Membawa Anak Kecil ke Masjid dan Menggendongnya Sambil Solat?

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Abu Qotadah Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلِأَبِي العَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah solat sambil menggendong Umamah bint Zainab bint Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dari suaminya Abu Al-‘Aash bin Rabi’ah bin ‘Abdisy-Syams. Apabila sujud beliau meletakannya dan apabila berdiri beliau menggendongnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 516)

Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini pada bab:

“Menggendong anak perempuan kecil di atas bahu ketika solat.”

Dalam Shahih Muslim:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengimami solat orang ramai sambil mendukung Umamah bintu Abu Al-‘Ash di atas tengkuk (atau bahu) beliau, dan ia adalah bayi perempuan Zainab binti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” (Shahih Muslim, no. 543)didiklah anakmu...

Dalam riwayat Abu Dawud:

بَيْنَمَا نَحْنُ نَنْتَظِرُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّلَاةِ فِي الظُّهْرِ، أَوِ الْعَصْرِ، وَقَدْ دَعَاهُ بِلَالٌ لِلصَّلَاةِ، إِذْ خَرَجَ إِلَيْنَا وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ بِنْتُ ابْنَتِهِ عَلَى عُنُقِهِ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مُصَلَّاهُ وَقُمْنَا خَلْفَهُ، وَهِيَ فِي مَكَانِهَا الَّذِي هِيَ فِيهِ»، قَالَ: «فَكَبَّرَ فَكَبَّرْنَا»، قَالَ: «حَتَّى إِذَا أَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَرْكَعَ، أَخَذَهَا فَوَضَعَهَا، ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ، حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْ سُجُودِهِ، ثُمَّ قَامَ، أَخَذَهَا فَرَدَّهَا فِي مَكَانِهَا، فَمَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ بِهَا ذَلِكَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ حَتَّى فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Ketika kami (para sahabat) sedang menunggu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk solat Zuhur, atau ‘Ashar, dan Bilal pun mengumandangkan azan untuk solat. Lalu Nabi pun keluar menemui kami dengan Umamah bintu Abi Al-‘Aash, anak perempuan dari anak perempuan Rasulullah (yakni anak Zainab) di bahu beliau. Rasulullah berdiri di tempat solatnya (sebagai imam) manakala kami berdiri di belakang beliau, sementara Umamah pula masih berada di bahu beliau (yakni digendong). Lalu beliau pun bertakbir, maka kami pun takbir.

Ketika hendak ruku’, beliau mengambil Umamah dan meletakkannya. Lalu beliau ruku’ dan sujud. Selesai dari sujud, beliau berdiri sambil mengambil kembali Umamah dan meletakkannya di tempatnya (sebagaimana sebelumnya). Demikianlah yang Rasulullah lakukan pada setiap raka’at sampai selesai solat.” (Sunan Abi Dawud, no. 920. Bab: Al-‘Amal fi Ash-Sholah (Melakukan Sesuatu di Dalam Solat). Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Di hadis yang lain, dari Sahabat Nabi – Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau mengkhabarkan:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ عَلَى ظَهْرِهِ، وَعَلَى عُنُقِهِ، فَيَرْفَعُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفْعًا رَفِيقًا لِئَلَّا يُصْرَعَ، قَالَ: فَعَلَ ذَلِكَ غَيْرَ مَرَّةٍ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ بالْحَسَنِ شَيْئًا مَا رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَهُ، قَالَ: ” إِنَّهُ رَيْحَانَتِي مِنَ الدُّنْيَا، وَإِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ، وَعَسَى اللهُ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam suatu ketika pernah solat, di mana apabila beliau sujud, Al-Hasan (yakni cucu beliau) melompat ke atas belakang beliau, dan juga ke atas leher beliau, maka beliau pun mengangkatnya dengan lembut agar Al-Hasan tidak jatuh ke bawah. Beliau melakukan hal itu tidak hanya sekali. Lalu setelah beliau selesai dari solatnya, para sahabat pun bertanya:

“Wahai Rasulullah, kami tidak pernah melihat engkau melayani Al-Hasan sebagaimana engkau melayaninya (hari ini).” Beliau jawab:

“Sesungguhnya dia adalah permata hatiku dari dunia, dan benar-benar anakku ini adalah sayyid (seorang pemimpin), semoga dengannya Allah Tabaraka wa Ta’ala mendamaikan dua kelompok kaum muslimin (yang bertikai).” (Musnad Ahmad, no. 20516. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Di hadis yang lain, dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ مَعَ أُمِّهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ، فَيَقْرَأُ بِالسُّورَةِ الْخَفِيفَةِ، أَوْ بِالسُّورَةِ الْقَصِيرَةِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mendengar tangisan seorang anak kecil yang bersama ibunya dan ketika itu beliau sedang dalam keadaan solat, maka beliau pun membaca surah yang ringan, atau surat yang pendek.” (Musnad Ahmad, no. 12587. Shahih Muslim, no. 470)melatih anak berpuasa

Di riwayat yang lain dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنِّي لَأَدْخُلُ الصَّلَاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأُخَفِّفُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ بِهِ

“Bahawa aku pernah memulakan solat yang ingin aku panjangkan, lalu aku mendengar suara tangisan anak kecil, maka aku pun meringankannya, kerana (aku bimbang) ia akan memberatkan ibunya.” (Shahih Muslim, no. 470)

Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah mengatakan:

فيه جوازُ إدخال الصبيانِ المساجدَ

“Padanya terdapat dalil bolehnya membawa anak kecil ke masjid.” (Nail Al-Authar, 3/167)

Faedah hadis:

1, Dibolehkan membawa anak-anak ketika solat di masjid, walaupun adakalanya mereka akan menangis sehingga didengari oleh para jama’ah.

2, Dibolehkan mendukung kanak-kanak ketika solat.

3, Dibolehkan melakukan gerakan-gerakan selain dari gerakan-gerakan solat jika diperlukan.

4, Menunjukkan sikap kasih-sayang, sabar, dan toleransi terhadap karenah anak kecil.

5, Namun hendaklah anak-anak dalam keadaan terkawal agar jangan sampai membuat orang lain terganggu.

6, Di antara hikmah dalam hal ini adalah bagi rangka pendidikan untuk anak-anak agar terbiasa dengan masjid dan persekitaran yang baik.

7, Seorang imam boleh memanjangkan atau memendekkan solatnya bersesuaian dengan keadaan makmum di belakangnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

قال بن بطال أراد البخاري إن حمل المصلي الجارية إذا كان لا يضر الصلاة فمرورها بين يديه لا يضر لأن حملها أشد من مرورها وأشار إلى نحو هذا الاستنباط الشافعي لكن تقييد المصنف بكونها صغيرة قد يشعر بان الكبيرة ليست كذلك

“Berkata Ibn Baththal: “Maksud Al-Bukhari dengan judul bab ini adalah menggendong anak perempuan kecil bagi orang yang solat tidaklah menyebabkan terbatal (atau memudharat) solatnya. Dari itu, melintasnya anak kecil di hadapan juga dihukumi tidak memudharatkan solatnya. Ini kerana perbuatan menggendong dalam situasi ini lebih luas berbanding sekadar melintas.

Al-Imam Asy-Syafi’i mengisyaratkan hal yang serupa, hanya cuma penulis (Al-Bukhari) mentaqyid (mengaitkan) keumuman bab tersebut dengan perkataan beliau “صغيرة” (anak perempuan kecil). Dari sini menunjukkan isyarat bahawa kanak-kanak perempuan yang sudah besar memiliki hukum yang berbeza.” (Fathul Bari, 1/590-591)

Beliau juga menukilkan perkataan Al-Imam An-Nawawi:

وقال النووي ادعى بعض المالكية إن هذا الحديث منسوخ وبعضهم أنه من الخصائص وبعضهم أنه كان لضرورة وكل ذلك دعاوى باطلة مردودة لا دليل عليها وليس في الحديث ما يخالف قواعد الشرع لأن الآدمي طاهر وما في جوفه معفو عنه وثياب الأطفال وأجسادهم محمولة على الطهارة حتى تتبين النجاسة والأعمال في الصلاة لا تبطلها إذا قلت أو تفرقت ودلائل الشرع متظاهرة على ذلك وإنما فعل النبي صلى الله عليه و سلم ذلك لبيان الجواز

“Berkata An-Nawawi, “Sebahagian Malikiyyah (ulama bermazhab Malik) menyatakan hadis ini telah mansukh. Sebahagian yang lain mengatakan ia adalah khusus untuk Nabi. Sebahagian yang lain lagi mengatakan ia dilakukan kerana alasan darurat. Semua pendapat ini adalah bathil dan tertolak kerana tidak berasaskan dalil.

Kandungan hadis-hadis tersebut tidak ada yang bertentangan dengan kaedah-kaedah syar’i, kerana manusia itu adalah suci, dan apa yang ada di dalam perutnya adalah satu yang dimaafkan. Demikian juga dengan pakaiannya, hukum asalnya adalah suci sampai benar-benar terbukti pakaian dan tubuhnya terkena najis.

Gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat juga tidak membatalkan solat apabila gerakan tersebut sedikit atau dilakukan secara selang-seli. Ini dapat dibuktikan melalui dalil-dalil syara’ yang jelas tentangnya dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pun melakukannya sebagai penjelasan bahawa ianya dibolehkan.” (Fathul Bari, 1/592)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) juga berkata ketika menjelaskan hadis tersebut:

هَذَا يَدُلّ لِمَذْهَبِ الشَّافِعِيّ رَحِمَهُ اللَّه تَعَالَى وَمَنْ وَافَقَهُ أَنَّهُ يَجُوز حَمْل الصَّبِيّ وَالصَّبِيَّة وَغَيْرهمَا مِنْ الْحَيَوَان الطَّاهِر فِي صَلَاة الْفَرْض وَصَلَاة النَّفْل وَيَجُوز ذَلِكَ لِلْإِمَامِ وَالْمَأْمُوم وَالْمُنْفَرِد

“Hadis ini adalah dalil bagi mazhab Asy-Syafi’i rahimahullah dan yang sepakat dengannya, adalah dibolehkan untuk membawa anak-anak kecil (ke masjid atau ketika solat), sama ada anak lelaki ataupun perempuan, atau selainnya termasuk haiwan yang suci dalam solat fardhu mahupun solat sunnah, sama ada dia seorang imam, makmun, atau orang yang solat sendirian.” (Syarh Shahih Muslim, 5/32)

Mendongakkan Kepala Melihat Apa Sedang Berlaku

Dari hadis ‘Abdullah bin Syaddad daripada ayahnya, beliau berkata:Anak-anak dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah

خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ وَهُوَ حَامِلُ حَسَنٍ أَوْ حُسَيْنٍ فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلَاةِ فَصَلَّى فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا قَالَ إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ فَرَجَعْتُ فِي سُجُودِي فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ قَالَ النَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَيْ الصَّلَاةِ سَجْدَةً أَطَلْتَهَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ أَوْ أَنَّهُ يُوحَى إِلَيْكَ قَالَ كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar bersama-sama kami pada salah satu dari dua solat siang hari; zuhur atau ‘ashar. Dan beliau membawa Al-Hasan atau Al-Husain. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu mara ke depan (untuk menjadi imam) dan meletakkannya, kemudian beliau bertakbir untuk solat, maka beliau pun solat. Kemudian beliau sujud di antara solatnya dengan sujud yang sangat lama.”

Syaddad berkata, “Benar-benar aku telah mengangkat kepalaku dan melihat seorang anak kecil di atas belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika beliau sedang sujud, kemudian aku kembali sujud. Maka setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam selesai solat, orang ramai bertanya kepada beliau, “Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau melakukan sujud yang sangat panjang di pertengahan solat sehingga kami menyangka telah berlaku sesuatu atau turun wahyu kepada engkau?” Kemudian beliau menjawab:

“Semua itu tidak berlaku melainkan anakku (yakni cucu beliau) yang menaiki belakangku, dan aku tidak suka untuk mempercepatkannya sampailah mereka selesai dari hajatnya.” (Musnad Ahmad, no. 27647. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Faedah hadis:

1, Dibolehkan membawa anak-anak ketika solat di masjid. Antaranya dalam rangka mendidik mereka agar dekat dengan masjid dan mengenal praktik solat.

2, Dibolehkan membiarkan anak-anak bermain di masjid dalam keadaan terkawal.

3, Dibolehkan mendongak ketika sujud bagi tujuan melihat keadaan persekitaran untuk mengetahui apa yang sedang berlaku jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

4, Adab terhadap kanak-kanak agar bersabar dalam berdepan dengan karenah mereka.

5, Terus mengajukan pertanyaan kepada imam sebaik selesai solat bagi mendapat penjelasan tentang apa yang berlaku ketika solat tadi.

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest