Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):
Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,
36 – Kami tidak menentukan sama ada (masuk) syurga atau neraka bagi siapapun dari ahli kiblat (kaum muslimin) disebabkan suatu amalan yang telah dilakukannya. Kami mengharap (kebaikan) bagi orang yang soleh dan bimbang akan keburukan darinya. Kami (juga) bimbang (keburukan) akan menimpa orang yang tidak baik lagi berdosa, dan mengharapkan rahmat Allah baginya. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 36)
Penjelasan/Syarah:
Iaitu kecuali bagi orang yang telah dijelaskan melalui al-Kitab atau as-Sunnah akan masuk syurga atau neraka, sebagaimana contohnya sepuluh orang sahabat yang mendapat khabar gembira masuk syurga, dan selain mereka. (Lihat di dalam at-Ta’liq ‘ala ath-Thahawiyyah, hal. 41)
Dinukil dan disunting dari:
Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 122. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)