Jika Tertinggal Solat Ied Kerana Udzur

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) menyatakan:hari raya yang lebih baik

إِذَا فَاتَهُ الْعِيدُ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَذَلِكَ النِّسَاءُ وَمَنْ كَانَ فِي الْبُيُوتِ وَالْقُرَى

“Apabila tertinggal solat ‘Ied, hendaklah dia solat dua rakaat. Demikian juga dengan kaum wanita dan orang-orang yang berada di rumah serta yang tinggal jauh di pedalaman.” (Shahih Al-Bukhari, 2/23)

Diringkaskan dari kitab Shahih Fiqhus Sunnah, bahawa sesiapa yang tertinggal solat ‘Ied disebabkan udzur (ada halangan) pada hari pertama (seperti tersalah melihat hilal atau tidak tahu hilal telah terlihat), maka mereka boleh melaksanakannya pada hari yang berikutnya (secara berjama’ah). Jika ditinggakan tanpa sebarang udzur, maka tidak perlu mengqadhanya. (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/529)

Manakala dalam mazhab Asy-Syafi’i, mereka membolehkan mengqadhanya pada bila-bila waktu pun yang dikehendakinya (dalam hari yang sama), sama ada secara berjama’ah mahupun sendirian. (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/528)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest