Siapakah Manusia Yang Paling Berat Ujiannya?

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H)

Asy-Syaikh Al-Albani ditanya:ujian-dan-pahala

من هم أشد الناس بلاءً؟

“Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”

Maka Syaikh Al-Albani menjawab:

قال عليه الصلاة اللسلام (أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ [وفي رواية: قدر] دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ)،

Rasulullah ‘alaihish Sholaatu was Salaam bersabda:

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para anbiya’, kemudian orang yang semisal mereka, kemudian yang semisal mereka. Sesungguhnya seseorang itu diuji seiring dengan (kadar) agamanya. Jika agamanya kuat, maka ujiannya pun akan berat, namun jika agamanya lemah, maka dia pun diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian tidak akan berhenti menimpa para hamba sampailah dia berjalan di muka bumi ini dengan tanpa kesalahan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2398; dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu)

وفي هذه الأحاديث دلالة صريحة على أن المؤمن كلما كان أقوى إيماناً، ازداد ابتلاءً وامتحاناً، والعكس بالعكس

Pada hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa seorang mukmin ketika kuat keimanannya, maka akan bertambahlah ujian dan dugaannya, demikian pula jika sebaliknya.

ففيها رد على ضعفاء العقول والأحلام الذين يظنون أن المؤمن إذا أصيب ببلاء، كالحبس أو الطرد أو الإقالة من الوظيفة ونحوها، أن ذلك دليل على أن المومن غير مرضي عند الله تعالى، وهو ظن باطل

Pada hadis ini juga terkandung bantahan ke atas orang-orang yang lemah akal dan sisi pandangnya, di mana mereka menyangka apabila seorang mukmin itu ditimpa suatu ujian (atau musibah), seperti dipenjara, atau diusir, atau diberhentikan dari pekerjaannya, dan yang seumpama dengannya, seakan-akan itu menunjukkan bahawa orang mukmin tersebut tidak mendapat keredhaan di sisi Allah Ta’ala, dan ini adalah anggapan yang bathil (salah).

فهذا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهو أفضل البشر، كان أشد الناس – حتى الأنبياء – بلاء، فالبلاء غالباً دليل خير وليس نذير شر كما يدل على ذلك أيضاً الحديث ( إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ).

Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau adalah sebaik-baik manusia, bahawa beliau adalah manusia yang paling berat ujiannya, bahkan jika dibandingkan dengan para Nabi sekalipun. Maka dengan demikian, ujian adalah dalil (petunjuk) kepada kebaikan, bukan sebagai isyarat keburukan. Ianya sebagaimana dalil yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

“Sesungguhnya, besarnya balasan bergantung dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Maka siapa yang redha, baginya keredhaan Allah. Manakala bagi siapa yang marah, maka baginya kemurkaan Allah.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 4031; dari hadis Anas bin Malik)

وهذا الحديث يدل على أمر زائد على ما سبق ، وهو أن البلاء إنما يكون خيراً، وأن صاحبه يكون محبوباً عند الله تعالى إذا صبر على بلاء الله تعالى، ورضي بقضاء الله عز وجل .

Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan tambahan dari hal sebelumnya, di mana ujian itu menunjukkan kebaikan, dan orang yang menerima ujian itu dicintai oleh Allah Ta’ala apabila dia bersabar atas ujian Allah Ta’ala tersebut, serta juga apabila dia redha dengan qadha’ (ketentuan) Allah ‘Azza wa Jalla itu.

ويشهد لذلك الحديث ( عَجِبْتُ لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ إِنْ أَصَابَهُ مَا يُحِبُّ حَمِدَ اللَّهَ وَكَانَ لَهُ خَيْرٌ وَإِنْ أَصَابَهُ مَا يَكْرَهُ فَصَبَرَ كَانَ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ كُلُّ أَحَدٍ أَمْرُهُ كُلُّهُ خَيْرٌ إِلَّا الْمُؤْمِنُ )

Hal ini didukung juga oleh hadis yang lain:

“Sungguh menakjubkan dengan urusan orang yang beriman, sesungguhnya seluruh urusannya adalah kebaikan. Jika dia mendapat apa yang dia sukai dia memuji Allah dan itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa dengan sesuatu yang dia tidak sukai dia pun bersabar, dan itu adalah kebaikan baginya. Dan tidaklah ada seorang pun yang seluruh urusannya berupa kebaikan melainkan bagi orang yang beriman.” (lihat Shahih Muslim, no. 2996 dengan redaksi sedikit berbeza)

Sumber: Majmu’ Fatawa Al-‘Allamah Al-Albani, 1/168-169.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest