Hukum Memberi Makan dan Membuka Kedai Makan di Siang Ramadhan

Artikel asal oleh Ustaz Sofyan Chalid bin Idham Ruray*

puasa-penggugur-dosa

1, Meninggalkan puasa di bulan Ramadhan tanpa alasan yang dibenarkan syari’at adalah dosa yang sangat besar, kerana puasa merupakan kewajiban yang agung bahkan termasuk rukun Islam yang lima.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda tentang dua malaikat yang membawa beliau di dalam mimpi beliau (yang mana mimpi para nabi ‘alaihimussalaam adalah merupakan wahyu):

ثُمَّ انْطَلَقَا بِي فَإِذَا قَوْمٌ مُعَلَّقُونَ بِعَرَاقِيبِهِمْ، مُشَقَّقَةٌ أَشْدَاقُهُمْ تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا، قُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ

“Kemudian keduanya membawaku, maka tiba-tiba ada satu kaum yang digantung terikat di pergelangan kaki-kaki mereka, dalam keadaan terkoyak mulut-mulut mereka serta mengalirkan darah. Aku pun bertanya, “Siapakah mereka?” Malaikat itu menjawab:

“Mereka adalah orang-orang yang berbuka puasa sebelum dihalalkan atas mereka untuk berbuka puasa.” [HR. An-Nasaa’i dalam As-Sunan Al-Kubra dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu; Lihat: Ash-Shahihah, no. 3951]

2, Atas sebab itulah, menjadi kewajiban bagi seorang muslim yang mengetahui orang yang tidak berpuasa tanpa alasan syar’i untuk menegurnya dan menasihatinya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemahnya iman.” [HR. Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu’anhu]

3, Hadis yang mulia ini juga menunjukkan bahawa wajib bagi pemerintah kaum muslimin untuk mengubah (mencegah) kemungkaran dengan tangan (yakni kuasanya), kerana pemerintah memiliki kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya.

Asy-Syaikh Al-‘Allaamah Ibnu Baz rahimahullah berkata:

فالإنكار يكون باليد في حق من استطاع ذلك كولاة الأمور، والهيئة المختصة بذلك فيما جعل إليها، وأهل الحسبة فيما جعل إليهم، والأمير فيما جعل إليه، والقاضي فيما جعل إليه، والإنسان في بيته مع أولاده وأهل بيته فيما يستطيع

“Bahawa, mengingkari kemungkaran hendaklah dilakukan dengan tangan bagi siapa yang memiliki kemampuan untuk melakukannya, seperti pemerintah, atau badan khusus yang ditugaskan untuk itu, ahli hisbah (petugas amar ma’ruf nahi mungkar yang ditugaskan), pemimpin setempat yang ditugaskan, qadhi (atau hakim) yang ditugaskan dengan hal tersebut, dan setiap orang di dalam rumahnya terhadap anak-anak dan keluarganya yang berada dalam batas kemampuannya.” [Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Baz, 6/51]

4, Dan membuka warung atau kedai makan di siang hari bulan Ramadhan serta menjual makanan kepada orang-orang yang tidak memiliki alasan atau udzur syar’i untuk berbuka puasa, seperti bukan kerana haidh, nifas, musafir atau orang sakit, maka ia adalah termasuk perbuatan mungkar.

Fatwa-fatwa Ulama Mazhab Asy-Syafi’i

Salah seorang ulama mazhab Asy-Syafi’i, Asy-Syaikh Abu Bakr Ad-Dimyathi Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

وذلك كبيع الدابة لمن يكلفها فوق طاقتها، والأمة على من يتخذها لغناء محرم، والخشب على من يتخذه آلة لهو، وكإطعام مسلم مكلف كافرا مكلفا في نهار رمضان، وكذا بيعه طعاما علم أو ظن أنه يأكله نهارا

“Yang demikian itu (sebagai contoh menjual barang yang dapat membawa kepada maksiat) seperti menjual haiwan tunggangan yang akan dibebani melebihi kemampuannya, menjual hamba wanita yang akan dipekerjakan untuk nyanyian yang haram, menjual kayu untuk dibuat alat hiburan yang melalaikan, muslim mukallaf memberi makan kepada orang kafir mukallaf di siang hari Ramadhan, demikian juga menjual makanan kepada orang yang dia ketahui akan memakannya di siang Ramadhan, atau terhadap orang yang dia punya jangkaan kuat bahawa orang tersebut akan memakannya di siang Ramadhan.” [I’aanatut Thaalibin, 3/30]

Ulama mazhab Asy-Syafi’i yang lain, Asy-Syaikh Sulaiman bin ‘Umar Al-Azhari Asy-Syafi’i rahimahullah menyebutkan fatwa Asy-Syaikh Muhammad bin Asy-Syihab Ar-Ramli Asy-Syafi’i rahimahullah:

يَحْرُمُ عَلَى الْمُسْلِمِ أَنْ يَسْقِيَ الذِّمِّيَّ فِي رَمَضَانَ بِعِوَضٍ أَوْ غَيْرِهِ لِأَنَّ فِي ذَلِكَ إعَانَةً عَلَى مَعْصِيَةٍ

