Tidak Mengambil Kaum Kafir Sebagai Pemimpin

Tidak Mengambil Kaum Kafir Sebagai Pemimpin

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (138) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

“Khabarkanlah (berita gembira) kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman-teman penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya ‘izzah (kemuliaan) itu adalah milik Allah seluruhnya.” (Surah An-Nisaa’, 4: 138-39)

Allah Ta’ala menjelaskan dalam ayat tersebut bahawa di antara sikap orang-orang munafiq adalah mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin dan teman-teman dekat lagi dipercayai berbanding orang-orang yang mukmin.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

“Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka adalah awliyaa’ (pemimpin dan penolong) bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah, nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar di muka bumi.” (Surah Al-Anfaal, 8: 73)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

أي: إن لم تجانبوا المشركين وتوالوا المؤمنين، وإلا وقعت الفتنة في الناس، وهو التباس الأمر، واختلاط المؤمن بالكافر، فيقع بين الناس فساد منتشر طويل عريض.

“Maksudnya, jika kalian tidak menyingkirkan orang-orang musyrik dan tidak menjadikan hanya orang-orang yang mukmin sebagai wali (penjaga amanah, pemimpin, dan orang-orang kepercayaan), maka akan terjadilah fitnah di tengah-tengah manusia. Iaitu akan bercampur-aduknya urusan kaum mukmin dengan yang kafir, sehingga keadaan tersebut pun menyebabkan kerosakan yang besar dan lama di tengah-tengah khalayak manusia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/98)

Kata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah:

لما عقد الولاية بين المؤمنين، أخبر أن الكفار حيث جمعهم الكفر فبعضهم أولياء لبعض فلا يواليهم إلا كافر مثلهم. وقوله: { إِلا تَفْعَلُوهُ } أي: موالاة المؤمنين ومعاداة الكافرين، بأن واليتموهم كلهم أو عاديتموهم كلهم، أو واليتم الكافرين وعاديتم المؤمنين. تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ } فإنه يحصل بذلك من الشر ما لا ينحصر من اختلاط الحق بالباطل، والمؤمن بالكافر، وعدم كثير من العبادات الكبار، كالجهاد والهجرة، وغير ذلك من مقاصد الشرع والدين التي تفوت إذا لم يتخذ المؤمنون وحدهم أولياء بعضهم لبعض.

“Allah menyatakan ‘aqad al-walaayah (kewalian) di antara kaum mukminin, Allah mengkhabarkan bahawa orang-orang kafir yang berhimpun bersama-sama dalam kekafiran maka sebahagian dari mereka adalah awliyaa’ (pelindung/pemimpin, orang kepercayaan) bagi sebahagian kafir yang lainnya. Maka tidak ada yang mengangkat mereka menjadi wali melainkan orang-orang kafir yang sama-sama kafir seperti mereka.

Firman Allah, “Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan.” Iaitu ber-muwaalaah (berwalaa’, berkasih-sayang, mengambil pemimpin atau mengambil orang kepercayaan) sesama kaum mukminin dan berlepas diri dari kaum kafir, di mana kamu berwalaa’ kepada mereka semua atau berlepas diri dari mereka semua, atau kamu berwalaa’ kepada orang-orang kafir dan berlepas diri dari orang-orang mukmin, “nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar.” Keadaan tersebut mengakibatkan kesan buruk yang tidak terbatas, dengan bercampur-aduknya antara kebenaran dan kebathilan, mukmin dengan kafir, hilangnya banyak ibadah besar seperti jihad, hijrah, dan maqashid (tujuan-tujuan) syari’at yang lain juga akan lenyap jika orang-orang mukmin sendiri tidak mengambil orang-orang mukmin sebagai wali.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 327)

Kemudian di halaman yang lain, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

فإن من الفساد في الأرض اتخاذ المؤمنين الكافرين أولياء، كما قال تعالى: { وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ } [الأنفال: 73] فقطع الله الموالاة بين المؤمنين والكافرين كما قال: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا } [النساء: 144]

“Termasuk dari bentuk kerosakan di muka bumi adalah apabila kaum mukminin mengambil kaum kafir sebagai awliyaa’ (pemimpin dan orang-orang kepercayaan), sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka adalah awliyaa’ (pemimpin dan penolong) bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (kaum muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah, nescaya akan terjadi fitnah (musibah dan kekacauan) serta kerosakan yang besar di muka bumi.” (Surah Al-Anfaal, 8: 73)

Allah telah memutuskan prinsip al-muwaalaah di antara kaum mukminin dan kaum kafir sebagaimana firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan orang-orang yang mukmin. Adakah kalian mampu mengemukakan hujah yang nyata bagi Allah?” (Surah An-Nisaa’, 4: 144)

Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan kaum mukminin lainnya. Dan sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia dari pertolongan Allah kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah mengingatkan kamu terhadap diri-Nya dan kepada Allah tempat kembali bagi kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 28)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

نهى الله، تبارك وتعالى، عباده المؤمنين أن يوالوا الكافرين، وأن يتخذوهم أولياء يُسِرُّون إليهم بالمودة من دون المؤمنين، ثم توعد على ذلك فقال: { وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ } أي: من يرتكب نهى الله في هذا فقد برئ من الله

“Allah Tabaraka wa Ta’ala melarang hambanya yang mukmin dari mengangkat orang-orang kafir sebagai wali (teman setia) dan mengambil mereka sebagai awliyaa’ (pemimpin dan orang-orang kepercayaan) dengan sebab adanya rasa mawaddah dengan meninggalkan kaum mukminin. Kemudian Allah mengancam perbuatan tersebut lalu berfirman:

Dan sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia dari pertolongan Allah kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu…”

Maknanya, sesiapa yang melanggar larangan Allah tersebut, maka benar-benar dia terlepas dari (pertolongan) Allah.”

Kata beliau lagi: “… dan firman-Nya:

kecuali jika kerana hendak menyelamatkan diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka…” Maksudnya:

إلا من خاف في بعض البلدان أوالأوقات من شرهم، فله أن يتقيهم بظاهره لا بباطنه ونيته، كما حكاه البخاري عن أبي الدرداء أنه قال: “إنَّا لَنَكْشرُ فِي وُجُوهِ أقْوَامٍ وَقُلُوبُنَا تَلْعَنُهُمْ

“Kecuali bagi orang yang  berada di sebahagian negeri di waktu tertentu yang mereka merasa takut dari keburukan orang-orang kafir, maka dia dibolehkan berpura-pura kepada kaum kafir tersebut secara zahirnya tetapi bathin dan hatinya menafikan. Sebagaimana Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Dardaa’ bahawa beliau berkata:

“Sesungguhnya kami menampakkan wajah manis kepada beberapa orang kafir (yang memusuhi Islam terang-terangan), sedangkan hati kami melaknati mereka.”

Pendapat ini diperkuatkan dengan firman Allah Ta’ala:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ

“Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan hatinya tetap teguh di atas keimanan (maka dia tidaklah berdosa).” (Surah An-Nahl, 16: 106)

Setelah itu Allah berfirman:

Dan Allah mengingatkan kamu terhadap diri-Nya…” Maksudnya:

يحذركم نقمته، أي مخالفته وسطوته في عذابه لمن والى أعداءه وعادى أولياءه

“Allah memperingatkan kalian terhadap siksa-Nya disebabkan penentangan terhadap haq-Nya dan adalah adzab Allah itu bagi orang-orang yang menjadikan musuh-Nya sebagai wali, serta mereka yang memusuhi pula para wali-Nya (yang benar).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/30-31)

Al-Hafiz Ibnu Katsir juga menjelaskan ketika menafsirkan ayat 144 dari Surah An-Nisaa’, kata beliau:

ينهى تعالى عباده المؤمنين عن اتخاذ الكافرين أولياء من دون المؤمنين، يعني مصاحبتهم ومصادقتهم ومناصحتهم وإسرار المودة إليهم، وإفشاء أحوال المؤمنين الباطنة إليهم

“Allah Ta’ala melarang hamba-Nya yang mukminin dari mengambil orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dengan meninggalkan para mukmin yang lainnya, iaitu dengan cara bersabahat dengan mereka (orang-orang kafir), bergaul dengan mereka, bermusyawarah dengan mereka, menyimpan sifat mawaddah (kasih-sayang) terhadap mereka, dan mendedahkan rahsia serta hal-ehwal orang-orang beriman kepada mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/441)

Kata Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di rahimahullah:

لما ذكر أن من صفات المنافقين اتخاذ الكافرين أولياء من دون المؤمنين، نهى عباده المؤمنين أن يتصفوا بهذه الحالة القبيحة، وأن يشابهوا المنافقين

“Ketika Allah menyebutkan bahawa di antara sifat-sifat para munafiqiin adalah menjadikan orang-orang kafir sebagai awliyaa’ dan mengabaikan orang-orang yang mukmin, Allah pun melarang para hamba-Nya yang mukmin dari menghiasi diri mereka dengan sifat buruk tersebut, dan melarang mereka ber-tasyabbuh (menyerupai) karektor kaum munafiq tersebut.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 211)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah menyebutkan bahawa Ibn Abi Hatim meriwayatkan… dari Simaak bin Harb, dari ‘Iyaadh:

أن عمر أمر أبا موسى الأشعري أن يرفع إليه ما أخذ وما أعطى في أديم واحد، وكان له كاتب نصراني، فرفع إليه ذلك، فعجب عمر [رضي الله عنه] وقال: إن هذا لحفيظ، هل أنت قارئ لنا كتابًا في المسجد جاء من الشام؟ فقال: إنه لا يستطيع [أن يدخل المسجد] فقال عمر: أجُنُبٌ هو؟ قال: لا بل نصراني. قال: فانتهرني وضرب فخذي، ثم قال: أخرجوه، ثم قرأ: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ [بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ] }

“Bahawa ‘Umar pernah memerintahkan Abu Musa Al-Asy’ari (garbernor di bawah pemerintahan ‘Umar) melaporkan kepadanya hasil ambilan dan keluar (negara/wilayah) dalam sebuah catatan (berupa lembaran terbuat dari kulit) secara lengkap. Dan bahawasaya yang menjadi juru tulis (atau setiausaha bagi Abu Musa) ketika itu adalah seorang Nashrani. Maka si juru tulis tersebut pun melaksanakannya (dan melaporkannya) sehingga membuat takjub ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Dan ‘Umar pun berkata:

“Sesungguhnya orang ini begitu teliti (pandai dalam mencatat), adakah engkau boleh membacakan untuk kami sebuah kitab (catatan/laporan) yang datang dari Syaam di masjid?”

Maka Abu Musa pun berkata, “Sesungguhnya beliau tidak dapat masuk ke masjid.”

Maka ‘Umar berkata, “Adakah beliau sedang junub?”

Jawab Abu Musa, “Tidak, tetapi kerana beliau seorang Nashrani (Kristian).”

Lalu ‘Umar pun membantah dan memukul pehaku, kemudian beliau berkata:

“Keluarkanlah dia (yakni pecatlah dia).” Lalu ‘Umar pun membacakan (Firman Allah):

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nashara (Kristian) sebagai wali (pemimpin dan orang kepercayaan). Sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kalian yang mengambil mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 51).” (Tafsir Ibn Katsir, 3/132)

Muhammad bin Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

قال عبد الله بن عتبة: ليتق أحدكم أن يكون يهوديًا أو نصرانيًا، وهو لا يشعر. قال: فظنناه يريد هذه الآية: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ [بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ] } الآية

“‘Abdullah bin ‘Utbah berkata, “Peliharalah diri setiap kalian jangan sampai menjadi Yahudi atau Nashrani (Kristian) sementara dia tidak menyedari.”

(Kata Muhammad bin Sirin), “Menurut pendapat kami, yang beliau maksudkan adalah ayat (firman Allah) ini:

 “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nashara (Kristian) sebagai wali (pemimpin dan orang kepercayaan). Sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kalian yang mengambil mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 51).” (Tafsir Ibn Katsir, 3/132)

Wallahu a’lam.