307 – Sirah Sahabat

Sirah Sahabat

Title:
Sirah Shahabat
Judul Asli (‘Arab): Shuwar min Hayati ash-Shahabah

Author:
Dr. ‘Abdurrahman Ra’fat al-Basya

Publisher:
Pustaka as-Sunnah

Price:
RM72

Weight:
1kg

Description:

Orang-orang yang menyakiti para sahabat bererti mereka telah menyakiti Rasulullah manakala siapa sahaja yang menyakiti Rasulullah bererti telah menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesiapa pun yang menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala maka dia adalah orang yang dilaknat dan tercela.

Rasullullah Shalallahu ‘alaihi was Salam bersabda: “Janganlah kamu mencela sahabatku, seandainya salah seorang di antara kamu menginfaqkan emas sebesar Gunung Uhud maka tidaklah menyamai walau 1 mud atau setengahnya infaq mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari: 3470 dan Muslim: 2540) Dan Rasulullah juga bersabda: “Sesiapa mencela sahabatku, ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir, 12/142, dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah Ahadits ash-Shohihah: 2340) Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang menunjukkan kemuliaan para sahabat (Radhiyallahu ‘anhum) dan haramnya mencela apatah lagi mencaci para sahabat Rasulullah. Bahkan kewajiban kita adalah memuliakan mereka kerana mereka telah memuliakan Allah dan Rasul-Nya. Inilah manhaj (metode) yang ditempuh oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Sesiapa sahaja yang menyimpang dari metode ini bererti mereka adalah orang-orang yang tersesat dari jalan yang Haq. Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahulloh: “Termasuk hujjah yang jelas adalah menyebut kebaikan-kebaikan para sahabat Rasulullah seluruhnya, dan menahan lisan dari membicarakan keburukan mereka dan perselisihan yang terjadi di antara mereka, sesiapa sahaja yang mencela para sahabat Rasulullah atau salah satu di antara mereka, mencacat dan mencela mereka, membongkar aib mereka atau salah satu dari mereka maka dia adalah mubtadi’ (ahli bid’ah), rafidhi (orang rafidhah/syi’ah) yang busuk yang tersesat. Mencintai para sahabat adalah sunnah, mendo’akan kebaikan untuk mereka adalah amalan ketaatan, meneladani mereka adalah perantara (ridha-Nya), mengikuti jejak mereka adalah kemuliaan. Para sahabat Rasulullah adalah manusia terbaik, tidak dibenarkan bagi seorang pun menyebut-nyebut keburukan mereka, tidak pula mencacat atau mencela dan membicarakan aib salah seorang di antara mereka.”

Maka, inilah buku yang menceritakan sirah sebahagian dari Sahabat-sahabat Rasullullah Shalallahu ‘alaihi was salam, semoga Allah memberikan kita jalan kemudahan dan semangat untuk mengikuti mereka dalam ilmu dan amal mereka radiyallahu ‘anhum.

Total Pages:
554 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.