Sesiapa Yang Meninggalkan Solat, Maka Ia Telah Kafir

Asy-Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali
www.ilmusunnah.com

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَقَدْ كَفَرَ، وَلَيْسَ مِنَ الْأَعْمَالِ شَيْءٌ تَرْكُهُ كُفْرٌ إِلَّا الصَّلَاةَ، مَنْ تَرَكَهَا فَهُوَ كَافِرٌ، وَقَدْ أَحَلَّ اللَّهُ قَتْلَهُ.

“Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya ia telah kafir. Dan tidak ada satu amalpun yang jika meninggalkannya menjadi kufur kecuali solat. Sesiapa yang meninggalkannya, maka ia kafir. Dan sesungguhnya Allah telah menghalalkan untuk membunuhnya.”

Syarah Syaikh Dr. Rabi’

Terdapat banyak sekali dalil wahai saudara-saudaraku bagi (pendapat) yang menegaskan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Dalil-dalil tersebut sungguh sangat kuat. Berlawanan dengan ini adalah (pendapat) yang tidak mengkafirkan orang yang meninggalkan solat. Mereka memiliki beberapa tafsiran dari nash-nash tersebut.

Di antara dalil-dalil bagi mereka yang mengkafirkannya adalah:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

“…jika mereka bertaubat, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudara kalian dalam agama.” (Surah At-Taubah, 9: 11)

Jadi, tidaklah terjadi (hubungan) persaudaraan melainkan setelah masuk dalam iman, menegakkan solat, dan menunaikan zakat.

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ

“…jika mereka bertaubat, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka biarkanlah mereka berjalan.” (Surah At-Taubah, 9: 5)

Kerana itu, tidak dibiarkan mereka bebas berjalan, tidak pula diturunkan senjata dari mereka, kecuali jika mereka telah beriman kepada Allah, menegakkan solat, dan menunaikan zakat.

Ini semua merupakan hujjah yang sangat kuat lagi banyak, di antaranya hadis:

فَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاة فَقَدْ كَفَرَ

“Sesiapa yang meninggalkan solat, benar-benar ia telah kafir.” (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 2621)

Juga hadis:

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ أَوِ الكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ

“Batas antara seorang hamba dengan kekufuran atau kesyirikan adalah meninggalkan solat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2619)

Sebab itu, perkara solat amatlah besar. Apatah lagi ia merupakan tiangnya Islam. Juga ditambah hadis ‘Abdullah bin Syaqiq yang akan disebutkan, yang telah diisyaratkan oleh Imam Ahmad:

وَلَيْسَ مِنَ الْأَعْمَالِ شَيْءٌ تَرْكُهُ كُفْرٌ إِلَّا الصَّلَاةَ

“Dan tidak ada satu amal pun yang jika meninggalkannya menjadi kufur kecuali solat.”

Jadi, Imam Ahmad rahimahullah di dalam buku ini mengambil pendapat yang menegaskan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Dan beliau berhujjah dengan hadis-hadis di atas serta ucapan ‘Abdullah bin Syaqiq rahimahullah yang mengatakan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

“Dahulu (menurut) para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tidak ada suatu amal pun di sisi mereka yang jika ditinggalkan bererti kufur melainkan solat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2622)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan bahawa jumhur ahli ilmu dari kalangan sahabat dan selain mereka berpegang pada pandangan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Sekelompok dari para imam, bahkan banyak ulama berpendapat dikafirkannya orang yang meninggalkan salah satu dari rukun-rukun Islam. Iaitu sesiapa yang meninggalkan solat, maka ia kafir, yang meninggalkan zakat, maka ia telah kafir, yang meninggalkan haji (sedangkan ia mampu), maka iapun telah kafir.

Adapun Imam Ahmad rahimahullah sendiri, (dinukilkan bahawa) beliau memiliki beberapa pendapat tentang kafirnya orang yang meninggalkan rukun-rukun ini. Ada pendapat beliau bahawa tidak dikafirkan kecuali yang meninggalkan solat dan zakat. Juga ada pendapat beliau bahawa yang dikafirkan ialah orang yang meninggalkan solat (saja).

Selain itu (dinukilkan bahawa) beliau berpendapat tidak dikafirkan orang yang meninggalkan solat, kerana memang perkara ini adalah masalah yang rumit dan sangat kritikal. Sedangkan dalil-dalil kedua belah pihak juga kuat, sehingga boleh jadi pada diri seseorang terdapat suatu perbezaan ucapan, cara-pandang, dan seterusnya.

Sedangkan Imam Asy-Syafi’i rahimahullah, Imam malik rahimahullah, dan Abu Hanifah rahimahullah berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat tidaklah kafir. Sebelumnya mereka juga bersepakat bahawa sesiapa meninggalkan yang solat kerana mengingkari (pensyari’atan)nya, maka ia jelas kafir.

Ya, sesiapa saja yang meninggalkan solat kerana mengingkarinya, maka ia kafir menurut ijma’ (kesepakatan seluruh ‘ulama). Tetapi jika ia meninggalkannya kerana malas dan menganggap remeh (tidak sampai mengingkari kewajibannya), maka seperti yang telah kalian dengar; sebahagian ulama tetap mengkafirkannya.

Jadi, Imam Asy-Syafi’i rahimahullah, Malik rahimahullah, dan Ahmad rahimahullah dalam salah satu pendapatnya, serta banyak dari para imam berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat tidaklah dikafirkan, kecuali jika ia meninggalkannya kerana mengingkari (hukum wajibnya). Adapun jika ia masih mengakui tentang wajibnya solat, mereka berselisih pendapat tentang orang seperti ini. Di antara mereka (dari kalangan ulama); ada yang berpandangan agar pelakunya dihukum bunuh, yakni setelah diminta bertaubat. Jika ia meninggalkan solat Zuhur sebagai contoh, maka dikatakan kepadanya: “Solat-lah!”

Sampailah apabila telah masuk waktu ‘Ashar dan ia tetap menolak untuk solat, barulah ia dibunuh sebagai hukum hadd (dan ia masih tetap dianggap muslim). Manakala (dari kalangan ulama) yang berpandangan bahawa ia telah kafir, maka ia dibunuh kerana sebab mereka telah kufur (keluar dari Islam dengan sebab meninggalkan solat). Kerana ia telah kafir, maka dibunuh sebagaimana orang-orang yang murtad.

Maka sebahagiannya berpandangan bahawa pembunuhannya tersebut sebagai hukum hadd atasnya (tidak murtad). Sedangkan Abu Hanifah rahimahullah di antara para imam yang berpandangan bahawa orang tersebut tidak perlu dibunuh, namun ditahan, disopak, dan disiksa sampailah ia mahu melaksanakan solat, atau mati.

Rujukan, http://www.rabee.net/show_des.aspx?pid=5&id=201

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest