Manhaj Ibnu Taimiyyah Terhadap Pemerintah
Disediakan oleh Team ilmusunnah.com
Tujuan Dalam Politik Islam
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah[1] (Wafat: 728H) menyebutkan:
فَالْمَقْصُودُ الْوَاجِبُ بِالْوِلَايَاتِ: إصْلَاحُ دِينِ الْخَلْقِ الَّذِي مَتَى فَاتَهُمْ خَسِرُوا خُسْرَانًا مُبِينًا وَلَمْ يَنْفَعْهُمْ مَا نَعِمُوا بِهِ فِي الدُّنْيَا؛ وَإِصْلَاحُ مَا لَا يَقُومُ الدِّينُ إلَّا بِهِ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاهُمْ.
“Tujuan yang wajib dalam pemerintahan adalah memperbaiki keadaan agama manusia yang mana bila ianya diabaikan maka mereka pasti akan mengalami kerugian yang besar dan tidak akan bermanfaat lagi apa-apa pun nikmat yang mereka nikmati di dunia ini. Dan keduanya adalah memperbaiki urusan dunia mereka yang dengannya agama menjadi tegak.” (As-Siyasah As-Syar’iyyah dalam Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 28/262)
Siapa Yang Dinamakan Pemerintah?
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:
وهو أن النبي صلى الله عليه و سلم أمر بطاعة الأئمة الموجودين المعلومين الذين لهم سلطان يقدرون به على سياسة الناس لا بطاعة معدوم ولا مجهول ولا من ليس له سلطان ولا قدرة على شيء أصلا
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya taat kepada imam (pemerintah) yang sah (yang wujud), yang diketahui, yang memiliki (memegang) kuasa perundangan untuk mentadbir urusan masyarakat.
Tidak ada ketaatan terhadap pemimpin yang tidak wujud, yang tidak diketahui (atau tidak diiktiraf) sebagai pemimpin, dan yang tidak memiliki jawatan (kuasa) kepimpinan ke atas segala sesuatu yang mana secara asalnya tidak ada ketaatan bagi orang yang tidak memiliki kekuasaan dan tidak memiliki kemampuan apapun.” (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah, 1/115 – Mu’assasah Al-Qurthubah)
Melantik Pemerintah
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
يَجِبُ أَنْ يُعْرَفَ أَنَّ وِلَايَةَ أَمْرِ النَّاسِ مِنْ أَعْظَمِ وَاجِبَاتِ الدِّينِ ؛ بَلْ لَا قِيَامَ لِلدِّينِ وَلَا لِلدُّنْيَا إلَّا بِهَا . فَإِنَّ بَنِي آدَمَ لَا تَتِمُّ مَصْلَحَتُهُمْ إلَّا بِالِاجْتِمَاعِ لِحَاجَةِ بَعْضِهِمْ إلَى بَعْضٍ وَلَا بُدَّ لَهُمْ عِنْدَ الِاجْتِمَاعِ مِنْ رَأْسٍ حَتَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ } . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد مِنْ حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ . وَرَوَى الْإِمَامُ أَحْمَد فِي الْمُسْنَدِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { لَا يَحِلُّ لِثَلَاثَةٍ يَكُونُونَ بِفَلَاةِ مِنْ الْأَرْضِ إلَّا أَمَّرُوا عَلَيْهِمْ أَحَدَهُمْ } فَأَوْجَبَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَأْمِيرَ الْوَاحِدِ فِي الِاجْتِمَاعِ الْقَلِيلِ الْعَارِضِ فِي السَّفَرِ تَنْبِيهًا بِذَلِكَ عَلَى سَائِرِ أَنْوَاعِ الِاجْتِمَاعِ . وَلِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَوْجَبَ الْأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَلَا يَتِمُّ ذَلِكَ إلَّا بِقُوَّةِ وَإِمَارَةٍ . وَكَذَلِكَ سَائِرُ مَا أَوْجَبَهُ مِنْ الْجِهَادِ وَالْعَدْلِ وَإِقَامَةِ الْحَجِّ وَالْجُمَعِ وَالْأَعْيَادِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ . وَإِقَامَةِ الْحُدُودِ لَا تَتِمُّ إلَّا بِالْقُوَّةِ وَالْإِمَارَةِ ؛ وَلِهَذَا رُوِيَ : { أَنَّ السُّلْطَانَ ظِلُّ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ } . وَيُقَالُ { سِتُّونَ سَنَةً مِنْ إمَامٍ جَائِرٍ أَصْلَحُ مِنْ لَيْلَةٍ وَاحِدَةٍ بِلَا سُلْطَانٍ } . وَالتَّجْرِبَةُ تُبَيِّنُ ذَلِكَ . وَلِهَذَا كَانَ السَّلَفُ – كالْفُضَيْل بْنِ عِيَاضٍ وَأَحْمَد بْنِ حَنْبَلٍ وَغَيْرِهِمَا – يَقُولُونَ : لَوْ كَانَ لَنَا دَعْوَةٌ مُجَابَةٌ لَدَعَوْنَا بِهَا لِلسُّلْطَانِ . وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا : أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مِنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ } . رَوَاهُ مُسْلِمٌ . وَقَالَ : { ثَلَاثٌ لَا يُغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ : إخْلَاصُ الْعَمَلِ لِلَّهِ وَمُنَاصَحَةُ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَلُزُومُ جَمَاعَةِ الْمُسْلِمِينَ فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تُحِيطُ مِنْ وَرَائِهِمْ } . رَوَاهُ أَهْلُ السُّنَنِ . وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : { الدِّينُ النَّصِيحَةُ الدِّينُ النَّصِيحَةُ الدِّينُ النَّصِيحَةُ . قَالُوا : لِمَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ } . فَالْوَاجِبُ اتِّخَاذُ الْأَمَارَةِ دِينًا وَقُرْبَةً يَتَقَرَّبُ بِهَا إلَى اللَّهِ ؛ فَإِنَّ التَّقَرُّبَ إلَيْهِ فِيهَا بِطَاعَتِهِ وَطَاعَةُ رَسُولِهِ مِنْ أَفْضَلِ الْقُرُبَاتِ .
“Wajib diketahui bahawa melantik pemerintah bagi urusan masyarakat adalah kewajiban agama yang besar. Urusan keduniaan mereka tidak dapat ditegakkan tanpa ada pemerintahan (pemimpin). Kemaslahatan bani Adam tidak dapat dicapai melainkan dengan berhimpunnya mereka (masyarakat) di bawah seorang pemimpin, yang mana di antara mereka saling memerlukan di antara satu dengan yang lainnya. Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sekiranya kamu keluar di dalam perjalanan (safar) seramai tiga orang, maka hendaklah kamu lantik salah seorang di antara kamu sebagai ketua.” Hadis Riwayat Abu Dawud daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah.
Melalui hadis ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mewajibkan supaya dilantik seorang ketua mengetuai satu-satu kumpulan tertentu bagi suatu perjalanan. Perintah ini juga dilaksanakan bagi apa jua bentuk organisasi yang manusia berhimpun padanya.
Dan kerana inilah Allah Ta’ala telah mewajibkan amar ma’ruf dan nahi mungkar, dan ianya tidak akan sempurna melainkan dengan kekuatan dan institusi pemerintahan. Dan demikianlah juga dengan hal-hal lain yang telah diwajibkan berupa jihad, penegakkan keadilan, perlaksanaan haji, solat Juma’at, perlaksanaan ‘Ied (hari raya), menolong orang-orang yang terzalimi, dan penegakkan hudud (perundangan) tidak akan berlangsung melainkan dengan kekuatan dan institusi pemerintahan.
Berkaitan perkara ini telah diriwayatkan satu hadis:
“Sesungguhnya pemimpin itu adalah bayangan Allah di atas muka bumi ini.”
Diriwayatkan juga:
“Hidup selama enam puluh tahun di bawah pemerintahan yang zalim itu lebih baik dari satu malam tanpa ada pemerintah.”
Sejarah telah membuktikan perkara tersebut.
Ulama salaf seperti Al-Fudhail bin Iyadh dan Ahmad bin Hanbal pernah berkata:
“Sekiranya kami memiliki doa yang mustajab, nescaya akan kami gunakannya untuk mendoakan pemimpin.”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bahawasanya Allah meredhai bagi kamu tiga perkara, iaitu hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, hendaklah kamu berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai, dan hendaklah kamu memberi nasihat kepada orang-orang yang dipertanggungjawab oleh Allah mentadbir urusan kamu.” Diriwayatkan oleh Muslim.
Dan sabdanya:
“Tiga perkara yang dengannya hati seseorang Muslim tidak ditimpa dengki adalah mengikhlaskan amal kerana Allah, memberi nasihat kepada para pemimpin umat Islam, dan berpegang kepada jama’ah umat Islam, kerana doa mereka mengelilingi dari belakang.” Diriwayat oleh ahli Sunan (pemilik kitab-kitab hadis yang enam)
Dan juga di dalam Ash-Shahih beliau bersabda:
“Agama adalah nasihat, agama adalah an-nashiihah (bersikap tulus), agama adalah bersikap tulus.” Para sahabat bertanya, “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan untuk umat Islam.”
Maka adalah suatu yang wajib untuk melantik pemerintah. Ia termasuk bentuk perbuatan mendekatkan diri kepada Allah. Bahawasanya mendekatkan diri kepada Allah melaluinya dengan cara mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebaik-baik taqarrub.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/390-391)
Seandainya Terjadi Berbilang Negara (Terkeluar Dari Kekhalifahan Yang Satu)
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
وَالسُّنَّةُ أَنْ يَكُونَ لِلْمُسْلِمِينَ إمَامٌ وَاحِدٌ وَالْبَاقُونَ نُوَّابُهُ فَإِذَا فُرِضَ أَنَّ الْأُمَّةَ خَرَجَتْ عَنْ ذَلِكَ لِمَعْصِيَةِ مِنْ بَعْضِهَا وَعَجْزٍ مِنْ الْبَاقِينَ أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ فَكَانَ لَهَا عِدَّةُ أَئِمَّةٍ: لَكَانَ يَجِبُ عَلَى كُلِّ إمَامٍ أَنْ يُقِيمَ الْحُدُودَ وَيَسْتَوْفِيَ الْحُقُوقَ
“Dan yang disunnahkan, umat Islam hanya memiliki seorang pemerintah sahaja (khilafatul ‘uzma), manakala yang selainnya hanyalah bertindak sebagai para pembantunya (seperti menteri, garbenor, dll – pent.). Jika ditaqdirkan umat Islam terkeluar dari ketetapan ini sama ada dengan sebab maksiat (atau kesalahan) yang dilakukan oleh sebahagian daripadanya ataupun dengan sebab kelemahan sebahagian umat Islam, ataupun dengan sebab-sebab yang lain, lalu mereka memiliki beberapa orang pemerintah (bagi setiap wilayah/negara masing-masing); wajib ke atas setiap pemerintah tersebut menjalankan hudud (perundangan) dan memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya.” (Majmu’ Al-Fatawa, 24/175-176)
Penegakkan Perundangan Terletak di Bahu Pemerintah
Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وَلَيْسَ لأحد أَن يزِيل النكر بِمَا هُوَ أنكر منهخ مثل أَن يقوم وَاحِد من النَّاس يُرِيد أَن يقطع يَد السَّارِق ويجلد الشَّارِب وَيُقِيم الْحُدُود لِأَنَّهُ لَو فعل ذَلِك لأفضى إِلَى الْهَرج وَالْفساد لِأَن كل وَاحِد يضْرب غَيره ويدعى أَنه اسْتحق ذَلِك فَهَذَا مِمَّا يَنْبَغِي أَن يقْتَصر فِيهِ على ولي الْأَمر
“Tidak setiap orang memiliki hak untuk menghilangkan kemungkaran dengan suatu tindakan yang lebih besar darinya, misalnya seperti salah seorang dari masyarakat ingin memotong tangan pencuri, menjatuhkan hukum sebat kepada peminum khamr, dan menegakkan hukum-hukum hadd. Sebab, jika dia melakukannya maka (tindakannya itu) hanya akan menjadi sebab timbulnya pembunuhan dan kerosakan yang lebih besar, kerana boleh jadi setiap orang akan memukul (atau saling membunuh) antara satu sama lain kerana setiap mereka merasa berhak atas tindakannya. Maka tindakan seperti ini (yakni menjatuhkan hukum hadd dan ta’zir) hanya terbeban pada bahu ulil amr (pemerintah)…” (Al-Mustadrak ‘ala Majmu’ Al-Fatawa, 3/203)
Kewajiban Mentaati Pemerintah dan Menasihati Mereka
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وَمَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ وَاجِبٌ عَلَى الْإِنْسَانِ وَإِنْ لَمْ يُعَاهِدْهُمْ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ لَهُمْ الْأَيْمَانَ الْمُؤَكَّدَةَ كَمَا يَجِبُ عَلَيْهِ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالزَّكَاةُ وَالصِّيَامُ وَحَجُّ الْبَيْتِ. وَغَيْرُ ذَلِكَ مِمَّا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ الطَّاعَةِ ؛ فَإِذَا حَلَفَ عَلَى ذَلِكَ كَانَ ذَلِكَ تَوْكِيدًا وَتَثْبِيتًا لِمَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ. فَالْحَالِفُ عَلَى هَذِهِ الْأُمُورِ لَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَفْعَلَ خِلَافَ الْمَحْلُوفِ عَلَيْهِ سَوَاءٌ حَلَفَ بِاَللَّهِ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ مِنْ الْأَيْمَانِ الَّتِي يَحْلِفُ بِهَا الْمُسْلِمُونَ؛ فَإِنَّ مَا أَوْجَبَهُ اللَّهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ وَاجِبٌ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَيْهِ؛ فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ وَمَا نَهَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ عَنْ مَعْصِيَتِهِمْ وَغِشِّهِمْ مُحَرَّمٌ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَى ذَلِكَ. وَهَذَا كَمَا أَنَّهُ إذَا حَلَفَ لَيُصَلِّيَنَّ الْخَمْسَ وَلَيَصُومَنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ أَوْ لَيَقْضِيَنَّ الْحَقَّ الَّذِي عَلَيْهِ وَيَشْهَدَنَّ بِالْحَقِّ: فَإِنَّ هَذَا وَاجِبٌ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَيْهِ فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ وَمَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ وَرَسُولُهُ مِنْ الشِّرْكِ وَالْكَذِبِ وَشُرْبِ الْخَمْرِ وَالظُّلْمِ وَالْفَوَاحِشِ وَغِشِّ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَالْخُرُوجِ عَمَّا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ طَاعَتِهِمْ: هُوَ مُحَرَّمٌ؛ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَيْهِ فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ
“Mentaati para pemerintah dan memberi nasihat kepada mereka di mana dia diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah kewajiban bagi manusia, walaupun tanpa perjanjian darinya untuk mereka, dan walaupun dia tidak bersumpah untuk mereka dengan sumpah yang ditegaskan (sumpah rasmi), sebagaimana wajib ke atasnya solat lima waktu, zakat, puasa, haji ke Baitullah dan ketaatan-ketaatan lain yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya dia bersumpah padanya, maka perkara tersebut merupakan penegasan dan pengukuhan terhadap ketaatan kepada para pemimpin dan menasihati mereka di mana dia diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Orang yang bersumpah atas perkara-perkara ini tidak boleh melakukan perbuatan yang menyelisihi sumpah yang telah dia tegakkan, sama ada dia bersumpah atau tidak kerana mentaati pemerintah dan menasihati mereka yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah wajib. Walaupun mereka yang berkaitan itu tidak bersumpah atasnya, maka bagaimana sekiranya dia bersumpah atasnya? Dan menentang serta mengkhianati mereka yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah haram walaupun dia tidak bersumpah atasnya.
Perkara ini sebagaimana seseorang bersumpah hendak solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, atau hendak menunaikan hak yang dipikulnya dan bersaksi dengan kebenaran, semua ini wajib ke atasnya walaupun dia tidak bersumpah untuk perkara tersebut, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah untuknya? Manakala syirik, dusta, minum arak, melakukan kezaliman, perbuatan keji, mengkhianati pemimpin, menolak dari mentaatinya padahal ia diperintahkan oleh Allah, bahawa semua itu dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Jadi, ia adalah haram walaupun mereka yang berkaitan tidak bersumpah atasnya, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah untuk perkara tersebut?” (Majmu’ Al-Fatawa, 35/9-10)
Beliau menambah:
فَطَاعَةُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ؛ وَطَاعَةُ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَاجِبَةٌ لِأَمْرِ اللَّهِ بِطَاعَتِهِمْ فَمَنْ أَطَاعَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ بِطَاعَةِ وُلَاةِ الْأَمْرِ لِلَّهِ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ. وَمَنْ كَانَ لَا يُطِيعُهُمْ إلَّا لِمَا يَأْخُذُهُ مِنْ الْوِلَايَةِ وَالْمَالِ فَإِنْ أَعْطَوْهُ أَطَاعَهُمْ؛ وَإِنْ مَنَعُوهُ عَصَاهُمْ: فَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ
“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah wajib ke atas sesiapa pun, dan mentaati pemerintah adalah wajib kerana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka. Maka, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati pemerintah kerana Allah, maka pahalanya adalah dari Allah. Dan sesiapa yang tidak mentaati pemerintah, melainkan sekiranya ada jawatan dan harta yang diharapkan. Jika ulil amri memberikan kepadanya (harta dan jawatan), maka dia pun taat. Sekiranya tidak, maka dia pun bertindak menentangnya. Maka, orang yang seperti ini dia tidak memiliki tempat di akhirat.” (Majmu’ Al-Fatawa, 35/16)
Beliau turut menegaskan:
وَقَدْ ذَكَرْت فِي غَيْرِ هَذَا الْمَوْضِعِ أَنَّ مَصِيرَ الْأَمْرِ إلَى الْمُلُوكِ وَنُوَّابِهِمْ مِنْ الْوُلَاة؛ وَالْقُضَاةِ وَالْأُمَرَاءِ لَيْسَ لِنَقْصِ فِيهِمْ فَقَطْ بَلْ لِنَقْصِ فِي الرَّاعِي وَالرَّعِيَّةِ جَمِيعًا ؛ فَإِنَّهُ ” كَمَا تَكُونُونَ: يُوَلَّى عَلَيْكُمْ ” وَقَدْ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: { وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا } وَقَدْ اسْتَفَاضَ وَتَقَرَّرَ فِي غَيْرِ هَذَا الْمَوْضِعِ مَا قَدْ أَمَرَ بِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ طَاعَةِ الْأُمَرَاءِ فِي غَيْرِ مَعْصِيَةِ اللَّهِ؛ وَمُنَاصَحَتِهِمْ وَالصَّبْرِ عَلَيْهِمْ فِي حُكْمِهِمْ وَقَسْمِهِمْ؛ وَالْغَزْوِ مَعَهُمْ وَالصَّلَاةِ خَلْفَهُمْ وَنَحْوَ ذَلِكَ مِنْ مُتَابَعَتِهِمْ فِي الْحَسَنَاتِ الَّتِي لَا يَقُومُ بِهَا إلَّا هُمْ؛ فَإِنَّهُ مِنْ ” بَابِ التَّعَاوُنِ عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى ” وَمَا نَهَى عَنْهُ مِنْ تَصْدِيقِهِمْ بِكَذِبِهِمْ وَإِعَانَتِهِمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَطَاعَتِهِمْ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَنَحْوِ ذَلِكَ؛ مِمَّا هُوَ مِنْ ” بَابِ التَّعَاوُنِ عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ” وَمَا أَمَرَ بِهِ أَيْضًا مِنْ الْأَمْرِ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيِ عَنْ الْمُنْكَرِ: لَهُمْ وَلِغَيْرِهِمْ عَلَى الْوَجْهِ الْمَشْرُوعِ؛ وَمَا يَدْخُلُ فِي ذَلِكَ مِنْ تَبْلِيغِ رِسَالَاتِ اللَّهِ إلَيْهِمْ؛ بِحَيْثُ لَا يَتْرُكُ ذَلِكَ جُبْنًا وَلَا بُخْلًا وَلَا خَشْيَةً لَهُمْ وَلَا اشْتِرَاءً لِلثَّمَنِ الْقَلِيلِ بِآيَاتِ اللَّهِ؛ وَلَا يَفْعَلُ أَيْضًا لِلرِّئَاسَةِ عَلَيْهِمْ وَلَا عَلَى الْعَامَّةِ وَلَا لِلْحَسَدِ وَلَا لِلْكِبَرِ وَلَا لِلرِّيَاءِ لَهُمْ وَلَا لِلْعَامَّةِ. وَلَا يُزَالُ الْمُنْكَرُ بِمَا هُوَ أَنْكَرُ مِنْهُ. بِحَيْثُ يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ بِالسِّلَاحِ؛ وَتُقَامُ الْفِتَنُ كَمَا هُوَ مَعْرُوفٌ مِنْ أُصُولِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَيْهِ النُّصُوصُ النَّبَوِيَّةُ؛ لِمَا فِي ذَلِكَ مِنْ الْفَسَادِ الَّذِي يَرْبُو عَلَى فَسَادِ مَا يَكُونُ مِنْ ظُلْمِهِمْ؛ بَلْ يُطَاعُ اللَّهُ فِيهِمْ وَفِي غَيْرِهِمْ وَيُفْعَلُ مَا أَمَرَ بِهِ وَيُتْرَكُ مَا نَهَى عَنْهُ
“Aku telah menyebutkan di tempat (bab) yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan rakyat sekaligus, kerana sebagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi wali (pemimpin) bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Telah diketahui dan ditetapkan secara masyhur di selain tempat ini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan supaya mentaati para pemimpin selagi mereka tidak dalam bermaksiat kepada Allah, (bertindak) menasihati mereka, bersabar di dalam menerima keputusan dan ketetapan mereka, berperang bersama mereka, solat di belakang mereka, mengikuti mereka di dalam perkara-perkara yang baik yang tidak dilaksanakan melainkan oleh mereka.
Maka ini adalah termasuk perbuatan tolong-menolong di dalam kebaikan dan taqwa. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga melarang membenarkan mereka untuk perkara dusta, membantu mereka melakukan penganiayaan, mentaati mereka dalam hal maksiat kepada Allah dan perkara-perkara semakna dengannya yang termasuk tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan salah.
Dan (Rasulullah) juga memerintahkan supaya melaksanakan amar ma’ruf serta nahi mungkar kepada mereka dan kepada selain mereka dengan cara yang disyari’atkan, termasuk dalam perkara ini adalah menyampaikan risalah Allah kepada mereka.
Ianya hendaklah tidak ditinggalkan kerana sebab takut, kedekut dan malu (atau segan) kepada mereka, serta tidak demi menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, tidak pula dilaksanakan supaya dapat meraih kuasa ke atas mereka atau umat Islam secara umum, bukan pula kerana hasad (atau dengki), sombong, dan riya’ kepada mereka dan masyarakat awam (umat Islam secara umumnya).
Dan kemungkaran tidaklah dihilangkan dengan kemungkaran yang lebih mungkar. Iaitu seperti dalam bentuk keluar memberontak ke atas mereka dengan kekerasan (atau senjata), dan fitnah-fitnah yang menimbulkan perselisihan sebagaimana ia telah diketahui dari prinsip dasar ahli sunnah wal-jama’ah dan sebagaimana perkara tersebut ditunjukkan oleh nash-nash nabawiyah kerana perbuatan tersebut menimbulkan keburukan yang lebih besar berbanding keburukan kerana kezaliman mereka, dan yang benar hendaklah Allah ditaati dengan mentaati mereka dan selain mereka, apa yang diperintahkan hendaklah dilaksanakan dan apa yang dilarang-Nya hendaklah dijauhi.” (lihat: Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 35/20-21)
Ketaatan Terhadap Pemerintah Adalah Dalam Perkara Ma’ruf
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) ketika menjelaskan hadis berikut:
Dari Ummu Salamah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا
“Nanti akan datang para pemimpin yang berbuat baik juga berbuat mungkar. Sesiapa yang memahami (perkara tersebut) maka ia terlepas, sesiapa yang mengingkari bererti ia selamat. Berbeza dengan orang yang rela dan patuh.” Para sahabat pun bertanya, “Bolehkah kita memeranginya (menentanganya)?” Beliau menjawab, “Jangan, selagi mana mereka masih mendirikan solat.” (Shahih Muslim, no. 1854)
Beliau berkata:
وهذا يبين أن الأئمة هم الأمراء ولاة الأمور وأنه يكره وينكر ما يأتونه من معصية الله ولا تنزع اليد من طاعتهم بل يطاعون في طاعة الله وأن منهم خيارا وشرارا
“Hadis ini menjelaskan bahawa al-aimmah adalah al-umara’ dan wulaatul umur. Mereka dibenci dan diingkari apabila melakukan perbuatan maksiat kepada Allah, tetapi tidak boleh (bagi sesiapapun) untuk melepaskan tangan dari ketaatan kepada mereka. Akan tetapi, mereka ditaati hanya dalam urusan ketaatan kepada Allah, walaupun pada mereka terdapat kebaikan dan keburukan dalam masa yang sama.” (Minhaj As-Sunnah, 1/117 – Mu’asasah Qurthubah)
Negara Islam Menurut Ibnu Taimiyyah
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) yang mengatakan:
وَكَوْنُ الْأَرْضِ دَارَ كُفْرٍ وَدَارَ إيمَانٍ أَوْ دَارَ فَاسِقِينَ لَيْسَتْ صِفَةً لَازِمَةً لَهَا؛ بَلْ هِيَ صِفَةٌ عَارِضَةٌ بِحَسَبِ سُكَّانِهَا فَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْمُؤْمِنُونَ الْمُتَّقُونَ هِيَ دَارُ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ وَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْكُفَّارُ فَهِيَ دَارُ كُفْرٍ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ وَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْفُسَّاقُ فَهِيَ دَارُ فُسُوقٍ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ فَإِنْ سَكَنَهَا غَيْرَ مَا ذَكَرْنَا وَتَبَدَّلَتْ بِغَيْرِهِمْ فَهِيَ دَارُهُمْ . وَكَذَلِكَ الْمَسْجِدُ إذَا تَبَدَّلَ بِخَمَّارَةٍ أَوْ صَارَ دَارَ فِسْقٍ أَوْ دَارَ ظُلْمٍ أَوْ كَنِيسَةً يُشْرِكُ فِيهَا بِاَللَّهِ كَانَ بِحَسَبِ سُكَّانِهِ ؛ وَكَذَلِكَ دَارُ الْخَمْرِ وَالْفُسُوقِ وَنَحْوُهَا إذَا جُعِلَتْ مَسْجِدًا يُعْبَدُ اللَّهُ فِيهِ جَلَّ وَعَزَّ كَانَ بِحَسَبِ ذَلِكَ وَكَذَلِكَ الرَّجُلُ الصَّالِحُ يَصِيرُ فَاسِقًا وَالْكَافِرُ يَصِيرُ مُؤْمِنًا أَوْ الْمُؤْمِنُ يَصِيرُ كَافِرًا أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ كُلٌّ بِحَسَبِ انْتِقَالِ الْأَحْوَالِ مِنْ حَالٍ إلَى حَالٍ
“Bahawasanya penilaian terhadap sesebuah negara sama ada ia negara kafir atau iman (Islam) atau fasiq, ianya bergantung kepada sifat penduduknya. Jika penduduk negara tersebut adalah orang-orang mukmin, maka itu adalah negara Islam (aulia Allah) pada masa tersebut. Jika penduduknya adalah orang-orang kafir maka itu adalah negara kafir pada masa tersebut. Jika penduduknya adalah orang-orang fasiq, maka itu adalah negara fasiq pada masa tersebut. Dan sekiranya berlalu suatu masa penduduknya berganti, maka status negaranya juga berganti.
Sebagaimana sesebuah masjid apabila ditukar menjadi tempat memproses khamr (arak), atau tempat untuk bersuka-ria (berpesta), atau tempat kesesatan, atau gereja di mana padanya tempat mensyirikkan Allah. Begitulah juga rumah memperoses arak dan pusat hiburan (tempat maksiat) dan selainnya apabila dijadikan (ditukar menjadi) masjid yang padanya tempat mengabdikan diri (beribadah) kepada Allah akan menjadi mulia dan terpuji berdasarkan apa yang diperlakukan padanya. Begitu juga sebagaimana seseorang lelaki yang soleh berubah menjadi fasiq, dan yang kafir pula berubah menjadi mukmin (beriman) atau mukmin berubah menjadi kafir atau yang sewaktu dengannya, semuanya itu adalah bergantung pada ciri-ciri yang menghiasi dirinya.” (Majmu’ Al-Fatawa, 18/282 – Daar Al-Wafaa’)
Baca juga artikel, “Negara Islam Menurut Ahlus Sunnah.”
Larangan Memberontak Terhadap Pemerintah
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
فقد نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم عن قتالهم مع إخباره أنهم يأتون أمورا منكرة فدل على أنه لا يجوز الإنكار عليهم بالسيف كما يراه من يقاتل ولاة الأمر من الخوارج والزيدية والمعتزلة وطائفة من الفقهاء وغيرهم
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang dari memerangi mereka (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut melakukan perkara-perkara yang mungkar. Ini menunjukkan bahawa tidak dibolehkan mengingkari (atau menentang) mereka dengan pedang (senjata) sebagaimana yang difahami oleh golongan yang memerangi para pemerintah dari kalangan Khawarij, Zaidiyyah, Mu’tazilah, dan sekelompok (sebahagian kecil) dari para fuqaha’ (ahli fiqh) dan selainnya.”
Beliau melanjutkan:
فقد أخبر النبي صلى الله عليه و سلم أن الامراء يظلمون ويفعلون أمورا منكرة ومع هذا فأمرنا أن نؤتيهم الحق الذي لهم ونسأل الله الحق الذي لنا ولم يأذن في أخذ الحق بالقتال ولم يرخص في ترك الحق الذي لهم
وفي الصحيحين عن ابن مسعود رضي الله عنه قال قال لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم إنكم سترون بعدي أثرة وأمورا تنكرونها قالوا فما تأمرنا يا رسول الله قال تؤدون الحق الذي عليكم وتسألون الله الذي لكم فهذا أمر بالطاعة مع استئثار ولي الأمر، وذلك ظلم منه، ونَهى عن منازعة الأمر أهله، وذلك نَهى عن الخروج عليه؛ لأن أهله هم أولو الأمر الذين أمر بطاعتهم وهم الذين لهم سلطان يأمرون به
“Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa para pemimpin melakukan kezaliman dan pelbagai kemungkaran. Walaupun begitu, beliau telah memerintahkan kita supaya memberikan hak-hak pemimpin kepada pemimpin, dan kita pula meminta hak-hak kita kepada Allah. Beliau tidak membenarkan menuntut hak kita masing-masing dengan cara peperangan (sifat penentangan dan kepembangkangan) dan beliau juga tidak membenarkan meninggalkan hak-hak mereka (pemimpin).
Dan di Ash-Shahihain (dua kitab Shahih), dari hadis Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Rasulullah bersabda kepada kami, “Akan terjadi atsarah (perbuatan mementingkan diri) dan hal-hal yang kalian ingkari.” Para sahabat bertanya, “Apa yang engkau perintahkan bagi kami wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda:
“Kalian penuhi setiap apa yang menjadi kewajiban bagi kalian dan memohon kepada Allah apa yang menjadi hak kalian.”
Maka ini adalah perintah supaya mentaati waliyyul amr (pemerintah) (walaupun pemerintah tersebut zalim), kezaliman itu adalah dari dirinya. Ini juga merupakan larangan dari membantah arahan dari ahlinya (pemimpin). Dan ia merupakan larangan al-khuruj (keluar) dari ketaatan terhadapnya, iaitu para pemerintah yang telah diperintahkan untuk ditaati dan mereka juga adalah orang-orang yang memiliki kuasa untuk memerintahkan perkara tersebut.” (Minhaj As-Sunnah, 3/395 – Tahqiq Muhammad Rasyad Salim, Mu’asasah Al-Qurthubah)
Baca juga penjelasan Ibnu Taimiyyah di pautan berikut, “Nasihat dan Manhaj Ibnu Taimiyyah Dalam Isu Pemerontakan.”
Sabar Terhadap Pemerintah
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menegaskan:
الصَّبْرُ عَلَى ظُلْمِ الْأَئِمَّةِ وَجَوْرِهِمْ كَمَا هُوَ مِنْ أُصُولِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَكَمَا أَمَرَ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ
“Sabar dengan kezaliman dan kekejaman para pemerintah adalah salah satu prinsip (ushul) dari prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadis yang masyhur.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/179 – Daar Al-Wafaa’)
Beliau juga menjelaskan:
ومن أصول هذا الموضع أن مجرد وجود البغى من إمام أو طائفة لا يوجب قتالهم بل لا يبيحه بل من الأصول التي دلت عليها النصوص أن الإمام الجائر الظالم يؤمر الناس بالصبر على جوره وظلمه وبغيه ولا يقاتلونه كما أمر النبي ص بذلك في غير حديث فلم يأذن في دفع البغي مطلقا بالقتال بل إذا كانت فيه فتنة نهى عن دفع البغي به وأمر بالصبر
“Dan termasuk ushul (prinsip) dari permasalahan ini, apabila jika sekadar kewujudan kemelampauan yang dilakukan oleh imam (pemerintah) atau kelompok tertentu, ianya tidak mewajibkan tindakan penyerangan (atau peperangan) terhadap mereka. Bahkan berdasarkan prinsip-prinsip yang dikuatkan dengan dalil-dalil menunjukkan agar bersabar ketika menghadapi pemerintah yang diktator dan zalim, tidak diperintahkan untuk memeranginya, sebagaimana perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak hanya disebutkan dalam satu hadis. Beliau tidak mengizinkan untuk menghadapi setiap kemelampauan itu mesti (muthlaq) dengan peperangan. Sebaliknya apabila padanya terjadi fitnah (pergolakkan), maka beliau telah melarang dari menghadapi kemelampauan dengan cara peperangan dan memerintahkan agar bersabar.” (Al-Istiqamah, m/s. 32)
Di tempat yang lain, beliau juga menegaskan:
وَلِهَذَا { أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالصَّبْرِ عَلَى جَوْرِ الْأَئِمَّةِ ؛ وَنَهَى عَنْ قِتَالِهِمْ مَا أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَقَالَ : أَدُّوا إلَيْهِمْ حُقُوقَهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حُقُوقَكُمْ } . وَقَدْ بَسَطْنَا الْقَوْلَ فِي ذَلِكَ فِي غَيْرِ هَذَا الْمَوْضِعِ . وَلِهَذَا كَانَ مِنْ أُصُولِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ لُزُومُ الْجَمَاعَةِ وَتَرْكُ قِتَالِ الْأَئِمَّةِ وَتَرْكُ الْقِتَالِ فِي الْفِتْنَةِ . وَأَمَّا أَهْلُ الْأَهْوَاءِ – كَالْمُعْتَزِلَةِ – فَيَرَوْنَ الْقِتَالَ لِلْأَئِمَّةِ مِنْ أُصُولِ دِينِهِمْ وَيَجْعَلُ الْمُعْتَزِلَةُ أُصُولَ دِينِهِمْ خَمْسَةً : ” التَّوْحِيدَ ” الَّذِي هُوَ سَلْبُ الصِّفَاتِ ؛ وَ ” الْعَدْلَ ” الَّذِي هُوَ التَّكْذِيبُ بِالْقَدَرِ ؛ وَ ” الْمَنْزِلَةَ بَيْنَ الْمَنْزِلَتَيْنِ ” وَ ” إنْفَاذَ الْوَعِيدِ ” وَ ” الْأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنْ الْمُنْكَرِ ” الَّذِي مِنْهُ قِتَالُ الْأَئِمَّةِ
“Dan untuk ini, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan agar bersabar terhadap kezaliman para pemerintah dan melarang dari memerangi (menjatuhkan) mereka selagi mana mereka menegakkan solat, dan beliau beliau bersabda:
“Tunaikanlah hak-hak mereka dan mintalah kepada Allah hak-hak kalian.”
Dan ini adalah termasuk ushul (prinsip) ahlus sunnah wal-jama’ah, yakni tetap melazimi al-jama’ah dan meninggalkan tindakan memerangi (menjatuhkan) pemerintah, dan meninggalkan permusuhan (atau pertembungan) di dalam fitnah (pergolakkan).
Adapun ahlul ahwa’ (yakni ahli bid’ah atau pengikut hawa nafsu) seperti muktazilah, mereka berpendapat bahawa memerangi (menjatuhkan) pemerintah adalah termasuk ushul (prinsip) dalam agama mereka, dan muktazilah telah menjadikan ushul agama mereka kepada lima; (iaitu) tauhid yang menafikan sifat-sifat Allah, al-‘adl yang merupakan pengingkaran terhadap taqdir, dan al-manzilah baina manzilatayn (tempat ketiga selain Syurga dan Neraka), mengaplikasikan al-wa’iid (ancaman), dan memerintahkan dengan kebaikan dan melarang kemungkaran yang termasuk di dalamnya adalah memerangi (menjatuhkan) pemerintah.” (Al-Amru bil Ma’ruuf wan Nahyi ‘anil Munkar dari Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 28/129)
Baca juga artikel, “Fenomena Akhir Zaman; Pemerintah Yang Mementingkan Diri.”
Tidak Bermudah-mudah Menghukum Kafir Terhadap Individu (Pemerintah)
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وإذا عرف هذا فتكفير المعيّن من هؤلاء الجهّال وأمثالهم، بحيث يحكم عليه بأنّه من الكفّار. لا يجوز الإقدام عليه إلاّ بعد أن تقوم على أحدهم الحجّة الرسالية التي يتبيّن بها أنّهم مخالفون للرّسل، وإن كانت هذه المقالة لا ريب أنّها كفر. وهكذا الكلام في تكفير جميع المعيّنين … ومن ثبت إيمانه بيقين لم يزل ذلك عنه بالشّكّ، بل لا يزول إلاّ بعد إقامة الحجّة وإزالة الشّبهة
“Tidak boleh menjatuhkan hukum kafir secara mu’ayyan ke atas orang-orang yang tidak tahu (jahil) atau yang seumpamanya, dalam ertikata menghukum mereka sebagai orang kafir. Melainkan setelah ditegakkan hujjah yang jelas yang dengannya mereka menjadi tahu (faham) bahawa diri mereka telah menyelisihi para rasul. Walaupun sebenarnya perbuatan yang mereka lakukan tersebut (secara zahirnya) tidak dapat dinafikan ianya termasuk ke dalam kekufuran. Inilah kaedah yang perlu diterapkan dalam masalah takfir terhadap individu tertentu….
…. Sesiapa yang telah jelas diyakini telah beriman (walaupun telah melakukan kesalahan yang secara zahirnya kufur), tidak boleh dijatuhkan hukuman kafir (hilang keimanan) dengan hanya berdasarkan alasan yang samar. Bahkan keimanannya tidak boleh dihukumkan telah hilang terhadapnya melainkan setelah ditegakkan hujah kepadanya dan syubhat yang ada di kepalanya dibersihkan.” (lihat: Majmu’ Al-Fatawa, 12/500-501)
Beliau juga berkata:
إن المتأوِّل الذي قصد متابعة الرسول – صلى الله عليه وسلم – لا يكفر؛ بل ولا يفسق، إذا اجتهد فأخطأ، وهذا مشهور عند الناس في المسائل العملية، وأما مسائل العقائد فكثير من الناس كفَّر المخطئين فيها، وهذا القول لا يُعرف عن أحد من الصحابة والتابعين لهم بإحسان، ولا عن أحد من أئمة المسلمين، وإنما هو في الأصل من أقوال أهل البدع الذين يبتدعون بدعة ويكفرون من خالفهم كالخوارج والمعتزلة والجهمية
“Individu yang mentakwil dengan tujuan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia tidak dikafirkan. Ia juga tidak dilabel sebagai fasiq apabila dia telah berijtihad (berusaha sedaya-upaya dengan kemampuan dan ilmunya) lalu tersalah. Ini suatu yang masyhur di kalangan awam dalam permasalahan ibadah.
Adapun dalam persoalan ‘aqidah, ramai orang yang bertindak mengkafirkan mereka yang tersilap. Padahal, pendapat ini tidak diketahui oleh seorang pun dari kalangan sahabat dan Tabi’in yang berjalan di atas prinsip yang benar ataupun juga dari para imam kaum muslimin.
Sebenarnya pendapat yang mengkafirkan pelaku takwil tersebut (secara khusus) adalah dari kalangan ahli bid’ah yang memiliki kebiasaan menciptakan bid’ah lalu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengan pendapat mereka seperti kaum khawarij, Muktazilah, dan Jahmiyah.” (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah, 5/161-162)
Beliau juga berkata:
والمتأول المخطىء مغفور له بالكتاب والسنة قال الله تعالى في دعاء المؤمنين ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا وثبت في الصحيح أن الله عز وجل قال قد فعلت وفي سنن أبن ماجه وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان
“Orang yang tersalah faham (keliru dalam memahami dalil), dosanya diampuni berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Allah Ta’ala menceritakan permohonan kaum mukminin:
“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami tersalah.”
Lalu dijawab-Nya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis qudsi dalam Shahih Al-Bukhari:
“Ya, Aku telah memperkenankannya.”
Nabi juga bersabda, sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah dan selainnya:
“Sesungguhnya Allah memaafkan kekeliruan dan keterlupaan umatku.” (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah, 4/265)
Siapa Yang Berhak Memimpin Jihad
Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
ثُمَّ هُمْ مَعَ هَذِهِ الْأُصُولِ : يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ عَلَى مَا تُوجِبُهُ الشَّرِيعَةُ. وَيَرَوْنَ إقَامَةَ الْحَجِّ وَالْجِهَادِ وَالْجُمَعِ وَالْأَعْيَادِ مَعَ الْأُمَرَاءِ أَبْرَارًا كَانُوا أَوْ فُجَّارًا وَيُحَافِظُونَ عَلَى الْجَمَاعَاتِ.
“Kemudian dengan ushul (prinsip) ini, mereka memerintahkan kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar bersesuaian dengan apa yang diwajibkan oleh syari’at. Dan mereka (ahlus sunnah wal-jama’ah) berpendapat bahawa perlaksanaan haji, penegakkan jihad, solat Juma’at dan hari raya adalah bersama-sama pemerintah, sama ada mereka baik mahupun fajir, dan mereka (ahlus sunnah) memelihara solat jama’ah.” (Al-‘Aqidah Al-Wasithiyah; lihat: Majmu’ Al-Fatawa, 3/158)
Beliau juga menegaskan:
وَلِهَذَا كَانَتْ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَائِرِ خُلَفَائِهِ الرَّاشِدِينَ وَمَنْ سَلَكَ سَبِيلَهُمْ مِنْ وُلَاةِ الْأُمُورِ – فِي الدَّوْلَةِ الْأُمَوِيَّةِ وَالْعَبَّاسِيَّةِ – أَنَّ الْإِمَامَ يَكُونُ إمَامًا فِي هَذَيْنَ الْأَصْلَيْنِ جَمِيعًا: الصَّلَاةُ وَالْجِهَادُ. فَاَلَّذِي يَؤُمُّهُمْ فِي الصَّلَاةِ يَؤُمُّهُمْ فِي الْجِهَادِ وَأَمْرُ الْجِهَادِ وَالصَّلَاةِ وَاحِدٌ فِي الْمُقَامِ وَالسَّفَرِ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا اسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى بَلَد : مِثْلَ عَتَّابِ بْنِ أَسِيدٍ عَلَى مَكَّةَ وَعُثْمَانَ بْنِ أَبِي العاص عَلَى الطَّائِفِ. وَغَيْرِهِمَا: كَانَ هُوَ الَّذِي يُصَلِّي بِهِمْ وَيُقِيمُ الْحُدُودَ وَكَذَلِكَ إذَا اسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى مِثْلِ غَزْوَةٍ ؛ كَاسْتِعْمَالِهِ زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ وَابْنَهُ أُسَامَةَ وَعَمْرَو بْنَ العاص وَغَيْرَهُمْ: كَانَ أَمِيرُ الْحَرْبِ هُوَ الَّذِي يُصَلِّي بِالنَّاسِ ؛ وَلِهَذَا اسْتَدَلَّ الْمُسْلِمُونَ بِتَقْدِيمِهِ أَبَا بَكْرٍ فِي الصَّلَاةِ عَلَى أَنَّهُ قَدَّمَهُ فِي الْإِمَامَةِ الْعَامَّةِ. وَكَذَلِكَ كَانَ أُمَرَاءُ ” الصِّدِّيقِ ” – كيزيد بْنِ أَبِي سُفْيَانَ وَخَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ وَشُرَحْبِيلَ بْنِ حَسَنَةَ . وَعَمْرِو بْنِ العاص وَغَيْرِهِمْ – أَمِيرُ الْحَرْبِ هُوَ إمَامُ الصَّلَاةِ.
“Oleh kerana itulah, Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin, dan (sunnah) para penguasa yang mengikuti jalan mereka dalam kalangan daulah Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah; telah menunjukkan bahawa penguasalah yang bertindak sebagai imam (pemimpin) dalam dua ushul ini, (yakni) solat dan jihad. Orang yang memimpin mereka di dalam solat adalah orang yang memimpin mereka di dalam jihad. Urusan jihad dan solat adalah satu, sama ada ketika mukim mahupun safar. Dan apabila Nabi mengangkat seseorang sebagai pemimpin di suatu daerah atau wilayah, semisal ‘Attab bin Asid bagi wilayah Makkah, ‘Utsman bin Abu Al-‘Ash untuk Tha’if, serta yang lainnya selain dari mereka berdua, maka dialah yang menjadi imam di dalam solat dan dialah yang menegakkan hudud. Demikianlah juga apabila Nabi mengangkat seorang pemimpin perang semisal Zayd bin Haaritsah, kemudian putra Zayd, yakni Usamah bin Zayd bin Haaritsah, serta ‘Amr bin Al-‘Ash dan selain mereka, bahawa merekalah panglima perang dan dalam masa yang sama merekalah imam yang memimpin solat. Dengan kaedah inilah para ulama beristidlal pada perbuatan mendahulukan Abu Bakr sebagai imam di dalam solat sebagai dalil bahawa Abu Bakr wajib didahulukan dalam kepemimpinan negara.
Demikian pula dengan orang-orang yang diangkat oleh Abu Bakr Ash-Shiddiq seperti Yazid bin Abi sufyan, Khalid bin Al-Walid, Syurahbil bin Hasanah, ‘Amr bin Al-‘Ash dan yang selain dari mereka; mereka adalah panglima perang sekaligus imam dalam solat.” (Majmu’ Al-Fatawa, 35/38)
Wallaahu a’lam – demikian yang dapat kami sarikan dan nukilkan.
[1] Beliau adalah Ahmad bin ‘Abdil Halim bin ‘Abdissalam bin ‘Abdillah bin Al-Khadhir bin Muhammad bin Al-Khadhir bin ‘Ali bin ‘Abdillah bin Taimiyyah An-Namiri Al-Harrani Ad-Dimasyqi Abu Al-‘Abbas Taqiyyuddin Syaikh Al-Islam.
Nama Taimiyyah adalah nama ibu datuknya (Muhammad bin Al-Khadhir), lalu beliau dinisbatkan kepadanya.
Beliau lahir pada hari Isnin, 10 Rabbi’ Al-Awwal tahun 661H di kota Harran. Beliau lahir dan membesar dalam keluarga para ilmuan (ulama).
Kata Al-Imam Ibnu Daqiq Al-‘Id rahimahullah (Wafat: 702H):
“Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang seluruh bentuk disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya.”
Kata Al-Imam Az-Zamlakani rahimahullah:
“Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu.”
Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menceritakan bahawa Ibnu Daqiq Al-‘Id pernah berkata kepada Syaikh Al-Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu):
“Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah ‘Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti anda ini.”
Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) juga pernah menyatakan:
“Dan beliau sungguh besar untuk disebutkan karektornya oleh orang seperti aku. Seandainya aku diminta bersumpah di antara rukun dan maqam, nescaya aku bersumpah, Sesungguhnya aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku orang sepertinya, dan demi Allah beliau sendiri tidak pernah melihat orang yang seperti dirinya dalam keilmuan.”
“Ibn Taimiyyah memiliki keahlian yang sempurna tentang rijal (butiran/biografi para perawi hadis-hadis), jarh, ta’dil, dan tingkatan kedudukan mereka, beliau mengetahui pelbagai disiplin ilmu hadis, sanad yang tinggi mahupun yang rendah, sahih dan dha’if, di samping hafal matan-matannya yang tiada duanya.
Tidak ada seorang pun di masa ini yang mencapai tingkat kedudukan keilmuannya, atau yang mendekatinya. Beliau adalah individu yang mengagumkan dalam menghadirkan dan menggali hujah-hujah darinya. Kepadanyalah berpuncak dalam hal penisbatan kutub As-Sittah dan Musnad, sehingga akan dibenarkan ketika dikatakan, “Setiap hadis yang tidak diketahui oleh Ibn Taimiyyah, maka ianya bukanlah hadis.”.”
Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:
“Beliau (Ibn Taimiyyah) adalah lambang dalam kecerdasan dan ketajaman dalam pemahaman, pemimpin dalam ilmu-ilmu tentang Al-Qur’an, As-Sunnah, dan perselisihan (perbezaan pendapat dalam kalangan ulama), lautan ilmu tentang dalil-dalil naqli. Pada zamannya, beliau adalah orang yang tidak ada duanya; dari sisi keilmuan, kezuhudan, keberanian, kedermawanan, amar ma’ruf, nahi mungkar, dan banyaknya karya-karya. Beliau membaca dan meraih hasil, menguasai hadis-hadis dan fiqh, memiliki keahlian untuk mengajar dan berfatwa di saat seawla usian 17 tahun.
Beliau memiliki keunggulan dalam ilmu tafsir, ushul, dan semua lapangan ilmu-ilmu Islam, baik ushulnya, furu’nya, rincian-rinciannya, mahupun secara umumnya, selain ilmu qira’at. Jika tafsir disebutkan, maka beliau adalah pembawa panjinya, jika disebut para fuqaha’ maka beliau adalah mujtahid muthlaq mereka. Jika hadir para penghafal, maka beliau berbicara dan yang lainnya pun diam.
Jika ahli ilmu kalam disebutkan, maka beliau adalah orang yang tiada taranya di antara mereka dan menjadi rujukan mereka. Jika Ibn Sina tampak mengemukakan falsafah dan tokoh-tokohnya, maka Ibn Taimiyyah menjadikan mereka kebingungan, membongkar tirai mereka, dan membongkar penyimpangan-penyimpangan mereka.
Beliau memiliki penguasan yang luas dalam ilmu-ilmu bahasa ‘Arab, shorof, dan lughah.
Beliau terlalu besar untuk disifati oleh kata-kataku, atau kedudukannya untuk dituliskan dengan penaku. Kerana sejarah hidupnya, ilmunya, pengetahuannya, ujian-ujian yang diterimanya, dan berpindah-randahnya beliau, boleh mencapai dua jilid tebal!
Nemuan, beliau tetap seorang manusia dari kalangan para manusia yang tidak lepas dari kesalahan, dan semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan beliau di Syurga-Nya yang tertingi. Beliau adalah ulama Rabbani dari umat ini, orang yang sangat sukar ditemui di zamannya, pembawa panji syari’at, dan pembawa tanggungjawab kaum muslimin. Beliau adalah pemimpin dalam ilmu.”
Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (Wafat:742H) berkata:
“Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih ‘alim daripada beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya daripada beliau.”
Al-Imam ‘Imaduddin Al-Wasithi berkata:
“Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang hakiki.”
Al-Imam Ibn ‘Abdil Hadi rahimahullah (Wafat: 744H) berkata:
“Syaikh memiliki banyak karya tulis, fatwa, qowa’id, jawaban, risalah, faedah-faedah lainnya yang tidak dapat diukur (banyaknya). Aku tidak mengetahui seorang pun dari umat ini, sama ada yang terdahulu mahupun terkemudian yang menghimpun sebagaimana dihimpunkan oleh beliau, dan tidak pula mengarang sebagaimana yang dikarang oleh beliau, atau yang mirip dengannya. Sedangkan, kebanyakan dari karya-karyanya hanyalah dia goreskan dari hafalannya, dan kebanyakannya dikarang ketika berada di penjara, sedangkan beliau tidak memiliki kitab-kitab rujukan yang seharusnya beliau gunakan untuk itu.”
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:
“Beliau menyibukkan diri dalam pelbagai lapangan ilmu (syar’i). Beliau seorang yang bijak, banyak hafalan, sehingga menjadi imam di bidang tafsir dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Beliau memiliki pengetahuan tentang fiqh sehingga dikatakan beliau lebih tahu tentang fiqh pelbagai mazhab berbanding para penganutnya yang ada di zamannya dan selainnya. Dia mendalami perselisihan (perbezaan pendapat) para ulama, menguasai ushul dan furu’, nahwu dan lughah, serta ilmu-ilmu lainnya, sama ada naqliyyah mahupun ‘aqliyyah.
Adpaun hadis, maka beliau adalah pembawa panjinya, penghafalnya, memiliki pengetahuan antara yang sahih dan dhaif, menguasai ilmu rijal dan rincian-rinciannya.
Beliau memiliki banyak karya dan penjelasan-penjelasan yang ebrmanfaat tentang ushul mahupun furu’.
Beliau dan ilmunya telah mendapat pujian dari para ulama di zamannya; semisal dari Al-Qadhi Al-Khubi, Ibn Daqiq Al-‘Id, Ibn Nahhas, Al-Qadhi Al-Hanafi, Qadhi Qudhah Mesir Ibn Al-Hariri, Ibn Az-Zamlakani dan selain mereka….”
Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H) berkata:
“Demi Allah, mataku tidak pernah melihat orang yang paling luas ilmunya, dan paling kuat kecerdasannya berbanding orang yang biasa dipanggil Ibnu Taimiyyah. Di samping kezuhudannya dalam makanan, pakaian dan wanita, serta pembelaannya terhadap kebenaran dan berjihad dengan segenap kemampuannya.”
“Ibnu Taimiyyah, beliau Syaikh Al-Imam, Al-‘Allamah, Al-Hafiz An-Naqid Al-Faqih, Al-Mujtahid Al-Mufassir, Al-Bari’ Syaikh Al-Islam tokoh para ahli zuhud, orang sangat sedikit lagi sukar ditemui pada zamannya, seorang tokoh yang sangat terkemuka. Beliau adalah lautan ilmu, seorang yang bijaksana, tokoh zuhud, dan seorang yang sukar ditemui.”
Demikian kami nukilkan dari kitab Min A’lam As-Salaf oleh Dr. Ahmad Farid pada biografi Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah.
Kitab-kitab yang beliau tinggalkan adalah bukti kedalaman dan lautan ilmu kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala padanya. Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau.
1 Comment
[…] Baca juga artikel dengan judul, “Manhaj Ibnu Taimiyyah Terhadap Pemerintah.” […]