Menuai Pahala Tatkala Hujan
Nikmat kasih-sayang Allah buat kita semua terlalu banyak tidak terhitung. Baik untuk yang beriman atau sebaliknya. Nikmat-nikmat tersebut adalah termasuk tanda kasih-sayang-Nya buat para hamba-Nya di muka bumi ini. Dan di antara tanda kasih-sayang dan limpahan nikmat kurniaan-Nya adalah air hujan yang diturunkan dari langit.
Dengan air hujan, para penduduk bumi pun dapat menjalankan kelangsungan hidup mereka dengan sempurna.
Dari itu sebagai hamba yang beriman, Rasul-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita sunnah-sunnah dalam menyambut kurniaan Allah berupa air hujan tersebut. Agar seiring dengan turunnya air hujan tersebut, kita pun akan mendapat tambahan pahala dan nikmat-nikmat yang lainnya. Agar kita pun tergolongkan dalam kelompok manusia yang bersyukur.
Hujan Adalah Kurniaan dan Tanda Kekuasaan Allah
Allah Ta’ala berfirman:
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
“Dan Dia-lah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami tujukan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah tersebut, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan.” (Surah al-A’raaf, 7: 57)
Dalam ayat ini Allah mengkhabarkan hujan termasuk salah satu dari sekian banyak rahmat-Nya, dan hujan adalah khabar gembira buat para penduduk bumi. Dengannya Allah menghidupkan kawasan yang tandus dan gersang dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat.
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ (68) أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
“Maka terangkanlah kepada-Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (Surah al-Waqi’ah, 56: 68-69)
Dalam ayat-Nya yang lain:
وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا (14) لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا (15) وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا
”Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah. Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. dan kebun-kebun yang lebat” (Surah an-Nabaa’, 78: 14-16)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِ الْمَوْتَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Dan di antara tanda-tanda-Nya (adalah) bahawa engkau lihat bumi yang kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air (hujan) di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Rabb yang menghidupkannya, pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah Fush-shilat, 41: 39)
Dari itu, hujan adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah dan rahmat kebaikan dari-Nya. Maka hendaklah kita mensyukurinya dengan cara memperbanyak mengingati-Nya, mentauhidkan-Nya dengan benar, dan tidak mensyirikkan-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dia-lah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk-mu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, 2: 22)
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan:
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
“Kita diberi hujan adalah kerana kurnia (anugerah) dan rahmat Allah.” (Shahih al-Bukhari, no. 1038)
Menadah Pahala Di Kala Hujan
Bersama dengan turunnya kurniaan Allah berupa hujan ini, di sana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah meninggalkan petunjuknya yang amat berharga berupa sunnah-sunnah yang mulia mengiringi air yang barakah ini. Dan bagi mereka yang benar-benar mencintai Allah dan mengharap rahmat daripada-Nya, nescaya dengan turunnya hujan ini, menjadi satu ruang dan peluang bagi dirinya menjana pahala berharga. Maka, sama-samalah kita memahaminya dengan baik-baik, mengamalkannya, dan menyebarkannya. Agar kita tidak sekadar mendapat curahan air dari langit, tetapi bahkan pahala dan barakah dari Allah Ta’ala.
1, Sunnah di Kala Mendung
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَاشِئًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ آفَاقِ السَّمَاءِ، تَرَكَ عَمَلَهُ، وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ ثُمَّ يَقُولُ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ، فَإِنْ كَشَفَهُ اللهُ، حَمِدَ اللهَ، وَإِنْ مَطَرَتْ، قَالَ: اللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila melihat awan mendung yang berarak (berkumpul) di salah satu ufuk langit, beliau pun meninggalkan pekerjaan yang sedang dilakukannya ketika itu walaupun sedang dalam solat, kemudian beliau beliau berdoa:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ
(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari keburukan yang ada padanya).
Maka jika awan mendung tadi telah hilang, beliau pun memuji Allah. Dan jika hujan turun, beliau pun mengucapkan (berdoa):
اللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
(Ya Allah, jadikanlah hujan ini sebagai hujan yang bermanfaat).” (Musnad Ahmad, no. 25570 dan lafaz ini dalam Musnad Ahmad. Al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, no. 686. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا رَأَى مَخِيلَةً فِي السَّمَاءِ، أَقْبَلَ وَأَدْبَرَ، وَدَخَلَ وَخَرَجَ، وَتَغَيَّرَ وَجْهُهُ، فَإِذَا أَمْطَرَتِ السَّمَاءُ سُرِّيَ عَنْهُ، فَعَرَّفَتْهُ عَائِشَةُ ذَلِكَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا أَدْرِي لَعَلَّهُ كَمَا قَالَ قَوْمٌ»: فَلَمَّا رَأَوْهُ عَارِضًا مُسْتَقْبِلَ أَوْدِيَتِهِمْ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila melihat mendung di langit, beliau mundar-mandir ke depan dan ke belakang, berjalan masuk dan keluar, dan raut wajahnya berubah (menjadi resah). Maka apabila hujan turun, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun kembali lega. ‘Aisyah sudah memahami sikap Nabi tersebut. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengatakan:
“Aku tidak tahu apa ini, seakan-akan inilah yang terjadi sebagaimana dikatakan suatu kaum (yang disebutkan oleh Allah): Maka ketika mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka.” (Surah al-Ahqaf, 46 : 24).” (Shahih al-Bukhari, no. 3206)
Dalam hadis yang lain dalam Shahih al-Bukhari, daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu:
وَكَانَ إِذَا رَأَى غَيْمًا أَوْ رِيحًا عُرِفَ فِي وَجْهِهِ، قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الغَيْمَ فَرِحُوا رَجَاءَ أَنْ يَكُونَ فِيهِ المَطَرُ، وَأَرَاكَ إِذَا رَأَيْتَهُ عُرِفَ فِي وَجْهِكَ الكَرَاهِيَةُ، فَقَالَ: ” يَا عَائِشَةُ مَا يُؤْمِنِّي أَنْ يَكُونَ فِيهِ عَذَابٌ؟ عُذِّبَ قَوْمٌ بِالرِّيحِ، وَقَدْ رَأَى قَوْمٌ العَذَابَ، فَقَالُوا: هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا
“Dan Rasulullah apabila melihat awan atau angin, raut wajahnya tampak berubah.” ‘Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, orang-orang merasa gembira apabila melihat awan kerana mengharap hujan akan turun. Tetapi aku lihat engkau sebaliknya seakan tidak suka ketika melihat awan.” Jawab Rasulullah, “Wahai ‘Aisyah, aku bimbang seandainya di balik awan itu ada azab. Dahulu, suatu kaum pernah di-adzab dengan angin dan ada pula kaum yang ketika melihat adzab (awan yang disangkanya membawa hujan), mereka mengatakan: “Inilah awan yang menurunkan hujan kepada kita.” (Shahih al-Bukhari, no. 4829)
Hadis ini mengisyaratkan kepada ayat Allah Ta’ala:
فَلَمَّا رَأَوْهُ عَارِضًا مُسْتَقْبِلَ أَوْدِيَتِهِمْ قَالُوا هَذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا بَلْ هُوَ مَا اسْتَعْجَلْتُمْ بِهِ رِيحٌ فِيهَا عَذَابٌ أَلِيمٌ (24) تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَى إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ كَذَلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ
“Maka ketika mereka melihat adzab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: “Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.” (Bukan!) Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (iaitu) angin yang mengandungi adzab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa.” (Surah al-Ahqaaf, 46: 24-25)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:
وفي الحديث تذكر ما يذهل المرء عنه مما وقع للأمم الخالية والتحذير من السير في سبيلهم خشية من وقوع مثل ما أصابهم
“Hadis ini menunjukkan bahawa hendaklah seseorang mengingat-ingat apa yang terjadi kepada umat-umat terdahulu dan ini merupakan peringatan agar kita tidak mengikuti jalan-jalan kehidupan umat terdahulu yang mendapat adzab kerana boleh jadi adzab yang sama akan menimpa pada zaman kita ini.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 6/301)
2, Bersyukur Dengan Nikmat Hujan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajar kita supaya bersyukur dengan sebab turunnya hujan. Ini antaranya sebagaimana kata ‘Aisyah radhiyallhu ‘anha:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila melihat hujan turun, beliau pun berkata (berdoa):
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Ya Allah, jadikanlah hujan yang turun ini bermanfaat.” (Shahih al-Bukhari, no. 1032)
Dari hadis ini menunjukkan apabila kita melihat hujan turun, adalah disunnahkan berdoa dengan ucapan Rasulullah tersebut, iaitu:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
“Ya Allah, jadikanlah hujan yang turun ini bermanfaat.” (Shahih al-Bukhari, no. 1032)
Dalam sebuah hadis yang lain, seorang sahabat, iaitu Zaid B. Khalid al-Juhani radhiyallahu ‘anhu berkata:
صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ بِالحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنَ اللَّيْلَةِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ، فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالكَوْكَبِ، وَأَمَّا مَنْ قَالَ: بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا، فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالكَوْكَبِ
“Kami solat subuh bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Hudaibiyah, di tempat yang basah kerana bekas hujan yang turun di malam hari. Sebaik selesai solat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menghadap ke arah para jama’ah lalu berkata:
“Adakah kalian tahu apa yang telah difirmankan Rabb kalian?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah pun bersabda:
“Sebahagian dari kaum-ku tetap beriman kepada-ku dan beberapa yang lain menjadi kafir. Mereka yang mengatakan, “Kami diberi hujan kerana anugerah dan rahmat Allah.” maka itu adalah orang yang beriman (kepada Allah) dan kafir terhadap bintang-bintang. Dan ada pun sesiapa yang berkata, “Kami diberi hujan kerana begitu dan begini (bintang itu dan ini).” maka itu adalah orang yang kafir (terhadap Allah), dan beriman dengan bintang-bintang.” (Shahih al-Bukhari, no. 1038)
Berdasarkan hadis ini, maka apabila hujan telah selesai turun, maka disunnahkan agar mengucapkan:
مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
“Kami diberi hujan kerana anugerah dan rahmat Allah.” (Shahih al-Bukhari, no. 1038)
Iaitu bukan sebaliknya dengan bersikap benci terhadap hujan serta tidak pula menyandarkan turunnya hujan kerana itu dan ini sehingga meramal yang bukan-bukan yang hanya akan mencemarkan kemurnian aqidah kita.
Apabila kita bersyukur dengan sesebuah nikmat dan manfaat, nescaya Allah akan menambah nikmat tersebut dan menjadikan keberkahan padanya. Tetapi sebaliknya sekiranya kita mengkufurinya, takut-takutlah nikmat akan tertahan atau ditarik kembali oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bahkan mungkin ditukar menjadi adzab.
3, Berdoa Di Waktu Hujan
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata di dalam kitab beliau, al-Mughni (4/342):
وَيُسْتَحَبُّ الدُّعَاءُ عِنْدَ نُزُولِ الْغَيْثِ؛ لِمَا رُوِيَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
“Dianjurkan berdo’a ketika turunnya hujan sebagaimana diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ: عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ
“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: (iaitu) ketika bertemunya dua pasukan, ketika solat hendak didirikan, dan di saat hujan turun.” (Asy-Syafi’i, Al-Umm, 1/253. Al-Mughni, 4/342. Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan wal Atsar, no. 7236. Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1906. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Begitu juga terdapat hadits dari Sahl B. Sa’d, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَ تَحْتَ المَطَرِ
“Dua doa yang tidak akan ditolak: (Iaitu) doa ketika adzan dan doa ketika ketika turunnya hujan.” (Al-Jami’ ash-Shaghir, no. 5389. Dinilai hasan oleh al-Albani)
4, Ketika Terjadi Hujan Lebat
Sekiranya kita memiliki rasa bimbang dan takut hujan tersebut memberikan gangguan, kesan buruk dan negatif, atau sebarang kerosakan kepada kita, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita bagaimanakah doa yang harus kita praktikkan.
Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:
“Pada hari Juma’at ada seorang lelaki memasuki masjid dari pintu yang menghadap mimbar. Ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berdiri dan menyampaikan khutbah. Kemudian orang tersebut berdiri menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:
“Wahai Rasulullah, harta-benda kami rosak, dan sarana perjalanan pun terputus. Maka berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan kepada kami.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengangkat kedua tangannya dan berdoa:
اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا
“Ya Allah, berila kami hujan. Ya Allah, berilah kami hujan. Ya Allah, berilah kami Hujan.”
Kata Anas lagi:
Demi Allah, ketika itu kami melihat langit sangat cerah. Tidak ada awan dan tidak juga mendung. Bahkan seolah-olah tidak ada rumah atau perkampungan antara kami dengan bukit Sal’. Tiba-tiba dari balik bukit itu muncul awan tebal seperti perisai. Ketika tiba di tengah langit, awan itu menyebar dan kemudian turunlah hujan.
Demi Allah, kami tidak dapat melihat matahari selama seminggu. Kemudian ada seorang lelaki masuk ke dalam masjid dari pintu yang sama pada hari Juma’at. Ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berdiri berkhutbah. Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah, harta-benda binasa dan jalan-jalan tertutup (kerana hujan yang tidak henti-henti). Maka berdoalah kepada Allah agar memberhentikan hujan.”
Maka Rasulullah pun mengangkat kedua tangannya lalu berdoa:
اَللَّهُمّ حَوَاليَنْاَ وَلاَعَليَنْاَ، اَللَّهُمَّ عَلىَ اْلآكاَمِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan ke atas kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, bukit-bukit, di lembah-lembah dan tempat pokok-pokok.”
Maka berhentilah hujan, dan kami pun keluar bersiar-siar di bawah terik matahari.” (Shahih al-Bukhari, no. 1013)
Atau dalam lafaz yang lain, juga riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, doanya adalah:
اللَّهُمَّ عَلَى رُءُوسِ الجِبَالِ وَالآكَامِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan tersebut ke puncak-puncak gunung dan bukit-bukit, lembah-lembah, serta tempat pokok-pokok.” (Shahih al-Bukhari, no. 1017. Bab: Berdoa Apabila Jalan-jalan Terputus Kerana Banyaknya Hujan)
Dari hadis ini dapat kita lihat tentang keutamaan doa bagi tujuan memohon sesuatu. Iaitu memohon diturunkan hujan ketika hujan tidak turun-turun sehingga mengakibatkan kesan kekeringan yang buruk. Selain itu hadis ini turut menunjukkan disunnahkan agar berdoa kepada Allah apabila hujan turun dengan lebatnya sehingga merosakkan harta-benda.
Selain itu, berdasarkan hadis ini, kita turut dibenarkan untuk meminta orang-orang yang benar kesolehannya terutamanya dari kalangan pemimpin masyarakat atau yang menjadi imam di masjid kawasannya supaya berdoa memohon hujan daripada Allah di ketika musim kemarau. Juga ketika hujan yang turun tidak henti-henti sehingga dibimbangi mengakibatkan kesan yang buruk, kerosakan, atau banjir kilat. Maka, berdoalah sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
5, Barakah Air Hujan
Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:
أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ، قَالَ: فَحَسَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ، حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا؟ قَالَ: لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyingkap pakaiannya sehingga dia dibasahi hujan. Lalu kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa engkau buat begitu?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda: “Kerana hujan ini baru saja tercipta daripada Rabb-Nya yang maha Tinggi.” (Shahih Muslim, no. 898)
Imam asy-Syafi’i rahimahullah menyebutkan:
أَنَّ السَّمَاءَ أَمْطَرَتْ فقال لِغُلَامِهِ أَخْرِجْ فِرَاشِي وَرَحْلِي يُصِيبُهُ الْمَطَرُ فقال أبو الْجَوْزَاءِ لِابْنِ عَبَّاسٍ لِمَ تَفْعَلُ هذا يَرْحَمُك اللَّهُ فقال أَمَّا تَقْرَأُ كِتَابَ اللَّهِ { وَنَزَّلْنَا من السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا } فَأُحِبُّ أَنْ تُصِيبَ الْبَرَكَةُ فِرَاشِي وَرَحْلِي
“Ketika langit menurunkan hujan, Ibnu ‘Abbas berkata kepada pembantunya (anak kecil), “Keluarkan tilam-ku dan barang-barang untuk perjalanan jauh-ku agar terkena air hujan.” Abu Al-Jauza’ berkata kepada Ibnu ‘Abbas, “Semoga Allah merahmati engkau, kenapa engkau berbuat begini?” Jawab Ibnu ‘Abbas, “Tidakkah engkau membaca Kitab Allah:
“Dan kami menurunkan dari langit air yang diberkati.” (Surah Qaaf, 50: 9). Maka aku ingin agar barakah itu mengenai tilam dan barang-barang perjalanan-ku.” (Asy-Syafi’i, Al-Umm, 1/252. Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan wal Atsar, no. 7232)
Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas:
أَنَّهُ كَانَ إِذَا أَمْطَرَتِ السَّمَاءُ، يَقُوْلُ:يَا جَارِيَّةُ! أَخْرِجِي سَرْجِي، أَخْرِجِي ثِيَابِي، وَيَقُوْلُ: وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكاً
“Bahawasanya apabila turun hujan, beliau mengatakan, “Wahai jaariyah (hamba wanita), keluarkanlah barang-barang perjalananku, keluarkanlah pakaianku.” Dan beliau membacakan (firman Allah): “Dan kami menurunkan dari langit air yang diberkati.” (Surah Qaaf, 50: 9).” (Al-Bukhari, al-Adabul Mufrad, no. 1228. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata dalam Syarah Shahih Muslim:
معنى حسر كشف أي كشف بعض بدنه ومعنى حديث عهد بربه أي بتكوين ربه اياه ومعناه أن المطر رحمة وهي قريبة العهد بخلق الله تعالى لها فيتبرك بها وفي هذا الحديث دليل لقول أصحابنا أنه يستحب عند أول المطر أن يكشف غير عورته ليناله المطر واستدلوا بهذا وفيه أن المفضول إذا رأى من الفاضل شيئا لا يعرفه أن يسأله عنه ليعلمه فيعمل به ويعلمه غيره
“Kata “حَسَرَ كشف” maksudnya adalah menyingkap, iaitu menyingkap sebahagian tubuh. Maksud, “حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى” (hujan ini baru saja turun daripada Rabb-Nya yang maha Tinggi)
adalah bahawa ia baru sahaja terbentuk sebagai rahmat yang baru diciptakan atas kehendak Allah Ta’ala, maka Nabi pun bertabarruk (mengambil barakah) dengan cara membuka baju dan mengenakan sebahagian tubuhnya kepada air hujan secara langsung.
Dan pada hadis ini dijadikan dalil oleh para sahabat kami (dari kalangan ulama Syafi’iyyah) tentang dianjurkan untuk menyingkap sebahagian anggota tubuh yang bukan termasuk aurat di ketika awal turunnya hujan yakni agar bahagian tubuh tersebut dibasahi dengan hujan.
Dan pada hadis ini juga menunjukkan bahawa apabila melihat sesuatu (amalan) yang ia tidak ketahui pada diri seseorang yang memiliki keutamaan agar ia menanyakannya agar ia memahami, kemudian agar ia dapat mengamalkannya, serta mengajarkannya kepada selainnya.” (Syarh Shahih Muslim, 196-197)
Manakala sebahagian ulama mengatakan, antaranya Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):
وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَتَوَضَّأَ مِنْ مَاءِ الْمَطَرِ إذَا سَالَ السَّيْلُ
“Dianjurkan untuk berwudhu’ dengan air hujan apabila airnya mengalir deras.” (Ibnu Qudamah, 4/343)
Imam asy-Syafi’i (Wafat: 204H) dan al-Baihaqi (Wafat: 458H) rahimahumallah meriwayatkan:
أَنَّ عُمَرَ، كَانَ إِذَا سَالَ السَّيْلُ ذَهَبَ بِأَصْحَابِهِ إِلَيْهِ وَقَالَ: مَا كَانَ لَيَجِيءَ مِنْ مَجِيئِهِ أَحَدٌ إِلَّا تَمَسَّحْنَا بِهِ
“Apabila berlaku aliran air hujan, ‘Umar membawa para sahabatnya menuju air tersebut dan berkata, “Tidaklah seorang pun datang disebabkan kedatangannya (hujan) melainkan kami hendak mandi dengannya.” (Asy-Syafi’i, Al-Umm, 1/253. Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan wal-Atsar, no. 7235)
6, Larangan Mencela Angin
Seiring dengan datangnya hujan, biasanya angin akan turut menyertainya. Namun sangat disayangkan apabila ada sebahagian dari kita yang tidak memahami hal tersebut seraya melakukan perbuatan terlarang kerana kehadiran angin dan hujan. Antaranya seperti merasa jengkel, mengeluh, mencela, dan benci terhadap kedatangan makhluk Allah berupa angin dan hujan tersebut.
Dari hadis Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تَسُبُّوا الرِّيحَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مَا تَكْرَهُونَ فَقُولُوا: اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِه
“Janganlah kamu mencela angin. Jika kalian melihat sesuatu yang kalian benci darinya, maka ucapkanlah:
“Ya Allah, kami memohon kepadamu dari kebaikan angin ini dan dari kebaikan apa-apa yang ada di dalamnya, serta kebaikan atas apa yang diperintahkan dengannya. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan apa-apa yang terdapat di dalamnya, dan keburukan apa yang diperintahkan dengannya.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2252. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Dalam Sunan Ibnu Majah, dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تُسُبُّوا الرِّيحَ فَإِنَّهَا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ تَأْتِي بِالرَّحْمَةِ وَالْعَذَابِ وَلَكِنْ سَلُوا اللَّهَ مِنْ خَيْرِهَا وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا
“Jangan kamu mencela angin kerana ia dari tiupan Allah yang membawa sama ada rahmat atau adzab. Sebaliknya, mohonlah kepada Allah dari kebaikannya dan berlindung kepada Allah dari keburukannya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3717. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Dari hadis ini menunjukkan adanya larangan terhadap kita dari mencela atau mencaci-maki angin. Kerana ia adalah sebahagian dari makhluk Allah yang membawa arahan dari pencipta-Nya, sama ada berupa rahmat mahupun adzab-Nya. Sebaliknya disunnahkan kepada kita oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam agar kita memohon kebaikan dengan sebab kehadirannya serta memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan yang dibawa bersama dengannya.
Demikian juga terhadap makhluk-makhluk tidak bernyawa lainnya seperti air hujan, yang mana ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk rahmat yang membawa barakah dari langit.
7, Dibolehkan Meninggalkan Solat Jama’ah Kerana Hujan
Hukum asal solat fardhu berjama’ah adalah wajib berdasarkan pendapat yang kuat. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:
عطاء ابن أبي رباح والحسن البصري وابو عمر الأوزاعي وأبو ثور والإمام أحمد في ظاهر مذهبه ونص عليه الشافعي في مختصر المزني فقال وأما الجماعة فلا ارخص في تركها إلا من عذر
“Adapun permasalahan solat fardhu secara berjama’ah wajib hukumnya menurut ‘Atha’ B. Rabbah, al-Hasan al-Bashri, Abu ‘Amru al-Auza’i, Abu Tsaur, Imam Ahmad berdasarkan zahir mazhab beliau dan nash atasnya, asy-Syafi’i di dalam Mukhtashar al-Muzanni, maka kata beliau, “Adapun solat fardhu berjama’ah maka tiada rukhsah untuk meninggalkannya melainkan jika ada udzur.” (Ash-Sholah wa Hukmu Tarikiha wa Siyaaqi Shalaatin Nabi, m/s. 135 – Daar Ibn Hazm)
Di antara udzur yang dimaksudkan di sini adalah termasuk apabila turunnya hujan pada waktu solat berkaitan. Iaitu ketika mana hujan itu menjadikannya sukar, terhalang, dan berat untuk menuju ke masjid.
Di antara yang menjadi dalilnya adalah, hadis daripada Nafi’ beliau berkata:
أَنَّ ابْنَ عُمَرَ، أَذَّنَ بِالصَّلَاةِ فِي لَيْلَةٍ ذَاتِ بَرْدٍ وَرِيحٍ، فَقَالَ: أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ، ثُمَّ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُ الْمُؤَذِّنَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ بَارِدَةٌ ذَاتُ مَطَرٍ، يَقُولُ: أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
“Ibnu ‘Umar pernah melaungkan adzan solat di waktu malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau mengucapkan:
أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
(Solatlah kalian di tempat kediaman (rumah) kalian). Kemudian beliau mengatakan, “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan mu’adzin (tukang adzan) apabila keadaan malam sejuk dan dituruni hujan, agar mengucapkan:
أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
(Solatlah kalian di tempat kediaman kalian).” (Shahih Muslim, no. 697. Bab: Solat di rumah ketika hujan)
Di hadis yang lain, ‘Abdullah B. ‘Abbas pernah berkata kepada mu’adzin beliau di ketika hujan sedang turun:
إِذَا قُلْتَ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، فَلَا تَقُلْ: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ، قُلْ: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ، قَالَ: فَكَأَنَّ النَّاسَ اسْتَنْكَرُوا ذَاكَ، فَقَالَ: أَتَعْجَبُونَ مِنْ ذَا، قَدْ فَعَلَ ذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي، إِنَّ الْجُمُعَةَ عَزْمَةٌ، وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أُحْرِجَكُمْ فَتَمْشُوا فِي الطِّينِ وَالدَّحْضِ
“Apabila engkau telah mengucapkan, “Aku mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah.”
