Bolehkah Melibatkan Diri Dalam Pilihan Raya?

Nasihat dan Fatwa Syaikh al-Albani
Tentang Melibatkan Diri Dalam Pilihan Raya

www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Albani rahimahullah ketika ditanya oleh Parti FIS (Front Islamique du Salut) dari Algeria tentang keterlibatan mereka dengan pilihan raya;

Maka Syaikh Al-Albani memberikan jawaban berikut:

إنّ أسعد ما يكون المسلمون في بلادهم يوم ترفع راية ( لا إله إلا الله ) وأن يكون الحكم فيها بما أنزل الله، وإن مما لا شك فيه أن على المسلمين جميعا ـ كل حسب استطاعته ـ أن يسعوا إلى إقامة الدولة المسلمة التي تحكم بكتاب الله وسنة رسول الله وعلى منهج السلف الصالح، ومن المقطوع به عند كل باحث مسلم أن ذلك لا يمكن أن يتحقق إلا بالعلم النافع والعمل الصالح، وأول ذلك أن يقوم جماعة من العلماء بأمرين هامين جدا:

“Suasana paling membahagiakan kaum muslimin di negara mereka adalah ketika hari berkibarnya bendera Laa ilaaha illallaah dan hukum Allah dilaksanakan.  Sudah tentu setiap muslim berdasarkan kemampuan masing-masing wajib berjuang menegakkan negara Islam yang berlandaskan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya menurut manhaj Salafush Sholeh. Dan dari apa yang diputuskan di sisi setiap ahli ilmu bahawa perkara tersebut hanya dapat diwujudkan dengan ilmu yang bermanfaat (yang benar) dan amal yang soleh.

Sebagai langkah pertama, para ulama hendaklah melaksanakan dua perkata penting, iaitu:

الأول: تقديم العلم النافع إلى من حولهم من المسلمين، ولا سبيل إلى ذلك إلا بأن يقوموا بتصفية العلم الذي توارثوه مما دخل فيه من الشركيات والوثنيات حتى صار أكثرهم لا يعرفون معنى قولهم: (لا إله إلا الله)، وأن هذه الكلمة الطيبة تستلزم توحيد الله في عبادته تعالى وحده لا شريك له، فلا يستغاث إلا به، ولا يذبح ولا ينذر إلا له، وأن لا يعبدوه تعالى إلا بما شرع الله على لسان رسول الله، وأن هذا من مستلزمات قولهم: (محمد رسول الله)، وهذا يقتضيهم أن يُصَفُّوا كتب الفقه مما فيها من الآراء والاجتهادات المخالفة للسنة الصحيحة حتى تكون عبادتهم مقبولة، وذلك يستلزم تصفية السنة مما دخل فيها على مر الأيام من الأحاديث الضعيفة والموضوعة، كما يستلزم ذلك تصفية السلوك من الانحرافات الموجودة في الطرق الصوفية، والغلو في العبادة والزهد، إلى غير ذلك من الأمور التي تنافي العلم النافع.

“Pertama: Mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada kaum muslimin di sekitaranya. Tidak menyampaikan pada jalan tersebut melainkan dengan membersihkan ilmu yang mereka warisi dari para pendahulu yang telah tersusup padanya syirik dan ajaran pagan yang telah menjadikan kebanyakan umat Islam sekarang ini tidak lagi memahami makna kalimat laa ilaaha illallaah (dengan benar). Kalimat thayyibah ini memerintahkan wajibnya mengesakan Allah dalam beribadah hanya kepada-Nya semata tanpa sekutu bagi-Nya. Tidak meminta bantuan melainkan kepada-Nya, tidak menyembelih melainkan untuk-Nya, dan tidak bernadzar melainkan kerana-Nya. Dan menyembah-Nya hanya dengan tata cara yang telah disyari’atkan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya, itulah kandungan kalimat syahadah Muhammad Ar-Rasulullah.

Sebagai langkah merealisasikannya, para ulama wajib membersihkan kitab-kitab fiqih dari pendapat-pendapat dan ijtihad-ijtihad yang bertentangan dengan sunnah Nabi, supaya ibadah mereka diterima oleh Allah. Mereka juga wajib membersihkan sunnah Nabi dari hadis-hadis dha’if dan maudhu’ (palsu) yang semenjak dahulu telah disusupkan ke dalamnya.

Mereka juga wajib membersihkan tingkah-laku dan etika menyimpang yang terdapat dalam ajaran-ajaran tasawuf kesufian, contohnya seperti perbuatan berlebih-lebihan dalam ibadah, kezuhudan, dan masalah-masalah lain yang bertentangan dengan ilmu yang bermanfaat (ilmu yang benar).

والآخر: أن يُرَبُّوا أنفسهم وذويهم ومن حولهم من المسلمين على هذا العلم النافع، ويومئذ يكون علمهم نافعاً وعملهم صالحاً؛ كما قال تعالى:{فمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً}، وحينئذٍ إذا قامت جماعة من المسلمين على هذه التصفية والتربية الشرعية فسوف لا تجد فيهم من يختلط عليه الوسيلة الشركية بالوسيلة الشرعية؛ لأنهم يعلمون أن النبي قد جاء بشريعة كاملة بمقاصدها ووسائلها، ومن مقاصدها مثلا النهي عن التشبه بالكفار وتبني وسائلهم ونظمهم التي تتناسب مع تقاليدهم وعاداتهم، ومنها اختيار الحكام والنواب بطريقة الانتخابات، فإن هذه الوسيلة تتناسب مع كفرهم وجهلهم الذي لا يفرق بين الإيمان والكفر ولا بين الصالح والطالح ولا بين الذكر والأنثى؛ وربنا يقول:{أَفَنَجْعلُ المُسْلِمِينَ كَالمُجْرِمِينَ مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمون} ويقول:{ولَيْسَ الذَّكَرُ كَالأُنثَى}.

“Dan yang terakhir: Hendaklah mereka mendidik diri mereka sendiri, keluarga, dan kaum muslimin di sekitar mereka dengan ilmu yang bermanfaat (ilmu yang benar). Dengan demikian, ilmu mereka akan berguna dan amal-amal mereka akan menjadi amal-amal yang soleh, sebagaimana firman Allah (bermaksud):

“Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Rabb-nya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mensyirikkan Allah dalam ibadahnya dengan satu apapun.” (Surah al-Kahfi, 18: 110)

Bila ada segolongan kaum muslimin yang melaksanakan usaha tashfiyah dan tarbiyah yang disyari’atkan ini, nescaya tidak akan ada lagi di kalangan mereka orang-orang yang mencampur-adukkan antara amalan syirik dengan amal-amal yang syar’i. Kerana mereka memahami bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membawa syari’at yang sempurna, lengkap dengan petunjuk dan wasilah yang benar.

Di antara pedoman tersebut adalah larangan menyerupai orang-orang kafir, misalnya seperti mengambil kaedah dan sistem mereka yang sejalan dengan tradisi dan adat mereka. Contoh lainnya, memilih pemimpin dan para anggotanya melalui undi pungutan suara. Cara-cara seperti ini sejalan dengan kekufuran dan kejahilan mereka yang tidak lagi membezakan antara keimanan dan kekufuran, antara yang baik dan yang buruk, antara lelaki dan perempuan, sedangkan Allah telah berfirman (yang maksudnya):

“Adakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)? Mengapa kamu (berbuat demikian), bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (Surah Al-Qalam, 68: 35-36)

Dan Allah juga berfirman (maksudnya):

“Dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 36)

وكذلك يعلمون أن النبي إنما بدأ بإقامة الدولة المسلمة بالدعوة إلى التوحيد والتحذير من عبادة الطواغيت وتربية من يستجيب لدعوته على الأحكام الشرعيةحتى صاروا كالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى كما جاء في الحديث الصحيح، ولم يكن فيهم من يُصِرُّ على ارتكاب الموبقات والربا والزنا والسرقات إلا ما ندر.

“Demikian pula mereka mengetahui bahawa dalam usaha menegakkan daulah al-muslimah (negara Islam), beliau (Rasulullah) memulakan dakwahnya dengan dakwah tauhid dan memberi tahdzir (peringatan) terhadap mereka dari bentuk-bentuk penyembahan terhadap thaghut, serta membimbing mereka yang menerima dakwahnya di atas hukum-hukum yang syar’i, sehinggalah kaum muslimin merasa bagaikan satu tubuh yang satu. Bila salah satu anggota tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh turut merasakan demam dan tidak dapat tidur sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis sahih. Tiada lagi di tengah-tengah mereka orang-orang yang terus-menerus melakukan dosa besar, riba, zina, dan mencuri melainkan kes-kes terpencil.”

فمن كان يريد أن يقيم الدولة المسلمة حقا لا يُكتِّل الناس ولا يجمعهم على ما بينهم من خلاف فكري وتربوي كما هو شأن الأحزاب الإسلامية المعروفة اليوم، بل لا بد من توحيد أفكارهم ومفاهيمهم على الأصول الإسلامية الصحيحة: الكتاب والسنة وعلى منهج السلف الصالح كما تقدم، {ويَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ المُؤْمِنُون بِنَصْرِ الله}، فمن أعرض عن هذا المنهج في إقامة الدولة المسلمة وسلك سبيل الكفار في إقامة دولتهم فإنما هو ( كالمستجير بالرمضاء من النار )! وحسبه خطأ ـ إن لم أقل: إثماً ـ أنه خالف هديه ولم يتخذه أسوة والله يقول: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ في رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَاليَوْمَ الآخِرَ وذَكَرَ اللهَ كَثِيراً}.

Sesiapa yang benar-benar mahu mendirikan negara Islam yang haq, janganlah dia mengumpulkan bilangan manusia dan jangan pula dia menghimpunkan mereka di atas perselisihan di antara sesama mereka dari bentuk-bentuk pemikiran (manhaj agama yang saling berbeza) dan perilaku (yang berbeza) di antara mereka sebagaimana yang banyak dilakukan oleh parti-parti Islam hari ini. Sebaliknya hendaklah menyatukan pemikiran mereka dan kefahaman mereka di atas tauhid dan ushul (prinsip) Islamiyah yang sahih dengan berpandukan al-kitab dan as-sunnah di atas manhaj salafush sholeh sebagaimana yang telah dikemukakan. (Sebagaimana firman Allah):

“Dan di hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah.” (Surah Ar-Ruum, 30: 4-5)

Sesiapa sahaja yang menyimpang dari methode tersebut dalam mendirikan negara Islam dan mengikuti methode orang-orang kafir dalam mendirikan negara mereka, maka perumpamaannya seperti orang yang berlindung dengan pasir yang mendidih dari panasnya api! Cara seperti ini jelas salah, jika tidak boleh disebutkan sebagai dosa. Sesungguhnya ianya menyelisihi petunjuk Rasulullah dan tidak menjadikan beliau sebagai uswah (teladan). Dan Allah berfirman (maksudnya):

“Sesunggunya telah ada pada diri Rasulullah itu uswah hasanah (teladan yang baik) bagi sesiapa mengharap Allah dan kedatangan hari akhir dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 21).”

Kemudian Syaikh al-Albani ditanya pula tentang soal melibatkan diri dalam pilihan raya atau mengundi (memberi dukungan) kepada parti-parti tertentu. Maka jawab beliau:

في الوقت الذي لا ننصح أحدا من إخواننا المسلمين أن يرشِّح نفسه ليكون نائبا في برلمان لا يحكم بما أنزل الله، وإن كان قد نص في دستوره (دين الدولة الإسلام) فإن هذا النص قد ثبت عمليا أنه وضع لتخدير أعضاء النواب الطيِّبي القلوب!! ذلك لأنه لا يستطيع أن يغيِّر شيئاً من مواد الدستور المخالفة للإسلام، كما ثبت عمليا في بعض البلاد التي في دستورها النص المذكور.

“Di waktu ini, kami tidak menyarankan sesiapa pun dari saudara kita kaum Muslimin untuk mencalonkan dirinya menjadi “نائبا” (anggota/wakil) di parlimen di negara yang tidak menjalankan hukum Allah. Walaupun undang-undangnya menyebutkan Islam sebagai agama rasmi negara. Kerana menurut pengamalannya hanya berfungsi untuk mempengaruhi anggota parlimen yang lurus hatinya. Dalam negara seperti itu, para anggota parlimen sedikit pun tidak pernah mampu mengubah undang-undang yang berlawanan dengan Islam. Fakta tersebut telah terbukti di beberapa negara yang menyatakan Islam di dalam dustur negaranya.”

هذا إن لم يتورط مع الزمن أن يُقر بعض الأحكام المخالفة للإسلام بدعوى أن الوقت لم يحن بعدُ لتغييرها كما رأينا في بعض البلاد

“Ini jika bertentangan dengan tuntutan zaman, maka beberapa hukum yang bertentangan dengan Islam sengaja diluluskan oleh parlimen dengan dalih bahawa belum tiba waktu untuk melakukan perubahan. Itulah realiti yang kami lihat di sebahagian negara.”

Kata beliau lagi:

يُغَيرِّ النائب زيّه الإسلامي، ويتزيّا بالزي الغربي مسايرة منه لسائر النواب! فدخل البرلمان ليُصْلِح غيره فأفسد نفسه، وأوَّل الغيث قطرٌ ثم ينهمر! لذلك فنحن لا ننصح أحدا أن يرشح نفسه

Para ahli parlimen sedikit demi sedikit akan mula meninggalkan identiti keislamannya dan mula menampilkan ciri-ciri ala barat supaya tidak merasa janggal dengan anggota yang lain. Ia masuk parlimen dengan tujuan memperbaiki orang lain, tetapi malah dia sendiri yang rosak. Hujan itu awalnya rintik-rintik, lalu kemudian berubah menjadi lebat.

Oleh sebab itulah kami tidak menyarankan sesiapapun untuk mencalonkan dirinya menjadi ahli parlimen.”

Kemudian Syaikh al-Albani menlanjutkan lagi yang menunjukkan sekiranya benar-benar darurat (sama ada harus mengundi?), maka kata beliau:

ولكن لا أرى ما يمنع الشعب المسلم إذا كان في المرشَّحين من يعادي الإسلام وفيهم مرشَّحون إسلاميون من أحزاب مختلفة المناهج، فننصح ـ والحالة هذه ـ كل مسلم أن ينتخب من الإسلاميين فقط ومن هو أقرب إلى المنهج العلمي الصحيح الذي تقدم بيانه.

أقول هذا ـ وإن كنت أعتقد أن هذا الترشيح والانتخاب لا يحقق الهدف المنشود كما تقدم بيانه ـ من باب تقليل الشر، أو من باب دفع المفسدةالكبرى بالمفسدة الصغرى كما يقول الفقهاء.

“Tetapi saya tidak melihat apa-apa halangan bagi umat Islam apabila di sana jelas ada calon-calon yang memusuhi Islam, sedangkan dalam masa yang sama terdapat calon-calon beragama Islam dari pelbagai ahzaab (parti), maka dalam keadaan seperti ini saya nasihatkan kepada kaum muslimin agar memilih (mengundi) calon-calon dari parti Islam sahaja dan calon-calon yang lebih mendekati manhaj ilmu yang sahih sebagaimana telah dikemukakan.

Inilah pendapat saya. Walaupun hakikatnya saya sendiri meyakini bahawa melibatkan diri dan ikut serta dalam proses pengundian tidaklah mampu mewujudkan tujuan yang diinginkan sebagaimana yang dikemukakan. Langkah tersebut hanyalah sebatas mengurangkan kerosakkan atau dari membuka ruang kerosakkan yang lebih besar dengan memilih kerosakkan yang lebih kecil sebagaimana dinyatakan para fuqahaa’.”

Syaikh al-Albani rahimahullah juga ada ditanya sama ada kaum wanita dibolehkan terlibat dengan pilihan raya atau tidak. Maka beliau jawab:

يجوز لهن الخروج بالشرط المعروف في حقهن وهو أن يتجلببن الجلباب الشرعي، وأن لا يختلطن بالرجال، هذا أولا.

ثمَّ أن ينتخبن من هو الأقرب إلى المنهج العلمي الصحيح من باب دفع المفسدة الكبرى بالصغرى كما تقدم.

“Dibolehkan bagi kaum wanita keluar (terlibat) dengan mematuhi syarat yang ma’ruf iaitu keluar dalam keadaan berjilbab dengan jilbab yang syar’i, dan tidak bercampur-baur dengan dengan kaum lelaki, itulah yang pertamanya.

Kemudian, hendaklah dia memilih calon yang paling mendekati manhaj ilmu yang sahih berdasarkan prinsip untuk menolak kerosakkan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan seperti yang telah dijelaskan.”

Adapun sifat-sifat jilbab yang syar’i yang dimaksudkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, maka ini para pembaca boleh temui atau membuat semakkan secara langsung ke karya beliau sendiri seperti contohnya di kitab beliau, Jilbab al-Mar’atil Muslimah. Adapun syarat tidak boleh bercampur-baur dengan kaum lelaki, maka syarat tersebut tidak mungkin akan dapat dipenuhi pada waktu dan keadaan seperti masa ini di pusat-pusat pengundian khasnya. Kesimpulan awal yang dapat dibuat di sini, sebenarnya kaum wanita tidaklah perlu keluar mengundi sama sekali atau lebih selamat adalah menjauhkan diri dari melibatkan diri dengan perkara seperti ini kerana terlalu besar fitnahnya.

Syaikh Al-Albani rahimahullah juga ditanya tentang keadaan atau sikap ahli parlimen dalam menjalankan tugasan seharian mereka. Maka jawab Syaikh Al-Albani:

فنقول: هذا سؤال غامض مرادكم منه غير ظاهر لنا، ذلك لأن المفروض أن النائب المسلم لا بد أن يكون عالما بالأحكام الشرعية على اختلاف أشكالها وأنواعها، فإذا ما طرح أمر ما على بساطِ البحث فلا بد أن يوزن بميزان الشرع، فما وافق الشرع أيده وإلا رفضه؛ كالثقة بالحكومة، والقَسَم على تأييد الدستور ونحو ذلك !!

“Maka kami katakan, soalan ini masih belum jelas dan saya sendiri belum mengerti dari selain zahirnya. Kerana seorang anggota parlimen muslim itu wajib memahami hukum-hukum syar’i dengan pelbagai bentuk dan jenisnya. Jika dalam sidang parlimen dibahas sesuatu permasalahan, tentunya ia perlu membahasnya berdasarkan perspektif syari’at. Jika sesuai dengan syari’at, ia wajib mendukungnya. Jika tidak, maka ia wajib menolaknya. Ini misalnya seperti menumpahkan sepenuh kepercayaan terhadap perundangan, dan bersumpah untuk membela perlembagaan (maka ini wajib dia tolak – pent.), dan yang sejenisnya.”

وأما رجالات البرلمان! فلعلكم تعنون: ما موقف النواب الإسلاميين من رجالات البرلمان الآخرين؟ فإن كان ذلك مرادكم فلا شك أنه يجب على المسلمين نوابا وناخبين أن يكونوا مع من كان منهم على الحق كما قال رب العالمين:{وكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ}.

“Dan adapun para anggota parlimen yang ditanyakan di atas kemungkinan maksud anda adalah bagaimana sikap anggota parlimen yang berasal dari parti Islam (iaitu parti yang dimiliki kaum muslimin) terhadap anggota parlimen lainnya? Kalau itu yang kalian maksudkan, maka setiap muslim sama ada yang memilih ataupun yang dipilih sebagai anggota, hendaklah dia bersama-sama pihak yang benar sebagaimana firman Allah (maksudnya):

“dan hendaklah kamu bersama-sama para shodiqiin (golongan yang benar).” (Surah At-Taubah, 9: 119).”

Kemudian Syaikh al-Albani turut memberikan nasihatnya sebagaimana berikut:

ونضيف إلى ذلك أن لا يكون همُّكم ـ معشر الجبهة الإسلامية!ـ الوصول إلى الحكم قبل أن يصبح الشعب مهيَّئًا لقبول الحكم بالإسلام، ولا يكون ذلك إلا بفتح المعاهد والمدارس التي يتعلم فيها الشعب أحكام دينه على الوجه الصحيح ويربَّى على العمل بها ولا يكون فيهم اختلاف جذري ينشأ منه التحزب والتفرق كما هو الواقع الآن مع الأسف في الأفغان،

“Dan ingin saya tambahkan (nasihatkan) di sini, janganlah kalian terlalu berhajat kepada kerusi kekuasaan sementara para rakyat sendiri belum bersedia menerima hukum Islam. Untuk itu, hendaklah kalian memulakannya dengan usaha membuka ma’had (pusat-pusat pendidikan) dan madrasah-madrasah bagi tujuan mendidik rakyat dan mengajarkan kepada mereka selok-belok hukum-hukam agama di atas wajah (jalan) yang sahih dan di samping itu, hendaklah mentarbiyah mereka dengan mengamalkan ilmu yang telah diperolehi sehingga mereka tidak terjerumus dalam perselisihan-perselisihan yang mendasar disebabkan dari sikap fanatik dan perpecahan sebagaimana realiti keadaan yang dapat kita lihat di Afghanistan…”

ولذلك قال ربنا في القرآن : {ولاَ تَكُونُوا مِنَ المُشْرِكِينَ. مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُون}، وقال رسول الله: لا تقاطعوا ولا تدابروا ولا تباغضوا ولا تحاسدوا وكونوا إخوانا كما أمركم الله رواه مسلم.

“Dan sebab itulah Rabb kita berfirman dalam Al-Qur’an:

“Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah Ar-Ruum, 30: 31-32)

Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah kalian saling memutuskan hubungan, jangan saling membelakangi, jangan saling membenci, dan jangan saling berhasad. Dan jadilah kamu semua bersaudara sebagaimana yang Allah perintahkan kepada kalian.” (Riwayat Muslim).”

فعليكم إذن بالتصفية والتربية، بالتأني؛ فإن التأني من الرحمن والعجلة من الشيطان، كما قال نبينا عليه الصلاة والسلام، ولذلك قيل: من استعجل الشيئ قبل أوانه ابتلي بحرمانه، ومن رأى العبرة بغيره فليعتبر، فقد جرب بعض الإسلاميين من قبلكم في غير ما بلد إسلامي الدخول في البرلمان بقصد إقامة دولة الإسلام، فلم يرجعوا من ذلك ولا بخفي حنين! ذلك لأنهم لم يعملوا بالحكمة القائلة : ” أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم لكم في أرضكم “، وهكذا كما قال e: إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم رواه مسلم.

Dan hendaklah kalian melakukan tashfiyah dan tarbiyah dengan sikap penuh ketenangan (penuh hati-hati lagi berperingkat). Kerana ketenangan itu berasal dari Ar-Rahman manakala sikap tergesa-gesa itu pula berasal dari Syaitan. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi kita ‘alaihi Sholaatu was Salaam.

Oleh sebab itu pepatah mengatakan, “Siapa saja yang terburu-buru melakukan sesuatu sebelum tiba waktunya, dia pasti gagal. Sesiapa yang mahu mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, nescaya dia akan mendapat pelajaran.

Bahawasanya hizb-hizb (parti-parti) sebelum kalian dari kalangan umat Islam di beberapa negara Islam telah berusaha (mencuba) mendirikan negara Islam melalui jalan memasuki parlimen. Tetapi usaha mereka tidaklah membuahkan hasil sedikit pun, itu semua kerana mereka tidak melaksanakan pesanan hikmah berikut, “Dirikanlah negara Islam dalam hati-hati kalian terlebih dahulu, nescaya akan tertegak pula ia di tanah kalian.”

Pesanan ini selari dengan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, tetapi Dia melihat hati-hati kalian dan amal-amal kalian.” (Riwayat Muslim).”

فالله سبحانه وتعالى أسأل أن يلهمنا رشدنا، وأن يعلمنا ما ينفعنا، ويهدينا للعمل بشرعةِ ربنا، متبعين في ذلك سنة نبينا ومنهج سلفنا، فإن الخير كله في الاتباع والشر كله في الابتداع، وأن يفرج عنا ما أهمَّنا وأغمَّنا وأن ينصرنا على من عادانا، إنه سميع مجيب

“Hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala saya memohon petunjuk dan bimbingan-Nya, yang mengajarkan apa yang bermanfaat bagi kami, yang memberikan petunjuk kepada kami untuk beramal dengan syari’at Rabb kami, mengikuti pada itu semua dengan sunnah Nabi kami dan manhaj salaf. Kerana sesungguhnya kebaikan itu semuanya adalah dengan al-Ittiba’ (mengikuti sunnah), dan keburukan itu semuanya adalah dengan sebab al-Ibtida’ (menyelisihi sunnah dan berbuat bid’ah). Semoga Allah membebaskan kami dari segala kesulitan dan kesedihan yang menimpa kami serta menolong kami dalam menghadapi musuh-musuh kami. Sesungguhnya Dia maha Mendengar lagi maha Memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

Tarikh: 19/Jamadil Akhir/1412, Amman Jordan. Oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah. (‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nazdar fi as-Siyasah baina Ath-Thabbiqaat Asy-Syar’iyah wa Al-Ihfiaalat Al-Hamaasiyyah, m/s. 324-326)

Untuk mengetahui kesudahan apa yang terjadi terhadap parti FIS, fitnah-fitnah yang melanda, dan huru-hara yang tercetus akibat melibatkan diri dalam demokrasi di Algeria, maka para pembaca bolehlah membuat semakkan secara langsung di buku karya Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nazdar fi as-Siyasah baina Ath-Thabbiqaat Asy-Syar’iyah wa Al-Ihfiaalat Al-Hamaasiyyah ini secara saksama. Dan semaklah juga fatwa-fatwa ulama terhadap mereka yang antaranya boleh ditemui dalam buku ini.

Wallahu a’lam.