Hukum Duduk Berkumpul-kumpul Sempena Kematian

Hukum Duduk Berkumpul-kumpul Sempena Kematian

www.ilmusunnah.com

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah wafat (204H) berkata:

وَأَكْرَهُ الْمَأَتِمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحَدِّدُ الْحُذْنَ وَ يُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى مِنَ الَأَثَرَ.

“Dan aku membenci Al-Ma-aatam iaitu berkumpul-kumpul (sempena kematian di rumah si mati – pent.) walaupun tanpa diiringi tangisan kerana perkara tersebut akan memperbaharui kesedihan dan membebani perbelanjaan (bagi ahli keluarga si mati) serta berdasarkan atsar yang telah lalu.” (Al-Umm, 1/279 – Maktabah Syamilah)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

قال الشافعي وأصحابنا رحمهم الله:

يكره الجلوس للتعزية قالوا:

يعني بالجلوس أن يجتمع أهل الميت في بيت ليقصدهم من أراد التعزية، بل ينبغي أن يتصرفوا في حوائجهم ولا فرق بين الرجال والنساء في كراهة الجلوس لها،

صرح به المحاملي، ونقله عن نص الشافعي رضي الله عنه، وهذه كراهة تنزيه إذا لم يكن معها محدث آخر فإن ضم إليها أمر آخر من البدع المحرمة كما هو الغالب منها في العادة، كان ذلك حراما من قبائح المحرما، فإنه محدث وثبت في الحديث الصحيح:

إن كل محدث بدعة وكل بدعة ضلالة

“Berkata Imam Asy-Syafi’i dan para sahabat kami rahimahumullaah:

“Dibenci perbuatan duduk-duduk untuk berta’ziah.” Mereka berkata:

“Iaitu duduk-duduk itu adalah bahawa berkumpulnya ahli keluarga si mati di dalam suatu rumah dengan maksud supaya dapat berta’ziah (sebaik selesai pengebumian) bagi yang mahu, tetapi yang sepatutnya mereka lakukan adalah dengan pergi menunaikan keperluan mereka masing-masing, tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan tentang dibencinya duduk-duduk untuk perkara tersebut.”

Telah dijelaskan oleh Al-Muhamili dan beliau menukilkan dari nash (perkataan) Imam Asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu, ini adalah perkara yang dibenci, iaitu apabila tidak disertai dengan perbuatan bid’ah yang lain, dan apabila dia menggabungkannya dengan suatu perbuatan bid’ah yang diharamkan yang lainnya sebagaimana yang sering terjadi pada adat kebiasaan (seperti bertahlilan, meratap, makan-makan, membacakan Al-Qur’an, dll. – pent.), maka ini adalah haram hukumnya dan termasuk dari seburuk-buruk keharaman, kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang Muhdats (bid’ah), dan telah tsabit di dalam hadis yang sahih:

“Sesungguhnya setiap perkara yang baru (yang diada-adakan) itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (An-Nawawi, Al-Adzkar, m/s. 303-304 – Daar Ibnu Khuzaimah, Tahqiq Amir ‘Ali Yasin)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

وأما اصلاح اهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شئ وهو بدعة غير مستحبة. هذا كلام صاحب الشامل ويستدل لهذا بحديث جرير بن عبد الله رضى الله عنه قال ” كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنيعة الطعام بعد دفنه من النياحة ” رواه احمد بن حنبل وابن ماجه باسناد صحيح وليس في رواية ابن ماجه بعد دفنه

“Berkata penulis Asy-Syaamil dan selainnya:

Adapun apabila keluarga si mati membuatkan makanan dan mengundang manusia untuk makan-makan, maka perkara tersebut tidaklah dinukil sedikit pun (dari para ulama) bahkan ia termasuk bid’ah, bukan sunnah.

Ini adalah perkataan penulis Asy-Syaamil dan beliau berdalil dengan hadis Jariir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anu:

“Kami menganggap berkumpul-kumpul di rumah keluarga si mati setelah penguburannya dengan membuat makanan adalah sebahagian dari niyaahah (ratapan).” Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dan Ibn Majah dengan sanad yang sahih, dan pada riwayat Ibn Majah tanpa lafaz “… setelah penguburannya.”..” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 5/320)

Barisan penyusun Al-Fiqh Al-Manhaji menyebutkan:

انشغال أهل الميت بصنع الطعام وجمع الناس عليه، كما هو المعتاد في هذا العصر، بدعة تناقض السنة وتخالفها مخالفة شديدة.

“Sibuknya ahli keluarga si mati dengan menyediakan makanan dan mengumpulkan manusia padanya (sebaik pengebumian), sebagaimana yang biasa berlaku di zaman ini, ini merupakan bid’ah yang menyelisihi sunnah dengan penyelisihan yang sangat berat.” (Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/263 – Maktabah Syamilah)

3 hal yang bermanfaat setelah mati

Niyaahah termasuk tradisi jahiliyyah

Dari hadis Abu Musa Al-Asy’ari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ، لَا يَتْرُكُونَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ، وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ، وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ، وَالنِّيَاحَةُ ” وَقَالَ: «النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا، تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ، وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

“Empat perkara pada umatku yang berasal dari tradisi jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan: Berbangga-bangga dengan nasab, mencela nasab, meyakini turunnya hujan dengan nujum (perbintangan) dan niyaahah (meratapi kematian).”

Lalu beliau bersabda, “Orang yang melakukan niyaahah yang tidak bertaubat sebelum matinya, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan dikenakan padanya pakaian yang berlumuran cairan tembaga, serta mantel yang menyebabkan gatal.” (Shahih Muslim, no. 934)

Sahabat Nabi, Jariir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ

“Kami (para sahabat) memandang berkumpul-kumpul di rumah keluarga jenazah dengan membuat makanan adalah sebahagian dari niyaahah (ratapan).” (Sunan Ibn Majah, no. 1612. Dinilai sahih oleh An-Nawawi dan Al-Albani)

Manakala dalam Musnad Ahmad, daripada Jariir:

كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ

“Kami menganggap berkumpul-kumpul di rumah keluarga si mati setelah penguburannya dengan membuat makanan adalah sebahagian dari niyaahah (ratapan).” (Musnad Ahmad, 6905. Dinilai sahih oleh An-Nawawi dan Syu’aib Al-Arnauth)

Al-Imam Ibnu Qadamah rahimahullah menjelaskan:

فَأَمَّا صُنْعُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِلنَّاسِ، فَمَكْرُوهٌ؛ لِأَنَّ فِيهِ زِيَادَةً عَلَى مُصِيبَتِهِمْ، وَشُغْلًا لَهُمْ إلَى شُغْلِهِمْ، وَتَشَبُّهًا بِصُنْعِ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ. وَرُوِيَ أَنَّ جَرِيرًا وَفَدَ عَلَى عُمَرَ، فَقَالَ: هَلْ يُنَاحُ عَلَى مَيِّتِكُمْ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَهَلْ يَجْتَمِعُونَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ، وَيَجْعَلُونَ الطَّعَامَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: ذَاكَ النَّوْحُ

“Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai, maka itu adalah perkara yang dibenci, kerana padanya akan menambah musibah mereka (yakni bebanan) dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka, dan ianya menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Dan telah diriwayatkan bahawasanya Jariir pernah datang bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar bertanya: “Adakah niyaahah (ratapan) dilakukan atas mayat (kaum) kalian?” Jawab Jarir: “Tidak.” ‘Umar bertanya lagi: “Adakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makan-makan (sempena kematian)?”Jawab Jarir: “Ya, benar.” ‘Umar pun berkata: “Itulah ratapan!” (Al-Mughni, 2/410)

Meringankan Beban Ahli Keluarga Si Mati

Inilah antara yang disunnahkan berdasarkan hadis ‘Abdillah bin Ja’far, ketika datang berita tentang meninggalnya Ja’far radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا، فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ

“Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka.” (Sunan Abi Dawud, no. 3132. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Di hadis yang lain, dari hadis ‘Urwah, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha (isteri Nabi):

أَنَّهَا كَانَتْ إِذَا مَاتَ المَيِّتُ مِنْ أَهْلِهَا، فَاجْتَمَعَ لِذَلِكَ النِّسَاءُ، ثُمَّ تَفَرَّقْنَ إِلَّا أَهْلَهَا وَخَاصَّتَهَا، أَمَرَتْ بِبُرْمَةٍ مِنْ تَلْبِينَةٍ فَطُبِخَتْ، ثُمَّ صُنِعَ ثَرِيدٌ فَصُبَّتِ التَّلْبِينَةُ عَلَيْهَا، ثُمَّ قَالَتْ: كُلْنَ مِنْهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «التَّلْبِينَةُ مُجِمَّةٌ لِفُؤَادِ المَرِيضِ، تَذْهَبُ بِبَعْضِ الحُزْنِ

“Bahawasanya, jika ada salah seorang dari keluarga ‘Aisyah meninggal, maka berkumpullah kaum wanita, lalu kemudian mereka beredar kecuali pihak keluarganya dan orang-orang yang terdekat. ‘Aisyah memerintahkan agar disediakan hidangan masakan talbinah dalam kadar seperiuk kecil. Kemudian dibuatkan juga bubur dicampurkan pada talbinah.

Kemudian ‘Aisyah berkata, “Makanlah ia, kerana aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Talbinah berkhasiat menenangkan hati orang yang sakit, serta menghilangkan sebahagian dari kesedihan.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5417)

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أو ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ في يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فإن ذلك سُنَّةٌ وَذِكْرٌ كَرِيمٌ وهو من فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا لِأَنَّهُ لَمَّا جاء نَعْيُ جَعْفَرٍ قال رسول اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم اجْعَلُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فإنه قد جَاءَهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

“Dan aku menyukai jika para jiran tetangga si mati atau para kerabatnya untuk membuat makanan bagi keluarga mayat yang dapat mengenyangkan mereka pada siang dan malam hari kematian si mati. Kerana yang demikian itu adalah sunnah, bentuk kemuliaan, dan merupakan perbuatan ahl al-khayrr (orang-orang yang baik) sebelum kami dan setelah kami, kerana pada ketika datang berita kematian Ja’far, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’afar, kerana telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka.” (Al-Umm, 1/278)

Selain itu, turut disunnahkan agar memotivasikan keluarga si mati supaya bersabar dan bertenang.

Wallaahu ‘alam.