Menyingkap Makna Al-Jamaah dan Bantahan Atas Banyaknya Firqah

www.ilmusunnah.com

Menyingkap Maksud Al-Jama’ah Dalam Hadis-hadis NabiSiapa Al-Jama-ah

Tulisan ini bertujuan menjelaskan tentang makna Al-Jama’ah yang terdapat penyebutannya dalam banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mana kita diperintahkan agar melaziminya.

Sebahagian orang atau kelompok memahaminya bahawa Al-Jama’ah itu adalah kelompok mereka, atau parti mereka, dan sebahagian lagi memahami bolehnya membina jama’ah-jama’ah (parti-parti atau kelompok-kelompok) baru atas nama Islam dengan methode dan jalan agama (atau pemikiran) tersendiri. Setiap satunya bertindak menyelisihi kelompok-kelompok yang lain dan malah di antara satu dengan yang lainnya saling sesat menyesatkan, sehingga saling kafir-mengkafirkan.

Dan sebahagian dari fenomena yang aneh, ada sebahagian yang lain menganggap hal ini termasuk bentuk rahmat dan keluasan! Laa hawla wala quwwata illaa billah.

Sedangkan telah jelas Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (118) إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Seandainya Rabb-mu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia sebagai ummatan wahidah (umat yang satu), tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Rabb-mu.” (Surah Huud, 11: 118-119)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (29) فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30) مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

“Sebaliknya orang-orang yang zalim itu, mereka mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun. Maka hadapkanlah wajahmu dengan hanif (penuh kecenderungan dan lurus) kepada agama Allah; (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yakni) dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kalian termasuk orang-orang yang musyrik, yakni dari kalangan orang-orang yang berpecah-belah agama mereka, dan mereka itu menjadi berpuak-puak di mana setiap puak (hizb) saling berbangga-bangga dengan apa yang ada pada puak (hizb) masing-masing.” (Surah Ar-Ruum, 30: 29-32)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda dalam khuthbahnya:

وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ، وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ

“Hidup berjama’ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” (Majma’ Az-Zawa’id, 5/392: Kata Al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Bazzar. Para perawi keduanya tsiqah.” Dan Al-Albani menilainya sahih)

Dari itu, tulisan ini mengajak para pembaca untuk melihat dengan lebih jelas dan mendalam tentang hakikat makna Al-Jama’ah tersebut sekaligus menyingkap kekeliruan dan mendapat pencerahannya. Tulisan ini dibawakan secara mudah dan fokus dengan memaparkan sebahagian hadis-hadis berkaitan dikuti dengan penjelasannya dari atsar-atsar dan perkataan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah. InsyaAllah.

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

الْجَمَاعَةَ هِيَ الِاجْتِمَاعُ وَضِدُّهَا الْفُرْقَةُ؛ وَإِنْ كَانَ لَفْظُ الْجَمَاعَةِ قَدْ صَارَ اسْمًا لِنَفْسِ الْقَوْمِ الْمُجْتَمِعِينَ

Al-Jama’ah adalah kesatuan, lawan kepada Al-Furqah (berkelompok-kelompok, atau berpuak-puak). Adakalanya lafaz Al-Jama’ah juga membawa makna suatu kaum (atau kelompok) yang terdapat ramai orang berkumpul padanya.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 3/157)

Apa yang diutarakan oleh Ibn Taimiyyah ini adalah makna Al-Jama’ah secara umum dan secara bahasa, manakala kefahaman secara lengkap dan lebih spesifik dapat difahami bersesuaian dengan penggunaannya dalam hadis-hadis berkaitan.

Dan ini akan dapat kita lihat berdasarkan sebahagian dari hadis-hadis yang dikemukakan berikut.

1, Al-Jama’ah Adalah Siapa Yang Melazimi Kebenaran

Dari hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

“Ketahuilah bahawa umat sebelum kalian dari kalangan Ahli Kitab telah berpecah-belah menjadi 72 millah (jalan agama), dan umatku ini akan berpecah-belah menjadi 73 millah (jalan agama). 72 golongan di Neraka, manakala 1 golongan di Syurga, dan merekalah Al-Jama’ah.” (Sunan Abi Dawud, no. 4597. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Hadis seumpama turut diriwayatkan dari sahabat yang lain, antaranya hadis ‘Auf bin Malik di Sunan Ibn Majah, no. 3992, hadis Anas bin Malik di Sunan Ibn Majah, no. 3993 serta yang lainnya.

Dari hadis ini menjelaskan Al-Jama’ah tidak menunjukkan golongan yang ramai, sebaliknya boleh jadi mereka adalah dari golongan yang sedikit (dari kalangan umat Muhammad yang akan dimasukkan ke Syurga), iaitu golongan yang menyelisihi 72 golongan (dengan jalan dan pemahaman agamanya masing-masing) yang lainnya.

Hadis ini juga dapat difahami dengan melihat lafaz seumpama dari riwayat-riwayat yang lain.

تختلف هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة، اثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة. قلنا: انعتهم لنا قال: السواد الأعظم

“Akan berpecah umatku ini menjadi 73 firqah (golongan), 72 firqah di neraka dan hanya 1 di Syurga. 1 golongan itu adalah As-Sawaadul A’zham.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, no. 131. Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 8051. Kata Al-Haitsami, “Para perawinya tsiqah”)

Dari hadis ini menjelaskan bahawa Al-Jama’ah dikenal juga sebagai As-Sawadul A’zham.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً»، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Akan berpecah umatku ini menjadi 73 millah (jalan agama). Semuanya di Neraka kecuali 1 millah.” para sahabat bertanya, “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Beliau bersabda:

Apa-apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2641. Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, no. 264. Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 444. Dinilai hasan oleh Al-‘Iraqi, Ibn Katsir, dan Al-Albani)

Dari hadis-hadis ini dapat difahami bahawa Al-Jama’ah adalah As-Sawadul A’zham, dan mereka adalah orang-orang yang berada di atas jalan Nabi dan para sahabatnya, yakni jalan kebenaran tanpa mengira jumlahnya banyak mahupun sedikit. Makna ini dikuatkan lagi dengan dukungan dari atsar-atsar yang bakal dipaparkan berikut.

Kata sahabat Nabi, yakni ‘Abdullah Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

إنما الجماعة ما وافق طاعة الله وإن كنت وحدك

“Sesungguhnya Al-Jama’ah itu adalah dengan tetap mentaati Allah walaupun engkau berseorangan.” (Syarh Ushul I’tiqad, no. 160. Tahdziib Al-Kamaal oleh Al-Mizzi, 22/265)

Dalam riwayat yang lain dari ‘Abdullah bin Mas’oud:

ان جمهور الناس فارقوا الجماعة وأن الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك

“Sesungguhnya kebanyakan manusia berpecah dari Al-Jama’ah dan Al-Jama’ah itu adalah apa yang bersesuaian dengan kebenaran walaupun engkau berseorangan.” (Al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits oleh Abu Syamah, m/s. 22. Tahdziib Al-Kamaal oleh Al-Mizzi, 22/264)

Nu’aim bin Hammad rahimahullah (Wafat: 227H) berkata tentang atsar Ibn Mas’oud ini:

يعني إذا فسدت الجماعة فعليك بما كانت عليه الجماعة قبل أن تفسد وإن كنت وحدك فإنك أنت الجماعة حينئذ

“Yakni apabila orang-orang telah berada di atas kefasadan (kerosakan; dengan bid’ah dan perpecahan), maka hendaklah engkau tetap dengan Al-Jama’ah (golongan manusia) sebelum keadaan menjadi rosak (yakni tetap mengikuti petunjuk salaf) walaupun engkau berseorangan, kerana pada ketika itu engkaulah Al-Jama’ah (jika engkau berada di atas kebenaran).” (Tahdzib Al-Kamal, 22/265)

Al-Imam Abu Syamah rahimahullah (Wafat: 665H) berkata:

وحيث جاء الأمر بلزوم الجماعة فالمراد به لزوم الحق واتباعة وان كان المتمسك بالحق قليلا والمخالف كثيرا لأن الحق الذي كانت عليه الجماعة الأولى من النبي صلى الله عليه و سلم وأصحابه رضى الله عنهم ولا نظر الى كثرة أهل الباطل بعدهم

“Merujuk perintah-perintah yang datang (dari hadis-hadis) agar melazimi Al-Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya adalah perintah agar melazimi al-haq (kebenaran) dan mengikutinya walaupun orang-orang yang berpegang pada al-haq (kebenaran) tersebut hanya sedikit jumlahnya, sedang orang yang menyelisihi pula berjumlah besar. Ini kerana al-haq (kebenaran) itu adalah dengan merujuk jama’ah orang-orang yang berada di atas jalan generasi awal iaitu jalan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum, tidak perlu diambil kira dengan banyaknya jumlah pengikut kebathilan setelah mereka.” (Al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits oleh Abu Syamah, m/s. 22)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) turut menegaskan dalam kitab ‘Aqidahnya:

اعلم أن الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام ولا يقوم أحدهما إلا بالآخر فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا والأساس الذي بينا عليه الجماعة هم أصحاب محمد صلى الله عليه و سلم رحمهم الله أجمعين وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة والضلال وأهله في النار

“Ketahuilah bahawa Islam adalah As-Sunnah dan As-Sunnah adalah Islam, dan setiap satunya tidak akan berdiri sendiri melainkan dengan yang lainnya. Maka termasuk dari As-Sunnah adalah Al-Jama’ah, dan sesiapa yang cenderung kepada selain Al-Jama’ah dan memisahkan diri darinya, maka dia telah memutuskan tali ikatan Islam dari lehernya dan dia telah sesat lagi menyesatkan. Dan asas yang menjadi landasan (ukuran) kepada Al-Jama’ah adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam rahimahumullah ajma’in, dan mereka adalah ahlus sunnah wal-jama’ah. Maka sesiapa yang tidak mengambil dari mereka (yakni agama yang haq), maka dia telah sesat dan berada dalam kebid’ahan, dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu termasuk penghuni Neraka.” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Barbahari, m/s. 21, no. 1-2 – Tahqiq: Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani)

Dan beliau menyambung:

أن الدين إنما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئا بهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه و سلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله فمن خالف أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم في شيء من أمر الدين فقد كفر

“Bahawasanya agama itu adalah hanya apa yang datang daripada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan bukanlah apa yang ditetapkan oleh akal serta pemikiran manusia. Setiap ilmu agama itu sumbernya adalah daripada Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah kalian mengikuti hawa nafsu sehingga kalian terlepas dari agama lalu keluar dari Islam. Tidak ada alasan bagi kalian, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan As-Sunnah kepada seluruh umatnya dan mengajarkan kepada para sahabatnya dengan lengkap. Mereka adalah Al-Jama’ah dan As-Sawaadul A’zham. As-Sawaadul A’zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sebahagian dari urusan agama, maka dia termasuk orang-orang yang kufur (ingkar).” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Barbahari, m/s. 22, no. 3 – Tahqiq: Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani)

Selain itu, As-Sawadul A’zham juga dijelaskan oleh para ulama sebagai suatu kumpulan manusia yang tetap melazimi kebenaran dan mentaati pemerintah mereka (dengan cara yang haq).

Ini antaranya dapat difahami dari suatu atsar dari sahabat Nabi, ‘Abdullah bin Abi Aufa radhiyallahu ‘anhu.

Sa’id bin Jumhan berkata kepada ‘Abdullah bin Abi Aufa:

فَإِنَّ السُّلْطَانَ يَظْلِمُ النَّاسَ وَيَفْعَلُ بِهِمْ قَالَ فَتَنَاوَلَ يَدِي فَغَمَزَهَا بِيَدِهِ غَمْزَةً شَدِيدَةً ثُمَّ قَالَ وَيْحَكَ يَا ابْنَ جُمْهَانَ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ عَلَيْكَ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ إِنْ كَانَ السُّلْطَانُ يَسْمَعُ مِنْكَ فَأْتِهِ فِي بَيْتِهِ فَأَخْبِرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فَإِنْ قَبِلَ مِنْكَ وَإِلَّا فَدَعْهُ فَإِنَّكَ لَسْتَ بِأَعْلَمَ مِنْهُ

“Sesungguhnya Sultan (pemerintah) sedang menzalimi rakyat dan berbuat tidak adil kepada mereka.”

‘Abdullah bin Abi Aufa pun memegang tanganku dan menggenggamnya dengan sangat erat, lalu beliau berkata, “Duhai celaka engkau wahai Ibnu Jumhan. Hendaklah engkau tetap bersama As-Sawadil A’zham, hendaklah engkau tetap bersama As-Sawaadil A’zham. Sekiranya engkau mahu pemerintah tersebut mendengar nasihatmu, maka datangilah rumahnya dan beritahulah kepadanya apa-apa yang engkau ketahui sehingga dia menerimanya. Jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana engkau tidak lebih tahu berbanding dia.”.” (Musnad Ahmad, no. 19415. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Berkata Al-Imam Ibnu Al-Atsir rahimahullah (Wafat: 606H):

وفيه [ عليكم بالسَّوادِ الأعْظَم ] أي جُمْلة النَّاس ومُعْظَمهم الذين يجتمعون على طاعة السُّلطان وسُلُوك النَّهج المُسْتقيم

“Dan yang dimaksudkan dengan ‘Alaikum bi as-sawadil a’zham (tetaplah kalian di atas as-sawadul a’zham) adalah sekumpulan besar manusia yang berhimpun dalam mentaati sultan (pemerintah) dan berjalan di atas jalan yang benar (lurus).” (An-Nihayah fii Gharib Al-Hadits oleh Ibn Al-Atsir, 2/1029)

Demikian pula sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H):

أَنَّ الْجَمَاعَةَ رَاجِعَةٌ إِلَى الِاجْتِمَاعِ عَلَى الْإِمَامِ الْمُوَافِقِ لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَذَلِكَ ظَاهِرٌ فِي أَنَّ الِاجْتِمَاعَ عَلَى غَيْرِ سُنَّةٍ خَارِجٌ عَنْ مَعْنَى الْجَمَاعَةِ الْمَذْكُورِ فِي الْأَحَادِيثِ الْمَذْكُورَةِ، كَالْخَوَارِجِ وَمَنْ جَرَى مُجْرَاهُمْ

“Bahawasnya Al-Jama’ah adalah berbalik kepada makna bersatunya manusia di bawah seorang imam (pemerintah) bersesuaian denga Al-Kitab dan As-Sunnah, di mana jelas bahawa kesatuan yang berada di atas selain Sunnah maka ianya terkeluar dari makna Al-Jama’ah yang disebutkan pada hadis-hadis tersebut, dan ini adalah sebagaimana al-khawarij dan sesiapa yang melalui jalan mereka.” (Al-I’tisham oleh Asy-Syathibi, 2/775-776 – Tahqiq Salim Al-Hilali)

Dan makna-makna ini semua akan dapat kita lihat dengan lebih jelas lagi pada dalil-dalil hadis yang dikemukakan pada bahagian berikutnya.

2, Al-Jama’ah adalah Kesatuan di atas Al-Haq dan Meninggalkan Perpecahan

Makna Al-Jama’ah juga dapat difahami dari hadis berikut. Dari hadis Ibnu ‘Umar dari ayahnya ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالفُرْقَةَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الوَاحِدِ وَهُوَ مِنَ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ، مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الجَنَّةِ فَلْيَلْزَمُ الجَمَاعَةَ، مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكَ الْمُؤْمِنُ

“Hendaklah kalian tetap berpegang teguh dengan Al-Jama’ah dan tinggalkanlah Al-Furqah (perpecahan dan berpuak-puak). Kerana syaitan itu bersama seorang (yang sendirian), dan jika ada dua orang, syaitan pun lebih menjauh. Siapa yang menginginkan bahagian tengah Syurga (atau taman-taman Syurga), maka lazimilah Al-Jama’ah. Siapa yang merasa senang dengan mengerjakan amal kebaikan dan merasa susah hati bila berbuat maksiat, maka itulah mukmin (orang yang beriman).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2165. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Dapat difahami bahawa Al-Jama’ah adalah kesatuan dan meninggalkan perpecahan (berpuak-puak), yakni kesatuan bersama orang-orang yang berada di atas kebenaran dan beramal dengan kebenaran tanpa mengira siapapun dia.

Dari riwayat yang lain, dari sahabat Nabi – ‘Arfajah bin Syuraih Al-Asyja-‘ie, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ، فَمَنْ رَأَيْتُمُوهُ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ، أَوْ يُرِيدُ يُفَرِّقُ أَمْرَ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَائِنًا مَنْ كَانَ فَاقْتُلُوهُ، فَإِنَّ يَدَ اللَّهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْكُضُ

“Sesungguhnya akan terjadi setelahku hanaat dan hanaat (yakni kekacauan dan perpecahan), maka siapa yang kalian lihat telah memisahkan diri dari Al-Jama’ah atau hendak memecah-belah kesatuan umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka perangilah dia siapapun dia. Sesungguhnya Tangan Allah bersama Al-Jama’ah dan syaitan bergerak bersama orang yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 4020. Shahih Ibn Hibban, no. 4577)

3, Al-Jama’ah Adalah Bersatu Mentaati Pemerintah

Dari hadis Ibn ‘Abbas radhiyallahuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberi peringatan yang tegas sebagaimana berikut:

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَكَرِهَهُ فَلْيَصْبِرْ، فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ يُفَارِقُ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَيَمُوتُ، إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Sesiapa yang melihat pada amirnya (pemerintah) sesuatu yang dibencinya, hendaklah dia tetap sabar (dengan sebab tersebut). Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal lalu dia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyyah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7143)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan:

قوله من كره من أميره شيئا فليصبر زاد في الرواية الثانية عليه قوله فإنه من خرج من السلطان أي من طاعة السلطان ووقع عند مسلم فإنه ليس أحد من الناس يخرج من السلطان وفي الرواية الثانية من فارق الجماعة وقوله شبرا بكسر المعجمة وسكون الموحدة وهي كناية عن معصية السلطان ومحاربته

“Hadis Nabi, “Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar.” Dalam riwayat kedua terdapat tambahan, “عليه” (atasnya).

Hadis Nabi, “Kerana siapa yang keluar dari sultan (pemerintah)” yakni dari ketaatan terhadap sultan (pemerintah).

Manakala pada riwayat Muslim disebutkan, “Sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalangan manusia yang keluar dari sultan (pemerintah)…”

Dan pada riwayat kedua, “Siapa yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah” dan penyebutan “شبرا” (sejengkal) ia adalah kinayah (kiasan) kepada perbuatan memaksiati sultan (pemerintah) dan menentangnya.” (Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar, 13/6-7)

Dapat difahami bahawa Al-Jama’ah dalam konteks ini merujuk kepada maksud ketaatan terhadap pemerintah.

Dalam perbahasan yang sama, Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan:

قال بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجمع الفقهاء على وجوب طاعة السلطان المتغلب والجهاد معه وأن طاعته خير من الخروج عليه لما في ذلك من حقن الدماء وتسكين الدهماء وحجتهم هذا الخبر وغيره مما يساعده ولم يستثنوا من ذلك إلا إذا وقع من السلطان الكفر الصريح فلا تجوز طاعته في ذلك بل تجب مجاهدته لمن قدر عليها

“Telah berkata Ibn Baththal bahawa pada hadis ini adalah hujah agar tidak keluar dari ketaatan terhadap sultan (pemerintah) walaupun mereka zalim. Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) akan wajibnya mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan, dan wajibnya berjihad bersama-samanya (jika diperintahkan). Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang demikian ini lebih mampu memelihara darah dan meredakan kekacauan. Para ulama tidak membolehkan perbuatan keluar menentang pemerintah melainkan jika padanya terzahir kekafiran secara sharih (terang-terangan dan jelas), maka dalam keadaan seperti ini umat Islam tidak boleh mentaatinya, bahkan sebaliknya wajib berjihad melawannya (yakni menjatuhkannya) jika punya kemampuan.” (Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar, 13/7)

Di hadis yang lain yang turut menjelaskan lagi maksud hadis tersebut, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ، وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ، أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ، أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً، فَقُتِلَ، فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ، وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي، يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجِرَهَا، وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا، وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ عَهْدَهُ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

“Siapa yang keluar dari ketaatan (kepada pemerintah) dan memisahkan diri dari Al-Jama’ah lalu jika dia mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah. Dan siapa yang berperang di bawah bendera kebutaan (yakni yang tidak jelas arah tujunya), marah kerana ashabiyah (kepartian), atau menyeru kepada ashabiyah (kepartian) atau menolong disebabkan semangat ashabiyah (kepartian) lalu terbunuh, maka dia terbunuh seperti terbunuhnya orang jahiliyyah. Siapa yang keluar (memberontak) dari kalangan umatku, memukul (atau memerangi) sama ada orang yang baik ataupun yang buruk, dan tidak mempedulikan dari keimanannya serta tidak menunaikan janjinya kepada orang yang dia berjanji, maka dia bukan dariku dan aku berlepas diri darinya.” (Shahih Muslim, no. 1848)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

قوله صلى الله عليه و سلم ( من فارق الجماعة مات ميتة جاهلية ) هي بكسر الميم أي على صفة موتهم من حيث هم فوضى لا إمام لهم

“Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Siapa yang keluar dari ketaatan (kepada pemerintah) dan memisahkan diri dari Al-Jama’ah lalu jika dia mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah…” (dengan mim dikasrahkan), maksudnya adalah bagi menunjukkan sifat kematian mereka adalah seperti matinya (orang-orang jahiliyyah) yang dikenal dengan kekacauan (disebabkan pertembungan sesama sendiri) dan tidak punya imam (pemerintah yang ditaati).” (Syarh Shahih Muslim, no. 12/238)

Hal yang sama turut dinyatakan oleh Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى

“Bahawasanya orang-orang jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan (menjatuhkan) di antara satu sama lain.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/487 – Daar al-Wafaa’)

Al-Imam Muhammad bin Isma’il Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) turut menjelaskan persoalan ini ketika mensyarahkan hadis tersebut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: من خرج عن الطاعة وفارق الجماعة ومات فميتته ميتة جاهلية

قوله عن الطاعة أي طاعة الخليفة الذي وقع الاجتماع عليه وكأن المراد خليفة أي قطر من الأقطار إذ لم يجمع الناس على خليفة في جميع البلاد الإسلامية من أثناء الدولة العباسية بل استقل أهل كل إقليم بقائم بأمورهم إذ لو حمل الحديث على خليفة اجتمع عليه أهل الإسلام لقلت فائدته

وقوله وفارق الجماعة أي خرج عن الجماعة الذين اتفقوا على طاعة إمام انتظم به شملهم واجتمعت به كلمتهم وحاطهم عن عدوهم

قوله فميتته ميتة جاهلية أي منسوبة إلى أهل الجهل والمراد به من مات على الكفر قبل الإسلام وهو تشبيه لميتة من فارق الجماعة بمن مات على الكفر بجامع أن الكل لم يكن تحت حكم إمام فإن الخارج عن الطاعة كأهل الجاهلية لا إمام له

Daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa alihi wa Sallam, beliau bersabda, “Siapa yang keluar dari ketaatan (kepada pemerintah) dan memisahkan diri dari Al-Jama’ah lalu jika dia mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah.” (Shahih Muslim, no. 1848)

Sabda-nya “keluar dari ketaatan…” maksudnya adalah ketaatan kepada khalifah (pemerintah) yang telah disepakati atasnya, atau merujuk pemerintah bagi daerah (atau wilayah) atau negara di mana dia bernaung. Kerana tidak semua umat Islam pada masa pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah tunduk dan patuh kepada semata-mata seorang khalifah ketika itu, malah setiap wilayah ada pemerintah yang bebas menguruskan wilayahnya masing-masing. Maka sekiranya makna hadis ini hanya diperuntukkan kepada semata-mata seorang khalifah yang memerintah seluruh wilayah Islam (atau umat Islam), sudah tentu hadis ini sangat sedikit faedahnya.

Sabda-nya “memisahkan diri dari Al-Jama’ah…” maksudnya adalah keluar dari jama’ah (masyarakat umat Islam) yang telah sepakat mematuhi pemerintah yang menyatukan mereka dan menjaga mereka (yakni menjaga negara) dari serangan musuh.

Sabda-nya “lalu jika dia mati, maka matinya adalah mati jahiliyyah…” pengertiannya disandarkan kepada orang-orang jahiliyyah, dan maksud dari jahiliyyah tersebut adalah sesiapa saja yang mati dalam kekafiran sebelum Islam. Itu merupakan perumpamaan bagi yang mati dalam keadaan keluar dari jama’ah umat Islam yang diumpamakan seperti orang kafir yang mati sebelum dia menganut Islam, kerana mereka tidak tunduk dan tidak patuh kepada pemerintah. Orang yang tidak patuh dan taat kepada pemerintah diibaratkan seperti orang-orang jahiliyyah yang tidak memiliki pemerintah.” (Subulus Salam Syarh Bulughil Maram oleh Ash-Shan’ani, 3/258)

Kefahaman ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis dan penjelasan berikutnya.

4, Al-Jama’ah Adalah Kelompok Kaum Muslimin Bersama Pemerintahnya

Hudzaifah Ibn Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?”

Rasulullah menjawab, “Benar, padanya terdapat asap (kesamaran dan ketidak-jelasan).” Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran dan ketidak-jelasan) tersebut?” Beliau bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”

Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda, “Benar, akn ada para da’i (yakni pendakwah atau penyeru) kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut seruan mereka, maka mereka akan dicampakkan ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan, “Hendaklah kalian tetap melazimi jama’ah al-musimin dan pemerintah mereka.”

Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemerintah bagi umat Islam?” Beliau menjawab, “Jauhilah semua kelompok-kelompok itu walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3606)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

وفي حديث حذيفة هذا لزوم جماعة المسلمين وإمامهم ووجوب طاعته وإن فسق وعمل المعاصي من أخذ الأموال وغير ذلك فتجب طاعته في غير معصية وفيه معجزات لرسول الله صلى الله عليه و سلم وهي هذه الأمور التي أخبر بها وقد وقعت كلها

“Dalam hadis riwayat Hudzaifah ini mengandungi perintah agar sentiasa melazimi jama’ah al-muslimin (umat Islam) dan pemerintah mereka serta kewajiban mentaati mereka walaupun mereka itu fasiq dan melakukan banyak perkara maksiat seperti merampas harta dan seumpamanya. Maka wajib mentaati mereka dalam perkara selain maksiat. Pada hadis ini menunjukkan mukjizat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di mana semua perkara yang beliau khabarkan telah pun terjadi.” (Syarh Shahih Muslim, 12/238)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) turut menjelaskan:

قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم

“Hadis Nabi, “Lazimilah jama’ah al-muslimin dan pemerintah mereka”, maksudnya adalah pemerintah (yang menaungi) mereka (yakni pemerintah negara atau khalifah).” (Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar, 13/36)

Al-Hafiz Ibn Hajar turut menyebutkan penjelasan Ath-Thabari:

أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة

“Bahawa makna dari lafaz “(perintah) lazimi Al-Jama’ah” adalah orang-orang yang berada dalam ketaatan, mereka bersatu dalam mentaati pemerintah mereka. Maka sesiapa yang memutuskan bai’at (ketaatan terhadap pemerintah kaum musimin), maka dia terkeluar dari Al-Jama’ah.” (Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar, 13/37)

Inilah juga yang disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syathibi dari Ath-Thabari:

مَا اخْتَارَهُ الطَّبَرِيُّ الْإِمَامُ مِنْ أَنَّ الْجَمَاعَةَ جَمَاعَةُ الْمُسْلِمِينَ إِذَا اجْتَمَعُوا عَلَى أَمِيرٍ، فَأَمَرَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ بِلُزُومِهِ وَنَهَى عَنْ فِرَاقِ الْأُمَّةِ فِيمَا اجْتَمَعُوا عَلَيْهِ مِنْ تَقْدِيمِهِ عَلَيْهِمْ

“Apa yang dipilih oleh Ath-Thabari, Al-Imam (pemerintah) dari Al-Jama’ah adalah jama’ah al-muslimin (yakni kaum muslimin) apabila mereka bersatu di bawah pentadbitan pemerintah mereka. Nabi ‘alaihish Sholaatu was Salaam memerintahkan agar melazimi mereka dan melarang dari membuat perpecahan di dalam masyarakat pada apa yang mereka telah dipersatukan atasnya oleh umat sebelumnya (yakni dipersatukan di atas sunnah – pent.).” (Al-I’tisham oleh As-Syathibi, 2/774 – Tahqiq Salim Al-Hilali)

5, Al-Jama’ah adalah Islam dan As-Sunnah

Dari hadis Al-Haarits Al-Asy’ari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ اللَّهُ أَمَرَنِي بِهِنَّ، السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ وَالجِهَادُ وَالهِجْرَةُ وَالجَمَاعَةُ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ قِيدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلَامِ مِنْ عُنُقِهِ إِلَّا أَنْ يَرْجِعَ، وَمَنْ ادَّعَى دَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ فَإِنَّهُ مِنْ جُثَا جَهَنَّمَ»، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ؟ قَالَ: «وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ، فَادْعُوا بِدَعْوَى اللَّهِ الَّذِي سَمَّاكُمُ المُسْلِمِينَ المُؤْمِنِينَ، عِبَادَ اللَّهِ

“Aku memerintahkan kalian dengan lima perkara sebagaimana aku diperintahkan dengannya oleh Allah, (iaitu):

“Mendengar, taat, jihad, hijrah, dan Al-Jama’ah, kerana siapa yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah walaupun sejengkal, maka dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya kecuali jika dia ruju’ (kembali bertaubat).

Dan siapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah, maka dia termasuk penghuni jahannam.”

Seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun dia solat dan berpuasa?”

Jawab Nabi, “Ya, walaupun dia solat dan puasa. Maka serulah dengan seruan Allah yang telah menamai kalian dengan al-muslimin al-mu’minin, hamba Allah.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2863. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Di hadis yang lain dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الْإِسْلَامِ مِنْ عُنُقِهِ

“Siapa yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah sejengkal saja, maka dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.” (Sunan Abi Dawud, no. 4758. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis-hadis ini menjelaskan bahawa Al-Jama’ah adalah Islam itu sendiri, atau As-Sunnah, lawan kepada bid’ah.

Sebagaimana kata Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H):

قَوْلُهُ: «رِبْقَةَ الإِسْلامِ»، الرِّبْقُ: الْخَيْطُ، الْوَاحِدُ رِبْقَةٌ، وَأَرَادَ بِهِ: فَارَقَ عَقْدَ الإِسْلامِ بِتَرْكِ السُّنَّةِ، وَاتِّبَاعِ الْبِدْعَةِ.

“Sabda Nabi, “رِبْقَةَ الإِسْلامِ”, iaitu “الرِّبْقُ” (tali, atau benang-benang) dan bentuk tunggalnya adalah “رِبْقَةٌ”. Maksud yang dikehendaki darinya adalah memisahkan diri dari tali Islam dengan meninggalkan As-Sunnah dan mengikuti bid’ah-bid’ah.” (Syarh As-Sunnah, 10/52)

Dari hadis berikutnya dari ‘Abdullah bin Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ، لَا يَحِلُّ دَمُ رَجُلٍ مُسْلِمٍ، يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ، إِلَّا ثَلَاثَةُ نَفَرٍ: التَّارِكُ الْإِسْلَامَ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ – أَوِ الْجَمَاعَةَ شَكَّ فِيهِ أَحْمَدُ – وَالثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ

“Sungguh tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) selain-Nya, tidaklah halal darah seorang muslim yang bersyahadah (mengakui) bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah dan mengakui bahawa aku adalah Rasul Allah, kecuali bagi tiga kelompok (iaitu):

Seseorang yang meninggalkan Islam yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah – atau yang memisahkan diri dari Al-Jama’ah –, orang yang telah menikah lalu berzina, dan jiwa dibalas jiwa (yakni orang yang membunuh).” (Shahih Muslim, no. 1676)

Dari hadis ini menjelaskan bahawa Al-Jama’ah bermaksud Islam itu sendiri, dan memisahkan diri atau keluar dari Al-Jama’ah dalam hadis ini menunjukkan maksud keluar dari Islam.

Dalam lafaz yang lain juga dari ‘Abdullah bin Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ، إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

“Tidak halal menumpahkan darah seorang muslim sedang dia mengakui bahawa tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, dan aku adalah Rasul Allah, melainkan dengan salah satu dari tiga perkara (iaitu):

1, Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,

2, jiwa dibalas jiwa (yakni orang yang membunuh), dan

3, Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari Al-Jama’ah.” (Shahih Muslim, no. 1676)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم

“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari Al-Jama’ah…” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan ruju’ (bertaubat dengan kembali kepada Islam). Berkata para ulama:

Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari Al-Jama’ah dengan melakukan kebid’ahan (yakni membuat ajaran sesat), memberontak (kepada pemerintah), atau selainnya, dan demikian pula Al-Khawarij, wallahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 11/165)

Demikianlah sebahagian dari hadis-hadis berkaitan berserta dengan nukilan-nukilan penjelasan dari para ulama ahli sunnah wal-jama’ah, sekaligus menjadi bantahan atas keberadaan pelbagai firqah (kelompok) atau parti-parti atas nama Islam yang setiap satunya mendakwa merekalah Al-Jama’ah (atau jama’ah Islam yang dimaksudkan hadis) sehingga mewajibkan setiap orang mengikuti mereka. Sedangkan Al-Jama’ah itu adalah sesiapa sahaja yang berada di atas kebenaran dengan mengikuti jalannya Nabi dan para sahabatnya dan bersatu mentaati pemerintah bersesuaian dengan kebenaran.

Dengan demikian, tersingkaplah siapa Al-Jama’ah yang dikehendaki dan dimaksudkan dalam hadis-hadis Nabi yang mulia.

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest