Tanda Lailatul Qadr
www.ilmusunnah.com

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah malam Al-Qadr pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (Shahih Al-Bukhari, 2020. Shahih Muslim, no. 1169)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah malam Al-Qadr di malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2017)

Di hadis yang lain dari Ibn ‘Abbaas radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

التَمِسُوهَا فِي العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ القَدْرِ، فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah malam Al-Qadr (dengan cara memperbanyakkan ibadah) pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, pada malam ke sembilannya, ke tujuhnya, dan ke lima yang baki.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2021)

Zirr bin Hubays radhiyallahu ‘anhu berkata:

سَأَلْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، فَقُلْتُ: إِنَّ أَخَاكَ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ: مَنْ يَقُمِ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ؟ فَقَالَ رَحِمَهُ اللهُ: أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ، أَمَا إِنَّهُ قَدْ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ، وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ، وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي، أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، فَقُلْتُ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ؟ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، قَالَ: بِالْعَلَامَةِ، أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي «أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ، لَا شُعَاعَ لَهَا

“Aku bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Aku berkata:

“Sesungguhnya saudaramu (yakni) Ibnu Mas’oud, bahawa beliau berkata, “Sesiapa yang mengerjakan qiyam selama setahun, dia akan mendapatkan lailatul qadr.” Maka Ubay bin Ka’ab rahimahullah menjawab:

“Bahawa beliau (Ibnu Mas’ud) menghendaki agar manusia tidak hanya tertumpu (dalam hal tersebut). Sesungguhnya beliau telah mengetahui bahawa lailatul qadr berada pada Ramadhan, dan (malam) itu berada pada sepuluh malam terakhir, serta (malam) itu berada pada malam kedua puluh tujuh.”

Kemudian beliau (Ubay) bersumpah tanpa memperkecualikan, bahawa lailatul qadr berada pada malam kedua puluh tujuh. Aku bertanya, “Berdasarkan apa engkau mengatakannya (demikian), wahai Abul Mundzir (Ubay bin Ka’ab)?”

Beliau menjawab, “Berdasarkan ayat (yakni tanda atau bukti yang sangat jelas) yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam khabarkan kepada kami:

Sesungguhnya (matahari), yang terbit pada waktu itu (pada pagi hari esoknya), tidak ada cahaya yang menyilaukan padanya.” (Shahih Muslim, no. 762)

Di hadis yang berikutnya, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

تَذَاكَرْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «أَيُّكُمْ يَذْكُرُ حِينَ طَلَعَ الْقَمَرُ، وَهُوَ مِثْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ؟

“Kami membicarakan tentang lailatul qadr di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau pun bersabda:

“Siapakah di antara kalian yang ingat ketika bulan muncul, yang (bulan) itu seperti potongan besen?” (Shahih Muslim, no. 1170)

Kemudian juga dari hadis ‘Ubaadah bin Ash-Shamit radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

“Sesungguhnya tanda lailatul qadr adalah jernih lagi terang, seakan-akan padanya ada bulan yang terang-benderang, tenang lagi tenteram, tidak ada kesejukan padanya tidak pula panas, dan tidak pula ada tanda dihalalkan lemparan bintang (yakni cahaya tahi bintang) pada malam itu hingga pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah bahawa matahari keluar pada pagi harinya dengan sempurna tanpa ada kesilauan padanya, seperti bulan pada malam purnama. Syaitan tidak halal untuk keluar bersamanya (yakni bersama lailatul qadr) pada hari tersebut.” (Musnad Ahmad, no. 22765. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Dan juga sebagaimana dalam hadis dari ‘Abdullah bin Unais radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا وَأَرَانِيْ صُبْحَهَا أَسْجُدُ فِيْ مَاءٍ وَطِينٍ

“Telah diperlihatkan kepadaku lailatul qadr, kemudian aku dibuat lupa terhadapnya, dan aku melihat bahawa diriku sujud di atas air dan tanah di pagi hari.”

‘Abdullah bin Unais radhiyallahu ‘anhu berkata:

فَمُطِرْنَا لَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ، فَصَلَّى بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَانْصَرَفَ وَإِنَّ أَثَرَ الْمَاءِ وَالطِّينِ عَلَى جَبْهَتِهِ وَأَنْفِهِ

Kami kehujanan pada malam kedua puluh tiga, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan solat mengimami kami, kemudian beliau berlalu pergi sementara bekas air dan tanah berada pada dahi dan hidung beliau.” (Shahih Muslim, no. 1168)

Asy-Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ هَكَذَا صَحَّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : ” { هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ } . وَتَكُونُ فِي الْوِتْرِ مِنْهَا . لَكِنَّ الْوِتْرَ يَكُونُ بِاعْتِبَارِ الْمَاضِي فَتُطْلَبُ لَيْلَةَ إحْدَى وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ تِسْعٍ وَعِشْرِينَ . وَيَكُونُ بِاعْتِبَارِ مَا بَقِيَ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { لِتَاسِعَةٍ تَبْقَى لِسَابِعَةٍ تَبْقَى لِخَامِسَةٍ تَبْقَى لِثَالِثَةٍ تَبْقَى } . فَعَلَى هَذَا إذَا كَانَ الشَّهْرُ ثَلَاثِينَ يَكُونُ ذَلِكَ لَيَالِيَ الْأَشْفَاعِ . وَتَكُونُ الِاثْنَيْنِ وَالْعِشْرِينَ تَاسِعَةً تَبْقَى وَلَيْلَةُ أَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ سَابِعَةً تَبْقَى . وَهَكَذَا فَسَّرَهُ أَبُو سَعِيدٍ الخدري فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ . وَهَكَذَا أَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الشَّهْرِ . وَإِنْ كَانَ الشَّهْرُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ كَانَ التَّارِيخُ بِالْبَاقِي . كَالتَّارِيخِ الْمَاضِي . وَإِذَا كَانَ الْأَمْرُ هَكَذَا فَيَنْبَغِي أَنْ يَتَحَرَّاهَا الْمُؤْمِنُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ جَمِيعِهِ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { تَحَرَّوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ } وَتَكُونُ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ أَكْثَرَ . وَأَكْثَرُ مَا تَكُونُ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ كَمَا كَانَ أبي بْنُ كَعْبٍ يَحْلِفُ أَنَّهَا لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ . فَقِيلَ لَهُ : بِأَيِّ شَيْءٍ عَلِمْت ذَلِكَ ؟ فَقَالَ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ . ” { أَخْبَرَنَا أَنَّ الشَّمْسَ تَطْلُعُ صُبْحَةَ صَبِيحَتِهَا كَالطَّشْتِ لَا شُعَاعَ لَهَا } . فَهَذِهِ الْعَلَامَةُ الَّتِي رَوَاهَا أبي بْنُ كَعْبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْهَرِ الْعَلَامَاتِ فِي الْحَدِيثِ وَقَدْ رُوِيَ فِي عَلَامَاتِهَا ” { أَنَّهَا لَيْلَةٌ بلجة مُنِيرَةٌ } وَهِيَ سَاكِنَةٌ لَا قَوِيَّةُ الْحَرِّ وَلَا قَوِيَّةُ الْبَرْدِ وَقَدْ يَكْشِفُهَا اللَّهُ لِبَعْضِ النَّاسِ فِي الْمَنَامِ أَوْ الْيَقَظَةِ . فَيَرَى أَنْوَارَهَا أَوْ يَرَى مَنْ يَقُولُ لَهُ هَذِهِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ وَقَدْ يُفْتَحُ عَلَى قَلْبِهِ مِنْ الْمُشَاهَدَةِ مَا يَتَبَيَّنُ بِهِ الْأَمْرُ . وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ .

“Kedatangan Malam Al-Qadr di sepuluh malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan adalah suatu yang dimaklumi. Demikianlah yang telah sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

“Malam Al-Qadr itu berada di sepuluh malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan.”

Kebarangkalian besarnya berada pada malam-malam yang ganjil darinya.

Akan tetapi, malam-malam ganjil tersebut jika dihitung bermula dari awal bulan, maka malam yang dicari adalah malam ke-21, 23, 25, 27, dan 29.

Namun, boleh jadi juga Malam Al-Qadr dapat dihitung berdasarkan malam yang masih berbaki. Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Boleh jadi Malam Al-Qadr itu ada pada sembilan hari yang masih berbaki, boleh jadi ada pada tujuh hari yang berbaki, boleh jadi pada lima hari yang berbaki, boleh jadi juga ia berada pada tiga hari yang masih berbaki.”

Atas sebab itu, jika bulan Ramadhan cukup 30 hari, bermakna malam ke-30 adalah malam yang menggenapkannya. Jika dihitung dari hari terakhirnya (yakni malam-malam yang berbaki sebagaimana diisyaratkan oleh hadis), maka malam ke-22 adalah sembilan malam yang masih berbaki tersebut. Malam ke-24 pula adalah tujuh malam yang berbaki.

Inilah yang telah ditafsirkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri di hadis yang sahih. Dan demikianlah yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tanpa membeza-bezakan hari yang ganjil mahupun yang genap.

Jika bulan Ramadhan adalah 29 hari lengkap, maka hitungan malam-malam ganjilnya yang baki dengan yang berlalu adalah sama (yakni sama jika dihitung dari awal mahupun dihitung dari hujung Ramadhan).

Apabila perkaranya sedemikian rupa, maka hendaklah bagi setiap mukmin berusaha mencari Malam Al-Qadr di keseluruhan dari sepuluh hari yang akhir tersebut (tanpa memilih-milih malam yang ganjil atau yang genap). Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Bersemangatlah mencari Malam Al-Qadr tersebut di sepuluh hari yang terakhir.”

Akan tetapi, terjadinya Malam Al-Qadr pada malam ke-27 itu adalah lebih sering. Kebanyakannya terjadi di malam ke-27. Ini adalah sebagaimana penegasan Ubay bin Ka’ab (dengan sumpah) bahawasanya malam Al-Qadr terjadi di malam ke-27.

Lalu beliau ditanya, “Dari mana engkau tahu (mendapat tanda) bahawa Malam Al-Qadr terjadi pada malam tersebut?”

Maka kata Ubai bin Ka’b, “Iaitu berdasarkan ayat (tanda) yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam khabarkan kepada kami bahawa di pagi harinya matahari akan terbit dengan sinar yang tidak begitu menyinar/terik.”

Maka ini adalah tanda-tanda (malam Al-Qadr) sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Ubai bin Ka’b daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari tanda-tanda yang paling dimaklumi berdasarkan hadis.

Dan telah diriwayatkan pada hadis yang lain terkait tanda-tandanya, “Bahawa ia adalah malam yang jernih lagi terang.”

Dan ia adalah malam yang sakinah (tenang), tidak terlalu panas, dan tidak pula terlalu sejuk.

Bahawa Allah menyingkap malam Al-Qadr bagi sebahagian manusia baik ketika tidur mahupun jaga. Dia dapat melihat cahayanya (kehadirannya) secara langsung atau melihat orang yang mengatakan malam tersebut adalah malam Al-Qadr. Dan adakalanya dibukakan hatinya untuk menyaksikannya (dengan dimudahkan baginya memperbanyakkan ibadah) sehingga menjadi jelas urusannya.” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/285-286)

Wallahu a’lam.

panduan-lengkap-puasa-ramadhan-002

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest