Sunnah Berwangi-wangian Bagi Lelaki

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Termasuk sunnah bagi kaum lelaki adalah dengan berwangi-wangian terutamanya ketika ke masjid, ketika hari Juma’at, dan ketika dua Hari Raya. Demikian pula ketika berada di majlis-majis ilmu dan ketika hendak berhubungan dengan isterinya.

Antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

“Wahai bani Adam, ambillah pakaian dan perhiasan kalian pada setiap memasuki masjid.” (Surah Al-A’raaf, 7: 31)

Termasuk dalam makna ayat ini adalah disunnahkan supaya berhias ketika hendak melaksanakan solat, khasnya ketika hari Juma’at dan hari ‘Ied. Dan termasuk padanya adalah dengan mengenakan wangi-wangian (bagi lelaki) dan bersiwak ketika hendak ke masjid dan melaksanakan solat. (lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 3/405-406)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ عُرِضَ عَلَيْهِ طِيبٌ فَلَا يَرُدَّهُ، فَإِنَّهُ خَفِيفُ الْمَحْمَلِ، طَيِّبُ الرَّائِحَةِ

“Siapa yang diberikan wangian, janganlah dia menolaknya, kerana ia ringan untuk dibawa lagi harum baunya.” (Musnad Ahmad, no. 8264. Sunan Abi Dawud, no. 417)

Dalam hadis riwayat Muslim, lafaznya:

مَنْ عُرِضَ عَلَيْهِ رَيْحَانٌ فَلَا يَرُدُّهُ، فَإِنَّهُ خَفِيفُ الْمَحْمِلِ طَيِّبُ الرِّيحِ

“Siapa yang diberikan raihan (sejenis wangian dari tumbuhan) maka janganlah dia menolaknya, kerana ia ringan untuk dibawa lagi harum baunya.” (Shahih Muslim, no. 2252)

Dari hadis Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطِيبٍ لَمْ يَرُدَّ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menolak apabila diberikan wangian.” (Musnad Ahmad, no. 12176)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

وفي هذا الحديث كراهة رد الريحان لمن عرض عليه إلا لعذر

“Pada hadis ini terkandung penjelasan dibencinya menolak raihan (wangian) bagi siapa yang ditawarkan atasnya melainkan jika ada udzur.” (Shahih Muslim, 15/10)

Di hadis yang lain dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

كُنْتُ أُطَيِّبُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يُحْرِمَ، وَيَوْمَ النَّحْرِ، قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْتِ، بِطِيبٍ فِيهِ مِسْكٌ

“Aku pernah mengenakan wangian kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebelum beliau berihram, pada hari nahr (10 Dzulhijjah), dan sebelum beliau thawaf di Ka’abah dengan wangian yang mengandungi misk (kasturi).” (Shahih Muslim, no. 1191)

Dari hadis ‘Urwah (anak saudara ‘Aisyah), bahawa beliau bertanya kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

بِأَيِّ شَيْءٍ طَيَّبْتِ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ حُرْمِهِ؟ قَالَتْ: بِأَطْيَبِ الطِّيبِ

“Dengan apa engkau mengenakan (atau memakaikan) wangian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika ihramnya? Jawab ‘Aisyah, “Dengan minyak wangi yang terbaik (paling harum).” (Shahih Muslim, no. 1189)

Dari hadis Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ

Misk adalah pewangi terbaik (sangat harum aromanya).” (Shahih Muslim, no. 2252)

Dari hadis Naafi’, beliau berkata:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ» ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Bahawa Ibnu ‘Umar apabila mengenakan wangian Al-Aluwwah (gaharu) adalah membiarkan tanpa sebarang campuran lainnya, atau adakalanya beliau menggunakan kaafur bersama-sama aluwwah. Kemudian beliau mengatakan, “Beginilah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengenakan wangian.” (Shahih Muslim, no. 2253)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

طِيبُ الرِّجَالِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ، وَطِيبُ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

“Sesungguhnya wangian bagi lelaki adalah yang jelas aromanya tetapi samar warnanya, manakala wangian bagi wanita pula adalah yang tampak warnanya tetapi tidak jelas wangianya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2787. Sunan An-Nasaa’i, no. 5117. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi dan sahih oleh Al-Albani)

Manakala dari hadis ‘Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ، وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

“Sebaik-baik wangian bagi lelaki adalah yang jelas aromanya tetapi samar warnanya, manakala sebaik-baik wangian bagi wanita pula adalah yang tampak warnanya tetapi tidak jelas aromanya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2788. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi dan sahih oleh Al-Albani)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

ففي هذا الحديث استحباب الطيب للرجال كما هو مستحب للنساء لكن يستحب للرجال من الطيب ما ظهر ريحه وخفي لونه وأما المرأة فاذا أرادت الخروج إلى المسجد أو غيره كره لها كل طيب له ريح ويتأكد استحبابه للرجال يوم الجمعة والعيد عند حضور مجامع المسلمين ومجالس الذكر والعلم وعند ارادتة معاشرة زوجته ونحو ذلك والله أعلم

“Pada hadis ini (sebagaimana sebahagian hadis-hadis di atas) dijelaskan mustahab (sunnah) mengenakan wangi-wangian bagi lelaki, sebagaimana juga mustahab bagi wanita. Tetapi bagi lelaki disunnahkan mengenakan wangi-wangian yang jelas aromanya (harum baunya) dan samar warnanya. Adapun bagi wanita, apabila mereka hendak keluar rumah menuju masjid atau tempat selainnya, tidak disukai bagi mereka (wanita) mengenakan wangi-wangian yang semerbak baunya. Adapun bagi lelaki, anjuran berwangi-wangian menjadi lebih kuat apabila pada hari Juma’at dan ketika Hari Raya yakni pada ketika berkumpulnya kaum muslimin, demikian pula ketika menghadiri majlis-majlis dzikir, majlis-majlis ilmu, ketika hendak berhubungan dengan isterinya, dan yang seumpama dengannya. Wallaahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 15/10)

Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) menyebutkan tentang sebahagian amalan ketika hari raya:

وَأَنْ يَلْبَسَ أَحْسَنَ مَا يَجِدُ وَيَتَطَيَّبَ

“Dan disunnahkan juga mengenakan pakaian yang paling baik dari apa yang dimiliki dan mengenakan wangi-wangian.” (Syarhus Sunnah, 4/302)

Berkata Naafi’:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ يَغْتَسِلُ فِي يَوْمِ الْعِيدِ، كَغُسْلِهِ مِنَ الْجَنَابَةِ، ثُمَّ يَمَسُّ مِنَ الطِّيبِ، إِنْ كَانَ عِنْدَهُ، وَيَلْبَسُ أَحْسَنَ ثِيَابِهِ، ثُمَّ يَخْرُجُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى، فَإِذَا صَلَّى الإِمَامُ رَجَعَ.

“Bahawa Ibnu ‘Umar, beliau mandi pada (pagi) hari ‘Ied seperti mandi janabah, kemudian beliau menyapu wangi-wangian jika ada padanya, dan beliau mengenakan pakaianya yang terbaik. Setelah itu beliau pun keluar menuju musholla (kawasan lapang tempat solat ‘Ied). Apabila telah selesai solat bersama imam, beliau pun pulang.” (Syarh As-Sunnah, 4/302. Lihat juga: Mushannaf ‘Abdirrazzaq, no. 5752)

Al-Imam Malik rahimahullah (Wafat: 167H) berkata:

سَمِعْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ الطِّيبَ وَالزِّينَةَ فِي كُلِّ عِيدٍ، وَالْإِمَامُ بِذَلِكَ أَحَقُّ، لِأَنَّهُ الْمَنْظُورُ إلَيْهِ مِنْ بَيْنِهِمْ إلَّا أَنَّ الْمُعْتَكِفَ يُسْتَحَبُّ لَهُ الْخُرُوجُ فِي ثِيَابِ اعْتِكَافِهِ، لِيَبْقَى عَلَيْهِ أَثَرُ الْعِبَادَةِ وَالنُّسُكِ.

“Aku mendengar para ahli ilmu menganjurkan agar mengenakan wangi-wangian dan perhiasan (pakaian yang baik) bagi setiap ‘Id (hari raya). Dan seorang imam lebih berhak (dianjurkan) pada perkara ini kerana dialah yang paling menjadi perhatian di antara mereka. Kecuali bagi orang yang i’tikaf, maka dianjurkan untuk keluar dengan pakaian i’tikafnya agar kesan-kesan ibadahnya tetap bersama dengannya.” (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 2/274)

Ia juga termasuk sunnah ketika hari Juma’at, sebagaimana disebutkan dalam hadis.

Dari hadis Salman Al-Farisi radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ، ثُمَّ يَخْرُجُ فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الجُمُعَةِ الأُخْرَى

“Tidaklah seseorang mandi di hari Juma’at dan membersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan dari badannya, kemudian mengenakan perapi (minyak) rambut atau memakai wangi-wangian lalu keluar menuju masjid. (Sebaik sampai di masjid) dia tidak memisahkan dua orang (yang saling duduk bersebelahan) dengan cara duduk di antaranya tanpa izin, kemudian dia solat sunnah sebanyak yang dia mampu, kemudian dia diam sebaik imam mula berkhutbah, melainkan dosanya akan diampuni antara hari tersebut dengan Juma’at berikutnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 883)

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الغُسْلُ يَوْمَ الجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ، وَأَنْ يَسْتَنَّ، وَأَنْ يَمَسَّ طِيبًا إِنْ وَجَدَ

“Mandi pada hari Juma’at adalah wajib bagi setiap yang telah baligh. Dan hendaklah dia membersihkan giginya (bersiwak) dan mengenakan wangi-wangian jika dia miliki.” (Shahih Al-Bukhari, no. 880)

Al-Imam Al-Bukhari membuat bab bagi hadis ini dengan bab, “Wangi-wangian untuk solat Juma’at.”

Kelebihan Wangi-wangian Untuk Kesihatan

Menurut Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

لَمَّا كَانَتِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ غِذَاءَ الرُّوحِ، وَالرُّوحُ مَطِيَّةُ الْقُوَى، وَالْقُوَى تَزْدَادُ بِالطِّيبِ، وَهُوَ يَنْفَعُ الدِّمَاغَ وَالْقَلْبَ، وَسَائِرَ الْأَعْضَاءِ الْبَاطِنِيَّةِ، وَيُفَرِّحُ الْقَلْبَ، وَيَسُرُّ النَّفْسَ وَيَبْسُطُ الرُّوحَ، وَهُوَ أَصْدَقُ شَيْءٍ لِلرُّوحِ، وَأَشَدُّهُ مُلَاءَمَةً لَهَا، وَبَيْنَهُ وَبَيْنَ الرُّوحِ الطَّيِّبَةِ نِسْبَةٌ قَرِيبَةٌ. كَانَ أَحَدَ الْمَحْبُوبِينَ مِنَ الدُّنْيَا إِلَى أَطْيَبِ الطَّيِّبِينَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَامُهُ.

“Wangi-wangian yang harum baunya adalah santapan bagi ruh (atau jiwa), sementara ruh merupakan pencetus kekuatan. Dan kekuatan dapat dipertingkatkan (atau dicetuskan) dengan bantuan wangi-wangian, kerana ianya bermanfaat merangsang otak dan jantung, serta seluruh organ tubuh dalaman. Wangi-wangian mampu membuat hati gembira, menenangkan jiwa, dan menyegarkan semangat dalaman. Wangi-wangian adalah aroma yang paling serasi dengan ruh. Hubungan dan keterikatan antara ruh dan wangi-wangian amatlah erat. Wangi-wangian adalah salah satu dari perkara-perkara dunia yang amat disukai oleh Nabi, semoga selawat dan salam dilimpahkan untuknya.” (Zaad Al-Ma’ad, 4/256)

Kata beliau lagi:

الطِّيبَ كَانَ مِنْ أَحَبِّ الْأَشْيَاءِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَهُ تَأْثِيرٌ فِي حِفْظِ الصِّحَّةِ، وَدَفْعِ كَثِيرٍ مِنَ الْآلَامِ، وَأَسْبَابِهَا بِسَبَبِ قُوَّةِ الطَّبِيعَةِ بِهِ

“Bau-bauan yang harum itu merupakan suatu yang disukai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pengaruhnya amat memberi kesan pada penjagaan kesihatan dan mampu mencegah pelbagai bentuk gangguan penyakit dan faktor-faktor penyakit dengan sebab kekuataan secara semulajadi yang terdapat padanya.” (Zaad Al-Ma’ad, 4/308)

Ini kerana aroma yang harum mampu merangsang suatu perasaan yang positif, mampu menenangkan jiwa, membantu mengatasi tekanan, seraya mencetus daya kekuatan dari dalam (jiwa). Sebagaimana jiwa yang gembira dan senang pasti akan lebih bersemangat untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan berbanding jiwa yang sedang sakit, kusut atau tertekan. Demikianlah aroma yang menyenangkan akan merangsang sifat yang positif pula.

Dan perasaan yang sentiasa tenang dan positif pasti akan sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan tubuh badan dan kestabilan jiwa.

Tidak Membawa Bau-bauan Yang Tidak Disenangi Ketika Ke Masjid

Daripada Ibnu ‘Umar, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسَاجِدَنَا، حَتَّى يَذْهَبَ رِيحُهَا يَعْنِي الثُّومَ

“Sesiapa yang makan sayuran ini, maka janganlah dia mendekati masjid-masjid kami sampailah baunya hilang.” Yakni bawang putih.” (Shahih muslim, no. 561)

Dari hadis Jaabir, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْبَصَلِ وَالْكُرَّاثِ، فَغَلَبَتْنَا الْحَاجَةُ، فَأَكَلْنَا مِنْهَا، فَقَالَ: «مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ الْمُنْتِنَةِ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَأَذَّى، مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الْإِنْسُ

“Rasulullah melarang (yakni membenci) dari memakan bawang merah dan bawang putih. Lalu ada suatu keperluan yang membuatkan kami memakannya. Maka beliau bersabda:

“Sesiapa yang makan tumbuhan yang berbau (busuk) ini, maka janganlah dia mendekati masjid kami, kerana para malaikat terganggu dari apa-apa (bau) yang membuatkan manusia terganggu dengannya.” (Shahih Muslim, no. 563)

Dari Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّومَ وَالْكُرَّاثَ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ بَنُو آدَمَ

“Siapa yang makan bawang merah, bawang putih, dan yang sejenisnya, maka janganlah dia mendekati masjid kami, kerana para malaikat terganggu dari apa-apa (bau) yang mengganggu keturunan Adam.” (Shahih Muslim, no. 564)

Abu Ayyub Al-Anshaari radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ أَكَلَ مِنْهُ، وَبَعَثَ بِفَضْلِهِ إِلَيَّ، وَإِنَّهُ بَعَثَ إِلَيَّ يَوْمًا بِفَضْلَةٍ لَمْ يَأْكُلْ مِنْهَا، لِأَنَّ فِيهَا ثُومًا، فَسَأَلْتُهُ: أَحَرَامٌ هُوَ؟ قَالَ: لَا، وَلَكِنِّي أَكْرَهُهُ مِنْ أَجْلِ رِيحِهِ»، قَالَ: فَإِنِّي أَكْرَهُ مَا كَرِهْتَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila diberikan makanan, beliau pun makan darinya, dan memberikan sebahagiannya kepadaku. Suatu hari beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan makanan kepadaku tanpa beliau makan darinya, kerana padanya terdapat bawang putih. Lalu aku bertanya kepada beliau:

“Adakah ia diharamkan?” Jawab beliau:

“Tidak, tetapi aku tidak menyukainya disebabkan baunya.” (Abu Ayyub) pun berkata berkata:

“Sesungguhnya aku membenci apa-apa yang engkau benci.” (Shahih Muslim, no. 2053)

Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa ‘Umar pernah berkhuthbah pada hari Juma’at, dan beliau berkata (antaranya):

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا وَجَدَ رِيحَهُمَا مِنَ الرَّجُلِ فِي الْمَسْجِدِ، أَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ إِلَى الْبَقِيعِ، فَمَنْ أَكَلَهُمَا فَلْيُمِتْهُمَا طَبْخًا

“… Sungguh aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila mendapati bau bawang merah dan bau bawang putih pada diri seseorang di masjid, maka beliau akan memerintahkan agar orang tersebut dikeluarkan ke Baqii’. Maka sesiapa yang mahu memakan (dari dua jenis ini), hendaklah dia hilangkan baunya dengan cara memasaknya.” (Shahih Muslim, no. 567)

Termasuk dalam makna ini adalah bau-bau lainnya yang tidak menyenangkan seumpama bau rokok, bau peluh, dan yang lainnya yang seumpama. Bau-bauan yang busuk ini bukan sahaja dibenci ketika berada di masjid, tetapi juga ketika di selain masjid khasnya apabila mengganggu manusia yang lainnya, bahkan ia termasuk hal yang tidak disukai oleh para Malaikat sehingga boleh menjadi sebab kita jauh dari rahmat dan kebaikan yang dibawa melalui para malaikat.

Al-Imam Ibnu Qudaamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata:

وَيُكْرَهُ أَكْلُ الْبَصَلِ ، وَالثُّومِ وَالْكُرَّاثِ ، وَالْفُجْلِ ، وَكُلِّ ذِي رَائِحَةٍ كَرِيهَةٍ ، مِنْ أَجْلِ رَائِحَتِهِ ، سَوَاءٌ أَرَادَ دُخُولَ الْمَسْجِدِ أَوْ لَمْ يُرِدْ ؛ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ { : إنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ النَّاسُ } رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ

“Adalah dimakruhkan (dibenci) memakan bawang putih, bawang merah, lobak putih, dan apa jua yang memiliki bau busuk, dengan sebab baunya tersebut. Tidak kira sama ada ketika dia hendak masuk ke masjid atau tidak, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya malaikat (pembawa rahmat) merasa terganggu sebagaimana manusia merasa terganggu (oleh bau busuk tersebut).” (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 9/429)

Namun, hukum kemakruhan memakan makanan tersebut dapat dihilangkan dengan cara menghilangkan baunya, sama ada dengan cara memasaknya atau yang lainnya. Sebagaimana hadis yang telah disebutkan,

“Maka sesiapa yang mahu memakan (dari dua jenis ini), hendaklah dia hilangkan baunya dengan cara memasaknya.” (Shahih Muslim, no. 567)

Adapun hukum rokok, bukan saja baunya yang tidak menyenangkan dan membuat orang lain terganggu, tetapi hukumnya sendiri adalah haram sebagaimana dijelaskan oleh para ulama.

Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

وَفِي الطِّيبِ مِنَ الْخَاصِّيَّةِ، أَنَّ الْمَلَائِكَةَ تُحِبُّهُ، وَالشَّيَاطِينَ تَنْفِرُ عَنْهُ، وَأَحَبُّ شَيْءٍ إِلَى الشَّيَاطِينِ الرَّائِحَةُ الْمُنْتِنَةُ الْكَرِيهَةُ، فَالْأَرْوَاحُ الطَّيِّبَةُ تُحِبُّ الرَّائِحَةَ الطَّيِّبَةَ، وَالْأَرْوَاحُ الْخَبِيثَةُ تُحِبُّ الرَّائِحَةَ الْخَبِيثَةَ، وَكُلُّ رُوحٍ تَمِيلُ إِلَى مَا يُنَاسِبُهَا، فَالْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ، وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ، وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ، وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ، وَهَذَا وَإِنْ كَانَ فِي النِّسَاءِ وَالرِّجَالِ، فَإِنَّهُ يَتَنَاوَلُ الْأَعْمَالَ وَالْأَقْوَالَ، وَالْمَطَاعِمَ وَالْمَشَارِبَ، وَالْمَلَابِسَ وَالرَّوَائِحَ، إِمَّا بِعُمُومِ لَفْظِهِ، أَوْ بِعُمُومِ مَعْنَاهُ.

“Pada wewangian terkandung khasiat, di mana para malaikat sangat menyukainya, manakala para syaitan pula membenci dan menjauh darinya. Adapun yang disukai oleh Syaitan adalah bau yang busuk lagi menjijikkan. Bahawa ruh yang baik pasti akan menyukai bau-bauan yang baik, manakala ruh yang buruk akan menyukai bau-bauan yang buruk. Bagi setiap ruh akan cenderung pada bau yang serasi dengannya, bau yang buruk akan mendampingi ruh yang buruk dan ruh yang buruk akan selesa bersama dengan bau yang buruk. Manakala bau-bauan yang baik akan mendampingi ruh yang baik, dan ruh yang baik akan selesa bersama dengan bau-bauan yang baik lagi harum. Tanpa mengira baik wanita atau lelaki, kerana ia bersesuaian dengan amal mahupun perkataan, makanan mahupun minuman, pakaian mahupun wangi-wangian, bersesuaian dengan keumuman lafaznya, atau maknanya.” (Zaad Al-Ma’ad, 4/257)

Wallaahu a’lam.

Ensiklopedi_Adab_Islam_Baru_2

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest