Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Kajian Lengkap Tentang Berbakti Kepada Orang Tua
Title:
Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Judul Asli (‘Arab): Fiqh at-Ta’ammul Ma’al Walidain
Author:
Syaikh Musthafa al-‘Adawi
Publisher:
Pustaka at-Tazkia
Pustaka at-Tazkia
Price:
RM21
Weight:
480g
480g
Description:
Di antara implikasi buruk kesan modernisasi adalah merenggangnya ikatan silaturahim dan nilai-nilai kekeluargaan. Kesibukan sering melekakan sehingga kedua ibu bapa sendiri pun turut terlupakan, walau hanya sekadar memberi senyuman pun adakalanya amat kelat. Demikian juga ibu/bapa pada zaman ini, dikeranakan sibuknya bekerja, anak-anak sering terabaikan. Sifat santun dan kasih-sayang telah menjadi terlalu mahal.
Keberkahan masa dan harta juga adakalanya lenyap tanpa disedari. Hati dan perasaan sentiasa berada dalam kegusaran dan ketidak-cukupan.
Sehingga akhirnya orang lain pula yang menjadi lebih pemurah dan sopan berbicara kepada kedua orang tuanya atau anak-anak.
Rumahnya besar, kenderaannya mewah, hidupnya dikelilingi material berharga, namun sayangnya keberkahan dan kasih-sayang tidak wujud sama sekali kerana terlalu sibuk mencari dan menjaga harta.
Apalah ertinya harta yang bertimbun, pendidikan yang tinggi menggunung, tetapi secebis kasih-sayang dan masa pun sukar untuk diperuntukkan buat ayah bunda dan anak-anak? Ini belum lagi menyentuh masa untuk agama dan ilmu… Berapa banyakkah masa, hati, dan harta yang diperuntukkan untuk ilmu-ilmu agama yang benar?
Buku yang ditulis oleh Syaikh Musthafa al-‘Adawi ini berusaha meluruskan pelbagai penyimpangan tingkah-laku dan etika anak-anak terhadap ibu/bapanya. Tanpa mengira status seseorang itu sama ada telah berkawin, berkeluarga, beranak-pinak, bercucu-cicit, setiap orang adalah tetap seorang anak. Di bahunya terpikul kewajiban untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, sama ada keduanya masih hidup atau telah wafat. Atau sama ada orang tuanya kafir atau muslim.
Buku ini adalah suatu bentuk maklumat bermanfaat dan pengingatan untuk kita semua. Sebuah nasihat yang menghidupkan hati, sebuah teguran yang melapangkan qalbu. Untuk Anda, para pembaca, dan sesiapa sahaja yang menela’ahnya… insyaAllah.
Total Pages:
288 m/s.
More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/
Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.