Hukum Asal Pengawalan dan Penetapan Harga Barang Adalah Dilarang

Hukum Asal Pengawalan dan Penetapan Harga Barang Adalah Dilarang

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:pricing-fix

 

غَلَا السِّعْرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، سَعِّرْ لَنَا، فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ المُسَعِّرُ، القَابِضُ، البَاسِطُ، الرَّزَّاقُ، وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ

“Pernah berlaku kenaikan harga barangan di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka orang-orang pun berkata kepada Rasulullah:

“Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami?” Maka Rasulullah pun bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dia-lah Al-Musa’-ir (yang menetapkan harga), Al-Qaabidh (yang menyempitkan rezeki), Al-Baasith (yang melapangkan rezeki), dan Ar-Rozzaaq (yang maha memberi rezeki).

Dan sesungguhnya aku berharap bertemu dengan Rabb-ku dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntut perbuatan zalim yang pernah aku lakukan kepadanya, sama ada berupa darah ataupun harta.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1314. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi. Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

Kata Syaikh Faishal Ibn ‘Abdil ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376):

الحديث دليل على أن التسعير حرام لأنه مظلمة، وإلى هذا ذهب أكثر العلماء، وقال بعضهم يجوز تسعير الحم ونحوه لمصلحة

“Hadis ini adalah dalil bahawa perbuatan menetapkan (yakni mengawal atau menghadkan) harga barangan adalah haram, kerana ia merupakan bentuk kezaliman (khasnya bagi para peniaga atau pembeli). Dan inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan dari para ulama. Manakala sebahagian ulama membolehkan pengawalan harga barang-barang keperluan (yakni dilakukan oleh pihak pemerintah) semisal daging dan semisalnya bagi tujuan kemaslahatan.” (Mukhtasharul Kalaam ‘ala Bulughil Maraam, no. 836)

Wallaahu a’lam.