Apa Kata Syaikh Muqbil Tentang Fatwa Boleh Ber-Pilihan Raya?

Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Waadi’i rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Ulama hadis dari Yaman, Syaikh Muqbil B. Hadi Al-Waadi’i rahimahullah dalam kitab himpunan soal-jawabnya,  Tuhfatul Mujib (m/s. 314-316), beliau ditanya:

السؤال211: احتج أصحاب الانتخابات بقول الألباني وابن باز وابن عثيمين فما قولكم في ذلك؟

Soalan no. 211: “Para pendukung al-intikhaabaat (pilihan raya) beralasan dengan fatwa Syaikh Al-Albani, Ibnu Baaz dan Ibnu ‘Utsaimin. Maka apa pendapatmu dalam perkara ini?”

الجواب: الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه وأشهد أن لا إله الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.. أما بعد:

فأصحاب الانتخابات هم أعداء هؤلاء المشايخ، … وهذه الفتوى قد اتصلت بشأنها بالشيخ الألباني حفظه الله وقلت له: كيف أبحت الانتخابات؟ قال: أنا ما أبحتها ولكن من باب ارتكاب أخف الضررين. فننظر هل حصل في الجزائر أخف الضررين أم حصل أعظم الضررين، واقرءوا ترجمة أبي حنيفة تجدون علمائنا ينهون عن الرأي والاستحسان، ويرون أنه سبيل الاعتزال وسبيل التجهم، أما فتوى الشيخ الألباني فهم يأخذونها من زمن قديم. وأما الشيخ ابن عثيمين فمن عجيب أمره أنه يحرم الأحزاب والجماعات ويبيح ما هو أعظم وأخطر منها وهي الانتخابات التي هي وسيلة إلى الديمقراطية.

Al-Jawab: “Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan pengikutnya. Aku mengakui bahawa tidak ada yang berhak diibadahi (dengan benar) selain Allah dan aku mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Amma ba’du:

Sebenarnya para pendukung pilihan raya, mereka adalah musuh terhadap para ulama tadi… Fatwa Syaikh Al-Albani rahimahullah ini pernah saya tanyakan sendiri secara langsung kepada beliau, “Bagaimana engkau membolehkan orang-orang melibatkan diri dalam pilihan raya?”

Syaikh Al-Albani jawab, “Saya sebenarnya tidak membenarkannya, tetapi mengharuskan dari pintu akhoffu dhororoin (memilih bahaya yang lebih ringan di antara dua bahaya yang terjadi).”

Maka kita lihat-lah, adakah apa yang berlaku di di Al-Jazair (Algeria) menghasilkan bahaya yang lebih ringan atau bahaya yang lebih besar? Baca-lah biografi Abu Hanifah, kalian akan temui bahawa para ulama kita melarang dari mengikuti ra’yi (logika) dan al-istihsaan (sekadar sangka baik). Diriwayatkan (dari para ulama) bahawa ra’yi dan al-istihsaan hanyalah jalan menuju al-i’tizaal (Mu’tazilah) dan at-tajhm (Jahmiyah).

Adapun fatwa Syaikh Al-Albani, maka mereka mengotorinya (menodainya) dari fatwa beliau (yang sebenar) semenjak dulu lagi.

Dan adapun fatwa Syaikh Ibn ‘Utsaimin, itu adalah fatwa yang ‘ajiib (aneh lagi pelik), sedangkan beliau adalah orang yang mengharamkan berbilang parti dan kelompok-kelompok dalam seseuah negara. Namun beliau membolehkan pula hal yang jauh lebih bahaya berbanding hal tadi iaitu melibatkan diri dengan pilihan raya? Yang mana pilihan raya itu adalah wasilah (sarana) menuju demokrasi (kebebasan berhukum).”

فأقول لهؤلاء الملبسين: لو تراجع هؤلاء المشايخ أكنتم متراجعين عن هذا أم لا؟!

ونقول: إننا نرى حرمة التقليد؛ فلا يجوز لنا أن نقلد الشيخ الألباني ولا الشيخ ابن باز ولا الشيخ ابن عثيمين، فإنَّ الله تعالى يقول في كتابه الكريم: “اتبعوا ما أنزل إليكم من ربكم ولا تتبعوا من دونه أولياء قليلاً ما تذكرون”، ويقول سبحانه وتعالى: “ولا تقف ما ليس لك به علم”،

“Maka aku katakan kepada orang-orang yang sengaja mendatangkan talbis (kerancuan) seperti ini: Seandainya para ulama tersebut (iaitu Syaikh Al-Albani, Ibn ‘Utsaimin, dan Ibnu Baaz) meralat fatwa mereka, adakah kalian akan turut mengubah pendapat kalian terhadap hal ini atau tidak?

Dan kami katakan: Kami berkeyakinan bahawa taqlid (ikut membuta tuli) itu adalah haram. Maka, tidak boleh bagi kita hanya sekadar bertaqlid dengan pendapat Syaikh Al-Albani, Syaikh Ibn Baaz dan Syaikh Ibn ‘Utsaimin. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman di dalam kitab-Nya yang mulia (bermaksud), “Turutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-mu, dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran.” (Surah Al-A’raaf, 7: 3)

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya.” (Surah Al-Isra’, 17: 36).”

فأهل السنة لا يقلدون، ثم نقول للمشايخ: إن فتواكم هذه خطيرة جدا، ألم تعلموا أن بوش -أخزاه الله- عند أن كان رئيسا لأمريكا يقول: أن السعودية والكويت لم تطبقا الديمقراطية.

“Maka Ahlus Sunnah itu melarang taqlid (membuta tuli). Lalu kami katakan kepada masyaikh (para ulama) yang berfatwa demikian, “Sesungguhnya fatwa kalian ini amatlah berat (bahaya). Tidakkah kalian tahu bahawa Busy (semoga Allah merendahkannya) di waktu beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika mengatakan, “Sesungguhnya Saudi ‘Arabia dan Kuwait tidak menerapkan sistem demokrasi.”

فعلى المشايخ أن يتراجعوا عن هذه الفتوى، وأنا أشهدكم أنني متراجع عن أي خطأ في كتبي أو أشرطتي أو دعوتي لله عز وجل، أتراجع بنفس طيبة مطمئنة. والمشايخ لا عليهم إذا تراجعوا، بل هو الواجب عليهم، لأنهم لا يدرون بالذي يحدث في اليمن، وما الذي يدور في المجالس النيابية، وما هو الفساد الذي يحصل بسبب الانتخابات، قتل وقتال من أجل الانتخابات، وخروج النساء متبرجات، وتصوير للنساء من أجل الانتخابات، ومساواة الكتاب والسنة والدين بالكفر من أجل الانتخابات، وأي مصلحة حققت هذه الانتخابات.

فيجب على المشايخ أن يتراجعوا، وسنرسل إليهم إن شاء الله، فإن لم يتراجعوا فنحن نشهد الله أننا براء من فتواهم لأنها مخالفة للكتاب والسنة، رضوا أم غضبوا، أعراضنا ودماؤنا فداء للإسلام، ولا نبالي بحمد الله.

“Para ulama yang berpendapat demikian hendaklah meralat fatwa tersebut. Dan saya pun turut menegaskan untuk diri saya sendiri agar sentiasa meralat setiap kesalahan yang ada pada kitab, rakaman, atau dalam dakwahku kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Saya meralat dalam keadaan hati merasa tenang. Para ulama tersebut tidaklah berdosa jika meralat pendapat mereka. Mereka sebenarnya tidak mengetahui apa yang terjadi di Yaman (disebabkan demokrasi), apa yang terjadi di persidangan (dalam dewan rakyat), dan mereka pun tidak mengetahui akibat buruk hasil dari pilihan raya. Timbul pelbagai jenis pembunuhan dan pertembungan disebabkan pilihan raya. Para wanita keluar dari rumah mereka dalam keadaan bertabarruj. Gambar-gambar wanita pun terpapar di sana sini kerana turut serta dalam pencalonan. Dan perbuatan menyamakan Al-Kitab, As-Sunnah, dan agama (Islam) dengan kekufuran demi pilihan raya. Dari itu, di mana maksud mashlahah (kebaikan) yang mampu dicapai melalui pilihan raya seperti ini?

Maka wajib bagi para ulama yang berfatwa demikian untuk meralat pendapat mereka. InsyaAllah, kami akan mengutus surat kepada para ulama tersebut. Jika mereka tidak mahu meralatnya, maka kami menjadikan Allah sebagai saksi bahawa kami berlepas diri dari fatwa mereka kerana pendapat mereka ini telah menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah sama ada mereka redha atau pun marah. Jika mereka marah, kehormatan dan darah telah kami relakan demi Islam. Kami pun tidak kisah hal tersebut, dengan memuji Allah.”

Rujukan: Syaikh Muqbil B. Haadi Al-Waadi’i, Tuhfatul Mujiib ‘ala As’ilatil Hadhiri wal Ghariib, m/s. 314-316 – Daar al-Atsar (Shan’aa, Yaman – 1423H). Atau boleh buat semakkan di edisi online: http://www.muqbel.net/files.php?file_id=5&item_index=16

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest