Ketika mendengar Suara Anjing, Keldai dan Ayam Jantan di Malam Hari…
Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
“Apabila kamu mendengar kokok ayam jantan, maka mohonlah fadhilat (keutamaan atau kurniaan) kepada Allah kerana ayam tersebut melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar ringkikan keldai, maka berta’awudz-lah (mohon perlindungan) kamu kepada Allah dari Syaitan, kerana sesungguhnya keldai melihat syaitan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3303)
Dari hadis Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ، وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ، فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ
“Apabila kamu mendengar salakan (atau lolongan) anjing dan ringkikan keldai pada waktu malam hari, maka berta’awudz-lah (mohon perlindungan) kepada Allah dari Syaitan, kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang kamu tidak lihat.” (Sunan Abi Daud, no. 5103. Dinilai sahih oleh Al-Albani)