Beginilah Nabi Men-Tahnik Sang Buah Hati

Men-tahnik[1] Anak Yang Baru Lahir

Asy-Syaikh Musthafa Al-‘Adawi
www.ilmusunnah.com

Termasuk sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah men-tahnik anak yang baru lahir. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:hidangan_kurma_2

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ

“Bahawa beberapa bayi dibawa kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau pun mendo’akan keberkahan bagi mereka dan men-tahnik mereka.” (Shahih Muslim, no. 2147)

Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari hadis Asma’ binti Abi Bakr radhiyallahu ‘anhuma, sesungguhnya beliau mengandungkan ‘Abdullah bin Az-Zubair di Makkah. Asma’ berkata:

فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ المَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ، ثُمَّ أَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعْتُهُ فِي حَجْرِهِ، ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا، ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ حَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ ثُمَّ دَعَا لَهُ، وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الإِسْلاَم

“Aku berhijrah dalam keadaan hampir melahirkan, maka aku pun mendatangi Madinah. Aku berhenti di Quba’ dan di sanalah aku melahirkan. Kemudian aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau meletakkan anak tersebut di pangkuan beliau, kemudian beliau meminta agar dibawakan kurma dan beliau pun mengunyahnya. Setelah itu beliau pun meluahkannya ke mulut si bayi, maka yang awal kali masuk ke dalam salur tekak si anak adalah ludah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kemudian beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akannya dengan keberkahan, dialah anak yang terawal lahir dalam Islam.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3909. Muslim, no. 2146)

Al-Bukhari dan Muslim, meriwayatkan dari hadits Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ ابْنٌ لِأَبِي طَلْحَةَ يَشْتَكِي، فَخَرَجَ أَبُو طَلْحَةَ، فَقُبِضَ الصَّبِيُّ، فَلَمَّا رَجَعَ أَبُو طَلْحَةَ قَالَ: مَا فَعَلَ ابْنِي؟ قَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ: هُوَ أَسْكَنُ مِمَّا كَانَ، فَقَرَّبَتْ إِلَيْهِ الْعَشَاءَ فَتَعَشَّى، ثُمَّ أَصَابَ مِنْهَا، فَلَمَّا فَرَغَ قَالَتْ: وَارُوا الصَّبِيَّ، فَلَمَّا أَصْبَحَ أَبُو طَلْحَةَ أَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ، فَقَالَ: أَعْرَسْتُمُ اللَّيْلَةَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: اللهُمَّ بَارِكْ لَهُمَا فَوَلَدَتْ غُلَامًا، فَقَالَ لِي أَبُو طَلْحَةَ: احْمِلْهُ حَتَّى تَأْتِيَ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَبَعَثَتْ مَعَهُ بِتَمَرَاتٍ، فَأَخَذَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «أَمَعَهُ شَيْءٌ؟» قَالُوا: نَعَمْ، تَمَرَاتٌ، فَأَخَذَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَضَغَهَا، ثُمَّ أَخَذَهَا مِنْ فِيهِ، فَجَعَلَهَا فِي الصَّبِيِّ ثُمَّ حَنَّكَهُ، وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللهِ

“Adalah anak Abu Thalhah dalam keadaan sakit, lalu Abu Thalhah pergi dan anak itu meninggal. Setelah kembali, dia bertanya, “Bagaimana keadaan anakku?” Ummu Sulaim berkata, “Dia lebih tenang dari sebelumnya.”[2] Kemudian Ummu Sulaim membawakan makan malam untuknya dan setelah itu Abu Thalhah menggaulinya. Setelah selesai Ummu Sulaim pun berkata:

“Kuburkanlah anak itu!” di pagi harinya Abu Thalhah datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menceritakan apa yang berlaku. Rasulullah bertanya, “Adakah semalam engkau menggauli isterimu?” Abu Thalhah berkata, “Ya.” Rasulullah berkata, “Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada mereka berdua!”

Setelah itu Ummu Sulaim pun melahirkan seorang anak lelaki dan Abu Thalhah berkata kepadaku (Anas), “Bawalah anak ini kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Anak itu aku bawa kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan dibekali beberapa butir kurma. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengambilnya lalu berkata, “Adakah ada sesuatu bersamanya?” Mereka berkata, “Ya, beberapa butir kurma.” Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengambilnya dan mengunyahnya, kemudian mengambilnya dari mulut beliau dan mengoleskanya ke mulut si anak, kemudian beliau men-tahnik anak tersebut. Beliau menamakan anak itu ‘Abdullah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5470. Muslim, no. 2144)

Di riwayat Muslim[3] pula dari hadis Anas, beliau berkata:baby_shoes

ذَهَبْتُ بِعْبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ وُلِدَ، وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ، فَقَالَ: «هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ، فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلَاكَهُنَّ، ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ، فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «حُبُّ الْأَنْصَارِ التَّمْرَ[4]» وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللهِ

“Aku membawa ‘Abdullah bin Abi Thalhah Al-Anshari kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika sebaik dilahirkan, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika itu berpakaian jubah jenis ‘abaa’ah sambil merawat untanya, lalu beliau bertanya, “Adakah engkau mempunyai kurma?” Aku jawa, “Ya.” Lalu aku pun memberikan kepada beliau beberapa butir kurma, beliau memasukannya ke dalam mulut beliau; beliau mengunyah kurma tersebut hingga halus, kemudian beliau membuka mulut si bayi dan memasukkannya ke mulut si bayi, si bayi menjilat kurma tersebut. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Yang paling disukai oleh orang-orang Anshar adalah kurma.” Setelah itu beliau menamakan si bayi dengan nama ‘Abdullah.”

Diriwayatkan di Ash-Shahihain,[5] dari hadis Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ،

“Aku dikurniakan dengan seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau memberikan nama Ibrahim untuk anak itu, lalu beliau mentahniknya.”

Wallaahu a’lam.

Sekian artikel Beginilah Nabi Men-Tahnik Sang Buah Hati, dinukil dan disunting dari buku, Anakku! Sudah Tepatkah Pendidikannya, edisi terjemahan karya Asy-Syaikh Musthafa Al-‘Adawi.


 

[1] Mengunyah kurma atau menghancurkannya hingga halus, lalu mengoles-oleskannya di langit-langit mulut si bayi.

[2] Ini adalah di antara contoh kalimat sindiran atau majaz yang boleh digunakan ketika diperlukan. Ini adalah ungkapan yang benar, sekalipun makna yang dipahami darinya adalah bahawa penyakitnya sudah menjadi ringan dan keadaannya lebih baik dan dia masih hidup. {diungkapan oleh Al-Imam An-Nawawi}

[3] Shahih Muslim, no. 1689.

[4] حُبُّ الْأَنْصَارِ التَّمْرَ diriwayatkan dengan huruf ha’ yang didhammahkan dan dikasrahkan. Dengan kasrah maknanya adalah sesuatu yang disukai, seperti الذِّبْحُ maknanya adalah الْمَذْبُوْح (yang disembelih). Dengan demikian, maka huruf ba dalam keadaan rafa’, tegasnya مَحْبُوْبُ الْأَنْصَارِ التَّمْرَ (yang disukai orang-orang Anshar adalah kurma). Sedangkan jika dengan dhammah, maka ia adalah mashdar. Huruf ba ada dua cara pembacaannya, pertama dengan nashab, inilah yang paling masyhur, manakala yang kedua adalah dengan rafa’. Jika dengan nashab, maknanya adalah اُنْظُرُوْا حُبَّ الْأَنْصَارِ التَّمْرَ (lihatlah kecintaan orang Anshar kepada kurma), sedangkan jika rafa’, maka kata tersebut adalah mubtada’ yang khabarnya dibuang, maknanya adalah حُبُّ الْأَنْصَارِ التَّمْرَلاَ زِمٌ (kesukaan orang Anshar akan kurma adalah sesuatu yang lazim) atau هَكَذَا (demikian orang Anshar) atau عَادَةٌ مِنْ صَغَرِهِمْ (kebiasaan orang Anshar menyukai kurma sejak kecil). (diungkapkan oleh Al-Imam An-Nawawi)

[5] Shahih Al-Bukhari, no. 6198. Muslim, no. 2146.