“Haram atas seorang muslim memberi minum kepada orang kafir yang tinggal di negeri muslim pada siang hari Ramadhan, tidak kira sama ada dengan cara dijual atau dengan cara lainnya, kerana pada yang demikian itu termasuk rangka tolong-menolong dalam kemaksiatan.” [Haasyiatul Jamal ‘ala Syarhi Manhajit Thullaab, 5/226]

Fatwa Ulama Besar Ahlus Sunnah Komtemporari

Fatwa Anggota Tetap untuk Perbahasan Ilmiah dan Fatwa Kerajaan ‘Arab Saudi,

لا يجوز فتح المطعم في نهار رمضان للكفار ولا خدمتهم فيه؛ لما فيه من المحاذير الشرعية العظيمة، من إعانة لهم على ما حرم الله، ومعلوم من الشرع المطهر أن الكفار مخاطبون بأصول الشريعة وفروعها، ولا ريب أن صيام رمضان من أركان الإسلام، وأن الواجب عليهم فعل ذلك مع تحقيق شرطه وهو الدخول في الإسلام

“Tidak boleh membuka restoran atau kedai-kedai makan di siang hari Ramadhan untuk orang-orang kafir dan tidak boleh membantu mereka untuk makan, kerana ianya sangat dilarang dalam syari’at, yakni menolong mereka untuk melakukan apa yang Allah haramkan, kerana dimaklumi bahawa orang-orang kafir juga turut diperintahkan untuk mengamalkan dasar syari’at (bertauhid) dan cabang-cabangnya, dan tidak diragukan lagi bahawa puasa Ramadhan termasuk rukun Islam (salah satu dari tuntunan tauhid), maka wajib atas mereka berpuasa dengan memenuhi syarat puasa, yakni dengan cara masuk Islam.” [Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 9/37 no. 17717]

Asy-Syaikh Al-Faqih Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah, beliau berkata:

لا يجوز فتح المطاعم ولو للكفار -وطبعاً للمسلمين غير مفتوحة- في أيام رمضان، ومن رأى منكم صاحب مطعم فتحه في رمضان وجب عليه أن يبلغ الجهات المسئولة لمنعه، ولا يمكن لأي كافر أن يظهر أكلاً أو شرباً في نهار رمضان في بلاد المسلمين، يجب أن يمنع من ذلك

“Tidak boleh membuka restoran atau kedai makan walaupun untuk orang-orang kafir [dan sudah tentu bagi kaum muslimin juga tidak boleh dibuka bagi mereka] di sepanjang siang hari bulan Ramadhan. Siapa yang melihat pemilik restoran atau kedai makan yang membukanya di siang Ramadhan, maka wajib bagi yang melihat tersebut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa (pemerintah) untuk melarangnya, dan tidak boleh bagi orang kafir siapa pun mereka untuk menampakkan aktiviti makan dan minum di siang hari bulan Ramadhan di negeri-negeri kaum muslimin, wajib bagi pemerintah untuk mencegahnya.” [Al-Liqo’ Asy-Syahri, no. 8]

Kerana tidak sepatutnya seorang muslim meredhai atau bahkan membantu orang-orang yang melakukan kemungkaran besar ini. Allah ‘Azza wa Jalla telah mengingatkan:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemelampauan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” [Surah Al-Maidah, 5: 2]

Dan tidaklah patut bagi setiap muslim untuk mendiamkan kemungkaran disebabkan takut celaan media.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ رَجُلًا هَيْبَةُ النَّاسِ أَنْ يَقُولَ بِحَقٍّ إِذَا عَلِمَهُ

“Ingatlah, janganlah rasa segan (atau takut) kepada manusia sehingga menghalangi seseorang untuk mengucapkan kebenaran ketika dia telah mengetahuinya.” [HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu’anhu. Lihat: Ash-Shahihah, no. 168]

Inilah antara hikmahnya mengapa disyaratkan supaya yang diangkat sebagai pemimpin atau para pembantunya adalah dari kalangan orang-orang yang kuat dan terpercaya, yakni agar tidak mudah ditekan oleh pihak lain dalam menegakkan hukum, tidak terkecuali tekanan media-media perosak agama dan masyarakat. Fatwa_Fatwa_Terkini

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

وَيَنْبَغِي أَنْ يَعْرِفَ الْأَصْلَحَ فِي كُلِّ مَنْصِبٍ فَإِنَّ الْوِلَايَةَ لَهَا رُكْنَانِ: الْقُوَّةُ وَالْأَمَانَةُ. كَمَا قَالَ تَعَالَى: {إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ} وَقَالَ صَاحِبُ مِصْرَ لِيُوسُفَ عَلَيْهِ السَّلَامُ إنَّك الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ

“Seharusnya bagi seseorang mengetahui (memilih) yang paling layak dalam setiap peringkat kepimpinan, kerana kepimpinan harus memiliki dua rukun, iaitu kekuatan dan amanah, sebagaimana firman Allah:

إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau pekerjakan adalah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah Al-Qoshosh, 28: 26)

Dan berkata penguasa Mesir kepada Nabi Yusuf ‘alaihissalaam:

إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ

“Sesungguhnya engkau pada hari ini di sisi kami adalah orang yang kuat lagi amanah.” (Surah Yusuf, 12: 54)” [lihat: Majmu’ Al-Fatawa, 28/253]

وبالله التوفيق وصلى الله على نبين

*Disunting oleh team ilmusunnah.com untuk kesesuaian pembaca setempat.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest