Ketika Penduduk Negara Itu Beriman dan Bertaqwa
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Kalau seandainya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan untuk mereka keberkahan dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami adzab mereka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan.” (Surah Al-A’raaf, 7: 96)
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) menjelaskan:
لما ذكر تعالى أن المكذبين للرسل يبتلون بالضراء موعظة وإنذارا، وبالسراء استدراجا ومكرا، ذكر أن أهل القرى، لو آمنوا بقلوبهم إيمانا صادقا صدقته الأعمال، واستعملوا تقوى اللّه تعالى ظاهرا وباطنا بترك جميع ما حرم اللّه، لفتح عليهم بركات السماء والأرض، فأرسل السماء عليهم مدرارا، وأنبت لهم من الأرض ما به يعيشون وتعيش بهائمهم، في أخصب عيش وأغزر رزق، من غير عناء ولا تعب، ولا كد ولا نصب، ولكنهم لم يؤمنوا ويتقوا { فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ } بالعقوبات والبلايا ونزع البركات، وكثرة الآفات، وهي بعض جزاء أعمالهم، وإلا فلو آخذهم بجميع ما كسبوا، ما ترك عليها من دابة. { ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ } .
“Allah Ta’ala menjelaskan bahawa orang-orang yang mendustakan para Rasul itu diuji dengan ujian berupa kesusahan dan kesempitan sebagai nasihat dan peringatan, dan dengan ujian berupa kesenangan dan kegembiraan sebagai bentuk istidraj dan makar (tipu-daya).
(Kemudian) Allah menjelaskan pula tentang para penduduk bagi suatu negeri, kalau seandainya mereka beriman dengan keimanan yang benar pada hati-hati mereka serta dibenarkan pula dengan amal-amal (yang soleh), mereka bertaqwa kepada Allah zhahir dan bathin, dan meninggalkan seluruh hal-hal yang diharamkan oleh Allah, maka nescaya akan dibukakan untuk mereka keberkahan dari langit dan bumi. Diturunkan untuk mereka hujan yang mencurah-curah, dan ditumbuhkan (dikeluarkan) dari bumi untuk mereka apa-apa yang menghidupkan mereka, dan dikembang-biakkan haiwan-haiwan ternakkan mereka, dengan bentuk kehidupan yang subur dan limpahan rezeki tanpa susah-payah dan tidak pula kepenatan, tanpa sibuk-sibuk dan tidak pula berletih-letihan.
Akan tetapi ketika mereka tidak beriman dan tidak bertaqwa, (Allah Ta’ala berfirman), “… maka Kami adzab mereka dengan sebab apa yang telah mereka lakukan.”
(Yakni) dengan adzab dan bala’ (ujian), dicabut dan ditahannya keberkahan, dan banyaknya penyakit-penyakit. Dan ianya sebagai sebahagian bentuk balasan atas sebahagian amal-amal mereka. Dan kalau sekiranya mereka diadzab dengan sebab seluruh apa-apa yang telah mereka usahakan, tentu tidak akan tersisa untuk mereka walaupun dengan seekor haiwan melata pun.
Allah Ta’ala befirman:
“Telah ditampakkan kerosakan di daratan dan lautan dengan sebab apa-apa yang diperbuat oleh tangan-tangan manusia, agar Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Ruum, 30: 41)
Wallaahu a’lam.