Tawakkal Seperti Burung dan Haiwan Melata

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Dari ‘Umar bin Al-Khaththaab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang haq (yang benar), Allah pasti memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Burung-burung tersebut keluar di awal pagi (seawal Subuh hari) dalam keadaan perut kosong, lalu pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Musnad Ahmad, no. 373. Sunan At-Tirmidzi, no. 2344. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi, Al-Albani, dan Syu’aib Al-Arnauth)

Kata Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

وحقيقة التوكّل: هو صدقُ اعتماد القلب على الله – عز وجل – في استجلاب المصالح، ودفعِ المضارِّ من أمور الدنيا والآخرة كُلِّها، وكِلَةُ الأمور كلّها إليه، وتحقيق الإيمان بأنه لا يُعطي ولا يمنعُ ولا يَضرُّ ولا ينفع سواه

“Hakikat tawakkal adalah: Jujurnya hati dalam bergantung kepada Allah ‘Azza wa Jalla dalam mencari atau meraih kemashlahatan dan dalam urusan menolak mudharat dari urusan dunia dan akhirat keseluruhannya, menyerahkan urusan keseluruhannya kepada Allah, mentahqiq (merealisasikan) iman dengannya bahawa tidak ada yang dapat memberi, menahan, dan tidak ada yang dapat memberi mudharat ataupun manfaat melainkan Allah.” (Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 497 – Mu’asasah Ar-Risaalah, tahqiq Syu’aib Al-Arnauth (1419H))

Hadis ini adalah ushul (landasan) dalam tawakkal, dan tawakkal adalah sebab terbesar yang mendatangkan rezeki. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah Ath-Thalaq, 2-3)

Kata Al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah:

واعلم أنَّ تحقيق التوكل لا يُنافي السَّعي في الأسباب التي قدَّر الله سبحانه المقدورات بها، وجرت سُنَّته في خلقه بذلك، فإنَّ الله تعالى أمر بتعاطي الأسباب مع أمره بالتوكُّل، فالسَّعيُ في الأسباب بالجوارح طاعةٌ له، والتوكُّلُ بالقلب عليه إيمانٌ به

“Ketahuilah bahawa merealisasikan tawakkal tidaklah bertentangan dengan usaha mencari sebab-sebab yang ditaqdirkan Allah dan apa yang telah ditaqdirkan dengannya, serta mengikuti ketentuan-ketentuan-Nya terhadap makhluknya dengan yang tersebut, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan mengambil sebab bersama perintah tawakkal tersebut. Maka, usaha dalam melakukan sebab dengan anggota tubuh adalah termasuk bentuk ketaatan terhadap-Nya, dan tawakkal dengan hati kepada-Nya adalah iman terhadap Allah.”

Ini adalah sebagaimana yang difirmankan Allah Ta’ala (antaranya):

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللهِ

“Apabila solat telah didirikan, maka bertebaranlah kalian di muka bumi dan carilah kurnia Allah…” (Surah Al-Jumu’ah, 62: 10).” (Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 498)

Maka demikianlah, para Nabi juga bekerja, dan mereka jugalah yang memerintahkan agar merealisasikan tawakkal. Demikian juga Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan para sahabat Rasulullah lainnya semuanya bekerja, dan mereka adalah golongan yang paling mengerti tentang tawakkal.

Al-Hafiz Ibnu Rejab menukilkan dari Sahl At-Tustari rahimahullah:

 من طعن في الحركة – يعن: في السعي والكسب فقد طعن في السُّنة، ومن طعن في التوكل، فقد طعن في الإيمان، فالتوكل حالُ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم -، والكسب سنَّتُه، فمن عمل على حاله، فلا يتركنّ

“Sesiapa yang mencela pekerjaan dan usaha, maka sebenarnya dia telah mencela sunnah, dan sesiapa yang mencela tawakkal, maka dia telah mencela iman.”

Kerana tawakkal adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan usaha pekerjaan pula adalah sunnah beliau. Maka sesiapa yang beramal atas sunnah Nabi, maka janganlah dia meninggalkan keduanya.” (Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 498)

Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi bahawa Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ، أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

“Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, aku mengikatnya dan bertawakkal, atau aku melepaskannya dan bertawakkal?” Maka Rasulullah pun berkata:

“Ikatlah ia dan bertawakkal.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2517. Kata At-Tirmidzi, hadis ini hasan gharib)

Dalam riwayat Ibnu Hibban dari Ja’far bin ‘Amru bin Umayyah dari ayahnya, beliau berkata:

قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُرْسِلُ نَاقَتِي وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

“Seorang lelaki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku membiarkan unta ini lepas dari ikatan seraya bertawakkal?” Maka balas Nabi:

“Ikatlah ia dan bertawakkallah.” (Shahih Ibnu Hibban, no. 731. Dinilai hasan oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

“Allah Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا

“Dia-lah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalan-lah di setiap penjurunya…” (Surah Al-Mulk, 67: 15)

Iaitu pergilah ke mana sahaja yang kalian kehendaki dari seluruh wilayahnya. Dan bertebaranlah kalian di pelbagai wilayah dan penjurunya untuk melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat dan menjalankan perniagaan. Dan ketahuilah bahawa perlajanan kalian tidak akan lancar melainkan dengan kemudahan yang Allah berikan atas kalian.

Dan untuk itu, Allah berfirman:

وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ

“Dan makanlah dari rezeki-Nya…” (Surah Al-Mulk, 67: 15)

Dari perintah yang terdapat pada ayat ini difahami bahawa berusaha dalam rangka menjalankan sebab datangnya rezeki tidaklah bermaksud menafikan sikap tawakkal sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad (sebagaimana hadis di atas). Burung tersebut keluar di waktu pagi hari untuk mencari rezeki bersama tawakkalnya kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan ia berusaha melakukan sebab (agar mendapatkan rezeki).” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/179)

Demikian juga yang diungkapkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam Syarahnya:

والمراد بالتوكل اعتقاد ما دلت عليه هذه الآية وما من دابة في الأرض الا على الله رزقها وليس المراد به ترك التسبب والاعتماد على ما يأتي من المخلوقين لأن ذلك قد يجر إلى ضد ما يراه من التوكل وقد سئل أحمد عن رجل جلس في بيته أو في المسجد وقال لا أعمل شيئا حتى يأتيني رزقي فقال هذا رجل جهل العلم فقد قال النبي صلى الله عليه و سلم ان الله جعل رزقي تحت ظل رمحي وقال لو توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا فذكر انها تغدو وتروح في طلب الرزق قال وكان الصحابة يتجرون ويعملون في تخيلهم والقدوة بهم

“Dan yang dimaksudkan dengan tawakkal adalah penyerahan diri kepada Allah seperti yang ditunjukkan ayat ini:

“Dan tidak ada dari satu pun haiwan-haiwan melata (dabbah) di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberinya rezeki.” (Surah Hud, 11: 6)

Maksudnya, bukanlah dengan meninggalkan sebab dan hanya bergantung dengan apa yang ada dari sisi para makhluk, kerana sikap seperti ini hanya akan mengheret kepada sesuatu yang bertentangan dengan erti tawakkal itu sendiri.

Dan Imam Ahmad pernah ditanya tentang orang yang hanya duduk-duduk di rumahnya atau di masjid, yang mereka mengatakan, “Aku tidak mengerjakan apa-apa pun sampailah rezekiku datang sendiri kepadaku.” Maka Imam Ahmad pun berkata:

“Orang ini jahil (bodoh) terhadap ilmu-ilmu (yang benar), kerana Nabi pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menjadikan rezeki-ku di bawah bayangan tombakku.” Dan beliau juga bersabda:

“Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang haq (yang benar), Allah pasti memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung. Burung-burung tersebut keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, lalu pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.”

Dalam hadis ini beliau menyebutkan pergi dan kembali dalam usaha mencari rezeki.”

Beliau juga berkata, “Para sahabat Nabi juga ada yang berniaga (bekerja sebagai peniaga) dan ada juga yang bekerja di kebun-kebun mereka, dan mereka adalah qudwah (teladan yang baik bagi kita).” (Fathul Bari, 11/305-306)

Allah Ta’ala juga berfirman dalam ayatnya:

وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dan berapa banyak haiwan melata yang tidak membawa rezekinya sendiri, Allah-lah yang memberinya rezeki dan juga kepada kalian, dan adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-‘Ankabuut, 29: 60)

Maka, perhatikanlah karektor dan kehidupan haiwan-haiwan tersebut, apakah ia hanya duduk diam? Bahkan tidak, sebaliknya tetap keluar berkeliaran mencari makanannya untuk menampung hidup. Demikianlah Allah memberi rezeki untuknya.

Ulama Tabi’in, Sa’id Ibnul Musayyab rahimahullah (Wafat: 94H) berkata:

لا خير فيمن لا يطلب المال يقضي به دينه ويصون به عرضه ويصل به رحمه فان مات تركه ميراثا لمن بعده وخلف ابن المسيب أربعمائة دينار

“Tiada kebaikan kepada diri seseorang yang tidak mahu mencari harta yang dengan harta tersebut dia dapat memenuhi keperluan agamanya, menjaga kehormatan dirinya, membantu sesiapa yang memerlukan. Dan sekiranya mati, maka dia meninggalkan untuk warisnya.”

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) mengatakan, “Ketika beliau (Sa’id Ibnul Musayyib) meninggal dunia, beliau mewariskan 400 dinar.”

Ibnul Jauzi turut menyebutkan bahawa Sufyan ats-Tsauri mewariskan harta sebanyak 200 dinar, dan beliau (Sufyan ats-Tsauri) berkata:

المال في هذا الزمان سلاح

“Harta pada zaman sekarang ini merupakan senjata.”

Ibnul Jauzi menambah:

وما زال السلف يمدحون المال ويجمعونه للنوائب وإعانة الفقراء

“Golongan salaf (generasi awal umat Islam) menghargai harta dan mengumpulkannya untuk pelbagai keperluan dan membantu para fuqaraa’ (orang-orang faqir miskin).” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 166 – Dar al-Fikr)

Kemudian perkara ini dijelaskan pula lagi sebagaimana hadis dari Jaabir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِيَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ

“Wahai manusia, bertawakkal-lah kepada Allah, dan bersungguhlah dalam berusaha. Sesungguhnya suatu jiwa tidak akan mati sampailah disempurnakan rezekinya (oleh Allah) walaupun lambat, maka bertaqwalah kepada Allah, bersungguhlah dalam berusaha, ambillah apa yang halal, dan tinggalkanlah apa-apa yang haram.” (Sunan Ibnu Majah, no. 2135)

Maksudnya, berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, iaitu dari apa-apa yang halal lagi baik dengan cara yang makruf lagi syar’ie, dan tinggalkanlah dari apa-apa yang Allah haramkan. Lalu merasa cukuplah dengan apa yang telah ditentukan Allah untuk dirinya.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ

“Redhalah dengan apa yang Allah berikan padamu nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2305)

Kata al-Hafiz Ibnu Rejab:

فما دام العبدُ حيّاً، فرزقُه على الله، وقد يُيسره الله له بكسب وبغير كسب، فمن توكَّل على الله لطلب الرزق، فقد جعل التوكُّل سبباً وكسباً، ومن توكَّل عليه لثقته بضمانه، فقد توكَّل عليه ثقة به وتصديقاً، وما أحسنَ قول مثنَّى الأنباري وهو من أعيان أصحاب الإمام أحمد: لا تكونوا بالمضمون مهتمِّين، فتكونوا للضامن متَّهمين، وبرزقه غير راضين. واعلم أنَّ ثمرة التوكل الرِّضا بالقضاء، فمن وَكَلَ أموره إلى الله ورضي بما يقضيه له، ويختاره، فقد حقق التوكل عليه

“Maka, selagi seseorang hamba itu hidup, maka rezekinya ada pada Allah dan adakalanya Allah memberi rezeki kepadanya melalui hasil usahanya dan adakalanya pada selain usahanya. Maka sesiapa yang bertawakkal dalam rangka mencari rezeki, maka ia menjadikan tawakkal sebagai sebab dan usaha. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah kerana keyakinannya terhadap jaminan Allah, maka  ia telah bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang teguh dan membenarkannya. Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Al-Anbari, dan beliau adalah sahabat Imam Ahmad yang dihormati, “Kalian jangan menuduh sesuatu yang telah dijamin, kerana kalian menuduh Penjaminnya dan menunjukkan tidak redha dengan rezeki-Nya.”

Dan ketahuilah bahawa buah tawakkal adalah redha dengan ketentuan Allah. Sesiapa yang menyerahkan semua urusannya kepada Allah, redha dengan apa sahaja yang ditentukan baginya, dan memilihnya, sungguh dia telah merealisasikan tawakkal.” (Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 508)

Carilah Rezeki Dalam Rangka Ibadah

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

“Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (Surah asy-Syuura, 42: 20)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

مَنْ كَانَتْ اْلآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ

“Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya (tujuannya), Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan menyatukan urusannya, dan dunia akan datang tunduk kepadanya. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya (tujuannya), nescaya Allah akan menjadikan kefaqiran di antara dua matanya serta mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2465)

‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah berkata:

بين العبد وبين رِزقه حِجاب، فإن قنع ورضيت نفسه، آتاه رزقُه، وإنِ اقتحم وهتك الحجاب، لم يزد فوقَ رزقه

“Di antara seorang hamba dengan rezekinya ada hijaab (pembatas), jika dia qona’ah dan jiwanya redha, rezekinya pun akan datang kepadanya. Jika ia rakus dan meruntuhkan hijaab tersebut, tidaklah ia diberi tambahan melebihi rezekinya.” (Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 502)

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest