Pengharaman Nyanyi-nyanyian dan Muzik Dari Al-Qur’an
Abu Numair
www.ilmusunnah.com
Ini adalah sambungan artikel terdahulu di, Maksud Sya’ir, Nyanyian, dan Muzik.
Sebagaimana yang telah penulis bentangkan dalam sebuah artikel dengan judul “Melazimi Methodologi Para Sahabat Elak Perpecahan”, dapat kita fahami bahawa penafsiran para sahabat memiliki nilai dan peranan yang amat penting sekali dalam memahami Al-Qur’an, As-Sunnah, sekaligus agama ini. Berkenaan tafsir dari kalangan sahabat, para ulama sepakat menerima tafsiran mereka dan medahulukannya berbanding tafsiran-tafsiran manusia selainnya setelah mereka. Ini adalah kerana kefahaman dan penafsiran para sahabat itu berdasarkan kepada keadaan dan situasi mereka yang sangat dekat (bahkan secara langsung) dengan Rasulullah dan waktu turunnya wahyu.
Mereka lebih mengerti dan memahami tentang maksud Al-Qur’an. Kepada merekalah Al-Qur’an diturunkan dan merekalah golongan manusia yang pertama menerima Kalam Allah tersebut. Mereka telah menyaksikan sebab dan kerana apa ayat-ayat Al-Qur’an diturunkan. Mereka menyaksikan bagaimana pendidikan dan pemahaman yang diterapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara langsung. Mereka adalah anak-anak didik Rasulullah. Mereka adalah orang-orang terpilih yang menjadi para sahabat Rasulullah yang bertanggungjawab menyebarkan, menyampaikan, dan mengajarkan agama ini kepada selainnya serta orang-orang selepas mereka.
Perlu kita fahami bahawa apabila pendapat atau perkataan seorang sahabat tidak menyelisihi sahabat yang lain (dalam satu-satu permasalahan), maka terdapat dua kemungkinan, iaitu – Apabila pendapat atau perkataan para sahabat tersebut masyhur di kalangan sahabat, maka menurut majoriti ulama fiqh, pendapat tersebut merupakan ijma’ dan menjadi hujjah. – Manakala sebahagian lagi menyatakannya sebagai hujjah namun bukan ijma’. – Sekiranya pendapat sahabat tersebut dari pendapat yang tidak masyhur, maka menurut majoriti ulama, pendapat tersebut adalah hujjah (bukan ijma’).
Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali menyebutkan, “Adapun perkara yang telah sepakat ditinggalkan oleh para salaf, maka tidaklah wajar untuk kita mengamalkannya. Mereka meninggalkannya sudah tentu atas dasar ilmu bahwa perkara tersebut tidak boleh diamalkan.”
Perkara tersebut (kehujjahan dan pengiktirafan ke atas para sahabat) antaranya turut disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah, 9: 100)
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menegaskan dalam mukaddimah tafsirnya akan keutamaan mengambil tafsir para sahabat dengan katanya:
فإنها شَارِحةٌ للقُرْآنِ وَمُوَضِّحةٌ له، وحِينَئذٍ، إذا لم نجد التفسير في القرآن ولا في السنة، رجعنا في ذلك إلى أقوال الصحابة، فإنهم أدرى بذلك، لما شاهدوا من القرائن والأحوال التي اختصوا بها، ولما لهم من الفهم التام، والعلم الصحيح، والعمل الصالح، لا سيما علماؤهم وكبراؤهم، كالأئمة الأربعة والخلفاء الراشدين، والأئمة المهديين، وعبد الله بن مسعود، رضي الله عنه.
قال الإمام أبو جعفر محمد بن جرير: قال عبد الله يعني ابن مسعود: والذي لا إله غيره، ما نزلت آية من كتاب الله إلا وأنا أعلم فيمن نزلت؟ وأين نزلت؟ ولو أعلم مكان أحد أعلمبكتاب الله منى تناله المطايا لأتيته.
ومنهم الحبر البحر عبد الله بن عباس، ابن عم رسول الله صلى الله عليه وسلم، وترجمان القرآن وببركة دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم له حيث قال: “اللهم فقهه في الدين، وعلمه التأويل”.
وقال ابن جرير: قال عبد الله يعني ابن مسعود: نعْم ترجمان القرآن ابنُ عباس. فهذا إسناد صحيح إلى ابن مسعود: أنه قال عن ابن عباس هذه العبارة. وقد مات ابن مسعود، رضي الله عنه، في سنة اثنتين وثلاثين على الصحيح، وعُمِّر بعده ابن عباس ستًا وثلاثين سنة، فما ظنك بما كسبه من العلوم بعد ابن مسعود؟
وقال الأعمش عن أبي وائل: استخلف علِيّ عبد الله بن عباس على الموسم، فخطب الناس، فقرأ في خطبته سورة البقرة، وفي رواية: سورة النور، ففسرها تفسيرًا لو سمعته الروم والترك والديلم لأسلموا.
ولهذا غالب ما يرويه إسماعيل بن عبد الرحمن السدي الكبير في تفسيره، عن هذين الرجلين: عبد الله بن مسعود وابن عباس
“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat Al-Qur’an dengan melihat kepada ayat Al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan As-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam Al-Qur’an atau As-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.
Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah bin Mas’oud, beliau berkata:
“Demi Allah yang tiada yang berhak diibadahi (yakni dengan benar) melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah daripada-ku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.”
Dan di antara mereka adalah Al-Habrul Bahr (samudera ilmu), ‘Abdullah bin ‘Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan turjumanul Qur’an (pakar tafsir Al-Qur’an) dengan berkah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu ‘Abbas) kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ta’wil (ilmu tafsir).”
Ibnu Jarir meriwayatkan daripada ‘Abdullah B. ‘Mas’oud:
“Sebaik-baik turjumanul Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas.” Sanad hadis ini sahih.
Ibnu Mas’oud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang sahih. Dan ‘Abdullah bin ‘Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36 tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang diperolehinya setelah pemergian ‘Abdullah bin Mas’oud?
Al-A’masy meriwayatkan daripada Abu Wa’il, beliau berkata:
“‘Ali menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu ‘Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang kemudiannya beliau membaca surah Al-Baqarah (dalam riwayat yang lain, surah An-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.”
Oleh sebab itulah Isma’il bin ‘Abdirrahman As-Suddi Al-Kabir dalam tafsirnya banyak meriwayatkan dari dua sahabat ini, iaitu Ibnu Mas’oud dan Ibnu ‘Abbas.” (lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)
———————————————————
Pengharaman Nyanyian Dari Al-Qur’an
———————————————————
Dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadiits untuk menyesatkan (dirinya dan manusia) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu bengkang-bengkok. Mereka itu akan menerima azab yang menghinakan.” (Surah Luqman, 31: 6)
Berikut adalah kefahaman para ulama generasi salaf (generasi awal umat Islam) dari kalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para mufassir (ahli tafsir) yang mengikuti mereka dengan baik terhadap makna ayat tersebut (serta beberapa ayat yang lainnya).
Ayat tersebut menjelaskan bahawa lahwal hadiits (لَهْوَ الْحَدِيثِ) adalah suatu yang menyesatkan manusia dari jalan Allah. Dan lahwal hadiits menurut mereka (para ulama generasi awal khasnya para sahabat) adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian).
Berikut adalah nukilan-nukilan riwayat daripada mereka sebagaimana dimaksudkan.
1, Ulama Tafsir Dari Kalangan Sahabat, ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
Ia disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam Tafsirnya:
وهو يسأل عن هذه الاَية { وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ} فقال عبد الله بن مسعود: الغناء والله الذي لا إله إلا هو، يرددها ثلاث مرات
“‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallaahu ‘anhu berkata di ketika beliau ditanya tentang ayat:
“Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadiits untuk menyesatkan (dirinya dan manusia) dari jalan Allah.”
Maka beliau menjawab:
“(Ia merujuk kepada) al-ghinaa’ (nyanyian). Demi Allah yang tiada yang berhak diibadahi melainkan Dia.” Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.” (lihat: Tafsir Ath-Thabari, 20/127. Tafsir Ibnu Katsir, 6/330. Tafsir Al-Baghawi, 6/284. Atsar tersebut dinilai sahih oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Adz-Dzahabi dan Ibnul Qayyim)
Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H) menyebutkan dalam Tafsirnya:
إن الله يقول: “ومن الناس من يشتري لهو الحديث” الآية. وعن عبد الله بن مسعود، وابن عباس، والحسن، وعكرمة، وسعيد بن جبير قالوا: “لهو الحديث” هو الغناء، والآية نزلت فيه. ومعنى قوله: {يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ} أي: يستبدل ويختار الغناء والمزامير والمعازف على القرآن، قال أبو الصباء البكري سألت ابن مسعود عن هذه الآية فقال: هو الغناء، والله الذي لا إله إلا هو، يرددها ثلاث مرات
“Sesungguhnya Allah berfirman, “Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadiits” (hingga akhir ayat…). Dan daripada ‘Abdullah bin Mas’oud, Ibnu ‘Abbas, Al-Hasan, ‘Ikrimah, dan Sa’iid bin Jubair, mereka mengatakan:
“Lahwal hadiits adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), dan ayat tersebut turun tentang al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian).”
Dan makna firman Allah, “yang membeli lahwal hadiits…” maksudnya adalah menukar dan menjual ayat-ayat Al-Qur’an lalu memilih (mendahulukan) al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), seruling, dan alat-alat muzik.”
Berkata Abu Ash-Shobaa’ Al-Bakri, “Aku bertanya kepada Ibnu Mas’oud tentang ayat ini, lalu beliau pun berkata:
“Ia adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), demi Allah yang tiada yang berhak diibadahi melainkan Dia. Beliau mengulangi (menegaskannya) sebanyak tiga kali.” (Tafsir Al-Baghawi, 6/284)
2, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu.
Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ قال الغناء وأشباهه
“Dan di antara manusia (ada) orang yang membeli lahwal hadiits…”
Beliau berkata, “Ia adalah “al-ghinaa’ (nyanyian) dan yang menyerupainya.” (Atsar Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, Bab: Al-Ghinaa’ wa Al-Lahw, no. 786 dan 1265. Tafsir Ath-Thabari, 20/128. Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206. Dinilai Sahih oleh Al-Albani)
Beliau (Ibnu ‘Abbas) juga menyebutkan bahawa:
نَزَلَتْ فِي الْغِنَاءِ وَأَشْبَاهِهِ
“Ayat ini diturunkan berkaitan al-ghinaa’ (nyanyian) dan yang menyerupainya.” (Atsar Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, Bab: Al-Ghinaa’ wa Al-Lahw, no. 1265. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, no. 20987. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Di samping itu, nyanyian (al-ghinaa’) adalah termasuk perbuatan melengah-lengahkan peringatan agama, lalai dari amal kebaikan, dan merupakan perbuatan yang sia-sia. Ini dapat difahami dari perkataan
Ibnu ‘Abbas ketika menafsirkan ayat berikut:
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ (60) وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ
“(Berkaitan peringatan yang dibawa oleh Muhammad) Dan kamu mentertawakannya dan tidak menangis, sedang kamu pula malah “saamiduun”.” (Surah An-Najm, 53: 60-61)
Beliau (Ibnu ‘Abbas) berkata tentang ayat:
وَأَنتُمْ سَامِدُونَ
“dan kamu malah “saamiduun…”
هو الغناء
“Maksudnya adalah al-ghinaa’ (menyanyi-nyanyi).” (lihat:Tafsir Ath-Thabari, 22/559)
Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menyebutkan:
قال عكرمة عن ابن عباس: السمود: الغناء في لغة حمير يقال : اسمدى لنا أي غنى لنا. وقال عكرمة: كانوا إذا سمعوا القرآن تغنوا فنزلت هذه الآية وهذا لا يناقض ما قيل في هذه الآية من أن السمود الغفلة والسهو عن الشيء. وقال ابن الأنباري: السامد اللاهي والسامد الساهي والسامد المتكبر والسامد القائم. وقال ابن عباس في الآية: وأنتم مستكبرون وقال الضحاك أشرون بطرون وقال مجاهد: غضاب مبرطمون وقال غيره: لا هون غافلون معرضون. فالغناء يجمع هذا كله
“‘Ikrimah mengatakan dari Ibnu ‘Abbas (radhiyallahu ‘anhuma):
As-Sumuud adalah al-ghinaa’ dalam bahasa himyar. Dikatakan usmudii lana, maka maknanya adalah “menyanyilah untuk kami.” …
Dan berkata ‘Ikrimah:
“Mereka itu jika mendengar Al-Qur’an, mereka malah menyanyi, maka turunlah ayat ini.”
Dan ini tidaklah bertentangan dengan apa yang dikatakan pada ayat ini bahawa as-sumuud adalah al-ghoflah (kelalaian) dan ketidak-prihatinan terhadap sesuatu….
Berkata Ibn Al-Anbaari:
“As-Saamid adalah al-laahii (yang bermain-main atau acuh tak acuh), dan as-saamid adalah as-saahii (yang lalai lagi tidak menumpukan perhatian), as-saamid adalah al-mutakabbir (yang sombong), dan as-saamid juga adalah al-qaa’im (yang berdiri).”
Dan Ibnu ‘Abbas juga mengatakan:
“dan kalian bersikap menombong diri.”
Dan berkata Adh-Dhohhaak:
“Angkuh dan sombong.”
Mujahid berkata:
“Marah dan sombong.”
Manakala para ulama yang lainnya turut mengatakan maknanya mencakup bermain-main, lalai, dan berpaling. Dan al-ghinaa’ (nyanyian) menghimpunkan semua makna ini.” (Ighatsatul Lahfan, m/s. 258)
3, Ulama Tafsir Tabi’in, ‘Ikrimah.
Syu’aib bin Yasaar berkata:
سألت عكرمة عن ( لهو الحديث )؟ قال: هو الغناء
“Aku pernah bertanya kepada ‘Ikrimah tentang: “lahwal hadiits…”?
Maka beliau menjawab:
“Maksudnya adalah al-ghinaa’ (nyanyian).” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, At-Tarikh Al-Kabir, no. 217. Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206. Atsar ini memiliki penguat dan ia dinyatakan sahih oleh Al-Albani, Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 143. Juga turut disebutkan oleh Imam Mujahid (anak murid kepada Ibnu ‘Abbas))
Demikian juga sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hasan (Al-Bashri), Sa’id bin Jubair, Qotadah, dan Ibrahim An-Nakha’i. (lihat: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 206)
4, Imam Mujahid rahimahullah.
Beliau adalah salah seorang ulama tafsir generasi Tabi’in yang merupakan anak murid kepada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau turut menyatakan bahawa:
قوله: (وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الحَدِيثِ) قال: المغني والمغنية بالمال الكثير، أو استماع إليه، أو إلى مثله من الباطل.
“Firman Allah: “Dan di antara manusia (ada) yang membeli lahwal hadiits…”
(maksudnya) “Membelanjakan harta untuk para penyanyi lelaki dan penyanyi wanita dengan harta yang banyak, mendengarnya atau yang seumpamanya, ia adalah termasuk perkara-perkara yang bathil.” (lihat: Tafsir Mujahid, 2/503. Tafsir Ath-Thabari, 20/129. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 21020)
Beliau juga diriwayatkan berkata:
قوله :(وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الحَدِيثِ) قال: هو الغناء أو الغناء منه، أو الاستماع له.
“Firman Allah: “Dan di antara manusia (ada) yang membeli lahwal hadiits…”
(maksudnya) “Ia adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), atau al-ghinaa’ (alat-alat muzik) itu termasuk bahagian darinya, atau mendengarnya.” (lihat: Tafsir Ath-Thabari, 20/129)
Ketika menafsirkan firman Allah tentang sifat ‘ibadahurrahman (para hamba yang dikasihi Allah):
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ
“Dan orang-orang yang tidak menyaksikan az-zuur…” (Surah Al-Furqan, 25: 72)
Imam Mujahid berkata:
لا يسمعون الغِناء
“(Iaitu) orang-orang yang tidak mendengar al-ghinaa’ (yakni nyanyian).” (lihat: Tafsir Ath-Thabari, 19/313)
Dari ayat ini dan penjelasan tafsirnya menunjukkan termasuk sifat ‘ibadurrahman (para hamba yang dikasihi Allah) itu adalah dia tidak menyaksikan atau mendengar az-zuur, dan termasuk makna az-zuur adalah mencakup nyanyi-nyanyian.
Dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menjelaskan tentang suara Iblis:
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ
“(Dikatakan kepada Iblis): Dan tariklah (hasutlah) sesiapa sahaja yang engkau mampu dari kalangan mereka dengan suaramu.” (Surah Al-Isra’, 17: 64)
Imam Mujahid berkata (sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya):
قيل هو الغناء قال مجاهد باللهو والغناء أي استخفهم بذلك
Lafaz بِصَوْتِكَ (dengan suaramu), dikatakan ia adalah al-ghinaa’ (nyanyian). Berkata Mujahid:
“Dengan hiburan dan al-ghinaa’ (nyanyian), iaitu menyesatkannya (dalam keragu-raguan) dengan nyanyi-nyanyian.” (lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 5/93. Lihat juga Tafsir Al-Qurthubi)
Manakala sebahagian ulama yang lainnya mengatakan, “Iaitu dengan seruan dan ajakan kepada maksiat.” Dan ini tidaklah bertentangan di mana nyanyi-nyanyian itu sendiri termasuk dalam perkara maksiat yang menjauhkan manusia dari jalan yang benar.
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:
وقد فسر ذلك طائفة من السلف بصوت الغناء. وهو شامل له ولغيره من الأصوات المستفزة لأصحابها عن سبيل الله
“Dan sebenarnya sebahagian ulama salaf (generasi awal) telah menafsirkan (بِصَوْتِكَ) dengan nyanyian (al-ghinaa’). Ini turut mencakup seluruh perkara selainnya dari jenis-jenis suara yang menghalang pelakunya kepada jalan Allah.” (Majmu’ Al-Fatawa, 11/642)
Di sini menunjukkan bahawa nyanyian (al-ghinaa’) adalah di antara kaedah (senjata) yang digunakan oleh Iblis untuk menyesatkan manusia.
5, Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H).
Beliau menegaskan melalui Tafsirnya:
قُلْتُ: هَذَا أَعْلَى مَا قِيلَ فِي هَذِهِ الْآيَةِ، وَحَلَفَ عَلَى ذَلِكَ ابْنُ مَسْعُودٍ بِاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ إِنَّهُ الْغِنَاءُ
“Aku katakan: Inilah tafsiran yang paling tepat tentang apa yang dikatakan oleh ayat tersebut sampai Ibnu Mas’oud bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali bahawa yang dimaksudkan “lahwal hadiits” adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian).”
Beliau menyambung:
رَوَى سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ أَبِي الصَّهْبَاءِ الْبَكْرِيِّ قَالَ: سُئِلَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى:” وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ” فَقَالَ: الْغِنَاءُ وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، يُرَدِّدُهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ. وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ الْغِنَاءُ، وَكَذَلِكَ قَالَ عِكْرِمَةُ وَمَيْمُونُ بْنُ مِهْرَانَ وَمَكْحُولٌ. وَرَوَى شُعْبَةُ وَسُفْيَانُ عَنِ الْحَكَمِ وَحَمَّادٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ: الْغِنَاءُ يُنْبِتُ النِّفَاقَ فِي الْقَلْبِ، وَقَالَهُ مُجَاهِدٌ، وَزَادَ: إِنَّ لَهْوَ الْحَدِيثِ فِي الْآيَةِ الِاسْتِمَاعِ إِلَى الْغِنَاءِ وَإِلَى مِثْلِهِ مِنَ الْبَاطِلِ. وَقَالَ الْحَسَنُ: لَهْوُ الْحَدِيثِ الْمَعَازِفُ وَالْغِنَاءُ.
“Diriwayatkan dari Sa’iid bin Jubair dari Abi Ash-Shahbaa’i Al-Bakri, beliau bertanya kepada ‘Abdullah bin Mas’oud tentang firman Allah:
“Ada dari kalangan manusia yang menggunakan lahwal hadiits…” maka beliau katakan:
“Ia adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), wallaahi (demi Allah) yang tiada yang berhak diibadahi melainkan Dia.” Beliau mengulangi kata-katanya ini tiga kali.”
Dan daripada Ibnu ‘Umar juga (katanya), “Ia adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian).” Dan demikianlah juga yang dikatakan oleh ‘Ikrimah, Maimun bin Mihran, dan Mak-huul.
Dan diriwayatkan dari Syu’bah dan Sufyan, dari Al-Hakam dan Hammad, dari Ibrahim, beliau berkata, ‘Abdullah bin Mas’oud berkata: “Al-ghinaa’ itu menyemai kemunafikan di dalam qalb (hati/jantung).” Dan ini turut dikatakan oleh Mujahid, seraya menambah:
“Sesungguhnya lahwal hadiits dalam ayat tersebut adalah mendengar al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian) dan kepada yang semisal dengannya dari hal-hal yang bathil.” Dan Al-Hasan (Al-Bashri) juga berkata:
“Lahwul hadiits adalah al-ma’aazif (alat-alat muzik) dan al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian).” (Al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an, 14/52)
6, Imam Muhammad bin ‘Ali Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1255H).
Beliau menjelaskan maksud lahwal hadiits (perkataan yang tidak berguna) dari ayat 6 surah Luqman tersebut dengan katanya:
ولهو الحديث كل ما يلهى عن الخير من الغناء والملاهي والأحاديث المكذوبة وكل ما هو منكر
“Dan lahwal hadiits maksudnya adalah, “Segala sesuatu yang melalaikan seseorang dari perkara kebaikan, ini adalah seperti al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian), alat-alat muzik, perkataan-perkataan yang dusta (yakni seperti kisah-kisah dogeng atau fiksyen), dan setiap perkara yang mungkar.”
Beliau kemudiannya menyebutkan perkataan Imam Al-Qurthubi (rahimahullah):
إن أولى ما قيل في هذا الباب هو تفسير لهو الحديث بالغناء، قال: وهو قول الصحابة والتابعين
“Sesungguhnya penafsiran yang didahulukan atau diutamakan (yang tepat) adalah apa yang telah dinyatakan dalam bab ini bahawa tafsir dari lahwal hadits adalah al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian). Ini merupakan perkataan (tafsir) dari para sahabat dan tabi’in.” (Fath Al-Qadir Al-Jaami’ baina fani Ar-Riwayah wa Ad-Diraayah min ‘Ulum At-Tafsiir, 5/483)
7, Imam Al-Alusi, iaitu Syihabuddin Mahmud bin ‘Abdillah Al-Husaini Al-Alusi rahimahullah (Wafat: 1270H).
Ketika beliau menafsirkan Surah Luqman, ayat ke-6, beliau berkata:
ذم الغناء بأعلى صوت وقد تظافرت الأثار واتفقت كلمة الأخيار على ذم الغناء وتحريمه مطلقاً لا في مقام دون مقام
“Celaan terhadap nyanyian adalah dengan suara yang tegas. Atsar-atsar dalam perkara ini sangat banyak dan ulasan para ulama telah menunjukkan persetujuan bahawa al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian) adalah tercela dan ia adalah haram secara muthlaq, tidak dikhususkan di antara satu keadaan dengan keadaan lainnya.” (Al-Alusi, Ruh Al-Ma’ani fii Tafsir Al-Qur’an Al-‘Adzim, 15/406)
8, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H).
Beliau menjelaskan ketika menafsirkan firman Allah dalam Surah Luqman:
كما قال [الله] تعالى: اللَّهُ نزلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ [الزمر: 23]، عطف بذكر حال الأشقياء، الذين أعرضوا عن الانتفاع بسماع كلام الله، وأقبلوا على استماع المزامير والغناء بالألحان وآلات الطرب
“Sebagaimana firman Allah Ta’ala, “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (iaitu) kitab yang sama keindahannya lagi diulang-ulang, dengan sebab itulah bergetarnya kulit orang-orang yang takut kepada Rabb-nya, lalu menjadi lembutlah kulit dan hati mereka untuk mengingati Allah.” (Surah Az-Zumar, 39: 23)
Dan Allah Ta’ala menghubungkannya dengan menyebutkan keadaan orang-orang yang celaka (tidak beruntung), iaitu orang-orang yang tidak mampu (yakni tidak berusaha) mengambil manfaat dengan mendengar Al-Qur’an. Sebaliknya mereka lebih suka (yakni lebih terkesan) untuk berhibur dengan mendengar seruling, nyanyi-nyanyian dengan pelbagai irama, dan alat-alat muzik.”.”
Al-Hafiz Ibnu Katsir menyambung:
ثم قال تعالى: وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا } أي: هذا المقبل على اللهو واللعب والطرب، إذا تليت عليه الآيات القرآنية، ولى عنها وأعرض وأدبر وتَصَامّ وما به من صَمَم، كأنه ما يسمعها؛ لأنه يتأذى بسماعها، إذ لا انتفاع له بها، ولا أرَبَ له فيها، فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ أي: يوم القيامة يؤلمه، كما تألم بسماع كتاب الله وآياته
“Kemudian Allah Ta’ala berfirman, “Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami, dia berpaling dan menyombongkan diri seolah-olah dia tidak mendengarnya seperti seakan-akan ada penyumbat di telinga mereka.” (Surah Luqman, 31: 7)
Maksudnya: Mereka ini mengikuti (kerana terleka) dengan hiburan, nyanyian, dan alat muzik yang jika dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, mereka hanya akan berpaling seakan-akan mereka pekak, mereka tidak mendengarnya kerana mereka merasa janggal (tidak senang) sekiranya mendengar ayat-ayat al-Qur’an tersebut dibacakan. (Firman Allah), “Maka berilah khabar gembira dengan azab yang pedih.” (Surah Luqman, 31: 7)
Maksudnya, mereka akan diazab (disiksa) pada hari kiamat dengan sesuatu yang menyakitkan sebagaimana ia merasa sakit jika membaca Kitabullah dan ayat-ayat-Nya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/330)
Kesimpulannya:
Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):
أكثر ما جاء في التفسير: أن لهو الحديث ههنا هو الغناء لأنه يلهى عن ذكر الله تعالى
“Banyak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawasanya makna lahwal hadiits di sini adalah nyanyi-nyanyian (al-ghinaa’), kerana ianya melalaikan dari mengingati Allah.” (Ighatsatul Lahfan min Masho’idusy Syaithan, m/s. 239)
Manakala Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H), setelah beliau membawakan banyak riwayat-riwayat dari kalangan sahabat Nabi dan para Tabi’in tentang maksud lahwal hadiits atau lahwul hadiits pada ayat tersebut, beliau pun menyimpulkan:
والصواب من القول في ذلك أن يقال: عنى به كلّ ما كان من الحديث ملهيا عن سبيل الله مما نهى الله عن استماعه أو رسوله؛ لأن الله تعالى عمّ بقوله:(لَهْوَ الحَدِيثِ) ولم يخصص بعضا دون بعض، فذلك على عمومه حتى يأتي ما يدلّ على خصوصه، والغناء والشرك من ذلك.
“Pendapat yang benar dari semua perkataan ini adalah pendapat yang mengatakan bahawa makna lahwal hadiits itu adalah perkataan yang melalaikan (yakni yang menyimpangkan manusia) dari jalan Allah, yang dilarang Allah dan Rasul-Nya untuk didengar, kerana Allah Ta’ala menyebutkan secara umum dengan firman-Nya:
“Lahwal hadiits…”
Allah tidak mengkhususkan makna tertentu, maka makna ayat ini bersifat umum, sampai ada dalil yang mengkhususkannya, dan al-ghinaa’ (nyanyi-nyanyian) serta kesyirikan termasuk di dalam maksud lahwal hadiits.” (Tafsir Ath-Thabari, 20/130)
Nyanyian (al-ghinaa’) adalah termasuk perkara yang sekurang-kurangnya sangat dibenci, tidak berguna dan melalaikan. Di mana para ulama tafsir telah menyebutkan bahawa di antara maksud Lahwal Hadiits (لهو الحديث) adalah mencakup dan merujuk kepada nyanyian (al-ghinaa’) dan dikuatkan lagi apabila tidak adanya para ulama dari kalangan generasi sahabat mahupun tabi’in yang mengingkari penafsiran tersebut.
Di antara makna lain yang tercakup dalam kategori Lahwal Hadiits sebagaimana dibawakan dalam kitab-kitab tafsir muktabar adalah; perkataan yang tidak berguna, memilih sesuatu yang mudharat berbanding yang bermanfaat, ucapan-ucapan yang bathil, segala sesuatu yang menyimpang dari ayat-ayat Allah, kemusyrikan, dan membeli hamba untuk dijadikan sebagai penyanyi. (lihat Tafsir Ath-Thabari, 20/127-130)
Nyanyian (al-ghinaa’) adalah termasuk perkara yang sekurang-kurangnya sangat dibenci, tidak berguna dan melalaikan. Di mana para ulama tafsir telah menyebutkan bahawa di antara maksud Lahwal Hadiits (لهو الحديث) adalah mencakup dan merujuk kepada nyanyian (al-ghinaa’) dan dikuatkan lagi apabila tidak adanya para ulama dari kalangan generasi sahabat mahupun tabi’in yang menyelisihi atau mengingkari penafsiran tersebut.
Di antara makna lain yang tercakup dalam kategori Lahwal Hadiits sebagaimana dibawakan dalam kitab-kitab tafsir muktabar adalah, memilih sesuatu yang mudharat berbanding yang bermanfaat, ucapan-ucapan yang bathil, segala sesuatu yang menyimpang dari ayat-ayat Allah, dan membeli hamba untuk dijadikan sebagai penyanyi.
Pengharaman nyanyian dari konsteks ini dikuatkan lagi apabila turut disebutkan pada penafsiran ayat-ayat yang lainnya, antaranya sebagaimana pada ayat 64 di Surah Al-Israa’, dan ayat 72 di Surah Al-Furqan. Maknanya, nyanyian itu di sisi mereka adalah suatu yang telah maklum akan keharaman dan keburukannya.
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) mengungkapkan tentang hukum nyanyian dengan katanya:
وَيُكْرَهُ الْغِنَاءُ بِلاَ آلَةٍ، وَسَمَاعُهُ. وَيَحْرُمُ اسْتِعْمَالُ آلَةٍ مِنْ شِعَارِ الشَّرَبَةِ كَطُنْبُورٍ وَعُودٍ وَصَنْجٍ وَمِزْمَارٍ عِرَاقِيٍّ وَ اسْتِمَاعُهَا
“Dan al-ghinaa’ (nyanyian) itu merupakan suatu yang dibenci bila tidak disertai alat muzik, dan demikian mendengarnya juga dibenci. Dan adalah haram menggunakan alat-alat muzik yang menjadi syi’ar para peminum arak seperti thanbur, gitar (‘Uud), shanj, dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.” (An-Nawawi, Al-Minhaj, Kitab Asy-Syahadat, m/s. 497)
Wallahu a’lam… Bersambung di tulisan berikutnya dengan judul Pengharaman Nyanyian dan Muzik Berdasarkan Hadis-hadis Nabi.