Maka janganlah engkau ucapkan, “Hayya ‘alash Sholaah (marilah solat)” tetapi ucapkanlah:
صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ
“Shollu fii Buyuutikum (Solatlah di rumah-rumah kalian).”
Perawi hadis menjelaskan, “Orang yang hadir seolah-olah pelik tidak setuju.” ‘Abdullah B. ‘Abbas pun segera menjelaskan, “Mengapa kamu hairan dengannya? Ketahuilah bahawa perkara ini telah dilakukan oleh orang yang lebih baik dari aku. Sesungguhnya solat Juma’at adalah suatu kewajiban, tetapi aku tidak suka jika ia memberat-beratkan kamu semua sehingga membuatkan kamu berjalan di antara tanah dan lumpur.” (Shahih Muslim, no. 699. Bab: Solat di rumah ketika hujan)
Daripada Nafi’ berliau berkata:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّهُ نَادَى بِالصَّلَاةِ فِي لَيْلَةٍ ذَاتِ بَرْدٍ وَرِيحٍ وَمَطَرٍ، فَقَالَ فِي آخِرِ نِدَائِهِ: أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ، أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ الْمُؤَذِّنَ، إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ بَارِدَةٌ، أَوْ ذَاتُ مَطَرٍ فِي السَّفَرِ، أَنْ يَقُولَ: أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ
“Daripada Ibnu ‘Umar bahawa beliau pernah menyeru orang solat di malam hari yang berangin dan dituruni hujan. Maka beliau berseru:
أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ، أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
“Solatlah kalian di tempat kediaman (rumah) kalian, solatlah kalian di tempat kediaman.” Kemudian beliau berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau memerintahkan mu’adzin apabila malam sejuk atau dituruni hujan di dalam safar (perjalanan) agar mengatakan:
أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ
“Solatlah kalian di tempat kediaman (kenderaan) kalian.” (Shahih Muslim, no. 697)
Imam An-Nawawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini beliau mengatakan:
هذا الحديث دليل على تخفيف أمر الجماعة في المطر ونحوه من الاعذار وأنها متأكدة إذا لم يكن عذر وأنها مشروعة لمن تكلف الإتيان إليها وتحمل المشقة لقوله في الرواية الثانية ليصل من شاء في رحله وأنها مشروعة في السفر وأن الأذان مشروع في السفر
“Hadis ini adalah dalil keringanan tentang perintah solat berjama’ah di ketika hari hujan dan ketika adanya udzur. Dan bahawasanya solat fardhu berjam’ah adalah sangat ditekankan seandainya tiada sebarang udzur. Dan bahawasanya ia disyari’atkan untuk sesiapa yang mukallaf agar melaksanakannya dan diringankan ketika ada masyaqqah (halangan). Ini sebagaimana riwayat kedua dalam hadis, “Solatlah di tempat kediaman (rumah) kalian bagi sesiapa yang menghendaki” (seandainya hari hujan). Dan bahawasanya solat fardhu secara berjama’ah juga turut disyari’atkan secara berjama’ah ketika dalam safar, demikian juga dengan melaungkan adzan ketika safar (bila masuk waktunya).” (Syarah Shahih Muslim, 5/207)
Kata beliau lagi:
وفي هذا الحديث دليل على سقوط الجمعة بعذر المطر ونحوه وهو مذهبنا ومذهب آخرين وعن مالك رحمه الله تعالى خلافه والله تعالى أعلم بالصواب
“Pada hadis ini juga adalah dalil terhadap gugurnya kewajiban solat Juma’at dengan sebab adanya udzur berupa hujan dan seumpamanya. Dan ini adalah yang menjadi pegangan (mazhab) kami dan selainnya, manakala Malik rahimahullah beliau berbeza. Wallahu a’lam bish-Showaab.” (Syarah Shahih Muslim, 5/208)
Kata Imam Abu al-Hasan ‘Ali B. Kholaf Ibn Baththal rahimahullah:
أجمع العلماء على أن التخلف عن الجماعات فى شدة المطر والظلمة والريح، وما أشبه ذلك مباح
“Para ulama telah ijma’ (sepakat) bahawa meninggalkan solat berjama’ah dengan sebab hujan lebat, malam yang gelap lagi berangin kencang, dan halangan-halangan lainnya yang serupa, maka itu adalah mubah (dibolehkan).” (Syarah Shahih al-Bukhari, 2/291)
Walau bagaimanapun, seandainya pada ketika hujan turun kita telah sedia berada di masjid, maka dalam keadaan seperti ini hendaklah tetap melaksanakan solat di masjid berjama’ah bersama-sama imam. Dan tetap dibolehkan solat dalam keadaan dibasahi hujan berlantaikan tanah yang basah (berlumpur). Manakala yang belum sempat menghadirkan diri di masjid sebelum turunnya hujan, maka mereka dibolehkan untuk tidak hadir dan tetap melaksanakan solat di tempat kediaman masing-masing.
Ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari rahimahullah, di mana Abi Salamah bertanya kepada Aba Sa’id al-Khudri, maka beliau menjelaskan:
جَاءَتْ سَحَابَةٌ، فَمَطَرَتْ حَتَّى سَالَ السَّقْفُ، وَكَانَ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ، فَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فِي المَاءِ وَالطِّينِ، حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ فِي جَبْهَتِهِ
“Awan telah datang lalu hujan turun dengan sangat lebat sehingga atap (bumbung) masjid ditembusi air hujan dan pada waktu itu atap masih terbuat dari pelepah kurma. Tetapi solat tetap juga dilaksanakan dan aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersujud di atas tanah berlumpur sampai-sampai aku melihat bekas lumpur melekat di dahi beliau.” (Shahih al-Bukhari, no. 669)
Demikian juga sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah B. Al-Harits radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ فِي يَوْمٍ ذِي رَدْغٍ، فَأَمَرَ المُؤَذِّنَ لَمَّا بَلَغَ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ، قَالَ: قُلْ: الصَّلاَةُ فِي الرِّحَالِ»، فَنَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، فَكَأَنَّهُمْ أَنْكَرُوا، فَقَالَ: كَأَنَّكُمْ أَنْكَرْتُمْ هَذَا، إِنَّ هَذَا فَعَلَهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنِّي، – يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – إِنَّهَا عَزْمَةٌ، وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أُحْرِجَكُمْ وَعَنْ حَمَّادٍ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الحَارِثِ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، نَحْوَهُ، غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ: كَرِهْتُ أَنْ أُؤَثِّمَكُمْ فَتَجِيئُونَ تَدُوسُونَ الطِّينَ إِلَى رُكَبِكُمْ
“Ibnu ‘Abbas menyampaikan khutbahnya (pada hari Juma’at) kepada kami di hari hujan lebat berlumpur, maka beliau memerintahkan mu’adzin (tukang adzan) agar adzan, dan ketika sampai seruan (dengan lafaz) “hayya ‘alash-Sholaah” beliau berkata:
“Katakanlah, “ash-Sholaatu fir-rihaal” (solatlah di tempat-tempat kediaman kalian masing-masing).” Orang-orang yang hadir saling melihat satu sama lain seakan-akan mereka mahu mengingkarinya. Maka Ibnu ‘Abbas pun berkata:
“Seolah-olah kamu mengingkarinya. Ketahuilah, sesungguhnya ini pernah dilakukan oleh orang yang lebih baik daripada aku, iaitu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sesungguhnya ini (solat) adalah ketetapan (yang diwajibkan), dan aku tidak suka kalian keluar (dari rumah-rumah kalian).”
(Dari hadis yang sama) daripada Hammad, daripada ‘Ashim, daripada ‘Abdullah B. Al-Harits, daripada Ibnu ‘Abbas beliau mengatakan:
“Aku tidak menyukai kalian berkotor-kotor datang ke masjid sehingga terpaksa meredah tanah berlumpur yang mencecah lutut-lutut kalian.” (Shahih al-Bukhari, no. 668)
8, Dibolehkan Menambah Lafaz Adzan Ketika Hujan
Sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis yang dibentangkan di atas, lafaz-lafaz yang ditambah ke dalam seruan adzan tersebut adalah:
أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ، أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
Atau
أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ
Atau
صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ
Atau
أَلَا صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan hal ini dengan katanya:
وفي حديث بن عباس رضي الله عنه أن يقول ألا صلوا في رحالكم في نفس الأذان وفي حديث بن عمر أنه قال في آخر ندائه والأمران جائزان نص عليهما الشافعي رحمه الله تعالى في الأم في كتاب الأذان وتابعه جمهور أصحابنا في ذلك فيجوز بعد الأذان وفي أثنائه لثبوت السنة فيهما لكن قوله بعده أحسن ليبقى نظم الأذان على وضعه ومن أصحابنا من قال لا يقوله إلا بعد الفراغ وهذا ضعيف مخالف لصريح حديث بن عباس رضي الله عنهما ولا منافاة بينه وبين الحديث الأول حديث بن عمر رضي الله عنهما لأن هذا جرى في وقت وذلك في وقت وكلاهما صحيح
“Dan pada hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahawa lafaz “أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ” (solatlah di tempat kediaman (rumah) kalian), diucapkan pada adzan yang sedang dikumandangkan, manakala dalam lafaz hadis Ibnu ‘Umar disebutkan bahwa lafaz itu disebutkan setelah adzan dikumandangkan. Dua cara tersebut hukumnya boleh dilakukan. Hal ini disebutkan oleh asy-Syafi’i rahimahullah Ta’ala di dalam kitab al-Umm pada perbahasan adzan dan ia diikuti oleh jumhur (majoriti) sahabat kami. Dengan itu, lafaz “أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ” boleh dibaca setelah adzan dan boleh juga dipertengahan adzan berdasarkan hadis sahih tentang perkara tersebut. Akan tetapi, mengucapkannya setelah adzan adalah lebih baik supaya urutan lafaz adzan tetap pada tempatnya.
Dan dari kalangan sahabat kami, ada yang mengatakan, “Tidak boleh diucapkan melainkan apabila telah selesai dari adzan.” Ini adalah pendapat yang lemah, dan tidak bertepatan dengan hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dan tidaklah bertentangan antara hadis yang awal, hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma kerana padanya masing-masing dilakukan pada waktu yang berasingan, dan kedua-dua cara tersebut adalah sahih (benar). (Syarah Shahih Muslim, 5/207)
Kemudian sebagaimana penjelasan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma pada hadis di atas, beliau mengatakan:
“Apabila engkau telah mengucapkan (melaungkan), “Aku mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah.”
Maka janganlah engkau ucapkan, “Hayya ‘alash Sholaah (marilah solat)” tetapi ucapkanlah:
صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ
“Shollu fii Buyuutikum (Solatlah di rumah-rumah kamu).” (Shahih Muslim, no. 699. Bab: Solat di rumah ketika hujan)
9, Dibolehkan Menjama’ Solat Ketika Hujan (Tanpa Meng-Qasharkannya)
Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) meriwayatkan dalam al-Muwaththa’:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا جَمَعَ الْأُمَرَاءُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ فِي الْمَطَرِ جَمَعَ مَعَهُمْ
“Bahawasanya ‘Abdullah B. ‘Umar, apabila ‘amir (imam solat) menjama’kan solat antara maghrib dan isya’ di hari hujan, maka beliau pun turut menjama’kannya bersama-sama mereka.” (Al-Muwaththa’ Imam Malik, no. 481. Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan wal-Atsar, no. 6249 dan Sunan al-Kubra lil Baihaqi, no. 5556. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam atsar yang lain, daripada Musa B. ‘Uqbah:
أَنَّ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَانَ يَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ إِذَا كَانَ الْمَطَرُ، وَأَنَّ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيِّبِ وَعُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ، وَأَبَا بَكْرِ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمَشْيَخَةَ ذَلِكَ الزَّمَانِ كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَهُمْ وَلَا يُنْكِرُونَ ذَلِكَ
“Bahawasanya ‘Umar B. ‘Abdil ‘Aziz beliau menjama’kan solat maghrib dan isya’ apabila hujan turun. Dan demikian juga Sa’id B. Al-Musayyib, ‘Urwah B. Az-Zubair, dan Abu Bakr B. ‘Abdirrahman, para masyaikh (ulama) zaman tersebut, mereka solat bersama-sama para imam dan mereka tidak mengingkarinya.” (As-Sunan al-Kubra lil Baihaqi, no. 5558. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Kata Syaikh al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H):
وذلك يدل على أن الجمع للمطر كان معهودا لديهم
“(Dua dalil atsar) ini menunjukkan bahawa menjama’ solat disebabkan hujan memang telah sedia dimaklumi (berlangsung) di dalam kalangan mereka (para salaf).” (Al-Albani, Irwa’ul Ghalil, 3/40)
Dalam hadis yang lain dalam Shahih Muslim, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ: قَالَ: قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ: لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ قَالَ: كَيْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ، وَفِي حَدِيثِ أَبِي مُعَاوِيَةَ: قِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ: مَا أَرَادَ إِلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjama’kan solat antara zuhur dengan ‘ashar, dan maghrib dengan isya’ di Madinah bukan disebabkan takut, dan tidak juga kerana hujan.”
Dalam hadis Wakii’, beliau berkata, aku bertanya kepada Ibnu ‘Abbas, “Kenapa beliau melakukan begitu?” Ibnu ‘Abbas jawab, “Yang demikian kerana beliau tidak mahu memberatkan umatnya.”
Dan pada hadis Abi Mu’awiyah, ditanyakan kepada Ibnu ‘Abbas, “Apa yang dikehendaki (oleh Nabi) dengan berbuat begitu (menjama’)? Jawab Ibnu ‘Abbas:
“Beliau mahu agar tidak memberatkan umatnya.” (Shahih Muslim, no. 705)
Hadis ini menunjukkan jama’ solat disyari’atkan dalam keadaan takut (huru-hara), hujan, dan dalam keadaan selain dari keduanya, iaitu ketika dalam suasana yang menyebabkan perlaksanaan solat menjadi berat (adanya udzur tertentu). Ini dapat difahami dari hadis tersebut yang mana Rasulullah menjama’kan solat tersebut kerana mahu menghilangkan kesulitan dari umatnya.
Kata Syaikh al-Albani rahimahullah:
حديث ابن عباس المتقدم قبل حديث: من غير خوف ولا مطر فإنه يشعر أن الجمع للمطر كان معروفا في عده صلى الله عليه وآله وسلم
“Perkataan Ibnu ‘Abbas “bukan disebabkan takut, dan tidak juga kerana hujan…” ini menunjukkan bahawa menjama’kan solat ketika hujan sudah ma’ruf (dimaklumi) di masa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa aalihi wa Sallam.” (Al-Albani, Irwa’ul Ghalil, 3/40)
Berdasarkan dua atsar yang dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa jama’ solat dilakukan di masjid bersama-sama dengan imam sekiranya imam menjama’kannya. Dan bukan dilakukan ketika di rumah secara sendiri-sendiri mahu pun secara berjama’ah.
Kemudian, adakah jama’ tersebut dilakukan pada waktu solat yang pertama (taqdim) atau yang kedua (ta’khir). Maka dalam hal ini, menurut Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah dibolehkan memilih sama ada taqdim mahupun ta’khir bergantung kepada keadaan yang memudahkan. Dan yang paling utama (afdhal) adalah di waktu yang pertama, iaitu jama’ taqdim.
Ini dikatakan oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah di dalam kitab beliau, asy-Syarhul Mumti’:
الأفضل لمن يباح له الجمع فعل الأرفق به من تأخير وتقديم، فإن كان التأخير أرفق فليؤخر، وإن كان التقديم أرفق فليقدم
“Keutamaan (yang afdhal) di sini adalah dibenarkan memilih yang mudah baginya sama ada ta’khir atau taqdim, seandainya ta’khir lebih mudah maka boleh mengakhirkannya, dan seandainya taqdim lebih mudah maka boleh dia mengawalkannya (menjama’ di waktu yang pertama).” (Al-‘Utsaimin, Asy-Syarhul Mumti’, 4/393)
Kemudian Syaikh al-‘Utsamin menjelaskan lagi:
مسألة: الجمع في المطر هل الأفضل التقديم أو التأخير؟ الأفضل التقديم؛ لأنه أرفق بالناس، ولهذا تجد الناس كلهم في المطر لا يجمعون إلا جمع تقديم
“Permasalahan: Jama’ ketika hujan itu yang paling utamanya adakah taqdim atau ta’khir? Yang utamanya (afdhal) adalah jama’ taqdim, kerana itu lebih memudahkan manusia, dan kerana itulah mereka tidaklah menjama’kan solat di waktu hujan melainkan dengan jama’ taqdim.” (Asy-Syahul Mumti’, 4/396)
Namun yang nampak lebih tepat adalah sebagaimana dikatakan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah, wallahu a’lam. Di mana beliau menjelaskan:
ويجوز الجمع بالمطر في وقت الأولى ولا يجوز في وقت الثانية على الأصح لعدم الوثوق باستمراره إلى الثانية وشرط وجوده عند الإحرام بالأولى والفراغ منها وإفتتاح الثانية
“Dan dibolehkan menjama’kan solat disebabkan turunnya hujan pada waktu yang awal dan tidak boleh pada waktu yang kedua (jama’ ta’khir) berdasarkan pendapat yang benar kerana tidak ada kepastian bahawa hujan itu akan terus berlangsung sehingga masuknya waktu solat yang kedua. Dan syarat bolehnya jama’ tersebut adalah apabila hujan turun ketika takbiratul ihram pada solat yang pertama, sampai ketika seseorang membaca doa iftitah pada solat yang kedua.” (Syarah Shahih Muslim, 5/213)
Hujan yang bagaimana dibolehkan menjama’ solat? Maka Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) mengatakan:
وَالْمَطَرُ الْمُبِيحُ لِلْجَمْعِ هُوَ مَا ( يَبُلُّ ) الثِّيَابَ، وَتَلْحَقُ الْمَشَقَّةُ بِالْخُرُوجِ فِيهِ. وَأَمَّا الطَّلُّ، وَالْمَطَرُ الْخَفِيفُ الَّذِي لَا يَبُلُّ الثِّيَابَ، فَلَا يُبِيحُ، وَالثَّلْجُ كَالْمَطَرِ فِي ذَلِكَ، لِأَنَّهُ فِي مَعْنَاهُ، وَكَذَلِكَ الْبَرَدُ
“Hujan yang menjadi sebab dibolehkan jama’ adalah hujan yang dapat menyebabkan pakaian basah kuyup serta menjadikan seseorang merasa payah (berat) untuk keluar menuju masjid. Manakala gerimis dan hujan yang renyai-renyai yang tidak sampai menyebabkan pakaian basah, maka ini tidak boleh menjadi penyebab dibolehkan jama’. Hujan air batu (salji) juga disamakan dengan hujan air, kerana ia adalah termasuk jenis hujan, dan begitu juga dengan suasana sejuk yang amat.” (Al-Mughni, 4/62)
Menjamakkan solat yang dimaksudkan di sini adalah menjamakkannya bersama imam di masjid. Di antara hikmah dibolehkan jamak adalah dalam rangka mengambil rukhshah dan kemudahan, kerana wujudnya halangan dan kepayahan untuk tetap ke masjid disebabkan hujan lebat, banjir, jalan yang berlumpur, turunnya salji, malam yang terlalu sejuk atau gelap, angin yang bertiup kencang, atau yang semisal dengannya.
Al-Imam Malik bin Anas meriwayatkan dari Naafi’, beliau berkata:
إِذَا جَمَعَ الْأُمَرَاءُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ فِي الْمَطَرِ، جَمَعَ مَعَهُمْ
“Apabila umara’ (imam atau penguasa) menjamakkan solat maghrib dengan ‘isyak ketika hujan lebat, maka beliau pun menjamakkannya bersama mereka.” (Muwaththa’ oleh Imam Malik, no. 333. Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’ Al-Ghaliil)
Dari atsar ini menjelaskan bahawa menjamak solat ketika hujan itu adalah bersama imam (di masjid). Jika imam menjamakkannya, maka kita pun menjamakkannya bersama-sama mereka.
Namun bagaimana seandainya imam di masjid enggan untuk mengambil rukhshah ini? Maka yang benar, hendaklah dia tetap solat bersama imam walaupun tanpa dijamakkan. Dan itulah yang benar, dan tidak sepatutnya dia pulang ke rumah lalu solat sendirian, atau dia menjamakkannya sendiri-sendiri di rumah.
Dalam hal ini Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) pernah diajukan dengan soalan berkaitan.
Dari Majmu’ Al-Fatawa dinukilkan:
وَسُئِلَ – رَحِمَهُ اللَّهُ – : عَنْ رَجُلٍ يَؤُمُّ قَوْمًا ، وَقَدْ وَقَعَ الْمَطَرُ وَالثَّلْجُ فَأَرَادَ أَنْ يُصَلِّيَ بِهِمْ الْمَغْرِبَ فَقَالُوا لَهُ : يَجْمَعُ فَقَالَ : لَا أَفْعَلُ فَهَلْ لِلْمَأْمُومِينَ أَنْ يُصَلُّوا فِي بُيُوتِهِمْ ؟ أَمْ لَا ؟
فَأَجَابَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ ، نَعَمْ يَجُوزُ الْجَمْعُ لِلْوَحْلِ الشَّدِيدِ وَالرِّيحِ الشَّدِيدَةِ الْبَارِدَةِ فِي اللَّيْلَةِ الظَّلْمَاءِ وَنَحْوِ ذَلِكَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ الْمَطَرُ نَازِلًا فِي أَصَحِّ قَوْلَيْ الْعُلَمَاءِ وَذَلِكَ أَوْلَى مِنْ أَنْ يُصَلُّوا فِي بُيُوتِهِمْ بَلْ تَرْكُ الْجَمْعِ مَعَ الصَّلَاةِ فِي الْبُيُوتِ بِدْعَةٌ مُخَالِفَةٌ لِلسُّنَّةِ إذْ السُّنَّةُ أَنْ تُصَلَّى الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً وَذَلِكَ أَوْلَى مِنْ الصَّلَاةِ فِي الْبُيُوتِ بِاتِّفَاقِ الْمُسْلِمِينَ . وَالصَّلَاةُ جَمْعًا فِي الْمَسَاجِدِ أَوْلَى مِنْ الصَّلَاةِ فِي الْبُيُوتِ مُفَرَّقَةً بِاتِّفَاقِ الْأَئِمَّةِ الَّذِينَ يُجَوِّزُونَ الْجَمْعَ : كَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَد . وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ .
Ibnu Taimiyyah rahimahullah ditanya tentang seorang yang mengimami suatu kaum, yang pada ketika itu hujan dan salji sedang turun, dan ia hendak mengimami untuk solat maghrib. Lalu berkatalah makmum kepadanya, “Jamakkanlah solat.” Lalu jawab imam tersebut, “Aku tidak akan melakukan (jamak).”
Maka adakah dalam keadaan seperti ini dibolehkah bagi makmum untuk solat sendiri-sendiri di rumah?
Maka jawab Ibnu Taimiyyah rahimahullah, “Alhamdulillah, benar dibolehkan jamak solat disebabkan jalan yang berair/berlumpur, angin sejuk yang bertiup sangat kencang, malam yang terlalu gelap, dan yang seumpama dengannya walaupun tidak turun hujan, berdasarkan pendapat ulama yang lebih sahih. Dan demikianlah yang lebih utama berbanding solat sendirian di rumah-rumah mereka. Sebaliknya meninggalkan jama’ah lalu solat di rumah masing-masing adalah perbuatan bid’ah yang menyelisihi sunnah. Adalah yang disunnahkan, engkau tetap solat lima waktu di masjid secara berjama’ah. Demikianlah yang lebih utama berbanding solat di rumah masing-masing menurut kesepakatan kaum muslimin.
Dan adalah menjamakkan solat di masjid itu adalah lebih utama berbanding solat sendirian di rumah-rumah dengan kesepakatan para ulama yang membolehkan untuk menjamak semisal Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad. Wallaahu Ta’ala A’lam.” (Majmu’ Al-Fatawa, 24/29-30)
Wallahu a’lam.