Buku Poket Panduan Praktis Shalat Istikharah [No. 553]

Judul: Buku Poket Panduan Praktis Shalat Istikharah | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s. | Harga: RM3


Beristikharah kepada Allah adalah satu sarana yang sempurna untuk meraih kejayaan dalam setiap urusan bagi kaum yang beriman. Dengan izin Allah apabila seseorang memperbanyakkan istikharah, insyaAllah ia akan melihat hasil buahnya yang lumayan baik di dunia ataupun akhirat kerana bimbingan dan petunjuk dari Allah Ta’ala. Dengan istikharah, ia menggambarkan betapa kuatnya kebergantungan seseorang hamba kepada Rabb-nya, Allah ‘Azza wa Jalla. Dengan istikharah dan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala, seseorang hamba akan terhindar dari keputusan yang buruk dan kegagalan.
 
Buku kecil ini menjelaskan keutamaan solat sunnah istikharah memohon petunjuk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Penulis menjelaskan tatacara solat sunnah istikharah yang benar, hadis-hadis yang berkaitan dengannya, manfaat-manfaatnya, hukum melaksanakannya, beza di antara amalan istikharah yang benar dan menyimpang, bagaimana istikharah dapat dimantapkan, huraian tentang keterkaitan antara ikhtiar dan hasil, penjelasan tentang amal-amal yang mengiringi istikharah dan hasil istikharah, dan akhir sekali penjelasan tentang konsep tawakkal yang benar.
 
Semoga buku yang kecil ini mampu memberikan maklumat bernilai besar kepada para pembaca semua.
 
Buku kecil ini mampu memberi manfaat yang lebih besar lagi sekiranya ia dijadikan sebagai risalah umum, sebaran am, hadiah kepada masyarakat, dan sedekah jariyah.
 
Selain itu, bersesuaian dengan saiznya yang kecil dan bermaklumat, ia amat sesuai dan mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di pelbagai tempat dan ruang sebagai bahan bacaan, nota pelajaran, serta bimbingan ketika hendak beramal.
 
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest