Kaedah-kaedah Umum Dalam Memahami Sifat-sifat Allah

Asy-Syaikh ‘Alawiy bin ‘Abdul Qadir As-Saqqaaf
www.ilmusunnah.com

Kaedah Pertamakaedah-sifat-sifat-Allah-jpg

إثباتُ ما أثبته الله لنفسه في كتابه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم؛ من غير تحريف ولا تعطيل، ومن غير تكييف ولا تمثيل

“Menetapkan apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau apa-apa yang ditetapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bagi-Nya; tanpa tahrif (penyelewengan/pengubahan), tanpa ta’thil (pengingkaran), tanpa takyif (mempersoalkan bagaimana) dan tanpa tamstil (mempermisalkan).”[1]

لأن الله أعلم بنفسه من غيره، ورسوله صلى الله عليه وسلم أعلم الخلق بربه.

Ini kerana, Allah adalah Yang Maha Mengetahui tentang diri-Nya sendiri dari yang lainnya, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah makhluk yang paling mengetahui tentang Rabb-nya.

Kaedah Kedua

نفيُ ما نفاه الله عن نفسه في كتابه، أو نفاه عنه رسوله صلى الله عليه وسلم، مع اعتقاد ثبوت كمال ضده لله تعالى

“Menafikan apa-apa yang dinafikan oleh Allah dari diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau yang dinafikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bagi-Nya, bersama-sama meyakini secara pasti kesempurnaan yang sebaliknya (dari apa yang dinafikan) bagi Allah Ta’ala.”[2]

لأن الله أعلم بنفسه من خلقه، ورسوله أعلم الناس بربه؛ فنفي الموت عنه يتضمن كمال حياته، ونفي الظلم يتضمن كمال عدله، ونفي النوم يتضمن كمال قيُّوميَّته.

Alasannya adalah kerana Allah Maha Mengetahui akan diri-Nya sendiri berbanding ciptaan-Nya tentang diri-Nya, dan Rasul-Nya adalah manusia yang paling mengetahui tentang Rabb-nya. Maka (sebagai contoh), penafian “mati” (al-maut) dari-Nya mengandungi makna “kesempurnaan hidup”-Nya, penafian “zalim” (al-zhulm) mengandung makna “kesempurnaan adil”-Nya, dan penafian “tidur” (al-naum) mengandung makna “kesempurnaan dalam pengawasan”-Nya.

Kaedah Ketiga

صفات الله عَزَّ وجَلَّ توقيفية؛ فلا يُثبت منها إلا ما أثبته الله لنفسه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم، ولا يُنفى عن الله عَزَّ وجَلَّ إلا ما نفاه عن نفسه، أو نفاه عنه رسوله صلى الله عليه وسلم

“Sifat Allah ‘Azza wa Jalla adalah Tauqifiyah (telah ditetapkan oleh Allah); maka tidak ada (sifat) yang ditetapkan bagi-Nya kecuali apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri, atau yang ditetapkan bagi-Nya oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak pula dinafikan dari Allah ‘Azza wa Jalla kecuali apa-apa yang telah dinafikan oleh Allah bagi diri-Nya atau apa-apa yang dinafikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bagi-Nya”[3]

لأنه لا أحد أعلم بالله من نفسه تعالى، ولا مخلوقٌ أعلم بخالقه من رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah dari diri Allah Ta’ala sendiri dan tidak ada satu makhluk pun yang lebih mengetahui tentang Penciptanya berbanding Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Kaedah Keempat

التوقف في الألفاظ المجملة التي لم يرد إثباتها ولا نفيها، أما معناها؛ فَيُسْتفصل عنه، فإن أريد به باطل يُنَزَّه الله عنه؛ رُدَّ، وإن أريد به حق لا يمتنع على الله؛ قُبِلَ، مع بيان ما يدلُّ على المعنى الصواب من الألفاظ الشرعية، والدعوة إلى استعماله مكان هذا اللفظ المجمل الحادث

“Berhenti pada lafaz-lafaz yang mujmal yang tidak menetapkan pengitsbatannya dan tidak pula penafiannya. Adapun maknanya adalah: Memberikan penjelasan mengenainya, jika yang dimaksudkan dengannya adalah kebathilan maka Allah disucikan darinya; atau ditolak, dan jika yang dimaksudkan dengannya adalah kebenaran maka tidak ada larangan bagi Allah; ia diterima, bersama-sama dengan penjelasan yang menunjukkan pada makna yang benar dari lafaz-lafaz yang syar’i dan ajakan untuk mengamalkannya bersesuaian dengan kedudukan kata yang mujmal tersebut.”[4]

مثاله: لفظة (الجهة): نتوقف في إثباتها ونفيها، ونسأل قائلها: ماذا تعني بالجهة؟ فإن قال: أعني أنه في مكان يحويه. قلنا: هذا معنى باطل يُنَزَّه الله عنه، ورددناه. وإن قال: أعني جهة العلو المطلق؛ قُلْنا: هذا حق لا يمتنع على الله. وقبلنا منه المعنى، وقلنا له: لكن الأولى أن تقول: هو في السماء، أو في العلو؛ كما وردت به الأدلة الصحيحة، وأما لفظة (جهة)؛ فهي مجملة حادثة، الأولى تركها.

Sebagai contohnya: Lafaz  “arah” (al-Jihah): Kami tawaqquf (berhenti) dari meng-itsbatkannya (menetapkannya) sebagai sifat dan tidak pula menafikannya. Kami bertanya kepada yang mengatakannya:

“Apa yang dimaksud dengan “arah”?”

Jika dia berkata: “Yang saya maksudkan dengan “arah” adalah bahawa Dia berada di suatu tempat yang Dia meliputinya (berhimpun bersama dengannya).”

Maka kami katakan: Makna ini adalah bathil, Maha suci Allah darinya, dan kami menolaknya. Jika dia mengatakan:

“Yang saya maksudkan dengan “arah” adalah ketinggian secara muthlaq…”

Maka kami mengatakan: “Ini adalah benar, yang tidak terlarang bagi bagi Allah, dan kami menerimanya, dan kami mengatakan: Tetapi lebih utama bagi anda untuk mengatakan: “Dia berada di atas langit, atau tinggi melangkaui (langit).” sebagaimana yang warid dari dalil-dalil yang sahih. Adapun lafaz “arah” adalah lafaz yang mujmal perkhabarannya, lebih baik ditinggalkan.

Kaedah Kelima

كل صفة ثبتت بالنقل الصحيح؛ وافقت العقل الصريح، ولابد

“Setiap sifat ditetapkan dengan dalil naqli yang sahih (benar), dan akal tunduk menerimanya, tidak ada cara lain.”[5]

Kaedah Keenam

قطع الطمع عن إدراك حقيقة الكيفية))(6)؛ لقوله تعالى: { وَلا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا } .

“Tidak mengupas dengan terlalu merinci untuk mengetahui kaifiyyah (hakikat kebagaimanaannya);[6] kerana Alla Ta’ala telah berfirman:

“Sedang ilmu mereka tidak melangkaui ilmu-Nya.” (Surah Thaha, 20: 110).”

Kaedah Ketujuh

صفات الله عَزَّ وجَلَّ تُثبت على وجه التفصيل، وتنفى على وجه الإجمال

“Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla ditetapkan secara terperinci (dan khas), dan dinafikan secara ijmal (umum).”[7]

فالإثبات المفصل؛ كإثبات السمع والبصر وسائر الصفات، والنفي المجمل كنفي المثلية في قوله تعالى: { ليسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ }

Peng-itsbatan yang terperinci (dan khas) adalah seperti peng-itsbatan sifat mendengar, melihat dan seluruh sifat-sifat Allah, manakala penafian yang mujmal adalah seperti menafikan penyerupaan sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia.” (Surah Al-Syura, 42: 11).”

Kaedah Kedelapan

كل اسم ثبت لله عَزَّ وجَلَّ ؛ فهو متضمن لصفة، ولا عكس

“Setiap nama yang ditetapkan bagi Allah ‘Azza wa Jalla; maka nama itu mengandungi sifat, manakala sebaliknya tidak (yakni sifat yang ditetapkan bagi Allah tidak semestinya merupakan nama).”[8]

مثاله: اسم الرحمن متضمن صفة الرحمة، والكريم يتضمن صفة الكرم، واللطيف يتضمن صفة اللطف  … وهكذا، لكن صفاته: الإرادة، والإتيان، والاستواء، لا نشتق منها أسماء، فنقول: المريد، والآتي، والمستوي … وهكذا

Sebagai contoh: Nama Allah Ar-Rahman (Maha Pengasih) mengandungi sifat “rahmat dan kasih sayang yang Maha luas”, sifat Al-Kariim (Maha Mulia) mengandungi sifat “mulia”, sifat Al-Lathiif (Maha Lembut) mengandungi sifat “lembut”… dan seterusnya. Tetapi sifat-sifat-Nya: (seperti) Al-Iradah (kehendak), Al-Ityaan (datang), dan Al-Istiwaa’; kita tidak mengambil dari sifat-sifat tersebut sebagai nama-nama, lalu kita mengatakan:

“Yang Maha Berkehendak, datang dan yang ber-istiwaa’..”… dan seterusnya.

Kaedah Kesembilan

صفات الله تعالى كلها صفات كمال، لا نقص فيها بوجهٍ من الوجوه

“Sifat-Sifat Allah Ta’ala seluruhnya adalah sifat-sifat yang kamaal (maha sempurna), tidak ada kekurangan padanya dari sisi apa pun.”[9]

Kaedah Kesepuluh

صفات الله عَزَّ وجَلَّ ذاتِيَّة وفعليَّة، والصفات الفعليَّة متعلقة بأفعاله، وأفعاله لا منتهى لها))(10) ، { وَيَفْعَلُ اللهُ مَا يَشَاءُ }

“Sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla adalah dzatiyyah (berupa dzat) dan fi’liyyah (berupa perbuatan). Sifat-sifat fi’liyyah adalah sifat-sifat berkait dengan perbuatan-perbuatan-Nya dan perbuatan-perbuatan Allah tidak ada batasnya.”[10] “Dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.”

Kaedah Kesebelas

دلالة الكتاب والسنة على ثبوت الصفة: إما التصريح بها، أو تضمن الاسم لها، أو التصريح بفعلٍ أو وصفٍ دالٍّ عليها

“Al-Qur’an dan As-Sunnah menunjukkan pada penetapan sifat: sama ada secara secara sharih (jelas), atau dengan nama yang mengandungi sifat-Nya, atau menjelaskan dengan perbuatan atau keadaan yang menunjukkan sifat-Nya.”[11]

مثال الأول: الرحمة، والعزة، والقوة، والوجه، واليدين، والأصابع  … ونحو ذلك.

مثال الثاني: البصير متضمن صفة البصر، والسميع متضمن صفة السمع .. ونحو ذلك.

مثال الثالث: { الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى }: دالٌّ على الاستواء، { إِنَّا مِنْ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ }: دالٌّ على الانتقام  … ونحو ذلك.

Contoh yang pertama: Ar-Rahmah (Kasih sayang), Al-‘Izzah (kemuliaan), Al-Quwwah (kekuatan), Al-Wajh (wajah atau dzat), Al-Yadiin (dua tangan), Al-Ashaabi’ (jari-jemari)… dan seterusnya.

Contoh yang kedua: Al-Bashiir (Maha Melihat) mengandungi sifat melihat, As-Samii’ (Maha Mendengar) mengandung sifat mendengar… dan seterusnya.

Contoh ketiga: “Ar-Rahman (Rabb Yang Maha Pemurah) ber-istiwaa’ di atas ‘Arsy.” (Surah Thaha, 20: 5); Ini menunjukkan sifat istiwaa’. (Firman Allah): “Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan bagi orang-orang yang berdosa.” (Surah As-Sajdah , 22: 22); Ini menunjukkan sifat pembalasan dan… demikianlah seterusnya.

Kaedah Kedua Belas

صفات الله عَزَّ وجَلَّ يستعاذ بها ويُحلف بها

“Sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla dapat digunakan (dalam berdoa) untuk memohon perlindungan dan mengucapkan sumpah dengannya.” [12]

ومنها قوله صلى الله عليه وسلم : ((أعوذ برضاك من سخطك، وبمعافاتك من عقوبتك..)). رواه مسلم (486) ، ولذلك بوب البخاري في كتاب الأيمان والنذور : ((باب : الحلف بعزة الله وصفاته وكلماته

Di antaranya adalah sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Aku berlindung dengan redha-Mu dari kemarahan-Mu, dan dengan ampuan-Mu dari siksa-Mu…” Diriwayatkan oleh Muslim, no. 482.

Dan dari yang demikian, Al-Imam Al-Bukhari menyusun satu bab di kitab (perbahasan) tentang “Al-Aiman wa An-Nudzur, Bab: Al-Hilf bi ‘Izzatillaah wa Shifatihi wa Kalimatihi.” (Kitab Sumpah dan Nadzar, Bab: Sumpah dengan kemuliaan, sifat-sifat, dan kalimat-kalimat Allah).”

Kaedah Ketiga belas

الكلام في الصفات كالكلام في الذات

“Perbahasan tentang sifat-sifat Allah seperti perbahasan berkaitan Dzat Allah.”[13]

فكما أن ذاته حقيقية لا تشبه الذوات؛ فهي متصفة بصفات حقيقية لا تشبه الصفات، وكما أن إثبات الذات إثبات وجود لا إثبات كيفية، كذلك إثبات الصفات.

Sebagaimana Dzat Allah adalah haqiqiyyah (yang sebenarnya) dan bukan menyerupai dzat-dzat, maka dzat tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang hakiki yang tidak menyerupai sifat-sifat. Dan demikian pula halnya, bahawa penetapan dzat adalah penetapan wujud, bukan penetapan kaifiyyah, maka demikian pula dengan sifat-sifat.

Kaedah Keempat belas

القول في بعض الصفات كالقول في البعض الآخر

“Pendapat tentang sebahagian dari sifat-sifat Allah seperti pendapat tentang sebahagian dari sifat-sifat yang lain.”[14]

فمن أقر بصفات الله؛ كالسمع، والبصر، والإرادة، يلزمه أن يقر بمحبة الله، ورضاه، وغضبه، وكراهيته.

Maka, siapa yang mengakui sifat-sifat Alah seperti sama’ (mendengar), bashar (melihat) dan iradah (berkehendak), maka dalam masa sama dia wajib juga mengakui mahabbatullah (kecintaan Allah), keredhaan-Nya, marah-Nya dan benci-Nya.

يقول شيخ الإسلام ابن تيمية: ((ومن فرق بين صفة وصفة، مع تساويهما في أسباب الحقيقة والمجاز؛ كان متناقضاً في قوله، متهافتاً في مذهبه، مشابهاً لمن آمن ببعض الكتاب وكفر ببعض

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Orang yang membeza-bezakan antara satu sifat dengan sifat yang lain, sedangkan keduanya sama saja dalam hal sebab-sebab haqiqiyyah-nya dan yang majaz (yang bukan hakikat sebenarnya), maka orang tersebut telah tanaqudh (bertentangan) dengan perkataannya, berbeza dengan mazhabnya, dan menyerupai orang-orang yang mempercayai sebahagian Al-Kitab tetapi mengingkari sebahagian yang lain dari Al-kitab.”

Kaedah Kelima Belas

ما أضيف إلى الله مما هو غير بائنٍ عنه؛ فهو صفة له غير مخلوقة، وكلُّ شيء أضيف إلى الله بائن عنه؛ فهو مخلوق؛ فليس كل ما أضيف إلى الله يستلزم أن يكون صفةً له

“Apa-apa yang ditambahkan kepada Allah yang tidak dapat dilepaskan dari-Nya, maka hal itu adalah sifat bagi-Nya yang bukan merupakan makhluk, sedangkan segala sesuatu yang ditambah kepada-Nya yang terlepas dari-Nya, maka ianya adalah makhluk. Maka tidaklah setiap apa-apa yang ditambahkan kepada Allah melazimi sifat bagi-Nya.”[15]

مثال الأول: سمعُ الله، وبصرُ الله، ورضاه، وسخطُه …

ومثال الثاني: بيت الله، وناقة الله …

Contoh yang pertama: Pendengaran Allah, penglihatan Allah, redha-Nya, dan marah-Nya…

Contoh yang kedua: Baitullaah (Rumah Allah), Naaqatullaah (unta Allah)…

Kaedah Keenam Belas

صفات الله عَزَّ وجَلَّ وسائر مسائل الاعتقاد تثبت بما ثبت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإن كان حديثاً واحداً، وإن كان آحاداً

“Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla dan seluruh perkara yang berkaitan i’tiqad ditetapkan berdasarkan apa yang telah ditetapkan dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam, meskipun hanya dengan satu hadis, walaupun ia merupakan hadis ahad.”[16]

Kaedah Ketujuh Belas

معاني صفات الله عَزَّ وجَلَّ الثابتة بالكتاب أو السنة معلومة، وتُفسر على الحقيقة، لا مجاز ولا استعارة فيها البتة، أمَّا الكيفية؛ فمجهولة

“Makna sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla yang telah tsabit berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah maklum (diketahui) dan ditafsirkan secara hakikat, tidak ada majaz dan tidak pula kiasan sama sekali padanya, adapun kaifiyyahnya (bagaimana keadaannya) tidaklah diketahui.”[17]

Kaedah Kedelapan Belas

ما جاء في الكتاب أو السنة، وجب على كل مؤمن القول بموجبه والإيمان به، وإن لم يفهم معناه

“Apa-apa (sifat) yang terkandung di dalam Al-Qur’an atau As-Sunnah yang sahih, ianya wajib untuk diimani oleh setiap mu’min, meskipun dia belum memahami maknanya.”[18]

Kaedah Kesembilan Belas

باب الأخبار أوسع من باب الصفات، وما يطلق عليه من الأخبار؛ لا يجب أن يكون توقيفياً؛ كالقديم، والشيء، والموجود …

“Bab mengenai berita (perkhabaran) lebih luas berbanding bab sifat-sifat, dan berita-berita yang ditujukan kepada-Nya tidak semestinya berupa penetapan secara tauqif; seperti qadim (tidak bermula), sya’i (sesuatu), maujud (ada)…”[19]

Kaedah Kedua Puluh

صفات الله عَزَّ وجَلَّ لا يقاس عليها

“Sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla tidak boleh diqiyaskan.”[20]

فلا يقاس السخاءُ على الجود، ولا الجَلَدُ على القوة، ولا الاستطاعةُ

على القدرة، ولا الرقة على الرحمة والرأفة، ولا المعرفة على العلم … وهكذا؛ لأن صفات الله عَزَّ وجَلَّ لا يتجاوز فيها التوقيف؛ كما مر في القاعدة الثالثة.

Jadi, tidak boleh diqiyaskan bagi “Al-Sakha” (keramahan) dengan “Al-Jud” (kebaikan), “Al-Jalad” (keteguhan) dengan “Al-Quwwah” (kuat), demikian pula “Al-Istithaa’ah” (kemampuan) tidak boleh diqiyaskan dengan “Al-Qudrah” (kehendak dan kemampuan), “Al-Riqqah” (lembut) dengan “Ar-Rahmah” (keluasan kasih-sayang), tidak juga “Al-Ma’rifah” (pengetahuan) dengan “Al-‘Ilm” (ilmu)… dan demikianlah seterusnya; kerana penetapan sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla, tidak melampauinya; sebagaimana telah dikemukakan pada Kaedah ketiga.

Kaedah Kedua Puluh Satu

صفات الله عَزَّ وجَلَّ لا حصر لها؛ لأن كل اسم يتضمن صفة – كما مرَّ في القاعدة الثامنة – ، وأسماء الله لا حصر لها، فمنها ما استأثر الله به في علم الغيب عنده.

“Sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jallah tidak ada batasnya; kerana setiap nama mengandungi sifat – sebagaimana yang telah dikemukan pada kaedah ke lapan, bahawa nama-nama Allah tidak ada batasnya, di mana ada sebahagiannya yang tetap dirahsiakan oleh Allah dalam ilmu ghaib di sisi-Nya.”

Jenis-jenis Sifat[21]

يمكن تقسيم صفات الله عَزَّ وجَلَّ إلى ثلاثة أقسام:

أولاً: من حيث إثباتها ونفيها.

ثانياً: من حيث تعلقها بذات الله وأفعاله.

ثالثاً: من حيث ثبوتها وأدلتها.

وكل قسم من هذه الأقسام الثلاثة ينقسم إلى نوعين:

أولاً: من حيث إثباتها ونفيها:

Sifat-sifat Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi dapat dibagi menjadi tiga bahagian:[22]

Pertama: Dari segi penetapan dan penafiannya.

Kedua: Dari segi hubungannya dengan Dzat Allah atau perbuatan-Nya.

Ketiga: Dari segi penisbatannya dan dalil-dalilnya.

Setiap bahagian dari tiga ketegori ini dibahagi menjadi dua bentuk:

Pertama: Dari segi penetapan dan penafiannya

i, Sifat-sifat Tsubutiyah (Tetap)

وهي ما أثبته الله سبحانه وتعالى لنفسه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم؛ كالاستواء، والنُّزُول، والوجه، واليد … ونحو ذلك، وكلها صفات مدح وكمال، وهي أغلب الصفات المنصوص عليها في الكتاب والسنة، ويجب إثباتها.

Sifat-sifat yang tetap (shifat tsubutiyah) iaitu sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi diri-Nya atau yang telah di-itsbatkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bagi-Nya, seperti al-Istiwaa’, an-nuzul (turun), al-wajh (wajah), al-yad (tangan)… dan seumpamanya. Semuanya merupakan sifat-sifat terpuji dan sempurna, dan ia merupakan sifat-sifat yang lebih banyak disebutkan di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, sehingga wajib ditetapkan sebagai sifat.

ii, Sifat-Sifat Salbiyah (Negatif, yang dinafikan)

وهي ما نفاه الله عن نفسه، أو نفاه عنه رسوله صلى الله عليه وسلم، وكلها صفات نقص؛ كالموت، والسِّنة، والنوم، والظلم … وغالباً تأتي في الكتاب أو السنة مسبوقة بأداة نفي؛ مثل (لا) و (ما) و (ليس)، وهذه تُنفى عن الله عَزَّ وجَلَّ، ويُثبت ضدها من الكمال.

Sifat-sifat yang dinafikan (shifat salbiyah) adalah sifat-sifat yang ditiadakan oleh Allah dari diri-Nya dan ditiadakan pula oleh Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam bagi-Nya, semua sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat kekurangan, seperti mati, mengantuk, tidur, dan zalim… sebahagian besar telah disebutkan di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan didahului dengan kalimat negatif; seperti لا (tidak ada), ما (tidak), dan ليس (bukan); Ini semua bentuk peniadaan/penafian dari Allah ‘Azza wa Jalla, dan lawan dari sifat-sifat yang dinafikan tersebut adalah berupa peng-itsbatan kepada sifat yang sempurna.

Kedua: Dari Segi Hubungannya Dengan Dzat Allah dan perbuatan-Nya

i, Sifat-Sifat Dzatiyah (Personality Character)

وهي التي لم يزل ولا يزال الله متصفاً بها؛ كالعلم، والقدرة، والحياة، والسمع، والبصر، والوجه، واليدين … ونحو ذلك.

Sifat-sifat Dzatiyah adalah sifat-sifat yang tidak berpisah dari diri-Nya sebagaimana yang telah Dia sifatkan untuk diri-Nya; seperti sifat ilmu, kekuasaan, hidup, mendengar, melihat, wajah, tangan dan seterusnya.

ii, Sifat-Sifat Fi’liyah (Action Character)

وهي الصفات المتعلقة بمشيئة الله وقدرته، إن شاء فعلها، وإن شاء لم يفعلها؛ كالمجيء، والنُّزُول، والغضب، والفرح، والضحك … ونحو ذلك، وتسمى (الصفات الاختيارية).

Sifat-sifat Fi’liyah (perbuatan) adalah sifat-sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah dan kemampuan atau kekuasaan-Nya, jika Dia berkehendak maka Dia melakukannya, dan jika Dia tidak menghendakinya maka Dia tidak akan melakukannya; seperti datang, turun, marah, gembira, tertawa… dan seumpamanya. Sifat-sifat ini disebut juga sebagai sifat-sifat ikhtiyariyah (pilihan).

وأفعاله سبحانه وتعالى نوعان:

1- لازمة: كالاستواء، والنُّزُول، والإتيان … ونحو ذلك.

2- متعدية: كالخلق، والإعطاء … ونحو ذلك.

Perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala dibezakan menjadi dua macam:

1, Lazimah (dalam ertian tidak memerlukan objek/sasaran): seperti istiwaa’, turun, datang… dan seumpama dengannya.

2, Muta’addiyah: seperti mencipta, memberi… dan sejenisnya.

وأفعاله سبحانه وتعالى لا منتهى لها، { وَيَفْعَلُ اللهُ مَا يَشَاء }، وبالتالي صفات الله الفعليَّة لا حصر لها.

والصفات الفعليَّة من حيث قيامها بالذات تسمى صفات ذات، ومن حيث تعلقها بما ينشأ عنها من الأقوال والأفعال تسمى صفات أفعال، ومن أمثلة ذلك صفة الكلام؛ فكلام الله عَزَّ وجَلَّ باعتبار أصله ونوعه صفة ذات، وباعتبار آحاد الكلام وأفراده صفة فعل.

Perbuatan-perbuatan Allah tersebut tidak pernah ada habisnya, sebagaimana firman-Nya menyatakan:

“Dan Dia melakukan apa yang Dia kehendaki…”,

dan dari natijahnya adalah bahawa sifat-sifat Allah yang fi’liyyah pun tidak terbatas.

Sifat-sifat fi’liyyah jika ditinjau dari keberadaannya yang bersama-sama pada Dzat akan disebut sebagai sifat-sifat dzat, manakala dari segi keterkaitannya dengan apa yang lahir dari perkataan-Nya dan perbuatan-Nya disebut pula sebagai sifat-sifat perbuatan (af’al).

Sebagai contoh dari yang demikian adalah sifat al-kalam (berbicara); Maka kalam Allah ‘Azza wa Jalla dilihat dari sisi asalnya dan bentuknya adalah merupakan sifat dzat, tetapi jika diambil-kira pada kalam (berbicara) itu sendiri, maka kalam di sini merujuk sifat perbuatan.

Ketiga: Dari Segi Ketetapan dan Dalil-Dalilnya

i, Sifat-sifat Khabariyah (Informatif)

وهي الصفات التي لا سبيل إلى إثباتها إلا السمع والخبر عن الله أو عن رسوله صلى الله عليه وسلم، وتسمى (صفات سمعية أو نقلية)، وقد تكون ذاتِيَّة؛ كالوجه، واليدين، وقد تكون فعليَّة؛ كالفرح، والضحك.

Sifat-sifat khabariyah adalah sifat-sifat yang tidak ada jalan untuk menetapkannya kecuali melalui pendengaran dan pemberitaan dari Allah atau dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari kerana itu disebut pula sifat-sifat sam’iyyah atau naqliyah, dan adakalanya berupa dzatiyyah; seperti wajah dan dua tangan; dan ada pula yang berupa fi’liyyah seperti gembira dan tertawa.

ii, Sifat-Sifat Sam’iyyah ‘Aqliyah (Pendengaran Berdasarkan Akal)

وهي الصفات التي يشترك في إثباتها الدليل السمعي (النقلي) والدليل العقلي، وقد تكون ذاتِيَّة؛ كالحياة والعلم، والقدرة، وقد تكون فعليَّة؛ كالخلق، والإعطاء.

Sifat-Sifat Sam’iyahAqliyah adalah sifat-sifat yang peng-itsbatannya melibatkan dalil-dalil sam’i (naqli) bersama-sama dengan dalil-dalil ‘aqli. Sifat-sifat ini pun ada kalanya berupa dzatiyah; seperti hidup, ilmu, kekuasaan, dan ada pula yang berupa fi’liyah seperti mencipta dan memberi.

Wallaahu a’lam – sekian nukilan.

Sumber: Shifatullaahi ‘Azza wa Jalla Al-Waridatu fi Al-Kitabi wa As-Sunnah, m/s. 20-30 – Cet. 4, Ad-Durar As-Sunniyyah (Zhohran, 1432H).


 

[1] Aqidah As-Salaf wa Ashab Al-Hadits oleh Ash-Shabuni (h. 4). Majmu’ Al-Fatawa, (3/3, 4/182, 5/26, 6/38, 6/515).

[2] Al-‘Aqidah At-Tadmuriyyah oleh Ibnu Taimiyyah (h. 58). Al-Jawab Ash-Shahih li man Badlu Din Al-Masih oleh Ibnu Taimiyyah (3/139).

[3] Majmu’ Al-Fatawa (5/260).

[4] Al-Tadmuriyyah (h.65). Majmu’ Al-Fatawa (5/299, 6/36).

[5] Mukhtashar Ash-Shawa’iq Al-Mursalah (1/141 dan 235).

[6] Manhaj wa Dirasat li Ayat Al-Asma wa Ash-Shifat oleh Muhammad Al-Amin Al-Syanqithi (h. 26).

[7] Majmu’ Al-Fatawa (6/37 dan 515).

[8] Bada’iu Al-Fawa’id” (1/162) oleh Ibn Al-Qayyim. Al-Qawa’id Al-Mutsla fi Shifat Allah wa Asma’ Al-Husna (h. 30) oleh Ibnu Utsaimin.

[9] Majmu’ Al-Fatawa (5/206). Mukhtashar Ash-Shawa’iq Al-Mursalah (1/232). Bada’iu Al-Fawa’id (1/168).

[10] Al-Qawa’id Al-Mutsla (h.30).

[11] Al-Qawa’id Al-Mutsla (h. 38).

[12] Majmu’ Al-Fatawa (6/143, 6/229). lihat: Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi (1/185-187), dan harus dibezakan sebahagiannya di antara sumpah dengan sifat fi’iliyyah dan sifat dzatiyah di mana mereka (para salaf) mengatakan: Tidak boleh bersumpah dengan sifat-sifat fi’iliyyah.

[13] Al-Kalaam ‘ala Shifat oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (h. 20). Al-Hujjah fi Bayan Al-Mahajjah oleh Al-Ashbahani (1/174). At-Tadmuriyyah (h. 43). Majmu’ Al-Fatawa (5/330, 6/355).

[14] Al-Tadmuriyyah (h.31). Majmu’ Al-Fatawa (5/212).

[15] Al-Jawab Ash-Shahih li man Baddlu Din Al-Masih (3/145). Majmu’ Al-Fatawa (9/290). Majmu’ Fatawa wa Rasa’il Ibnu Utsaimin (1/166).

[16] Mukhtashar Ash-Shawa’iq Al-Mursalah (2/332 dan 433).

[17] At-Tadmuriyyah (h. 33-34). Majmu’ Al-Fatawa (5/36-42). dan Mukhtashar Ash-Shawa’iq Al-Mursalah (1/238, 2/106 dan seterusnya).

[18] At-Tadmuriyyah (h. 65). Majmu’ Al-Fatawa (5/298). Daqa’iq At-Tafsir (5/245).

[19] Bada’iu Al-Fawa’id oleh Ibn Al-Qayyim (1/162).

[20] Sya’n Ad-Du’a oleh Al-Khathabi (h. 111).

[21] Untuk hal tersebut sila rujuk: Majmu’ Al-Fatawa karya Ibnu Taimiyyah (6/217 dan 233). Daqa’iq At-Tafsir oleh Ibn Taimiyyah (5/225-237). Syarh Al-Harras lil Qashidah An-Nawawiyyah (2/109). Al-Qawa’id Al-Mutsla fi Shifat Allah wa Asma’ih Al-Husna oleh Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Utsaimin (h. 31-34).

[22] Pembahagian ini merupakan suatu yang baru, tidak dikenal oleh kalangan salaf terawal, tetapi ketika ulama kalam (yakni golongan yang terkesan dengan ilmu falsafah) mula membicarakan sifat-sifat Allah, mula menta’wilkannya dan membahagi-bahaginya menjadi beberapa bahagian berdasarkan apa yang diturunkan oleh Allah berdasarkan pengetahuan; seperti sifat-sifat nafsiyah, ma’nawiyah, dan lain-lain; maka patra ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah pun terpaksa melakukan pembahagian ini dan mengistilahkannya seperti itu.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest