Hukum Jual Beli Anjing

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abi Mas’oud Al-Anshaari:harta haram

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ، وَمَهْرِ الْبَغِيِّ، وَحُلْوَانِ الْكَاهِنِ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari harga anjing, mahar (bayaran) pelacur, dan upah untuk al-kaahin (bomoh atau dukun).” (Shahih Al-Bukhari, no. 2237. Muslim, no. 1567)

Dari hadis Raafi’ bin Khadiij, beliau mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

شَرُّ الْكَسْبِ مَهْرُ الْبَغِيِّ، وَثَمَنُ الْكَلْبِ، وَكَسْبُ الْحَجَّامِ

“Seburuk-buruk penghasilan adalah mahar (bayaran) pelacur, harga anjing, dan penghasilan dari perbekaman.” (Shahih Muslim, no. 1568)

Dalam riwayat yang lain, dari hadis Raafi’ bin Khadiij, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ثَمَنُ الْكَلْبِ خَبِيثٌ، وَمَهْرُ الْبَغِيِّ خَبِيثٌ، وَكَسْبُ الْحَجَّامِ خَبِيثٌ

“Harga anjing adalah khabiits (buruk dan keji), mahar (bayaran) pelacur adalah khabiits, dan penghasilan bekam adalah khabiits.” (Shahih Muslim, no. 1568)

Dari hadis Abu Az-Zubair, beliau berkata:

سَأَلْتُ جَابِرًا، عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ؟ قَالَ: زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

“Aku bertanya kepada Jaabir tentang harga anjing dan kucing? Beliau jawab:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari hal tersebut.” (Shahih Muslim, no. 1569)

Disebutkan bahawa:

وَبَيْعُ الْكَلْبِ بَاطِلٌ، وَإِنْ كَانَ مُعَلَّمًا

“Jual beli anjing adalah bathil walaupun anjing yang terlatih.” (lihat: Al-Mughni, 4/189)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 857H) menyebutkan:

وَظَاهِر النَّهْي تَحْرِيم بَيْعه، وَهُوَ عَامّ فِي كُلّ كَلْب مُعَلَّمًا كَانَ أَوْ غَيْره مِمَّا يَجُوز اِقْتِنَاؤُهُ أَوْ لَا يَجُوز

“Dan yang tampak secara zahir larangan tersebut menunjukkan pengharaman jual-beli, dan ini adalah umum bagi setiap anjing sama ada anjing yang terlatih mahupun tidak, sama ada yang dibolehkan untuk dipelihara mahupun yang dilarang.” (Fathul Bari, 4/426)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

وأما النهى عن ثمن الكلب وكونه من شر الكسب وكونه خبيثا فيدل على تحريم بيعه وأنه لا يصح بيعه ولا يحل ثمنه ولا قيمة على متلفه سواء كان معلما أم لا وسواء كان مما يجوز اقتناؤه أم لا وبهذا قال جماهير العلماء منهم أبو هريرة والحسن البصرى وربيعةوالأوزاعى والحكم وحماد والشافعى وأحمد وداود وبن المنذر وغيرهم

“Adapun tentang larangan dari harga (jual-beli) anjing dan dinyatakan termasuk seburuk-buruk penghasilan dan merupakan suatu yang khabiits, demikian tentang pengharaman jual-belinya, ia adalah suatu yang tidak sah (yakni tidak halal memperjual-belikan anjing). Dan tidak halal harganya, nilainya, dan tidak diperkirakan (yakni tidak wajib mengganti) jika ia dirosakkan (atau dihilangkan) sama ada ia anjing yang terlatih ataupun bukan, dan sama ada ianya anjing yang bermanfaat ataupun tidak. Inilah pendapat yang dipegang oleh jumhur ulama yang antaranya adalah Abu Hurairah, Al-Hasan Al-Bashri, Rabi’ah, Al-Auzaa’i, Al-Hakam, Hammad, Asy-Syafi’i, Ahmad, Dawud (Adz-Dzahiri), Ibn Al-Mundzir, dan selain dari mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 10/232-233)

Adapun sebahagian ahli ilmu, mereka memberi rukhshah (keringanan) membolehkan hasil jual-beli anjing untuk berburu. (lihat Sunan At-Tirmidzi, pada hadis no. 1275, Al-Mughni oleh Ibn Qudamah (4/189-190), Syarh Shahih Muslim (10/231-233), dan selainnya) Ini adalah berdasarkan hadis dari riwayat Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ سُحْتٌ: كَسْبُ الْحَجَّامِ، وَمَهْرُ الْبَغِيِّ، وَثَمَنُ الْكَلْبِ إِلَّا الْكَلْبُ الضَّارِي

“Tiga jenis harta yang terlarang adalah penghasilan perbekaman, mahar pelacur, dan harga anjing kecuali anjing berburu.”

Namun, hadis ini adalah hadis yang dha’if (lemah) sebagaimana disebutkan oleh Ad-Daaruquthni bahawa perawi bernama Al-Walid bin ‘Ubaidillah adalah dha’if (lemah). Demikian juga dari riwayat Jaabir, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالْهِرِّ إِلَّا الْكَلْبَ الْمُعَلِّمَ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari harga anjing dan kucing, kecuali anjing yang terlatih.”

Al-Imam Ad-Daaruquthni menyatakan, perawinya yang bernama Al-Hasan bin Abi Ja’far adalah dha’if. Demikian juga kata Imam Ahmad. Al-Imam An-Nawawi menegaskan tentang riwayat yang mengecualikan larangan bagi anjing berburu atau anjing terlatih, katanya:

دليل الجمهور هذه الأحاديث وأما الأحاديث الواردة في النهى عن ثمن الكلب الا كلب صيد وفي رواية الا كلبا ضاريا وأن عثمان غرم انسانا ثمن كلب قتله عشرين بعيرا وعن بن عمرو بن العاص التغريم في اتلافه فكلها ضعيفة بإتفاق أئمة الحديث وقد أوضحتها في شرح المهذب في باب ما يجوز بيعه

“Dalil jumhur ulama adalah hadis-hadis dalam perbahasan ini (yakni dalil-dalil yang menegaskan terlarangnya hasil jual beli anjing secara umum tanpa pengkhususan atau pengecualian – pent.).

Adapun hadis-hadis yang berkaitan dengan larangan atas harga anjing kecuali anjing untuk berburu, dan dalam satu riwayat menyebutkan, “… kecuali anjing yang terlatih..” disebutkan pula ‘Utsman memberi ganti rugi kepada seseorang sebanyak dua puluh unta atas anjing yang dibunuhnya. Dan juga riwayat daripada ‘Amru bin Al-‘Aash yang menyebutkan bahawa perlu memberi ganti-rugi kerana menghilangkan anjing, maka sebenarnya semua riwayat ini adalah dha’if (lemah) dengan ittifaq (kesepakatan) para ulama hadis. Aku telah merincikannya dalam kitab Syarh Al-Muhadzdzab pada bab “Apa-apa yang dibolehkan untuk jual-beli.”.” (Syarah Shahih Muslim, 10/233)

Kemudian dikuatkan lagi dengan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ، وَإِنْ جَاءَ يَطْلُبُ ثَمَنَ الْكَلْبِ فَامْلَأْ كَفَّهُ تُرَابًا

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari harga anjing, jika ada yang datang meminta harga anjing maka taburkanlah debu ke tangannya.” (Sunan Abi Dawud, no. 3482. Musnad Ahmad, no. 2512. Kata Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth, isnadnya sahih)

Baca artikel lengkap di, https://ilmusunnah.com/?p=11567

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest