Bolehkah Bersatu Dengan Syiah?

Fatwa Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz Tentang Bolehkah Bersatu Dengan Syiah

www.ilmusunnah.com


التقريب بين الرافضة وأهل السنة غير ممكن

من خلال معرفة سماحتكم بتاريخ الرافضة، ما هو موقفكم من مبدأ التقريب بين أهل السنة وبينهم؟

التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة غير ممكن؛ لأن العقيدة مختلفة، فعقيدة أهل السنة والجماعة توحيد الله وإخلاص العبادة لله سبحانه وتعالى، وأنه لا يدعى معه أحد لا ملك مقرب ولا نبي مرسل، وأن الله سبحانه وتعالى هو الذي يعلم الغيب، ومن عقيدة أهل السنة محبة الصحابة رضي الله عنهم جميعا والترضي عنهم، والإيمان بأنهم أفضل خلق الله بعد الأنبياء، وأن أفضلهم أبو بكر الصديق، ثم عمر، ثم عثمان، ثم علي، رضي الله عن الجميع، والرافضة خلاف ذلك فلا يمكن الجمع بينهما، كما أنه لا يمكن الجمع بين اليهود والنصارى والوثنيين وأهل السنة، فكذلك لا يمكن التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة لاختلاف العقيدة التي أوضحناها

Soalan:

Berdasarkan pengetahuan Samahatusy-Syaikh tentang sejarah Rafidhah (Syi’ah), apakah pendirian Syaikh tentang usaha Taqrib (penyatuan) antara Ahli Sunnah dan mereka (Rafidhah)?

Jawapan al-Imam Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz Rahimahullah:

“Taqrib (penyatuan) di antara Rafidhah (Syi’ah) dengan Ahli Sunnah tidak mungkin boleh berlaku, kerana aqidah yang jelas berbeza, aqidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentauhidkan Allah dan mengikhlaskan ibadah hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan bahawasanya Ahli Sunnah tidak mendakwa seseorang (memiliki hak ‘Ubudiyyah) bersama-Nya, tidak malaikat muqarrab (yang dekat dengan Allah), tidak juga Nabi yang diutuskan, dan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengetahui perkara ghaib, dan merupakan aqidah Ahli Sunnah adalah kecintaan terhadap para Sahabat Nabi radiyallahu ‘anhum kesemuanya, meredhai mereka dan beriman bahawasanya mereka ialah makhluk Allah yang paling utama setelah para Nabi dan bahawasanya yang paling utama di antara mereka ialah Abu Bakr Ash-Shiddiq, kemudian ‘Umar, kemudian Utsman, kemudian ‘Ali, redha Allah ke atas mereka semua.

Sedangkan Syi’ah Rafidhah menyelisihi prinsip-prinsip tersebut, maka tidak mungkin untuk menyatukan di antara keduanya (Ahli Sunnah dengan Syi’ah Rafidhah), sebagaimana tidak mungkin berlaku penyatuan di antara Yahudi, Nasrani, dan penyembah berhala dengan Ahli Sunnah, maka begitulah juga tidak mungkin taqrib (penyatuan) di antara Rafidhah dengan Ahli Sunnah disebabkan perbezaan Akidah yang telah kami jelaskannya.”

Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/1744