Bumi Tidak Beredar, dan Tidak Pula Berputar

Bumi Tidak Beredar, dan Tidak Pula Berputar

www.ilmusunnah.com

bumi-sfera
“Adapun bagi kaum muslimin dan ahli kitab, mereka berpendapat bahawa bumi itu tetap pada tempatnya, diam dan tenang (tidak bergerak) serta terhampar (atau membentang). Bumi hanya bergerak ketika ditimpa goncangan (gegaran atau gempa) sebagaimana yang biasa berlaku.” [Tafsir Al-Qurthubi, 9/280]
Dalam pengajian sains yang dikenal pada hari ini, bumi dianggarkan berputar pada kelajuan 1,670km/jam pada paksinya. Dalam keadaan berputar, ia beredar mengelilingi matahari selaju 107,200km/jam pula. Suatu kelajuan yang luar biasa laju, dan dikatakan melampaui kelajuan bunyi berkali-kali ganda.

Maka di sini, bumi memiliki dua gerakan, yakni putaran pada paksinya dan gerakan mengorbit matahari.

Putaran dan peredaran ini berlaku secara terus-menerus tanpa henti. Untuk satu putaran lengkap bumi mengambil masa 24 jam manakala untuk satu orbit lengkap mengelilingi matahari pula mengambil masa satu tahun.

Dengan putaran bumi terhadap matahari, maka siang dan malam pun terjadi di bumi. Kehidupan pun bermula?!

Demikianlah serba ringkas konsep putaran dan peredaran bumi yang diperkatakan. Teori ini bertitik tolak dari kepercayaan mereka terhadap teori big bang yang mengatakan alam semesta ini terjadi disebabkan oleh suatu letupan spontan yang berlaku sekitar bilionan tahun lalu. Manakala bumi, matahari, bintang-bintang, planet dan objek-objek langit terjadi disebabkan hasil selerakan kesan letupan tersebut.

Namun, (Wallaahu a’lam) hal ini zahirnya bertentangan dengan banyak dalil-dalil wahyu Al-Qur’an dan As-Sunnah!

Kita akan dapat melihat bumi tidaklah berputar dan tidak pula beredar sebagaimana yang mereka perkatakan. Wallaahu a’lam.

Mari Kembali Kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah

Jika hal ini dikembalikan kepada dalil-dalil wahyu berupa Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih berserta dengan kefahaman para salaf, ternyata pendapat tersebut zahirnya sangat bertentangan dan bertolak-belakang.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَمَّنْ جَعَلَ الأرْضَ قَرَارًا

“Atau siapakah yang menjadikan bumi ini tetap diam (yang sesuai untuk didiami)…” (Surah An-Naml, 27: 61)

Disebutkan oleh Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 450H):

قر : قر في مكانه يقر قرارا إذا ثبت ثبوتا جامدا ، واصله من القر وهو البرد وهو يقتضي السكون ، والحر يقتضي الحركة ، وقرئ { وقرن في بيوتكن }… قال تعالى : { جعل لكم الأرض قرارا } – { أم من جعل الأرض قرارا } أي مستقرا

“(قَرَّ), yakni tetap diam pada tempat dan kedudukannya, (يقر قرارا) dalam keadaan teguh lagi stabil. Dan aslinya dari kata (القُرُّ), yakni sejuk menunjukkan diam dan beku, manakala lawannya adalah panas yang menunjukkan pergerakan. Dan dibaca, “Dan hendaklah tetap diam di rumah-rumah kalian…” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 33).

Dan firman Allah Ta’ala:

Dijadikan bagi kalian bumi yang qarar (diam dan teguh sebagai tempat menetap)…” (Surah Al-Mu’min, 40: 64)

Dan siapakah yang telah menjadikan bumi itu qarar (diam dan teguh sehingga sesuai didiami)? (Surah An-Naml, 27: 61)” (Al-Mufrodat fi Ghoribil Qur’an, m/s. 398)

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

أي: قارة ساكنة ثابتة، لا تميد ولا تتحرك بأهلها ولا ترجف بهم، فإنها لو كانت كذلك لما طاب عليها العيش والحياة، بل جعلها من فضله ورحمته مهادًا بساطًا ثابتة لا تتزلزل ولا تتحرك، كما قال في الآية الأخرى: { اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً } [غافر: 64]

“Yakni sebagai tempat tinggal yang tenang dan tetap teguh (pada tempatnya), tidak bergoncang (atau bergoyang), dan tidak pula bergerak bersama penghuninya, serta tidak menggegarkan mereka.

Kalau seandainya itu berlaku sudah tentu hidupan dan kehidupan tidak akan dapat berlangsung dengan baik. Sebaliknya Allah menjadikan bumi dengan keutamaan dan rahmat-Nya, sebagai hamparan, yang tetap (tidak berganjak), teguh, tidak bergegar, dan tidak pula bergerak, sebagaimana firman Allah Ta’ala di ayat yang lain:

“Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kalian itu qarar (diam dan teguh sebagai tempat menetap) dan langit sebagai binaa’ (binaan berupa bumbung).” (Surah Al-Mu’min, 40: 64).” (Tafsir Ibn Katsir, 6/203)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالأرْضُ بِأَمْرِهِ

“Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)-Nya adalah berdirinya langit dan bumi dengan perintahnya.” (Surah Ar-Ruum, 30: 25)

Disebutkan dalam satu atsar dari ‘Umar Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu:

أي: هي قائمة ثابتة بأمره

“Yakni ia berdiri dan tetap teguh (di kedudukannya) dengan perintah-Nya.” (Tafsir Ibn Katsir, 6/310)

Kata Ibnu Katsir, ayat ini dapat difahami sebagaimana di firman-Nya di ayat Surah Al-Hajj, 22: 65 dan Surah Al-Faathir 35: 41. Yakni Allah menahan keduanya pada tempat dan kedudukannya, agar tidak jatuh serta berganjak.

Dari atsar Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

قامتا على غير عمد بأمره

“Kedua-duanya berdiri pada tempatnya tanpa tiang yang menopang dengan perintah-Nya.” (Tafsir Al-Baghawi, 6/267)

Kata Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Duways rahimahullah (Wafat: 1409H):

فمعناه الوقوف والثبات وعدم الحركة والدوران. والله أعلم.

“Maka maknanya adalah berdiri (pada tempatnya), tetap dan teguh, tidak bergerak dan tidak pula berputar.” (Al-Maurid Az-Zallal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal, m/s. 255 – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

Di ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

“Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya tidak berganjak; dan jika keduanya berganjak tidak akan ada seorangpun yang dapat menahannya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah Faathir, 35: 41)

Kata Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Duways rahimahullah (Wafat: 1409H):

وهذه الاية من أوضح الأدلة على ثبات الأرض واستقرارها ولو كانت تجري وتدور على الشمس كما زعم أهل الهيئة لكانت تزول من مكان إلى مكان وهذا خلاف نص الاية الكريمة

“Ini adalah ayat yang jelas menunjukkan bahawa bumi itu tetap dan diam, kalau seandainya bumi itu beredar dan berputar mengelilingi matahari sebagaimana sangkaan para astronomer nescaya bumi itu akan berganjak dari tempatnya ke tempat yang lain, dan ini jelas menyelisihi nash dari ayat yang mulia ini.” (Al-Maurid Az-Zallal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal, m/s. 254 – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

Di ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman:

وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ

“Dan Kami jadikan di bumi itu gunung-gunung yang teguh dan kukuh agar bumi tidak goyang bersama-sama mereka…” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 31)

Kata Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):

قَوْلُهُ تَعَالَى: (وَجَعَلْنا فِي الْأَرْضِ رَواسِيَ) أَيْ جِبَالًا ثَوَابِتَ. (أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ) أَيْ لِئَلَّا تَمِيدَ بِهِمْ، وَلَا تَتَحَرَّكَ لِيَتِمَّ الْقَرَارُ عَلَيْهَا، قَالَهُ الْكُوفِيُّونَ. وَقَالَ الْبَصْرِيُّونَ: الْمَعْنَى كَرَاهِيَةَ أَنْ تَمِيدَ. وَالْمَيْدُ التَّحَرُّكُ وَالدَّوَرَانُ. يُقَالُ: مَادَ رَأْسُهُ، أَيْ دَارَ.

“Firman Allah Ta’ala,

“Dan Kami jadikan di bumi itu gunung-gunung…”

Yakni gunung-gunung yang teguh dan stabil.

“… agar bumi tidak goyang bersama-sama mereka…”

Yakni agar tidak bergoyang bersama-sama mereka, dan tidak pula bergerak bersama kalian agar kalian dapat tinggal diam di atasnya. Inilah yang dikatakan oleh orang-orang Kufah (tokoh-tokoh bahasa di sana, mazhab Kufah – pent.).

Manakala orang-orang Bashrah (tokoh-tokoh bahasa dari Bashrah) berkata, maknanya adalah tidak menghendaki ia (bumi) bergoyang. Dan “الْمَيْدُ” di sini adalah bergerak dan berputar. (Yakni agar bumi tidak bergerak dan berputar). Diakatakan, “مَادَ رَأْسُهُ” yakni berputar kepalanya.” (Tafsir Al-Qurthubi, 11/285)

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

وقوله: { وَجَعَلْنَا فِي الأرْضِ رَوَاسِيَ } أي: جبالا أرسى الأرض بها وقرّرها وثقلها؛ لئلا تميد بالناس، أي: تضطرب وتتحرك، فلا يحصل لهم عليها قرار

“Dan Kami jadikan di bumi itu gunung-gunung yang teguh dan kukuh…” Yakni gunung-gunung yang meneguhkan bumi yang dengannya bumi menjadi tetap pada tempatnya dan berat, agar ia tidak bergoyang bersama manusia. Yakni tidak bergoncang dan tidak bergerak sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menetap di atasnya.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/340)

Kata Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H):

{ وَجَعَلْنَا فِي الأرض رَوَاسِيَ } أي جبالاً ثوابت { أَن تَمِيدَ بِهِمْ } الميد التحرّك والدوران، أي لئلا تتحرك وتدور بهم

“Dan Kami jadikan di bumi itu gunung-gunung…” Yakni gunung yang teguh dan stabil, “Agar bumi tidak bergoyang bersama-sama mereka…”, “الميد” adalah gerakan dan putaran. Yakni agar bumi tidak bergerak dan berputar bersama-sama mereka.” (Fath Al-Qadir, 5/52)

Di ayat yang lain di Surah Al-Mulk, Allah Ta’ala berfirman:

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

“Adakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menterbalikkan kalian bersama-sama bumi, ketika apabila ia tamuur (berlari dan bergerak)?” (Surah Al-Mulk, 67: 16)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

أي: تذهب وتجيء وتضطرب

“Yakni, ia (bumi) pergi, kembali, dan bergoncang.” (Tafsir Ibn Katsir, 8/180)

Maka, kefahaman dari makna tersebut bahawasanya sekarang bumi tidak seperti itu, yakni tidak bergerak, tidak berjalan, dan tidak pula bergoncang.

Sama dengan firman Allah Ta’ala yang menggunakan kalimat tersebut untuk langit:

يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا

“Pada hari ketika langit benar-benar berlari dan bergerak, dan gunung-gunung pula berjalan.” (Surah Ath-Thuur, 52: 9-10)

Kata Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H):

أي: تدور كدوران الرحى وتتكفأ بأهلها تكفؤَ السفينة.

“Yakni, berputar seperti berputarnya alat penggiling, dan berjalan (berlayar) seperti berjalannya sampan/kapal bersama isinya.” (Tafsir Al-Baghawi, 7/387)

Kata Ibnu Katsir:

أي: تذهب من أماكنها وتزول

“Yakni ia pergi dari kedudukannya dan berganjak.” (Tafsir Ibn Katsir, 5/164)

Di halaman yang lain, kata beliau:

قال ابن عباس وقتادة: تتحرك تحريكا. وعن ابن عباس: هو تشققها، وقال مجاهد: تدور دورا. وقال الضحاك: استدارتها وتحريكها لأمر الله، وموج بعضها في بعض. وهذا اختيار ابن جرير أنه التحرك (1) في استدارة

“Menurut Ibnu ‘Abbas dan Qotadah, “Ianya benar-benar bergerak.”

Dan juga dari Ibn ‘Abbas, “Ianya terbelah.”

Kata Mujahid, “Ianya benar-benar berputar dengan putaran yang laju.”

Kata Adh-Dhohaak, “Ia berputar dan bergerak dengan perintah Allah, dan ianya bercampur dan bergelombang pada sebahagian yang lain.”

Dan inilah yang dipilih oleh Ibn Jarir bahawa ianya bergerak pada rotasinya.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/431)

Maknanya, pada saat ini ianya belumlah terjadi. Pada saat ini ianya dalam keadaan tidak bergerak, yakni diam tenang pada tempat dan kedudukannya. Namun, ini kelak terjadi ketika datangnya Kiamat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti jalannya awan.” (Surah An-Naml, 27: 88)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H):

بعض الناس قال إنَّ هذه الآية تعني دوران الأرض، فإنك ترى الجبال فتظنها ثابتة ولكنها تسير، وهذا غلط وقول على الله تعالى بلا علم لأن سياق الآية يأبى ذلك كما قال الله تعالى) وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلاَّ مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ (87) وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ) (النمل: 88)) مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا) (النمل: 89) . فالآية واضحة أنها يوم القيامة

“Sebahagian orang berkata, “Bahawa ini adalah ayat yang menujukkan berputarnya bumi kerana gunung-gunung itu engkau melihatnya diam teguh, tetapi sebenarnya ia berjalan.”

Ini adalah ucapan yang salah dan mengatakan tentang Allah Ta’ala tanpa ilmu, kerana konteks ayat itu menolak dakwaan tersebut, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Hari ketika ditiupkan sangkakala maka terkejutlah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki oleh Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan rendah diri. Dan engkau melihat gunung-gunung itu engkau sangka dia tetap pada tempatnya padahal ia berjalan seperti jalannya awan mendung. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kalian kerjakan. Siapa yang datang dengan membawa kebaikan, maka baginya (balasan) yang lebih baik darinya….” (Surah An-Naml, 27: 87-89)

Ayat ini dengan jelas menjelaskan keadaan pada hari Kiamat.” (Tafsir Surah Al-Kahfi oleh Ibn ‘Utsaimin, m/s. 80)

Demikian pula sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Katsir, ianya adalah kejadian yang akan berlaku pada hari Kiamat. (Tafsir Ibn Katsir, 6/217)

Hakikat pegunnya bumi turut diakui oleh tokoh besar ahli kalam, yang antaranya adalah Fakruddin Ar-Razi rahimahullah (Wafat: 606H). Kata beliau di dalam Tafsirnya:

اعلم أنه سبحانه وتعالى ذكر ههنا أنه جعل الأرض فراشاً ونظيره قوله أَم مَّنْ جَعَلَ الاْرْضَ قَرَاراً وَجَعَلَ خِلاَلَهَا أَنْهَاراً ( النمل 61 ) وقوله الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الاْرْضَ مِهَاداً ( الزخرف 10 ) واعلم أن كون الأرض فراشاً مشروط بأمور الشرط الأول كونها ساكنة وذلك لأنها لو كانت متحركة لكانت حركتها إما بالإستقامة أو بالاستدارة فإن كانت بالاستقامة لما كانت فراشاً لنا على الإطلاق لأن من طفر من موضع عال كان يجب أن لا يصل إلى الأرض لأن الأرض هاوية وذلك الإنسان هاوٍ والأرض أثقل من الإنسان والثقيلان إذا نزلا كان أثقلهما أسرعهما والأَبطأ لا يلحق الأسرع فكان يجب أن لا يصل الإنسان إلى الأرض فثبت أنها لو كانت هاوية لما كانت فراشاً أما لو كانت حركتها بالاستدارة لم يكمل انتفاعنا بها لأن حركة الأرض مثلاً إذا كانت إلى المشرق والإنسان يريد أن يتحرك إلى جانب المغرب ولا شك أن حركة الأرض أسرع فكان يجب أن يبقى الإنسان على مكانه وأنه لا يمكنه الوصول إلى حيث يريد فلما أمكنه ذلك علمنا أن الأرض غير متحركة لا بالاستدارة ولا بالاستقامة فهي ساكنة

“Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan di sini, bahawa Dia menjadikan bumi itu firasy (hamparan) dan ini seiring dengan firman-Nya (di ayat yang lain), “Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai qarar (suatu yang tidak bergerak lagi sesuai untuk didiami), dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya..” (Surah An-Naml, 27: 61)

Dan firman-Nya, “Yang menjadikan bagi kalian bumi sebagai tempat menetap…” (Surah Az-Zukhruf, 43: 10)

Dan ketahuilah bahawa keberadaan bumi sebagai firasy (hamparan) harus terpenuhi dengan beberapa syarat. Pertamanya, ia harus suatu yang tenang (tidak bergerak), kerana kalau sekiranya ia bergerak, maka gerakannya boleh jadi lurus atau berputar. Kalaulah gerakannya lurus, maka bumi tidak dapat dikatakan sebagai sesuatu yang dihamparkan (firasy) bagi kita…

… Adapun sekiranya bumi itu bergerak dalam bentuk putaran, maka tidak akan sempurna manfaatnya bagi kita…

… Maka dengan demikian kita mengetahui bahawa bumi itu tidak bergerak, tidak berputar, dan tidak pula secara lurus, maka ia adalah suatu yang tenang (diam, tidak bergerak).” (Mafaatiih Al-Ghaib, 2/94)

Dan apa yang dikemukakan di sini hanyalah sebahagian dari dalil-dalil Al-Qur’an sahaja. Masih banyak lagi dalil-dalil yang lain yang menunjukkan akan hal ini, baik dari Al-Qur’an mahupun hadis-hadis yang sahih. Jika dipaparkan semuanya, nescaya tulisan ini akan menjadi terlalu panjang.

Kemudian di antara dalil-dalil lainnya dari hadis pula, yakni yang menjelaskan tentang diamnya bumi sekaligus membantah pendapat bumi beredar dan berputar adalah dalil-dalil terkait sujudnya matahari, terbitnya matahari dari barat, dalil terkait kedudukan Bait Al-Ma’mur, dalil-dalil terkait Arsy Allah, Kursi dan jarak antara langit-langit dan bumi, dan juga pada kisah berhentinya matahari di zaman Nabi Yusya’.

Dan ini telah kami paparkan pada tulisan berasingan sebelum ini. Boleh disemak pada pautannya masing-masing. Wallaahu a’lam.

Penegasan Ijma’ Bahawa Bumi Pegun

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menegaskan:

وَالَّذِي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ وَأَهْلُ الْكِتَابِ الْقَوْلُ بِوُقُوفِ الْأَرْضِ وَسُكُونِهَا وَمَدِّهَا، وَأَنَّ حَرَكَتَهَا إِنَّمَا تَكُونُ فِي الْعَادَةِ بِزَلْزَلَةٍ تُصِيبُهَا.

“Adapun bagi kaum muslimin dan ahli kitab, mereka berpendapat bahawa bumi itu tetap pada tempatnya, diam dan tenang (tidak bergerak) serta terhampar (atau membentang). Bumi hanya bergerak ketika ditimpa goncangan (gegaran atau gempa) sebagaimana yang biasa berlaku.” (Tafsir Al-Qurthubi, 9/280)

‘Abd Al-Qahir bin Thahir Al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 429H) berkata:

وَأَجْمعُوا على وقُوف الارض وسكونها وان حركتها انما تكون بِعَارِض يعرض لَهَا من زَلْزَلَة وَنَحْوهَا خلاف قول من زعم من الدهرية أن الارض تهوى أبدا

“Para ulama telah sepakat bahawa bumi itu diam tetap pada tempatnya dan tenang, adapun pergerakannya hanya apabila ada sesuatu yang menimpanya seperti gempa bumi dan yang semisalnya, berbeza dengan perkataan dari dakwaan kelompok dahriyyah (atheis) yang mengatakan bumi ini terapung-apung (beredar).” (Al-Farqu bain Al-Firaq wa Bayaan Al-Firqotin-Naajiyah, m/s. 318)

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Duways rahimahullah (Wafat: 1409H) menyebutkan bahawa orang yang mendakwa bumi itu berputar dan beredar di angkasa, bahawa dakwaan tersebut adalah suatu yang baru yang tidak datang dari kefahaman para salaf, dan menyelisihi kesepakatan ulama kaum muslimin.

Lalu beliau berkata:

وأما احتجاج من ادعى ذلك بقوله تعالى وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ، فهو احتجاج باطل لأن هذا إنما يكن يوم القيامة بإجماع المفسرين. السبب الثالث: هذا يوهم أن هناك شيأ أسفل من الأرض وهذا باطل وقد ذكر شيخ الإسلام في الرسالة العرشية أن الأرض هي المركز وكل ما هبط فإنه ينتهي إليها

“Adapun mereka yang berhujah berkaitan dakwaan tersebut (bumi berputar dan beredar di angkasa) dengan firman Allah Ta’ala:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti jalannya awan.” (Surah An-Naml, 27: 88)

Maka itu adalah pendalilan yang bathil (yang dilakukan bukan pada tempatnya) kerana ia akan terjadi pada hari Kiamat nanti dengan ijma’ (kesepakatan) pada ulama tafsir.

Sebab ketiganya, perkataan tersebut membuahkan anggapan bahawa masih ada sesuatu yang lebih bawah dari bumi, dan ini adalah bathil. Sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah di Ar-Risalah Al-‘Arsyiyyah, bahawa bumi merupakan pusat, dan segala sesuatu yang jatuh (dari langit) akan jatuh kepadanya.” (Al-Maurid Az-Zallaal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal, m/s. 200 – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

Tetapi Bukankah Teori Sains Mengatakan Bumi Berputar?

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Daways rahimahullah (Wafat: 1409H) ketika mengulas ucapan seorang tokoh pergerakan yang mengatakan:

“Kita melihat bumi ini dalam keadaan tetap, tenang dan tidak bergerak, namun sebenarnya ianya melata, beregerak, bahkan beredar dengan sangat laju….”

Kata beliau:

“Ini adalah perkataan yang bathil, ianya diambil dari pendapat Fitsaghuras (Pythagoras) seorang tokoh Yunani, dan perkataan beliau ini adalah bathil yang dimaklumi kebathilannya di sisi mereka yang hatinya diberikan cahaya oleh Allah dengan cahaya ilmu dan keimanan. Dalil-dalil akan kebathilan perkataan beliau ini sangatlah banyak sekali.” (Al-Maurid Az-Zallal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal, m/s. 254 – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

Nasihat para ulama di Lajnah Ad-Da’imah diketuai oleh Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah:

يجب على مدرس الجغرافيا إذا عرض على الطلاب نظرية الجغرافيين حول ثبوت الشمس ودوران الأرض عليها – أن يبين أن هذه النظرية تتعارض مع الآيات القرآنية والأحاديث النبوية، وأن الواجب الأخذ بما دل عليه القرآن والسنة، ورفض ما خالف ذلك، ولا بأس بعرض نظرية الجغرافيين من أجل معرفتها والرد عليها كسائر المذاهب المخالفة، لا من أجل تصديقها والأخذ بها

“Wajib bagi para guru yang mengajarkan Geografi apabila mereka menjelaskan kepada para pelajarnya tentang teori para ahli Geografi berkaitan diamnya matahari dan berputarnya bumi, hendaklah dia menjelaskan bahawa teori ini bertentangan dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi.

Adalah wajib baginya mengambil petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan menolak pendapat yang menyelisihinya. Dan tidak mengapa menyebutkan teori ahli-ahli Geografi tersebut bagi sekadar mengetahuinya dan membantahnya, sebagaimana pendapat-pedapat yang menyimpang lainnya yang wajib dibantah, yakni bukan untuk membenarkannya dan mengambilnya (mengimaninya).” (Fatawa Al-Lujnah Ad-Daaimah, 26/414-415: no. 15255)

Sejarah Ringkas Teori Bumi Beredar dan Berputar

Ketika zaman Yunani Kuno, banyak muncul para pemikir yang dianggap sebagai tonggak sejarah tentang teori alam semesta. Pythagoras yang hidup sekitar 500 tahun sebelum masehi (SM) berpendapat bahawa bumi ini bulat dan berputar, dengan berputarnya bumi maka memberi gambaran seolah-olah alam berputar mengelilingi bumi.

Dengan ini, beliaulah orang pertama yang mengemukakan teori “Heliosentris”. Iaitu teori yang menyatakan bahawa bumi memiliki dua gerakan atau putaran. Berputar setiap sehari dari arah barat ke timur, dan beredar mengelilingi matahari dalam setahun.

Kemudian pendapat ini dibantah oleh Aristoteles, seorang tokoh pemikir Yunani yang hidup pada tahun 384-322SM. Beliau terkenal dengan ilmu falsafah dan pemikirannya. Aristoteles mengatakan bahawa bumi ini bulat dan menjadi pusat alam semesta yang beredar mengelilinginya.

Perkara ini beliau paparkan dalam bukunya yang berjudul Physica yang tidak sempat disempurnakannya kerana kematiannya. Lalu dipopularkan oleh pembatunya dengan diberi judul Metaphysica.

Pendapat Aristoteles ini dikuatkan oleh seorang ilmuan lainnya, yakni Iskandar Ptolomeus yang hidup tahun 151-127SM yang juga menyatakan bahawa bumi adalah pusat jagat raya, berbentuk bulat, dan matahari serta bintang-bintang mengelilingi bumi sekali dalam 24 jam. Teori dua orang inilah yang disebut dengan teori “Geosentris”.

Pendapat Aristoteles dan Prolomeus ini dipegang oleh kebanyakan dari manusia, atau boleh dikatakan hampir tidak ada yang membantahnya untuk selama sekitar 12 abad sejak zaman Ptolomeus dan 15 abad semenjak zaman Aristoteles. Tetapi akhirnya kemudian muncul Nicolaus Copernicus yang hidup tahun 1473-1543M.

Copernicus mengemukakan pendapat yang berbeza dengan sebelumnya. Dalam buku yang beliau tulis pada tahun 1507M berjudul De Revolutionibus Orbium Caelestium (Peredaran Alam Semesta), beliau mengemukakan beberapa perkara:

1, Matahari adalah pusat tata suria, yang mana bumi sebagai salah satu planetnya yang beredar mengelilingi matahari bersama planet-planet yang lainnya.

2, Bulan beredar mengelilingi bumi dan dalam masa yang sama, ia bersama-sama bumi mengelilingi matahari.

3, Bumi berputar pada paksianya dari barat ke timur yang menjadi sebab adanya siang dan malam, dan menjadikan pandangan kita melihat gerakan bintang-bintang serta matahari selalu bergerak ke arah barat.

Salah seorang pengikut Copernicus yang bernama Bruno (1548-1600M) memperoleh kesimpulan lebih jauh lagi, beliau mengatakan:

1, Alam semesta ini tidak ada batasnya, dan terus mengembang.[1]

2, Bintang-bintang tersebar berselerakan di selurut alam semesta.[2]

Pendapat ini kemudian didukung pula oleh Johannes Kepler (1571-1630M) dan oleh seorang ilmuan yang tekrenal disebabkan kisah kematiannya, iaitu Galileo (1564-1642H) yang mana kalau kita perhatikan bahawa pendapat ini adalah siri-siri ulangan dari pendapat terdahulu yang dicetuskan oleh Pythagoras.

Lalu sejak saat itulah teori ini dianut oleh hampir seluruh manusia, sampai kaum muslimin pun mengikutinya tanpa berusaha meneliti dan menimbangnya dengan dalil-dalil wahyu apakah ianya benar ataupun tidak. Bahkan sampai ada yang menafsirkan dan memahami Al-Qur’an dengan menggunakan teori-teori yang bathil tersebut. Subhanallaah….

Ketahuilah wahai saudaraku seiman! Bahawa yang paling mengetahui tentang alam semesta ini adalah Dzat yang telah menciptakannya dan yang mengaturnya, Dia-lah Rabb semesta alam, Dia-lah Rabb langit dan bumi serta apa-apa yang berada di antara keduanya.

Lalu setelah itu yang paling mengetahui tentang alam semesta di antara makhluk-Nya adalah orang yang diberikan amanah oleh-Nya untuk memikul dan menyebarkan risalah-Nya, yakni Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang merupakan Nabi terakhir dan yang membawa risalah yang terakhir. Risalah untuk seluruh manusia.

Sebagaimana yang telah kita paparkan dan dapat kita saksikan, betapa banyak sekali realiti dari teori-teori yang dipegang pada hari ini hakikatnya jelas menyelisihi dalil-dalil wahyu dari Al-Qur’an yang mulia, dan bahkan dari hadis-hadis Nabi yang sahih.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (115) وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Telah sempurna-lah kalimat Rabb-mu (Al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kalian mengikuti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan-mu dari jalan Allah. Kebanyakan mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (atas nama Allah).” (Surah Al-An’aam, 6: 115-116)

Maka setiap pendapat dan teori haruslah dinilai dan ditimbang dengan mendahulukan neraca wahyu. Jangan sampai teori-teori seperti dipaparkan yang jelas menyelisihi wahyu ini didahulukan sehingga mengesampingkan dalil-dalil wahyu.

Teori Geosentrik dan Heliosentrik Sama-sama Dicetuskan oleh Penyembah Berhala

Ketahuilah saudaraku seiman, teori ini baik yang heliosentrik mahupun yang geosentrik, dua-duanya sama-sama dicetuskan oleh orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan telah jelas pula teori-teori ini bertentangan dengan apa yang terkandung dalam nash-nash wahyu?

Tahukah kita siapakah Pythagoras, pencetus awal teori bumi mengelilingi matahari? Siapakah Copernicus yang menghidupkan kembali teori ini setelah sekitar 12 abad terkubur? Juga, siapakah pula Galileo yang membuat teori ini masyhur dalam kalangan manusia?

Pythagoras adalah seorang tokoh falsafah Yunani, bahkan dia-lah yang meletakkan dasar-dasar ilmu falsafah Yunani yang memporak-perandakan sendi-sendi keilmuan Islam setelah kitab-kitab mereka diterjemahkan ke dalam bahasa ‘Arab di zaman Khalifah Al-Ma’mun, anak dan pengganti kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Kata Ash-Shofadi, “Disebutkan ketika Al-Ma’mun mengadakan perjanjian perdamaian dengan raja-raja Nashara (yakni raja kepulauan Cyprus), beliau menulis surat meminta dikirimkan khazanah buku-buku Yunani, kerana mereka mempunyai peninggalan buku Yunani yang cukup banyak di sebuah tempat yang tidak diperlihatkan kepada sesiapa pun.

Maka mereka pun mengumpulkan orang-orang kepercayaan mereka dari kalangan ahli ilmu mereka untuk meminta pandangan terkait perkara ini. Mereka semuanya mengusulkan agar tidak dikirim kecuali ada seorang pendeta yang menyarankan sebaliknya. Si pendeta ini berkata kepada raja, “Kirimkanlah kepada mereka, ilmu ini tidaklah masuk ke sebuah bangsa yang bersyari’at melainkan akan menjadikan mereka hancur serta membuat para ulama mereka saling berselisih dan berpecah-belah.” (Al-Ghoits Al-Mujsim, 1-79)[3]

Walaupun ada tokoh-tokoh lain dari kalangan mereka yang mengemukakan pendapat-pendapat yang lain yang mungkin mendekati atau hampir mirip apa yang terdapat di dalam wahyu, namun itu semua tidaklah bermanfaat kerana ianya dibina bukan dari asas prinsip yang benar, bahkan lahir dari dasar-dasar yang dibina oleh kalangan mereka sendiri yang dipelopori oleh Pythagoras dan para pendukungnya. Baik mereka itu Aristoteles, Ptolomeus, Copernicus, Galileo, mahupun yang lainnya. Mereka semua adalah dari kalangan penyembah berhala, bahkan penyembah bintang dan objek-objek langit. Dan ini seharusnya lebih menjadikan kita waspada dan hati-hati.

Maka, mengapakah kita harus bersusah-payah untuk menyelisihi dan mentakwil-takwil Kitab Rabb kita dan hadis-hadis Rasul-Nya hanya kerana mahu memenangkan teori mereka? Mengapakah saat Allah Ta’ala menyandarkan pertukaran malam dan siang kepada peredaran matahari, lalu masih ada yang mencuba untuk mentakwilkannya agar tetap sesuai dengan teori-teori tersebut?

Padahal seandainya seluruh pakar dan ahli astronomi itu sepakat sekalipun, maka kesepakatan mereka sama sekali tidak ada gunanya ketika ianya bertentangan dengan satu saja dari ayat Al-Qur’an. Lalu bagaimana kalau sesama mereka sendiri masih saling berselisih dalam menguatkan antara satu teori dengan satu teori yang lainnya? Bahkan perselisihan mereka terus berpanjangan sampai ke hari ini! Dan bagaimana pula ketika teori mereka ini bertentangan bukan hanya dengan satu ayat Al-Qur’an, tetapi lebih dari puluhan ayat, dan puluhan hadis-hadis Nabi?!

Maka, fikir dan renungilah ia dengan hati yang jernih.

Sebagaimana kata penyair ‘Arab,

Siapa yang penunjuk jalannya adalah burung gagak, maka dia akan membawanya sampai kepada bangkai-bangkai anjing![4]

Adakah Bumi Bentuknya Datar?

Telah disebutkan di banyak dalil-dalil Al-Qur’an yang menyatakan bumi itu dijadikan sebagai hamparan, dibentangkan sebagai tempat untuk kehidupan. Dan ini adalah realiti keadaan bumi sebagaimana yang dapat kita saksikan dan rasai. Namun itu tidak menafikan bahawa bumi itu bulat seperti bola (sfera) sebagaimana dijelaskan pada dalil-dalil yang lainnya pula.

Kerana di antara makna hamparan di situ adalah sebagai tempat yang sesuai untuk didiami dengan segala kelengkapannya (berupa sumber air, udara, tumbuh-tumbuhan, makanan, dan yang lainnya).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً

“Allah yang menjadikan untuk kalian bumi sebagai firasy (hamparan yang terbentang) dan langit itu binaa’ (atap atau suatu binaan)…” (Surah Al-Baqarah, 2: 22)

Di ayat yang lain:

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung yang teguh, dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut timbangan.” (Surah Al-Hijr, 15: 19)

Di ayat yang lain:

وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا

“Dan bumi sesudah itu Dia hamparkan.” (Surah An-Nazi’at, 79: 30)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) ketika menafsirkan Surah Al-Hijr, 15: 19, beliau berkata:

{ وَالأرْضَ مَدَدْنَاهَا } أي: وسعناها سعة يتمكن الآدميون والحيوانات كلها على الامتداد بأرجائها والتناول من أرزاقها والسكون في نواحيها.

“Firman-Nya, “Dan bumi itu Kami hamparkan.” Maksudnya, Kami luaskan (lapangkan) bumi dengan seluas-luasnya agar manusia dan haiwan-haiwan seluruhnya dapat berjalan sampai ke segenap pelosok dan mencari rezeki-rezekinya, dan dapat tinggal di susut-sudutnya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 430)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Qaaf, 50: 7, beliau berkata:

{ و } إلى { الأرض } كيف { مَدَدْنَاهَا } ووسعناها، حتى أمكن كل حيوان السكون فيها والاستقرار (2) والاستعداد لجميع مصالحه

“Dan (agar mereka memerhatikan) kepada bumi bagaimana Kami menghamparkannya, dan meluaskannya, sampailah membolehkan seluruh haiwan menempatinya dengan tenang dan stabil, serta mempersiapkan seluruh kebaikan dan keperluannya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 804)

Asy-Syaikh As-Si’di ketika menafsirkan Surah Al-Ghaasiyah, 88: 20, beliau berkata:

{ وَإِلَى الأرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ } أي: مدت مدًا واسعًا، وسهلت غاية التسهيل، ليستقر الخلائق على ظهرها، ويتمكنوا من حرثها وغراسها، والبنيان فيها، وسلوك الطرق الموصلة إلى أنواع المقاصد فيها. واعلم أن تسطيحها لا ينافي أنها كرة مستديرة، قد أحاطت الأفلاك فيها من جميع جوانبها، كما دل على ذلك النقل والعقل والحس والمشاهدة، كما هو مذكور معروف عند أكثر الناس، خصوصًا في هذه الأزمنة، التي وقف الناس على أكثر أرجائها بما أعطاهم الله من الأسباب المقربة للبعيد، فإن التسطيح إنما ينافي كروية الجسم الصغير جدًا، الذي لو سطح لم يبق له استدارة تذكر. وأما جسم الأرض الذي هو في غاية الكبر والسعة، فيكون كرويًا مسطحًا، ولا يتنافى الأمران، كما يعرف ذلك أرباب الخبرة.

“(Firman Allah), “Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” Yakni dibentangkan dengan luas agar dapat dimanfaatkan dengan pelbagai kemudahan, para penghuninya merasa tenang di atasnya, membolehkan bercucuk-tanam, membuat binaan-binaan (rumah, bangunan, dll. – pent.) di atasnya, dan melalui jalan-jalannya untuk pelbagai tujuan padanya.

Ketahuilah bahawa hamparan yang dimaksudkan (di sini) tidaklah menafikan bulatnya bumi seperti bola (sfera) yang dilingkupi oleh pelbagai bintang-bintang dari pelbagai sisi-sisinya sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil naqli, akal, panca indera, dan kesaksian, yakni sebagaimana yang makruf disebutkan kebanyakan manusia, khasnya pada zaman ini yang mana ramai orang mampu mencapai pelbagai penjuru-penjuru wilayah yang jauh dengan pelbagai alat-alatan yang diberikan oleh Allah yang menjadi sebab untuk mendekatkan yang jauh. Kerana suatu hamparan hanyalah menafikan suatu jisim berbentuk bulat yang kecil, yang mana kalau dibentangkan tidak lagi berbentuk bulat. Adapun bentuk bumi, ianya amat besar dan luas, maka menjadilah bentuk bumi itu dalam keadaan bulat (sfera) yang terhampar, dan tidak pula menafikan satu sama lain sebagaimana yang diketahui dari pengalaman para ahlinya.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 922)

Dengan keadaan bumi yang bulat seperti bola (sfera), maka siang dan malam pun terjadi dan matahari beredar dengan laju mengelilinginya.

Bagaimana Siang dan Malam Terjadi?

Tentu akan ada yang bertanya, sekiranya bumi itu pegun dan tidak berputar menghadap matahari, bagaimana siang dan malam akan terjadi?

Hal ini dijelaskan dalam banyak sekali dalil. Bahawa kejadian malam dan siang terjadi serta saling bersilih-gantian adalah dengan sebab peredaran matahari pada orbitnya, dan bukannya disebabkan oleh rotasi bumi.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Ibrahim ketika beliau mengungkapkan:

فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ

“Sesungguhnya Allah mendatangkan (menerbitkan) matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat?” (Surah Al-Baqarah, 2: 258)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H):

فكون الشمس يؤتى بها من المشرق دليل ظاهر على أنها التي تدور على الأرض

“Bahawa dijadikan matahari didatangkan dari timur merupakan dalil yang jelas bahawa matahari beredar mengelilingi bumi.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

Di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً

“Dia menutupkan (menyelubungkan) malam kepada siang yang mengikutinya dengan sangat pantas…” (Surah Al-A’raaf, 7: 54)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahulah:

فجعل الليل طالباً للنهار، والطالب مندفع لاحق، ومن المعلوم أن الليل والنهار تابعان للشمس.

“Allah menjadikan malam mengejar siang (sebagaimana difahami dari ayat tersebut – pent.), dan yang mengejar itulah yang bergerak dan telah dimaklumi bahawa siang dan malam itu mengikuti matahari.” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

Di ayat yang lain:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (Surah Yunus, 10: 5)

Dari ayat-ayat ini Allah menjelaskan bahawa melalui peredaran matahari-lah bilangan tahun, waktu, pertukaran malam dan siang, serta perubahan musim dapat dihitung dan diketahui oleh manusia.

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

فأخبر سبحانه أنه منذ خلق السماوات والأرض وخلق الليل والنهار يدوران في الفلك وخلق ما في السماء من الشمس والقمر والنجوم وجعل الشمس والقمر يسبحان في الفلك وينشأ منهما ظلمة الليل وبياض النهار فمن حينئذ جعل السنة اثني عشر شهرا بحسب الهلال فالسنة في الشرع مقدرة بسير القمر وطلوعه لا بسير الشمس وانتقالها كما يفعله أهل الكتاب.

“Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan bahawa semenjak penciptaan langit-langit dan bumi, penciptaan malam dan siang, keduanya berputar pada cakrawala orbitnya.

Dan Allah telah menciptakan objek-objek di langit yang di antaranya adalah matahari, bulan dan bintang-bintang, dan menjadikan matahari dan bulan beredar pada cakrawala orbitnya. Dan dengan keadaan inilah terbinanya kegelapan malam dan terjadinya cahaya terang-benderang di waktu siang.

Maka dari sejak masa itulah Allah menjadikan satu tahun menjadi dua belas bulan bersesuaian dengan perkiraan hilal. Maka satu tahun di dalam syari’at Islam dihitung berdasarkan peredaran dan terbitnya bulan, bukan dihitung berdasarkan peredaran dan pergerakan matahari sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Kitab.” (Lathaa’if Al-Ma’aarif oleh Ibn Rajab, m/s. 112)

Kata Al-Imam Ibn Al-Qayim rahimahullah (Wafat: 751H):

ثم تأمل حال الشمس والقمر في طلوعهما وغروبهما لاقامة دولتي الليل والنهار ولو لا طلوعهما لبطل امر العالم

“Perhatikanlah pada keadaan matahari dan bulan di ketika ia terbit dan terbenam. Keduanya penentu siang dan malam, yang kalau seandainya kedua-duanya tidak terbit, nescaya terganggulah urusan alam.” (Miftah Daar As-Sa’aadah, m/s. 207)

Kemudian, di ayat yang lain:

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Surah Ibrahim, 14: 33)

Di ayat yang lain:

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا

“Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua tersebut. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.” (Surah Al-Kahfi, 18: 17)

Allah menyandarkan  fi’il (perbuatan berupa peredaran dan terbit) kepada matahari (fa’il). Demikian di ayat-ayat yang lain (dan juga hadis-hadis); terbit, berjalan, dan terbenam, demikian pula pertukaran malam dan siang semuanya disandarkan kepada matahari, yakni disebabkan oleh peredarannya. Bukan disandarkan kepada bumi atau peredaran serta putaran bumi.

Menurut Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H):

فإضافة الجريان إلى الشمس وجعله تقديراً من ذي عزة وعلم يدل على أنه جريان حقيقي بتقدير بالغ، بحيث يترتب عليه اختلاف الليل والنهار والفصول. وتقدير القمر منازل يدل على تنقله فيها ولو كانت الأرض التي تدور لكان تقدير المنازل لها من القمر لا للقمر. ونفي إدراك الشمس للقمر وسبق الليل للنهار يدل على حركة اندفاع من الشمس والقمر والليل والنهار.

“Penyandaran kata beredar (atau berjalan) adalah kepada matahari, dan Allah jadikan keadaan tersebut sebagai kadar ketentuan dari Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui yang menunjukkan bahawa ianya adalah haqiqi (keadaan yang sebenarnya) dengan kadar yang sempurna, yang memberi kesan terjadinya perbezaan siang, malam dan batas-batas (waktu).

Manakala penetapan manzilah-manzilah bulan menunjukkan perpindahannya di garis edar tersebut. Kalau seandainya bumi yang beredar mengelilingi (matahari) maka penetapan orbit (peredaran) itu bukannya untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan makna gerakan muncul dari matahari, bulan, malam dan siang (yakni bukan dari bumi).” (Fatawa Arkan Al-Islam, no. 16)

Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H) berkata:

ظاهر الأدلة الشرعية تثبت أن الشمس هي التي تدور على الأرض، وبدورتها يحصل تعاقب الليل والنهار على سطح الأرض وليس لنا أن نتجاوز ظاهر هذه الأدلة إلا بدليل أقوى من ذلك يسوغ لنا تأويلها عن ظاهرها

“Zahir dari dalil-dalil syari’at menetapkan bahawa matahari yang bergerak mengelilingi bumi, dan dengan pegerakannya (yakni peredarannya) terjadilah saling silih bergantinya malam dan siang di atas permukaan bumi. Dan tidak sepatutnya bagi kita untuk melampaui zahir dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat yang membolehkan kita untuk menafsirkannya hingga keluar dari zahir-nya.” (Majmu’ Fatawa wa Ar-Rasaail, 1/73)

Di ayat yang lain lagi:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Dan Dia-lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar pada garis peredarannya.” (Surah Al-Anbiya’, 21: 33)

Di ayat yang lain:

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan (beredar dengan laju) menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah Rabb kalian, kepunyaan-Nya-lah kerajaan (pemerintahan).” (Surah Fathir, 35: 13)

Kalimat “kullu” (setiap satunya atau semuanya) pada ayat tersebut merujuk kepada apa-apa yang disebutkan dan dinyatakan oleh ayat tersebut, yakni berupa malam, siang, matahari, bulan, bintang dan objek-objek langit.

Adapun mereka yang beranggapan kalimat kullu pada ayat ini mencakup bumi, maka ini tidaklah benar. Kerana bumi tidaklah beredar dan bergerak dan ianya telah tsabit dengan ijma’ antaranya sebagaimana yang diutarakan oleh Al-Imam Al-Qurthubi.

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkata:

(كُلٌّ) يَعْنِي مِنَ الشَّمْسِ وَالْقَمَرِ وَالنُّجُومِ وَالْكَوَاكِبِ وَاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ (فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ) أَيْ يَجْرُونَ وَيَسِيرُونَ بِسُرْعَةٍ كَالسَّابِحِ فِي الْمَاءِ

“Kalimat kullu (setiap satunya atau semuanya) merujuk kepada matahari, bulan, bintang-bintang, objek-objek langit, malam, dan siang. Ayat “beredar pada garis peredarannya”, maksudnya, beredar dengan sangat laju dan lancar seperti berenang di dalam air.” (Tafsir Al-Qurthubi, 11/286)

Di ayat yang lain:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaasiin, 36: 38)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:

 وهي اية في مسيرها، قال تجرى لمستقر لها، يعني تسير جريا، والجري هو المشي بشدة، وهكذا الشمس تسير بسرعة عظيمة جدا لا يعلم قدرها إلا الله عز وجل…

“Dan pada peredaran matahari itu merupakan ayat (tanda kebesaran Allah). “وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ” (Matahari beredar dengan sangat laju pada garis peredarannya (sebagaimana yang telah Allah tetapkan untuknya)).”

Yakni matahari itu berjalan dengan sangat laju. “الجري” adalah berjalan dengan dengan sangat laju. Maka demikianlah matahari, ia berjalan dengan kelajuan yang luar biasa yang tidak seorang pun mengetahui kadarnya kecuali hanya Allah  ‘Azza wa Jalla.” (Tafsir Surah Yasin, m/s. 136)

Di ayat yang lain lagi:

لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Surah Yaasiin, 36: 40)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

والشمس تجري لمستقر لها وسيأتي شرحه مستوفى في تفسير سورة يس والغرض منه هنا بيان سير الشمس في كل يوم وليلة وظاهره مغاير لقول أهل الهيئة أن الشمس مرصعة في الفلك فإنه يقتضي أن الذي يسير هو الفلك وظاهر الحديث أنها هي التي تسير وتجري ومثله قوله تعالى في الآية الأخرى كل في فلك يسبحون أي يدورون

“(Firman Allah) “Matahari beredar (dengan laju) pada garis peredarannya.” … .. Dan tujuan penyebutannya di sini adalah sebagai menjelaskan perjalanan matahari di setiap hari siang dan malam. Dan secara zahirnya berbeza dengan perkataan ahli astronomi (atau para pengkaji falak) bahawa matahari itu berada tetap pada suatu orbit sebagai pusat alam semesta yang mana yang bergerak adalah garis orbit (objek-objek selainnya).

Namun zahir hadis menjelaskan bahawa mataharilah yang bergerak dan beredar (dengan laju), dan yang semisal dengan hadis ini adalah firman Allah Ta’ala pada ayat yang lain:

“(Matahari dan bulan) masing-masing bergerak (dengan terapung dan berenang) pada garis edarnya.” (Surah Al-Anbiyaa’, 21: 33).”

Yakni, masing-masing bergerak mengelilingi (bumi).” (Fath Al-Bari, 6/299)

Kata Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:

والمعنى: كل من الشمس والقمر، والليل والنهار يسبح في فلكه، والفلك هو الشيء المستدير، ومنه – فلكة المغزل – للشيء المستدير في أعلاه، والذي تغزل به النساء الصوف، له شيء شبه الطار في أعلاه مستدير هذا فلكة المغزل. فالفلك المستدير تدور فيه الشمس والقمر، والليل والنهار،.. .

“Maknanya, masing-masing dari matahari dan bulan, malam dan siang, ianya beredar (seakan-akan berenang di angkasa) pada garis orbitnya. Al-Falak, ia adalah sesuatu yang melingkar (mengelilingi), dan diambil dari kata tersebut untuk penyebutan “فلكة المغزل” (benang yang terpintal pada kayu pemintal) menyerupai sesuatu yang melingkar (atau terpintal) pada bahagian atasnya, inilah makna “فلكة المغزل”. Maka, Al-Falak adalah sesuatu yang berupa orbit atau laluan yang melingkar (dalam rangka mengelilingi sesuatu) yang ditempuh oleh matahari, bulan, malam dan siang.” (Tafsir Surah Yasin, m/s. 147)

Dan masih banyak lagi dalil-dalil wahyu yang menjelaskan hal ini sekaligus sebagai bukti bahawa bumi itu diam dan pegun pada kedudukannya, manakala matahari meredar dalam orbitnya sebagai faktor pertukaran malam dan siang. Antaranya dalil yang menyebutkan tentang sujudnya matahari, terbitnya matahari dari barat, dan kisah ditahannya matahari dalam rangka melambatkan waktu.

Perubahan Musim di Bumi

Demikian pula akan ada yang bertanya bagaimana perubahan musim mungkin terjadi sekiranya bumi tidak berputar? Sebenarnya konsepnya adalah sama, bertitik-tolak dari peredaran matahari pada kedudukan orbitnya.

Jika kita amati dengan baik, kita akan dapati perbezaan tempat-tempat terbit dan terbenam matahari. Suatu masa garis peredarannya (dari timur ke barat) mungkin lebih condong ke utara, dan suatu ketika akan kita dapati condong ke selatan.

Terkait hal ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

“Rabb yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Rabb yang memelihara kedua tempat terbenamnya.” (Surah Ar-Rahman, 55: 17)

Kata Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) terkait ayat ini:

يعني: مشرقي الصيف والشتاء، ومغربي الصيف والشتاء. وقال في الآية الأخرى: { فَلا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ } [ المعارج : 40 ]، وذلك باختلاف مطالع الشمس وتنقلها في كل يوم، وبروزها منه إلى الناس. وقال في الآية الأخرى: { رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا } [ المزمل:9 ]. وهذا المراد منه جنس المشارق والمغارب، ولما كان في اختلاف هذه المشارق والمغارب، مصالح للخلق من الجن والإنس قال : { فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ } ؟ .

“Yakni tempat terbit matahari ketika musim panas dan ketika musim sejuk, dan tempat terbenamnya ketika musim panas dan juga musim sejuk.

Firman-Nya di ayat yang lain:

“Maka aku bersumpah dengan Rabb (Yang memiliki dan memelihara) timur dan barat…” (Surah Al-Ma’aarij, 70: 40)

Yang demikian itu (yakni perubahan musim dan semisal) terjadi dengan sebab perbezaan tempat terbit matahari dan peredarannya di setiap hari, serta penampakkan dan kemunculannya dari tempat-tempat terbitnya kepada manusia (di tempat-tempat yang berbeza di bumi).

Dan firman Allah di ayat yang lain:

“Dia-lah Rabb (Yang Memiliki dan Memelihara) timur dan barat, tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia, maka jadikanlah Dia sebagai Pelindung.” (Surah Al-Muzzammil, 73: 9)

Makna yang dimaksudkan di sini adalah jenis-jenis (kedudukan) tempat terbit dan terbenam (bagi matahari, bulan dan objek-objek langit), yang mana pada perbezaan tempat-tempat terbit dan terbenam ini mengandungi kemaslahatan bagi para makhluk baik dari kalangan Jin mahupun manusia.

(Maka) Allah berfirman, “Maka nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian dustakan?” (Tafsir Ibn Katsir, 7/492)

Di halaman yang lain Ibnu Katsir berkata:

وقوله: { وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا } أي: يجريان بحساب مقنن مقدر، لا يتغير ولا يضطرب، بل كل منهما له منازل يسلكها في الصيف والشتاء، فيترتب على ذلك اختلاف الليل والنهار طولا وقصرا،

“Dan firman-Nya, “(Allah menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan.” Yakni keduanya beredar dengan perhitungan yang tersusun jitu lagi konsisten menurut kadar (yang telah ditentukan), tidak berubah dan tidak pula terganggu. Bahkan masing-masing dari matahari dan bulan kedua-duanya memiliki garis peredaran yang ditempuh pada musim panas dan ketika musim sejuk yang dengan hal tersebut menjadi sebab perbezaan panjang atau pendeknya malam dan siang.” (Tafsir Ibn Katsir, 3/304)

Kata Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):

ثم تأمل بعد ذلك احوال هذه الشمس في انخفاضها وارتفاعها لاقامة هذه الازمنة والفصول وما فيها من المصالح والحكم إذ لو كان الزمان كله فصلا واحدا لفاتت مصالح الفصول الباقية

“Kemudian perhatikanlah pada keadaan matahari ketika ia jatuh dari kedudukannya (ketika ia condong ke utara atau selatan) dan ketika ia meninggi, yang bertujuan mewujudkan perubahan waktu dan musim, serta perhatikanlah kemaslahatan dan hikmah-hikmah padanya, kerana kalau seandainya hanya ada satu musim sahaja, tentu akan hilanglah kemaslahatan musim-musim yang lainnya…” (Miftah Daar As-Sa’aadah, m/s. 208)

Maka dari sini jelaslah bahawa bumi itu pegun, hamparan yang tidak beredar dan tidak pula berputar. Sebaliknya, matahari dan bulan-lah yang beredar dengan mengelilinginya, bahkan objek-objek langit yang lainnya juga turut beredar mengelilinginya yang padanya dijadikan Allah dengan banyak sekali kemaslahatan bagi manusia.

Peredaran Matahari Sebagai Perhitungan Waktu

Dalam teori sains yang dipegang pada hari ini, perhitungan waktu (hari, bulan, dan tahun) dikatakan dihitung berdasarkan putaran dan peredaran bumi. Namun hal ini sebagaimana yang kami jelaskan adalah suatu yang salah dan menyelisihi banyak sekali dari nash-nash wahyu.

Ini kerana Al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa perjalanan dan pertukaran hari dihitung berdasarkan peredaran matahari.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (Surah Yunus, 10: 5)

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

فبالشمس تعرف الأيام، وبسير القمر تعرف الشهور والأعوام.

“Maka dengan matahari kalian dapat mengetahui bilangan hari, manakala dengan perjalanan bulan pula kalian dapat mengetahui hitungan bulan dan tahun.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/248)

Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

ثم تأمل حال الشمس والقمر وما اودعاه من النور والاضاءة وكيف جعل لهما بروجا ومنازل ينزلانها مرحلة بعد مرحلة لاقامة دولة السنة وتمام مصالح حساب العالم الذي لا غناء لهم في مصالحهم عنه فبذلك يعلم حساب الاعمار والاجال المؤجلة للديون والاجارات والمعاملات والعدد وغير ذلك فلولا حلوك الشمس والقمر في تلك المنازل وتنقلهما فيها منزلة بعدمنزلة لم يعلم شيء من ذلك وقد نبه تعالى على هذا في غير موضع من كتابه كقوله هو الذي جعل الشمس ضياء والقمر نورا وقدره منازل لتعلموا عدد السنين والحساب ما خلق الله ذلك الا بالحق يفصل الايات لقوم يعلمون وقال تعالى وجعلنا الليل والنهار آيتين فمحونا آية الليل وجعلنا آية النهار مبصرة لتبتغوا فضلا من ربكم ولتعلموا عدد السنين والحساب

“Kemudian perhatikanlah keadaan matahari dan bulan, pada cahaya dan sinarannya, dan bagaimana Allah menjadikan keduanya dengan perjalanan orbitnya, tempat-tempat persinggahannya, dan fasa-fasa peredarannya, dari satu marhalah (fasa) ke suatu marhalah berikutnya, untuk menetapkan jumlah tahun dan menyempurnakan petunjuk perhitungan alam yang sangat penting bagi kemaslahatan manusia.

Maka dengan yang demikian (peredaran matahari dan bulan pada orbitnya) mereka dapat mengetahui perhitungan usia, tempoh-tempoh dan penangguhan hutang-piutang, sewa-menyewa, urusan mu’amalah, jumlah bilangan, dan selainnya. Maka kalau seandainya bukan disebabkan ketentuan pada peredaran dan putaran matahari dan bulan pada manzilah (orbit-orbit)nya dari suatu fasa ke suatu fasa, tentu tidak satu pun dari maslahah tersebut dapat diketahui. Dan Allah Ta’ala telah menjelaskan perkara ini sebagaimana pada Kitab-Nya:

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dia-lah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq (kebenaran). Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah Yunus, 10: 5)

Dan Allah Ta’ala berfirman:

“Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang, agar kalian mencari kurnia dari Rabb kalian, dan agar kalian mengetahui jumlah tahun-tahun dan perhitungan.” (Surah Al-Israa’, 17: 12).” (Miftah Daar As-Sa’aadah, 1/209)

Matahari Mengelilingi Bumi, Bukan Bumi Mengelilingi Matahari!

Dari semua penjelasan dalil-dalil yang telah kami paparkan menunjukkan bahawa matahari-lah yang sebenarnya beredar mengelilingi bumi, bukannya bumi yang beredar dan berotasi terhadap matahari.

Ini antaranya adalah sebagaimana kata Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

وَقَدْ ثَبَتَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَإِجْمَاعِ عُلَمَاءِ الْأُمَّةِ أَنَّ الْأَفْلَاكَ مُسْتَدِيرَةٌ

“Telah tsabit berdasarkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan ijma’ ulama ummah bahawa cakrawala (objek-objek langit) itu bulat mengorbit mengelilingi (bumi).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/193)

Kata beliau lagi:

وَقَالَ الْإِمَامُ أَبُو الْحُسَيْنِ أَحْمَد بْنُ جَعْفَرِ بْنِ الْمُنَادِي مِنْ أَعْيَانِ الْعُلَمَاءِ الْمَشْهُورِينَ بِمَعْرِفَةِ الْآثَارِ وَالتَّصَانِيفِ الْكِبَارِ فِي فُنُونِ الْعُلُومِ الدِّينِيَّةِ مِنْ الطَّبَقَةِ الثَّانِيَةِ مِنْ أَصْحَابِ أَحْمَد : لَا خِلَافَ بَيْنِ الْعُلَمَاءِ أَنَّ السَّمَاءَ عَلَى مِثَالِ الْكَرَّةِ وَأَنَّهَا تَدُورُ بِجَمِيعِ مَا فِيهَا مِنْ الْكَوَاكِبِ كَدَوْرَةِ الْكُرَةِ عَلَى قُطْبَيْنِ ثَابِتَيْنِ غَيْرِ مُتَحَرِّكَيْنِ : أَحَدُهُمَا فِي نَاحِيَةِ الشَّمَالِ وَالْآخَرُ فِي نَاحِيَةِ الْجَنُوبِ . قَالَ : وَيَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ الْكَوَاكِبَ جَمِيعَهَا تَدُورُ مِنْ الْمَشْرِقِ تَقَعُ قَلِيلًا عَلَى تَرْتِيبٍ وَاحِدٍ فِي حَرَكَاتِهَا وَمَقَادِيرِ أَجْزَائِهَا إلَى أَنْ تَتَوَسَّطَ السَّمَاءَ ثُمَّ تَنْحَدِرُ عَلَى ذَلِكَ التَّرْتِيبِ . كَأَنَّهَا ثَابِتَةٌ فِي كُرَةٍ تُدِيرُهَا جَمِيعَهَا دَوْرًا وَاحِدًا

“Telah berkata Al-Imam Abu Al-Husain Ahmad bin Ja’afar Al-Munadi rahimahullah (Wafat: 236H) yang dikenal masyhur dengan ilmu-ilmu atsar dan karya-karya besar dalam pelbagai cabang-cabang ilmu agama, beliau dari thabaqat (tingkatan) kedua dari kalangan sahabat-sahabat Ahmad (bin Hanbal):

“Tidak ada khilaf (perselisihan)[5] di antara para ulama bahawa langit itu semisal bola, dan ia berputar (mengelilingi bumi) bersama seluruh apa-apa yang terkandung padanya dari al-kawakib (bintang-bintang, planet atau objek-objek langit) seperti berputarnya bola yang ada di antara dua kutub yang tidak bergerak. Salah satunya di arah utara dan yang lainnya pada arah atau sisi selatan.”

Kata beliau, “Dan dalil yang menunjukkan perkara tersebut adalah al-kawakib (bintang, planet, atau objek-objek langit) seluruhnya berputar dari arah timur mengikut tertib (urutan) gerakan yang satu pada magnitud dan bahagiannya sampailah ke pertengahan langit, kemudian ia miring (seakan turun dan jatuh ke bawah) di atas tertib (urutan) tersebut, seakan-akan ianya berpaksi pada bola yang ia kelilinginya seluruhnya dengan satu kali putaran (bagi setiap putaran lengkap).”

Beliau juga berkata:

وَكَذَلِكَ أَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ الْأَرْضَ بِجَمِيعِ حَرَكَاتِهَا مِنْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِثْلُ الْكُرَةِ . وَيَدُلُّ عَلَيْهِ أَنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالْكَوَاكِبَ لَا يُوجَدُ طُلُوعُهَا وَغُرُوبُهَا عَلَى جَمِيعِ مَنْ فِي نَوَاحِي الْأَرْضِ فِي وَقْتٍ وَاحِدٍ بَلْ عَلَى الْمَشْرِقِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ. فَكُرَةُ الْأَرْضِ مُثَبَّتَةٌ فِي وَسَطِ كَرَّةِ السَّمَاءِ كَالنُّقْطَةِ فِي الدَّائِرَةِ . يَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ أَنَّ جُرْمَ كُلِّ كَوْكَبٍ يُرَى فِي جَمِيعِ نَوَاحِي السَّمَاءَ عَلَى قَدْرٍ وَاحِدٍ فَيَدُلُّ ذَلِكَ عَلَى بُعْدِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ مِنْ جَمِيعِ الْجِهَاتِ بِقَدْرِ وَاحِدٍ فَاضْطِرَارُ أَنْ تَكُونَ الْأَرْضَ وَسَطَ السَّمَاءِ

“Demkianlah para ulama telah ijma’ (sepakat) bahawa bumi dengan seluruh bahagiannya (juzuk-juzuknya), sama ada daratan mahupun lautan, adalah seperti bola (sfera). Dan yang menunjukkan bahawa bumi itu sfera (seperti bola) adalah matahari, bulan dan bintang-bintang tidak terbit dan terbenam kepada setiap orang di setiap penjuru bumi pada waktu yang sama, akan tetapi matahari terbit di Timur dulu sebelum menuju ke Barat.

Maka, bumi yang berbentuk bola terletak pada kedudukan di tengah-tengah liputan kesferaan langit seperti suatu titik (noktah) di tengah-tengah lingkaran yang mengitari (atau meliputinya). Yang menjelaskan perkara ini adalah posisi setiap objek-objek langit dapat dilihat pada seluruh penjuru langit dengan kadar yang sama, maka ianya menunjukkan jauhnya jarak di antara langit dengan bumi dari seluruh arah dengan kadar yang sama, seraya menjadikan bumi berada di pertengahan langit (sebagai pusat alam, sekaligus pada kedudukan paling bawah berbanding langit dan cakrawala yang meliputinya – ikuti penjelasan Ibn Taimiyyah seterusnya… – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 25/195-196)

Di tempat yang lain, beliau pernah ditanya:

سُئِلَ : عَنْ رَجُلَيْنِ تَنَازَعَا فِي ” كَيْفِيَّةِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ” هَلْ هُمَا ” جِسْمَانِ كُرِّيَّانِ ” ؟ فَقَالَ أَحَدُهُمَا كُرِّيَّانِ ؛ وَأَنْكَرَ الْآخَرُ هَذِهِ الْمَقَالَةَ وَقَالَ : لَيْسَ لَهَا أَصْلٌ وَرَدَّهَا فَمَا الصَّوَابُ ؟ فَأَجَابَ : السَّمَوَاتُ مُسْتَدِيرَةٌ عِنْدَ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَقَدْ حَكَى إجْمَاعَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى ذَلِكَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ الْعُلَمَاءِ أَئِمَّةِ الْإِسْلَامِ : مِثْلُ أَبِي الْحُسَيْنِ أَحْمَد بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الْمُنَادِي أَحَدِ الْأَعْيَانِ الْكِبَارِ مِنْ الطَّبَقَةِ الثَّانِيَةِ مِنْ أَصْحَابِ الْإِمَامِ أَحْمَد وَلَهُ نَحْوُ أَرْبَعِمِائَةِ مُصَنَّفٍ . وَحَكَى الْإِجْمَاعَ عَلَى ذَلِكَ الْإِمَامُ أَبُو مُحَمَّدٍ بْنُ حَزْمٍ وَأَبُو الْفَرَجِ بْنُ الْجَوْزِيِّ وَرَوَى الْعُلَمَاءُ ذَلِكَ بِالْأَسَانِيدِ الْمَعْرُوفَةِ عَنْ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَذَكَرُوا ذَلِكَ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَسُنَّةِ رَسُولِهِ وَبَسَطُوا الْقَوْلَ فِي ذَلِكَ بِالدَّلَائِلِ السَّمْعِيَّةِ . وَإِنْ كَانَ قَدْ أُقِيمَ عَلَى ذَلِكَ أَيْضًا دَلَائِلُ حِسَابِيَّةٌ . وَلَا أَعْلَمُ فِي عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ الْمَعْرُوفِينَ مَنْ أَنْكَرَ ذَلِكَ؛ إلَّا فِرْقَةٌ يَسِيرَةٌ مَنْ أَهْلِ الْجَدَلِ لَمَّا نَاظَرُوا الْمُنَجِّمِينَ

“Beliau ditanya tentang dua lelaki yang berbeza pendapat tentang bentuk langit dan bumi, adakah keduanya merupakan jisim yang bulat (sfera yang meliputi)? Salah seorangnya mengatakan, kedua-duanya berbentuk bulat, manakala yang seorang lagi mengingkari pernyataan tersebut, dan beliau mengatakan, tidak ada padanya asal (dalil) berkaitan dengannya, dan beliau membantahnya. Maka yang manakah yang benar?”

Maka jawab Ibn Taimiyyah:

As-Samaawaat (cakrawala, atau langit-langit) itu berbentuk bulat (sfera yang meliputi) menurut para ulama kaum muslimin, dan telah diriwayatkan adanya ijma’ para ulama kaum muslimin terkait hal tersebut yang bukan hanya seorang dari kalangan ulama yang mereka merupakan para imam dalam Islam, (antaranya) semisal Abu Al-Husain Ahmad bin Ja’far Al-Munadi, salah seorang ulama besar yang terkenal (lagi dimaklumi) yang merupakan pengikut Ahmad bin Hanbal dari thabaqah (generasi) kedua, yang beliau ini memiliki sekitar 400 karya tulis.

Ijma’ (kesepakatan) tentang perkara ini juga diriwayatkan dari Al-Imam Abu Muhammad Ibn Hazm dan Abu Al-Farj Ibn Al-Jauzi, dan diriwayatkan juga dari para ulama tentang hal tersebut dengan sanad-sanad yang ma’ruf (dimaklumi) dari para sahabat dan tabi’in. Dan mereka menyebutkan dalil-dalil tentang hal tersebut dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, serta menjelaskannya secara panjang lebar berdasarkan dalil-dalil sam’iyyah. Dan dikuatkan pula dengan dalil-dalil (yakni hujah-hujah) dari hisabiyyah (perkiraan atau penelitian sains).

Dan tidaklah aku ketahui dari kalangan ulama kaum muslimin yang dikenali yang mengingkari tentang hal tersebut, kecuali sekumpulan kecil dari kalangan ahli jadal (golongan kaki jidal/debat) ketika mereka mendebat para munajjim (para pengkaji bintang, astronomi, dan para tukang ramal – pent.).” (Majmu’ Al-Fatawa, 6/586)

Menurut Al-Imam Abu Muhammad Al-Juwaini Al-Haramain rahimahullah (Wafat: 478H) sebagaimana dalam risalah beliau, Al-Istiwa’ wal-Fauqiyyah:

أن الأرض في جوف العالم العلوي وأن كرة الأرض في وسط السماء كبطيخة في جوف بطيخة، والسماء محيطة بها من جميع جوانبها وأن سفل العالم هو جوف كرة الأرض وهو المركز وهو منتهى السفل والتحت … وبرهان ذلك أنا لو فرضا مسافرا سافر على كرة الأرض من جهة المشرق إلى جهة المغرب وامتد مسافرا لمشى مسافرا على الكرة إلى حيث ابتدأ بالسير وقطع الكرة مما يراه الناظر أسفل منه وهو في سفره هذا لم يبرح الأرض تحته والسماء فوقه فالسماء التي يشهدها الحس تحت الأرض هي فوق الأرض لا تحتها لأن السماء فوق الأرض بالذات فكيف كانت السماء كانت فوق الأرض من أي جهة فرضتها

“Bahawa bumi itu berada di dalam alam berupa pusat alam, ia berada di tengah-tengah langit berbentuk bola (sfera) seperti tembikai dalam tembikai, dan langit meliputi bumi dari segenap arah. Dan bahawa bahagian bawah alam adalah di pusat bebola bumi (perut bumi) dan ia tempat akhir paling bawah…

Dan bukti atas yang demikian, seandainya kita bermusafir mengelilingi kesferaan bumi dari arah timur ke arah barat, maka kita akan kembali ke tempat di mana kita memulakan perjalanan, kita akan menjelajahi kesferaan bumi yang kelihatan berada di bahagian bawahnya. Dalam perjalanan ini kita tidak akan mendapati saling bertukar antara bumi yang di bawah dengan langit yang di atas. Langit tetap berada di atas walaupun dalam pandangan kita ia berada di bawah bumi, kerana memang langit itu tetap berada di atas bumi. Oleh kerana itu, dari arah mana pun langit tersebut, ia tetaplah berada di atas bumi.” (lihat: Muqaddimah Mukhtashar Al-‘Uluw oleh Al-Albani, m/s. 73)

Banyak dalil-dalil (berupa berupa bukti dan penjelasan wahyu) yang menunjukkan kedudukan bumi merupakan tempat paling bawah di antara objek-objek cakrawala yang lainnya. Manakala apabila merujuk kepada langit dan yang lainya, maka kita akan melihat penisbatan perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang digunakan akan menunjukkan kepada makna ketinggian, naik, atas, dan seumpamanya.

Maka dapat difahami dari sini, mengatakan matahari tidak bergerak, atau mengatakan ianya bergerak namun bukan pada edaran yang menyebabkan siang dan malam, ianya adalah sebuah kesalahan kerana menyelisihi keterangan yang termaktub di dalam wahyu berupa nash-nash Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Demikian pula dengan mengatakan bumi pula yang berputar sebagai sebab siang dan malam, bukan matahari, maka ini juga menyelisihi keterangan wahyu.

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Duways rahimahullah (Wafat: 1409H) ketika membuat semakkan dan kritikan terhadap kitab Fii Zhilaalil Qur’an, antara yang beliau ungkapkan dalam bab ini:

قوله لو كانت الأرض لا تدور حول نفسها في مواجهة الشمس ما تعاقب الليل و النهار يقال هذا القول بناء منه على أن الشمس ثابتة و معلوم أن هذا قول باطل بل كفر لأن الله تعالى يقول وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا و قال تعالى مخبرا عن إبراهيم أنه قال فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ

“Perkataan beliau (penyusun kitab Fii Zhilaalil Qur’an)[6]:

Kalau seandainya bumi tidak berputar pada dirinya (paksianya) sendiri dengan menghadap matahari, nescaya tidak akan berlaku pertukaran malam dan siang…”

Beliau (penyusun Fii Zhilalil Qur’an) mengatakan perkataan ini kerana beranggapan bahawa matahari itu konstant (tetap pada kedudukannya, tidak bergerak) dan sebagaimana yang dimaklumi bahawa perkataan ini adalah bathil, dan bahkan kufur, kerana Allah Ta’ala berfirman:

“Dan matahari itu beredar (dengan sangat laju) pada garis peredarannya.” (Surah Yaasiin, 36: 38)

Dan Allah Ta’ala berfirman ketika mengkhabarkan tentang Nabi Ibrahim bahawa beliau berkata:

“Sesungguhnya Allah mendatangkan (menerbitkan) matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat?” (Surah Al-Baqarah, 2: 258).” (Al-Maurid Az-Zallaal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal, m/s. 196-197 – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

Wallaahu a’lam.

eclipe-moon


[1] Pernyataan ini bertentangan dengan banyak sekali dalil di mana dalil-dalil wahyu menjelaskan bahawa langit itu terbina kukuh sebanyak tujuh lapisan masing-masing. Adapun langit yang dapat kita capai dengan mata kita saat ini di mana banyak dari bintang-bintang dapat kita lihat, maka itu adalah langit yang paling rendah dan bawah, yakni langit yang paling dekat. Dan jarak di antara bumi dengan langit yang pertama adalah sejauh 500 tahun perjalanan sebagaimana disebutkan di dalam hadis, demikian pula jarak antara satu langit dengan satu langit yang berikutnya. [lihat artikel: ‘Arsy dan Kursi Allah]

Ini dalam masa yang sama menjelaskan bahawa bumi dan langit itu tidak beredar, langit itu ada batasannya, dan alam semesta tidak-lah mengembang sebagaimana yang disangka oleh mereka.

Dan dikatakan berdasarkan teori-teori yang muncul dari kaedah-kaedah mereka ini, kelajuan perjalanan bumi di dalam orbitnya terhadap matahari dianggarkan adalah sekitar 107,200 km/jam. Bermakna 80 kali lebih laju berbanding kelajuan bunyi?! Perjalanan lengkap orbit ini mengambil masa selama setahun. Belum lagi ditambah dengan kelajuan dan jarak perjalanan matahari?! Laa hawla wa laa quwwata illaa billaah.

Bandingkanlah teori-teori ini semua dengan penjelasan-penjelasan sebagaimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Nabi yang sahih berserta dengan penjelasan para ulama. Akan tampak jelas sekali pertentangannya!

[2] Hakikatnya bintang-bintang itu ditempatkan di langit dunia, atau di langit pertama sebagaimana yang dipaparkan di banyak dalil-dalil Al-Qur’an.

[3] Penjelasan tentang tokoh-tokoh Yunani tersebut, hakikat pemikiran mereka dan orang-orang yang mengikuti mereka dari kalangan kaum muslimin berserta dengan kerosakan yang telah tercetus dalam dunia Islam akibat dari mengambil pemikiran mereka ini dijelaskan antaranya oleh Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) di Majmu’ Al-Fatawa, 9/127-195.

[4] Disarikan dengan suntingan dari buku Matahari Mengelilingi Bumi oleh Al-Ustaz Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif, m/s. 109-111, 165-167 – Cet. 4 Pustaka Al-Furqon (Indonesia).

[5] Pernyataan ini menjelaskan adanya ijma’ dalam hal ini. Dan ijma’ adalah kesepakatan seluruh ulama kaum muslimin atas suatu hukum tertentu (yang berlaku pada masa tersebut). Ketika ijma’ telah diputuskan secara tetap atas suatu hukum, maka tidak boleh bagi siapapun keluar dari ketetapan Ijma’ tersebut, kerana mustahil umat Islam untuk bersepakat di atas kesesatan. Tetapi boleh jadi juga, banyak perkara yang didakwa sebagai ijma’ ternyata tidak demikian (kerana belum dipastikan secara teliti), bahkan sebaliknya rupanya ada pendapat yang lain yang lebih kuat menurut sisi Al-Qur’an dan As-Sunnah (setelah diteliti secara mendalam). (lihat: Majmu’ Al-Fatawa, 20/10)

Ijma’ merupakan dasar agama yang sah dan menjadi sumber hukum ketiga dalam Islam setelah Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan bahkan sebahagian ulama berpandangan bahawa ijma’ lebih kuat dari Al-Qur’an dan As-Sunnah (kerana dasarnya adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah itu sendiri).

Tidak terdapat ketetapan Ijma’ yang menentang kebenaran, kerana umat Islam tidak mungkin untuk sepakat di atas kesesatan, apatah lagi ijma’ yang berlangsung dalam kalangan generasi sahabat dan tabi’in.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

“Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia hanyut terhadap kesesatan yang telah dikuasinya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisaa’, 4: 115)

Dari hadis Ibn ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلاَلَةٍ، وَيَدُ اللهِ مَعَ الجَمَاعَةِ ، وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ

“Sesungguhnya Allah tidak akan menyatukan umatku di atas kesesatan, dan tangan Allah bersama jama’ah, manakala siapa yang syadz (pelik dan menyendiri dalam berpendapat), syadz itu ke Neraka.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2167. Dinilai sahih oleh Al-Albani tanpa lafaz siapa yang syadz…)

Dari hadis Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan. Maka jika kalian melihat perselisihan, hendaklah kalian bersama As-Sawadul A’zham.” (Sunan Ibn Majah, no. 3951)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di berkata:

وقد استدل بهذه الآية الكريمة على أن إجماع هذه الأمة حجة وأنها معصومة من الخطأ

“Dalam ayat yang mulia ini terdapat pendalilan bahawa ijma’ umat ini adalah hujjah, dan bahawa ianya maksum (terjaga) dari kesalahan.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 202)

[6] Kitab Fii Zhilaalil Qur’aan adalah karya susunan Sayyid Quthb, semoga Allah mengampuninya. Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad Ad-Duwaisy rahimahullah (Wafat: 1409H) adalah antara salah seorang tokoh ulama yang telah menyelusuri dan menyemak karya ini.

Pada mukaddimah bukunya yang khusus membahaskan kesalahan-kesalahan aqidah dari Kitab Fii Zhilaalil Qur’aan ini beliau menegaskan:

فقد كثر السؤال على كتاب ظلال القران لمؤلفه سيد قطب ولم اكن قد قرأته فعزمت على قراءته فقراته من أوله إلى آخره فوجدت فيه أخطاء في مواضع خصوصا ما يتعلق بعقيدة أهل السنة والجماعة وعلم السلوك فأحببت التنبيه على ذلك لئلا يغتر به من لا يعرفه

“Banyak pertanyaan berkaitan kitab Fii Zhilaalil Qur’an yang ditulis oleh Sayyid Quthub. Sedangkan aku belum membacanya, maka aku pun berniat untuk membacanya dari awal hingga akhir. Setelah aku baca, ternyata terdapat banyak kesalahan pada bahagian tertentu, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu-isu aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan akhlak. Untuk itu, aku pun berusaha untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya supaya tidak terpedaya dengannya.” (Mukaddimah kitab Al-Maurid Az-Zallaal fi At-Tanbih ‘ala Akhthaa’i Azh-Zhilaal – Daar Al-‘Ulyaan, Cet. 1, 1411H)

1 Comment

  1. […] [1] Lihat penjelasannya di artikel, “Bumi Tidak Beredar, dan Tidak Pula Berputar”. […]

Comments are closed.