124 – Nasihat Para Ulama Supaya Berhati-hati Dengan Tafsir fii Dzilalil Qur’an Karya Sayyid Quthub

Nasihat Para Ulama Supaya Berhati-hati Dengan Tafsir fii Dzilalil Qur’an Karya Sayyid Quthub

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Penjelasan daripada Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad ad-Duwaisy rahimahullah pada mukaddimah bukunya yang membahaskan kesalahan-kesalahan dalam Kitab fii Dzilalil Qur’an, katanya:

فقد كثر السؤال على كتاب ظلال القران لمؤلفه سيد قطب ولم اكن قد قرأته فعزمت على قراءته فقراته من أوله إلى آخره فوجدت فيه أخطاء في مواضع خصوصا ما يتعلق بعقيدة أهل السنة والجماعة وعلم السلوك فأحببت التنبيه على ذلك لئلا يغتر به من لا يعرفه
Banyak pertanyaan berkaitan kitab Fii Dzilalil Qur’an yang ditulis oleh Sayyid Qutub. Sedangkan aku belum membacanya, maka aku pun berniat untuk membacanya dari awal hingga akhir. Setelah aku baca, ternyata terdapat banyak kesalahan di beberapa tempat, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu-isu aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan akhlak. Untuk itu, aku pun berusaha untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya supaya tidak terpedaya dengannya. (Rujuk: Mukaddimah kitab beliau,

al-Mauridzh Zhallal Fittanbihi ‘ala Akhtha’izh Zhilal, m/s. 5 – Maktabah Darul ‘Ulyan)

Nasihat daripada Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah kepada para pemuda berkaitan membaca Kitab Fii Dzilalil Qur’an:

سئل الشيخ العلامة صالح الفوزان عن قراءة كتاب “ظلال القرآن” ؟

فقال: (وقراءة الظلال فيها نظر لأن الظلال يشتمل على أشياء فيها نظر كثير، وكوننا نربط الشباب بالظلال ويأخذون ما فيه من أفكار هي محل نظر. هذا قد يكون له مردود سيئ على فكار الشباب. فيه تفسير ابن كثير، وفيه تفاسير علماء السلف الكثيرة وفيها غنى عن مثل هذا التفسير

وهو في الحقيقة ليس تفسيراً، وإنما كتاب يبحث بالمعنى الإجمالي للسور، أو في القرآن بوجه عام. فهو ليس تفسيراً بالمعنى الذي يعرفه العلماء من قديم الزمان ؛ أنه شرح معاني القرآن بالآثار، وبيان ما فيها من أسرار لغوية وبلاغية، وما فيها من أحكام شرعية. وقبل ذلك كله بيان مراد الله – سبحانه وتعالى – من الآيات والسور

أما “ظلال القرآن” فهو تفسير مجمل نستطيع أن نسميه تفسيراً موضوعياً فهو من التفسير الموضوعي المعروف في هذا العصر، لكنه لا يُعتَمد عليه لما فيه من الصوفيات، وما فيه من التعابير التي لا تليق بالقرآن مثل وصف القرآن بالموسيقى والإيقاعات، وأيضاً هو لا يعنى بتوحيد الألوهية، وإنما يعنى في الغالب بتوحيد الربوبية وإن ذكر شيئاً من الألوهية فإنما يركز على توحيد الحاكمية، والحاكمية لاشك أنها نوع من الألوهية لكن ليست ] وحدها ] هي الألوهية المطلوبة، ] وهو يوؤل الصفات على طريقة أهل الضلال ]

والكتاب لا يجعل في صف ابن كثير وغيره من كتب التفسير

هذا الذي أراه ولو اختير من كتب السلف، ومن الكتب المعنية بالعقيدة والمعنية بتفسير القرآن والمعنية بالأحكام الشرعية لكان هذا أنسب للشباب

المرجع (في شريط مجموع ما قاله ابن باز حول نصيحته العامة – لقاء مع فضيلته – مكة المكرمة – 9/8/1412 ثم صححه الشيخ)

Syaikh al-‘Allamah Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan telah ditanya berkenaan membaca kitab Fii Dzilalil Qur’an.

Beliau berkata: Persoalan membaca buku adz-Dzilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi banyak perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya jika kita menjadikan para pemuda bergantung dengan kitab tersebut (sebagai rujukan) dan supaya mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, kebarangkalian dalam hal ini adalah akan memberi kesan/akibat yang buruk kepada pemikiran para pemuda. Di sana ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (Fii Dzilalil Qur’an) ini.

Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanyalah sebuah buku yang membahaskan persoalan secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat (atsar) yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di sebaliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syara’. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.

Sedangkan buku Fii Dzilalil Qur’an adalah sebuah buku yang membentangkan tafsiran secara umum yang mungkin dapat kita namakannya dengan buku tafsir yang bersifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal di zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran (rujukan) kerana bercampur dengan pelbagai perkara bersifat kesufian dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya berada dalam kitabullah, seperti mensifatkan al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada (note muzik) dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid uluhiyah, dan beliau memberi perhatian kepada tauhid rububiyah, dan apabila beliau sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkannya (mengarahkannya) pula kepada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak dinafikan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah, akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan kaedah orang-orang yang sesat).

Buku ini tidak boleh dijadikan setaraf (seiring) dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kitab-kitab tafsir lainnya.

Inilah pendapat saya, dan jika mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syara’, maka pastilah lebih sesuai (tepat) bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma Qalahu Ibnu Baz Haula Nashihatihi al-Ammah”, pertemuan dengan yang mulia Syaikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti (disahihkan) kembali oleh Syaikh). (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 48-49, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah:

Beliau ditanya:

قال سيد قطب – عفا الله عنه – في “ظلال القرآن” في قوله تعالى: }الرحمن على العرش استوى { : (أما الاستواء على العرش فنملك أن نقول: إنه كناية عن الهيمنة على هذا الخلق) “الظلال” (4/2328)، (6/3408) ط 12، 1406، دار العلم.
Sayyid Quthub (semoga Allah mengampuninya) berkata dalam Tafsirnya, “fii Dzilalil Qur’an” tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam (Istiwa) di atas arsy-Nya.”

Adapun al-Istiwa di atas Arsy maka kami dapat katakan, “Bahawasanya perkara ini adalah sebuah kiasan tentang pemeliharaan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap segala makhluk-Nya.”

Jawab beliau:

قال سماحة الشيخ عبد العزيز بن باز – رحمه الله -: (هذا كله كلام فاسدٌ، هذا معناه الهيمنة، ما أثبت الاستواء: معناه إنكار الاستواء المعروف، وهو العلو على العرش، وهذا باطلٌ يدل على أنه مسكين ضايع في التفسير). – ولما قال لسماحته أحد الحاضرين بأن البعض يوصي بقراءة هذا الكتاب دائماً، قال سماحة الشيخ ابن باز: (الذي يقوله غلط – لا.. غلط – الذي يقوله غلط سوف نكتب عليه إن شاء الله).
المرجع: (درس لسماحته في منزله بالرياض سنة 1413 – تسجيلات منهاج السنة بالرياض).
Berkata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah:

“Ini semua merupakan perkataan yang batil (merujuk penisbahan istiwa kepada: “pemeliharaan”). Beliau tidak menetapkan adanya al-istiwa, lalu membawa erti di sini ia mengingkari al-Istiwa yang telah diketahui sebagai ketinggian di atas ‘Arsy, dan itu adalah suatu kebatilan yang menunjukkan bahawasanya ia seorang yang miskin dan kosong dalam ilmu tafsir.”

Di ketika itu ada seorang hadirin tampil kepada Syaikh B. Bazz mengatakan bahawasanya ada sebahagian pihak yang sangat menganjurkan kita untuk sentiasa membaca buku tafsir tersebut (fii Dzilalil Qur’an), Syaikh pun menjawab:

“Apa yang dikatakan oleh orang (pihak) tersebut adalah salah (tidak benar), itu adalah salah, yang ia katakan itu adalah salah dan kami akan menulis tentang perkara tersebut, insyaAllah…”

Rujukan: Pengajian bersama Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz di rumahnya, Riyadh, tahun 1413H, rakaman Minhajus Sunnah, Riyadh. ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 28, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Beliau ditanya:

ما هو قول سماحتكم في رجل ينصحُ الشباب السُّنِّيّ بقراءة كتب سيد قطب، ويخص منها: “في ظلال القرآن” و “معالم على الطريق” و “لماذا أعدموني” دون أن ينبه على الأخطاء والضلالات الموجودة في هذه الكتب ؟
Apa pendapat syaikh tentang seseorang yang mencadangkan supaya para penuntut ilmu (pemuda) sunni agar menela’ah buku-buku Sayyid Quthub, dan lebih ditekankan lagi seperti buku fii Dzilalil Qur’an, Ma’alim fi ath-Thariq, dan Limadza A’damuni, tanpa menjelaskan kesalahan dan penyimpangan-penyimpangan yang terdapat dalam buku tersebut?
فقال الشيخ ابن عثيمين – حفظه الله -: ( أنا] قولي ] – بارك الله فيك – أن من كان ناصحاً لله ورسوله ولإخوانه المسلمين أن يحث الناس على قراءة كتب الأقدمين في التفسير وغير التفسير فهي أبرك وأنفع وأحسن من كتب المتأخرين، أما تفسير سيد قطب – رحمه الله – ففيه طوام – لكن نرجو الله أن يعفو عنه – فيه طوام: كتفسيره للاستواء، وتفسيره سورة “قل هو الله أحد”، وكذلك وصفه لبعض الرسل بما لا ينبغي أن يصفه به).
المرجع (من شريط أقوال العلماء في إبطال قواعد ومقالات عدنان عرعور، ثم وَقَّعَ عليها الشيخ محمد بتاريخ 24/2/1421)
Saya katakan: Semoga Allah memberkati kamu, bahawasanya sesiapa yang memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya serta kerana saudara-saudara umat Islam, hendaklah menyarankan mereka supaya membaca buku-buku generasi terdahulu dalam bidang tafsir atau bidang-bidang lainnya. Kerana perkara tersebut lebih bermanfaat dan lebih berkah serta lebih baik tentunya berbanding buku-buku zaman ini. Adapun tafsir Sayyid Quthub padanya memiliki kekeliruan (kesalahan) dan hendaklah kita memohon kepada Allah supaya mengampuninya, seperti tafsirnya pada ayat al-Istiwa dan begitu juga tafsirannya terhadap surah al-Ikhlas, juga tindakannya dalam memberi gelaran/sifat kepada beberapa orang Rasul yang tidak sepatutnya beliau lakukan ke atas mereka.

Rujukan: Dari rakaman kaset Aqwal al-Ulama fii Ibthal Qowa’id wa Maqalat Adnan ‘Ar’ur, dengan tandatangan Syaikh Muhammad bertarikh 24/02/1421H. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 43-44, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr hafizahullah:

Syaikh ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr ditanya tentang Kitab fii Dzilalil Qur’an karya Sayyid Quthub.

Maka, beliau pun menjawab:

كتاب “ظلال القرآن” أو “في ظلال القرآن” للشيخ سيد قطب – رحمه الله – هو من التفاسير الحديثة التي هي مبنية على الرأي، وليست على النقل، وليست على الأثر. ومن المعلوم أن أصحاب الرأي والذين يتكلمون بآرائهم ويتحدثون بأساليبهم يحصل فيهم الخطأ والصواب، ويصيبون ويخطئون، والإنسان الذي غير فاهم وغير متمكن من الأصلح له أن لا يرجع إليه وإنما يرجع إلى كتب العلماء المعتبرين مثل: تفسير ابن كثير وتفسير ابن جرير، ومثل تفسير الشيخ عبدالرحمن السعدي في المتأخرين فإن هذه تفسيرات العلماء. وأما الشيخ سيد قطب – رحمه الله – فهو من الكتاب من الأدباء يعني يكتب بأسلوبه وبألفاظه ويتحدث. ليس كلامه مبنياً على ] الأثر ] ولهذا إذا قرأه الإنسان ] لم يجده ] يقول: قال فلان وقال فلان وقال رسول الله كذا وكذا…الخ يعني من جمع الآثار والعناية بالآثار ؛ لأنه ما كان مبنيا على الأثر وإنما كان مبنياً على العقل والكلام بالرأي، ولهذا يأتي منه كلام ليس بصحيح وكلام غير صواب. ولهذا الاشتغال… العمر قصير وليس متسع لكون الإنسان يقرأ كل شيء ومادام أن الأمر كذلك فالقراءة فيما ينفع والفائدة فيه محققه وكلام أهل العلم.. أهل العلم الذين هم علماء ما هم كتّاب: الكتاب غير العلماء، الكاتب غير العالم. الكاتب هو الأديب الذي عنده يعني قدرة على الكتابة والإنشاء فيتحدث فيأتي بالكلمات منها ما يصيب ومنها ما يخطيء وأحيانا يعبر ويخطيء في التعبير ويأتي بعبارة هي ليست جيدة وليست مناسبة جاءت لكونه استرسل بكلامه وعبر بعباراته ولهذا يأتي في كلام سيد قطب – رحمه الله – كلمات غير لائقة يأتي في كلام سيد قطب في مؤلفاته في التفسير وفي غيره كلمات غير لائقة وغير مناسبة ولا يليق بالمسلم أن يتفوه بها، وأن يتكلم بها. وأما القول بأنه ما شرح التوحيد مثل سيد قطب فهذا كلام غير صواب أبداً ؛ التوحيد لا يؤخذ من كلام سيد قطب وإنما يؤخذ من كلام العلماء المحققين مثل: البخاري وغير البخاري من الذين أتوا بالأسانيد والأحاديث عن رسول الله وبينوا التوحيد وعرفوا التوحيد وعرفوا حقيقة التوحيد، وكذلك العلماء الذين علمهم في التوحيد ليس على الإنشاء وعلى الأساليب الإنشائية وعلى الكتابات الأدبية، وإنما بنوه على كلام العلماء وعلى الآثار وعلى كلام الله وكلام رسوله صلوات الله وسلامه وبركاته عليه. هذا هو الحقيقة الذين هم كتبوا في التوحيد واشتغلوا في التوحيد ).
المرجع (سؤال له بعد درس سنن النسائي في المسجد النبوي بتاريخ 7/11/1414).
Kitab Zhilalul Qur’an atau fii Zhilalil Qur’an karya Sayyid Quthub rahimahullah termasuk buku tafsir kontemporeri yang disusun di atas ro’yi (akal pemikiran) bukan disusun berpandukan perinsip naql (dalil/wahyu) dan atsar (kefahaman para sahabat). Telah maklum bahawa shohibur ra’yi (para pemikir atau golongan rasionalis) dan orang-orang yang berbicara dengan ra’yi (akal) mereka dan uslub (cara/metod) mereka berkemungkinan salah atau benar, boleh jadi betul dan boleh jadi keliru (salah). Adapun seseorang yang tidak memiliki kefahaman (yang baik) dan tidak pula memiliki kemampuan di dalam menyemak sesuatu sama ada benar atau salah dalam menentukan yang lebih benar darinya, maka janganlah ia merujuk kepadanya dan cukuplah ia merujuk kepada kitab-kitab (tafsir) para ulama muktabar (yang diektahui kebenarannya dari generasi awal Islam), seperti Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Jarir ath-Thobari dan Tafsir Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di di zaman ini, kerana tafsir-tafsir ini adalah tafsir para ulama (bukan tafsir para pemikir).

Adapun Syaikh Sayyid Quthub rahimahullah, maka beliau termasuk penulis dari kalangan sasterawan, maksudnya beliau menulis dengan metod dan lafaz sastera serta berkata-kata dengannya. Ucapan beliau tidak dibina di atas atsar (kefahaman para sahabat salafush sholeh), oleh sebab itu apabila seseorang yang membaca tulisan beliau, dia tidak akan menemui Sayyid Quthub mengatakan: “Fulan berkata, Fulan mengatakan, Rasulullah bersabda demikian dan demikian…” dan seterusnya, iaitu tidak menemui kumpulan atsar dan perhatian dengan atsar, disebabkan itulah beliau tidak membina (hujjahnya) dengan atsar, tetapi sebaliknya dibina di atas prinsip akal dan mengeluarkan fatwa dengan fikirannya, oleh sebab itulah ia banyak mengemukakan pendapat yang tidak benar dan tidak tepat.

Untuk inilah ia menyibukkan diri… padahal umur itu pendek dan seseorang manusia tidak akan mampu membaca segala sesuatu semuanya dan perkara ini akan tetap demikian, maka di dalam membaca (hendaklah membaca) sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah di dalamnya yang lebih jelas dan (membaca) ucapan para ahli ilmu… ahli ilmu adalah mereka dari kalangan para ulama, bukannya dari kalangan para penulis – para penulis itu bukan ulama dan seseorang penulis itu bukanlah seorang yang alim. Seorang penulis itu adalah seorang sasterawan, yang dia memiliki kemampuan di dalam menulis dan mengarang serta berkata-kata dengannya, sehingga datang dari perkataan-perkataannya sesuatu yang benar dan sesuatu yang salah, dan terkadang ia mengungkapkan sesuatu dan salah di dalam ungkapannya dan menggunakan ungkapan yang tidak baik dan tidak layak yang disebabkan oleh cara huraian ucapan dan pengungkapan perumpamaannya. Oleh kerana itulah terdapat dalam ucapan Sayyid Quthub rahimahullah ucapan-ucapan yang tidak sewajarnya diucapkan, juga terdapat di dalam karya-karya tulis beliau dan selainnya – ucapan-ucapan yang tidak sepatutnya, tidak layak dan tidak sewajarnyanya bagi seseorang muslim melakukan dan mengatakannya.

Adapun pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada (seorangpun) yang menjelaskan tauhid sebagaimana Sayyid Quthub, maka ini adalah pernyataan yang tidak benar sama sekali. Tauhid tidak diambil dari pendapat Sayyiq Quthub, namun diambil daripada perkataan para ulama muhaqqiqin (peneliti) seperti al-Bukhari dan selain beliau yang menggunakan sanad dan hadis-hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, yang menjelaskan tauhid, mengetahui tauhid dan hakikat tauhid. Demikianlah para ulama, pengetahuan mereka tentang tauhid tidaklah (dibentuk/dibina) di atas karangan dan metod tulis-tulisan ataupun sastera, namun mereka mengambil dan memahaminya daripada ucapan para ulama, berpandukan atas atsar (kefahaman para sahabat), Kalamullah dan ucapan Rasulullah (semoga selawat, salam dan berkah sentiasa tercurahkan kepada beliau). Inilah realiti ulama sebenarnya, yang menulis dan menyibukkan diri dengan tauhid.”

Rujukan: Pertanyaan yang diajukan kepada beliau selepas pengajian Sunan an-Nasa`i di Masjid Nabawi bertarikh 7/11/1414). Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 58-59, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh Sholeh B. Muhammad al-Luhaidan:

سئل فضيلة الشيخ العلامة صالح بن محمد اللحيدان: هل يوجد في مجلد “ظلال القرآن” لسيد قطب شكٌ أو ريب بالنسبة للعقيدة، وهل تنصح باقتنائه أم لا ؟
Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Muhammad al-Luhaidan ditanya: “Adakah ada di dalam Zhilalil Qur’an karya Sayyid Quthub sesuatu yang meragukan atau membimbangkan di dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah, dan apakah saranan anda sama ada boleh atau tidak menela’ah buku ini?
فأجاب الشيخ: ( بل هو مليء بما يخالف العقيدة، فالرجـل – رحمه الله نسأل الله أن يرحم جميع أموات المسلمين – ليس من أهل العلم. هو من أهل الدراسات المدنية وأهل الأدب. وله كتبه السابقة قبل أن ينخرط في سلك الإخوان المسلمين، وكان من الأدباء، له كتاب: “حصاد أدبي”، و”الأطياف الأربعة”، وغيره.. و”طفل من القرية”، وأشياء كثيرة من هذا النوع. ثم شاء الله – جل وعلا – أن يتحول عما كان عليه. وكان في وقت نشط الناس في الكلام وإن قل العمل، وكان للكلام أثره فكان ما كان وكتب هذا الكتاب الذي اسمه “في ظلال القرآن”. وإن شاء الله له حسنات، ولكن له أخطأ في العقيدة، وفي حق الصحابة ؛ أخطاء خطيرة كبيرة. وقد أفضى إلى ما قدم فنسأل الله أن يعفو عنا وعنه. وأما كتبه فإنها لا تُعِّلمُ العقيدة ولا تقرر الأحكام، ولا يعتمد عليها في مثل ذلك، ولا ينبغي للشادي والناشئ في طريق العلم أن يتخذها من كتب العلم التي يعتمد عليها، فللعلم كتبه، وللعلم رجاله. أنصح أن يعتني طالب العلم بالقراءة للمتقدمين: الأئمة الأربعة، وللتابعين، وأهل الحق، وعلماء الإسلام المعروفين بسلامة المعتقد وغزارة العلم والتحقيق وبيان مقاصد الشريعة. وهم – ولله الحمد – كثيرون، وكتبهم محفوظة – بحمد الله – والمرجع في ذلك كله – عرض أقوال الناس – إنما يكون على كتاب الله وعلى سنة نبيه – ـ وعلى أقوال السلف (الصحابة) فهم أدرى وأعرف بمفاهيم كلام الله وكلام نبيه، وذلك كله – ولله الحمد – مدون في كتب العلماء من الصحاح والسنن، وكتب الآثار ؛ كالمصنفات ونحوها. فلا عذر لطالب العلم بالتقصير، ولا يصح أن يجعل كتب المتأخرين حاكمة على كتب المتقدمين. نعم. قال السائل: طالب علم يجالس أهل السنة وأهل البدع، ويقول: كفى الأمة تفريقاً وأنا أجالس الجميع. قال الشيخ: ( هذا مبتدع، من لم يفرق بين الحق والباطل ويدعي أن هذا لجمع الكلمة فهذا هو الابتداع، نسأل الله أن يهديه. نعم ). المرجع (من شريط درس بعد صلاة الفجر في المسجد النبوي يتاريخ23/10/1418)
Syaikh menjawab: Bahkan buku ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang menyelisihi aqidah. Orang ini (Sayyid Quthub) semoga Alloh merahmatinya dan kami memohon kepada Allah supaya merahmati semua kaum muslimin yang telah meninggal dunia, dan beliau bukanlah ulama. Beliau adalah seorang ahli dalam bidang peradaban dan ahli sastera. Beliau memiliki buku-buku yang terdahulu sebelum terjun dan menyertai ikhwanul muslimin. Beliau sebelumnya adalah seorang ahli sastera, beliau memiliki buku Hishod Adabi, al-Athyaf al-Arba’ah dan selainnya, juga Thiflu minal Qoryah dan banyak lagi buku-buku seumpamanya. Kemudian dengan kehendak Allah Jalla wa ‘Ala beliau berubah haluan dari sikap yang sebelumnya.

Dan ketika di waktu manusia sedang giat dalam berbicara walaupun sedikit beramal, ketika itu ucapan-ucapan tersebut memberikan kesan/pengaruh padanya dan kemudian berlakulah apa yang terjadi lalu beliau menulis buku ini yang berjudul fii Zhilalil Qur’an. InsyaAllah buku ini memiliki beberapa kebaikan akan tetapi buku ini memiliki kesalahan-kesalahan dalam perkara aqidah dan terhadap hak para sahabat, kesalahan yang begitu bahaya. Dan sampailah ia pada apa yang dikemukakan dan kami memohon kepada Allah supaya mengampuni diri kami dan beliau.

Dan adapun buku-buku beliau, maka buku-buku tersebut tidak mengajarkan aqidah dan tidak pula menetapkan hukum-hukum, dan tidak boleh dijadikan sandaran dalam masalah tersebut. Tidaklah sepatutnya bagi para penuntut ilmu yang memiliki semangat dan minat dalam agama menjadikannya sebagai buku-buku ilmu dan sandaran rujukan, kerana ilmu itu memiliki buku-buku yang tersendiri dan memiliki tokoh-tokoh yang tersendiri (yang ahli). Aku menasihati para penuntut ilmu supaya membaca buku-buku ulama terdahulu seperti buku-buku imam yang empat, para tabi’in, ahli kebenaran dan ulama Islam yang telah makruf (diketahui) akan kesejahteraan aqidahnya dan kedalaman ilmunya di dalam tahqiq (penelitian) dan penjelasan maksud-maksud syariat (agama). Dan para ulama seperti ini – walillahil hamd – sangatlah ramai dan buku-buku mereka terpelihara – bihamdillah – dan sebagai rujukan di dalam masalah ini seluruhnya – berhadapan dengan ucapan manusia – hanyalah dari Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta ucapan salaf (para sahabat) yang mana mereka adalah kaum yang lebih mengetahui dan mengenali pemahaman terhadap Kalamullah dan ucapan nabi-Nya. Dan semuanya ini – walillahil hamd – terhimpun dalam buku-buku para ulama seperti kitab Shohih, Sunan dan buku-buku atsar seperti al-Mushonnaf dan yang lain yang seumpamanya. Oleh kerana itu tidak ada udzur bagi penuntut ilmu untuk meremehkan (perkara ini) dan tidaklah benar menjadikan buku-buku masa kini sebagai hakim pemutus terhadap buku-buku ulama terdahulu.

Seorang bertanya: Seorang penuntut ilmu bermajlis dengan ahlis sunnah dan ahli bid’ah, dan beliau berkata: Cukuplah umat ini telah berpecah belah dan aku bermajlis dengan semuanya.

Syaikh menjawab: Orang ini adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah). Sesiapa yang tidak membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, dan mendakwa bahawasanya perkara ini semua (yang ia lakukan) untuk menyatukan kalimat, maka inilah bentuk perbuatan bid’ah yang diada-adakan tersebut. Semoga Allah memberikannya petunjuk.

Sumber: Rakaman Pengajian selepas solat Subuh di Masjid Nabawi bertarikh 23/10/1418H. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 52-53, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh Sholeh B. ‘Abdul ‘Aziz Alu asy-Syaikh:

سئل فضيلة الشيخ صالح بن عبد العزيز آل الشيخ: هل مما ينهى عنه قراءته من التفاسير تفسير سيد قطب – رحمه الله – “في ظلال القرآن” ؟
Fadhilatusy Syaikh Shalih bin ‘Abdil ‘Aziz Alu Syaikh ditanya dengan pertanyaan berikut: “Adakah di antara buku-buku tafsir yang dilarang untuk dibaca adalah buku Tafsir karya Sayyid Quthub rahimahullahu iaitu fii Zhilalil Qur’an?
فأجاب فضيلته: ( أما تفسير “في ظلال القرآن” لسيد قطب فهو من التفاسير التي اشتملت على مواضع كثيرة فيها بيان لبعض الآيات ؛ بيان حسنٌ. يعني فيها أسلوب أدبي فيه شيء من التنميق مما يفهم المرء دلالة الآيات عموماً وصلتها بالواقع، هذا مما يدركه القارئ له من أول ما يقرأ. ولهذا اعتنى به كثيرون في هذا العصر من هذه الجهة، حيث إنه في بعض الآيات يعبر عن التفسير بتعبيرات صحيحة وبعبارات أدبية مناسبة. وأيضاً اشتمل كتابه على كثير من البدع والضلالات، فكتاب سيد قطب “في ظلال القرآن” ما فيه من التحريفات أكثر مما في كتاب الصابوني. ومن أمثلة ذلك: أنه يؤول الاستواء. ومن أمثلته أنه يشعر في سورة الإخلاص بأن عنده ميل إلى بعض مذاهب المتصوفة من القائلين بوحدة الوجود أو نحو ذلك. يفهم منه ما نقول إنها ظاهرٌ بَيّن، لكن يفهم منه. ومن ضمن ذلك أنه يقول: إن بحث زيادة الإيمان ونقصانه أنه من البحوث الكلامية التي لا ندخل فيها،قالها في سورة الأنفال عند قوله تعالى:}وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيماناً{ في الحاشية. ومن أمثلة ذلك أنه يفسر الرب بالإله، والإله بالرب، يعني: توحيد الربوبية عنده هو توحيد الألوهية، وتوحيد الألوهية هو توحيد الربوبية، عنده عكس في فهمها، فالرب عنده هو المستحق للعبادة، والإله عنده هو الخالق الرازق ، وهذا لا شك أنه يتبعه أشياء من مسائل الاعتقاد ينحرف بها من يلتزمها عن جادة أقوال السلف. من ضمن ذلك أنه في مسائل طاعة المشركين لا يَفْهم تفصيل أهل العلم فيها، فيُفهم من ظاهر كلامه ما يكون موافقاً فيه لبعض الغلاة في مسائل الطاعة: طاعة المشركين، أو طاعة الأحبار والرهبان. ومن أمثلة ذلك ما ذكره في سورة الأنعام عند قوله تعالى: }وإن أطعتموهم إنكم لمشركون{ فذكر فيها أشياء منها مما أدخله فيها – كما أذكر – مسألة لبس المرأة الأزياء والموديلات التي يصدرها أو تصدرها شركات الأزياء في باريس- على حد تعبيره -، فيقول: أولئك الذين يُشرِّعون للنساء عامة ألبسة تلبس في الصباح كذا، وفي المساء كذا، وفي السهرة كذا، وفي العمل كذا … إلى آخره. يقول سيد قطب: إن هذه الفئة – يعني: مصمم الأزياء – إنهم آلهة لأنهم أحلوا الحرام فأُطيعوا، وحرموا الحلال فأُطيعوا. فيقول: المرأة المسلمة التي تطيعهم في ذلك قد اتخذتهم آلهة لأنها أطاعتهم في تحليل الحرام وتحريم الحلال. وهذا لا شك أنه كلام باطل ؛ لأن المرأة إذا لبست الملابس المحرمة التي جاءت من عند أولئك المصممين لا يعني أنها اعتقدت أنها حلال. فمسألة التكفير في اعتقاد أن هذا الذي حرمه الله – جل وعلا – حلال. أما إذا أطاعوهم مع عدم اعتقاد أن هذا حلال… ؛ فمثلاً امرأة لبست ملابس أبرزت صدرها ورجليها عند الرجال الأجانب متابعة للمصممين، هذا إن كانت تعتقد أن هذا الفعل حرام ونحو ذلك، وغُلبت عليه ؛ ضعف إيمانها ليس هذا بكفر ولم تؤله أولئك. فهو في هذه المسألة جعل الطاعة مكفرة، وقد أخذ بقوله بعض الجماعات التي غلت في مسألة الحكم بما أنزل الله؛في مسألة الطاعة؛ طاعة المشرعين، المصممين، المنظمين …إلى آخره. أيضاً من المسائل التي اشتمل عليها كتاب “في ظلال القرآن” أنه لا يظهر فيه اعتناء بما أثبته أهل السنة، يعني: يشبه أن يكون فكرياً غير مركز على مسألة معينة، يعني: على توجه معين هو أراد منه أن يكون كتاباً دعوياً كما يزعم يناسب الوقت، لكنه اشتمل على أشياء مما ذكرت وغيرها. وأيضاً من الأشياء التي تفرد بها أنه ذكر في سورة يوسف ذكر أن أولئك الذين يسألون عن أحكام الإسلام وهم في مجتمع جاهلي هؤلاء يقدحون في الإسلام، والذين يجيبونهم من العلماء هؤلاء يشاركونهم في القدح. هذا معنى كلامه، لِمَ ؟ قـال: لأن أحكام الإسلام والفقه الإسلامي ما أتى إلا لينزل على واقع مسلم. أما هذه المجتمعات الجاهلية – على حدِّ تعبيره – فإنها لا تقبل أحكام الله حتى يجتهد لها العالم في بيان الأحكام!
وهذا لا شك أنه صورة من صور المخالفة لمنهج الحق في هذا، لأن أحكام الإسلام تُبَيّن في الدار التي فيها مسلمون ولو لم يكن فيها إلا مسلم واحد. إذا سأل عن دينه بُيِّنَ له وتُكلم في بيان الإسلام وبيان أحكامه ولو كان في دار جاهلية. وتعميمه أن بلاد المسلمين دور جاهلية هذا لا شك أن فيه تعدٍ.يعني: جميعاً- على حد تعبيره – . وأيضاً من المسائل التي تفرد بها، أنه قسم الفقه إلى قسمين في سورة يوسف: (القسم الأول): فقه الأوراق. و (القسم الثاني): فقه الواقع، وفقه الحركة أيضاً. يقصد بفقه الأوراق: الفقه الموجود بين أيدينا من فقه علماء الإسلام، ويقصد بفقه الواقع: يعني الواقع الذي تعيشه الحركة وما حول الحركة ونحو ذلك ؛ يعني: ما حول الجماعة العاملة والتنظيم العامل، يقول: إن مهمتنا الآن العناية بفقه الحركة فقه الواقع. أما فقه الأوراق فهذا لم ينشأ إلا في مجتمع المدينة، لأنه لا بد فيه من مجتمع يطبقه، فإذا
لم نوجد هذا المجتمع الذي يطبقه فإننا لا نحتاج إلى العناية به، كما تتوجه – يعني الدراسات ونحو ذلك – يعني العناية الكبيرة به. فالعناية الكبرى تنصب على فقه الواقع لأنه هو الذي تحتاج إليه الأمة ونحو ذلك. له آراء كثيرة مخالفة إذا تأملت هذا الذي ذُكر، فطالب العلم الذي يحرص على العلم النافع إنما يطالع كتب السلف الصالح، يطالع الكتب التي تفيده العلم المنقى الصافي، أما الكتب المشتملة على الباطل، المشتملة على التحريفات، المشتملة على آراء شخصية ليس عليها أدلة ظاهرة من القرآن والسنة لا يوافق علماء أهل السنة والجماعة عليها، فإن قراءة طالب العلم – خاصة المبتدئ – فيها إنها قد تسبب وتوقع في قلبه شبهة، والحريص على دينه
لا يوقع ولا يسعى في أن يوقع نفسه وقلبه في شبهة ). المرجع ( “شرح كتاب مسائل الجاهلية لشيخ الإسلام محمد بن عبد الوهاب”، الشريط السابع، الوجه الثاني ).
Fadhilatusy Syaikh menjawab: “Adapun tafsir Fi Zhilalil Qur`an karya Sayyid Quthub adalah termasuk buku-buku tafsir yang mengandungi begitu banyak pembahagian perbahasan di dalamnya dalam menjelaskan beberapa ayat, yang mana ianya mengandungi penjelasan yang baik. Maksudnya, di dalamnya terdapat gaya perbahasan dari sudut sastera yang dipadu dengan gaya bahasa yang indah sehingga seseorang dapat memahami dilalah (petunjuk/makna) ayat secara umum dan dihubungkan pula dengan realiti semasa. Inilah kesan yang ditangkap oleh pembaca ketika membaca buku ini untuk pertama kali. Oleh kerana itulah, begitu ramai individu zaman ini yang begitu mengambil perhatian terhadap buku ini dengan alasan tersebut, di mana pada sebahagian ayat diungkapkan penafsirannya dengan ungkapan-ungkapan yang sahih dan ungkapan-ungkapan sastera yang bersesuaian.

Namun buku beliau juga mengandung banyak kebid’ahan dan kesesatan. Buku Sayyid Quthub fii Zhilalil Qur’an ini mengandung lebih banyak penyelewengan berbanding dengan buku ash-Shabuni (Tafsir ash-Shobuni). Di antara contohnya adalah, beliau mentakwilkan kata istiwa’. Contoh yang lain dapat ditemui dalam penafsiran surat al-Ikhlas, beliau memiliki kecenderungan kepada sebahagian mazhab sufi yang mengimani wahdatul wujud (kesatuan dalam wujud) atau seumapamanya yang dapat difahami (dari ungkapannya), kami tidak mengatakan perkara ini adalah zahir dan terang, namun (kami katakan) dapat difahami dari ungkapannya tersebut.

Di antara penyelewengan lainnya adalah beliau berkata: “Sesungguhnya perbahasan berkaitan bertambah dan berkurangnya iman itu termasuk dalam perbahasan Kalamiyah (ahli kalam/mantiq/falsafah) yang tidak termasuk dalam perbahasan aqidah. Beliau mengatakannya pada catatan kaki ketika menafsirkan surat al-Anfal ketika firman Allah: “Dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka maka bertambahlah keimanan mereka.” Contoh lainnya adalah beliau menafsirkan kata Rabb dengan Ilah dan Ilah dengan Rabb, maksudnya tauhid ar-Rububiyah menurut beliau sama dengan tauhid al-Uluhiyyah dan tauhid al-Uluhiyyah itu sama dengan tauhid ar-Rububiyah. Ia memahami kedua bentuk tauhid ini secara terbalik, menurut beliau Rabb itu adalah Dzat yang berhak untuk disembah dan Ilah adalah Sang Pencipta Sang pemberi Rezeki. Perkara ini tidak dinafikan lagi mampu menjadi penyebab kepada orang yang mengikuti suatu pendapat darinya tentang permasalahan i’tiqad (keyakinan) jadi menyimpang dari pegangan dan pendapat ulama salaf.

Termasuk penyimpangan beliau adalah dalam masalah ketaatan kepada kaum musyrikin di mana beliau tidak memahami tafshil (perincian) para ulama mengenainya sehingga dapat difahami dari zahir ucapan beliau adanya esamaan dengan sebahagian pendapat kaum ghulat (ekstrimis) di dalam masalah ketaatan tersebut, iaitu ketaatan kepada kaum musyrikin atau ketaatan kepada para pendeta dan rahib-rahib. Seperti misalnya apa yang beliau sebutkan di dalam surat al-An’am ketika menafsirkan firman Allah: “Dan sekiranya kamu mentaati mereka tentulah kamu akan menjadi orang-orang musyrik.” Lalu beliau menyebutkan sesuatu hal yang beliau masukkan ke dalamnya (dalam soal ketaatan) – sebagaimana yang aku ingat – iaitu masalah pakaian wanita yang memiliki rekaan dan model-model yang dihasilkan oleh syarikat pereka (design) di Paris, dan beliau berkata, “Mereka adalah orang-orang yang mensyariatkan bagi kaum wanita secara umum untuk menggunakan pakaian seperti ini di waktu pagi, seperti ini di waktu petang, seperti ini pada tengah malam, seperti ini pada ketika bekerja…” dan seterusnya.

Sayyid Quthub mengatakan, “Sesungguhnya kaum seperti ini, iaitu yang me-reka-bentuk model pakaian wanita, sesungguhnya mereka adalah bentuk sembahan-sembahan disebabkan mereka menghalalkan yang haram lalu mereka ditaati, dan mengharamkan yang halal lalu ditaati.” Lalu beliau berkata, “Wanita muslimah yang turut mentaati mereka dalam soal berpakaian ini, maka sungguh telah menjadikan mereka sebagai sesembahan disebabkan ia mentaatinya dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.” Dan perkara ini tidak diragukan lagi merupakan ucapan yang batil, kerana seseorang wanita apabila menggunakan pakaian yang haram yang dihasilkan oleh para pereka pakaian seperti itu, tidaklah automatik ertinya ia berkeyakinan (beri’tiqad) bahawa ianya adalah halal.

Persoalan takfir (menjatuhkan hukum kafir) adalah ketika meyakini bahawa sesuatu yang diharamkan oleh Allah Jalla wa ‘Ala ini adalah halal. Adapun apabila ia mentaati mereka dengan tanpa berkeyakinan bahawa ianya halal, seperti contohnya seseorang wanita yang berpakaian dengan pakaian yang terbuka bahagian dada dan kakinya di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) disebabkan terpengaruh dengan para pereka pakaian tersebut, apabila ia meyakini bahawa perbuatannya itu haram atau seumpamanya, namun ia tertewas dengan kehendak nafsunya dan kerana keimanannya yang lemah, maka keadaan ini bukanlah kafir dan ia tidak menjadikan mereka sebagai sesembahan. Beliau (Sayyid Quthb) di dalam masalah ini telah menjadikan ketaatan sebagai perkara yang mengkafirkan. Sebahagian kelompok masyarakat telah mengambil pendapat beliau ini, dan mereka telah melampaui batas dalam masalah berhukum dengan apa yang diturunkan Allah dan masalah ketaatan, iaitu ketaatan kepada kaum musyrikin, para pereka (designer) dan penentu masalah tersebut… dan seterusnya.

Juga termasuk di antara penyimpangan yang terkandung di dalam buku fii Zhilalil Qur’an adalah bahawasanya tidak tampak pada beliau adanya penekanan tehadap apa yang ditetapkan oleh ahlus sunnah, maksudnya, seakan-akan pemikiran beliau tidak terfokus kepada suatu tujuan tertentu secara spesifik, ertinya pada arah tertentu yang beliau kehendaki supaya bukunya menjadi buku dakwah sebagaimana yang beliau anggap sesuai dengan keadaan zaman ini, namun buku ini mengandungi sesuatu yang telah saya sebutkan dan selainnya.

Juga di antara sesuatu yang beliau berbeza dengan yang lain, adalah ketika beliau menyebutkan dalam surah Yusuf, beliau menyebutkan bahawa mereka yang bertanya tentang hukum-hukum Islam sedangkan mereka adakah masyarakat jahiliyah, mereka ini hanya bermaksud mempermainkan Islam, dan para ulama yang menjawab pertanyaan mereka, maka bererti turut serta dalam mempermainkannya. Inilah makna (yang difahami) daripada perkataannya. Kenapa demikian? Beliau berkata, “Kerana hukum-hukum Islam dan fiqh Islam tidaklah datang melainkan untuk menyetujui keadaan realiti seorang muslim. Adapun masyarakat jahiliyah ini (menurut definisi beliau) sesungguhnya tidak menerima hukum-hukum Islam sekalipun seorang alim bersungguh-sungguh dalam menjelaskan hukum!”

Perkara ini, tidak dapat diragukan lagi adalah merupakan suatu gambaran dari penyelewengan terhadap manhaj (prinsip) yang haq/benar, disebabkan hukum-hukum Islam itu dapat dijelaskan pada suatu negeri yang ada kaum muslimin di dalamnya, bahkan walaupun yang ada hanya seorang muslim saja. Apabila ia bertanya tentang agamanya maka diterangkan padanya dan diterangkan tentang Islam dan hukum-hukumnya, walaupun ia berada di negeri Jahiliyah. Adapun pengumuman beliau bahawa semua negeri kaum muslimin adalah negeri jahiliyah, maka ini tidak ragu lagi merupakan sikap yang melampaui batas, maksudnya, beliau telah mengkafirkan semuanya menurut definisi yang beliau buat.

Termasuk pula masalah beliau yang lain dari yang lainnya adalah seperti beliau memilah-milah fiqh menjadi dua bentuk dalam surat Yusuf – iaitu (pertama) fiqhul auraq (fiqh atas kertas atau teori) dan (kedua) fiqhul waaqi’ (fiqh realitas) dan termasuk pula fiqhul harakah (fiqh pergerakan). Yang beliau maksudkan dengan fiqhul auraq adalah fikih yang ada di tengah-tengah kita ini berupa fiqh ulama Islam, manakala yang beliau maksudkan dengan fiqhul waaqi’ adalah realiti yang dihadapi harakah (pergerakan Islam), segala yang berkaitan dengannya dan segala yang semisalnya. Maksudnya iaitu segala apa yang berkait dengan organisasi jama’ah dan parti. Beliau berkata, “Sesungguhnya, tanggungjawab kita sekarang adalah meneliti (memberi penekanan) kepada fiqh organisasi dan fiqhul waaqi’. Adapun fiqhul auraq, tidaklah berkembang melainkan dalam masyarakat madani, kerana haruslah ada masyarakat yang mempraktikkannya. Apabila kita tidak menemui masyarakat yang mempraktikkannya, maka kita tidak perlu lagi mengambil berat tentangnya, sebagaimana kajian-kajian dan selainnya yang diarahkan dengan perhatian yang besar kepadanya. Perhatian besar kita haruslah difokuskan kepada fiqhul waaqi’, kerana fiqh inilah yang diperlukan masyarakat dan semisalnya.”

Beliau memiliki terlalu banyak pemikiran yang menyimpang apabila anda meneliti perkara-perkara yang telah disebutkan. Seseorang penuntut ilmu yang memiliki semangat dan minat dalam menuntut ilmu, lazimilah diri dengan menela’ah buku-buku yang penuh manfaat milik generasi salafuss soleh, buku-buku yang dapat memberikan manfaat ilmu yang bersih lagi murni baginya. Adapun buku-buku yang mengandungi pelbagai kebatilan, mengandung penyelewengan (tercemar), mengandung pemikiran-pemikiran individu yang tidak dibina dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur’an dan as-Sunnah, yang tidak disepakati oleh ulama ahlus sunnah wal-jama’ah, maka sesungguhnya seorang penuntut ilmu terutamanya yang masih di peringkat awal, pada ketika membacanya, dapat menyebabkan ia tergelincir (dari kebenaran) dan membawa masuk syubhat ke dalam hatinya. Orang yang bersemangat dalam mempelajari agamanya tidak akan menjatuhkan dan membiarkan dirinya tergelincir dan diracuni oleh syubhat.”

Sumber: Rakaman “Syarah Masa’ilil Jahiliyah karya Syaikhul Islam Muhammad bin ‘Abdil Wahhab”, Pita Rakaman ke-7, bahagian B. Rujuk:

edharalhaq.com.

Pesanan Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdirrahman al-Ghudayyan:

قال السائل: يقول عدنان عرعور: ( لا أعلم أحداً تكلم في قضايا المنهج مثل ما تكلم سيد قطب، ومعظم ما كتبه سيد كان مصيباً فيه، ومن أعظم كتبه “في ظلال القرآن” و”معالم على الطريق” و”ولماذا أعدموني” )، مع أنه صرح في مواضع أخرى أنه لم يقرأ هذه الكتب وينصح الشباب بقراءتها، فما قول سماحتكم ؟
قال فضيلة الشيخ عبد الله الغديان: ( الجواب أن الشباب ينصحون بعدم قراءتها وأنهم يقتصرون على دلالة القرآن ودلالة السنة وعلى ما كان عليه الخلفاء الأربعة والصحابة والتابعين ).
المرجع (من شريط أقوال العلماء في إبطال قواعد ومقالات عدنان عرعور)
Seorang penanya berkata: ‘Adnan ‘Ar’ur telah menyatakan: “Tidak seorang pun yang aku ketahui yang berbicara persoalan manhaj serupa dengan apa yang dikatakan oleh Sayyid Quthub, dan hampir keseluruhan buku yang ditulisnya merupakan (bukti) kebenaran perkara ini. Di antara buku-buku utama beliau adalah fii Zhilalil Qur’an, Ma’alim ‘ala ath-Thariq dan Limadza A’damuni.” Padahal di kesempatan yang lain, ia (Adnan ‘Ar’ur) secara tegas telah menyatakan bahawa ia sendiri belum membaca buku-buku tersebut namun ia menganjurkan pula para pemuda (penuntut ilmu) untuk membacanya. Apa komen Syaikh (terhadap perkara ini)?

Syaikh ‘Abdullah al-Ghudayyan menjawab: “Jawabanku adalah bahawasanya para pemuda (penuntut ilmu) dianjurkan untuk tidak membaca buku-buku ini dan mereka dicukupkan hanya pada dalil-dalil al-Qur’an, as-Sunnah dan apa yang para khalifah yang empat, para sahabat dan para tabi’in berada di atasnya.

Rujukan: Kaset/rakaman “Ucapan para ulama di dalam membatalkan kaidah dan ucapan Adnan ‘Ar’ur”. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 54, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Pesanan Syaikh Dr. Rabee’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah:

قال الشيخ المحدث ربيع بن هادي المدخلي في خاتمة كتابه “الحد الفاصل بين الحق والباطل”: ( لقد تبين مما كتبته في “أضواء إسلامية على عقيدة سيد قطب وفكره” ومما عرضته في كتاب “مطاعن سيد قطب في أصحاب رسول الله r”، ومما عرضته في هذا البحث “الحد الفاصل بين الحق والباطل”، ومما كتبه الشيخ عبدالله الدويش ومما كتبه وقاله غيره أن كتب سيد قطب:
“في ظلال القرآن”.
“العدالة الاجتماعية”.
بدعة “التصوير الفني”.
“الخصائص”.
“المقومات”.
“معركة الإسلام والرأسمالية”.
“معالم على الطريق”.
“الإسلام ومشكلات الحضارة”.
قد اشتملت على بدع كبرى كثيرة مردية وأنـها أخطر على شباب الأمة من السموم الفتاكة والأسلحة المدمرة لأنـها تدمر العقل والعقيدة فهل ينتظر فساد أكبر:
من تعطيل صفات الله.
ومن إفساد معنى لا إله إلا الله.
ومن تحريف آيات التوحيد ودعوات الرسل إلى السياسة.
وهل ينتظر جرأة وسوء أدب أكبر من ذم نبي كريم من أنبياء الله أولي العزم. ومن الطعن في الخليفة عثمان وفي أصحاب رسول الله r. ومن الدندنة حول وحدة الوجود في “الظلال” و”الخصائص” و”المقومات”. ومن تكفير الأمة من قرون وغرس الأحقاد في نفوس من تأثروا بمنهجه على الأمة وعلمائها.
ومن تحريف نصوص الإسلام وقواعده إلى الاشتراكية الغالية. ومن اعتبار سنة رسول الله r واعتبار كلام الأنبياء من أفكار البشر التي لا يعول عليها ولا يوثق بـها إلى غير ذلك من الطوام والدواهي التي ضمنها سيد قطب كتبه. فيا علماء الإسلام أنتم ورب السماء والأرض مسؤلون أمام الله عن شباب الأمة، فما الذي يمنعكم أن تقولوا كلمة الحق الواضحة الصريحة في كتب هذا الرجل وعقائده وفكره؟؟ ولقد ظهرت آثارها المدمرة لا في عقول وعقائد الخرافيين فحسب ؛ بل في عقول أبناء من أكرمهم الله بالمنهج السلفي الحق وفي كل ناشئ سليم الفطرة يطلب الإسلام الحق عقيدة وشريعة. أنتم معشر العلماء ووراث الأنبياء يدرك العاقل اللبيب أن على عواتقكم مسؤليات وأعباء جسيمة تشغلكم عن دراسة فكر سيد قطب وأمثاله، ولو تعلمون ما تحتويه كتب هذا الرجل من الطوام والبلايا والفتن وعلمتم تأثير تياره المدمر الواسع الانتشار في شباب الأمة ولا سيما التجمعات السلفية لضحكتم قليلاً ولبكيتم كثيراً ولرأيتم أن من أوجب الواجبات دراسة فكره لإزالة خطره عن شباب الأمة وشره. ويجب أن يعلم علماؤنا الأفاضل أن لأهل الأهواء والتحزب أساليب رهيبة لاحتواء الشباب والتسلط والسيطرة على عقولهم ولإحباط جهود المناضلين في الساحة عن المنهج السلفي وأهله. من تلكم الأساليب الماكرة استغلال سكوت بعض العلماء عن فلان و فلان، ولو كان من أضل الناس فلو قدم الناقدون أقوى الحجج على بدعه وضلاله فيكفي عند هؤلاء المغالطين لهدم جهود المناضلين الناصحين التساؤل أمام الجهلة فما بال فلان وفلان من العلماء سكتوا عن فلان وفلان ؟! ولو كان فلان على ضلال لما سكتوا عن ضلاله؟! وهكذا يلبسون على الدهماء ؛ بل وكثير من المثقفين. وغالب الناس لا يعرفون قواعد الشريعة ولا أصولها التي منها: أن الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر من فروض الكفايات، فإذا قام به البعض سقط الحرج عن الباقين. ومن أساليبهم انتزاع التزكيات من بعض العلماء لأناس تدينهم مؤلفاتـهم ومواقفهم ونشاطهم بالبعد عن المنهج السلفي ومنابذة أهله وموالات خصومه وأمور أخرى. ومعظم الناس لا يعرفون قواعد الجرح والتعديل، وأن الجرح المفصل مقدم على التعديل لأن المعدل يبني على الظاهر وعلى حسن الظن والجارح يبني على العلم والواقع كما هو معلوم عند أئمة الجرح والتعديل. وبـهذين الأسلوبين وغيرهما يحبطون جهود الناصحين ونضال المناضلين بكل سهولة ويحتوون دهماء الناس بل كثير من المثقفين، ويجعلون منهم جنودا لمحاربة المنهج السلفي وأهله والذب عن أئمة البدع والضلال. وما أشد ما يعاني السلفيون من هاتين الثغرتين التي يجب على العلماء سدهما بقوة وحسم لما ترتب عليها من المضار والأخطار. ولقد عرضت لكم كثيرا من عقائد سيد قطب عرضا أمينا ووضعته بين أيديكم فقوموا لله مثنى وفرادى لدراسة هذه المشاكل الخطيرة، وقدموا الحل السليم الذي ينقذ شباب الأمة من هذا الكابوس الجاثم على صدورهم. أما أنا الفقير الضعيف فالذي أدين الله به أنه يجب حماية شباب الأمة وعقيدتـها من كتب هذا الرجل وفكره المدمر بحظر هذه الكتب. ووالله إن هذه لمسألة المسائل وإنه يجب الاهتمام بـها ووضع الحل الحاسم الذي يرضي رب الأرض و السماء. اللهم وفق علماءنا لإنقاذ أبنائنا وشبابنا وجنب علماءنا واحمهم من مغالطات المخذلين الماكرين، ووفق علماءنا الصادعين بالحق في كل مجال لأن يصدعوا به في هذا المجال الخطير بل الأخطر إنك سميع الدعاء ). ( من خاتمة كتاب “الحد الفاصل بين الحق والباطل” للشيخ ربيع، طبع 1413 )
Syaikh Dr. Rabee’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah berkata dalam penutup buku, “al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil”, Sesungguhnya telah jelas apa yang saya tulis dalam Adwa’ Islamiyyah ala Aqidah Sayyid Quthub wa Fikrihi dan apa yang saya utarakan dalam buku Matha’in Sayyid Quthub fi Ashhabi Rasulullah, dan apa yang saya utarakan juga dalam buku al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil, dan apa yang disusun (ditulis) oleh Syaikh ‘Abdullah ad-Duwaisy dan di antara apa yang ia dan selainnya katakan bahawa buku-buku Sayyid Quthub seperti fii Zhilalil Qur’an, al-Adalah al-Ijtima’iyyah adalah sebuah bid’ah, dan at-Tashwir al-Fanni, al-Khashaish, al-Muqawwamat, Ma’rakatul Islam war-Ra’samaliyah, Ma’alim fit Thariq, dan al-Islam wa Musykilatul Hadharah.

Sesungguhnya buku-buku tersebut mengandungi terlalu banyak perkara-perkara bid’ah yang besar dan menyentuh soal prinsip, dan perkara tersebut adalah sangat bahaya kepada para pemuda (penuntut ilmu) masyarakat ini daripada hanya sekadar racun yang mematikan dan senjata yang menghancurkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut akan menghancurkan akal dan aqidah, lalu adakah mungkin menunggu bencana yang lebih besar lagi dari (sebagaimana yang dilakukan Sayyid Qutuhub):

1 – mengingkari sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

2 – Merosakkan makna laa ilaha illallah.

3 – Menyelewengkan (memalingkan) ayat-ayat tauhid dan dakwah-dakwah Rasul kepada politik.

4 – Adakah perlu menunggu lagi kelancangan dan ketidak-sopanan yang lebih besar dariapda mencela seorang Nabi dari Nabi-nabi Allah di antara Ulul Azmi?

5 – Tuduhan terhadap Khalifah ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu dan terhadap para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

6 – Menyuarakan kata-kata kesatuan dalam wujud (wehdatul wujud) dalam buku adz-Dzilal, al-Khashaish, dan al-Muqawwamat.

7 – Mengkafirkan umat sejak berabad-abad dan menanamkan benci/hasan di dalam jiwa orang-orang yang terkesan dengan manhaj beliau (Sayyid Quthub), terhadap para ulama, dan masyarakat.

8 – Penyimpangan nash-nash Islam dan kaedah-kaedahnya kepada sosialisme yang melampau (ekstream).

9 – Anggapan terhadap sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan perkataan para Nabi merupakan pemikiran manusia yang tidak dapat dijadikan rujukan dan tidak perlu dipercayai dan sebagainya dari perkataan yang merosakkan. Inilah bentuk-bentuk kemungkaran besar yang dimasukkan oleh Sayyid Quthub melalui buku-bukunya tersebut.

Wahai para ulama Islam, demi Tuhan langit dan bumi – kamu bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap para pemuda umat ini, lalu apa yang menghalang kamu untuk menyuarakan kebenaran yang telah jelas dan nyata dalam buku-buku orang ini, aqidahnya mahupun pemikirannya?

Sesungguhnya telah nampak kesan-kesannya yang merosak, tidak hanya bagi akal ataupun keyakinan orang-orang yang menyimpang sahaja, bahkan bagi akal-akal penerus orang-orang yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya dengan manhaj Salafi yang benar ini dan juga bagis etiap pemuda yang baru tumbuh yang masih bersih fitrahnya dan baru mencari Islam yang benar sama ada aqidah mahupun syari’ah.

Kamu wahai para ulama dan para pewaris nabi Nabi, seorang yang berakal jernih pastilah akan mengetahui bahawasanya di atas bahu-bahu kalian beban yang sangat berat yang menyibukkan kamu dari mempelajari pemikiran Sayyid Quthub dan orang-orang yang seumpamanya, sekiranya kamu mengetahui (sedar) apa yang terkandung dalam buku-bukunya tersebut dari pelbagai kerosakan, malapetaka, dan fitnah-fitnah yang kamu ketahui akan kesan-kesan dari serangannya yang menghancurkan tersebut. Ia bertindak dengan cepat lagi meluas di kalangan para pemuda Islam apatah lagi di kalangan para salafi, maka sudah tentulah kamu akan sedikit sekali tertawa dan banyak menangis. Sudah tentulah kalian mengetahui bahwa meneliti pemikirannya demi menghilangkan mara bahaya serta kebusukannya dari para pemuda Islam adalah kewajiban yang paling wajib atas kamu semua.

Sebaliknya, diketahui oleh para ulama kita yang mulia bahawasanya para pengikut hawa nafsu dan golongan tersebut memiliki cara-cara yang banyak untuk merangkul para pemuda, menguasai dan mengendalikan akal-akal mereka, dan melemahkan usaha-usaha para pejuang prinsip-prinsip salaf di khalayak umum dan orang-orang salafi itu sendiri.

Di antara kaedah dan cara mereka yang meniru adalah mempergunakan kesempatan diamnya beberapa ulama dari fulan dan fulan, walaupun ia merupakan manusia yang paling sesat,s ekiranya para pengkritik mengajukan alasan-alasan yang kuat atas segala tindakan bid’ah dan kesesatannya maka cukuplah bagi mereka orang-orang yang menyalahkan untuk menghancurkan usaha-usaha para pejuang yang selalu memberikan nasihat atas pertanyaan-pertanyaan yanga da pada orang-orang jahil, lalu bagaimanakah gerangan keadaan fulan da fulan di antara para ulama yang berdiam diri dari fulan dan fulan? Dan demikianlah mereka menutupi hal-hal seperti itu terhadap masyarakat awam, bahkan kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar.

Kebanyakan orang tidak mengetahui kaedah-kaedah syari’at dan tidak juga asas-asasnya yang di antaranya adalah seperti memerintahkan kepada kebajikan dan melarang dari kemungkaran di antara kewajiban-kewajiban yang kifayah, iaitu apabila sebahagian telah menunaikannya maka lepaslah kewajiban dari sebahagian yang lain.

Dan di antara kaedah dan cara mereka adalah mencabut apa yang telah disarankan oleh para ulama bagi orang-orang di mana karya-karya, pendapat-pendapat, dan kegiatan-kegiatan mereka menguasai diri emreka dengan menjauhi dari manhaj salafi dan menjauhi orang-orang salafi, mendekati lawan-lawannya dan segala bentuk perkara lainnya.

Kebanyakan manusia tidak mengerti tentang kaedah-kaeah ilmu al-jarh wat Ta’dil, iaitu al-jarh yang terperinci perlu didahulukan daripada Ta’dil kerana al-Mu’addil menilai hanya secara lahiriyyah sahaja dan atas dasar prasangka baik (husnuz zhan), manakala al-jarh menilai secara pasti dan nyata sebagaimana yang diketahui oleh para ulama al-jarh wat ta’dil.

Dengan dua kaedah tersebut dan selainnya telah melemahkan usaha orang-orang yang menegakkan nasihat dan mematahkan perjuangan para pejuang kebenaran dengan sangat mudah sekali dan mereka merangkul rakyat biasa bahkan kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar, lalu mereka menjadikan mereka sebagai tentera untuk memerangi manhaj salaf dan orang-orangnya,s erta membela para pemimpin bid’ah dan kesesatan.

Dan betapa kerasnya orang-orang salaf menghadapi kedua bentuk pertembungan tersebut, yang wajib atas para ulama membendungnya dengan kekuatan dan kemampuan keras kerana adanya perkara yang ditimbulkan olehnya dari bahaya dan kerosakan.

Sesungguhnya aku telah membentangkan kepada kamu semua sebahagian keyakinan (i’tiqad) Sayyid Quthub dengan pembentangan yang dapat dipercayai dan telah aku sampaikan kepada anda semua, maka bangkitlah kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan berdua ataus endirian untuk mempelajari persoalan dan masalah yang sangat bahaya ini, dan tunjukkan jalan keluar yang baik yang dapat menyelamatkan para pemuda (penuntut ilmu) di kalangan umat ini dari jerat yang membelenggu pemikiran mereka.

Adapun aku ini hanyalah seorang yang lemah dan tidak memiliki apa pun, namun aku sangat yakin dan dengan itu aku beragama kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawasanya wajib untuk melindungi para pemuda umat ini dan aqidah mereka dari buku-buku orang ini (Sayyid Quthub) dan pemikirannya yang merosakkan dengan adanya bahaya buku-buku tersebut.

Demi Allah, sesungguhnya ini adalah masalah yang sangat penting dan bahawasanya wajib untuk kita menelitinya serta bersegera mencari jalan keluar yang terbaik yang menjadikanTuhan langit dan bumi redha. Ya Allah berilah taufiq kepada para ulama umat ini dalam menyelamatkan para pemudanya, jauhkanlah para ulama dan lindungilah mereka dari kesalahan dan kekeliruan para pelaku tipu-daya dan pembuat kerosakan, juga bimbinglah para ulama kita yang menerangkan kebenaran dalam segala aspek kehidupan supaya mereka menjelaskan kebenaran tersebut dalam aspek yang satu ini yang sangat berbahaya ini bahkan paling bahaya, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-Mu ini.

Dinukil dari penutup buku al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil, karya Syaikh Rabee’ B. Hadi, cet. 1413H. (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani,

Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 100-104, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 – 1423H)

Wallahu a’lam…