Wasiat Al-Imam Abu Hatim Ar-Razi Agar Bermazhab dengan Mazhab Salaf

www.ilmusunnah.com

Berkata Al-Imam Abu Hatim Ar-Razi (Muhammad bin Idris bin Al-Mundzir Al-Handzali Ar-Razi rahimahullah, 196H-277H):

مذهبنا واختيارنا اتباع رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه والتابعين ومن بعدهم بإحسان، وترك النظر في موضع بدعهم، والتمسك بمذهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن حنبل، وإسحاق بن إبراهيم، وأبي عبيد القاسم بن سلام، والشافعي. ولزوم الكتاب والسنة، والذب عن الأئمة المتبعة لآثار السلف، واختيار ما اختاره أهل السنة من الأئمة في الأمصار مثل: مالك بن أنس في المدينة، والأوزاعي بالشام، والليث بن سعد بمصر، وسفيان الثوري، وحماد بن زياد بالعراق من الحوادث مما لا يوجد فيه رواية عن النبي صلى الله عليه وسلم والصحابة والتابعين. وترك رأي الملبسين المموهين المزخرفين الممخرقين الكذابين

“Pendapat dan Mazhab yang kami pilih adalah mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’ien serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka lakukan (yakni bid’ah-bid’ah ahli kalam). Iaitu dengan mengikuti mazhab ahli atsar seperti Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ibrahim, Abu ‘Ubaid Al-Qasim bin Salam, dan Asy-Syafi’i.

Dan hendaklah melazimi (yakni berpegang teguh dengan) Al-Qur’an dan As-Sunnah serta membela para imam yang mengikuti atsaar (yakni jalan) salaf. Memilih apa yang dipilih oleh imam-imam Ahlus Sunnah di pelbagai negeri/wilayah, seperti Al-Imam Malik bin Anas di Madinah, Al-Auzaa’i di Syaam, Al-Laits bin Sa’ad di Mesir, Sufyan Ats-Tsauri dan Hammad bin Zaid di Iraq. Kami memilih pendapat para imam tersebut dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang tidak diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat dan tabi’in. Kami meninggalkan sejauh mungkin pemikiran (ra’yi) si pengacau, penebar syubhat, penyamar, pendusta, orang-orang yang hanya pandai bercakap lagi penipu.”

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abul Qasim Hibbatullah bin Al-Hasan bin Manshur Al-Laalikaa’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah bi Kitabi wa As-Sunnah wa Ijma’ Ash-Shohabah, no. 323.

Penjelasan kalimat:

وترك النظر في موضع بدعهم

“Dan meninggalkan bid’ah-bid’ah yang mereka lakukan (yakni bid’ah-bid’ah ahli kalam – pent.).”

Adalah khusus merujuk kepada ahli kalam (bukan merujuk kepada para sahabat) sebagaimana yang dijelaskan atau direkodkan dalam Thabaqat Al-Hanabilah, 1/286 (dari perkataan Abu Hatim, beliau berkata):

واتباع الآثار عن رسول الله وعن أصحابه وعن التابعين بعدهم بإحسان وترك كلام المتكلمين وترك مجالستهم وهجرانهم وترك من وضع الكتب بالرأي بلا آثار والنظر في موضع بدعتهم والتمسك بمذاهب أهل الأثر مثل أبي عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل وذكر الاعتقاد بطوله

“… (Hendaklah) mengikuti atsaar (jalan dan manhaj) Rasulullah, para Sahabatnya, dan para tabi’in dan yang setelahnya dengan baik, meninggalkan perkataan para ahli kalam (yakni golongan yang hanya pandai bercakap dengan mantiq, pemikiran-pemikrian dan falsafah-falsafah – pent.), meninggalkan perbuatan duduk-duduk bersama mereka, meninggalkan orang-orang yang menulis kitab dengan sekadar ra’yi (yakni dengan sekadar pendapat dan pemikiran-pemikiran) tanpa atsar dan meninggalkan merujuk kepada bid’ah-bid’ah mereka, (sebaliknya hendaklah) berpegang-teguh dengan mazhab ahli atsar (yakni jalan mereka yang mengikuti Salaf), seperti Abu ‘Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dan mendahulukan pendapat atau i’tiqad mereka.”

Semoga bermanfaat.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest