445 – Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits

Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits
Title:
Ensiklopedia Kitab-kitab Rujukan Hadits
Dilengkapi dengan biografi ulama hadits dan sejarah pembukuannya
Judul Asli: Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyah

Author:
Dr. Muhammad az-Zahrani
Publisher:
Darul Haq

Price:

RM30
Weight:
350g

Description:

Buku yang sangat baik dalam menjelaskan latar belakang penyusunan sesebuah kitab-kitab hadis yang disusun oleh para ulama dari dahulu hingga kini. Juga buku yang baik dalam mengenal penulis dan hasil-hasil karyanya dalam bidang penyusunan (atau pembukuan) hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian di mana ia membahaskan kedudukan as-Sunnah di sisi Islam dan kedudukannya berbanding al-Qur’an. Kemudian ia menjelaskan sikap dan kesungguhan para ulama terhadap as-Sunnah dan al-Hadis, sejarah perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya. Seterusnya, penjelasan perjalanan para ulama hadis dalam mencari hadis semenjak zaman Sahabat, Tabi’in dan setelah mereka. Seterusnya, buku ini menjelaskan pula sikap ahli bid’ah dan golongan sesat terhadap as-Sunnah dan al-hadis, penolakan hadis ahad, golongan yang menolak as-Sunnah.
Pada bahagian ketiga, buku ini menjelaskan pula sejarah pembukuan hadis dan hasilnya seperti al-Musnad, al-Muwaththa’, al-Mushannafat, Kububus Sittah, dan biografi para penyusunnya. Mengimbau kitab-kitab hadis pada era 400 hijrah (abad keempat) seperti Shahih Ibnu Khuzaimah, Shahih Ibnu Hibban, al-Mustadrak, Musykilul Atsar, al-Mu’jam al-Kabir, Kitab as-Sunan, kitab-kitab al-Mustakhraj, dan seterusnya.
Pada bahagian keempat, ia turut menjelaskan hubungan di antara satu-satu kitab hadis dengan kitab-kitab hadis yang lainnya. Pada perbahasan kelima atau yang terakhir, ia membentangkan latar belakang penyusunan kitab-kitab yang memuatkan hadis-hadis dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu), serta juga latar belakang penyusunan kitab-kitab hadis secara tematik dan universal (umum) seperti kitab-kitab Athaf, Takhrij, Zawa’id, dan Jawami…
Semoga buku ini menjadi satu lagi ensiklopedia bermanfaat di rak-rak rujukan para pembaca dan pengkaji.
Total Pages:
264

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.