Turunnya Allah Ke Langit Dunia di Malam Nishfu Sya’ban?

Turunnya Allah Ke Langit Dunia di Malam Nishfu Sya’ban?

Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdurrahman Ash-Shabuni rahimahullah (Wafat: 440H)
www.ilmusunnah.com

Muhammad bin Sallam mengkhabarkan, beliau bertanya kepada Al-Imam ‘Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H) tentang turunnya Allah (ke langit dunia) pada malam nishfu Sya’ban (pertengahan Sya’ban). Maka ‘Abdullah bin Al-Mubarak menjawab:

يا ضعيف في كل ليلة ينزل

“Wahai orang yang lemah, Allah itu turun pada setiap malam!”

(di manuskrip/nuskhah yang lain):

يا ضعيف ليلة النصف، ينزل في كل ليلة

“Wahai orang yang lemah, di malam nishfu Sya’ban (sahaja)? Bahkan Dia turun di setiap malam!”

Maka seseorang bertanya:

يا أبا عبد الرحمن كيف ينزل؟ أليس يخلو ذلك المكان منه؟ فقال عبد الله: ينزل كيف شاء

“Wahai Aba ‘Abdirrahman (‘Abdullah bin Al-Mubarak), bagaimana Dia turun? Bukankah tempat itu akan kosong dari-Nya?”

Maka jawab ‘Abdullah bin Al-Mubarak:

“Allah turun sebagaimana yang Dia kehendaki.”

Disebutkan dalam riwayat yang lain berkaitan kisah ini, ‘Abdullah bin Al-Mubarak berkata kepada lelaki tersebut:

إذا جاءك الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاخضع له

“Apabila datang kepada engkau hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka tunduklah kepadanya.”

(lihat: ‘Aqidah Salaf wa Ash-habul Hadits oleh Imam Abu ‘Utsman Isma’il bin ‘Abdurrahman Ash-Shabuni)

Allah turun ke langit dunia