Bolehkah Menggunakan Muzik Untuk Berdakwah?

Bolehkah Menggunakan Muzik Untuk Berdakwah?
www.ilmusunnah.com

Zina_khamarIni adalah kesinambungan beberapa siri tulisan terdahulu dalam perbahasan nyanyian dan muzik.

Artikel terdahulu boleh dicapai dari pautan berikut: Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5Bahagian 6.

Setelah jelas akan haramnya muzik di sisi Islam, maka hendaklah kita berusaha sedaya-upaya untuk meninggalkannya. Dan dengan ini juga, jelaslah bahawa tidak boleh menggunakannya sebagai sarana di dalam berdakwah.

Manhaj (prinsip) di dalam berdakwah adalah bersifat tauqifiyyah (mengikuti dalil). Ianya telah dijelaskan oleh Al-Qur’an, As-Sunnah dan sirah Rasul-Nya. Kita tidak boleh mengadakan sesuatu pun dari diri kita sendiri.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah manusia kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Surah An-Nahl, 16: 125)

Pengertian hikmah di sini adalah dengan merujuk kepada petunjuk As-Sunnah serta kefahaman terhadapnya dalam menerapkannya. Manakala yang baik di sini adalah apa yang dipandang baik dari sudut agama berdasarkan al-Qur’an dan As-Sunnah yang mana akal yang sejahtera pasti dapat memahami hal tersebut. Bukanlah yang baik di sini merujuk kepada akal dan pemikiran kita sehingga mendahului wahyu.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Inilah jalan (agama)-ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata.” (Surah Yusuf, 12: 108)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu. (Iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzaab, 33: 21)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan yang mengerjakan amal yang soleh…” (Surah Fushilat, 41: 33)

Para ulama menjelaskan makna amal soleh di sini adalah amal yang dilaksanakan dengan iringan tauhid yang benar dan berjalan di atas petunjuk atau contoh daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Menunjukkan kerja-kerja dakwah tidak boleh dilakukan jika di dalamnya diiringi dengan kemungkaran. Termasuk perkara yang mungkar adalah nyanyian dan muzik. Sebaliknya, urusan dakwah hendaklah diiringi dengan amal-amal yang soleh.

Muzik itu sendiri telah pun wujud sejak era Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya, namun sedikitpun mereka tidak menggunakannya sebagai salah satu bentuk sarana untuk berdakwah. Bahkan mereka mencela muzik itu sendiri berdasarkan apa yang ditunjukkan dari riwayat-riwayat yang sahih dan jelas.

Syaikh Jamal bin Furaihan Al-Haritsi hafizahullah menyebutkan dan meringkaskan perkataan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkenaan seseorang  yang menjadikan nasyid (nyanyian) sebagai suatu kaedah atau sarana dalam mendakwahi orang ramai. Berikut adalah nukilan daripada Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah:

سئل – رحمه الله – عن جماعة يجتمعون على قصد الكبائر من قتل وقطع الطـريق والسرقة وشرب الخمر وغير ذلك، ثم إن شيخاً من المشايخ المعروفين بالخير واتبـاع السنة قصد منع المذكورين من ذلك؛ فلم يمكنه إلا أن يقيم لهم سماعًا يجتمعون فيه بهذه النيبة، وهو بدُف بلا صلاصل، وغناء المغني بشعر مباح بغير شبابة؛ فلما فعل هذا تاب =منهم جماعة، وأصبح من لا يصلي ويسرق ولا يزكي .. يتورع من الشبهات ويؤدي المفروضات ويجتنب المحرمات؛ فهل يباح فعل هذا السماع لهذا الشيخ على هذا الوجه لِمَا يترتب عليه من المصالح ؟ مع أنه لا يمكنه دعوتهم إلا بهذا !! .فأجاب – رحمه الله – :(( الحمد لله رب العالمين، إن الله بعث محمداً بالهدى ودين الحق، …، وأنه أكمل له ولأمته الدين، ..، وأمر الخلق أن يردوا ما تنازعوا فيه من دينهم إلى ما بعثه به، ..، فمن اعتصم بالكتاب والسنة كان من أولياء الله المتقين وحزبه المفلحين وجنده الغالبين، وكان السلف كمالك وغيره يقولون: “السنة كسفينة نوح، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق”.إذا عرفتَ هذا؛ فمعلوم أن ما يهدي به الله الضالين، ويرشد به الغاوين، ويتوب على العاصين، لا بد أن يكون فيما بعث الله به رسوله من الكتاب والسنة، ..، وإذا تبين هذا نقول للسائل : إن الشيخ المذكور قصد أن يتوب المجتمعون على الكبائر؛ فلم يمكنه ذلك إلا بما ذكره من الطريق البدعي؛ يدل أن الشيخ جاهل بالطرق الشرعية التي بها تتوب العصاة، أو عاجز عنها؛ فإن الرسول والصحابة والتابعين كانوا يدعون من هم شر من هؤلاء من أهل الكفر، والفسوق، والعصيان؛ بالطرق الشرعية التي أغناهم الله بها عن الطرق البدعية )).انتهى باختصار من مجموع الفتاوى: ( 11/620-624 )فتأمل – أخي الكريم – هذه الطريقة البدعية، وقارنها بالطريقة التي يسلكها بعض الدعاة اليوم والفِرَق،ويسمونها: ( مناهج دعوية ) من: اللعب بالكرة، والأناشيد، والتمثيليات التي يسمونها ( إسلامية ) والله – تعالى – أعلم

“Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah ditanya tentang sekumpulan orang yang berkumpul dan bersepakat untuk melakukan dosa besar yang berbentuk pembunuhan, rompakan, mencuri, meminum arak, dan yang seumpamanya. Kemudian ada seorang Syaikh yang telah dikenali sebagai orang yang baik dan mengikuti sunnah berhasrat untuk mencegah mereka daripada perbuatan tersebut. Tetapi tidak ada jalan lain baginya melainkan dengan cara mendendangkan sesuatu yang dengannya mereka akan berkumpul untuk tujuan tersebut. Perkara tersebut dilakukan dengan duff (kompang) tanpa diiringi dengan bunyi alat muzik dan merupakan nyanyian dengan sya’ir-sya’ir yang dibenarkan tanpa disertakan dengan syababah (alunan seruling). Ketika syaikh tersebut melakukannya, sebahagian daripada mereka pun bertaubat. Orang yang dahulunya tidak pernah solat, gemar mencuri, dan tidak pernah mensucikan dirinya pun kemudiannya menjadi orang yang wara’ terhadap perkara-perkara yang tidak baik (syubhat). Mereka menunaikan kewajipan agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Adakah memperdengarkan nyanyian dengan cara seperti ini dibenarkan bagi Syaikh tersebut dengan alasan maslahah (hasil kebaikan) sebagaimana tersebut?”

Beliau (Ibnu Taimiyyah) pun menjawab:

“Segala puji hanya milik Allah Rabb seluruh alam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah mengutus Nabi Muhammad dengan membawa petunjuk dan agama yang benar. Allah ‘Azza wa Jalla telah menyempurnakan agama ini untuk beliau dan umatnya serta Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kepada hamba-Nya untuk mengembalikan sesuatu yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka kepada apa yang dibawa oleh Nabi yang diutus. Sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, maka dia tergolong wali Allah yang bertaqwa, golongan-Nya yang beruntung dan tentera-Nya yang pasti menang. Ulama salaf (generasi terdahulu) seperti Imam Malik dan selainnya menyatakan bahawa As-Sunnah itu seperti bahtera Nabi Nuh. Orang yang menaikinya akan selamat, manakala orang yang tertinggal akan tenggelam

… Sekiranya kamu telah memahami perkara ini, maka ketahuilah pula bahawa dengannya Allah ‘Azza wa Jalla memberikan petunjuk kepada orang-orang yang sesat, membimbing orang-orang yang menyimpang dan memberikan taubat kepada orang-orang yang melakukan maksiat melalui Rasul yang Dia utuskan, iaitu dengan Al-Kitab dan As-Sunnah. Sekiranya telah jelas, maka kami katakan kepada orang yang bertanya:

“Sesungguhnya Syaikh yang berhasrat mahukan orang-orang yang berkumpul tadi supaya bertaubat dari dosa-dosa besarnya, tetapi tidak dapat melaksanakan hasratnya melainkan dengan menggunakan cara bid’ah sebagaimana yang telah disebutkan, ini semua menunjukkan bahawa Syaikh tersebut jahil (bodoh lagi tidak mengerti) jalan-jalan syar’i yang dengannya akan bertaubat para pelaku maksiat ataupun beliau sendiri yang tidak mampu melaksanakannya. Sesungguhnya rasul, sahabat, dan tabi’in telah berdakwah kepada orang-orang yang lebih teruk lagi daripada mereka sama ada kepada orang-orang kafir, fasiq, atau pelaku maksiat dengan jalan-jalan yang syar’i yang telah menjadikan mereka tidak memerlukan lagi jalan-jalan bid’ah lainnya.” (Sekian ringkasan nukilan dari Majmu’ al-Fatawa, 11/620-624)

Maka, lihatlah wahai para saudara yang mulia akan jalan-jalan bid’ah ini dan bandingkannya dengan jalan-jalan yang telah ditempuh oleh sebahagian pendakwah dan kelompok pada masa ini yang mereka namakannya sebagai kaedah dakwah melalui sukan bola, muzik nasyid, drama atau lakonan, dan mereka mengatasnamakannya kepada Islam…” (lihat: Fatwa Syaikh Dr. Sholeh bin ‘Abdullah Al-Fauzan dalam Al-Ajwibah Al-Mufiidah ‘an As’ilatil Manahij Al-Jadidah susunan Syaikh Jamal bin Furaihan Al-Haritsi, nota kaki no. 34)

Wallahu a’lam… Bersambung di tulisan berikutnya dengan judul Tips dan Terapi Agar Dapat Meninggalkan Muzik.