Perbezaan Antara Khawarij dengan Para Sahabat Nabi yang Terlibat Dalam Perang Jamal dan Shiffin

Perbezaan Antara Khawarij dengan Para Sahabat Nabi yang Terlibat Dalam Perang Jamal dan Shiffin

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)
Majmu’ Al-Fatawa
www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَأَمَّا جُمْهُورُ أَهْلِ الْعِلْمِ فَيُفَرِّقُونَ بَيْنَ “الْخَوَارِجِ الْمَارِقِينَ “وَبَيْنَ” أَهْلِ الْجَمَلِ وصفين” وَغَيْرِ أَهْلِ الْجَمَلِ وصفين. مِمَّنْ يُعَدُّ مِنْ الْبُغَاةِ الْمُتَأَوِّلِينَ . وَهَذَا هُوَ الْمَعْرُوفُ عَنْ الصَّحَابَةِ وَعَلَيْهِ عَامَّةُ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَالْفُقَهَاءِ وَالْمُتَكَلِّمِين وَعَلَيْهِ نُصُوصُ أَكْثَرِ الْأَئِمَّةِ وَأَتْبَاعِهِمْ : مِنْ أَصْحَابِ مَالِكٍ وَأَحْمَد وَالشَّافِعِيِّ وَغَيْرِهِمْ

“Dan adapun jumhur ahli ilmu, mereka membezakan di antara Al-Khawarij Al-Maariqiin (yang telah jelas keluar dari syari’at) dengan mereka yang terlibat dalam perang Jamal dan Shiffiin, serta selain peserta perang Jamal dan Shiffiin dari kalangan bughah muta’awwalin (iaitu golongan awal yang terjebak dalam kepembangkangan atas dasar tersalah dalam ijtihad). Inilah pendapat yang dimaklumi dari kalangan sahabat. Dan demikianlah pendapat yang dipegang secara umum oleh ahli hadis, para fuqahaa’ (ahli fiqih), dan para ahli kalam. Dan pendapat ini juga yang menjadi nash (pegangan hujah) kebanyakan para imam yang mengikuti mereka dari kalangan mazhab Malik, Ahmad, Asy-Syafi’i dan selain mereka.”

وَذَلِكَ أَنَّهُ قَدْ ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: { تَمْرُقُ مَارِقَةٌ عَلَى حِينِ فُرْقَةٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ تَقْتُلُهُمْ أَوْلَى الطَّائِفَتَيْنِ بِالْحَقِّ } وَهَذَا الْحَدِيث يَتَضَمَّنُ ذِكْرَ الطَّوَائِفِ الثَّلَاثَةِ وَيُبَيِّنُ أَنَّ الْمَارِقِينَ نَوْعٌ ثَالِثٌ لَيْسُوا مِنْ جِنْسِ أُولَئِكَ؛ فَإِنَّ طَائِفَةَ عَلِيٍّ أَوْلَى بِالْحَقِّ مِنْ طَائِفَةِ مُعَاوِيَةَ

“Telah disebutkan dalam Ash-Shahih, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

“Akan keluar satu firqah (kelompok) di saat berlakunya perpecahan kaum muslimin, lalu ia diperangi oleh satu kelompok yang paling benar di antara dua kelompok yang ada (dari kalangan kaum muslimin yang bertikai – pent.).” (lihat: Shahih Muslim, no. 1064)

Hadis ini menyebutkan tiga kelompok. Lalu mereka yang keluar dari syari’at (Khawarij) adalah jenis ketiga dan bukan termasuk di antara dua kelompok yang lain (kelompok ‘Ali dan Mu’awiyah). Kerana (disebutkan bahawa) kelompok ‘Ali lebih benar berbanding kelompok Mu’awiyah.”

وَقَالَ فِي حَقِّ الْخَوَارِجِ الْمَارِقِينَ: { يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ وَقِرَاءَتَهُ مَعَ قِرَاءَتِهِمْ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ أَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ؛ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا عِنْدَ اللَّهِ لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ } وَفِي لَفْظٍ: { لَوْ يَعْلَمُ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَهُمْ مَا لَهُمْ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِمْ لَنَكَلُوا عَنْ الْعَمَلِ }

“Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda tentang AlKhawarij Al-Maariqiin (yang telah jelas keluar dari syari’at):

“Salah seorang di antara kamu menganggap remeh solatnya dibandingkan solat mereka, puasanya juga kelihatan remeh (lebih rendah) dibandingkan puasa mereka, bacaan Al-Qur’annya juga kelihatan remeh dibandingkan bacaan mereka. Mereka (khawarij – pent.) membaca al-Qur’an namun tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah menembus keluar dari sasaran. Di mana saja kamu dapati mereka maka bunuhlah mereka. Benar-benar dalam membunuh mereka terdapat pahala di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi yang membunuh mereka di hari kiamat.” (Disebutkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahihnya)

Dalam lafaz lain:

“Sekiranya orang-orang yang memerangi mereka mengetahui apa yang mereka dapatkan melalui lisan nabi mereka, nescaya mereka akan enggan beramal.” (lihat: Shahih Muslim, no. 1066).”

وَقَدْ رَوَى مُسْلِمٌ أَحَادِيثَهُمْ فِي الصَّحِيحِ مِنْ عَشْرَةِ أَوْجُهٍ وَرَوَى هَذَا الْبُخَارِيُّ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ وَرَوَاهُ أَهْلُ السُّنَنِ وَالْمَسَانِيدِ؛ وَهِيَ مُسْتَفِيضَةٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَلَقَّاةٌ بِالْقَبُولِ أَجْمَعَ عَلَيْهَا عُلَمَاءُ الْأُمَّةِ مِنْ الصَّحَابَةِ وَمَنْ اتَّبَعَهُمْ وَاتَّفَقَ الصَّحَابَةُ عَلَى قِتَالِ هَؤُلَاءِ الْخَوَارِجِ

“Imam Muslim meriwayatkan hadis-hadis tentang mereka (Khawarij) dalam kitab Shahih-nya melalui sepuluh jalur riwayat. Sementara Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari sejumlah jalur yang lain. Diriwayatkan pula oleh para penulis kitab Sunan dan kitab-kitab Musnad. Riwayat tentang mereka sangat banyak dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan diterima secara mutlak. Disepakati (secara ijma’) oleh para ulama umat ini dari kalangan sahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka. Para sahabat juga sepakat memerangi kaum Al-Khawarij.”

وَأَمَّا ” أَهْلُ الْجَمَلِ وصفين ” فَكَانَتْ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ قَاتَلَتْ مِنْ هَذَا الْجَانِبِ وَأَكْثَرُ أَكَابِرِ الصَّحَابَةِ لَمْ يُقَاتِلُوا لَا مِنْ هَذَا الْجَانِبِ وَلَا مِنْ هَذَا الْجَانِبِ وَاسْتَدَلَّ التَّارِكُونَ لِلْقِتَالِ بِالنُّصُوصِ الْكَثِيرَةِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي تَرْكِ الْقِتَالِ فِي الْفِتْنَةِ وَبَيَّنُوا أَنَّ هَذَا قِتَالُ فِتْنَةٍ

“Adapun mereka yang terlibat dalam perang Jamal dan Shiffin, di antara mereka ada kelompok yang berperang di salah satu pihak, namun kebanyakan sahabat tidak berperang di pihak mana pun antara keduanya. Mereka yang tidak turut ikut berperang telah berdalil dengan dalil-dalil yang sangat banyak dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang meninggalkan perang di saat fitnah. Mereka pun menjelaskan peperangan tersebut adalah fitnah.”

وَكَانَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَسْرُورًا لِقِتَالِ الْخَوَارِجِ وَيَرْوِي الْحَدِيثَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْأَمْرِ بِقِتَالِهِمْ؛ وَأَمَّا قِتَالُ ” صَفِّينَ ” فَذَكَرَ أَنَّهُ لَيْسَ مَعَهُ فِيهِ نَصٌّ؛ وَإِنَّمَا هُوَ رَأْيٌ رَآهُ وَكَانَ أَحْيَانًا يَحْمَدُ مَنْ لَمْ يَرَ الْقِتَالَ

“‘Ali radhiyallahu ‘anhu sangat gembira memerangi para Khawarij. Beliau meriwayatkan hadis dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang perintah memerangi mereka. Adapun perang Shiffin, beliau menyebutkan tidak memiliki nash (dalil) tentang itu, bahkan semata-mata pandangan yang dianggapnya baik, dan kadang-kadang beliau memuji orang-orang yang tidak turut berperang.”

وَقَدْ ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ { عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ فِي الْحَسَنِ إنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَسَيُصْلِحُ اللَّهُ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ عَظِيمَتَيْنِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ }

“Disebutkan dalam Ash-Shahih, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda kepada al-Hasan:

“Sesungguhnya anakku ini adalah sayyid (pemimpin), Allah akan mendamaikan dengannya antara dua kelompok besar kaum muslimin.” (Lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 2704)

فَقَدْ مَدَحَ الْحَسَنَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ بِإِصْلَاحِ اللَّهِ بِهِ بَيْنَ الطَّائِفَتَيْنِ: أَصْحَابِ عَلِيٍّ وَأَصْحَابِ مُعَاوِيَةَ وَهَذَا يُبَيِّنُ أَنَّ تَرْكَ الْقِتَالِ كَانَ أَحْسَنَ وَأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ الْقِتَالُ وَاجِبًا وَلَا مُسْتَحَبًّا

“Beliau telah memuji Al-Hasan dan menyanjungnya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala melaluinya akan mendamaikan dua kelompok; (iaitu) para pendukung ‘Ali dan para pendukung Mu’awiyah. Hal ini menunjukkan bahawa meninggalkan perang tersebut adalah lebih baik. Perang tersebut tidaklah wajib dan tidak pula mustahab (dianjurkan atau disukai).”

” وَقِتَالُ الْخَوَارِجِ ” قَدْ ثَبَتَ عَنْهُ أَنَّهُ أَمَرَ بِهِ وَحَضَّ عَلَيْهِ فَكَيْفَ يُسَوِّي بَيْنَ مَا أَمَرَ بِهِ وَحَضَّ عَلَيْهِ وَبَيْنَ مَا مَدَحَ تَارِكَهُ وَأَثْنَى عَلَيْهِ.

“Sedangkan perintah memerangi Khawarij, telah tsabit dinukil dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu bagaimana mungkin antara perintah dan anjuran memerangi khawarij disamakan dengan suatu apa yang dipuji dan disanjung agar meninggalkannya?”

فَمَنْ سَوَّى بَيْنَ قِتَالِ الصَّحَابَةِ الَّذِينَ اقْتَتَلُوا بِالْجَمَلِ وصفين وَبَيْنَ قِتَالِ ذِي الخويصرة التَّمِيمِيِّ وَأَمْثَالِهِ مِنْ الْخَوَارِجِ الْمَارِقِينَ والحرورية الْمُعْتَدِينَ: كَانَ قَوْلُهُمْ مِنْ جِنْسِ أَقْوَالِ أَهْلِ الْجَهْلِ وَالظُّلْمِ الْمُبِينِ. وَلَزِمَ صَاحِبَ هَذَا الْقَوْلِ أَنْ يَصِيرَ مِنْ جِنْسِ الرَّافِضَةِ وَالْمُعْتَزِلَةِ الَّذِينَ يُكَفِّرُونَ أَوْ يُفَسِّقُونَ الْمُتَقَاتِلَيْنِ بِالْجَمَلِ وصفين كَمَا يُقَالُ مِثْلُ ذَلِكَ فِي الْخَوَارِجِ الْمَارِقِينَ؛ فَقَدْ اخْتَلَفَ السَّلَفُ وَالْأَئِمَّةُ فِي كُفْرِهِمْ عَلَى قَوْلَيْنِ مَشْهُورَيْنِ مَعَ اتِّفَاقِهِمْ عَلَى الثَّنَاءِ عَلَى الصَّحَابَةِ الْمُقْتَتِلِينَ بِالْجَمَلِ وصفين وَالْإِمْسَاكِ عَمَّا شَجَرَ بَيْنَهُمْ. فَكَيْفَ نِسْبَةُ هَذَا بِهَذَا

“Sesiapa yang menyamakan antara pertembungan para sahabat yang bertikai di medan Jamal dan Shiffin dengan peperangan melawan Dzul Khuwaishirah At-Taimi (pemimpin Khawarij saat itu – pent.) dan yang sepertinya dari kalangan Khawarij, maka ini termasuk jenis kebodohan dan kezaliman yang nyata. Akibatnya, orang yang berkata seperti itu seperti orang yang mengungkapkan pernyataan Rafidhah dan Mu’tazilah yang mengkafirkan atau menganggap fasiq orang-orang yang berperang di medan Jamal dan Shiffin, sebagaimana yang dikatakan terhadap Al-Khawarij Al-Maariqiin, maka generasi salaf dan para imam telah berbeza pendapat tentang kufurnya orang seperti ini, dan di antara mereka ada dua pendapat yang masyhur, walaupun mereka sepakat tetap memuji para sahabat yang turut serta pada perang Jamal dan Shiffin, namun mereka menahan diri dari membicarakan apa yang terjadi di antara mereka itu. Lalu bagaimana boleh memperbandingkan antara dua peperangan di atas?”

وَأَيْضًا { فَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقِتَالِ الْخَوَارِجِ قَبْلَ أَنْ يُقَاتِلُوا } . وَأَمَّا ” أَهْلُ الْبَغْيِ ” فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ فِيهِمْ: { وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ } فَلَمْ يَأْمُرْ بِقِتَالِ الْبَاغِيَةِ ابْتِدَاءً. فَالِاقْتِتَالُ ابْتِدَاءً لَيْسَ مَأْمُورًا بِهِ؛ وَلَكِنْ إذَا اقْتَتَلُوا أَمَرَ بِالْإِصْلَاحِ بَيْنَهُمْ؛ ثُمَّ إنْ بَغَتْ الْوَاحِدَةُ قُوتِلَتْ؛ وَلِهَذَا قَالَ مَنْ قَالَ مِنْ الْفُقَهَاءِ: إنَّ الْبُغَاةَ لَا يُبْتَدَءُونَ بِقِتَالِهِمْ حَتَّى يُقَاتِلُوا

“Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga memerintahkan agar memerangi Khawarij sebelum mereka keluar memerangi. Adapun para pembangkang, maka Allah Ta’ala berfirman tentang mereka:

“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau salah satu di antara keduanya melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai ia kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah kembali, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Hujurat, 49: 9)

Allah tidak memerintahkan untuk memerangi kelompok pembangkang dari awal, akan tetapi apabila dua kelompok telah mula berperang, maka diperintah agar mendamaikan antara keduanya. Kemudian jika salah satu  kelompok tetap membangkang, maka dia diperangi. Oleh kerana itu, para fuqaha’ berkata, “Para pembangkang tidak langsung diperangi sampailah mereka lebih dahulu memerangi (atau mula menyerang).”.”

وَأَمَّا الْخَوَارِجُ فَقَدْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِمْ: { أَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا عِنْدَ اللَّهِ لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ } وَقَالَ: { لَئِنْ أَدْرَكْتهمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ }

“Adapun Al-Khawarij, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda tentang mereka:

“Di mana sahaja kamu dapati mereka, maka bunuhlah mereka. Kerana sesungguhnya dalam membunuh mereka terdapat pahala di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi yang membunuh mereka di hari kiamat.” (Sebagaimana dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga bersabda:

“Apabila aku mendapati mereka, nescaya aku akan membunuh mereka sebagaimana pembunuhan kaum ‘Aad.”.”

وَكَذَلِكَ مَانِعُو الزَّكَاةِ؛ فَإِنَّ الصِّدِّيقَ وَالصَّحَابَةَ ابْتَدَءُوا قِتَالَهُمْ قَالَ الصِّدِّيقُ: وَاَللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَاتَلْتهمْ عَلَيْهِ. وَهُمْ يُقَاتَلُونَ إذَا امْتَنَعُوا مِنْ أَدَاءِ الْوَاجِبَاتِ وَإِنْ أَقَرُّوا بِالْوُجُوبِ

“Demikian juga orang-orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Sungguh Ash-Shiddiiq (Abu Bakr) dan para sahabat Nabi langsung memerangi mereka. Ash-Shiddiiq berkata, “Demi Allah, kalau mereka enggan menyerahkan kepadaku seekor kambing sebagaimana yang mereka serahkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (sebagai zakat), nescaya aku akan memerangi mereka kerana hal tersebut.”

Mereka (para sahabat) memerangi orang-orang yang enggan menunaikan kewajiban-kewajiban walaupun mereka mengakui hukumnya adalah wajib.”

ثُمَّ تَنَازَعَ الْفُقَهَاءُ فِي كُفْرِ مَنْ مَنَعَهُمَا وَقَاتَلَ الْإِمَامُ عَلَيْهَا مَعَ إقْرَارِهِ بِالْوُجُوبِ؟ عَلَى قَوْلَيْنِ هُمَا رِوَايَتَانِ عَنْ أَحْمَد كَالرِّوَايَتَيْنِ عَنْهُ فِي تَكْفِيرِ الْخَوَارِجِ وَأَمَّا أَهْلُ الْبَغْيِ الْمُجَرِّدِ فَلَا يَكْفُرُونَ بِاتِّفَاقِ أَئِمَّةِ الدِّينِ؛ فَإِنَّ الْقُرْآنَ قَدْ نَصَّ عَلَى إيمَانِهِمْ وَإِخْوَتِهِمْ مَعَ وُجُودِ الِاقْتِتَالِ وَالْبَغْيِ. وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

“Kemudian, para fuqahaa’ (ahli fiqih) berbeza pendapat tentang kafirnya orang yang tidak mengeluarkan zakat dan hukum pemerintah memerangi mereka, walaupun mereka tetap mengakui kewajibannya. Dalam hal ini ada dua pendapat, keduanya sama-sama diriwayatkan dari Imam Ahmad, sama seperti dua riwayat yang dinukil dari beliau tentang kafirnya Khawarij. Adapun semata-mata menjadi pembangkang, mereka tidaklah kafir berdasarkan kesepakatan para Ulama, kerana Al-Qur’an telah menyatakan secara tekstual akan keimanan mereka dan persaudaraan dengan mereka, walaupun terjadi peperangan dan pembangkangan. Wallaahu a’lam.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, 35/54-57)