَ أَنْ يَتَحَوَّلَ، ثُمَّ تَأْتِيهِ امْرَأَتُهُ، فَتَضْرِبُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ، فَيَنْظُرُ وَجْهَهُ فِي خَدِّهَا أَصْفَى مِنَ الْمِرْآةِ، وَإِنَّ أَدْنَى لُؤْلُؤَةٍ عَلَيْهَا تُضِيءُ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، فَتُسَلِّمُ عَلَيْهِ، قَالَ: فَيَرُدُّ السَّلَامَ، وَيَسْأَلُهَا مَنْ أَنْتِ؟ وَتَقُولُ: أَنَا مِنَ الْمَزِيدِ، وَإِنَّهُ لَيَكُونُ عَلَيْهَا سَبْعُونَ ثَوْبًا، أَدْنَاهَا مِثْلُ النُّعْمَانِ مِنْ طُوبَى، فَيَنْفُذُهَا بَصَرُهُ، حَتَّى يَرَى مُخَّ سَاقِهَا، مِنْ وَرَاءِ ذَلِكَ، وَإِنَّ عَلَيْهَا مِنَ التِّيجَانِ، إِنَّ أَدْنَى لُؤْلُؤَةٍ عَلَيْهَا لَتُضِيءُ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ “
“Sesungguhnya seorang lelaki (dari kalangan penduduk Syurga) akan tetap duduk bersandar di dalam Syurga selama 70 tahun sebelum akhirnya dia beranjak. Kemudian datanglah isterinya, lalu menepuk bahunya. Dia pun menoleh dan melihat wajah isterinya pada bahagian pipinya, ternyata lebih jernih dari cermin. Dan mutiara paling kecil yang tersemat padanya dapat menyinari apa yang ada di antara Timur dan Barat. Lalu isterinya mengucapkan salam kepadanya.”
Beliau melanjutkan, “Lelaki itu kemudian membalas salam isterinya dan bertanya:
“Siapa engkau?” isterinya menjawab, “Aku adalah tambahan (nikmat).” Dan benar-benar akan ada pada isterinya itu 70 pakaian; yang paling rendahnya (dari pakaian tersebut) adalah seperti bunga nu’maan (bunga merah) yang dipetik dari pohon thuba (sejenis pohon di Syurga). Kemudian, lelaki itu menatap tajam isterinya hingga dapat melihat sumsum betisnya dari luar kulitnya. Di atas kepala isterinya pun terdapat mahkota-mahkota; dan sesungguhnya, mutiara terkecil pada mahkota tersebut dapat menyinari apa yang ada di antara Timur dan Barat.”[72]
Hadis ini sebagaimana dalam Musnad Ahmad.
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan:
“Sesungguhnya perempuan penghuni Syurga akan mengenakan 70 helai pakaian dari sutra. Sementara kejernihan betis dan keindahannya dapat terlihat dari luarnya. Semua itu kerana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman {كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَان} “Seakan-akan bidadari itu permata yaquut dan marjan.” (Surah Ar-Rahmaan, 55: 58)
Ketahuilah bahawa yaquut adalah sejenis batu yang apabila engkau memasukkan seutas benang ke dalamnya kemudian menggandingkannya (merintangkannya), nescaya engkau dapat melihat benang tersebut dari luarnya.”[73]
‘Amr bin Maimun mengatakan:
“Perempuan dari kalangan bidadari akan mengenakan 70 pakaian. Kemudian, sumsum betisnya akan terlihat sebagaimana terlihatnya minuman yang berwarna merah di gelas kaca yang berwarna jernih.”[74]
Kesimpulannya, Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan para bidadari dengan yaquut pada sifat kejernihan wujudnya dan menyerupakan mereka dengan marjan pada keputihan sifatnya.”[75]
Ketiga, Allah ‘Azza wa Jalla menyerupakan para bidadari dengan mutiara yang tersimpan. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman di Surah Al-Waaqi’ah:
وَحُورٌ عِينٌ (22) كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ (23)
“Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan rapi.” (Surah Al-Waaqi’ah, 56: 22-23)
Allah ‘Azza Wa Jalla menyerupakan kejernihan, keputihan, dan kecantikan yang begitu indah dari para bidadari dengan mutiara yang tersimpan.[76] Mereka berkilauan dan bersinar bagaikan mutiara yang belum pernah terpengaruh oleh perubahan waktu dan jumlah pemakaian.[77] Seakan-akan, mutiara itu baru keluar dari cengkerangnya dengan keadaan yang putih dan jernih,[78] serta belum pernah tersentuh oleh tangan dan belum pernah terkena debu.[79]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan sifat kilauan sinar perempuan-perempuan Syurga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, iaitu dalam riwayat Al-Bukhari dan riwayat imam-imam lainnya. Di dalam hadis tersebut disebutkan:
وَلَوْ أَنَّ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ اطَّلَعَتْ إِلَى أَهْلِ الأَرْضِ لَأَضَاءَتْ مَا بَيْنَهُمَا، وَلَمَلَأَتْهُ رِيحًا، وَلَنَصِيفُهَا عَلَى رَأْسِهَا خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Andaikata seorang perempuan dari para penghuni Syurga muncul ke bumi, nescaya dia akan menyinari apa-apa yang terdapat di antara keduanya (langit dan bumi); bahkan, dia akan memenuhi di antara keduanya dengan haruman yang semerbak. Dan benar-benar, mahkota (atau penutup kepala) di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya.[80]
3) Nyanyian para bidadari dan kecemburuan mereka
Di dalam Al-Qur’an Al-Karim terdapat ayat yang menunjukkan adanya nyanyian para bidadari. Di surah Ar-Ruum, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ (15)
“Maka adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka di dalam taman (Syurga) dalam keadaan bergembira.” (Surah Ar-Ruum, 30: 15)
Dan, dalam surah Az-Zukhruf, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ (70)
“Masuklah engkau ke dalam Syurga, engkau dan pasanganmu akan digembirakan.” (Surah Az-Zukhruf, 43: 70)
Kata Tahbiir maknanya adalah memperhias dan memperindah.[81]
Sebahagian ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan habr adalah mendengarkan.[82]
Yahya bin Abu Katsir mengatakan:
“Maksudnya, mereka merasakan nikmat dengan mendengar nyanyian.”[83]
Di dalam As-Sunnah Al-Muthahharah terdapat dalil yang mendukung perkara tersebut. Di antaranya sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَزْوَاجَ أَهْلِ الْجَنَّةِ لَيُغَنِّينَ أَزْوَاجَهُنَّ بِأَحْسَنِ أَصْوَاتٍ سَمِعَهَا أَحَدٌ قَطُّ إِنَّ مِمَّا يُغَنِّينَ: نَحْنُ الْخَيِّرَاتُ الْحِسَانُ أَزْوَاجُ قَوْمٍ كِرَامٍ يَنْظُرْنَ بِقُرَّةِ أَعْيَانٍ وَإِنَّ مِمَّا يُغَنِّينَ بِهِ: نَحْنُ الْخَالِدَاتُ فَلَا يُمِتْنَهْ نَحْنُ الْآمِنَاتُ فَلَا يَخَفْنَهْ نَحْنُ الْمُقِيمَاتُ فَلَا يَظْعَنه
“Sesungguhnya isteri-isteri para penghuni Syurga akan bernyanyi untuk suami-suami mereka dengan suara-suara terindah yang sama sekali tidak pernah didengar oleh seorang pun. Di antara nyanyian mereka adalah:
“Kami adalah bidadari-bidadari terbaik yang elok rupa, menjadi isteri-isteri kaum yang mulia, dan melihat dengan mata-mata yang jelita.”
Dan di antara nyanyian mereka yang lain adalah:
“Kami adalah bidadari-bidadari yang kekal selama-lamanya, maka kami tidak akan mati. Kami adalah bidadari-bidadari yang menenangkan, maka kami tidak akan memberi kebimbangan kepadanya. Kami adalah bidadari-bidadari yang menetap untuknya, maka kami tidak akan pergi meninggalkannya.”[84]
Juga hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ الْحُورَ فِي الْجَنَّةِ يَتَغَنَّيْنَ يَقُلْنَ: نَحْنُ الْحُورُ الْحِسَانُ، هُدِينَا لِأَزْوَاجٍ كِرَام
“Sesungguhnya para bidadari di Syurga bernyanyi, mereka mengungkapkan:
“Kami adalah para bidadari terbaik. Kami dihadiahkan untuk suami-suami yang mulia.”.”[85]
Adapun tentang kecemburuan para bidadari, perkara ini turut dijelaskan dalam As-Sunnah Al-Muthahharah. Disebutkan bahawa mereka tidak cemburu kepada madu-madunya di Syurga, namun mereka cemburu kepada perempuan yang menyakiti suaminya di dunia.
Al-Imam Ahmad dan yang lainnya meriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:
لَا تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ: لَا تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ؛ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
“Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia melainkan isterinya dari kalangan bidadari akan berkata:
“Celakalah engkau, janganlah engkau menyakitinya, kerana sesungguhnya dia (suami) di sisimu hanyalah seperti tamu yang bila-bila saja akan meninggalkanmu untuk menuju kepada kami.”.”[86]
4) Hikmah pernikahan di Syurga
Adakalanya seseorang bertanya tentang hikmah dijadikan pasangan hidup di Syurga. Jawabannya adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad Rasyid Ridha[87]:
“Sesungguhnya fasa-fasa perkembangan hidup di akhirat lebih tinggi dan lebih sempurna berbanding di dunia. Dalam pada itu, kita mengetahui bahawa hikmah di balik kenikmatan menikah yang menimbulkan adanya jalinan hubungan suami-isteri, secara khusus, adalah untuk memiliki keturunan dan memperkembang-biakkan keturunan manusia; sementara itu, di akhirat tidak ada proses atau tujuan tersebut. Dengan demikian, dapat dipastikan bahawa hubungan pernikahan di sana lebih mulia dan hikmahnya pun lebih tinggi. Adapun kita, (yang diwajibkan adalah) cukup mengimani perkara tersebut dan meninggalkan membahaskan hakikat keadaannya (tanpa ilmu).
Alam ghaib tidak dapat dianologikan dengan alam nyata. Walaupun demikian, perkara tersebut tidak menafikan kewujudan manusia di akhirat yang tetap sebagai manusia, bukan sebagai Malaikat. Hanya cuma, kualiti kemanusiaannya lebih sempurna berbanding sewaktu masih berada di dunia. Buktinya, dia lebih terhindar dari pelbagai perkara yang menyusahkan (di Syurga), seperti dalam hal mendapatkan makanan dan hubungan suami-isteri.”[88]
Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat ayat yang menunjukkan adanya hubungan yang erat dan dekat (di antara para penghuni Syurga bersama pasangannya masing-masing), yang secara langsung mengisyaratkan pemberian bentuk kenikmatan dan penghormatan bagi mereka. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ (55) هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56)
“Sesungguhnya penghuni Syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan pasangan-pasangan mereka berada dalam tempat yang teduh, bersandar di atas tempat-tempat istirehat.” (Surah Yasin, 36: 55-56)
Allah ‘Azza wa Jalla juga berfirman:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ (70)
“Masuklah kamu ke dalam Syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan.” (Surah Az-Zukhruf, 43: 70)
Dalam As-Sunnah Al-Muthahharah disebutkan hadis yang menjelaskan adanya hubungan intim di antara suami-isteri dengan gaya bahasa yang umum. Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya, dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahhu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:
إِنَّ لِلْمُؤْمِنِ فِي الْجَنَّةِ لَخَيْمَةً مِنْ لُؤْلُؤَةٍ وَاحِدَةٍ مُجَوَّفَةٍ، طُولُهَا سِتُّونَ مِيلًا، لِلْمُؤْمِنِ فِيهَا أَهْلُونَ، يَطُوفُ عَلَيْهِمِ الْمُؤْمِنُ فَلَا يَرَى بَعْضُهُمْ بَعْضًا
“Sesungguhnya orang Mukmin memiliki sebuah khemah di dalam Syurga yang terbuat dari sebuah mutiara yang berongga; panjangnya 60 batu. Di dalamnya, orang Mukmin itu memiliki isteri-isteri yang akan dia pergilirkan (dalam berhubungan), namun sebahagian dari isteri-isteri tersebut tidak dapat melihat sebahagian yang lainnya (yang sedang digaulinya).”[89]
Ada juga riwayat yang menyebutkan secara jelas tentang hubungan intim di antara suami-isteri. Di antaranya adalah hadis dalam Sunan At-Tirmidzi dan kitab-kitab yang lainnya bahawa Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
يُعْطَى المُؤْمِنُ فِي الجَنَّةِ قُوَّةَ كَذَا وَكَذَا مِنَ الجِمَاعِ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوَ يُطِيقُ ذَلِكَ؟ قَالَ: «يُعْطَى قُوَّةَ مِائَةٍ
“Akan diberikan kepada seorang Mukmin di dalam Syurga kekuatan demikian dan demikian untuk berhubungan intim.”
Ada yang bertanya (kepada Nabi), “Wahai Rasulullah, mampukah dia (melakukan hubungan intim) dengan kekuatan tersebut?”
Beliau menjawab:
“Dia akan diberi kekuatan seratus (orang lelaki).”[90]
5) Penjelasan Ibnul Qayyim rahimahullah tentang bidadari
Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah memiliki ungkapan yang indah dan penjelasan yang menyeluruh dan lengkap tentang sifat-sifat para bidadari di Syurga.
Berikut adalah sebahagian nukilan perkataan dari beliau:
“Apabila engkau bertanya tentang para wanita dan isteri-isteri para penghuni Syurga, maka ketahuilah bahawa mereka adalah perempuan-perempuan yang berisi payudaranya lagi sebaya usianya; yang mengalir di dalam lekuk tubuhnya air keremajaan. Bunga mawar dan epal mengambarkan lesung pipinya, buah delima menggambarkan kemontokan payudaranya, mutiara yang tersusun rapi melukiskan gigi depannya, dan kehalusan serta kelembutan meliputi lilitan pinggangnya. Apabila dia muncul, cahaya matahari akan keluar dari keindahan wajahnya; dan apabila dia tersenyum, kilauan petir akan bermunculan di antara gigi-gigi depannya.
Apabila engkau menerima cinta perempuan Syurga itu, maka katakanlah sesukamu sebagaimana bertemunya dua cahaya yang berkilauan.
Apabila engkau membicarakan tentangnya, bayangkanlah dalam benakmu tentang perbicaraan dua orang yang jatuh cinta; yang jika si lelaki memeluknya dengan erat, maka bayangkanlah dalam benakmu tentang terpahatnya dua cabang ranting pohon. Dan, si lelaki itu menatap lesungan pipinya sebagaimana dia melihat cermin yang terang memancar. (Kerana begitu jernih dan indah tubuhnya), dia dapat melihat sumsum perempuan dari luar dagingnya tanpa terhalang oleh kulit, tulang, mahupun pakaiannya.
Apabila seorang bidadari (perempuan Syurga) muncul ke dunia, nescaya apa yang ada di antara langit dan bumi dipenuhi oleh haruman yang semerbak. Mulut-mulut para makhluk akan melantunkan tahlil, takbir, dan tasbih. Apa yang terdapat di antara Barat dan Timur akan berhias untuk menyambutnya. Seluruh mata akan tertuju ke arahnya. Cahayanya dapat menenggelamkan sinar matahari sebagaimana sinar matahari menenggelamkan sinar bintang-bintang (di angkasa). Demi Allah ‘Azza wa Jalla Yang Maha Hidup dan terus-menerus mengurus Makhluk-Nya, pasti akan merasa nyamanlah orang yang berada di sisinya.
Mahkota yang berada di atas kepala para bidadari Syurga lebih baik dari dunia dan seisinya. Bersentuhan dengan para bidadari tersebut lebih disukai dari sekadar harapan-harapan terhadapnya. Seiring berjalannya waktu, tidak ada yang bertambah pada fizikal mereka selain keindahan dan kecantikan. Dan, seiring berjalannya waktu pula, tidak ada yang bertambah pada hati mereka selain kecintaan dan harapan-harapan.
Bidadari Syurga terbebas dari hamil, melahirkan, haidh dan nifas. Mereka disucikan dari mengeluarkan kahak, meludah, buang air kecil, buang air besar, serta pelbagai jenis kotoran lainnya. Keremajaannya tidak akan pernah sirna, pakaiannya tidak akan pernah lusuh, hiasan kecantikannya juga tidak akan pernah luntur. Keharuman bersentuhan dengannya tidak pernah menghadirkan rasa jemu. Kelopak matanya hanya memandang kepada suaminya dan tidak menjeling kepada seorang pun selainnya; demikian pula halnya kelopak mata si suami yang hanya memandang kepadanya dalam setiap puncak imaginasi dan gelora keinginannya.
Jika bidadari Syurga dipandang (oleh suaminya), itu akan membuat hatinya senang. Jika dia disuruh untuk taat, dia ini pun akan mentaatinya. Jika suaminya tidak ada, dia akan menjaga diri (kehormatan)nya. Keduanya secara bersama-sama selalu berada dalam puncak harapan dan kenyamanan.
Para bidadari ini belum pernah disentuh oleh seorang pun sebelum suaminya, tidak oleh manusia dan tidak pula oleh jin. Setiap kali melihat susuk tubuhnya, hati si suami langsung diselimuti kebahagiaan. Ketika berbicara dengannya, telinga si suami akan dipenuhi oleh kucuran mutiara yang tertata rapi dan berhamburan. Dan, ketika para bidadari itu muncul, dinaungilah istana dan tempat tinggal si suami dengan cahaya bergemerlapan.
Apabila engkau bertanya tentang umur para bidadari, ketahuilah bahawa mereka itu sebaya dalam usia remaja yang paling matang. Apabila engkau bertanya mengenai keindahannya, (maka bayangkanlah dengan jawaban dari pertanyaan) adakah engkau pernah melihat matahari dan bulan? Apabila engkau bertanya mengenai biji matanya, ketahuilah bahawa keduanya berwarna hitam yang amat indah, di dalam warna putih yang amat jernih, dan berada dalam lingkaran yang sangat mempesonakan.
Apabila engkau bertanya tentang perawakan bidadari Syurga, (maka renungkanlah dengan jawaban pertanyaan) sudahkah engkau melihat batang-batang pohon yang indah? Apabila engkau bertanya tentang bentuk payudaranya, ketahuilah bahawa mereka adalah bidadari-bidadari berpayudara montok; kemontokan buah dada itu seperti buah delima yang ranum. Apabila engkau bertanya tentang warna kulitnya, ketahuilah bahawa ia seakan-akan sebuah mutiara dan berlian. Apabila engkau bertanya tentang penciptaannya yang indah, ketahuilah bahawa mereka adalah makhluk-makhluk yang terbaik dan tercantik; yang dikumpulkan pada mereka antara kecantikan dan kebaikan, kemudian mereka diberikan kecantikan lahir dan batin. Sungguh, bidadari-bidadari itu adalah jiwa-jiwa yang paling menggembirakan (hati) dan susuk tubuh yang paling enak dipandang (mata).
Apabila engkau bertanya tentang hubungan baik dan kenikmatan yang dimiliki para bidadari Syurga, ketahuilah bahawa mereka adalah perempuan-perempuan yang amat mencintai suaminya dengan kesetiaan yang mendalam; hingga jiwanya menyatu dengan pasangannya itu. Kira-kira, apa dugaan yang terlintas pada benakmu tentang seorang perempuan yang ketika tertawa di hadapan suaminya, dia akan menyinari Syurga dengan tawanya tersebut; yang apabila dia berpindah dari satu istana ke istana yang lain, engkau akan berkata:
“Ini adalah matahari yang berputar pada orbitnya.”
Apabila isterinya (perempuan Syurga) muncul (di hadapan suaminya), maka alangkah indah kemunculannya. Apabila dia memeluk suaminya, alangkah nikmat dekapan dan pelukannya.
Ucapannya bagaikan sihir, andai sihirnya
Tidak digunakan untuk membunuh Muslim yang terjaga
Ketika berbicara tidak membosankan, meskipun lama
Bahkan lawan bicaranya ingin agar dia tidak meringkaskan ucapannya…
Apabila bidadari itu bernyanyi, alangkah asyiknya penglihatan dan pendengaran dalam mendengarnya. Apabila dia menghibur dan bermanja-manja, alangkah indahnya hiburan dan kemanjaan yang dihidangkannya. Apabila dia mencium, tidak ada suatu pun yang lebih diingini (suaminya) dari ciuman itu. Apabila dia menghidangkan sesuatu, (suaminya akan merasa) tidak ada yang lebih enak dan lebih baik darinya.”[91]
Oleh kerana itu, sudah seharusnya bagi orang yang mendengar sifat-sifat yang mulia ini untuk berusaha dan bersungguh-sungguh mendapatkannya, serta tidak berhenti mencarinya. Dan perlu diketahui bahawa orang yang dapat memilih para bidadari adalah dia yang mampu menahan amarah; sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللَّهُ عَلَى رُؤوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي أَيِّ الْحُورِ شَاءَ
“Siapa saja yang dapat menahan amarahnya dalam keadaan dia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari Kiamat sampai dia diberi peluang untuk memilih bidadari manapun yang diinginkannya.”[92]
Kita memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar Dia memberikan taufiq kepada kita dan memuliakan kita dengan kurniaan-Nya, kedermawanan-Nya, dan kebaikan-Nya. Kita juga memohon, semoga kita tidak dihalangi dari para bidadari tersebut di Syurga-Syurga yang dipenuhi kenikmatan.
[1] Lihat Lisaan Al-‘Arab, 4/219.
[2] Lihat Mu’jam Muqaayis Al-Lughah, 2/1150. Ash-Shihaah, 2/639.
[3] Lihat Haadi Al-Arwaah, m/s. 259.
[4] Lihat Lisaan Al-‘Arab, 3/302.
[5] Lihat Haadi Al-Arwaah, m/s. 259.
[6] Lihat Mu’jam Muqaayis Al-Lughah, 2/1150. Ash-Shihaah, 2/639.
[7] Lihat Lisaan Al-‘Arab, 4/219.
[8] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 258.
[9] Lihat Fat-hul Baari, 6/367.
[10] Shahiihul Bukhari, Kitab “Al-Anbiyaa’, Bab Khalq Adam wa Dzurriyyathihi, 4/102. Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shiifat Na’iimihaa wa Ahlihaa, Bab Awwalu Zamrah Tadkhuluj Jannah ‘alaa Shuuratil Qamar Lailatal Badr wa Shifatuhum wa Azwaajuhum, 4/2179. Sunan Ibni Majah, Kitab Az-Zuhd, Bab Shifatul Jannah, 2/1449.
[11] Shahiih Muslim, Kitab Al-Iimaan, Bab Adnaa Ahlil Jannah Manzilatan fiihaa, 1/175.
[12] Sunan At-Tirmidzi, Kitab Al-Jihaad, 3/106. Al-Albani rahimahullah mensahihkannya dalam di Misykaatul Mashaabiih, 2/358. Hadis semakna juga disebutkan dalam Sunan Ibni Majah, kitab Al-Jihaad, Bab Fadhlisy Syahaadah fi Sabilillah, 2/935. Al-Albani rahimahullah mensahihkannya dalam Shahih Sunan Ibni Majah, 2/129.
[13] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/15/136.
[14] Lihat Ruuhul Ma’aani, 9/27/136.
[15] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/17/24.
[16] Lihat Al-Hujah fil Qiraa-aat as-Sah’an, hlm. 340. Hujatul Qiraa-aat karya Ibnu Zanjalah, hlm. 695. Al-Kasyf ‘an Wujuubil Qiraa-aat As-Sab’, 2/304.
[17] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/27/177.
[18] Lihat Jaami’ul Bayaan, 12/23/56, 12/23/174, 12/27/150. Haadil Arwaah, hlm. 261.
[19] Lihat Tafsiirul Kabiir, 29/129.
[20] Di samping rujukan-rujukan sebelumnya, lihat juga Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 7/2 dan 7/479.
[21] Lihat Ruuhul Ma’aani, 23/89.
[22] Lihat Taisiirul Kariim ar-Rahman fii Tafsir Kalaamil Mannaan, 6/378.
[23] Lihat Ruuhul Ma’aani, 23/89. Taisiirul Kariim ar-Rahman fii Tafsir Kalaamil Mannaan, 6/378.
[24] Lihat Taisiirul Kariim ar-Rahman fii Tafsir Kalaamil Mannaan, 6/378.
[25] Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shifah Na’iiimihaa wa Ahlihaa, Bab Fii suuqil Jannah wa Yanaaluuna fiihi minan Na’iim wal Jamaal, 4/2178.
[26] Shahih Muslim, Kitab Al-Iiman, Bab Adnaa Ahlil Jannah Manzilatan fiihaa, 1/175.
[27] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 264.
[28] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/27/160.
[29] Lihat Al-Jaami’ li Ahkamiil Qur-aan, 9/17/189.
[30] Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shifah Na’iiimihaa wa Ahlihaa, Bab Fii Shifatil Khiyaam wa Maa lil Muminin fiihaa minal Ahliin, 4/2182. Hadis semakna terdapat dalam Sunanut Tirmidzi, Abwaab Shifatil Jannah, Bab Maa Jaa-a fii Shifah Ghurafil Jannah, 4/81.
[31] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 263.
[32] Lihat Lisaanul ‘Arab, hlm. 231.
[33] Lihat Jaami’ul Bayaan, 12/23/174 dan 15/30/18. Ma’alimat Tanziil, 5/30/512. Zaadul Masiir, 7/148. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 7/68 dan 8/332.
[34] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 261.
[35] Lihat Ma’alimat Tanziil, 4/23/612. Taisiirul Kariim ar-Rahman fii Tafsir Kalaamil Mannaan, 7/555.
[36] Musnadul Imaam Ahmad, 2/295: dan pen-tahqiqnya menyatakan bahawa sanadnya sahih, 15/74. Di Majma’uz Zawa-id, Al-Haitsami menyandarkan riwayat ini kepada Ath-Thabrani dalam Ash-Shaghir dan Al-Ausath, lalu beliau mengatakan: “Sanadnya hasan.” (5/10/399).
[37] Sunanut Tirmidzi, Kitab Shifatul Jannah, Bab Maa Jaa-a fii Sinn Ahlil Jannah, 4/88. Ath-Tirmidzi mengatakan: “Hadis ini gharib, kerana sebahagian dari sahabat-sahabat Qatadah meriwayatkan hadis ini darinya secara mursal dan mereka tidak menyandarkannya kepada Qatadah.” Al-Albani rahimahullah menghasankannya dalam Shahih Sunanut Tirmidzi, 2/34). Al-Haitsami juga menyebutkan dalam Majma’uz Zawa-id, 10/398.
[38] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/27/160.
[39] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 264.
[40] Shahiihul Bukhari, 4/85.
[41] Lihat Jaami’ul Bayaan, 15/30/18. Ma’alimat Tanziil, 5/30/512. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 8/332. Taisiirul Kariim ar-Rahman fii Tafsir Kalaamil Mannaan, 7/555.
[42] Lihat Jaami’ul Bayaan, 15/27/186. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 8/9.
[43] Lihat Ma’alimat Tanziil, 5/27/292.
[44] Lihat dalam Surah Al-Waaqi’ah dari ayat 15-18.
[45] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 266.
[46] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/27/151. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 7/479.
[47] Lihat Jaami’ul Bayaan, 13/30/186-188. Ma’alimat Tanziil, 5/27/293.
[48] Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 8/9.
[49] Shahiihul Bukhari, 4/85.
[50] Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shifah Na’iiimihaa wa Ahlihaa, Bab Fii Suuqil Jannah wa Ma Yanaaluuna fiihi minan Na’iim wal Jamaal, 4/2178.
[51] Shahiih Muslim, Kitab Al-Iimaan, Bab Adnaa Ahlil Jannah Manzilatan fiihaa, 1/175.
[52] Lihat At-Tafsiirul Kabiir, 7/200.
[53] Lihat Lisaanul ‘Arab, 4/292. Al-Qaamuusul Muhith, 1/199. Tafsiiruth Thabari, 1/395. Al- Muharrarul Wajiiz, 1/150.
[54] Lihat Ma’alimat Tanziil, 1/1/55. Ruuhul Ma’aani, 1/204.
[55] Lihat Tafsiiruth Thabari, 1/395-396. Haadil Arwaah, hlm. 258. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 1/91.
[56] Lihat Tafsiiruth Thabari, 1/395.
[57] Lihat Az-Zuhd, karya Hannad (1/60). Tafsiiruth Thabari, 1/395. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhiim, 1/91.
[58] Shahihul Bukhari, Kitab Al-Anbiyaa’, Bab Khalq Adam wa Dzurriyyahtu, 4/102. Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shifah Na’iimihaa wa Ahlihaa, Bab Awwal Zumrah Tadkhulul Jannah, 4/2179.
[59] Lihat Al-Kasysyaaf, 1/262. At-Tafsiirul Kabiir, 7/200.
[60] Zaadul Masiir, 1/53.
[61] Tafsiirul Manaar, 1/233.
[62] Lihat Al-Kasysyaaf, 1/262. At-Tafsiirul Kabiir, 7/130.
[63] Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shifah Na’iiimihaa wa Ahlihaa, Bab Awwal Zumrah Tadkhulul Jannah, 4/2179.
[64] Lihat Ruuhul Ma’aani, 1/205.
[65] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 258.
[66] Lihat Jaamu’ul Bayan, 12/23/57. Tafsiirul Mawardi, 2/413. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhim, 7/12.
[67] Lihat Jaamu’ul Bayan, 13/27/152. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhim, 7/479.
[68] Shahihul Bukhari, Kitab Bad-ul Khalq, Bab Maa Jaa-a fii Shifatil Jannah, 4/88.
[69] Shahihul Bukhari, Kitab Bad-ul Khalq, Bab Maa Jaa-a fii Shifatil Jannah, 4/86. Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah wa Shiifat Na’iimihaa wa Ahlihaa, Bab Awwalu Zamrah Tadkhuluj Jannah ‘alaa Shuuratil Qamar Lailatal Badr wa Shifatuhum wa Azwaajuhum, 4/2179.
[70] Shahihul Bukhari, Kitab Bad-ul Khalq, Bab Maa Jaa-a fii Shifatil Jannah, 4/86. Shahih Muslim, Kitab Al-Jannah, Bab Fii Shifaatil Jannah wa Ahliihaa, 4/2180. dan Sunanut Tirmidzi, Abwaab Shifatil Jannah, Bab Fii Shifah Ahlil Jannah, 4/85.
[71] Sunanut Tirmidzi, Abwaab Shifatil Jannah, Bab Maa Jaa-a fii Shifah Nisaa’ Ahlil Jannah, 4/84.
[72] Al-Musnad, 3/75. Hadis semakna diriwayatkan juga dalam kitab Al-Mustadrak, dan Al-Hakim mengatakan sanadnya sahih, namun Al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya, 2/475. Al-Haitsami menyandarkan hadis ini dalam Majmu’uz Zawaa’id kepada Ahmad dan Abu Ya’la, dan beliau menilai hasan sanad-sanad keduanya, 10/419.
[73] Lihat Jaamu’ul Bayan, 13/27/152.
[74] Lihat Az-Zuhd karya Hannad, 1/54. Jaamu’ul Bayan, 13/27/152. Al-Alusi menyandarkan kepada ‘Abd bin Humaid, Ath-Thabrani, dan Al-Baihaqi dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dengan redaksi yang seumpama, serta lihat Ruuhul Ma’aani, 9/27/120.
[75] Lihat Jaamu’ul Bayan, 10/27/153. Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhim, 7/480.
[76] Lihat Jaamu’ul Bayan, 13/27/177.
[77] Lihat Zaadul Masiir, 7/137.
[78] Lihat Tafsiirul Qur-aan al-‘Azhim, 7/499.
[79] Lihat Al-Jaami’ li Ahkaamil Qur-aan, 9/17/295.
[80] Shahiihul Bukhari, Kitab Al-Jihaad, Bab Al-Huurul ‘Iin wa Shifatuhunna, 3/203. Hadis seumpama terdapat di Kitab Ar-Riqaaq, Bab Shifatul Hannah wan Naar, 7/207. Hadis senada juga diriwayatkan dalam Sunanut Tirmidzi, Kitab Al-Jihaad, Bab Fil-Ghuduwwi wal Rawaab fii Sabiilillah, 3/100.
[81] Lihat Tahziibul Asmaa’ wal Lughaat karya an-Nawawi, 3/61.
[82] Lihat Lisaanul ‘Arab, 4/158.
[83] Lihat Jaamu’ul Bayan, 11/21/28. Tafsiirul Mawardi, 3/259 dan 543.
[84] Al-Haitsami menyandarkan riwayat ini dalam Majmu’at Zawaa-id kepada Ath-Thabrani dalam Al-Ash-Shaghiir dan Al-Ausath; beliau mengatakan sanad-sanadnya sahih, 10/419. Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Sahih.” Lihat Shahiihul Jaami’, 2/48, no. 15570.
[85] Al-Haitsami menyandarkan riwayat ini dalam Majmu’at Zawaa-id kepada Ath-Thabrani, dan beliau mengatakan bahawa para perawinya tsiqah, 10/419. Al-Albani rahimahullah mensahihkannya dalam Shahiihul Jaami’. Hanya cuma di dalamnya disebutkan redaksi yang lain, yakni khubbi’naa sebagai ganti dari hudiinaa, 2/58.
[86] Al-Musnad, 5/242. Sunanut Tirmidzi, Kitab Ar-Radhaa’, Bab ke-19, 2/32. Sunan Ibnu Majah, Kitab An-Nikaah, Bab Fii Mar-ah Tu’dzii Zaujahaa, 1/649. Al-Albani rahimahullah mensahihkan hadis tersebut dalam Aadaabuz Zifaaf, hlm. 178. Shahiihul Jaami’, 6/125. Silsilatul Ahaadits ash-Shahiihah, hlm. 284. Shahiih Sunanut Tirmidzi, 1/343. Shahiih Sunan Ibnu Majah, 1/340.
[87] Beliau adalah Muhammad Rasyid ‘Ali Ridha Al-Qalmuni, berasal dari Baghdad, dilahirkan pada 27 Jumadil Ula 1282H di Syam, dan beliau belajar di sana. Setelah itu, beliau pergi ke Mesir dan menjadi anak murid Muhammad ‘Abduh serta menerbitkan Majalah Al-Manaar. Beliau meninggal dunia pada 23 Jumadil Ula 1354H di Cairo. Lihat biografinya dalam Al-A’laam, 6/126. Mu’jamul Mu-allifiin, 5/9/310.
[88] Tafsiirul Manaar, 1/234.
[89] Shahiih Muslim, Kitab Al-Jannah, Bab Fii Shifah Khiyaamil Jannah wa Maa lil Mu’miniin fiihaa minal Ahliin, 4/2182. Hadis seumpama juga tercantum di Sunanut Tirmidzi, Bab Abwaab Shifatil Jannah, Bab Maa Jaa-a fii Shifah Ghurafil Jannah, 4/81.
[90] Sunanut Tirmidzi, Abwaab Shifatil Jannah, Bab Maa Jaa-a fii Shifah Jimaa’ Ahlil Jannah, 4/84. Al-Albani rahimahullah mengatakan dalam Al-Misykaat: “Sanadnya hasan, bahkan sahih.” 3/90. Dan, kitab Washfil Firdaus karya ‘Abdul Malik bin Habib As-Sulami Al-Qurthubi, hlm. 68.
[91] Lihat Haadil Arwaah, hlm. 322-324.
[92] Sunan Ibnu Majah, Kitab Az-Zuhd, Bab Al-Hilm, 2/1400. Al-Albani rahimahullah telah menghasankan hadis ini dalam Shahiih Sunan Ibnu Majah, 2/407.