Sunnah Makan dan Menyedekahkan Daging Korban

www.ilmusunnah.com

Bahawasanya daging korban tidaklah sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah amal-amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan bersesuaian dengan apa yang disyari’atkan atas hamba-hamba-Nya.daging-korban

Ibadah korban (udh-hiyyah) adalah suatu ibadah yang dilakukan pada hari-hari nahr dengan menyembelih haiwan ternakkan dari jenis Al-An’am dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, lalu dari sembelihan tersebut dia makan dan dia memberi makan. Dia berpahala dengan menyembelih, berpahala ketika memakannya, dan berpahala ketika dia menyedekahkannya. [Klik untuk penjelasan tentang ibadah korban menurut sunnah]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

“Tidaklah sampai kepada Allah daging haiwan korban itu, dan tidak pula darahnya, akan tetapi yang akan sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kalian. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian meng-agungkan Allah terhadap apa yang dihidayahkan bagi kalian, dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang muhsiin (ikhlas dalam berbuat kebaikan).” (Surah Al-Hajj, 22: 37)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

يقول تعالى: إنما شرع لكم نحر هذه الهدايا والضحايا، لتذكروه عند ذبحها، فإنه الخالق الرازق لا أنه يناله شيء من لحومها ولا دمائها، فإنه تعالى هو الغني عما سواه. وقد كانوا في جاهليتهم إذا ذبحوها لآلهتهم وضعوا عليها من لحوم قرابتنهم، ونضحوا عليها من دمائها، فقال تعالى: { لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا } وقال ابن أبي حاتم: حدثنا علي بن الحسين، حدثنا محمد بن أبي حماد، حدثنا إبراهيم بن المختار، عن ابن جريج قال: كان أهل الجاهلية ينضحون البيت بلحوم الإبل ودمائها، فقال أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: فنحن أحق أن ننضح، فأنزل الله: { لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ } أي: يتقبل ذلك ويجزي عليه.

كما جاء في الصحيح: “إن الله لا ينظر إلى صوركم ولا إلى أموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم” وما جاء في الحديث: “إن الصدقة تقع في يد الرحمن قبل أن تقع في يد السائل، وإن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع على الأرض” كما تقدم الحديث. رواه ابن ماجه، والترمذي وحَسّنه عن عائشة مرفوعا. فمعناه: أنه سيق لتحقيق القبول من الله لمن أخلص في عمله،

“Allah Ta’ala berfirman (sebagaimana dalam ayat ini), sesungguhnya pada apa yang disyari’atkan atas kalian dengan hadyu dan korban ini adalah supaya kalian mengingat Allah di saat penyembelihannya. Kerana sesungguhnya Dia-lah yang Maha Memberi rezeki, dan bahawa tidaklah sampai kepada-Nya sesuatu pun dari daging korban itu, dan tidak pula darahya, kerana Allah Ta’ala itu Maha Kaya, Dia tidak memerlukan apa-apa dari selain-Nya.

Bahawasanya ini berkaitan dengan keadaan (tradisi) orang-orang jahiliyyah dahulu di mana ketika mereka berkorban, mereka akan menghidangkan dagingnya untuk sesembahan mereka serta memercikkan darahnya.

Maka Allah Ta’ala berfirman:

“Tidaklah sampai kepada Allah daging haiwan korban itu, dan tidak pula darahnya…”

Berkata Ibn Abi Hatim, …. Dari Ibn Juraij, beliau berkata:

“Kebiasaan amalan kaum jahiliyyah dahulu, mereka memercikkan darah dan daging sembelihan unta korban mereka ke Ka’abah.

Maka para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata, “Maka kami lebih berhak untuk memercikkannya.”.”

Maka Allah pun menurunkan ayat:

“Tidaklah sampai kepada Allah daging haiwan korban itu, dan tidak pula darahnya, akan tetapi yang akan sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kalian…”

Yakni (maksudnya), Allah akan menerima korban dan memberikan balasan (tanpa perlu melakukan sebagaimana apa yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah tersebut – pent.)

Sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang sahih:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kalian, dan tidak pula harta-harta kalian. Tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian (yang ikhlas) dan amal-amal kalian (yang bersesuaian dengan sunnah).”

Dan juga sebagaimana hadis:

“Sesungguhnya sedekah itu telah sampai (diterima pahalanya) di Tangan Ar-Rahman sebelum harta itu sampai ke tangan penerimanya. Dan darah korban itu akan jatuh menitis di suatu tempat yang telah ditentukan oleh Allah sebelum ianya jatuh ke tanah.” Sebagaimana hadis terdahulu.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah, At-Tirmidzi, dan At-Tirmidzi menghasankannya dari hadis ‘Aisyah secara marfu’.[1]

Maknanya di sini, diterimanya amal di sisi Allah itu bagi sesiapa yang ikhlas dalam amalnya….”

Kata Ibn Katsir lagi:

{ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ } أي: لتعظموه كما هداكم لدينه وشرعه وما يحبه، وما يرضاه، ونهاكم عن فعل ما يكرهه ويأباه. وقوله: { وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ } أي: وبشر يا محمد المحسنين، أي: في عملهم، القائمين بحدود الله، المتبعين ما شَرَع لهم، المصدقين الرسولَ فيما أبلغهم وجاءهم به من عند ربه عز وجل.

(Firman Allah) “… supaya kalian meng-agungkan Allah terhadap apa yang dihidayahkan bagi kalian,…”

Yakni meng-agungkan Allah sebagaimana Allah telah memberikan kepada kalian hidayah berupa agama-Nya dan syari’at-Nya, dan apa-apa yang dia cintai dan redhai. Dan melarang kalian dari apa-apa perbuatan yang dibenci dan tidak disukai-Nya.

Dan firman-Nya:

“… dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang muhsiin (ikhlas dalam berbuat kebaikan).”

Maksudnya, Wahai Muhammad berilah khabar gembira kepada orang-orang yang muhsiin, yakni orang-orang yang berbuat kebaikan dengan ikhlas pada amal mereka, yakni orang-orang yang menjaga batas-batas Allah, yang mengikuti apa-apa yang telah disyari’atkan bagi mereka, orang-orang yang membenarkan Rasulullah pada apa-apa yang disampaikan dan didatangkan kepada mereka dari sisi Rabb-nya ‘Azza wa Jalla.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/431)

Disunnahkan Memakan, Menyedekahkan, dan Menghadiahkan Daging Korban

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

“Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah (antaranya dengan cara menyembelih korban) pada hari yang telah ditentukan (iaitu pada 10-13 Dzulhijjah) atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa haiwan ternakkan. Maka makanlah sebahagian darinya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sedang kesusahan (miskin) serta faqir.” (Surah Al-Hajj, 22: 28)meat-daging-korban

Dalam ayat yang mulia ini Allah menjelaskan bahawa penyembelihan haiwan sebagai korban adalah termasuk penzahiran dari rasa syukur kepada Allah Ta’ala atas rezeki yang telah Dia kurniakan.

Demikian juga di ayat yang lain Allah menyebutkan tentang korban unta, Allah Ta’ala berfirman:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan telah Kami jadikan bagi kalian unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kalian mendapat kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah nama Allah dengan ikhlas padanya ketika kalian menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat).[2] Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagian darinya, dan berilah makan orang yang memerlukan (yang tidak meminta-minta) dan orang yang memerlukan (dalam keadaan meminta-minta). Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu bagi kalian, mudah-mudahan kalian bersyukur.” (Surah Al-Hajj, 22: 36)

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa penyembelihan haiwan korban itu termasuk sebahagian dari syi’ar Allah, yakni syi’ar dalam agama ini. Pada penyembelihan korban tersebut terkandung ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian Allah menyebutkan agar memakan sebahagian dari hasil sembelihan korban tersebut, dan sebahagian yang lain diberikan dan disedekahkan kepada orang-orang yang memerlukan, yang sedang dalam kesusahan, dan kepada faqir dan miskin.

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

وقد احتج بهذه الآية الكريمة مَن ذهب من العلماء إلى أن الأضحية تُجزَّأ ثلاثة أجزاء: فثلث لصاحبها يأكله [منها] (8) ، وثلث يهديه لأصحابه، وثلث يتصدق به على الفقراء؛ لأنه تعالى قال: { فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ }

“Sebahagian ulama berhujah dengan ayat yang mulia ini bahawa daging udh-hiyyah (korban) terbahagi kepada tiga bahagian; yakni sepertiga untuk pemiliknya (yang berkorban), yakni untuk dia makan sebahagian darinya (atau dia simpan), sepertiga untuk dia hadiahkan kepada sahabat-sahabatnya, dan sepertiga lagi untuk dia sedekahkan kepada orang-orang yang faqir, kerana Allah Ta’ala berfirman:

“… maka makanlah sebahagian darinya, dan berilah makan orang yang memerlukan (yang tidak meminta-minta) dan orang yang memerlukan (dalam keadaan meminta-minta).”.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/429)

‘Abdullah bin Wahb rahimahullah berkata:

قال لي مالك: أحب أن يأكل من أضحيته؛ لأن الله يقول: { فَكُلُوا مِنْهَا } : قال ابن وهب وسألت الليث، فقال لي مثل ذلك

“Imam Malik pernah berkata kepada-ku, “Aku suka jika orang yang berkorban itu makan sebahagian dari udh-hiyyah (daging haiwan korban)nya. Kerana Allah berfirman:

“maka makanlah darinya.” Ibnu Wahb mengatakan, “Aku juga turut bertanya kepada Al-Laits dan beliau menjawab dengan jawaban yang semisal.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/416)

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkata:

(فَكُلُوا مِنْها) أَمْرٌ مَعْنَاهُ النَّدْبُ عِنْدَ الْجُمْهُورِ. وَيُسْتَحَبُّ لِلرَّجُلِ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ هَدْيِهِ وَأُضْحِيَتِهِ وَأَنْ يَتَصَدَّقَ بِالْأَكْثَرِ، مَعَ تَجْوِيزِهِمُ الصَّدَقَةَ بِالْكُلِّ

“Kalimat “maka makanlah darinya” merupakan perintah yang bermakna anjuran di sisi jumhur ulama. Dianjurkan bagi seseorang untuk makan sebahagian dari hadyu-nya atau korbannya, dan hendaklah dia menyedekahkan sebahagian besarnya. Mereka juga membolehkan untuk menyedekahkan semuanya.” (Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an, 12/44)

Demikianlah sebagaimana yang akan kami paparkan berdasarkan dalil-dalil yang lain berikut ini.

Peng-agihan Daging Korban

Terdapat dalam hadis-hadis yang sahih yang menunjukkan bahawa pada asalnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang para sahabat untuk menyimpan daging haiwan korban. Dan perkara ini adalah kerana pada waktu tersebut terdapat ramai orang-orang yang faqir atau miskin, dan banyaknya penduduk ‘Arab badwi yang datang ke kota Madinah untuk meminta daging haiwan korban.

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun memerintahkan agar daging korban tersebut diagih-agihkan kepada orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukannya. Manakala orang-orang yang menyembelih haiwan korban, mereka juga boleh turut serta menikmatinya, namun tidak dibenarkan menyimpannya lebih dari tiga hari dari hari penyembelihannya.

Namun setelah masyarakat hidup berkecukupan, dalam keadaan baik, stabil, dan tidak banyak orang-orang miskin yang datang ke kota Madinah untuk meminta daging haiwan korban, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun membolehkan para sahabat untuk menyimpan sebahagian darinya.

Ini antaranya adalah sebagaimana hadis berikut, … dari Salamah bin Al-Akwa’, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَبَقِيَ فِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَيْءٌ فَلَمَّا كَانَ العَامُ المُقْبِلُ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ المَاضِي؟ قَالَ: كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا، فَإِنَّ ذَلِكَ العَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ، فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا

“Sesiapa dari kalian yang menyembelih haiwan korban, maka janganlah membiarkannya tersimpan sedikit pun di rumahnya sampai melepasi hari ketiga penyembelihan.”

Pada tahun berikutnya para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah pada tahun ini kami perlu melakukan hal yang sama seperti tahun lalu?” Rasulullah pun menjawab:daging-korban

“Makanlah (sebahagian darinya), berikanlah sebagai makanan (kepada yang memerlukan), dan simpanlah (sebahagian darinya sebagai bekal). Tahun lalu itu adalah kerana manusia mengalami kesusahan, maka aku ingin agar kalian membantu mereka dengan daging haiwan korban tersebut.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5569)

Dalam hadis yang lain dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ، لَا تَأْكُلُوا لُحُومَ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ – وقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى: ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ -، فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ لَهُمْ عِيَالًا، وَحَشَمًا، وَخَدَمًا، فَقَالَ: كُلُوا، وَأَطْعِمُوا، وَاحْبِسُوا، أَوْ ادَّخِرُوا

“Wahai penduduk Madinah, janganlah kalian makan daging haiwan korban lebih dari tiga hari!”

Maka para sahabat pun mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa mereka memiliki keluarga (untuk ditanggung), hamba dan pembantu (atau pekerja).

Maka Rasulullah pun bersabda:

“Kalian makanlah (sebahagian darinya), berikanlah sebahagian darinya (untuk dimakan dalam bentuk hadiah dan sedekah), dan tahanlah, atau simpanlah (sebahagian darinya).” (Shahih Muslim, no. 1973)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

واستدل بإطلاق هذه الأحاديث على أنه لا تقييد في القدر الذي يجزئ من الإطعام ويستحب للمضحي أن يأكل من الأضحية شيئا ويطعم الباقي صدقة وهدية وعن الشافعي يستحب قسمتها أثلاثا لقوله كلوا وتصدقوا وأطعموا قال بن عبد البر وكان غيره يقول يستحب أن يأكل النصف ويطعم النصف … قال النووي مذهب الجمهور أنه لا يجب الأكل من الأضحية وإنما الأمر فيه للإذن وذهب بعض السلف إلى الأخذ بظاهر الأمر وحكاه الماوردي عن أبي الطيب بن سلمة من الشافعية وأما الصدقة منها فالصحيح أنه يجب التصدق من الأضحية بما يقع عليه الاسم والأكمل أن يتصدق بمعظمها

“Dan pendalilan secara muthlaq (umum) pada hadis-hadis ini menunjukkan tidak adanya pembatasan jumlah daging yang diagih-agihkan. Bagi yang berkorban, mustahab (disukai dan dianjurkan) agar memakan sebahagian dari daging korban tersebut serta memberi makan apa yang selebihnya sebagai sedekah dan hadiah. Dan dari Imam Asy-Syafi’i (katanya), “Disukai agar daging korban tersebut dibahagi kepada tiga bahagian berdasarkan hadis:

كلوا وتصدقوا وأطعموا

“Makanlah, sedekahkanlah, dan berilah makan.”

Kata Ibnu ‘Abdil Barr, “Ulama selainnya berkata, disukai agar dimakan ½ darinya, dan selebihnya diberikan sebagai makanan untuk orang lain.”

Kata Imam An-Nawawi pula, “Jumhur ulama berpendapat bahawa tidak wajib makan dari daging haiwan korbannya. Sebaliknya perintah yang disebutkan itu adalah menunjukkan isyarat keizinan (mubah) boleh dimakan (oleh orang yang berkorban).”

Namun, sebahagian ulama salaf ada yang berpendapat kepada makna zahir perintah tersebut (yang menunjukkan wajib makan sebahagian darinya). Pendapat ini disebutkan oleh Al-Imam Al-Mawardi dari Abu Thayyib bin Salamah dari kalangan ulama bermazhab Asy-Syafi’i. Adapun mensedekahkan daging korban, yang sahih hukumnya adalah wajib sebatas yang dapat disebutkan sebagai sedekah. Tetapi, yang lebih sempurna (utama) adalah mensedekahkan sebahagian besar darinya.” (Fath Al-Bari, 10/27)

Maka, kesimpulan dari hal ini; disunnahkan agar orang yang berkorban memakan sebahagian darinya atau boleh menyimpannya (sebagai bekal di hari yang lain), dan hendaklah disedekahkan sebahagian besarnya untuk orang-orang yang memerlukan (dari kalangan faqir dan miskin), dan boleh juga untuk dihadiahkan sebahagian darinya kepada selain yang memerlukan tersebut.

Wallaahu a’lam.


[1] Hadis ini diriwayatkan di Sunan At-Tirmidzi (no. 1493), Sunan Ibn Majah (no. 3126), Al-Mustadrak oleh Al-Hakim (no. 7523), dan Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi (no. 1124):

حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو مُسْلِمُ بْنُ عَمْرِو بْنِ مُسْلِمٍ الحَذَّاءُ الْمَدَنِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نَافِعٍ الصَّائِغُ أَبُو مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ،

…. dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

“Tidak ada amal anak Adam dari amalannya di hari nahr (korban) yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya, korbannya tersebut akan didatangkan pada hari Kiamat dengan tanduknya (yang sempurna), bulu-bulunya, dan kuku-kukunya. Dan darah korban tersebut akan menitis di suatu tempat yang telah ditentukan Allah sebelum ianya jatuh ke tanah. Maka berbahagialah dengan korban tersebut.” (lafaz di Sunan At-Tirmidzi)

Namun hadis ini dinilai dhaif oleh sebahagian ulama hadis yang lain disebabkan kelemahan seorang perawinya, yakni Abu Al-Mutsanna (Sulaiman bin Yazid), dan sanadnya terputus kerana beliau tidak mendengar dari Hisyam bin ‘Urwah. (lihat: Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi (no. 1124), Sunan Ibn Majah dengan tahqiq Syu’aib Al-Arnauth (no. 3126), dan Silsilah Al-Ahadits Adh-Dha’ifah oleh Al-Albani, no. 526)

[2] Lihat artikel dengan judul: Dianjurkan Menyembelih Unta Dalam Keadaan Berdiri.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest