Hukum Berkabung Sempena Kematian Raja Dan Pemimpin
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
www.ilmusunnah.com
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهداه أما بعد
“Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam semoga tercurah ke atas Rasulullah, keluarganya, dan para sahabatnya serta atas sesiapa yang mengikuti petunjuknya. Amma Ba’d:
فقد جرت عادة الكثير من الدول الإسلامية في هذا العصر بالأمر بالإحداد على من يموت من الملوك والزعماء لمدة ثلاثة أيام أو أقل أو أكثر مع تعطيل الدوائر الحكومية وتنكيس الأعلام، ولا شك أن هذا العمل مخالف للشريعة المحمدية، وفيه تشبه بأعداء الإسلام
Sudah menjadi tradisi kebanyakan dari negara Islam di masa sekarang dengan memerintahkan upacara al-ihdaad (perkabungan) atas matinya seseorang dari kalangan para raja atau pemimpin selama tiga hari, atau kurang ataupun lebih, disertai pula dengan memberi cuti kepada institusi-institusi kerajaan (atau pemerintahan), lalu menaikkan bendera separuh tiang. Tanpa syak bahawa perbuatan ini adalah menyalahi syari’at Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan termasuk perbuatan menyerupai musuh-musuh Islam.
وقد جاءت الأحاديث الصحيحة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم تنهى عن الإحداد وتحذر منه إلا في حق الزوجة فإنها تحد على زوجها أربعة أشهر وعشرا، كما جاءت الرخصة عنه صلى الله عليه وسلم للمرأة خاصة أن تحد على قريبها ثلاثة أيام فأقل، أما ما سوى ذلك من الإحداد فهو ممنوع شرعاً
Diriwayatkan dalam hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang melarang perbuatan berkabung, dan beliau memberi tahdzir (peringatan) darinya melainkan bagi para isteri, maka si isteri dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. Sebagaimana diriwayatkan rukhshah (keringanan) daripada beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam khusus bagi kaum wanita untuk berkabung terhadap kaum kerabatnya selama tiga hari atau kurang.[1]
Adapun amalan berkabung selain dari yang demikian, maka itu dilarang oleh syara’.
وليس في الشريعة الكاملة ما يجيزه على ملكٍ أو زعيمٍ أو غيرهما، وقد مات في حياة النبي صلى الله عليه وسلم ابنه إبراهيم وبناته الثلاث وأعيان آخرون فلم يحد عليهم عليه الصلاة والسلام
Tidak terdapat dalam syari’at yang sempurna ini yang membolehkan amalan berkabung sempena kematian raja atau pemimpin, atau selain mereka. Di masa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berlaku kewafatan anak lelaki beliau Ibrahim dan tiga orang anak perempuan beliau, serta belaku pula kewafatan orang-orang ternama lainnya, maka tidaklah Nabi ‘alaihish sholaatu was salaam berkabung sempena mereka.
وقتل في زمانه أمراء جيش مؤتة: زيد بن حارثة، وجعفر بن أبي طالب، وعبد الله بن رواحة رضي الله عنهم فلم يحد عليهم، ثم توفي النبي صلى الله عليه وسلم وهو أشرف الخلق وأفضل الأنبياء وسيد ولد آدم، والمصيبة بموته أعظم المصايب ولم يحد عليه الصحابة رضي الله عنهم
Dan telah terbunuh di masa beliau para pemimpin perang Mu’tah (iaitu): Zaid bin Haaritsah radhiyallahu ‘anhu, Ja’far bin Abi Thalib, dan ‘Abdullah bin Rawaahah radhiyallahu ‘anhum, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak ada melaksanakan hari perkabungan terhadap mereka. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat, sedangkan beliau adalah makhluk yang paling mulia, nabi yang paling afdhal (utama) dan merupakan sayyid (pemimpin) anak keturunan Adam. Dan musibah dengan kematian beliau adalah merupakan musibah terbesar, dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak ada pula melaksanakan hari berkabung ke atas Nabi Shallallahu’alaihi wa Sallam.
ثم مات أبو بكر الصديق رضي الله عنه وهو أفضل الصحابة، وأشرف الخلق بعد الأنبياء فلم يحدوا عليه، ثم قتل عمر وعثمان وعلي رضي الله عنهم وهم أفضل الخلق بعد الأنبياء وبعد أبي بكر الصديق فلم يحدوا عليهم، وهكذا مات الصحابة جميعا فلم يحد عليهم التابعون، وهكذا مات أئمة الإسلام وأئمة الهدى من علماء التابعين ومن بعدهم؛ كسعيد بن المسيب، وعلي بن الحسين زين العابدين، وابنه محمد بن علي، وعمر بن عبد العزيز، والزهري، والإمام أبي حنيفة، وصاحبيه، والإمام مالك بن أنس، والأوزاعي والثوري، والإمام الشافعي، والإمام أحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه، وغيرهم من أئمة العلم والهدى فلم يحد عليهم المسلمون
Kemudian Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu juga wafat dan beliau adalah sahabat yang paling utama dan makhluk yang paling mulia setelah para nabi, (tidak juga diadakan acara perkabungan). Kemudian ketika terbunuhnya ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali radhiyallahu ‘anhum, sedangkan mereka adalah makhluk yang paling afdhal setelah para nabi dan setelah ‘Abu Bakr Ash-Shiddiq, tidak ada para sahabat yang melaksanakan perkabungan sempena kewafatan mereka. Dan seperti inilah para sahabat meninggal dunia, tidaklah para tabi’in melaksanakan hari berkabung. Dan demikian pula pada kewafatan para pemimpin Islam dan imam petunjuk dari kalangan ulama tabi’in dan ulama setelah mereka seperti Sa’id bin Al-Musayyab, ‘Ali bin Al-Husain Zainal ‘Abidin dan anak lelakinya Muhammad bin ‘Ali, ‘Umar bin Abdil Aziz, Az-Zuhri, Al-Imam Abi Hanifah dan dua sahabatnya, Al-Imam Malik, Al-Auza’i, Ats-Tsauri, Al-Imam Asy-Syafi’i, Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan para ulama lainnya selain mereka dari kalangan imam petunjuk, tidaklah ada kaum muslimin yang melaksanakan hari perkabungan sempena kematian mereka.
ولو كان خيرا لكان السلف الصالح إليه أسبق، والخير كله في اتباعهم والشر كله في مخالفتهم وقد دلت سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم التي أسلفنا ذكرها على أن ما فعله سلفنا الصالح من ترك الإحداد على غير الأزواج هو الحق والصواب، وأن ما يفعله الناس اليوم من الإحداد على الملوك والزعماء أمر مخالف للشريعة المطهرة مع ما يترتب عليه من الأضرار الكثيرة وتعطيل المصالح والتشبه بأعداء الإسلام
Jika amalan (berkabung) tersebut baik, nescaya generasi terbaik terdahulu telah lebih awal melaksanakannya, yang mana kebaikan seluruhnya itu adalah dengan mengikuti mereka, manakala keburukan seluruhnya itu adalah pada menyalahi mereka. Dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang telah kami sebutkan menunjukkan bahawa yang dilakukan oleh generasi terbaik terdahulu berupa meninggalkan al-ihdaad (hari berkabung) ke atas selain suami adalah yang haq dan benar, manakala apa yang dilakukan manusia pada hari ini dari kalangan mereka yang melaksanakan al-ihdaad ke atas para raja dan pemimpin merupakan perkara yang menyalahi syari’at yang suci yang padanya disertai bahaya yang banyak dan menyerupai amalan musuh-musuh Islam.
وبذلك يعلم أن الواجب على قادة المسلمين وأعيانهم: ترك هذا الإحداد، والسير على نهج سلفنا الصالح من الصحابة ومن سلك سبيلهم، والواجب على أهل العلم: تنبيه الناس على ذلك وإعلامهم به أداء لواجب النصيحة، وتعاونا على البر والتقوى. ولما أوجب الله سبحانه من النصيحة لله ولكتابه ولرسوله صلى الله عليه وسلم ولأئمة المسلمين وعامتهم رأيت تحرير هذه الكلمة الموجزة.
Dengan penjelasan tersebut dapatlah diketahui bahawa para pemimpin dan pembesar kaum muslimin wajib untuk meninggalkan amalan al-ihdaad (hari perkabungan) ini dengan kembali meniti jalan para pendahulu terbaik kita dari kalangan para sahabat dan mereka yang mengikuti jalan mereka. Dan para ahli ilmu berkewajiban untuk memberi peringatan dan penjelasan dalam rangka memberi nasihat dan tolong-menolong di atas kebaikan dan taqwa. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan nashihah (mempertuluskan sikap) kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para pemimpin kaum muslimin dan masyarakat mereka. Saya merasa perlu menghuraikan kata-kata yang singkat ini.
وأسأل الله عز وجل أن يوفق قادة المسلمين وعامتهم لكل ما فيه رضاه والتمسك بشريعته والحذر مما خالفها، وأن يصلح قلوبنا وأعمالنا جميعا إنه سميع الدعاء قريب الإجابة. وصلى الله وسلم على نبينا محمد وآله وأصحابه
Saya memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar memberi taufiq kepada pemimpin kaum muslimin dan masyarakatnya menuju setiap sesuatu yang mengandungi redha-Nya, berpegang dengan syari’at-Nya seraya takut menyalahinya, dan semoga Dia memperbaiki hati dan amal perbuatan kita semua. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar doa, dan maha dekat untuk meng-ijabahinya. Semoga selawat dan salam sentiasa tercurah ke atas Nabi kita Muhammad, keluarganya, dan para sahabatnya.
Sumber:
Majmu’ Fataawa wa Maqaalat Mutanawwi’ah oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, 22/229, himpunan oleh Syaikh Muhammad bin Sa’id Asy-Syuwa’ir. (Link: http://www.binbaz.org.sa/mat/8165)
[1] Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ، أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلاَثٍ، إِلَّا عَلَى زَوْجٍ، فَإِنَّهَا تُحِدُّ عَلَيْهِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhir untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas sebab kematian suaminya, maka dia berkabung atas sebab tersebut selama empat bulan sepuluh hari.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1280. Shahih Muslim, no. 1419)
Di mana hakikat asal makna berkabung ini dalam bahasa ‘Arabnya adalah al-hadaad (الْحَدَادُ) atau disebut sebagai (الإِحدَاد). Iaitu amalan khas bagi kaum wanita agar tetap berdiam di rumahnya dan tidak keluar tanpa sebarang keperluan yang mendesak, serta dengan tidak mengenakan perhiasan sama ada berupa pakaian yang menarik perhatian, wangi-wangian, celak mata, atau yang lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya disebabkan kematian suaminya atau salah seorang dari ahli keluarganya yang terdekat.
Namun tidak boleh menzahirkan kesedihan atau berkabung dengan mengikuti praktik kaum kafir seperti memakai pakaian khas perkabungan, mengenakan pakaian hitam, memakai lilit putih pada pakaian, meratapi dan menangisi musibah, atau yang seumpama dengannya.
Demikianlah yang diajarkan oleh Islam. Wallahu a’lam.