Mimpi Melihat Nabi?

Mimpi Melihat Nabi?

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah
www.ilmusunnah.com

السؤال الثاني: يقول كثير من علمائنا أنه من الممكن أن نرى رسول الله صلى الله عليه وسلم في المنام وأن رؤيته في المنام حقيقة؛ لأن الشياطين لا يستطيعون أن يتمثلوا بشخصية الرسول صلى الله عليه وسلم، وهل مثل هذه العقيدة شرك أم لا؟

Soalan: “Ramai ulama mengatakan bahawa mimpi melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu suatu perkara yang dimungkinkan untuk terjadi. Mimpi melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu sebuah hakikat (kebenaran), kerana syaithan tidak mampu menyerupai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Soalnya, adakah ‘aqidah (keyakinan) seperti ini termasuk sebuah kesyirikan ataupun tidak?”

الجواب: هذا القول حق وهو من عقيدة المسلمين وليس فيه شرك لأنه قد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل في صورتي)) متفق على صحته.

Al-Jawab: “Perkataan ini adalah benar, dan ia termasuk ‘aqidah kaum muslimin serta tidak ada padanya unsur kesyirikan kerana dalam sebuah hadis yang sah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi bermakna dia telah melihatku. Kerana sesungguhnya syaithan tidak dapat menyerupai rupa bentukku.” (Muttafaq ‘alaih)

فهذا الحديث الصحيح، يدل على أنه صلى الله عليه وسلم قد يرى في النوم، وأن من رآه في النوم على صورته المعروفة فقد رآه، فإن الشيطان لا يتمثل في صورته،

“Hadis ini sahih, ia menunjukkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam boleh dilihat di dalam mimpi, dan sesiapa yang melihat beliau di dalam mimpi dalam rupa bentuknya yang makruf maka sesungguhnya dia benar-benar telah melihatnya kerana syaithan tidaklah dapat menyerupai rupa paras beliau.”

ولكن لا يلزم من ذلك أن يكون الرائي من الصالحين، ولا يجوز أن يعتمد عليها في شيء يخالف ما علم من الشرع، بل يجب عرض ما سمعه الرائي من النبي من أوامر أو نواهي أو خبر أو غير ذلك من الأمور التي يسمعها أو يراها الرائي للرسول صلى الله عليه وسلم على الكتاب والسنة الصحيحة، فما وافقهما أو أحدهما قبل، وما خالفهما أو أحدهما ترك؛ لأن الله سبحانه قد أكمل لهذه الأمة دينها وأتم عليها النعمة قبل وفاة النبي صلى الله عليه وسلم، فلا يجوز أن يقبل من أحد من الناس ما يخالف ما علم من شرع الله ودينه سواء كان ذلك من طريق الرؤيا أو غيرها وهذا محل إجماع بين أهل العلم المعتد بهم،

“Walau bagaimanapun, ini tidaklah semestinya menunjukkan orang yang bermimpi tersebut termasuk dari kalangan orang-orang yang soleh. Dan mimpi tersebut tidaklah boleh dijadikan sebagai pegangan dalam sesuatu permasalahan yang bertentangan dengan syari’at. Bahkan apa-apa yang didengari oleh orang yang bermimpi melihat Nabi tersebut dari perkara-perkara seperti perintah-perintah, atau larangan-larangan, atau khabar-khabar, atau yang selain yang tersebut dari hal-hal yang didengar atau dilhat oleh orang yang bermimpi perlulah dinilai dengan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah yang sahih. Maka apa yang bersesuaian dengan keduanya, atau salah satu dari keduanya, bolehlah diterima. Manakala apa-apa yang menyelisihi keduanya atau salah satu dari keduanya, hendaklah ditinggalkan. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan untuk umat ini agama-Nya dan menyempurnakan atasnya dari nikmat-nikmat-Nya sebelum kewafatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi. Maka setiap yang bertentangan dengan syari’at Allah dan agama-Nya, walaupun dari sesiapa jua manusia, maka tidaklah boleh diterima sama ada dia mendapatkannya melalui mimpi atau jalan-jalan yang lain. Dan inilah ijmaa’ dari kalangan ahli ilmu yang mereka memiliki autoriti.”

أما من رآه عليه الصلاة والسلام على غير صورته فإن رؤياه تكون كاذبة كأن يراه أمرد لا لحية له، أو يراه أسود اللون أو ما أشبه ذلك من الصفات المخالفة لصفته عليه الصلاة والسلام، لأنه قال عليه الصلاة والسلام: ((فإن الشيطان لا يتمثل في صورتي)) فدل ذلك على أن الشيطان قد يتمثل في غير صورته عليه الصلاة والسلام ويدعي أنه الرسول صلى الله عليه وسلم من أجل إضلال الناس والتلبيس عليهم.

“Adapun sesiapa yang melihat beliau ‘alaihish sholaatu was salaam dengan selain rupa bentuknya (sebagaimana yang diketahui dalam riwayat-riwayat yang sahih – pent.), maka sesungguhnya mimpinya itu adalah dusta, seperti contohnya jika ia melihat Nabi dalam keadaan amrad (orang muda remaja) tidak berjanggut, atau melihatnya dalam rupa yang berwarna kehitaman, atau bentuk-bentuk rupa paras yang lainnya yang bertentangan dengan sifat beliau ‘alaihi sholaatu was salaam. Kerana Rasulullah ‘alaihish sholaatu was salaam bersabda:

“Kerana sesungguhnya syaithan tidak dapat menyerupai aku.”

Ini menunjukkan bahawa syaithan mungkin menjelma dalam rupa paras selain rupa paras Nabi ‘alaihish sholaatu was salaam lalu ia mendakwa dirinya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk menyesatkan manusia atau untuk menimbulkan talbis (tipu-daya) atas mereka.”

ثم ليس كل من ادعى رؤيته صلى الله عليه وسلم يكون صادقا وإنما تقبل دعوى ذلك من الثقات المعروفين بالصدق والاستقامة على شريعة الله سبحانه، وقد رآه في حياته صلى الله عليه وسلم أقوام كثيرون فلم يسلموا ولم ينتفعوا برؤيته كأبي جهل وأبي لهب وعبد الله بن أبي بن سلول رأس المنافقين وغيرهم، فرؤيته في النوم عليه الصلاة والسلام من باب أولى.

“Selain itu, tidak semua yang mendakwa bermimpi melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu jujur. Dan apa-apa pengakuan yang boleh diterima hanyalah pengakuan dari orang-orang yang boleh dipercayai yang makruf (dimaklumi) kejujuran dan ke-istiqomahannya di atas syari’at Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ramai orang yang telah melihat beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika hidupnya, tetapi mereka tidak pun mahu memeluk Islam, sehingga apa yang mereka lihat pun sama sekali tidak bermanfaat bagi mereka. Ini adalah sebagaimana Abu Jahl, Abu Lahab, ‘Abdullah bin Ubay bin Salul si kepala para munafiq, dan selain dari mereka. Maka apatah lagi jika hanya sekadar melihat di dalam mimpi, tentu lebih utama (sedangkan yang melihat beliau ketika hayat beliau sahaja tidak bermanfaat jika tidak beriman dengan syari’atnya – pent.).”

Rujukan: Muhammad bin Sa’d Asy-Syuwai’ir, Majmuu’ Fataawaa wa Maqaalaat Mutawwi’ah Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz, 2/285-386)