Perselisihan Yang Banyak Apa Solusinya?

Perselisihan Yang Banyak Apa Solusinya?

Abu Numair
Catatan Dari Bacaan Kitab Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam
Hadis no. 28.
www.ilmusunnah.com

Dalam sebuah hadis daripada Al-‘Irbadh bin Saariyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

 أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Aku wasiatkan kalian agar bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah hamba Habasyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup setelah peninggalanku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” [Sunan Abu Daud, no. 4607. At-Tirmidzi, no. 2676. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani]

Syarah Hadis

1, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

Sabda Nabi, “Aku wasiatkan kalian agar bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat.” Kedua kalimat tersebut mencakup kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Adapun taqwa, maka menjamin kebahagiaan di akhirat bagi orang yang berpegang-teguh kepadanya dan merupakan wasiat Allah kepada manusia tersebut mencakup generasi pertama dan terakhir, seperti yang Dia firmankan:

وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ

“Dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kalian dan kepada kalian; bertaqwalah kepada Allah.” (Surah An-Nisaa’, 4: 131)

Manakala mendengar dan taat kepada pemerintah kaum muslimin, maka di dalamnya terdapat kebahagiaan di dunia dan dengannya seluruh kemaslahatan manusia di kehidupan mereka menjadi teratur, dan hal tersebut dapat mereka gunakan untuk kebaikan agama dan urusan ketaatan kepada Rabb mereka, sebagaimana dikatakan oleh ‘Ali bin Abi Thalib rahiyallahu ‘anhu:

إنَّ الناسَ لا يُصلحهم إلاَّ إمامٌ بَرٌّ أو فاجر، إنْ كان فاجراً عبدَ المؤمنُ فيه ربَّه، وحمل الفاجر فيها إلى أجله

“Sesungguhnya manusia tidak akan dapat diperbaiki melainkan oleh pemimpin sama ada yang baik mahupun yang jahat. Jika pemimpin tersebut jahat, orang yang beriman akan beribadah kepada Rabb-nya di masa pemerintahannya, dan pemimpin yang jahat tersebut membawanya kepada ajalnya.” (lihat: Syu’abul Iman, no. 7508)

Dan berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah:

هم يلونَ من أمورنا خمساً: الجمعةَ والجماعة والعيد والثُّغور والحدود، والله ما يستقيم الدِّين إلاَّ بهم، وإنْ جاروا وظلموا، والله لَمَا يُصْلحُ الله بهم أكثرُ ممَّا يُفسدون، مع أنَّ – والله – إنَّ طاعتهم لغيظٌ، وإنَّ فرقتهم لكفرٌ

“Mereka (pemerintah) mewarnai (mengelola) urusan kita dalam lima perkara utama, iaitu Al-Jumu’ah (solat Juma’at), Al-Jama’ah (kesatuan), Al-‘Ied (hari raya), perbatasan (benteng pertahanan negara), dan Al-Hudud (perundangan). Demi Allah, tidaklah diluruskan agama itu melainkan dengan mereka walaupun mereka jahat dan berlaku zalim. Demi Allah, apa-apa yang diperbaiki Allah melalui mereka itu lebih banyak dari apa-apa yang rosak dengan sebab mereka. Dan demi Allah, sesungguhnya mentaati mereka itu berat, tetapi keluar berpisah dari mentaati kepimpinan mereka itu adalah kekufuran.” (Jaami’ Al-‘Ulum wal Hikam, m/s. 262. Ibnul Jauzi, Adab Al-Hasan al-Bashri, m/s. 121)

2, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

وخرَّج الإمام أحمد والترمذي أيضاً من حديث أبي أُمامة، قال: سمعتُ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – يخطُبُ في حَجَّةِ الوداع ، يقول: (( اتَّقوا الله، وصلُّوا خمسَكُم، وصوموا شهركم، وأدُّوا زكاة أموالكم، وأطيعوا ذا أمركم، تدخُلُوا جنَّةَ ربِّكم

“Dan diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dan At-Tirmidzi dari hadis Abi Umamah, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhuthbah pada haji Al-Wadaa’, beliau bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah, tunaikanlah solat kalian yang lima, puasalah di bulan kalian,  tunaikanlah zakat harta kalian, dan taatilah pemerintah kalian, nescaya kalian akan memasuki Syurga Rabb kalian.”

“Sabda Nabi:

وإنْ تأمَّرَ عليكم عبدٌ

“… walaupun kalian diperintah oleh seorang hamba.” Dalam riwayat lain disebutkan, “hamba Habsyi.”

… Penyebutan keadaan yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam setelah perintah mendengar dan taat kepada para pemerintah tersebut menunjukkan bahawa tidak ada kewajiban taat kepada pemerintah melainkan dalam ketaatan kepada Allah sebagaimana diriwayatkan secara sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

إنَّما الطَّاعةُ في المعروف

“Sesungguhnya ketaatan itu adalah pada yang ma’ruf (kebaikan).” (Lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 4340)

وفي “المسند” عن أنس: أنَّ معاذَ بن جبل قال: يا رسول الله، أرأيتَ إنْ كان علينا أمراءُ لا يستنُّون بسنَّتك، ولا يأخذون بأمركَ، فما تأمرُ في أمرهم؟ فقالَ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : لا طاعة لمن لم يُطع الله – عز وجل

“Dan dalam Al-Musnad dari Anas, bahawa Mu’adz bin Jabal berkata:

“Wahai Rasulullah, apa pendapat engkau jika kami diperintah oleh para pemerintah yang tidak bersunnah dengan sunnah engkau, dan tidak pula melaksanakan perintah engkau, maka apa perintah engkau dalam menghadapi mereka?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada ketaatan pada sesiapa yang tidak mentaati Allah ‘Azza wa Jalla.”

Dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari hadis Ibnu Mas’oud:

أنَّ النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – قال: سَيَلِي أُمُورَكُمْ بَعْدِي رِجَالٌ يُطْفِئُونَ من السُّنَّةَ وَيَعْمَلُونَ بِالْبِدْعَةِ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا. فقلت: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُهُمْ، كيف أفعلُ ؟ قال: لَا طَاعَةَ، لِمَنْ عَصَى اللَّهَ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Urusan kalian sepeninggalanku nanti akan dipegang oleh orang-orang yang memadamkan sunnah, mengamalkan bid’ah-bid’ah, dan menunda solat-solat dari waktunya.” Maka aku (Ibnu Mas’oud) bertanya:

“Wahai Rasulullah jika aku menghadapi mereka (bertemu dengan situasi tersebut), bagaimana harus aku lakukan?” Beliau bersabda:

“Tidak ada ketaatan kepada orang yang bermaksiat kepada Allah.” (Lihat: Sunan Ibnu Majah, no. 2865)

3, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

هذا إخبارٌ منه – صلى الله عليه وسلم – بما وقع في أُمَّته بعدَه من كثرة الاختلاف في أصول الدِّين وفروعه ، وفي الأقوال والأعمال والاعتقادات ، وهذا موافقٌ لما روي عنه من افتراقِ أُمَّته على بضعٍ وسبعين فرقة ، وأنَّها كلَّها في النَّار إلاَّ فرقة واحدة، وهي من كان على ما هو عليه وأصحابُه

“(Hadis ini) adalah perkhabaran (pemberitahuan) oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang apa yang akan berlaku kepada umatnya setelah peninggalannya, iaitu terjadi banyaknya perselisihan pada perkara ushul agama dan furu’nya (cabang-cabangnya), dan juga pada perkataan-perkataan, amalan-amalan, dan i’tiqad-i’tiqad. Dan ini bertepatan dengan apa yang diriwayatkan dari beliau berkaitan perpecahan umatnya menjadi lebih dari tujuh puluh firqah (kelompok) dan semuanya ke Neraka kecuali satu kelompok dan kelompok yang satu itu adalah sesiapa yang berada di atas apa yang dia dan sahabatnya berada.”

3, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

وكذلك في هذا الحديث أمر عندَ الافتراق والاختلاف بالتمسُّك بسنَّته وسنَّةِ الخلفاء الرَّاشدين من بعده، والسُّنة: هي الطريق المسلوك، فيشمل ذلك التمسُّك بما كان عليه هو وخلفاؤه الرَّاشدونَ مِنَ الاعتقادات والأعمال والأقوال، وهذه هي السُّنةُ الكاملةُ، ولهذا كان السلف قديماً لا يُطلقون اسم السُّنَّةِ إلا على ما يشمل ذلك كلَّه، ورُوي معنى ذلك عن الحسن والأوزاعي والفُضيل بن عياض.

وكثيرٌ من العُلماء المتأخرين يخصُّ اسم السُّنة بما يتعلق بالاعتقادات؛ لأنَّها أصلُ الدِّين، والمخالفُ فيها على خطرٍ عظيم

“Dan pada hadis ini terdapat perintah tatkala berhadapan dengan perpecahan dan perselisihan agar berpegang-teguh dengan sunnah Rasulullah dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin setelah kewafatan beliau. Dan As-Sunnah itu adalah ath-thariiq al-masluuk (jalan yang ditempuhi) oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin, termasuk padanya adalah apa-apa yang disandarkan pada Nabi dan Khulafa’ Ar-Rasyidin dari i’tiqad-i’tiqadnya, amal-amal perbuatannya, dan perkataan-perkataannya. Dan inilah As-Sunnah Al-Kaamilah (Sunnah yang sempurna). Dan untuk ini bahawasanya para salaf terdahulu tidaklah mereka meletakkan penamaan As-Sunnah melainkan ke atas tiga bentuk cakupan tersebut, dan makna ini diriwayatkan dari Al-Hasan, Al-Auza’i, dan Al-Fudhail bin ‘Iyaadh.

Dan banyak dari ulama muta’akhirin mengkhususkan penamaan As-Sunnah dengan apa-apa yang berkaitan dengan i’tiqad-i’tiqad kerana ia adalah perkara ushul agama, dan mereka yang menyelisihinya maka dia sedang berada di atas bahaya yang besar.” (Jami’ Al-‘Ulum wal-Hikam, m/s. 263 – Daar Al-Ma’rifah)

4, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

وفي أمره – صلى الله عليه وسلم – باتِّباع سنَّته، وسنَّة خلفائه الراشدين بعد أمره بالسمع والطاعة لوُلاةِ الأُمور عموماً دليلٌ على أنَّ سنةَ الخلفاء الراشدين متَّبعة، كاتِّباع سنته، بخلاف غيرهم من وُلاة الأمور

“Perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mengikuti sunnah beliau dan sunnah para khulafa’ur rasyidin setelah perintah mendengar dan taat kepada para pemimpin adalah bukti bahawa sunnah para khulafa’ur rasyidin wajib diikuti sebagaimana halnya mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini tidak berlaku bagi sunnah para pemimpin selain khulafa’ur rasyidin.

Di Musnad Al-Imam Ahmad dan di Jaami’ At-Tirmidzi dari Hudzaifah, beliau berkata:

كنَّا عند النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – جُلوساً، فقال: إِنِّي لَا أَدْرِي مَا قَدْرُ بَقَائِي فِيكُمْ، فَاقْتَدُوا بِاللَّذَيْنِ مِنْ بَعْدِي – وَأَشَارَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ – وَتَمَسَّكُوا بِعَهْدِ عَمَّارٍ، وَمَا حَدَّثَكُمْ ابْنُ مَسْعُودٍ فَصَدِّقُوهُ

“Kami sedang duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau bersabda:

“Sungguh aku tidak tahu berapa lama lagi aku bersama kalian, maka ikutilah dua orang sepeninggalanku, beliau mengisyaratkan kepada Abu Bakr dan ‘Umar, dan berpegang teguhlah kepada pesan-pesan ‘Ammaar, dan apa-apa yang disampaikan oleh Ibnu Mas’oud kepada kalian benarkanlah.” (lihat: Musnad Ahmad, no. 23276. At-Tirmidzi, no. 3799)

فنصَّ – صلى الله عليه وسلم – في آخر عمره على من يُقتدى به مِنْ بعده، والخُلفاء الراشدون الذين أمر بالاقتداء بهم هم: أبو بكر وعمرُ وعثمانُ وعليٌّ، فإنَّ في حديث سفينة، عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم -: (( الخلافةُ بعدي ثلاثونَ سنة، ثم تكونُ ملكاً ))، وقد صححه الإمام أحمد واحتجَّ به على خلافة الأئمة الأربعة

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegaskan di akhir hayatnya siapa yang perlu diikuti sepeninggalan beliau. Dan para khulafa’ur rasyidin yang harus diikuti sepeninggalan beliau adalah Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali kerana disebutkan dalam hadis Safinah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Kekakhalifahan sepeninggalanku berlangsung selama 30 tahun, kemudian terjadilah kerajaan.”

Dan hadis ini disahihkan oleh Al-Imam Ahmad dan beliau berhujah dengannya bagi menetapkan kekhalifahan keempat-empat imam dari kalangan sahabat tersebut.

ولو قال بعضُ الخلفاء الأربعة قولاً، ولم يُخالفه منهم أحدٌ، بل خالفه غيرُه من الصَّحابة، فهل يقدم قولُه على قول غيره؟ فيه قولان أيضاً للعلماء، والمنصوصُ عن أحمد أنَّه يُقدمُ قوله على قولِ غيره من الصَّحابة، وكذا ذكره الخطابيُّ وغيره، وكلامُ أكثرِ السَّلفِ يدلُّ على ذلك، خصوصاً عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، فإنَّه روي عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – من وجوه أنَّه قال: إنَّ الله جعل الحقَّ على لسان عمرَ وقلبِه

“Kalau salah seorang dari para khalifah yang empat itu mengatakan sesuatu tanpa ditentang salah seorang dari mereka, tetapi diselisihi oleh sebahagian sahabat selain dari mereka (selain dari 4 khalifah Ar-Rasyidin), adakah perkataan khalifah tersebut yang harus didahulukan ataukah perkataan sahabat yang lain?

Ada dua pendapat dalam masalah ini di sisi para ulama. Dan yang di-nashkan dari imam Ahmad bahawa perkataan salah seorang dari empat khalifah tersebut yang harus didahulukan berbanding perkataan sahabat yang lainnya. Itulah yang dikatakan oleh Al-Khaththabi dan yang lainnya. Dan perkataan kebanyakan salaf menunjukkan hal yang demikian khasnya kepada perkataan ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu. Kerana diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari pelbagai wajah (jalan riwayat) bahawa beliau bersabda:

Sesungguhnya Allah menjadikan Al-Haq itu di atas lisan dan qalb (jantung) ‘Umar.” (lihat: Musnad Ahmad, no. 9213. At-Tirmidzi, no. 3682)

Dan berkata Imam Malik:

قال عمرُ بنُ عبد العزيز: سنَّ رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – وولاةُ الأمر من بعده سُنناً، الأخذُ بها اعتصامٌ بكتابِ الله، وقوَّةٌ على دين الله، ليس لأحدٍ تبديلُها، ولا تغييرُها، ولا النظرُ في أمرٍ خالفَها، مَنِ اهتدى بها، فهو مهتدٍ، ومن استنصر بها، فهو منصور، ومن تركها واتَّبع غيرَ سبيل المؤمنين، ولاَّه اللهُ ما تولَّى، وأصلاه جهنَّم، وساءت مصيراً

“‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para pemerintah sepeninggalan beliau telah menetapkan sunnah-sunnah. Mengambil sunnah-sunnah tersebut adalah tanda berpegang teguh dengan Kitab Allah dan merupakan kekuatan di atas agama. Tiada siapapun berhak mengganti sunnah-sunnah tersebut, mengubahnya, dan jangan memandang pada urusan yang menyeisihinya. Sesiapa yang berpetunjuk dengannya maka dia pun akan mendapat petunjuk, dan sesiapa yang mencari pertolongan dengannya maka dia pun akan ditolong. Sesiapa yang meninggalkannya dan mengikuti selain jalan Al-Mukminin (para sahabat dan pemimpin mereka), Allah pun menguasakan atas mereka apa-apa yang Dia kuasakan atasnya dan memasukkannya ke Jahannam yang merupakan seburuk-buruk tempat kembali.” (lihat: Tafsir Ibnu Abi Hatim, no. 5969. Al-Ajurri, Asy-Syari’ah, no. 48)

Khalaf bin Khalifah berkata, “Aku pernah menyaksikan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkhuthbah di masa kekhalifahannya. Beliau berkata dalam khuthbahnya:

ألا إنَّ ما سنَّ رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – وصاحباه، فهو وظيفةُ دينٍ، نأخذ به، وننتهي إليه

“Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang disunnahkn Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kedua orang sahabat beliau adalah kewajiban agama; kita mengambilnya dan menuju kepadanya.” (lihat: Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliyaa’, 5/298)

وكان عليٌّ يتبع أحكامه وقضاياه، ويقول: إنَّ عمرَ كان رشيدَ الأمر

“Bahawa ‘Ali (bin Abi Thalib) mengikuti seluruh hukum (fatwa dan perundangan) dan qadha (keputusan) yang diputuskan oleh ‘Umar, dan beliau (‘Ali) berkata:

“Sesungguhnya ‘Umar adalah orang yang urusannya dipenuhi petunjuk.” (lihat: Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 32004)

Berkata Mujahid:

إذا اختلف الناسُ في شيءٍ، فانظروا ما صنع عمر، فخُذُوا به

“Apabila manusia berselisih tentang suatu perkara, maka perhatikanlah apa yang dilakukan oleh ‘Umar, maka ambillah daripadanya.” (lihat Fadhail Ash-Shahabah, no. 349)

Ayyub berkata, daripada Asy-Sya’bi:

انظروا ما اجتمعت عليه أمَّةُ محمد، فإنَّ الله لم يكن ليجمعها على ضلالةٍ، فإذا اختلفت، فانظروا ما صنعَ عُمَر بنُ الخطاب، فخذوا به

“Perhatikanlah apa jua yang disepakati oleh umat Muhammad (khasnya para sahabat – pent.), kerana Allah tidak akan mengumpulkan mereka di atas kesesatan. Jika mereka berselisih, maka perhatikanlah apa-apa yang dilakukan (atau diputuskan) oleh ‘Umar bin Al-Khaththab, maka ambillah daripadanya.”

وبكلِّ حالٍ، فما جمع عمرُ عليه الصَّحابةَ، فاجتمعوا عليه في عصره، فلا شكَّ أنَّه الحقُّ، ولو خالف فيه بعدَ ذلك مَنْ خالف

“Kesimpulannya, maka apa-apa sahaja yang disepakati oleh ‘Umar dan para sahabat, yang mereka bersepakat atasnya di masanya, maka jangan ragu bahawa ia adalah al-haq (kebenaran), walaupun padanya diselisihi oleh orang sesudah mereka.”

وهذا إشارةٌ إلى أنَّ عمرَ لم يمت حتَّى وضع الأمورَ مواضعها، واستقامت الأمورُ، وذلك لِطول مدَّته، وتفرُّغه للحوادث، واهتمامه بها، بخلاف مدَّةِ أبي بكر فإنَّها كانت قصيرةً، وكان مشغولاً فيها بالفُتوح، وبعث البُعوث للقتال، فلم يتفرَّغ لكثيرٍ من الحوادث، وربما كان يقع في زمنه ما لا يبلُغه، ولا يُرفَعُ إليه، حتَّى رفعت تلك الحوادثُ إلى عمرَ، فردَّ النَّاس فيها إلى الحقِّ وحملهم على الصَّواب.

وأمَّا ما لم يجمع عمرُ النَّاسَ عليه، بل كان له فيه رأيٌ ، وهو يسوِّغ لغيره أنْ يرى رأياً يُخالف رأيه.

“Dan ini adalah isyarat (yang menunjukkan) bahawa ‘Umar tidaklah wafat sampai beliau meletakkan setiap hal pada tempatnya dan setiap sesuatu menjadi terlaksana. Ini disebabkan kerana masa kekhalifahannya lama, fokus dan pemerhatiannya pada pelbagai peristiwa (sangat luas). Ia berbeza dengan tempoh pemerintahan Abu Bakr kerana tempohnya pendek, di mana beliau disibukkan dengan penaklukan dan pembukaan wilayah, serta pengiriman pasukan-pasukan ke medan perang, maka beliau pun tidak punya masa yang banyak untuk fokus pada setiap apa yang berlaku. Dan boleh jadi juga, sebahagian peristiwa yang terjadi di zaman beliau (Abu Bakr) tidak sampai kepadanya dan tidak diangkat ke pengetahuannya, sampailah tiba ke zaman pemerintahan ‘Umar barulah ia diangkat (diadukan) ke pemerintahan. Maka orang-orang pun dibimbing kepada al-haq dan mereka dipandu kepada hakikat keadaan yang sebenar pada zaman ‘Umar.

Manakala hal-hal yang tidak disepakati oleh ‘Umar dengan para sahabatnya yang lain, dan ‘Umar punya pendapat yang berbeza padanya dengan yang lain, maka orang lain boleh berpendapat dengan pendapat yang berbeza daripada ‘Umar.” (Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, m/s. 263-266)

5, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

وإنَّما وصف الخلفاء بالراشدين؛ لأنَّهم عرفوا الحقَّ وقَضَوا به، فالراشدُ ضدُّ الغاوي، والغاوي مَنْ عَرَفَ الحقَّ، وعمل بخلافه. وفي رواية (( المهديين ))، يعني: أنَّ الله يهديهم للحقِّ، ولا يُضِلُّهم عنه، فالأقسام ثلاثة: راشدٌ وغاوٍ وضالٌّ، فالراشد عرف الحقَّ واتَّبعه، والغاوي: عرفه ولم يتَّبعه، والضالُّ: لم يعرفه بالكليَّة، فكلُّ راشدٍ، فهو مهتد، وكل مهتدٍ هدايةً تامَّةً، فهو راشد؛ لأنَّ الهدايةَ إنَّما تتمُّ بمعرفة الحقِّ والعمل به أيضاً. وقوله: (( عَضُّوا عليها بالنواجذ )) كناية عن شدَّةِ التَّمسُّك بها، والنواجذ: الأضراس

“Adapun pensifatan para khalifah tersebut dengan sifat (atau penisbahan) Ar-Rasyidin, kerena mereka mengetahui al-haq (kebenaran) dan mereka memutuskan dengannya. Ar-Rasyid lawannya adalah Al-Ghawi. Dan Al-Ghawi itu adalah sesiapa yang mengenal (mengetahui) al-haq tetapi beramal dengan apa yang menyelisihinya. Dan di riwayat yang lain disebutkan sebagai Al-Mahdiyin, iaitu Allah menunjuki mereka dengan (dan kepada) al-haq dan mereka tidak tersesat dari al-haq (kebenaran). Maka manusia itu terbahagi kepada tiga, rasyid (mendapat petunjuk), ghawi, dan dhal (sesat).

Ar-Rasyid adalah mereka yang mengetahui al-haq (kebenaran) dan mengikutinya. Al-Ghawi adalah mereka yang mengenal kebenaran tetapi enggan (tidak) mengikutinya. Dan Adh-Dhal itu adalah tidak mengenal seluruhnya sama sekali. Maka rasyid itu adalah orang yang mendapat petunjuk dan setiap yang diberi petunjuk dengan petunjuk yang sempurna, maka itulah yang mendapat petunjuk, kerana al-hidayah (petunjuk) itu hanya sempurna dengan mengenal al-haq (kebenaran) sekaligus mengamalkannya.

Dan hadis Nabi, “… gigitlah ianya (sunnah) dengan geraham..”, ini adalah kinayah (kiasan) tentang kuatnya kesungguhan bepergang teguh dengan as-sunnah. Dan an-nawajiz itu adalah geraham (gigi yang paling belakang).” (Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, m/s. 266)

6, Sabda Nabi:

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“…Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap bid’ah itu adalah sesat.”

تحذيرٌ للأمة مِنَ اتِّباعِ الأمورِ المحدَثَةِ المبتدعَةِ،

Ini adalah peringatan buat umat dari mengikuti segala perkara baru (dalam agama) yang merupakan bid’ah.”

وأكَّد ذلك بقوله: (( كلُّ بدعةٍ ضلالةٌ ))، والمراد بالبدعة: ما أُحْدِثَ ممَّا لا أصل له في الشريعة يدلُّ عليه، فأمَّا ما كان له أصلٌ مِنَ الشَّرع يدلُّ عليه، فليس ببدعةٍ شرعاً، وإنْ كان بدعةً لغةً، وفي “صحيح مسلم” عن جابر: أنَّ النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كان يقول في خطبته: (( إنَّ خيرَ الحديثِ كتابُ الله، وخير الهدي هديُ محمد، وشرُّ الأمور محدثاتها، وكلُّ بدعة ضلالة ))

Nabi (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menegaskan perkara tersebut  dengan sabda beliau, “Kerana setiap bid’ah adalah kesesatan.” Dan yang dimaksudkan dengan bid’ah adalah apa-apa yang diada-adakan yang tidak punya asal dalam syari’at manakala yang memiliki asal dalam syari’at maka ia tidaklah dinamakan bid’ah secara syar’i walaupun ia kadang disebut sebagai bid’ah dari sudut lughah (bahasa).

Dan di Shahih Muslim dari hadis Jabir bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata dalam khuthbahnya:

“Sesungguhnya sebaik-baik perkhabaran adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Manakala seburuk-buruk urusan adalah yang diada-adakan, dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (lihat: Shahih Muslim, no. 867)

فقوله – صلى الله عليه وسلم -: (( كلُّ بدعة ضلالة )) من جوامع الكلم لا يخرج عنه شيءٌ، وهو أصلٌ عظيمٌ من أصول الدِّين، وهو شبيهٌ بقوله: (( مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا ما لَيسَ مِنهُ فَهو رَدٌّ ))، فكلُّ من أحدث شيئاً، ونسبه إلى الدِّين، ولم يكن له أصلٌ من الدِّين يرجع إليه، فهو ضلالةٌ، والدِّينُ بريءٌ منه، وسواءٌ في ذلك مسائلُ الاعتقادات، أو الأعمال، أو الأقوال الظاهرة والباطنة.

“Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Setiap bid’ah adalah kesesatan.”, adalah termasuk jawami’ul kalim (perkataan ringkas yang mencakup maksud menyeluruh) yang tidaklah keluar darinya sesuatu, dan ia adalah ushul yang penting dari ushul-ushul agama.

Dan sabdanya yang mirip dengan perkataan tersebut, “Sesiapa yang mengada-adakan suatu yang baru dalam urusan kita ini yang bukan darinya, maka ianya tertolak.”

Jadi, sesiapa saja yang mengada-adakan suatu yang baru lalu memasukkannya ke dalam agama sedangkan ia tidak memiliki ushul (landasan) dari agama, maka ia adalah kesesatan, dan agama agama berlepas darinya; sama ada ianya dalam permasalahan i’tiqad-i’tiqad, amal-amalan, atau pun perkataan-perkataan, baik yang zahir ataupun yang bathin.” (Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, m/s. 266)

7, Kata Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H):

أما ما وقع في كلام السَّلف مِنِ استحسان بعض البدع، فإنَّما ذلك في البدع اللُّغوية، لا الشرعية، فمِنْ ذلك قولُ عمر – رضي الله عنه – لمَّا جمعَ الناسَ في قيامِ رمضان على إمامٍ واحدٍ في المسجد، وخرج ورآهم يصلُّون كذلك فقال: نعمت البدعةُ هذه. وروي عنه أنَّه قال: إنْ كانت هذه بدعة، فنعمت البدعة. وروي أنَّ أبيَّ بن كعب، قال له: إنَّ هذا لم يكن، فقال عمرُ: قد علمتُ، ولكنَّه حسنٌ

“Adapun apa yang diucapkan oleh sebahagian salaf yang menganggap baik sebahagian “bid’ah”, maka itu adalah bid’ah dari sudut lughah (bahasa), bukan bid’ah dalam maksud syar’i. Seperti perkataan ‘Umar radhiyallahu ‘anhu ketika beliau mengumpulkan kaum muslimin untuk melaksanakan solat tarawih di bawah pimpinan seorang imam di masjid, dan kemudian beliau keluar lalu melihat mereka solat seperti itu, maka beliau pun berkata:

“Sebaik-baik bid’ah adalah ini.” Juga diriwayatkan daripada beliau, bahawa beliau berkata:

“Jika perkara ini adalah bid’ah, maka ia adalah sebaik-baik bid’ah.”

Diriwayatkan bahawa Ubai bin Ka’ab berkata kepada ‘Umar:

“Sesungguhnya perkara ini belum pernah terjadi (di zaman mereka setelah kewafatan Rasulullah– pent.).” Maka ‘Umar mengatakan:

“Aku tahu, tetapi ini adalah baik.”.”

Al-Hafiz Ibnu Rojab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) menjelaskan hal ini:

ومرادُه أنَّ هذا الفعلَ لم يكن على هذا الوجه قبل هذا الوقت، ولكن له أصولٌ منَ الشَّريعةِ يُرجع إليها، فمنها: أنَّ النَّبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كان يحُثُّ على قيام رمضان، ويُرَغِّبُ فيه، وكان النَّاس في زمنه يقومون في المسجد جماعاتٍ متفرِّقةً ووحداناً، وهو – صلى الله عليه وسلم – صلَّى بأصحابه في رمضانَ غيرَ ليلةٍ، ثم امتنع مِنْ ذلك معلِّلاً بأنَّه خشي أنْ يُكتب عليه، فيعجزوا عن القيام به، وهذا قد أُمِنَ بعده – صلى الله عليه وسلم -. ورُويَ عنه أنَّه كان يقومُ بأصحابه ليالي الأفراد في العشر الأواخر

“Maksud perkataan tersebut adalah menunjukkan bahawa perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan sebelum ini (iaitu dalam tempoh waktu tertentu), tetapi ianya memiliki ushul (landasan) dari syara’, di antaranya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melaksanakan qiyam Ramadhan (tarawih) dan beliau menggalakkannya, dan bahawa umat Islam di zaman ‘Umar mendirikannya di masjid-masjid dalam jama’ah-jama’ah berasingan atau secara sendiri-sendiri. Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersama-sama para sahabatnya pernah melaksanakannya tidak hanya pada satu malam, tetapi kemudian beliau meninggalkannya kerana beliau bimbang solat (tarawih) tersebut akan diwajibkan ke atas mereka sehingga menyebabkan mereka merasa berat untuk mengerjakannya. Dan hal ini tiadalah lagi kebimbangannya setelah kewafatan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan diriwayatkan daripadanya bahawa beliau dan para sahabatnya pernah solat sendiri-sendiri di sepuluh malam terakhir Ramadhan.

ومنها: أنَّه – صلى الله عليه وسلم – أمر باتِّباع سنة خلفائه الراشدين، وهذا قد صار من سنة خلفائه الراشدين، فإنَّ النَّاس اجتمعوا عليه في زمن عمر وعثمانَ وعليٍّ.

Dan di antara darinya, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kaum muslimin agar ber-ittiba’ (mengikuti) sunnah Khulafa’ur rasyidin. Dan solat tarawih (atau qiyam ramadhan) ini adalah termasuk dari sunnah Khulafa’ur rasyidin yang mana manusia (pada masa tersebut) telah sepakat atasnya baik pada zaman ‘Umar, ‘Utsman, mahupun ‘Ali.” (Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, m/s. 266-267)

Untuk perbahasan lebih rinci, sila merujuk ke kitab asal. Edisi terjemahannya juga telah terbit.

Wallahu a’lam.