Kenduri Kahwin Itu Mudah, Jangan Diberatkan

» Ust. Yazid Abdul Qadir Jawas 
www.ilmusunnah.com

Ustaz Yazid Abdul bin Qadir Jawas menegaskan bahawa majlis walimah (Kenduri Kahwin) itu adalah mudah, tidak boleh diberat-beratkan. Jangan hanya kerana mahu dipandang mewah, majlis ditangguhkan sehingga membebankan pasangan hendak berkahwin. Sedangkan Islam itu mudah. Maka bertaqwalah kepada Allah dengan sedaya upaya. Dapatkan buku yang sedang dibahaskan oleh Ust. Yazid dalam rakaman video ini berjudul Panduan Keluarga Sakinah (cetakan baru).

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ، وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

“Apabila orang yang kalian redha agama dan akhlaknya datang melamar, hendaklah kalian kahwinkannya. Seandainya kalian tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1084. Dinilai hasan Al-Albani)

Dari hadis Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَمْ يرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ

“Aku tidak melihat (solusi yang lebih baik) bagi dua orang yang saling mencintai semisal nikah.” (Sunan Ibn Majah, no. 1847)

Dari ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Sunan Abi Dawud, no. 2117. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

“Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Musnad Ahmad, no. 24478. Dinilai hasan oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Di hadis yang lain disebutkan:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

“Pernikahan yang paling besar barakahnya adalah yang paling mudah maharnya.” (Musnad Ahmad, no. 24529. Dinilai dha’if oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest