Fatwa Ibn Taimiyyah Tentang Maulid Nabi
dan Perayaan-Perayaan Bid’ah

www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menegaskan:

dua perkara yang ditinggalkan nabiوَأَمَّا اتِّخَاذُ مَوْسِمٍ غَيْرِ الْمَوَاسِمِ الشَّرْعِيَّةِ كَبَعْضِ لَيَالِي شَهْرِ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ الَّتِي يُقَالُ: إنَّهَا لَيْلَةُ الْمَوْلِدِ أَوْ بَعْضِ لَيَالِيِ رَجَبٍ أَوْ ثَامِنَ عَشَرَ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ أَوَّلِ جُمْعَةٍ مِنْ رَجَبٍ أَوْ ثَامِنِ شَوَّالٍ الَّذِي يُسَمِّيهِ الْجُهَّالُ عِيدَ الْأَبْرَارِ فَإِنَّهَا مِنْ الْبِدَعِ الَّتِي لَمْ يَسْتَحِبَّهَا السَّلَفُ وَلَمْ يَفْعَلُوهَا وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ

“Adapun mengadakan sambutan-sambutan (atau masa-masa khas) perayaan (atau peribadahan) selain dari yang disyari’atkan, seperti sempena malam-malam bulan Rabi’ Al-Awwal yang mana disebut sebagai malam Maulid (Nabi), atau malam-malam bulan Rajab, atau sempena tarikh 18 Dzulhijjah, atau awal Juma’at bulan Rajab, atau hari ke-8 bulan Syawwal yang disebutkan oleh orang-orang yang jahil dengan nama ‘Ied Al-Abraar, maka semua itu termasuk bid’ah yang tidak disunnahkan oleh para salaf dan tidak pernah dilakukan oleh mereka. Wallaahu Subhaanahu wa Ta’ala a’lam.” (Majmu’ Al-Fatawa Ibn Taimiyyah, 25/298)

Di sumber yang lain, Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) turut menjelaskan:

وذلك أن أعياد أهل الكتاب والأعاجم نهي عنها لسببين.  أحدهما أن فيها مشابهة للكفار، والثاني أنها من البدع، فما أحدث من المواسم والأعياد فهو منكر وإن لم يكن فيه مشابهة لأهل الكتاب لوجهين. فما أحدث من المواسم و الأعياد هو منكر، وإن لم يكن فيها مشابهة لأهل الكتاب؛ لوجهين:

“Perayaan-perayaan (atau hari kebesaran atau hari-hari yang dimuliakan) ahli kitab dan a’jam itu dilarang dengan dua alasan:

Salah satu dari keduanya, bahawa padanya menyerupai orang-orang kafir.

Yang keduanya, bahawa ia termasuk bid’ah. Maka apa-apa yang diadakan dari sambutan-sambutan perayaan atau festival, maka ia termasuk kemungkaran walaupun tidak ada keserupaan dengan Ahli Kitab padanya, dan ini disebabkan dua perkara:

أحدهما: أن ذلك داخل في مسمى البدع والمحدثات، فيدخل فيما رواه مسلم في صحيحه عن جابر – رضي الله عنهما – قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ خطب احمرت عيناه، وعلا صوته، واشتد غضبه، حتى كأنه منذر جيش يقول صبحكم ومساكم، ويقول:

بُعثت أنا والساعة كهاتين – ويقرن بين أصبعيه: السبابة والوسطى – ويقول:

أما بعد، فإن خير الحديث كتاب الله، وخير الهدي هدي محمد، وشر الأمور محدثاتها، وكل بدعة ضلالة

وفي رواية للنسائي:

وكل بدعة ضلالة في النار

[Pertama] Kerana semua acara (atau sambutan) tersebut termasuk dalam makna bid’ah dan suatu yang muhdatsat (perkara yang baru yang diada-adakan dalam agama), sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya, dari Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:ulama pewaris nabi

“Bahawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam apabila berkhutbah, maka matanya memerah, suaranya meninggi, dan kemarahannya memuncak sampai seakan-akan beliau seperti pemberi arahan kepada tentera. Beliau berkata:

“Semoga Allah memberkahi kalian di waktu pagi dan petang kalian.” Kemudian beliau berkata: “Aku diutus dan hari kiamat seperti ini…” – sambil berisyarat mendekatkan antara dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah lalu bersabda:

“Amma ba’d, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk urusan adalah yang muhdatsaat (yang diada-adakan dalam agama). Dan setiap bid’ah adalah sesat.”

Dalam riwayat An-Nasa’i:

“Setiap bid’ah adalah sesat, tempatnya neraka.”

وفيما رواه مسلم – أيضاً – في الصحيح عن عائشة – رضي الله عنها – عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد.

وفي لفظ في الصحيحين:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد.

Muslim juga meriwayatkan dari Shahih-nya dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

“Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak.”

Manakala lafaz di Ash-Shahihain disebutkan:

“Siapa yang mengada-adakan suatu amalan yang baru dalam perkara kami yang tidak termasuk di dalamnya, maka ia tertolak.”

وفي الحديث الصحيح الذي رواه أهل السنن عن العرباض بن سارية عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال:

إنه من يعش منكم فسير اختلافاً كثيراً فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، تمسكوا بها، وعضُّو عليها بالنواجذ، وإياكم ومحدثات الأمور، فإن كل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة.

Dalam hadis sahih lain yang diriwayatkan oleh Ahlus Sunan dari Al-‘Irbaadh bin Saariyyah, dari Nabi Shallallaahu ’alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

“Sesungguhnya siapa di antara kalian yang hidup (berumur panjang) setelahku, maka kelak dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia walau dengan geraham. Awasilah (jauhilah) perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap perkara baru yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.”

وهذه قاعدة قد دلت عليها السنة والإجماع، مع ما في كتاب الله من الدلالة عليها أيضاً . قال الله تعالى: {أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ…}. فمن ندب إلى شيء يتقرب به إلى الله أو أوجبه بقوله أو بفعله ، من غير أن يشرعه الله ، فقد شرع من الدين ما لم يأذن به الله ، ومن اتبعه في ذلك فقد اتخذ شريكاً لله ، شرع من الدين ما لم يأذن به الله…

Semua ini adalah kaedah berdasarkan As-Sunnah dan ijma’, yang dikuatkan bersamanya oleh dalil-dalil dari Kitab Allah (Al-Qur’an). Allah Ta’ala berfirman:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

“Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (Surah Asy-Syuura, 42: 21)

Maka siapa yang memperuntukkan sesuatu (amalan) yang dengannya dia bertaqarrub kepada Allah, atau mewajibkannya sama ada dengan perkataan atau perbuatan, selain dari apa yang disyari’atkan oleh Allah, maka dia telah membuat syari’at (baru) dalam agama, dari apa yang tidak diizinkan Allah. Siapa yang mengikuti pada yang demikian, sesungguhnya dia telah menjadikan sekutu bagi Allah dan membuat syari’at dalam agama dari apa-apa yang tidak diizinkan oleh Allah…”menyelisihi nabi dan mempertikaikan dengan banyak tanya

فصل: قد تقدم أن العيد يكون اسماً لنفس المكان، ولنفس الزمان، ولنفس الاجتماع، وهذه الثلاثة قد أحدث منها أشياً.

Pasal: Telah dijelaskan di perbahasan terdahulu bahawa Al-‘Ied (hari raya) adalah sebutan untuk mengenang tempat, waktu, dan persitiwa secara bersama. Ketiga-tiga ini telah menyebabkan banyak perkara.

أما الزمان فثلاثة أنواع، ويدخل فيها بعض أعياد المكان والأفعال:

Adapun ‘Ied yang berkaitan waktu terdiri dari tiga bentuk, dan masuk di dalamnya sebahagian perayaan-perayaan (atau sambutan) yang merujuk kepada tempat dan peristiwa (atau perbuatan):

أحدها: يوم لم تعظمه الشريعة الإسلامية أصلاُ، ولم يكن له ذكر في السلف ولا جرى فيه ما يوجب تعظيمه، مثل: أول خميس من رجب، وليلة تلك الجمعة التي تسمى الرغائب فإن تعظيم هذا اليوم والليلة إنما حدث في الإسلام بعد المائة الرابعة وروي فيه حديث موضوع باتفاق العلماء…

Pertama: Hari yang sama sekali tidak diagungkan dalam syari’at Islam, tidak dijadikan suatu yang disebut-sebut (atau punya keistimewaan) di sisi para salaf, dan tidak adanya suatu yang padanya keharusan untuk diagungkan (menurut Islam), seperti Khamis pertama bulan Rajab, malam Juma’at pertama bulan Rajab yang disebut dengan malam Ar-Raghaa’ib, kerana pengagungan terhadap hari dan malam tersebut merupakan suatu yang baru di dalam Islam yang hanya berlaku setelah abad yang keempat yang diriwayatkan berdasarkan hadis yang maudhu’ (palsu) dengan ittifaq (kesepakatan) ulama…

النوع الثاني: ما جرى فيه حادثة كما كان يجري في غيره، من غير أن يوجب ذلك جعله موسماً، ولا كان السلف يعظمونه: كثامن عشر ذي الحجة الذي خطب النبي صلى الله عليه وسلم فيه بغدير خم مراجعة من حجة الوداع

Bentuk yang kedua: Hari yang di dalamnya terjadi suatu peristiwa yang juga terjadi pada hari-hari lainnya sehingga tidak boleh dijadikan sebagai musim tertentu (secara khusus), dan tidak pula diagungkan oleh para salaf. Misalnya, tarikh 18 Dzulhijjah di mana pada hari tersebut Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah di Ghadir Khum, ketika beliau kembali dari haji Wada’…

وكذلك ما يحدثه بعض الناس: إما مضاهاة للنصارى في ميلاد عيسى-عليه السلام-، وإما محبة للنبي صلى الله عليه وسلم، والله قد يثيبهم على هذه المحبة والاجتهاد لا على البدع – من اتخاذ مولد النبي صلى الله عليه وسلم عيداً مع اختلاف الناس في مولده، فإن هذا لم يفعله السلف مع قيام المقتضي له، وعدم المانع فيه

Demikian pula apa yang diada-adakan oleh sebahagian manusia, sama ada yang tujuannya untuk menyaingi (atau menyamai) orang-orang Nashara atas kelahiran ‘Isa ataupun bertujuan (menzahirkan) kecintaan terhadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan Allah pasti memberi ganjaran atas ijtihad (usaha, kesungguhan) dan kecintaan mereka (kepada Nabi), namun tidak atas bid’ah-bid’ah mereka, yakni seperti menjadikan kelahiran Nabi sebagai ‘ied (hari yang diraikan), sedangkan dalam masa sama orang-orang telah berselisih (yakni berbeza pendapat) pada tarikh kelahiran beliau Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, dan kerana sambutan-sambutan seperti ini (yakni sambutan maulid Nabi) tidak pernah dilakukan oleh para salaf (yakni generasi awal dari kalangan sahabat-sahabat Nabi mahupun para tabi’in), walaupun mereka punya kesempatan untuk melaksanakannya dan tidak ada halangan bagi mereka untuk melakukannya.

 لو كان خيراً، ولو كان خيراً محضاً أو راجحاً لكان السلف – رضي الله عنهم- أحق به منا، فإنهم كانوا أشد محبة لرسول الله صلى الله عليه وسلم وتعظيماً له منا، وهم على الخير أحرص،

Kalaulah sambutan-sambutan (sempena maulid) tersebut baik, atau membawa hasil yang baik, tentu para salaf lebih berhak (dan telah lebih dahulu melaksanakan) berbanding kita, kerana mereka adalah orang-orang yang tersangat cintanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan mereka adalah orang-orang yang lebih mengagungkan Nabi berbanding kita. Dan mereka lebih tinggi keinginannya kepada kebaikan.

إنما كمال محبته وتعظيمه في متابعته، وطاعته واتباع أمره، وإحياء سنته باطناً وظاهراً، ونشر ما بعث به، والجهاد على ذلك بالقلب واليد واللسان، فإن هذه طريقة السابقين الأولين من المهاجرين والأنصار، والذين اتبعوهم بإحسان،

Hakikat yang perlu difahami, kesempurnaan cinta dan pengagungan (kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah dengan cara mengikutinya, mentaatinya, patuh dan melaksanakan perintahnya, menghidupkan sunnahnya secara bathin dan zahir, menyebarkan apa-apa yang diwahyukan kepadanya, dan berjihad pada yang demikian dengan hati, tangan, dan lisan. Kerana itulah jalan yang ditempuh oleh As-Saabiqiin Al-Awwaliin (generasi yang paling awal masuk Islam) dari kalangan Al-Muhajirin dan Al-Anshaar, serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan ihsan (baik dan benar).senang dengan sunnah, golongan nabi

وأكثر هؤلاء الذين تجدهم حرَّاصاً على أمثال هذه البدع-مع ما لهم فيها من حُسن القصد والاجتهاد الذي يرجى لهم بهما المثوبة – تجدهم فاترين في أمر الرسول صلى الله عليه وسلم عما أُمروا بالنشاط فيه، وإنما هم بمنزلة من يزخرف المسجد ولا يصلي فيه ،أو يصلي فيه قليلاً ،وبمنزلة من يتخذ المسابيح والسجادات المزخرفة، وأمثال هذه الزخارف الظاهرة التي لم تُشرع، ويصحبها من الرياء والكِبْر، والاشتغال عن المشروع ما يفسد حال صاحبها.

Kebanyakan orang-orang yang gigih melaksanakan bid’ah-bid’ah semisal ini (yakni seperti peringatan dan sambutan-sambutan maulid) yang mungkin padanya mereka punya tujuan dan usaha untuk menggapai pahala dengannya. Kerana usaha mengikuti perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu bukan semata-mata berkobar-kobar pada semangat.

Hakikatnya kedudukan mereka seperti orang yang (bersemangat) memperindah masjid-masjid, namun mereka tidak bersolat padanya. Atau bersolat padanya namun sedikit sekali.

Atau hanya seperti orang-orang yang menjadikan tasbih dan sajadah (tikar atau alas ketika solat) sebagai hiasan (sedangkan ia tidak pernah disyari’atkan), dan contoh-contoh ini hanyalah memperindah yang zahir sedang ia tidaklah disyari’atkan.

Dan ianya termasuk dari riya’ (hipokrit) dan kibr (kesombongan), menyibukkan pelakunya dari hal-hal yang disyari’atkan kepada apa-apa yang merosakkan.

كما جاء في الحديث ما ساء عمل أمة قط إلا زخرفوا مساجدهم واعلم أن من الاعمال ما يكون فيه خير لاشتماله على أنواع من المشروع وفيه أيضا شر من بدعة وغيرها فيكون ذلك العمل شرا بالنسبة إلى الاعراض عن الدين بالكلية كحال المنافقين والفاسقين وهذا قد ابتلي به أكثر الأمة في الأزمان المتأخرة

Sebagaimana datang pada hadis:

“Tidaklah buruk amal suatu umat melainkan dengan merasa cukup memperindahkan masjid-masjid.”

Ketahuilah bahawa dari amal-amal yang padanya tidak menghasilkan kebaikan adalah yang di dalamnya mengandungi pencemaran di mana padanya mengandungi bentuk yang disyari’atkan dan dalam masa sama turut mengandungi keburukan dari bid’ah dan selainnya. Maka menjadikan amal-amal keburukan tersebut dengan menisbatkan kepada sebahagian dari agama, secara keseluruhannya seperti keadaan kaum munafiq dan fasiq. Dan inilah yang banyak menimpa kebanyakan umat di zaman-zaman akhir.” (Iqtidha’ Ash-Shirathil Mustaqiim, m/s. 267-296 – dengan ringkasan)

Sekian nukilan

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest