Tidak Mengikuti Tanpa Ilmu

Tidak Mengikuti Tanpa Ilmu

Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah
Tafsir As-Si’di

Allah Ta’ala berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah Al-Israa’, 17: 36)

Kata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah:

أي: ولا تتبع ما ليس لك به علم، بل تثبت في كل ما تقوله وتفعله، فلا تظن ذلك يذهب لا لك ولا عليك

“Maksudnya: Janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak ketahui. Sebaliknya, ta-tsabbut-lah (telitilah baik-baik) setiap apa yang hendak engkau katakan dan lakukan. Jangan sesekali engkau menyangka semua itu akan berlalu pergi (tanpa sebarang makna) kepada engkau dan tanpa (sebarang erti) atas engkau.”

فحقيق بالعبد الذي يعرف أنه مسئول عما قاله وفعله وعما استعمل به جوارحه التي خلقها الله لعبادته أن يعد للسؤال جوابا، وذلك لا يكون إلا باستعمالها بعبودية الله وإخلاص الدين له وكفها عما يكرهه الله تعالى.

“Sudah semestinya bagi seorang hamba yang mengetahui bahawa dia akan diminta pertaggungjawaban terhadap segala apa yang dia amalkan dengan anggota badannya yang telah Allah ciptakan untuk dia beribadah kepada-Nya, agar dia bersiap dengan jawaban (yang akan dipertanyakan kepadanya kelak). Dan yang demikian tidaklah terjadi melainkan dengan menggunakannya hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mengikhlaskan agama ini untuk-Nya serta menahannya dari apa-apa yang dibenci oleh Allah Ta’ala.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 457-458 – Daar Ibnul Jauzi)